|
Crunchy Coca Cola Chicken [amelie_poulain]
Ingredients
4 chicken breast fillets
butter, salt and pepper
1 onion
1 clove garlic
2-3 tbsp vegetable fat for frying
3 tbsp peanut butter
400ml Coca-Cola
4 tbsp lime juice or lemon juice
50g chopped peanuts (roasted, unsalted)
2 tbsp fresh parsley
Method
Rinse chicken fillets under cold water and pat dry with paper towel.
Heat butter in skillet and sear chicken breasts on both sides over high heat.
Reduce heat and cook for a further 10 to 15 minutes and then season.
Chop onions finely, press garlic and fry the two ingredients over high heat at the same time in a second skillet.
Add peanut butter, stir until smooth, then add a little of the Coca-Cola. Gradually add the rest of the cola and then the lime juice.
Chop peanuts and parsley and add to sauce.
Arrange chicken breasts on plates with mangetouts and pour sauce over. |
|
|
|
|
|
|
|
Ayam Pansuh [Baiduri Othman]
Bahan2nya:-
Daun ubi utk dijadikan penutup kat atas buluh
1 kg ayam yg dah dibersihkan & dipotong2 kecil
halia
5 ulas bawang putih
Serai
Garam to taste
Beberapa helai daun kunyit dihiris nipis2
sedikit bunga kantan juga dihiris
Cara2 membuatnya:-
1. Mula sekali ayam yg dah dipotong tadi dicampur dgn garam bersama serai & bawang putih yg dah ditumbuk.Kalau nak perap utk 1/2 jam pun boleh.Lepas masukkan daun kunyit & bunga kantan.
2. Finally masuk ke dlm buluh & atas dia tutup dgn daun ubi.Then bakarlah mcm bakar lemang. Bila dah masak bolehlah dihidangkan.
Nota:-
Kuah ayam mansuh ni manis & natural je rasa dia.Sedap makan dgn nasi panas2 esp.nasi bukit.
BTW,kalau nak bubuh bawang merah pun boleh tapi selalunya kalau kat kampung2 Bidayuh/Iban,mrk cuma guna serai,bawang putih & halia je.
AYAM PANSUH -IBAN STYLE [cokelat-rawk]
1. seekor ayam (dibersihkan dan dipotong2)
2. bawang merah (ditumbuk)
3. bawang putih (ditumbuk)
4. halia (ditumbuk)
5. serai (dititik)
6. garam
7. ajinomoto
8. daun ubi (secekak, kalau suka kasi banyak sket)
9. seruas buluh yang sederhana besarnya (1 ekor ayam : 1 ruas buluh)
cara-cara:
setelah ayam dibersihkan, gaulkan bersama bahan2 tumbuk tadi. Campurkan garam dan ajinomoto serta sedikit air, biar basah. masukkan daun ubi yang telah dibersihkan dan di koyak-koyak. masukkan campuran ayam tadi ke dalam buluh yang juga telah dibersihkan. ambil sedikit daun ubi dan sumbatkan di bahagian mulut/atas buluh tadi sebagai penutupnya. akhir sekali, bakarlah buluh tu as if you all bakar lemang.
[ Last edited by NoorMasri at 3-11-2006 07:02 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Manok pansoh[muntz]
sediakan sebatang buluh besar (lebih besar diameter dari buluh lemang). sediakan ayam, bawang putih banyak-banyak dengan sayur kangkung. Pastu, masukkan garam sikit. Then, bakar kat arang. Waktu dibakar tu, kena selalu dibalik-balikkan takut masak sebelah jer. Make sure ayam tu dipotong kecik-kecik supaya senang nak masukkan dalam buluh. masukkan dgn kaki ayam sekali pasal kaki ayam nie pun ada 'jus' ayam, so rugilah kalau dibuang kan.
Hasilnya, manok pansoh yang juicy, sedikit berkuah (walaupun tak diletakkan air) dan sungguh sedap tak terkata! |
|
|
|
|
|
|
|
Ayam Percik Special[periperi]
Bahan2nya:
1 ekor ayam yang agak besar (dipotong 4 dan di kelar-kelar sedikit supaya masak di dalammya dan ditoskan airnya)
Bahan A: (diblender dengan sedikit air)
3 batang serai
2 inci halia
3 biji bawang putih
4 biji bawang merah
Bahan B:
1 1/2 cawan air asam jawa pekat
7 sudu besar gula
garam secukupnya
Bahan C:
6 sudu besar cili kering yang sudah di blender (kalau tak nak pedas kurangkan sikit)
1 cawan santan pekat
Cara2nya:
Panaskan kuali dan masukkan minyak. Tumiskan bahan A sehingga agak kering dan wangi. Masukkan gula, bila agak pekat masukkan air asam jawa. Biarkan mendidih dan masukkan ayam. Kacau rata.
