CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: riccckyyy

Cerita-cerita Rakyat Melayu

[Copy link]
 Author| Post time 18-8-2005 10:28 PM | Show all posts

Sang Kelembai / Gedembai (Version Pahang 2)

In a second Pahang version she is also called Gedembai/Sang Kelembai. Here she is a giantess in human form who lived in Kampung Hulu Singai. She took great pleasure in turning people into stone and did so to many villagers, including the headman Tuk Sali. One day a mysterious youth appeared in the village, smartly dressed and armed with a small kris with an ivory handle. He said his name was Putera Indera Sakti, son of the king of Panca Perseda. He asked why people were looking so sad and they told them about Gedembai. He then asked where he could find her and set out to face her. Gedembai was amused when he appeared before her and thought of humoring him before turning him into stone. She asked where he was from and what he wanted, but the youth refused to reply. This made her very angry and cursed him into stone.

To her great surprise, the prince did not turn into stone but stood there as if nothing had happened. Gedembai tried again and again, but to no avail. She became afraid and started to run away. Then the prince drew his kris, placed it to his forehead, recited some magic words, and pointed the blade towards the fleeing Gedembai. She suddenly stopped in her tracks and began shrink. She became smaller and smaller until at last she was turned into a small frog.

The villagers, who had been watching from a distance, ran forward and trampled the frog. Then they dug a deep hole and buried the frog in it. The prince then asked them to show those who had been turned into stone and they did. Again the prince drew out his kris and pointed the blade towards the stones. All the people, including their beloved headman Tuk Sali, returned to their original form. The people prepared a big feast and started to celebrate and in their excitement forgot about the prince. They searched for him everywhere but he had vanished into thin air. Then they suddenly realized that the young man might have been send to their village by God to help them overcome Gedembai and that their prayers must have been answered.

by Micha F. Lindemans  
Link : http://www.pantheon.org/articles/g/gedembai.html

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2005 12:05 AM | Show all posts
RiccKY....Pak Pandir moden ...mengarut tak abis lagi jawa ni

Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2005 01:01 AM | Show all posts

Hikayat Badang Perkasa

Arakian pada zaman dahulu terdapatlah seorang hamba di Temasik. Akan hamba itu bernama Badang dan tuannya pula bernama Orang Kaya Nira Sura. Akanpun kerja Badang pula sehari-hari menebas hutan untuk tuannya untuk bercucuk tanam. Ketika itu amat payahnya Badang mendapatkan makanan, hanya umbut dan pucuk pokok menjadi lauknya sehari-hari. Maka datanglah rasa jemu memakan umbut dan pucuk semata-mata.

Di pinggir tempat Badang menebas itu ada sebatang anak sungai mengalir. Maka Badang sering singgah di tebing anak sungai itu untuk melepas lelah sambil membersihkan dirinya selepas sehari-hari menebas. Maka pada suatu hari ketika Badang sedang berehat-rehat di tebing anak sungai, dia melihat banyak ikan melompat-lompat dengan galaknya, maka dia pun berfikir-fikir "Tempat ini bagus kalau menahan lukah."

Setelah itu diapun kembali menebang hutan. Ketika sedang menebas semak-samun, Badang ternampak serumpun buluh lalu dia berasa sukacita. Apabila hari telahpun petang, Bandang pun segeralah pergi menebang buluh-buluh itu lalu diletakkannya ditebing sungai. Setelah itu dia pun meraut buluh itu untuk dibuat lukah. Keesokkan harinya, Badang bangun pagi-pagi lagi dan bersegeralah menebang hutan. Apabila hari sudah petang, Badang kembali ke tempat dia menyimpan buluh yang di raut semalam. Badang dengan cepat menyiapkan lukahnya itu. Setelah lukahnya siap, Badang memacakkan buluh menjadikan genting lalu memasang lukahnya digenting anak sungai tersebut. Setelah Badang siap memasang lukah, hari sudahpun beransur malam. Badang pun bersiap lalu tidur.

Setelah fajar mula menjelang keesokkan harinya, Badang pun bangun lalu pergi memeriksa lukahnya. Alangkah hampanya Badang kerana melihatkan lukahnya telah diusik orang dan kosong. Yang tinggal di dalam lukah hanyalah tulang dan sisik ikan yang bertimbun-timbun. Setelah Badang memasangkan lukahnya kembali, dia pun kembali pergi menebang pokok dan menebas semak. Pada keesokkan harinya, Badang kembali memeriksa lukahnya dan dia berasa sungguh hampa sekali lagi kerana hanya sisa tulang dan sisik ikan yang tinggal di dalam lukahnya. Badang merasa sungguh meradang dan dia berazam untuk menangkap orang yang bertanggungjawab mencuri ikan-ikannya itu. Badang memasang lukahnya kembali sebelum pergi menebang pokok diatas tanah tuannya.

