|
awal pagi tadi saya baru je terima berita kematian 4 org sahabat lama, akibat kemalangan di pagoh masa balik dr kenduri kawin seorang sahabat yang lain. memang sedih. dah bertahun tak dengar cerita, tiba2 je, dgn tidak disangka2,diaorang dah tak ada lagi, semua umur 27 dan semua still single.
termenung panjang hari ni, agaknya kalau nyawa kita yg diambil, kita ni dah bersedia ke belum? ada tak bekalan di sana nanti? banyak tak ilmu yg kita dah share kan? banyak tak sedekah jariah yg kita dahbuat? anak2?
singkatnya hidup kita. ada tak kita ni menghargai hidup? kita hari2 sibuk nak fikirkan tentang nak cari duit, masalah keluarga, bergaduh dgn jiran, menyampah dgn boss, minggu depan nak jalan ke mana, sakit hati bila orang potong que, malam ni cerita tv apa yg best.
tapi ada tak kita sedar ttg tujuan hidup kita ni ek?
kawan2 saya tu semua yg baik2, jenis tak tinggal solat, dan sepanjang pengetahuan saya, memang baik. semoga roh mereka dicucuri rahmat dan diletakkan di kalangan org yg soleh.
mcm mana pulak dgn kita ni, yg masih hidup ni, masih banyak cabaran dan godaan, memang takut kalau fikir ttg mati ni. dalam masa setahun ni, saya dah 5 kali melihat kematian. saya tgk mandi mayat, dikafankan, disolatkan, dikebumikan.......memang takut.....memang insaf.....
yang jadi persoalan, ADAKAH KITA BERSEDIA JIKA KITA DIJEMPUT ESOK HARI? |
|
|
|
|
|
|
|
AL-FATIHAH utk zul, su, anne dan fairuz.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #22 batricia's post
|
|
|
|
|
|
|
Maut ke kursus haji
Oleh MOHD NOORISAM JAFRI
MACHANG: 揝aya sedih kerana ibu dan bapa saudara saya tidak sempat menunaikan ibadah haji yang dirancang tahun ini. Lebih menyedihkan, saya sempat mengeluarkan ibu yang tersepit dan memangkunya.
揚ada masa itu dia cedera parah tetapi masih bernafas, |
|
|
|
|
|
|
|
Pemandu bas rempuh tembok tol
Oleh AHMAD SAUFI MANSOR
BUKIT MERTAJAM: Seorang jurutol wanita hanya mampu menutup muka dengan dua tapak tangan apabila melihat sebuah bas ekspres meluru dengan laju sebelum merempuh tembok di plaza tol Juru, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.10 petang itu, pemandu bas terbabit, K Mohan, 40, mati di tempat kejadian akibat tersepit di tempat duduknya.
Azura Abd Rahman, 25, yang bertugas di pondok 14 plaza tol itu, berkata ketika kejadian dia mengutip bayaran tol daripada pemandu kenderaan lain dari arah Selatan menuju ke Utara.
Katanya, tiba-tiba dia ternampak sebuah bas ekspres datang dengan laju sebelum merempuh tembok di depan plaza tol hingga membuatkannya tergamam serta ketakutan.
Beliau berkata, ketika itu bas ekspres berkenaan turut melanggar bahagian tepi sebuah kereta pacuan empat roda Ford Ranger selain serpihan cermin depan menimpa sebuah kereta Perodua Kelisa di laluan bersebelahan.
揝aya jadi takut dan terus menutup muka apabila melihat bas terbabit merempuh tembok di depan plaza tol tempat saya bertugas dan kedengaran bunyi hentakan kuat selain kaca berterbangan.
揗alah, saya melihat pemandu bas ekspres tersepit di dalam kenderaan sebelum melihat beberapa pegawai dan petugas di sini keluar untuk memberi bantuan.
