|
Paip najis bocor
Oleh Zulfa Mohamad
[email protected]
BUTTERWORTH: Jijik dan meloyakan. Itulah situasi yang dihadapi kira-kira 2,000 penghuni Rumah Pangsa Sri Bagan di sini, apabila terpaksa menghidu bau busuk berikutan satu daripada paip najis di tingkat bawah bocor
Masalah dikatakan berlaku sejak seminggu lalu tetapi penghuni tiada pilihan selain terpaksa menutup hidung setiap kali hendak naik ke rumah pangsa 13 tingkat itu.
Tinjauan Harian Metro semalam mendapati air bercampur najis turun mencurah-curah melalui paip yang bocor berhampiran peti surat serta telefon awam.
Pengunjung restoran berhampiran juga kelihatan kurang selesa setiap kali hendak menjamah makanan kerana bau yang kurang menyenangkan.
Seorang penghuni, Mohd Rizwan Abd Ghafoor Khan, 23, berkata berikutan kebocoran paip najis itu, mereka terpaksa menghidu bau busuk setiap kali hendak naik ke rumah atau ketika menggunakan telefon awam.
Menurutnya, bukan saja penghuni, malah orang luar yang mengunjungi saudara mara mereka di rumah pangsa itu berasa loya sebaik ternampak air berserta najis.
揂ir bercampur najis jatuh berhampiran peti surat dan telefon awam menyebabkan penghuni tidak dapat menggunakan kemudahan berkenaan.
揜estoran pula kekurangan pelanggan kerana bau busuk, |
|
|
|
|
|
|
|
Aksi ranjang pengantin
Oleh Rudy Fazrunisyam Samarudin
[email protected]
MUAR: Klip video adegan ranjang sepasang pengantin baru Melayu adalah antara sajian disediakan pengendali sebuah lagi laman web yang menyebarkan gambar bogel gadis tempatan yang berjaya dikesan.
Harian Metro mendapat tahu kewujudan laman web itu hasil daripada maklumat yang diberikan seorang pembaca akhbar ini yang kecewa dengan perbuatan pihak tidak bertanggungjawab itu.
Hasil siasatan maklumat yang dikirimkan melalui e-mel oleh pembaca yang menggunakan nama samaran Amru itu, Harian Metro mendapati laman web berkenaan menyediakan pelbagai klip video adegan seks membabitkan pasangan Melayu.
Berbeza dengan pendedahan sebelum ini, pendedahan terbaru ini menggunakan kemudahan 態logspot |
|
|
|
|
|
|
|
Penyeludup lemas
Oleh Rosliza Mohamed
RANTAU PANJANG: Tindakan nekad seorang lelaki dipercayai penyeludup yang terjun ke sungai ketika cubaan melarikan diri daripada pihak berkuasa membawa padah, apabila ditemui lemas di Sungai Golok, semalam.
Lelaki itu dikenali sebagai Bistari Daud, 28, ditemui oleh anggota Unit Skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan dengan bantuan polis kira-kira jam 2.40 petang.
Mangsa ditemui tertiarap dan tersangkut pada ranting kayu kira-kira 100 meter dari tempat dia terjun ke sungai berkenaan.
Difahamkan sebelum itu, mangsa bersama dua lagi rakan berusia lingkungan 20-an dikatakan berada di bawah Jambatan Muhibah di situ, malam kelmarin.
Bagaimanapun, ketiga-tiga mereka dipercayai penagih yang terserempak dengan pihak berkuasa menjalankan rondaan bertindak terjun ke sungai berhampiran kira-kira jam 8.45 malam.
Jurucakap polis, berkata dalam kejadian itu dua lagi rakannya berjaya menyelamatkan diri.
Menurutnya, sejurus selepas itu gerakan mengesan mangsa dilakukan selepas menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.