Pada sebelah petangnya setelah habis bekerja, Badang memeriksa lukahnya kembali, tetapi tidak diusik orang. Badang pun pergilah membersihkan diri dan bersembahyang dan berzikir. Setelah selesai mengerjakan sembahyang Isya, Badang pun kembali  ketempat dia menahan lukah tersebut. Setelah sampai ketebing anak sungai tersebut, Badang pun menyorok dibelakang serumpun belukar dan duduk menunggu. Setelah lama menunggu, maka dilihatnya air anak sungai itu berombak-ombak, dan dengan tiba-tiba muncul satu lembaga yang menjulang lukahnya. Maka dilihat oleh Badang lembaga itu membawa lukahnya ke tebing anak sungai tersebut lalu sibuk meratahnya.

Badang merasa sungguh marah lalu dia menghunus goloknya lalu mara perlahan-lahan kearah lembaga itu. Setelah hampir dengan lembaga itu, Badang melompat dengan cepat lalu meragut janggut lembaga itu yang panjang berjuntai. Lembaga itu meronta-ranta hendak melepaskan diri, tetapi Badang tetap menggenggam janggut lembaga itu dengan kemas. "Oh! engkaulah yang selalu mencuri ikan aku setiap hari." kata Badang dengan marah. "Aku tidak akan lepaskan engkau kali ini." katanya lagi.

Lembaga itu meraya-rayu agar dia tidak diapa-apakan. "Tolonglah tuan hamba. Lepaskan hamba. Hamba akan berikan apa sahaja yang tuan hamba minta sekiranya tuan hamba melepaskan hamba."

Mendengarkan kata-kata lembaga itu, Badang berfikir "Kalau aku meminta rumah atau kekayaan, kesemua harta itu akan menjadi milik tuan aku. Kalau aku meminta isteri yang cantik juga akan diambil oleh tuan aku. Oleh itu baik aku meminta kekuatan yang luar biasa. Oleh itu dapatlah aku membersihkan hutan ini dengan cepatnya."

"Baiklah! Aku hendak menjadi kuat." ujar Badang.

"Kalau tuan hamba hendak menjadi kuat, tuan hamba perlu memakan muntah hamba." kata lembaga itu.

"Baiklah! Cepatlah agar aku menjadi kuat." kata Badang lagi.

Lembaga itu mencapai daun pokok berhampiran dan memuntahkan kedalam daun itu. Daun itu kemudiannya diunjukkan kepada Badang. Tanpa berlengah lagi Badang segera memakan muntah hantu itu. Setelah habis, lembaga itu berkata, "Lepaskan hamba sekarang."

"Nanti dahulu!" kata Badang. "Aku ingin mencuba terlebih dahulu."

Badang berjalan kearah sebatang pokok yang batangnya sebesar sepemelok. Lembaga itu terpaksa mengikut sahaja kerana janggutnya masih dipegang dengan kemas oleh Badang. Badang cuba menolak pokok tersebut dengan sebelah tangannya yang bebas itu. Alangkah gembiranya Badang kerana dengan mudah dia dapat menumbangkan pokok tersebut dengan menggunakan sebelah tangan sahaja. Setelah itu Badang pun melepaskan lembaga tersebut setelah lembaga tersebut berjanji tidak akan mengacaunya lagi.

Badang pun segera membersihkan kawasan hutan tersebut. Pokok-pokok yang sebesar dua pemelok dapat ditumbangkannya dengan mudah sahaja dengan menggunakan tangannya sahaja.

Setelah selesai membersihkan hutan tersebut, Badang kembali kerumah Orang Kaya Nira Sura. Melihatkan Badang, tuannya merasa kehairanan. "Bukankan aku menyuruh engkau membersihkan tanah di baruh. Kenapa engkau kesini?" tanya Orang Kaya Nira Sura.

"Maafkan hamba. Hamba sudah selesai membersihkan tanah tersebut." ujar Badang.

Orang Kaya Nira Sura merasa tidak percaya dan pergi untuk melihat sendiri kebenaran kata-kata Badang. Melihatkan tanah hutan itu benar-benar telah diterangkan, Orang Kaya Nira Sura merasa sungguh gembira dan sedikit bimbang. "Gagah sungguh Badang ini. Hutan sebesar ini dibersihkannya dengan mudah juga. Kalau dia mahu tentu dia boleh mengapa-apakan aku." fikir Orang Kaya Nira Sura. "Baik aku persembahkan Badang kepada raja Temasik."