揝yukur kepada Tuhan kerana saya terselamat dan ia kejadian pertama pernah saya alami, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi KL : Remuk hati ibu
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
KUALA LUMPUR: 揜emuk hati saya bila mendapati anak bongsu kami, Taufiq yang bercita-cita menjadi seorang ustaz dibunuh kejam, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Tengah: Mati selepas terserempak perompak
Oleh Jaafar Mulup
TAMPIN: Seorang peniaga meninggal dunia selepas terserempak dengan tiga perompak yang sedang mengumpil pintu rumahnya di Taman Jalan Kolam Air di sini, awal pagi semalam
Mangsa, Omar Md Jais, 38, peniaga kedai runcit di Pekan Kota, Rembau, meninggal dunia di Hospital Tampin, kira-kira jam 6 pagi.
Menurut isteri Allahyarham, Khatijah Mohd Ismail, 39, dia dan suaminya terdengar bising di hadapan rumah, kira-kira jam 4.30 pagi.
Beliau berkata, suaminya mengejutkan seluruh ahli keluarga termasuk lima anak mereka untuk sama-sama memeriksa apa yang berlaku.
揝ebaik saja langsir pintu hadapan rumah ditarik, kami ternampak tiga lelaki, seorang daripadanya bertopeng memotong dan mengumpil pintu rumah, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi KL: Dua maut dirempuh kereta
KUALA LUMPUR: Dua penunggang motosikal maut apabila sebuah kereta yang dipandu laju merempuh mereka di Lebuhraya Persekutuan menuju ke pusat banda raya kira-kira jam 9.40 malam tadi.
Mangsa, M Karnan, 41, dari Puchong mati di tempat kejadian manakala seorang lagi lelaki belum diketahui identitinya meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas dua jam dimasukkan ke sana.
Jurucakap polis, berkata mangsa pertama mati di tempat kejadian apabila motosikal yang dipandunya dirempuh dari arah belakang menyebabkan mangsa tercampak 50 meter ke atas jalan raya.
揝elepas merempuh mangsa pertama, suspek dikatakan panik dan cuba melarikan diri dengan mengundurkan keretanya.
揃agaimanapun cubaannya untuk melarikan diri dengan mengundurkan kereta menyebabkan dia melanggar seorang lagi penunggang motosikal menyebabkan mangsa parah sebelum disahkan meninggal dunia selepas dua jam dimasukkan ke PPUM, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Timur: Budak, warga emas maut nahas
Oleh Shahrul Nizam Mohamad
KUANTAN: Seorang kanak-kanak bersama warga emas maut selepas kenderaan dinaiki mereka dirempuh sebuah lori tangki, di Kilometer 40, Jalan Kuantan-Segamat, dekat Kampung Lepar, di sini, petang kelmarin.
Mangsa, Megat Afiq Farhan, 6, dan Raja Abdul Jalil Raja Hamid, 61, dari Taman Berjaya Permai, Sungai Soi, di sini, maut di tempat kejadian ketika mereka dalam perjalanan dari Kuantan ke Segamat, dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Ketua Trafik negeri, Superintendan Mohammed Fauzi Abdul Rahim, berkata sebelum kejadian, lori tangki membawa minyak dipercayai menekan brek secara mengejut menyebabkan sebuah kenderaan lain di depannya memperlahankan kenderaan secara tiba-tiba.
揃agaimanapun, lori tangki membawa minyak yang dalam perjalanan dari Seremban ke Kerteh, Terengganu menggelongsor berikutan jalan licin akibat hujan sebelum memasuki laluan bertentangan.
揚ada masa sama, kereta dinaiki mangsa yang datang dari arah bertentangan bertembung dengan lori berkenaan, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Utara: Tragedi jumpa rakan
Oleh Ahmad Saufi Mansor
[email protected]
BUKIT MERTAJAM: Tindakan seorang lelaki keluar rumah untuk bertemu seseorang berakhir dengan tragedi apabila dia mati ditembak sebanyak enam das, semalam.