Tambahkan garam, biarkan ayam separuh masak baru masukkan cili kering. Bila mendidih masukkan santan pekat. Bila kuah separuh pekat, keluarkan ayam tadi kedalan bekas lain. Kacau lagi kuah percik yang tinggal sehingga pekat. Tutup api.
Sekarang bolehlah di bakar ayam tadi sambil dicurahkan sedikit kuah percik keatas ayam tadi.(Jangan dibakar terlalu lama kerana ayam tadi telah pun pun dimasak) |
|
|
|
|
|
|
|
Ayam Rebus Alternatif [cokelat rawk]
bahan2:
setengah ekor ayam dibersihkan
bwg merah
bwg putih
halia
ubi kentang (dibelah 4)
Air utk merebus
sedikit stok ayam pekat Maggi
Cara2:
1. Masukkan air dalam periuk.
2. Masukkan bawang merah, putih, halia.
3. Bila menggelegak, masukkan ayam yg telah dibersihkan tadi
4. Masukkan kentang
5. Rebus sampai kentang dan ayam empuk, kendian masukkan stok ayam Maggi sesedap rasa... |
|
|
|
|
|
|
|
AYAM SOS PLUM [gigi_kuning]
AYAM DIPOTONG DADU
TARUK KUNYIT, GARAM,LADA SULAH DAN TEPUNG JAGUNG
GORENG
ANGKAT, BUANG MINYAK TADI
MASUK BALIK AYAM YG DAH GORENG DLM KUALI
TARUK SOS PLUM, KICAP MANIS DAN SIKIT BAWANG BESAR
KACAU LA BEB
ayam sos plum versi cok [cokelat-rawk]
1. ayam dipotong dadu (kasi garam, lada sulah sket, ajinomoto, pastu celup telur dan golek2 dlm tepung jagung kendian guring sama dia!)
2. dengan menggunakan minyak gorengan tadi, tumiskan bwg putih,bwg merah dan sedikit hirisan halia.
3. bila dah garing, tuangkan sos plum dan kasi garam+perasa.. kalo pekat sangat masukkan sket air... pastu masukkan bawang besar yg dihiris bulat...
4. akhir skali masukkan ayam yg dah diguring tadi.... gaul rata, bila dah rata bulehlah dihidangkan.. |
|
|
|
|
|
|
|
ayam ala rendang [ninoZ]
pun sempoi gak..camni caranya
600g ayam - p0t0ng kecik
blend halus2 :
300g bwg merah- bior byk sket
10 cili kering- seeded, rendam n toskan
santan dari 1 1/2 or 2 biji kelapa
1 cawan kicap
minyak
Cara
1. tumis bahan kisar till aromatic..
2. masukkan ayam, santan n kicap..
3. masak sampai kuahnya pekat or kering sket...
4. perisakan garam gula secukup rasa
siapppp
AYAM BAKAR COK STYLE [CoKeLat-RaWkZ]
1 ekor ayam dibersihkan...
madu @ gula pasir
bawang merah, bawang putih, bawang besor r(dikisar)
sos tiram
serbuk lada sulah
serbuk lada hitam (leh gak)
serbuk rempah itik @ Pak Lor
garam
perasa
gaul suma bahan tadi dan perap selama 1 jam..
bakar lam oven, bila dah masak serve ngan cicah dia....
cicah ayam bakar cok:
cili merah,halia,bawang putih, gula (ditumbuk)
letak lam piring, tuang kicap dan cuka sikit, takpon perah asam limau...
siap!! |
|
|
|
|
|
|
|
Ayam Bakar Sos Limau[hanieliza]
Bahan:
1 ekor ayam di potong 4
3 ulas bawang merah..........]
1 ulas bawang putih...........] mesin halus
2 inci halia.........................]