Dengan itu Badang pun dimerdekakan oleh tuannya lalu dipersembahkan kepada raja Temasik.

http://w3.spancity.com/yosri
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2005 01:02 AM | Show all posts
Lagenda Mahsuri

Lagenda Mahsuri dikatakan berasaskan kejadian yang benar-benar berlaku dan ia sering dipentaskan dalam teater bangsawan. Kejadian ini dikatakan berlaku semasa pemerintahan Sultan Ahmat Tajuddin Almukarram Shah di Kedah. Pada ketika itu Datuk Seri Kemajaya bertanggung jawab memerintah pulau Langkawi sebagai wakil sultan. Terdapat beberapa versi Lagenda Mahsuri yang diceritakan dan menurut versi Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Lagenda Mahsuri  adalah seperti berikut :-

Pada suatu hari ketika wakil sultan Kedah, Datuk Seri Kemajaya sedang berbincang mengenai hal ehwal pengurusan pulau Langkawi dibalai penghadapan. Diantara mereka yang hadir termasuklah Mahsuri anak kepada Datur Amar yang berada di balai adat bersama-sama gadis istana yang lain. Pada masa yang sama, tiga orang perwira yang baru kembali daripada pertempuran dengan pasukan Portugis di selat Melaka masuk mengadap.

Ketiga-tiga mereka adalah Kelana, Deramang anak kepada Datuk Kemajaya, and Lela. Ketiga-tiga mereka terpikat dengan keayuan wajah Mahsuri dan berusaha untuk memikat Mahsuri dengan menceritakan kejayaan yang dicapai oleh mereka, disamping menunjukkan harta rampasan yang di dapati mereka dalam pertempuran tersebut. Tidak seorangpun di antara mereka pernah melihat Mahsuri sebelum ini.

Datuk Seri Kemajaya berasa berbesar hati dengan kejayaan mereka dan memandangkan telah banyak khidmat mereka pada masa lalu menawarkan isteri kepada mereka agar mereka dapat berumahtangga. Kesemua mereka bertiga menolak dengan menyatakan mereka belum bersedia untuk mendirikan rumahtangga disebabkan mereka bertiga telah jatuh hati dengan Mahsuri.

Pada satu hari ketika Mahsuri berada di serambai sambil menyayi lagu bunga tanjung, Deramang kemudian Kelana, dan diikuti Lela yang lalu dibawah serambai cuba menarik perhatian Mahsuri. Deramang kemudiannya mengambil peluang untuk mengadu domba antara Kelana dengan Lela sehingga kedua sahabat karib itu berkelahi. Deramang kemudiannya berlalu apabila menyedari kedatangan Datuk Aman. Datuk Aman mendamaikan kedua sahabat yang sedang bergaduh dan mendapati bahawa punca pergaduhan antara mereka adalah untuk memenangi hati Mahsuri.

Datuk Aman kemudian menyuruh Mahsuri memilih siapa yang dia minati antara Kelana dengan Lela. Mahsuri yang menghormati mereka berdua menyatakan dia akan menjatuhkan bunga daripada serambai dan sesiapa yang mendapat bunga tersebut akan mendapat hatinya. Mahsuri kemudiannya menjatuhkan bunga kepada Kelana yang berjaya menyambut bunga tersebut. Datuk Aman berjanji akan memilih hari yang sesuai untuk perkhawinan antara Mahsuri dengan Kelana. Kelana dan Lela kemudiannya berbaik kembali.

Selepas perkahwinan antara Kelana dan Mahsuri, Datuk Seri Kemajaya menerima perintah sultan Kedan untuk membawa angkatan tentera untuk melawan pasukan Siam yang telah menyerang Kedah dan membebaskan kota yang telah ditawan musuh. Isteri Datuk Seri Kemajaya, Mahsura, memujuk Datuk Seri Kemajaya agar memilih anaknya Deramang sebagai penggantinya ketika pemergiannya. Lela bertanggung jawab untuk mempertahankan kawasan pantai sementara Kelana pula mengiring Datuk Seri Kemajaya dengan pasukannya kemedan perjuangan. Kelana dan Mahsuri terpaksa berpisah walaupun baru berkahwin. Kelana meminta Lela, yang menganggap Mahsuri seperti kakak, agar menjaga Mahsuri.

Sebaik sahaja Datuk Seri Kemajaya dan Kelana meninggalkan pulau, Deramang, cuba sedaya upaya untuk memikat Mahsuri tetapi gagal. Oleh kerana itu, Deramang mengambil keputusan untuk memerangkap Mahsuri dengan Lela.

Deramang kemudiannya menyuruh Lela pergi kepantai dengan menyatakan terdapat kekecohan di situ. Kemudiannya, Deramang memberitahu Mahsuri bahawa suaminya telah kembali dan sekarang berada di pantai tempat Lela berada. Ketika Lela dan Mahsuri berada di tepi pantai, Deramang kemudiannya telah membawa orang kampung untuk menangkap Mahsuri dengan Lela dan mereka berdua dituduh berzina.

Memandangkan Deramang memegang tampuk pemerintahan ketika ketiadaan Datuk Seri Kemajaya, penghulu dan kaum bangsawan tidak berani membantah atau menghalang Deramang walaupun mereka tahu Mahsuri dan Lela tidak bersalah. Deramang menjatuhkan hukuman bunuh kepada Mahsuri dan Lela. Mahsuri dihukum bunuh secara salang, ditikam dengan keris dikedua belah pangkal leher. Hukuman itu akan dilaksanakan di Padang Mat Sirat.

