CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: satriamerah

SOLAT WAJIB TAPI MALAS [merged: EddyAdy, Katak Pisang, jagung, sunquick]

[Copy link]
Post time 20-3-2006 08:59 AM | Show all posts
Rufaqa dah lama ambil inisiatif hal ini, dah bertahun-tahun menjalankan kursus-kursus solat bermula dari PERANAN & FALSAFAH solat sehinggalah PENGAMALAN RUKUN-RUKUN SOLAT tersebut kepada masyarakat di seluruh dunia bukan setakat di Malaysia sahaja.

Kursus yg dijalankan meliputi ilmu-ilmu usuluddin, fekah dan tasauf yg berkaitan dengan SOLAT.

ermm, action speaks louder than words...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2006 10:40 AM | Show all posts
wallahuallam
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2006 03:49 PM | Show all posts
Nabi Muhammad bersabda wajib disegerakan 9 perkara.



1.Apabila masuk waktu segera sembahyang

2.Apabila berdosa segera taubat

3.Apabila mati, segera tanam

4.Apabila berhutang, segera bayar.

5.Apabila ada duit, segera bayar zakat.

6.Apabila cukup hisab, segera pergi haji.

7.Apabila nampak anak bulan, segera puasa.

8.Apabila bersetubuh, segera mandi.

9.Aapabila anak cukup umur, apabila ada orang minta
segera nikahkan.



Orang yang meninggalkan sembahyang dan orang yang
meringankan sembahyang disiksa 15 perkara iaitu 6
perkara didunia, 3 perkara dikala hendak mati, 3
perkara di alam kubur dan 3 perkara apabila bertemu
dengan Allah.



1.Hidupnya (umur) tidak berkat

2.Mengaku sahaja Islam, tapi sering meninggalkan
sembahyang dan melewatkan waktu, perkara ini ditanya
oleh sahabat nabi berhubung dengan perkara tersebut di
atas.

"YA Rasullallah, apakah seksa orang yang meninggalkan
sembahyang dan melewatkan sembahyang.

Orang yang melewatkan sembahyang itu hukumnya haram
berdosa.

Seksa orang itu, Allah taala akan membalasnya dengan
15 seksa,

6 seksa di dunia,

3 diseksa diterima ketika hendak mati,

3 seksa berlaku di dalam kubur.

3 seksa diterima semasa hari kiamat.



Yang pertamanya, bersabda rasul (saw) dihilangkan
berkat umurnya. Hidupnya percuma kekosongan , kalupun
kelebihan hidupnya mewah, kemewahan itu hanya istidrah
(kosong) Umurnya tidak berkat iaitu tidak memberi
menfaat dalam hidupnya.



2.Allah taala akan menghapuskan tanda orang soleh pada
mukanya iaitu dihilangkan tanda orang soleh pada
mukanya.



3.Segala apa ja kebajikan yang dilakukan olehnya tidak
akan diberi pahala oleh Allah taala seperti
sembahyang, puasa, sedekah, haji dan lain lagi. Tiada
memperolehi pahala.



4.Tidak makbul oleh Allah taala akan doanya., Doa
ditolak.



5.Tidak diakui ia masuk golongan Islam.



Batinnya munafik, timbul perasaan benci dan marah
segala makluk di dunia ini kepadanya.



6.Tidak termasuk dalam doa orang soleh , tidak berkat
rezekinya terbuang , sia-sia belaka walaupun ia
kayaraya tetapi kekayaan itu menjadi laknat kepadanya.



Bertanya kepada sahabat itu, YA Rasulallah, (SAW)
apakah seksa yang akan diterimanya sewaktu hampir ajal
matinya.



Sabda rasul (SAW) Adalah matinya sehina-hinanya iaini
mencabut rohnya dengan bengis dan tiada belas kasihan.



Kedua, matinya dalam kelaparan bukan tiadanya makanan
yang disediakan tetapi nafasnya tiada lagi, perutnya
lapar tetapi tiada dapat makan. Walaupun sesuappun
kerana sakitnya sewaktu rohnya akan keluar.



Ketiga, MAtinya dalam keadaan dahaga , walaupun
sekiranya dituangkan air dimulutnya, air yang ada
didunia ini, mulutnya tidak memberi bekas akan dahaga
kerana sakit.



Bertanya sahabat, Ya, rasulallah (SAW) Apakah seksa
yang akan diterima di dalam kuburnya.