揝ebaik ditemui, mayat mangsa dihantar ke Hospital Pasir Mas (HPM) untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya di Jalan Lubok Setol, Rantau Panjang, |
|
|
|
|
|
|
|
Buruan belum berakhir
KUALA LUMPUR: Penjenayah yang melempar bom petrol atau 憁olotov koktel sehingga menyebabkan kediaman Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) bahagian Bukit Bintang, Roslan Dahaman, hampir terbakar, Jumaat lalu, masih diburu polis.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Mohd Yusoff Shuib, berkata setakat ini identiti penjenayah terbabit sedang dikenal pasti.
揟iada saksi yang melihat kejadian menyebabkan polis mengambil masa sedikit untuk melakukan siasatan.
揃agaimanapun, kami akan terus menyiasat dan berharap tangkapan dapat dibuat dalam masa terdekat, |
|
|
|
|
|
|
|
Bimbang penjenayah mewah
Oleh Ahmad Syahrul Derauh
SEREMBAN: Penduduk di Taman Merpati, Senawang, di sini, dilanda kebimbangan berikutan kegiatan pecah rumah yang didakwa kerap berlaku di kawasan perumahan itu sejak beberapa bulan lalu.
Malah, ada di antara penduduk di situ mendakwa kegiatan itu dilakukan 憄enjenayah mewah |
|
|
|
|
|
|
|
Perompak maut, 4 rakan parah
Oleh Mohd Roji Abdullah
KLUANG: Seorang perompak mati, manakala empat lagi rakannya parah selepas kenderaan dinaiki mereka nekad merempuh sekatan polis di hadapan Balai Polis Layang-layang di sini, petang semalam.
Kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang iaitu 30 minit selepas mereka melarikan barang kemas bernilai RM200,000 dari sebuah kedai emas di bandar ini.
Harian Metro difahamkan seorang daripada perompak yang memandu kereta itu dikatakan ketakutan apabila melihat sekatan polis dan mengambil keputusan bodoh hingga menyebabkan kenderaan yang mereka naiki melanggar sebuah van.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Fawzi Arshad, berkata kumpulan lima perompak berusia 20 dan 35 tahun itu hanya mengambil masa lima minit mengaut barang kemas di Kedai Emas Sri Intan, di sini kira-kira jam 1.30 tengah hari.
Menurutnya, mereka yang bertopeng bersenjatakan parang, kapak dan tukul menyerbu masuk ke kedai itu ketika waktu solat Jumaat.
揔etika itu kedai berkenaan ada enam pekerja dan tujuh pelanggan. Bagaimanapun mereka tidak dicederakan sebelum semua perompak terbabit melarikan diri dengan sebuah Proton Iswara.
揔edai yang tidak mempunyai pengawal keselamatan dan hanya dilengkapi sistem kamera litar tertutup (CCTV) itu memudahkan kumpulan perompak untuk bertindak dalam masa singkat, |
|
|
|
|
|
|
|
Barang RM1 juta lesap dari gudang
PETALING JAYA: Sekumpulan penjenayah mengambil kesempatan sempena cuti Hari Wesak untuk memecah sebuah gudang di PJS 19/1, Taman Sea di sini, sebelum melarikan barangan elektrik dan komputer berjumlah hampir RM1 juta, awal pagi semalam.
Penjenayah memotong pagar bahagian belakang gudang blok A berkenaan sebelum menyusup masuk.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Hazam Abd Halim, berkata penjenayah dipercayai menggunakan kenderaan untuk mengangkut semua barangan itu daripada gudang lima tingkat berkenaan.
揔ejadian berlaku antara jam 12 tengah malam hingga 6 pagi semalam. Penjenayah mungkin mengambil kesempatan cuti umum untuk memecah masuk gudang kerana lokasi itu agak sunyi.