Pada masa Mahsuri akan dibunuh, ribut dan kilat sambung-menyambung dilangit. Mahsuri kemudiannya menyumpah penduduk Mahsuri bahawa mereka tidak akan aman dan pulau Langkawi akan jadi padang jarak padang terkukur selama tujuh generasi kerana membenarkan ketidakadilan ini berlaku. Apabila Mahsuri ditikam dengan keris oleh Deramang, darah putih memancut keluar sebagai tanda kesucian Mahsuri.

Ketika Deramang hendak menikam Lela, pasukan perwira yang diketuai oleh Datuk Seri Kemajaya sampai menyebabkan Deramang melarikan diri. Apabila sampai ketempat hukuman dilaksanakan, Datuk Seri Kemajaya, Kelana dan mereka yang lain  terkejut apabila melihat mayat Mahsuri terkapar disitu. Suasana gembira diatas kejayaan mereka mengalahkan musuh yang menyelubungi rombongan itu kini bertukar menjadi pilu.

Lela kemudiannya menceritakan apa yang telah berlaku sehingga menyebabkan kepada kematian Mahsuri. Kelana kemudiannya terus memburu Deramang untuk membalas dendam. Selepas pergaduhan sengit Kelana berjaya membunuh Deramang dan dengan itu membalas dendam keatas kematian isterinya.

Datuk Seri Kemajaya kesal diatas kematian Mahsuri, dan kerana melantik Deramang sebagai pengganti semasa ketiadaannya di Langkawi menawarkan kepada Kelana gadis lain sebagai pengganti. Kelana menolak tawaran tersebut dan sebaliknya pergi meninggalkan Pulau Langkawi setelah bersumpah tidak akan menjejakkan kakinya lagi kembali.

Selepas kematian Mahsuri, Mahsuri dianggap sebagai keramat dan tidak lama angkatan tentera Siam menyerang menyebabkan pulau Langkawi terbiar, dipercayai akibat sumpahan Mahsuri.

http://w3.spancity.com/yosri

[ Last edited by fleurzsa at 25-8-2005 01:31 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2005 01:03 AM | Show all posts

Pak Pandir

:dia: hah, ini ada cerita pak pandir, serupa bongok macam sesetengah org, macam pak pluto lah, yg suka memesongkan org kita phobia takut dan kalut kat kartun pokemon/teletubbies, terperdaya mempercayai perkara karut dan membuat keje bodoh sehingga lupa diri utk membuat keje yg lebih penting dan memajukan diri kita serta merugikan kita. diharap kita semua ambiklah teladan......

Suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnya. Entah macam mana di tengah perjalanannya tadi dia terjumpa setompok tahi yang masih panas. Lalu dia pun berhenti, mencangkung, memerhati dan meneliti tompok tahi tersebut. Tapi dia tu masih konpius dan tidak pasti sama ada benda yang dia jumpa tu adalah setompok tahi atau bukan. Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan untuk mendapatkan kepastian. Dia meneliti tahi tersebut lalu dia berkata "Rupa bentuk macam tahi."  Lepas tu dia pegang pulak tahi tu lalu dia berkata, "Lembik macam tahi." Lepas tu dia ambik sikit tahi tu lalu dia hidu tahi tu. Lepas tu dia berkata, "Bau macam tahi." Tetapi pak pandir ni masih lagi ragu-ragu dan tidak yakin dengan tahi tu lalu dia pun mengambil keputusan untuk mejilat sedikit tahi tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat tahi berkenaan dia pun menjerit..."ISSHHHH... MEMANG TAHI PUN.. RASA BUSUK MACAM TAHI... NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!"

:puke: :puke: :puke: :puke: :puke:

:lol :lol :lol :lol :lol :lol :lol :lol :lol :lol :lol :lol

[ Last edited by riccckyyy at 25-8-2005 02:43 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2005 01:21 AM | Show all posts

Sang Kancil Dengan Buaya

Pada zaman dahulu Sang Kancil adalah merupakan binatang yang paling cerdik di dalam hutan. Banyak binatang-binatang di dalam hutan datang kepadanya untuk meminta pertolongan apabila mereka menghadapi masalah. Walaupun ia menjadi tempat tumpuan binatang- binatang di dalam hutan, tetapi ia tidak menunjukkan sikap yang sombong malah sedia membantu pada bila-bila masa saja.