Dalam kejadian jam 4.50 pagi berhampiran Pusat Perniagaan Alma, dekat sini, mayat mangsa, Lim Song Kang, 35, ditemui berpakaian seluar sukan dan singlet dalam keadaan berlumuran darah.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Tengah, Deputi Superintendan Chor Ah Sing, berkata anggota polis yang tiba di tempat kejadian menemui mayat seorang lelaki terlentang di atas jalan.
Menurutnya, hasil pemeriksaan, polis menemui enam kesan tembakan iaitu dua di leher kiri, dua di belakang kepala serta masing-masing satu di dada dan lengan kiri mangsa.
Katanya, siasatan mendapati mangsa dipercayai keluar dari rumah selepas menerima panggilan pada awal pagi untuk bertemu dengan seseorang sebelum mayatnya ditemui.
揚ada mulanya, polis menghadapi kesukaran untuk mengenal pasti identiti lelaki terbabit kerana mangsa tidak membawa kad pengenalan, tetapi abangnya datang untuk membuat pengesahan.
揌asil maklumat yang diterima, mangsa mempunyai seorang isteri warga Thailand yang dikatakan kerap keluar masuk ke negara jiran itu kerana dia dikatakan menjalankan perniagaan menjual beras.
揝iasatan mendapati mangsa melakukan rundingan tetapi apabila (rundingan) gagal mungkin dia dipanggil keluar dari rumahnya sebelum ditemui mati ditembak, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi KL: Bomoh wanita dibunuh
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
[email protected]
KAJANG: Seorang bomoh wanita warga asing dibunuh kejam oleh sekumpulan perompak sebelum mayatnya dihumbankan ke dalam semak di kebun getah berhampiran Desa Budiman, Sungai Long, kelmarin.
Dalam kejadian jam 6 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Faradola, 43, ditemui terbaring berlumuran darah oleh penduduk tempatan di kebun getah terbabit .
Ketua Polis Selangor, Datuk Yahaya Udin, berkata, mangsa seorang pemegang status penduduk tetap (PR) ditemui orang ramai di bawah pokok getah dengan kesan jerut di leher selain calar di dagu dan lebam pada mata kirinya.
Beliau berkata, 17 jam sebelum penemuan mayat terbabit, empat lelaki warga Indonesia yang dikatakan dikenali mangsa menceroboh rumah terbabit jam 3 pagi ketika wanita berkenaan dan suaminya, Rafi, 54, sedang tidur.
揗angsa dan suami enggan menyerahkan barang berharga seperti yang diminta menyebabkan suami mangsa diikat manakala mangsa dilarikan, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Utara: Suspek dikenal pasti
Oleh Ahmad Saufi Mansor
[email protected]
BUKIT MERTAJAM: Polis sudah mempunyai beberapa maklumat berhubung kejadian seorang lelaki berusia 35 tahun yang mati ditembak sebanyak enam das di Alma, dekat sini, kelmarin.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Tengah (SPT), Deputi Superintendan Chor Ah Sing, berkata polis dijangka dapat menahan suspek kes terbabit tidak lama lagi.
Menurutnya, setakat ini, polis sedang melakukan siasatan termasuk memeriksa rekod panggilan telefon bimbit milik mangsa untuk mendapatkan maklumat bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.
Beliau berkata, pihaknya sedang mengenal pasti motif sebenar kejadian terbabit, termasuk menjalankan siasatan kemungkinan mangsa dibunuh pembunuh upahan.
揝etakat ini, pihak polis belum melakukan sebarang tangkapan, tetapi kita sudah mempunyai maklumat berhubung kejadian itu, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi KL: kepala hancur ditimpa besi
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
[email protected]
AMPANG: Seorang buruh binaan warga Indonesia maut selepas kepala dan badannya hancur dihempap besi keluli seberat 1.6 tan yang jatuh daripada bangunan 32 tingkat, semalam.
Dalam kejadian jam 9.30 pagi semalam, mangsa dikenali sebagai Alimin, 37, sedang mengendalikan mesin membengkok keluli bersama 10 pekerja lain di tapak pembinaan di Lorong Binjai Dalam.