Sabda rasulallah (saw) Allah taala sempit akan
kuburnya berselisih akan kedua tulang rusuknya,
kuburnya gelap, 2.Diazabkan dengan api neraka dan ia
berbalik-balik diatas bara api neraka siang dan
malam., 3.Didatangkan ular bernama 'Sajahul ikrak'
yang mana matanya dari api dan kukunya dari besi dan
panjang kukunya kira-kira satu hari perjalanan dengan
suaranya, bagai guruh ia dating kepada simati sambil
berkata' Akulah Sajahul Iqrak' yang disuruh oleh
tuhanku memukul sekiranya simati meninggalkan
sembahyang subuh hingga ke zuhur, zuhul hingga ke
asar, dari Asar hingga ke magrib, magrib hingga ke
Isyak, Begitulah seterusnya hinggalah hari kiamat.
Tiap kali dipukulnya simati tengelam 70 hasta masuk
kedalam bumi, maka dicungkil balik dengan kukunya,
begitulah diulang-ulang dipukulnya tidak
berhenti-henti hingga hari kiamat.





Menurut riwayat ibnu Abas (r.a) berkata aku dengan
rasul (saw) bersabda, Bermula orang meninggalkan
sembahyang itu tidaklah ia golongan Islam, Allah tidak
terima tauhidnya dan imannya dan tidak ada faedah
sedekahnya, puasanya dan zakatnya dan sedekahnya
walaupun ia boleh mengucap.



Bertanya sahabat, YA Rasulullah (saw) apakah pula
seksa yang diterima di hari kiamat .



Sabda rasul (SAW) Pertama dihalau oleh malaikat azab
kepada neraka jahanam, kedua memandang Allah taala
kepadanya dengan pandangan murka dan dihisab dengan
berat hingga jatuh daging mukanya. Ketiga dihisab oleh
Allah taala dengan kiraan yang halus dan dihantar
keneraka iaitu seburuk-buruk tempat kediaman.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2006 04:18 PM | Show all posts
5 kelebihan yang mesti diterima oleh mereka yang menjaga solat 5 waktu berdasarkan hadis Rasulullah

1. Berkat rezeki
2. Diangkat siksa kubur
3. Menerima buku catatan dari sebelah kanan
4. Meniti titian sirat pantas seperti kilat
5. Masuk surga tanpa hisab.

Sebaik baik jga sembahyang adalah diawal-awal waktu, dimana azan diazankan, secara berjamaah dan lain-lain,   walaupun sembahyang kita tak menepati ciri-ciri sempurna sebagaimana Nabi dan sahabat2 nya bersolat tapi kita kena usaha sungguh-sungguh kearah itu. Ok...azam semua.

Apabila sembahyang sempurna..rahmat melimpah-limpah, yang mana sememangnya Allah swt nak bagi kat kita, sebagaimana org2 yang terdahulu, tapi kita tak usaha sungguh2, semuanya tak mustahil..sebab org dulu2pun manusia biasa macam kita jugak, tapi sembahyang mereka dengan dua rakaat sahaja boleh selesaikan masalah dunia dan akhirat, contoh sahabat2 bila ada masalah mereka solat 2 rakaat kemudian minta kepada Allah, Allah swt bagi ketika itu juga depan mata. dengan 2 rakaat sembahyang mereka boleh ambil sesuatu dalam khazanah Allah, inilah kekayaan yang sebenar sebab nak apa-apa mintak kat Allah..dan Allah maha pemurah lagi maha kaya.
Insyaallah azammmmmmm....
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2006 05:54 PM | Show all posts
Originally posted by mimik at 19-3-2006 09:49 PM
Nabi Muhammad bersabda wajib disegerakan 9 perkara.



1.Apabila masuk waktu segera sembahyang

2.Apabila berdosa segera taubat

3.Apabila mati, segera tanam

4.Apabila berhutang, seg ...


Alhamdulillah aku pernah mendengar tentang perkara tersebut diatas....thank mimik kerna buat meow ingat kembali.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2006 06:05 PM | Show all posts
Originally posted by aza at 17-3-2006 03:50 PM
betul kata snake... berapa jumlah atau peratus itu tidak penting.. tetapi motif yang cuba disampaikan itu yang paling penting...


Assalamualaikum za,

Kebanyakkan manusia agak SUKAR untuk menerima berita buruk seperti di atas.
Tetapi ia adalah kenyataan.
Walaupun kemungkinan PERATUSAN nya berbeda.