Suatu hari Sang Kancil berjalan-jalan di dalam hutan untuk mencari makanan. Oleh kerana makanan di sekitar kawasan kediaman telah berkurangan Sang Kancil bercadang untuk mencari di luar kawasan kediamannya. Cuaca pada hari tersebut sangat panas, menyebabkan Sang Kancil berasa dahaga kerana terlalu lama berjalan, lalu ia berusaha mencari sungai yang berdekatan. Setelah meredah hutan akhirnya kancil berjumpa dengan sebatang sungai yang sangat jernih airnya. Tanpa membuang masa Sang Kancil terus minum dengan sepuas-puasnya. Kedinginan air sungai tersebut telah menghilangkan rasa dahaga Sang Kancil.

Kancil terus berjalan-jalan menyusuri tebing sungai, apabila terasa penat ia berehat sebentar di bawah pohon beringin yang sangat rendang di sekitar kawasan tersebut. Kancil berkata didalam hatinya "Aku mesti bersabar jika ingin mendapat makanan yang lazat-lazat". Setelah kepenatannya hilang, Sang Kancil menyusuri tebing sungai tersebut sambil memakan dedaun kegemarannya yang terdapat disekitarnya. Apabila tiba di satu kawasan yang agak lapang, Sang Kancil terpandang kebun buah-buahan yang sedang masak ranum di seberang sungai."Alangkah enaknya jika aku dapat menyeberangi sungai ini dan dapat menikmati buah-buahan tersebut" fikir Sang Kancil.

Sang Kancil terus berfikir mencari akal bagaimana untuk menyeberangi sungai yang sangat dalam lagi deras arusnya. Tiba-tiba Sang Kacil terpandang Sang Buaya yang sedang asyik berjemur di tebing sungai. Sudah menjadi kebiasaan buaya apabila hari panas ia suka berjemur untuk mendapat cahaya matahari.Tanpa berlengah-lengah lagi kancil terus menghampiri buaya yang sedang berjemur lalu berkata " Hai sabahatku Sang Buaya, apa khabar kamu pada hari ini?" buaya yang sedang asyik menikmati cahaya matahari terus membuka mata dan didapati sang kancil yang menegurnya tadi "Khabar baik sahabatku Sang Kancil" sambung buaya lagi "Apakah yang menyebabkan kamu datang ke mari?" jawab Sang Kancil "Aku membawa khabar gembira untuk kamu" mendengar kata-kata Sang Kacil, Sang Buaya tidak sabar lagi ingin mendengar khabar yang dibawa oleh Sang Kancil lalu berkata "Ceritakan kepada ku apakah yang engkau hendak sampaikan".

Kancil berkata "Aku diperintahkan oleh Raja Sulaiman supaya menghitung jumlah buaya yang terdapat di dalam sungai ini kerana Raja Sulaiman ingin memberi hadiah kepada kamu semua". Mendengar saja nama Raja Sulaiman sudah menggerunkan semua binatang kerana Nabi Sulaiman telah diberi kebesaran oleh Allah untuk memerintah semua makhluk di muka bumi ini. "Baiklah, kamu tunggu di sini, aku akan turun kedasar sungai untuk memanggil semua kawan aku" kata Sang Buaya. Sementara itu Sang Kancil sudah berangan-angan untuk menikmati buah-buahan. Tidak lama kemudian semua buaya yang berada di dasar sungai berkumpul di tebing sungai. Sang Kancil berkata "Hai buaya sekelian, aku telah diperintahkan oleh Nabi Saulaiman supaya menghitung jumlah kamu semua kerana Nabi Sulaiman akan memberi hadiah yang istimewa pada hari ini". Kata kancil lagi "Beraturlah kamu merentasi sungai bermula daripada tebing sebelah sini sehingga ke tebing sebelah sana".

Oleh kerana perintah tersebut adalah datangnya daripada Nabi Sulaiman semua buaya segera beratur tanpa membantah. Kata Buaya tadi "Sekarang hitunglah, kami sudah bersedia" Sang Kancil mengambil sepotong kayu yang berada di situ lalu melompat ke atas buaya yang pertama di tepi sungai dan ia mula menghitung dengan menyebut "Satu dua tiga lekuk, jantan betina aku ketuk" sambil mengetuk kepala buaya begitulah sehingga kancil berjaya menyeberangi sungai. Apabila sampai ditebing sana kancil terus melompat ke atas tebing sungai sambil bersorak kegembiraan dan berkata" Hai buaya-buaya sekalian, tahukah kamu bahawa aku telah menipu kamu semua dan tidak ada hadiah yang akan diberikan oleh Nabi Sulaiman".

Mendengar kata-kata Sang Kancil semua buaya berasa marah dan malu kerana mereka telah di tipu oleh kancil. Mereka bersumpah dan tidak akan melepaskan Sang Kancil apabila bertemu pada masa akan datang. Dendam buaya tersebut terus membara sehingga hari ini. Sementara itu Sang Kancil terus melompat kegembiraan dan terus meniggalkan buaya-buaya tersebut dan terus menghilangkan diri di dalam kebun buah-buahan untuk menikmati buah-buahan yang sedang masak ranum itu.