Bagaimanapun, tiba-tiba puluhan batang keluli yang sedang diangkut sebuah kren di tingkat paling atas bangunan 32 tingkat terbabit terjatuh dan menghempap mangsa.
Berikutan itu, Alimin dikatakan terbenam di bawah runtuhan terbabit dan mati di tempat kejadian selepas kepala serta badannya hancur dihempap keluli.
Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.
Difahamkan, kejadian itu berpunca daripada tali kabel yang diguna untuk mengikat puluhan batang keluli terbabit terputus selepas kren yang digunakan rosak.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Abdul Rahman Bakar, yang dimaklumkan mengenai kejadian itu melawat lokasi terbabit bersama beberapa pegawai dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), petang semalam.
Beliau berkata, keadaan serta susun atur barangan dan peralatan kerja di tapak pembinaan berkenaan berselerak menyukarkan pekerja bergerak.
Abdul Rahman turut menegur pemaju, Dian Makmur Sdn Bhd, kerana tidak mementingkan aspek keselamatan ketika bekerja kerana membenarkan pekerjanya bertugas di bawah kren yang sedang mengangkut beban berat.
揗alah, kabel yang digunakan kren berkenaan dilihat terlalu kecil berbanding beban hampir 20 tan yang diangkutnya.
揑ni bukannya sesuatu yang baru dan sudah kerap sangat berlaku. JKKP sudah keluarkan Notis Larangan Serta- Merta kepada pemaju untuk memberhentikan kerja berkuat kuasa semalam, sehingga satu tarikh yang akan diberitahu kelak, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Selatan: Dihalang sawit sebelum bunuh
Oleh Zalifah Mohd Yatim
[email protected]
KULAI: Usaha seorang pemilik kebun sayur mengalihkan setandan buah kelapa sawit yang menghalang laluan lorinya, berakhir dengan tragedi apabila dia diserang sekumpulan lelaki bersenjata tajam di satu jalan tanah merah di kebun sayur di Sengkang, di sini, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.45 petang itu, mangsa Chai Mei Hoong, 40, ditemui maut dalam keadaan berlumuran darah dan tersandar di tempat duduk pemandu kenderaan itu.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Johor Bahru Utara, Deputi Superintendan Ahmad Zamri Awang, berkata mangsa berasal dari Saleng, ditemui mati oleh abang iparnya yang kebetulan lalu di jalan berkenaan.
Katanya, polis percaya kejadian itu membabitkan lebih daripada seorang suspek dan mangsa diserang dengan senjata tajam disyaki parang.
Beliau berkata, penyerangnya meletakkan setandan buah sawit sebagai taktik bagi menghalang pergerakan kenderaan mangsa yang melalui jalan tanah merah berkenaan.
揚enyerang mengintai di satu kawasan kira-kira 70 meter dari tempat mayat ditemui, sebelum menyerang apabila mangsa sedang sibuk mengalihkan buah kelapa sawit berkenaan.
揚olis percaya mangsa yang cedera parah di belakang leher, tangan kiri dan pipi kanan diserang di atas jalan berkenaan sebelum diangkat ke tempat duduk pemandu lori berkenaan, |
|
|
|
|
|
|
|
Guru selatan Thai bimbang
BANGKOK 15 Mei - Beribu pelajar dan guru di Thailand memulakan persekolahan hari ini selepas cuti panjang, tetapi golongan pendidik di wilayah selatan yang bergolak terus bimbang dengan keselamatan nyawa mereka.
Sejak keganasan tercetus pada Januari, 2004, seramai 49 guru terbunuh manakala 55 lagi cedera, kebanyakannya akibat tembakan atau menjadi mangsa letupan bom yang disyaki dilakukan puak militan yang berjuang bagi kemerdekaan wilayah majoriti penduduk Islam di Yala, Narathiwat dan Pattani.
Dua guru wanita dan seorang tentera terbunuh dan 16 yang lain cedera dalam serangan bom pada jarak hanya 200 meter dari sebuah sekolah swasta di Pattani minggu lalu.