Itu belum buat survey lagi tentang brp % yg solat di tempat mana azan di azankan. :cak:
Yang solat berjemaah dgn takbir yg pertama.

Kepada yg dapat menerima nya, alhamdullilah.
Kpd yg berfikiran sebalik nya..................kesian.

Wsalam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2006 06:11 PM | Show all posts
Segala ibadah kita akan dibawa dan dihitung di akhirat, solat ke tak solat ke itu urusan dan in between manusia dengan Allah taala. Kita hanya boleh menegur untuk mengingatkannya tetapi tak leh buat kesimpulan brapa peratus mereka yang tak solat sebab kita tak tahu.

Allahu'alam...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2006 06:22 PM | Show all posts
Originally posted by meowlin at 20-3-2006 05:54 PM


Alhamdulillah aku pernah mendengar tentang perkara tersebut diatas....thank mimik kerna buat meow ingat kembali.....



sama-sama meow........... kalau ada yang mimik tersilap, meow tolong ingatkan mimik pulak ye...........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2006 08:05 PM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 20-3-2006 08:59 AM
Rufaqa dah lama ambil inisiatif hal ini, dah bertahun-tahun menjalankan kursus-kursus solat bermula dari PERANAN & FALSAFAH solat sehinggalah PENGAMALAN RUKUN-RUKUN SOLAT tersebut kepada masyar ...


lucky my folks took the ACTION ITEMS first ..rather than depending to some kind of 'ngarut' cult..alhamdulillah..tima kasih abah ibu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2006 10:19 AM | Show all posts
Apabila sembahyang ditinggalkan atau sembahyang dengan kejahilan atau sembahyang di dalam kelalaian, hubungan hamba itu dengan Khaliqnya sangat cacat.Atau terus terputus.Kutuk dan laknat pun berlaku ke atas kepalanya,oleh Allah, para malaikat, seluruh makhluk Allah kecuali jin dan manusia
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2006 10:39 AM | Show all posts
Originally posted by meowlin at 19-3-2006 11:02 PM
JANGANLAH HANYA MENDIRIKAN SOLAT.......TETAPI HENDAKLAH
MENJAGASOLAT 5 WAKTU....


LALAI DALAM SEMBAHYANG


Tuhan ada berfirman di dalam Al-Quran yang lebih kurang maksudnya, 揘eraka Wail bagi orang yang sembahyang, iaitu mereka yang lalai dalam sembahyangnya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2006 10:42 AM | Show all posts
Lalai dalam sembahyang pula ada beberapa peringkat seperti berikut:

1) Lalai habis.
Takbir sahaja sudah ingat perkara lain di luar sembahyang yang tidak ada kena mengena langsung dengan sembahyang. Ini berterusan sampai salam. Tidak ada rasa apa-apa dengan Tuhan sepanjang sembahyang. Malahan sedar pun tidak.

2) Dalam sembahyang, ada masa lalai dan ada masa ingat dan sedar bahawa dia sedang bersembahyang.
Sembahyang diselang-seli dengan lalai dan mengingat hal-hal dunia.

3) Boleh ikut dan menyorot apa yang dia baca dalam sembahyang tetapi tidak faham akan maksud apa yang dibaca dan dilafazkannya.
Kalau hendak diukur dengan nisbah khusyuk, ini masih dianggap lalai. Bila tidak faham, masakan boleh menghayati. Kalau tidak menghayati, masakan boleh merasa apa-apa dengan Tuhan.

4) Boleh faham segala apa yang dibuat, dibaca dan dilafazkannya di dalam sembahyang.
Sembahyang seperti ini sudah agak baik. Namun ini masih dianggap lalai mengikut kehendak dan tuntutan sembahyang kerana belum ada apa-apa rasa dengan Tuhan. Khusyuk ialah rasa, bukan setakat tahu atau faham.

5) Faham akan segala apa yang dibaca dan dilafazkan dalam sembahyang dan kadang-kadang ada rasa tetapi tidak pada sepanjang masa dan waktu di dalam sembahyang.
Walaupun ini sudah baik tetapi masih ada lalai. Walaupun tidak membawa dunia ke dalam sembahyang tetapi rasa-rasa dengan Tuhan tidak wujud sepanjang sembahyang.