Sekian

http://members.tripod.com/isma_il/kancil.html

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-8-2005 09:52 AM | Show all posts
ff: skit (sikit aje)...pasal Sang kancil, teringat kartun pendek hujung 80an-awal 90an kat RTM terbitan Filem Negara....yang masih terlekat, cite Kancil dengan Monyet dengan catchphrase 'jangan monyet!'

ff: real punya....kalau Badang ada zaman ni...boleh dia masuk Fear Factor! (sebab makan muntah!!)

[ Last edited by alphawolf at 28-8-2005 09:55 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2005 03:18 PM | Show all posts
mod fleurza, well done, for adding to digest this thread, supaya posting dlm thread ni tak hilang dan dpt dibaca semua forummers. thank you.:love:

badang kalo skrg ada, boleh masuk  'the gladiators', 'wwf', olimpik, sure menang punya. ff:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2005 06:17 PM | Show all posts
Originally posted by riccckyyy at 25-8-2005 03:18 PM
mod fleurza, well done, for adding to digest this thread, supaya posting dlm thread ni tak hilang dan dpt dibaca semua forummers. thank you.:love:

badang kalo skrg ada, boleh masuk  'the gladiat ...


Ayah Pin dapat ramai pengikut kerana mudah percaya karut marut macam riccky Kisah seorang pengikut AP, kerana mudah percaya, nak cari ketenangan konon, bawa bini pergi ke perkampongan AP, tup tup tup AP sudah hantam bini dia, sekarang lagi celaru! Laki ingat AP tu divine, bini ingat laki reda, nah sekarang jadi serabut, serba salah bila bini dah kena divine c**k! :stp::stp:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2005 06:18 PM | Show all posts
Originally posted by riccckyyy at 25-8-2005 03:18 PM
mod fleurza, well done, for adding to digest this thread, supaya posting dlm thread ni tak hilang dan dpt dibaca semua forummers. thank you.:love:

badang kalo skrg ada, boleh masuk  'the gladiat ...


Ayah Pin dapat ramai pengikut kerana mudah percaya karut marut macam riccky Kisah seorang pengikut AP, kerana mudah percaya, nak cari ketenangan konon, bawa bini pergi ke perkampongan AP, tup tup tup AP sudah hantam bini dia, sekarang lagi celaru! Laki ingat AP tu divine, bini ingat laki reda, nah sekarang jadi serabut, serba salah bila bini dah kena divine c**k! :stp::stp:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2005 10:52 PM | Show all posts
                   

hahaha.... lebih kurang samalah watak karut kartun di atas, plutopin dgn ultrapin, yg suka menyesatkan org dan nampak gagah tetapi sayang, bacul dan pengecut sebenarnya... takutkan kartun karut di bawah.......


  

[ Last edited by  riccckyyy at 4-9-2007 06:03 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2005 02:11 AM | Show all posts

Pak Pandir Moden

Alkisahnya..hebohlah satu kampung..Pak Pandir mendapat tiket kapal terbang untuk menjadi tetamu Halim Othman dlm pagi di era.. , walaupun hanya kelas ekonomi..tapi bagi pak pandir..itu sudah cukup mengembirakanya..

Dipendekkan cerita..hari dijanji telah tiba..pak pandir pun sudah menunggu seawal subuh di lapangan terbang..kapal terbang sampai..pak pandir pun naiklah..masuk jer kapal terbang.. pak pandir terus ambik tempat.

Sebelum kapal terbang berlepas..pramugari pun memeriksa penumpang supaya semua duduk ditempat masing masing dan bersedia untuk berlepas.. Sekali pramugari nampak pak pandir duduk kat kerusi bisnes klass.. setahu dia.. tak ada penumpang bisnes klass hari tu..dengan budi bahasa pramugari tu tegur."Pakcik, pakcik tak boleh duduk kat sini.. boleh pakcik pindah duduk dibelakang..."eh.. bagus sungguh orang kapal terbang nii (pramugari).. takpalah nak..pak cik selesa dah kat sini.."

Mana tak selesanya.. bisnes klass..mati akal pramug ari tu.. semua pramugari dan pramugara (kecuali yang terlampau) datang silih ganti..sakit kepala.. Pilot yang menunggu lama nak berlepas..bengong kenapa masih belum ada isyarat kata ok dari ketua pramugari..dia pun keluar tengok..

Pramugari sorang tu cerita..pilot tu pun pi lah kat pak pandir."pakcik..
boleh tengok tiket?" pak pandir kasi tiket..

"Oo.. pakcik nak pi KL yer pak cik?"

"yer nak... "

"Taapi pak cik.. kerusi depan nii pi johor bahru pakcik.., kerusibelakang
baru pi KL!"

"Yerker nak.. nasib baiklah nak bagitau.."