2 sudu tomato sos
2 biji limau sunkist....perah air
1/2 cawan air
gula
garam
kunyit
butter
Cara:
1. Bersihkan ayam dan lumurkan garam dan kunyit. Susunkan dalam loyang pembakar. 2. Bakar dalam oven 200C selama 1 jam atau masak kemasan
3. Tumiskan bahan yang dimesin dengan butter sehingga wangi.
4. Masukkan air, air limau. sos tomato, gula dan garam secukupnya.
5. Biarkan mendidih sekejap.
6. Angkat dan tuangkan keatas ayam yang telah dikeluarkan dari oven.
Ayam Campak-campak [ajinomotonosuga]
1. aaa campak je ketul2 ayam lam koli tu
2. campak bawang garlic halia cili padi kicap tamim skit coriander ground salt pepper paprika
3. buh lee kum kee sos tiram buh gula skit..
4. masak laa api medium..nak kuah buh air skit..
5. bila minyak2 ayam dah keluar aa masak la tuh..nak empuk,
6. tutup laaa bila dah kuor minyak jangan tutup bior kering skit..
makan dengan nasik..kalo malas nak separate sayur..
campak je brocoli ke beans ke terung ke kobis pun..
so seme dalam satu dish sayur dan lauk |
|
|
|
|
|
|
|
Ayam Chikuteh[ninoZ]
500g kepak ayam
1 paket rempah chikuteh [ade jual kat jusco]
20g hirisan cendawan kering - rendam kejap then toskan
1 labu bawang putih- buang kulit sket2 je n biar dlm labunya
1 liter air
1 tsp kicap pekat
1/2 tsp serbuk lada sulah
garam secukup rasa
Cara
1. Masak air hingga mendidih n masukkan rempah chikuteh..
2. tutup periuk n biar merenih atas api perlahan selama 15 minit
3. masukkan cendawan, bwg putih, kepak ayam n kicap..biar sekali mendidih 4. then renihkan dgn api perlahan selama 1 jam
5. tambahkan lada sulah n garam secukup rasa
6. pastu bleh la dihidangkan..
Ayam Goreng Berempah[chekshu]
Bahan |
|
|
|
|
|
|
|
Ayam Goreng Kentucky [rodriguez]
caranya...
1. sediakan putih telur..
2. sediakan potongan ayam
3. sediakan tepung berempah untuk mencelup
untuk menyediakan tepung berempah..
masukkan tepung ke dalam satu bekas.bubuh serbuk lada,sedikit serbuk kari,garam secukup rasa dan serbuk lada hitam.gaulkan.
panaskan minyak.bagi dia cukup cukup panas dengan api yang sederhana.kendian amek ayam tadi,celup kat putih telur dan kendian baru salut ngan tepung berempah tadi.siap untuk digoreng.
enak di makan bersama sos cili.
Ayam Halia Kukus[hanieliza]
Bahan:
500 gm ayam..bersihkan
5 ulas bawang merah/kecil ]
1 inci halia ] kisar halus
2 tangkai daun ketumbar ]
2 tangkai daun bawang ] mayang kasar
1 sudu kecil kicap cair
1 biji cili merah...mayang
1 sudu kecil minyak bijan
sedikit cendawan hitan (rendam dan potong kecil)
garam secukup rasa...
Cara:
1. Panaskan kukusan.
2. Masukkan semua bahan dalam pinggan dan gaul rata.
3. Kukuskan selama 1/2 jam |
|
|
|
|
|
|
|
Ayam Masak Kunyit [chempaka_ku]
Cara
1. Tumis bawang, halia, serai, cili & kunyit (ditumbuk semua) dan cili kering kisar...
2. masuk ayam, air asam atau asam keping.
3. Add kentang atau keledek....
emm...sedap...
Ayam K.F.C[sawah]
care memasak ayam spicy..
1. mula2.. ko perap dulu ayam tu bersama cili..
2. perap selama 24 jam..
3. pastu salutkan ianya bersama tepung biasa.. dan goncangkan ayam tuh selama 5 saat..
4. rendam ke dalam air selama 2 saat aje..
5. pastu angkat dan goncangkan selama 5 saat..
6. salutkan sekali lagi dengan tepung tadi...
siappppp...
punca ayam KFC lebih besar adalah krn ayam itu disalut 2 kali... ngan tepung...