6) Sembahyang yang tidak lalai itu ialah yang sentiasa mempunyai rasa dengan Tuhan yang berubah-ubah dari satu rasa ke satu rasa yang lain mengikut apa yang dibaca dan dilafazkan, bermula dari takbiratul ihram hinggalah kepada salam. Inilah sembahyang yang tidak lalai. Inilah sembahyang yang benar-benar khusyuk.


[ Last edited by Mawar Merah at 21-3-2006 10:44 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2006 10:45 AM | Show all posts
Sesuailah pembahagian peringkat-peringkat lalai ini dengan erti sebenar khusyuk di dalam sembahyang. Khusyuk bukan setakat dapat menumpukan perhatian dan faham apa yang dibaca dalam sembahyang tetapi ialah dapat menimbulkan rasa-rasa dengan Tuhan. Kalau tidak ada rasa-rasa yang berubah-ubah dalam sembahyang seperti rasa gerun, hebat, cinta, takut, berharap kepada Tuhan dan lain-lain, maka itu tanda tidak khusyuk.

Lalai itu berpunca dari pengaruh dunia. Kalau dunia berada di hati, amat sukar untuk mendapat khusyuk dalam sembahyang. Dunia akan terbawa ke dalam sembahyang. Kalau pun ada rasa, di dalam sembahyang, hanyalah ada rasa-rasa keduniaan seperti rasa seronok baru berjumpa kawan atau rasa takut polis saman kereta kita salah 損arking
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2006 11:18 AM | Show all posts
[QUOTE]Ada hadis yang bermaksud: 揂wal-awal agama mengenal Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2006 12:14 PM | Show all posts

DIDIKAN TUHAN DALAM SOLAT

DIDIKAN TUHAN DALAM SOLAT


Untuk mendekatkan diri kita dengan Tuhan, kita perlu membaiki din. Membaiki diri di sini bukan setakat membaiki yang lahir tetapi yang batin. Memperbaiki diri batin ialah dengan menyuci dan membersihkan roh dari najis-najis dan kekotoran-kekotoran yang bersifat maknawi, yang melekat pada setiap wajah rohani kita sama ada pada akal, pada hati dan pada nafsu.

Najis akal ialah kesyirikan dan men`syarikat`kan Tuhan dengan sesuatu yang lain. Ataupun kufur terhadap-Nya. Najis akal termasuk juga segala pegangan kepada fahaman dan ideologi ciptaan manusia.

Najis hati ialah segala sifat-sifat keji dan mazmumah yang bersarang di hati seperti riyak,sombong, angkuh, tinggi diri, hasad dengki, pemarah, pendendam dan sebagainya.

Najis nafsu pula ialah segala dorongan yang jahat dan negatif yang kalau dituruti akan menimbulkan dosa dan kemurkaan Tuhan.


Apabila roh sudah diperbaiki dan disucikan maka akan terbukalah jalan untuk mengenal diri dan seterusnya untuk mengenal Tuhan. Untuk merasa bertuhan dan merasa kehambaan. Untuk merasakan bahawa Allah sentiasa wujud di dalam hidup kita, sentiasa melihat,sentiasa mendengar dan sentiasa mengetahui akan hal kita lahir dan batin.

Jalan untuk memperbaiki diri ialah dengan berzikir. Bermula dari zikir qauli (lidah), zikir fi`ll (perbuatan) dan zikir qalbi (hati).

` Zikir yang paling agung ialah solat.`

Di dalamnya terkandung segala bentuk zikir, segala bentuk amalan para malaikat dan segala bentuk amalan para nabi dan rasul. Di dalamnya kita meminta petunjuk, kita meminta ampun, kita mengadu dan kita bermanja dengan Tuhan. Di dalamnya juga kita memuji, membesarkan dan mensucikan Tuhan.

Di dalam solat, Allah mendidik kita. Namun demikian, Allah tidak mendidik semua orang yang mendirikan solat. Allah hanya mendidik orang-orang yang tertentu sahaja iaitu orang-orang yang khusyuk, tawadhuk dan khuduk di dalam solat. Allah SWT hanya mendidik orang-orang yang membawa fikiran dan hati mereka di dalam solat. laitu orang-orang yang faham apa yang mereka buat dan faham apa yang mereka lafazkan.