[ Last edited by riccckyyy at 26-8-2005 02:16 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2005 10:57 PM | Show all posts
watak seperti Pak Pandir yang digambarkan sebagai dungu,bodoh dan bercakap pelat macam budak
baru belajar bertutur.Mak Andih pula agak pintar.Watak Lebai Malang pula bersifat tamak melulu.Mahu makan kenduri kerbau dihulu sungai dengan mendayung perahu kehulu.Bila sampai lauk kerbau dah licin.Cuba kejar kehilir untuk makan kenduri kecil pun habis juga.Akhirnya balik makan nasi sejuk dirumah sendiri.Bagi cerita Mat Jenin semua orang tahu,kuat berangan-angan.Jual kelapa hingga nak beli kapal dan belayar untuk cari putri raja.Akhirnya jatuh dari pokok kelapa.
Mengutuk Melayu ini tak pernah habis.Bukan bangsa lain saja mengutuk malah orang melayu terus mengutuk bangsa sendiri.Bangsa melayu kini makin berani menindas bangsa sendiri atas nama demokrasi konon...Tujuannya semata-mata untuk mencari ruang untuk mengaut kekayaan bagi diri sendiri.Ke tak betul aku cakap ni??

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2005 01:53 AM | Show all posts

cerita rakyat warisan bangsa

baik buruk sesuatu cerita, aku rasa org melayu masih tahu menilaikannya. kita tidak memerlukan sebarang hero kat sini yg nak memperjuangkan nasib org melayu. cerita2 dongeng/rakyat adalah cerita warisan bangsa melayu karya nenek moyang kita sbg pengajaran dan teladan bagi kita. bagi yg tahu menghayati dan menilai, jadikanlah ia sbg pedoman hidup. jgn pulak kita nak memandai mencipta cerita2 karut palsu yg memperdayakan org lain seterusnya merugikan bangsa dan menyebabkan org melayu dipersendakan dah. kita tergelak membaca cerita menganai watak2 pak pandir, mak andih, mat jenin, lebai malang, pak kadok, pak belalang, si luncai dsbnya tetapi yg lebih mengelakkan kita ialah watak2 forumer di sini dgn gelagat bodohnya. lucu sebenarnya melihat manusia yg tiada pendirian teguh yg senang terpengaruh dgn anasir pihak jahat dan cerita karut yg memesongkan kita. bila org lain tegur dan kritik secara membina, terus tidak dpt menerima dan melatah seperti hilang akal. biarlah kita sama2 menilaikannya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2005 12:45 PM | Show all posts

Lebai Malang

Tersebutlah kisah seorang guru agama yang hidup di tepi sungai di sebuah desa di Sumatera Barat. Pada suatu hari, ia mendapat undangan pesta dari dua orang kaya dari desa-desa tetangga. Sayangnya pesta tersebut diadakan pada hari dan waktu yang bersamaan.

   Pak Lebai menimang-nimang untung dan rugi dari setiap undangan. Tetapi ia tidak dapat mengambil keputusan dengan cepat. Ia berfikir, kalau ia ke pesta di desa hulu sungai, tuan rumah akan memberinya hadiah dua ekor kepala kerbau. Namun, ia belum begitu kenal dengan tuan rumah tersebut. Menurut berita, masakan orang-orang hulu sungai tidak seenak orang hilir sungai.

   Kalau ia pergi ke pesta di hilir sungai, ia akan mendapat hadiah seekor kepala kerbau yang dimasak dengan enak. Ia juga kenal betul dengan tuan rumah tersebut. Tetapi, tuan rumah di hulu sungai akan memberi tamunya tambahan kueh-kueh. Sehingga ia mulai mengayuh perahunya ke tempat pesta pun ia masih belum dapat memutuskan pesta mana yang akan dipilih.

Pertama, dikayuh sampannya menuju hulu sungai. Baru tiba di tengah perjalanan ia mengubah fikirannya. Ia berbalik mendayung perahunya ke arah hilir. Begitu hampir sampai di desa hilir sungai. Dilihatnya beberapa tamu menuju hulu sungai. Tamu tersebut mengatakan bahawa kerbau yang disembelih di sana sangat kurus. Iapun mengubah haluan perahunya menuju hulu sungai. Sesampainya di tepi desa hulu sungai, para tamu sudah beranjak pulang. Pesta disana sudah selesai.

Pak lebai cepat-cepat mengayuh perahunya menuju desa hilir sungai. Sayangnya, apabila tiba di sana, pesta sudahpun berakhir. Pak Lebai tidak mendapat kepala kerbau yang diinginkannya.

Saat itu ia sangat lapar, ia memutuskan untuk memancing ikan dan berburu. Untuk itu ia membawa bekal nasi. Untuk berburu ia mengajak anjingnya.