Pada Februari lalu, guru di 250 sekolah rendah di Yala enggan pergi kerja selama seminggu kerana bimbangkan keselamatan mereka selepas lima rakan mereka ditembak mati dalam sehari.
Setakat ini, lebih 1,200 orang telah terbunuh dalam kejadian keganasan di tiga wilayah itu.
Walaupun guru berkenaan diiringi pasukan keselamatan semasa dalam perjalanan pergi dan balik dari sekolah di kebanyakan tempat di sempadan wilayah berkenaan, mereka terus menjadi sasaran pihak pemisah, dan ramai yang ditembak mati semasa berjalan bersendirian.
Awal tahun ini, kira-kira 300 kampung menahan 32 guru sebagai tebusan di sekolah sehingga pihak berkuasa membebaskan seorang imam tempatan yang ditahan untuk disoal siasat berhubung sebaldi petrol dan beberapa peralatan untuk perjalanan jauh ditemui di kediamannya dalam serbuan ketenteraan di kampungnya di daerah Joh I Rong, Narathiwat, sebuah daripada kawasan utama keganasan di Selatan.
Walaupun guru berkenaan dibebaskan dengan selamat, ia meningkatkan risiko yang dihadapi guru di kawasan itu.
揘amun, kami tidak bersedia untuk mempunyai anggota tentera berada dalam kawasan sekolah kami.
揑a akan memburukkan lagi keadaan. Jadi, kami mengadakan lebih banyak perjumpaan dengan penduduk setempat bagi memastikan perkara seperti itu tidak berlaku lagi, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Selatan : Remaja maut, rakan cedera
Oleh Ahmad Othman
KOTA TINGGI: Seorang remaja maut, manakala dua rakannya cedera apabila kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer 47.5 Jalan Johor Bahru-Mersing, di sini, petang semalam.
Kejadian jam 5.30 petang ketika hujan renyai itu membabitkan tiga kenderaan iaitu Perodua Kancil, Proton Saga dan sebuah lori pasir.
Pemangku Ketua Polis Kota Tinggi, Asisten Superintendan Asmai Tubadi, berkata mangsa, Mariaton Bahari, 17, dari Kampung Batu 25, dekat sini, yang duduk di sebelah pemandu meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurutnya, ketika kejadian mangsa menaiki Perodua Kancil yang dipandu rakannya, Nurul Azuan Mohd Nor, 20, manakala Norlindawati Sain, 20, duduk di belakang.
揔ejadian berhampiran ladang Lembaga Getah Malaysia (RRI) Stesen Mawai itu berlaku ketika hujan renyai dan jalan licin menyebabkan mangsa yang dalam perjalanan dari Mersing hilang kawalan ketika melalui jalan menuruni bukit dan berselekoh itu, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi KL : Isteri jumpa mayat suami
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang mahu menghantar anaknya ke sekolah awal pagi semalam, terkejut apabila menemui mayat suaminya dalam kereta di bawah pangsapuri mereka di Taman Shamelin, Cheras.
Wanita terbabit sebelum ini menyangka suaminya keluar untuk mengambil kakak iparnya di Hentian Puduraya, pada malam sebelum kejadian.
Bagaimanapun mangsa, Leong Fook Lian, 69, yang meminjam kereta jirannya, didakwa tidak pulang ke rumah sehingga mayatnya ditemui sekitar jam 6 pagi.
Lebih memeranjatkan apabila isteri mangsa menemui paip getah yang dipasang pada ekzos kereta sebelum disalurkan ke dalam kereta.
Berikutan itu, polis menganggap kes itu sebagai mati mengejut selepas mangsa dipercayai lemas kerana terhidu gas karbon monoksida.
Isteri mangsa yang enggan dikenali berkata, suaminya yang juga seorang pesara, kali terakhir ditemuinya pada jam 1.15 pagi semalam sebelum keluar dari rumah untuk ke Hentian Puduraya.
Menurutnya, pada malam sebelum kejadian, Leong memberitahu ingin mengambil kakaknya yang baru pulang bercuti dari Thailand dengan meminjam kereta Nissan Sunny milik jiran.