Orang-orang yang dapat menghayati dan merasakan di hati tentang apa yang mereka buat dan lafazkan di dalam solat. Bermula dari takbiratul ihram, (Allahu Akbar), jika difahami dan dihayati sungguh-sungguh akan menimbulkan rasa-rasa tertentu di hati. `Allahu Akbar` dalam takbir itu bererti `Allah Maha Besar`. Ia merangkumkan segala sifat-sifat Allah yang hebat- hebat seperti sifat jabbar, Qahhar, Oagah, Perkasa, Berkuasa, Yang Menghidupkan dan Yang Mematikan dan yang apabila Dia berkata, "Jadi" maka jadilah. Maka dengan takbir itu hati akan merasa takut, hebat dan gerun dengan Allah. Begitulah Allah mendidik kita.Apabila kita merasa takut dengan Allah,maka mudahlah kita menghindarkan diri daripada membuat dosa dan kemungkaran dan segala apa yang Allah larang. Kita sentiasa takut akan tersisih dari rahmat keampunan dan kasih sayang Tuhan.

Namun begitu, jika perasaan takut sahaja yang Allah campakkan ke dalam hati orang-prang yang mendirikan solat, maka akan lahirlah hamba-hamba Allah yang sentiasa takut dan hanya akan berusaha untuk mengelak dari membuat kemungkaran dan dosa. Tidak ada dorongan untuk mencetuskan kebaikan-kebaikan yang lain. Oleh itu Allah syariatkan juga dalam solat supaya dibaca Bismillahirrahma nirrahim terutama pada awal Surah Al Fatihah. Di dalam mazhab Syafie, Basmalah ini merupakan sebahagian daripada ayat Al Fatihahyang tujuh dan wajib dibaca dalam sembahyang.

Kalau Basmalah ini dihayati dengan sungguh-sungguh, kita akan dapat merasakan betapa pemurah dan penyayangnya Tuhan yang sentiasa mencurahkan rahmat dan nikmatnya kepada manusia sama ada yang berbentuk lahiriah atau material, mahupun yang berbentuk maknawi atau spiritual. Dengan ini akan timbul rasa cinta dan kasih kepada Tuhan. Rasa cinta ini akan mendorong kita berbakti dan membuat kebaikan untuk Tuhan serta berusaha dan berjuang untuk mendapat cinta dan kasih sayang-Nya.

Kita disyariatkan pula membaca Hamdalah iaitu(Alhamdulillah)pada awal surah Al Fatihah. Di sinikita memuji Tuhan sebagai tanda syukur dan terima kasih kita atas segala rahmat, nikmat dan kebaikan yangtelah dikurniakan-Nya kepada kita.

Jadi kita lihat, di dalam solat itu terkandung berbagai didikan dari Tuhan yang di antara satu sama lainnya saling kait-mengait dan kuat-menguatkan. Solat itu ibarat satu siri atau satu set didikan rohaniah yang a lengkap dan seimbang. Supaya hamba yang mendirikan solat itu terdidik dan terbina sebagai seorang insan yang seimbang dan kukuh lahir batinnya. Di samping untuk memupuk sifat takut dan cinta kepada Tuhan, berbagai-bagai lagi didikan terdapat di dalam solat.

Doa yang disyariatkan contohnya, akan meningkatkan dan menajamkan lagi sifat-sifat hamba yang ada pada kita. Ia akan menambah pergantungan, menaruh harap dan penyerahan kita kepada Allah. Mengadu-ngadu kepada Tuhan di dalam solat pula akan melapangkan dada seseorang hamba kerana telah menyerahkan segala beban masalahnya kepada Tuhan untuk diselesaikan. Begitulah caranya Allah mendidik hamba-hamba-Nya yang ikhlas, khusyuk, tawadhuk dan khuduk di dalam mendirikan solat dengan berbagai didikan bermula dari takbiratul ihram hinggalah kepada salam.

Sekian.

Ustaz Ashaari Muhammad
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2006 08:46 AM | Show all posts

bagaimana membentuk jiwa manusia yang malas bersolat?

Assalamualaikum semua... saya nak minta pandangan semua forumer disini, bagaiman kita nak membentuk jiwa manusia yang malas sgt nak bersolat? kadang2 tu, bila kita suruh baru dia buat. Adakalanya pula dia berbohong mengatakan sudah bersolat. Bila kita bercerita betapa wajibnya solat, orang2 begini akan menjawab bahawa orang bersolat tak semesti berperangai baik. mereka bersolat tapi mengumpat. bersolat tapi riak. bersolat dapat membentuk akhlak tapi kenapa mereka masih berperangai sedemikian? begitulah yang dijawabnye. macam mana nak handle dengan org macam ni? macam mana nak lembutkan hati agar org2 sebegini terbuka hati nya untuk mengerjakan solat. minta beri pandangan....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2006 08:59 AM | Show all posts
Originally posted by sunquick at 14-4-2006 08:46 AM
Assalamualaikum semua... saya nak minta pandangan semua forumer disini, bagaiman kita nak membentuk jiwa manusia yang malas sgt nak bersolat? kadang2 tu, bila kita suruh baru dia buat. Adakalanya p ...