Ayam Madu Bersos [amdude]
Ayam gaulkan kunyit then goreng
Kayu manis
Bunga lawang
Halia, serai, cili kering, bawang besar & putih |
|
|
|
|
|
|
|
Ayam Madu [ninoZ]
Ayam - potong kecil n gaul garam kunyit..goreng separuh masak
dikisar halus2:
cili kering - goreng seketika [jgn garing sgt aaa] pastu rendam air panas sebentar
bwg goreng
bwg beso
bwg putih
halia sket
sedikit kismis n buah kurma
madu
tomato puree sket
kayu manis
bunga lawang
cengkih
buah pelaga
1. panaskan minyak..pastu tumis rempah 4 sekawan tu sampai aromatic
2. masukkan bahan kisar..tumis sampai garing n aromatic [kalau masak dgn api pelan lama lam sket lagiii sedap]
3. then masukkan ayam n gaul biar sekata n biar masak kejap dgn api perlahan sampai ayam betul2 masak n bersalut
siappp!!
variasi:
cara lain.. bleh goreng ayam tu sampai garing..then chop mcm ayam utk nasi ayam tu then tuangkan sos madu on top of it..
or buat ayam utk nasi ayam cam biasa - celur dulu kejap..pastu goreng till golden..chopped utk dihidang n tuangkan je sos madu [tambah kicap pekat sket masa buat sos..goes well dgn nasi ayam] tu on top..jadik aa nasik ayam bermadu
AYAM MADU [hanieliza]
Bahan
500 gm ayam [buangkan kulit dan potong kecil]
3 s/b tomato sos
1 cawan kacang peas
1 labu bawang besar [mayang kasar]
3 s/b madu
minyak
garam
kunyit
Bahan Mesin
20 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia
Bahan Tumis
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 kuntum buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
Cara
1. Ayam digaulkan dengan garam dan kunyit.
2. Panaskan minyak dan gorengkan ayam sehingga masak.
3. Angkat ayam dan ketepikan.
4. Tinggalkan minyak gorengan ayam secukup untuk menumis [anggaran 1 senduk].
5. Tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
6. Masukkan bahan kisar dan kacau sehingga naik minyak semula.
7. Masukkan ayam, sos tomato, kacang peas, bawang besar dan madu.
Kacau rata.
8. Bila dah nampak pekat dan naik minyak boleh angkat dan hidangkan
AYAM MASAK CINA[jelita]
bahan2
10 kepak ayam (bahagian kepak saje dipotong 3)
halia (sebesar ibu jari tgn ye..bkn kaki....hehe)
bawang putih (5 ulas)
lada kering (dipotong 2, direndam seketika - jgn blend)
garam
minyak
kunyit
cara memasak
1. ayam tadi digaul garam n kunyit, digoreng 3/4 masak.
2. kurang kan minyak masa menggoreng ayam tadi tapi jgn angkat ayam.
3. hiris halus halia dan mayang bawang putih,
4. tumis bersama ayam tadi, masukkan lada kering.
5. balik2 kan ayam, masukkan garam, kicap.
6. masak sampai kering sikit......
taraaaaaaaaaaaaaaa...dah blh dimakan. sedap oooooo....sekian.
[ Last edited by NoorMasri at 3-11-2006 06:09 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
AYAM MASAK KICAP ALA DG [DewaGanaZ]
BAHAN
1. AYAM SETENGAH EKOR DIPOTONG KECIK2 (TAK LER KECIK SANGAT NANTI TAK KENYANG PLAK)
2. HALIA 1 INCI KOT
3. BAYANG BESAU 1 BIJIK
4. BAWANG KECIK 3 BIJIK
5. BAWANG PUTIH 4 BIJIK
6. LADA ITAM
7. SERBUK KUNYIT
8. SOS TIRAM
9. KICAP PEKAT CAP APE2 PON BOLEH..PASTIKAN YG LEMAK MANIS
Cara
1. GAULKAN AYAM DENGAN SERBUK KUNYIT DAN GARAM HINGGA SEBATI.
2. GORENG AYAM HINGGA GOLDEN KEEMASAN
3. SETELAH ITU, TOSKAN AYAM DAN BIAUKAN DIA (IA) KEJAP
4. POTONG BAWANG PUTIH DAN BAWANG KECIK..(JGN LUPER BASUH)..PASTUH TUMBUK KASIK HANCUR DENGAN MENGGUNAKAN BATU LESUNG....BERHATI2..PAKAI SPEK KESELAMATAN JIKA PERLU...
5. POTONG JUGAK HALIA TADI..HIRIS2 DAN CAMPURKAN DENGAN BAHAN DI ATAS (NO 4).
6. TUMISKAN BAHAN NO 5 SETELAH BAU NAIK , MASUKKAN KICAP PEKAT. LETAKLER DLM 5-8 CAMCA...
7. SAMBIL TUH, HIRIS BAWANG BESAU TUH. HALIA YG LEBIH TADI HIRIS HALUS2.
8. MASUKKAN AYAM YG TENGAH RELAX TADI.
9. MASUKKAN HALIA.
10. MASUKKAN 2 CAMCA SOS TIRAM
11. LAST SEKALI LETAK BAWANG BESAU. BIARKAN SAMPAI 10 MINIT. KALAU KERING SANGAT CAMPUR 2-12 TITIK AIR DAN JUGA KICAP.
HIDANGKAN BERSAMA 2,3 POTONG CILI HIJAU. YG DIPOTONG SEPERTI BUNGA.