揚olis tidak menolak kemungkinan pembabitan orang dalam yang membantu penjenayah memecah masuk gudang. Bagaimanapun, ia masih dalam siasatan, |
|
|
|
|
|
|
|
Wang ASB kena songlap
Oleh Faizatul Farlin Farush Khan
[email protected]
KUALA LUMPUR: Seorang pekerja hotel mendakwa wang simpanan sebanyak RM11,000 milik kakaknya yang dilaburkan dalam Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), 憀esap |
|
|
|
|
|
|
|
Penagih kembali!
Oleh Abdullah Wahab
[email protected]
KUALA LUMPUR: Biarpun ada penagih dadah di bawah Jambatan Sultan Sulaiman di sini, dihanyutkan banjir kilat petang kelmarin, kelibat berpuluh 憁ayat hidup |
|
|
|
|
|
|
|
Nyaris lemas jatuh parit
Oleh Tuan Maheran Tuan Shaffee
MARANG: Ketakutan yang tergambar di wajah kanak-kanak, Alia Azmi, 4, sudah cukup menggambarkan trauma yang dihadapinya apabila nyaris lemas selepas terjatuh ke dalam parit dipenuhi air sedalam satu meter di Kampung Kenanga, di sini, kelmarin.
Trauma yang sama turut dirasai rakannya, Mohd Hakimi Alias, 6, yang menjadi wira apabila berjaya menyelamatkan Alia dengan tindakan pantasnya menarik Alia ke tebing parit itu.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, Alia dikatakan berjalan seorang diri di tepi tebing parit berkenaan sebelum tergelincir dan terjatuh ke dalam parit dipenuhi air sedalam satu meter itu.
Dia terkapai-kapai seketika sebelum tenggelam sepenuhnya beberapa minit kemudian tanpa disedari sesiapa.
Namun, Alia bernasib baik apabila berjaya diselamatkan Mohd Hakimi yang kebetulan menyaksikan kejadian berkenaan dan segera berenang ke arahnya, sebelum menarik Alia ke tebing.
Difahamkan, kejadian itu hanya disedari penduduk apabila Mohd Hakimi berlari pulang bagi memaklumkan kepada ahli keluarganya mengenai peristiwa itu.
Harian Metro yang menemui mereka semalam, mendapati kedua-dua kanak-kanak berkenaan masih trauma dan enggan menceritakan kejadian yang dialami.
Mohd Hakimi juga enggan ditemu bual dan menyorokkan diri di dalam rumahnya yang terletak berhadapan dengan parit itu.
Alia juga tidak bercakap sepatah pun dan hanya merenung tajam ke arah parit berkenaan apabila ditanyakan mengenai kejadian berkenaan.
Bapa saudara Alia, Zaidi Tengah, 27, berkata beliau kagum dengan keberanian Mohd Hakimi yang bertindak pantas menyelamatkan Alia.
揓ika Hakimi tidak bertindak segera, sudah tentu Alia tidak dapat diselamatkan lagi, memandangkan tiada sesiapa yang menyedari kejadian itu, |
|
|
|
|
|
|
|
Bas mangsa vandalisme
Oleh Mary Victoria Dass
[email protected]
JOHOR BAHRU: 揅ari bohsia...telefon nombor di bawah. |
|
|
|
|
|
|
|
Sia-siakan pengorbanan Ibu
Oleh Azlan Hafeedz
KOTA BHARU: 揔amu ini masih tidak serik-serik lagi. Mengapa kamu sanggup tipu emak? Kamu kata nak pergi belajar di rumah kawan tapi kamu pergi main motor (motosikal), |
|
|
|
|
|
|
|
Suspek bolos
Oleh Rosliza Mohamed
[email protected]
PASIR MAS: Seorang pemuda yang disyaki cuba membunuh pelajar tingkatan empat Selasa lalu, dipercayai sudah melarikan diri ke negara jiran selepas polis menjalankan operasi memburunya.
Pemuda itu, Ahmad Halif Mohd Yasin, 20, dari Jalan Lama, Rantau Panjang, Lubok Jong, dekat sini, dikehendaki polis bagi membantu siasatan mengenai kejadian itu.
Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner I Datuk Zulkifli Abdullah, berkata siasatan awal mendapati lelaki terbabit masih di bawah pengawasan polis selepas disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah sejak 2004, dan dipercayai dikenali mangsa sebelum ini.
揃agi membantu mengesan lelaki terbabit, kita sudah mengedarkan gambarnya kepada semua pegawai bertugas di sempadan kerana tidak menolak kemungkinan dia melarikan diri ke negara jiran, |
|
|
|
|
|
|
|
Sorok motosikal dekat abu mayat
Oleh Al-Abror Mohd Yusuf
[email protected]
PELABUHAN KLANG: Sindiket mencuri dan menyeludup motosikal dipercayai menjadikan kawasan tempat pembuangan abu mayat di Tanjung Sepat, Banting, sebagai pusat menyembunyikan kenderaan itu sementara menanti masa sesuai membawanya ke negara jiran menaiki bot.
Disebabkan kedudukan yang terpencil dan dikelilingi ladang kelapa sawit, sindiket terbabit yakin tiada sesiapa mengesyaki kegiatan mereka jika ada motosikal dibawa ke situ pada bila-bila masa.
Bagaimanapun, kegiatan itu dibongkar pihak berkuasa selepas sepasukan enam anggota polis marin diketuai Asisten Superintendan Khairuddin Jamal, mengadakan intipan di situ, kelmarin.
Pegawai Pemerintah Polis Marin Selangor, Deputi Superintendan N Kalai Chelvan, berkata hasil maklumat diperoleh sepasukan polis mengadakan risikan di kawasan kelapa sawit berhampiran tapak pembuangan abu mayat itu selama beberapa jam.
揝elepas yakin ada kegiatan jenayah dilakukan di situ, polis mengadakan serbuan dan merampas empat motosikal jenis Yahama Legenda 110 dan sebuah Suzuki 125R yang dipercayai disimpan di tempat itu sebelum diseludup ke negara jiran, |
|
|
|
|
|
|
|
Misteri jejak 42 pembunuh
Oleh Zainal Zawawi Mohamed
[email protected]
KUALA LUMPUR: Kehilangan 42 pembunuh kejam sejak lima tahun lalu termasuk seorang yang disyaki terbabit dalam pembunuhan seorang detektif, menjadi tanda tanya sama ada semua penjenayah terbabit sudah keluar dari negara ini atau menukar identiti bagi mengelak diberkas.
Suspek terbabit juga amat berbahaya kerana dipercayai mempunyai senjata api dan mampu bertindak di luar batasan jika ada orang awam cuba menangkap mereka.
Malah, ada antara mereka dipercayai sudah meloloskan diri ke negara jiran selepas melakukan pembunuhan di negara ini bagi mengelak ditangkap pihak berkuasa.
Walaupun jejak pembunuh terbabit sukar dikesan sehingga kini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah melupakan atau menutup fail siasatan kerana operasi memburu dan menahan mereka tetap dijalankan dari semasa ke semasa.
Penjenayah terbabit pula dikatakan sentiasa hidup dalam ketakutan dan kebimbangan kerana mereka sendiri yakin akan memasuki perangkap satu hari kelak walaupun kes pembunuhan berkenaan sudah berlaku 20 tahun lalu.
Semua pembunuh kejam itu melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan sehingga menyebabkan PDRM meletakkan mereka dalam senarai orang paling dikehendaki.
Mengikut sumber Bukit Aman, semua suspek itu terbabit melakukan kes pembunuhan sejak 2000 hingga 2005.
Menurutnya, semua suspek menghilangkan diri selepas membunuh mangsa dan identiti mereka berjaya didedahkan selepas pasukan forensik tiba di lokasi.
揚olis mengambil pelbagai sempel dan berjaya mengesan individu berkenaan.