Assalamualaikum sunquick,

Ini adalah termasuk di dalam Bab berDAKWAH.

CARA berdakwah di dalam Islam ialah:
1. Salam
2. Taam
3. Kalam

Dan di perbuat mengikut kemampuan seseorg seperti ini:
1. kuasa
2. lisan
3. hati or doa

BerDAKWAH lah miker sehingga tiba 2 perkara:
1. miker mati or
2. oghang yg di dakwah itu mati

RINTANGAN
- akan di perli
- akan di pulau
- akan di maki hamun
- akan di buang kerja
- akan di cederakan
- kemungkinan juga akan di bunuh

Ini semuer adalah SUNNAH para Rasul. (refer Sirah para Nabi n Rasul)

Ganjaran berDAKWAH:
- ini  kerja para Nabi n para Rasul a.s.
- suatu pekerjaan yg amat mulia
- duduk di mimbar2 yg bercahaya di syurga
- pls refer Al Quran n Hadis

Waallahua'lam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2006 10:18 AM | Show all posts
Bagus sekali penerangan tuan niceGhost terima-kasih.

Untuk melaksanakan tugas dakwah perlu ada hikmah, bijaksana dan sabar. Jika kita bertindak terburu-buru dan kasar, orang tersebut akan menjauhkan diri dan lari dari kita, hidayah datangnya dari Allah, kita tidak ada kuasa bagi hidayah, tugas kita hanya usahakan secara berterusan, diantara cara-cara yang berhikmah ialah, bawa dia bersiar-siar dimana2, bila masuk waktu solat bawa terus ke masjid.

Disamping itu kerapkan berbua-bual dengannya, disamping itu selitkan sedikit demi sedikit perkataan yang membesarkan Allah, contohnya Allah swt maha berkuasa, dunia ini hanya pinjaman, segala manafaat dan mudarat datangnya dari Allah, Makanan tidak mengenayangkan, yang mengenyangkan adalah Allah, yang menghilangkan lapar, hilangkan dahaga adalah Allah, ubat hanya sebab, yang menyembuh adalah Alllah, Allah tumpuan segala makhluk, Allah adalah tuhan yang mencipta, selain Allah semuanya makhluk, semua makhluk adalah ciptaannya, Allah swt banyak memberi nikmat kepada manusia, kalau nak dihitung nescaya tak terhitung, contoh nikmat mata..betapa besarnya nikmat dapat melihat, Allah berkuasa menarik nikmat tersebut bila-bila masa, sebab semua hak dia, kita hanya pinjam dan guna. Allah swt tidak minta bayaran tapi Allah mahu kita bersyukur...

Insyaallah...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2006 11:46 AM | Show all posts

SOLAT WAJIB... TAPI MALAS...[merged EddyAdy, Katak Pisang]

Kita sebagai muslim memang tahu solat itu adalah wajib...
tapi persoalannya kenapa masih ada yang malas melakukannya...

sila beri pendapat anda..
terima kasih.. JaG..



[ Last edited by  antiQue at 11-7-2006 10:14 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2006 09:09 PM | Show all posts
1) krjn tidak menekankan kepentingan ilmu agama terhadap rakyat islamnya
2) tidak khusyuk dlm sembahyang
3) lalai ngan hiburan, budaya, dan  bola yg dicipta oleh barat utk melemahkan umat islam
4) melakukan maksiat yg diajar oleh yahudi supaya hilang semua ibadah dan akidah
5) tidak mengikut cara islam sunnah Nabi yg sebenarnya

yg utama skali umat islam skrang nih tak cukup bertaqwa. kite sering lalai ngan hiburan dan budaya yg dismpaikan oleh yahudi dan barat. semua adalah tipu helah belaka. pada masa kite melayan hiburan tuh, masa yg sama negara2 islam satu persatu diserang dan ditindas! cuba fikirkanlah.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:40 PM GMT+8 , Processed in 0.074173 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list