AYAM MASAK KICAP [tembamgirl09]
ayam..ikut suka la banyak mana..
1 biji bawang besar dihiris nipis ikut bulatan
5 ulas bawang putih dihiris nipis
1 mangkuk kicap manis
1 mangkuk sos cili
1 mangkuk air (ikut suka la nak pekat or cair)
baby corn,carrot,cendawan butang cili merah dihiris..letak la banyak mana nak..lagi banyak lagi best..bg pengemar sayur la
garam secukup rasa
1. memula gorengkan ayam yg diperap garam dan kunyit..ketepikan
2. lepas tu tumiskan bawang putih dan merah..
3. lepas naik bau masukkan sayur2an..goreng sehingga separuh masak..
4. tuangkan kicap dan sos..letakkan sedikit air supaya berkuah sikit..
5. biarkan mengelegak sket pastu masukkan ayam tadi..
6. masak selama 2mnt supaya kuah tu meresap dlm ayam..
7. lepas tu hidangkan bersama nasi putih.. |
|
|
|
|
|
|
|
::: ayam masak kicap Cokelat :::[CoKeLat-RaWkZ]
Bahan2nya:
- ayam
- kicap
- sos cili
- 1 sudu teh gula
- rempah tumis
- bwg Bombay dihiris bulat
ditumbuk:
- kunyit
- serai (diketuk)
- bawang merah
- bawang putih
- cili kering
- halia
Cara2:
1. tumis sumer bahan tumbuk, dan rempah tumis.
2. bila dah wangi, masukkan ayam, biar sampai airnya kering.
3. masukkan kicap, sos cili, gula dan perasa
4. bila ayam dah empuk, masukkan hirisan bawang bombay, gaul rata, after 5 minit dah siap!!
Ayam Masak KICAP [eligible_gurl]
bahan-bahannya:
1 ekor ayam (digaul dengan garam dan kunyit)
1 ulas bawang besar (dikisar halus)
2 sudu cili merah (dikisar halus)
2 ulas bawang putih (dikisar halus)
? inci halia (dikisar halus) 2 sudu kicap pekat
2 sudu kicap cair
2 sudu air asam jawa
Sedikit perisa
Cili merah dan bawang besar sebagai hiasan
cara-caranya:
1. Basuh dan goreng ayam terlebih dahulu.
2. Angkat dan tepikan dulu untuk sementara.
3. Kemudian tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik baunya
4. masukkan ayam yang telah digoreng.
5. Setelah naik bau, masukkan pula kicap pekat, kicap cair dan air asam jawa. 6. Masukkan garam sebagai perisa dan masukkan ayam sehingga masak.
7. Setelah masak, angkat untuk dihidangkan.
8. Gubah cili merah dan bawang besar sebagai hiasan.
AYAM MASAK KICAP [hanieliza]
Bahan
1 ekor ayam [buangkan kulit dan potong kecil]
1 ulas bawang besar [mayang]
2 ulas bawang putih [mayang]
1 inci halia [mayang]
2 sudu besar cili sos
2 sudu besar tomato sos
3 sudu besaar kicap pekat
2 sudu besar air
tomato buah [belah 6]
Cili merah dan hijau [mayang] jika nak pedas sikit
Cara:
1. Tumis bahan-bahan yang telah dimayangkan sehingga naik baunya.
2. Masukkan ayam yang telah dpotong kecil tadi.
3. Satelah agak garing masukkan air, kicap, cili sos dan tomato sos.
4. Masukkan buah tomato yg dibelah dan biarkan agak pekat dan naik minyak.
4. Setelah masak, angkat untuk dihidangkan.
[ Last edited by NoorMasri at 1-6-2006 06:26 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Ayam Masak Merah [cendawan_butang]
bahan2 A :
- ayam (yg dah bersih )
bahan2 B :
- bawang merah ( 5 biji )
- bawang besar ( bawang besar 1 biji )
- bawang putih ( 3 ulas )
- cili kering ( ganti ngan cili boh pun bleh )
- 2 sudu besar kicap ( cap 3 ayam yg paling cendawan suka )
- 1 sudu besar sos cili
- 1 sudu kecik cuka
- sedikit belacan
- garam secukup rasa
cara2...