揟etapi mereka terus menghilangkan diri selepas kejadian dan ada kes mangsa pembunuhan ditemui selepas beberapa hari dibunuh, |
|
|
|
|
|
|
|
Tiada jamin kerja kekal
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
KUALA LUMPUR: Semua pekerja di negara ini perlu menerima hakikat bahawa tiada siapa di dunia boleh menjamin pekerjaan sepanjang hayat, sebaliknya sentiasa bersedia menimba kemahiran dan pengetahuan yang relevan dengan kehendak pasaran.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata semua pekerja memiliki empat ciri jika mahu martabat negara diangkat sebagai negara maju yang mempunyai pekerja berkualiti, berjenama dan sentiasa diperlukan pada bila-bila masa.
Katanya, empat ciri berkenaan ialah kesanggupan mempelajari kemahiran dan pengetahuan baru, menerima hakikat tiada pekerjaan kekal selama-lamanya, sentiasa menambah nilai baik dalam diri dengan menghayati konsep belajar sepanjang hayat serta memberi penjenamaan kepada pekerja di negara ini.
揚enjenamaan pekerja Malaysia sebagai pekerja rajin, cekap, produktif, jujur dan mempunyai kesanggupan tidak hanya meningkatkan status bahkan menjadikan mereka golongan yang diperlukan di mana-mana saja.
揔ita mesti sanggup dan bersedia memperoleh kemahiran dan pengetahuan kerana apa dimiliki hari ini mungkin tidak boleh kekal dan perlu dilupakan, tetapi kita mesti belajar kemahiran baru.
揔ita juga harus menerima hakikat bahawa tiada siapa boleh menjamin pekerjaan seumur hidup. Negara maju seperti Jepun pun tidak mampu berikan jaminan ini. Ini sebabnya kita perlu ada pengetahuan dan kemahiran yang relevan dengan keadaan semasa supaya menjadi orang yang boleh diambil bekerja pada bila-bila masa, |
|
|
|
|
|
|
|
Polis cekup lelaki disyaki rogol pelajar
SEREMBAN: Seorang lelaki ditahan kerana didakwa merogol seorang pelajar di sebuah sekolah menengah di Senawang, dekat sini, selepas memujuknya ke sebuah taman rekreasi.
Mangsa yang menetap di Taman Kobena, Senawang, dikatakan baru mengenali suspek pada April lalu dan hubungan mereka akrab hingga mangsa dirogol di sebuah taman rekreasi di bandar ini pada Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Hasanuddin Hassan, berkata mangsa membuat laporan polis pada hari kejadian selepas menyedari dirinya dirogol.
Katanya, keesokan hari (Khamis) suspek yang berumur 21 tahun ditahan reman selama 10 hari bagi membantu siasatan.
揝iasatan dilakukan mengikut Seksyen 376 kanun keseksaan kerana merogol. Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara hingga 20 tahun dan sebatan, |
|
|
|
|
|
|
|
Isteri lari kali kedua
MASJID TANAH: 揚ulanglah segera isteriku... kasihanilah abang dan empat lagi anak kita, |
|
|
|
|
|
|
|
Lari rumah takut anak
Oleh FUAD HADINATA YAACOB
KUALA LUMPUR: 揝aya tidak akan jejakkan kaki di rumah selagi dua anak lelaki saya masih hidup. Biarlah saya habiskan sisa hidup ini di sini kerana jika balik pun mereka akan ugut saya minta wang.
揚ernah mereka tumbuk ayah sendiri sampai berdarah hidung hanya kerana mahukan duit untuk membeli dadah, |
|
|
|
|
|
|
|
Melalui laman web
KUALA LUMPUR: Keghairahan bertaruh dalam perlawanan bola sepak hari ini bukan saja membabitkan golongan dewasa, malah remaja juga semakin 慻ila berjudi |
|
|
|
|
|
|
| |
|