揇ia bagaimanapun tidak pulang ke rumah sehingga pagi. Saya langsung tidak memikir sesuatu yang buruk berlaku terhadap dirinya.
揘amun saya mula was-was apabila terserempak kereta milik jiran itu di bawah pangsapuri ketika berjalan untuk menghantar anak berusia tujuh tahun, menaiki bas sekolah di pintu masuk pangsapuri, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi KL: Amah mati dikelar
Oleh Zainal Zawawi Mohamed
[email protected]
KUALA LUMPUR: Seorang guru hampir pengsan sebaik tiba di rumah apabila melihat pembantu rumahnya tertiarap berhampiran dapur dalam keadaan berlumuran darah di Jalan Setiawangsa 4, Taman Setiawangsa, di sini, petang semalam.
Mangsa, Suliyanah, 29, dipercayai mati akibat cedera parah di kepala dipercayai dihentak dengan seterika, dikelar di leher dan mempunyai kesan tikaman di badan.
Ketua Siasatan Jenayah Daerah Sentul, Deputi Superintendan Zainol Samah, berkata kejadian dipercayai berlaku antara jam 8 pagi hingga 12 tengah hari ketika mangsa tinggal bersendirian di rumah.
Katanya, sebelum kejadian, majikan dan isterinya yang bertugas sebagai pengurus besar dan guru tiada di rumah kerana keluar bekerja.
揗ajikan mangsa yang juga seorang guru pulang di rumah kira-kira jam 3.30 petang dan terkejut apabila mendapati ruang tamu dipenuhi darah sebelum menjumpai pembantu rumahnya terbaring berdekatan dapur.
揝iasatan awal mendapati tiada kesan rumah diceroboh dan mangsa mungkin mengenali suspek kerana pintu depan dan dapur berkunci. Polis juga tidak menolak kemungkinan berlaku pergelutan berdasarkan keadaan rumah yang berselerak, |
|
|
|
|
|
|
|
Edisi Utara: Kempunan sarapan
Oleh Yahya Awang
BAGAN SERAI: Hasrat seorang lelaki warga emas menikmati sarapan pagi di sebuah kedai kopi tidak kesampaian apabila dia terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 104.8, Jalan Ipoh-Butterworth, dekat sini, pagi semalam.
Md Dari Leman, 83, dari Parit Gabis Bawah, dekat sini, mati di tempat kejadian selepas motosikal ditungganginya melanggar belakang sebuah kenderaan kira-kira jam 6.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Ahmad Bakhtiar Kassim, berkata kejadian berlaku ketika mangsa baru selesai menunaikan solat Subuh di sebuah surau di kampungnya dan menunggang motosikal untuk ke sebuah kedai kopi berdekatan.
Katanya, apabila tiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai tidak dapat mengawal motosikalnya lalu merempuh bahagian belakang sebuah kenderaan di hadapannya.
揚emandu kenderaan dipercayai trailer yang dilanggar mangsa dikatakan tidak menyedari mangsa melanggar kenderaannya.
揗angsa yang cedera parah di kepala dan dada meninggal dunia di tempat kejadian, |
|
|
|
|
|
|
|
33 samseng terbunuh
SAO PAULO 17 Mei - Polis melancarkan tindakan balas terhadap kumpulan samseng yang mengamuk di bandar terbesar Amerika Selatan ini semalam, mengakibatkan 33 orang yang disyaki anggota kumpulan itu terbunuh dalam tempoh kurang 24 jam.
Sekurang-kurangnya 133 orang termasuk 40 pegawai polis terbunuh sejak Jumaat lalu apabila proses pemindahan ketua-ketua kumpulan samseng dari penjara mencetuskan serangan ke atas balai polis, mahkamah, bas bandar dan beberapa simbol kerajaan yang lain.
揚ara pegawai bertindak mengikut undang-undang tetapi ia tidak bermakna mereka boleh menghina kami, |
|
|
|
|
|
|
| |
|