bahan2 B masukkan dlm blender. Blender sampai seme sebati dan hancur secukup rasa...:
amik kuali...masukkan ayam ngan bahan2 yg dah diblend tadi...bukak ler api gas...kalau ader penutup, tutup kuali tuh...jgn lupa masukkan skit air..( pastikan ayam tenggelam dlm air bersama2 rempah yg dah diblend..)
biar kan je ler kuali tuh kat atas dapur...sekali sekali bukak penutup dan kacau skit2...bila seme bahan2 tadi mula mengering..baru lah saudara saudari masukkan minyak masak ( 3 sudu besar )...
ok, sekarang biarkan jer kat atas dapur..tak yah tutup dah...bila dah nampak masak tuh...tutup api..sila hidang sesedap rasa..:D
ok..boleh cuba..senang jer nih..main campak2 jer..lps tuh biar jer kat atas dapur...:
ps:- kalau nak bubuh ajinomoto pun bleh
Ayam Maasak Merah 2 [juita]
ayam perap ngan kunyit,garam,serbuk kari
goreng dan ketepikan.
bawang putih,merah,cili kering dan halia kisar lumat
bawang untuk tumis
tomato puree
minyak
bunga lawang
kulit kayu manis
jintan manis,jintan putih ngan ketumbar tumbuk halus
bawang besar potong bulat-bulat
1. panaskan minyak, masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang,
2. masukkan bahan yang dikisar sampai naik bau.
3. Masukkan tomato puree
4. masukkan bahan yang ditumbuk halus.
5. masukkan ayam yang telah digoreng gaul rata
6. masukkan bawang besar. |
|
|
|
|
|
|
|
Ayam Masak Merah ala Aji.[ajinomotonosuga]
Bahan.
10 pieces ciken, medium cut, takyah buang kulit, kalo nak diet buang ler.
sos tomate or tomato puree or tomato wholepeeled kasik blend hancus
cili paste
bawang
garlic
cinnamon stick
sudu besor; cummin dan coriander ground
sudu kecik; tiram sos, gula putih
3 bijik buah tomato potong 4 cubes
salt
serbuk lada hitam
half jug ciken stock
halia
cara.
tumis bawang dan garlic dan halia yang dah di mayang halus tuh sampai naik bau kemudian, campak stick cinnamon tuh,
masukkan cili paste cili boh or cili kering blend sendiri, kepedasan tinggi kalo cili kering kecik tuh, mexican one
bila cili dah lain kaler, bubuh garam gula and few dash tiram sos, black pepper ground tuh kemudian dah bau skit bubuh sos tomato ke puree ke wholepeeled yang dah di hancuskan tu
HINT salunya aku bubuh garam gula pepper awal2 masak masa menumis pasal baru paste tu balance pi pada apa bahan besar nanti even sayuran. kalo bubuh last tak balance. cooking salt tak sama power dengan table salt. but better ada table salt kalo nak masin lebih. preferably masakan aku salu kurang garam salu aku pinch saja, one pinch gitu , never use spoon ke apa, kene latih confidence in cooking cenggitu tauu haaa.
dah naik bau besh tu masukkan ketul2 ayam trus, ni jenis tak guren dulu, aku tak gemo guren ayam then masuk, stail kicap pun stail ini.
bior api besor sampai mengelegak, kemudian dah gelegak tuh mediumkan api tutup lepas di kacau samarata
biar dalam 10 minit untuk keluarkan minyak2 ayam dari lemak2 yang ada , bukak tutup kuali tu kasik kacau kasik samarata samarasa bubuh ciken stock setengah jug dan biar api medium, jangan tutup.
another 10 minit bubuh ketulan tomato and another 5 minit the dish is ready. Garnish dengan coriander leaf or celery leaf, side plate with slices timun or salad, makan dengan nasih putih panas2 with orange juice yummy
p.s. kalo masak kicap stail aku pun cam ni cuma instead merah dia hitam pasal soy. aku buh cili gak cuma tadak sos dan buah tomato saja. masak kicap buh kentang wedges dah digureng, dengan beancurd skit. isk lapaar plak hiskk.
AYAM MASAK MERAH [hanieliza]
Bahan-Bahan:
1 ekor ayam ..dipotong kecil..bersihkan dan buh kunyit & garam dan goreng
Bahan untuk dikisar:
10 tangkai cili kering
5 tangkai cili merah
3 cm halia
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 btng serai
4 biji tomato
2 S/B tomato sos
kacang peas
bawang besar,,potong gelang
minyak masak
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa
Cara:
1. Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing.