Setelah memancing agak lama, kailnya dimakan ikan. Namun kail itu tersangkut di dasar sungai. Pak Lebai pun terjun untuk mengambil ikan tersebut. Sayangnya ikan itu dapat memboloskan diri. Dan sementara itu anjingnya telah memakan nasi bekal pak Lebai. Oleh kerana malang nasibnya, pak Lebai diberi jolokan Lebai Malang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2005 06:55 PM | Show all posts
citer lah plak kisah sang kancil ngan harimau plak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2005 06:39 PM | Show all posts
Originally posted by riccckyyy at 30-8-2005 01:53 AM
baik buruk sesuatu cerita, aku rasa org melayu masih tahu menilaikannya. kita tidak memerlukan sebarang hero kat sini yg nak memperjuangkan nasib org melayu. cerita2 dongeng/rakyat adalah cerita wa ...



Dulu masa kecik2 dulu.. akak saya selalu bacakan buku cerita untuk saya sebab masa tu saya tak pandai membaca lagi.... cerita Si Tenggang, Batu Belah Batu Bertangkup, Lebai Malang, Mawar putih Mawar Merah, Si Luncai, badang, sang kancil dengan sang buaya dan banyak lagi. Cerita rakyat dari negeri lain pun ada contohnya cerita Robin Hood dan Cenderella.  Masa dengar tu cuma rasa terhibur aje... tak sedar yang maksud sebenar akak saya adalah moral disebalik kisah tu...  dipenghujung cerita tu dia ada bagi kesimpulannya... contohnya bila cerita tentang si tenggang... dia selalu ingatkan saya jangan lawan cakap ibu...., bila cerita tentang lebai malang dia ingatkan saya supaya jangan tamak, bila cerita tentang luncai, dia ingatkan saya supaya berusaha jangan berkhayal aje...saya ambik aje pesanannya sebagai ingatan.   Bila dah pandai membaca ni... bila difikirkan watak-watak yang ada dalam cerita ni ianya sebenarnya ia menjana emosi... ada watak lucu, ada watak bodoh, ada watak gagah, ada watak pintar dan macam-macam lagi... so yang baik tu jadi kan pengajaran dan buruk tu jadikan le sempadan...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2005 09:53 PM | Show all posts

Pak Belalang

Pak Belalang ialah penduduk yang termalas di Kampung Pohon Beringin. Tetapi dia mempunyai seorang anak yang pintar bernama Belalang.

Kisahnya bermula apabila Belalang berjaya memperdayakan 2 orang pencuri bernama, Badan dan Nyawa, yang telah mencuri 2 ekor kerbau dan 2 ekor kambing. Oleh kerana tidak tahu tuan milik binatang itu, Belalang menyuruh bapanya, Pak Belalang berlagak sebagai seorang ahli nujum. Apabila pemilik binatang yang dicuri itu mengadu kepada penghulu, Belalang menyuruh mereka meminta bantuan ahli nujum iaitu bapanya., yang telah pun mengetahui di mana binatang itu. Dalam sekelip mata Pak Belalang menjadi ahli nujum yang terkenal.

Kehidupan mereka berubah apabila Sultan Shahrul Nizam mendengar tentang 'kehebatan' Pak Belalang dan melantiknya sebagai Ahli Nujum Di Raja. Satu hari harta Sultan telah dicuri Badan dan Nyawa, dan bila Sultan meminta Pak Belalang mencari harta itu kembali, Pak Belalang menjadi gentar dan melarikan diri ke sebuah gua dan secara tidak sengaja terjumpa harta tersebut.

Sementara itu Sultan Baginda Masai telah mencabar Sultan Shahrul Nizam untuk bertaruh kerajaan negera mereka untuk menyelesaikan 4 teka-teki dalam masa 3 hari 3 malam. Sekali lagi dengan bantuan Belalang, Pak Belalang berjaya menyelesai masalah itu dan telah dibenarkan mengahwini puteri Sultan sebagai penghargaan jasa beliau.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2005 11:47 PM | Show all posts
Originally posted by riccckyyy at 8-9-2005 09:53 PM
Pak Belalang ialah penduduk yang termalas di Kampung Pohon Beringin. Tetapi dia mempunyai seorang anak yang pintar bernama Belalang.

Kisahnya bermula apabila Belalang berjaya memperdayakan 2 or ...




Cerita ni P.Ramlee dah buat filemmm... lucu.... masih ingat lagi teka tekinya...
Moral dari kisah ni... kena berusaha... jangan tidur aje... untung dia ada anak pintar... kalau tak.. kempunan le nak kahwin dengan anak raja yang jelita....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2005 02:09 AM | Show all posts

Nujum Pa

Dengarlah tuan satu cerita
Cerita dongeng orang tua-tua
Kisah tuk nujum yang terus mata
Bukannya betul semuanya auta
.
Kisahnya konon di Bringin Rendang
Dari hal tok nujum yang dah terbilang
Telek menelek semua temberang
Ahli nujum Pa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 08:37 AM GMT+8 , Processed in 0.171716 second(s), 46 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list