2. Setelah itu masukkan ayam, kacang peas, bawang besar, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
3. Gaulkan hingga sebati dan rata.
4. Apabila telah kering bolehlah diangkat.
AYAM MASAK MERAH [meya]
Bahan-bahan:
Ayam (dah digoreng ikut suka nak buat banyak mana)
Bawang merah besar
Bawang putih
Serai yang telah dititik
sedikit minyak - untuk tumis
Yang diblend:
Lengkuas
Halia
Bawang merah kecil/besar (ikut suka)
Cili kering yang sudah dimesin (kalau nak pedas lebihkan)
Tomato puree (ikut jenama mana yang disukai)
Santan
Sedikit kacang peas (kalau suka)
Cara-cara:
Tumis seperti biasa bawang merah,bawang putih dan serai.Bila dah wangi..masukkan bahan yang diblend..bila dah wangi lagi masukkan cili kering yang sudah dikisar tu bagi sampai naik minyak and then baru masukkan tomato puree.Bila dah nampak cantik ajek i.e. dah naik minyak..boleh masukkan ayam dan digaul rata.
Bila dah nampak elok ajek rata tu bolehler tuang santan...kalau boleh jangan banyak sangat.Agak2 cukup untuk melemakkan sikit kuahnya.
Rasa cam dah cukup masak tu.Boleh tutup api and letak kacang peas.Gaulkan.
Sedap makan dengan nasi beriani ker,nasi kaler2 ker..nasi tomato ker..apa2 ler.
Nota :Minta maaf Meya tak tahu nak beri sukatan bahan2nya sebab selama ni Meya pakai letak ikut suka ajek..kalau rajin potong bawang banyak..banyakler Meya bubuh ...kira camtulah. Serupa macam santan tu selalunya Meya bubuh santan kotak tu dalam 1/4 dari kotak tu..and kalau santan paket tu agak2 lebih kurang camtu jugak.
Ayam Masak Merah [sapi]
Bahan-bahannya:
2 biji bawang besar-diblender
6 biji bawang putih-diblender
sedikit halia-diblender
10 batang lada kering-diblender
1 biji bawang merah-di hiris bulat2
kayu manis,bunga cengkih etc
sebatang serai-diketuk
2 biji ubi kentang-dipotong bulat nipis dan di goreng,ketepikan
1 biji tomato-dibelah 4
sedikit kacang peas
2 sudu besar tomato puree
daun ketumbar
garam,serbuk perasa
Peraturannya:
Goreng ayam separuh masak.Ketepikan.Tumis kayu manis etc sehingga wangi.Masukkan serai,bawang hiris bulat tomato puree dan bahan blender.Bila lada sudah garing,masukkan air secukupnya.Tunggu hingga kuahnya mendidih,baru masukkan ayam,kentang dan tomato.Setelah 5 minit,masukkan kacang peas,garam ,serbuk perasa dan daun ketumbar.
gambar ehsan NoorMasri
[ Last edited by NoorMasri at 31-12-2006 02:54 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Ayam Masak Sambal [ajinomotonosuga]
kalo buh rempah bio peram dulu..kalo kunyit pun kene peram nanti masak baru de rasa
ada 2 stail..guren ayam dulu dan tanpa guren ayam dulu
kalo de ikan sambal apa peliknya ayam ke daging sambal..sama je laa
tapi kene la tau beza seafood, whitemeat and red meat aaaa k? kene tahu camna 3 jenis bahan makan tu interact dengan rempah ratus gitu
macam kalo omputih aa seafood salu depa lawan minum champagne pasal nak rasa flavour tu enhanced aaa kalo red meat depa pekene wine kalo whitemeat depa pekene champagne gak
kalo aku plan nak masak aaa ayam sambal, aku tak guren ayam dulu tak buh rempah kaa kunyit kaa kat ayam tuh..campak je kat sambal paste lam wok tuu tutup lepas tu bukak tudung dan masak sampai kuo minyak ayam tuh, nampak ayam tu garing skit..hangit2 skit. tapi aku tak penah suke apa aku masak pun..so tak sedapz..aku tak penting bab sedap2 ni aku penting bab healthy esp sayur tu tak suke kalo masak sampai lunyai ..habissssss lembik
Ayam Masak Sambal Cok [!CoKeLat-RaWkZ]
Cara
1. ayam potong kecik2 perap ngan kunyit...
2. pastu cili blend, serai, lengkuas, halia tumbuk ngan bawang merah, bawang putih... ditumis semuaaa...
3. bila dah garing, masuk ayam tadi.... tutup kuali
4. agak dah kering air ayam, masukkan air asam jawa dan belacan siket..
5. tutup balik..
6. bila ayam betul2 empuk, masuk perasa, garam, gula siket..
7. lastly masukkan hirisan bawang besor..
8. gaul rata..
siap!! |
|
|
|
|
|
|
|
Ayam Masak Simple [paja]
1.2tumbuk/blend without liquid bawang merah, bawang putih, lada hitam, halia, cili merah, kicap manis, garam. pastu marinate ngan ayam. kalau rajin dan kalau ada kat dapur tu boleh ler campur sikit jintan manis, jintan putih. perap ler sejam dua .. lagi lama lagi sedap.
2. bila nak goreng .. boleh ler salut sikit ngan tepung jagung, nak bagi rangup. deep fried.
3. kalau nak bakar .. tak payah salut tepung. bungkus dalam aluminium foil, letak je atas api .. pelan je laa .. karang luar masak hangus, dalam tak masak.
Ayam Tandoori [hanieliza]
1 ekor ayam (sederhana besar)..potong 4 dan bersihkan
Bahan Perap:
1 sudu besar cili mesin
2 sudu besar rempah kari
1 cawan yogurt
1 ici halia............................]
1 labu bawang besar............]
3 ulas bawang putih.............]
2 biji tomato buah................]mesinkan dan gaul rata semua ini
1 pokok daun ketumbar........]
1 sudu besar madu/gula........]
1 sudu besar minyak.............]
garam secukupnya................]
1. Perapkan bahan ni bersama ayam dan bakar dalam oven 200 C sehingga masak (1 jam).
2. Hidangkan bersama salad dan roti atau nasi. |
|
|
|
|
|
|
|
Chicken Vindaloo [chempaka_ku]
600g chicken thighs atau apa saja
Marinade
1/2 cup plain yoghurt
2 tbsp lemon juice (ikut kemasaman lemon, kalau terlalu masam boleh kurangkan)
1 tbsp pounded garlic
1 tbsp ginger paste (buku ni use Life Nyonya)
1/2 tsp salt
1/4 tsp ground black pepper
Bahan tumis
3 tbsp oil
1 bwg besar, diced
1 stalk daun kari
1 tomato, diced
3 tbsp meat curry powder, mix dgn sedikit air buat paste
1 tbsp tomato puree
125ml (1/2 cup) air
Seasoning
1/2 - 1 tsp salt
1/2 tsp ground black pepper
Season ayam dgn bahan marinade untuk beberapa jam atau overnight di fridge.
Masak - Panas 3 tbsp minyak. Tumis bwg besar hingga lembut dan harum. Masukkan daun kari, diced tomato dan curry powder paste hingga pecah minyak.
Masukkan ayam yg dimarinade, tomato puree dan air, tutup dan simmered dgn api yg sederhana hingga kuahnya pekat dan ayam masak. Masukkan seasoning.
ps. lebih sedap kalau dibiarkan beberapa jam sebelum dihidang |
|
|
|
|
|
|
|
Salad Ayam Goreng [CoKeLat-RaWkZ]
Bahan-Bahan: 1 ekor ayam
Garam dan kunyit secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Garam dan gula secukupnya
100 gm kacang sepat
6 biji kentang dibelah empat dan digoreng
1 batang lobak merah
Bahan-bahan digiling:
10 tangkai cili merah
2 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
1 cm halia
Cara:
1. Ayam dibelah empat, digaul garam dan kunyit dan digoreng.
2. Tumis rempah giling hingga garing, masukkan garam dan gula.
3. Masukkan ayam, kacang sepat, kentang dan lobak merah.
4. Gaul hingga sebati dan angkat.
Satay Bumbu Perapan [ninoZ]
just incase ade yg tak tau
marinate utk sate:
dikisar halus2:
serai
lengkuas
halia
bawang merah
jintan manis
jintan putih
ketumbar
kunyit hidup
gula
garam
semua bahan digaul rata dgn daging/ayam yg telah dipotong kecil2 n diperap semalaman..
lepas tu bleh cucuk kat skewer.. siap utk dipanggang
lebihan jus perapan tu jgn buang..campurkan dgn minyak masak utk basting masa panggang sate nanti
gunakan beberapa batang serai yg dititik sebagai 'brush' utk basting.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Makanan & Resipi
|