CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: serihartatie

NOVEL : BIARKAN SAHAJA HATI BERBICARA

 Close [Copy link]
 Author| Post time 25-6-2006 12:48 PM | Show all posts
Fahamlah Seri bahawa mengapa ada orang mempertikaikan umat Islam kini walaupun hebat bersyariat, tetapi masih bermasalah dan umat Islam masih kelihatan lemah. Rupa-rupanya sudah terpisah antara syariat dan hakikat, maka bagaimana Islam boleh dimartarbatkan kembali jika Allah sedikit pun tidak memandang amalan tersebut.

Berdasarkan firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 167 maksudnya Mereka bercakap dengan mulut mereka tetapi tidak seperti dalam hati mereka dan diperdalamkan lagi pengertiannya dengan hadis rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Tarmizi maksudnya Sesungguhnya Allah Taala tidak memandang gambaran rupa kamu dan tidak kepada bangsa kamu dan tidak kepada harta benda kamu tapi Dia memandang hati kamu dan amalan kamu. Patutlah walaupun umat Islam rajin bersolat, berpuasa dan sebagainya tetapi tetap tidak menghalang mereka dari melakukan kemungkaran. Termasuklah diri aku juga, getus hati Seri penuh penyesalan.


Ya Rasulullah, hari kelahiran dikau semakin hampir, izinkan aku mengambil berkatnya dan bertawasul kepadamu, ya habibullah, bisik hati Seri.




Tiba-tiba dia merasa rindu yang amat sangat kepada Rasulullah SAW, setitis demi setitis air matanya mengalir mengenangkan pengorbanan rasulullah SAW memperjuangkan Islam dan kasih sayang Rasulullah SAW kepada umatnya. Maafkan ana ya rasulullah, kerana tidak menjadi umatmu yang baik, Seri berbisik pada dirinya sendiri.

Hancur luluh hatinya mengenangkan dirinya yang tidak pandai beradab dan mengambil panduan dari wasilah yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW. Terasa betapa kasih sayang rasulullah itu menyelinap memenuhi segenap hatinya, dan rindunya kepada Rasulullah SAW terasa begitu mendalam sekali. Seakan-akan Rasulullah SAW berada sejarak sahaja dengannya waktu itu.

Cepat-cepat Seri menyeka air matanya, dia tidak mahu kawannya ternampak dia menangis. Mujur juga kawannya sedang asyik mengadap komputer dan membelakanginya.


[ Last edited by  serihartatie at 25-6-2006 12:56 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-6-2006 12:38 PM | Show all posts
Bagaimana Syiah membuat tuduhan bahawa ASWJ tidak mencintai ahlulbait, Seri menyoal dirinya. Setiap ulamak dan guru mursyid dalam ASWJ sering mengingatkan bahawa bertawasul dan mencintai ahlulbait itu adalah KEUTAMAAN. Ia dilahirkan dalam pelbagai bentuk amalan seperti selawat, dalam doa, zikir, wirid, perayaan dan sebagainya.

ASWJ juga tidak mempercayai cerita-cerita Syiah berkaitan dengan akhlak buruk sahabat utama Rasulullah SAW dan fahaman mereka yang mengkafirkan sahabat Rasulullah SAW kerana sudah terang lagi bersuluh hadis Rasulullah SAW yang menyatakan dengan jelas akan kelebihan sahabat-sahabat utama itu. Sabda Rasulullahkah atau cerita sejarah yang tidak terjaga kesahihan itu yang mereka gunapakai?

Bagaimana mereka mendakwa diri mencintai ahlulbait sedangkan dalam masa yang sama mereka tidak pula mempercayai sabda Rasulullah SAW dan tidak mencontohi akhlak Rasulullah di dalam berkasih sayang sesama insan? Seri merasa begitu keliru dengan kefahaman mereka yang penuh dengan kontradiksi itu. Apakah ini fitnah dan bencana yang telah diramal oleh rasulullah SAW yang bakal berlaku ke atas ahlulbait itu, Seri bertanya kepada akal dan hatinya.

Seri teringat tentang sebuah hadis Rasulullah berkaitan dengan ahlulbait iaitu mengenai penyingkiran ahlulbait serta fitnah dan bencana yang akan menimpa mereka di akhir zaman. Ia telah disebut oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya iaitu :


Ibnu Masud RA meriwayatkan bahawa,


"Kami mendatangi Rasulullah SAW dan baginda keluar dengan membawa berita gembira, dan kegembiraan itu terbayang pada wajahnya. Kami bertanya kepada baginda perkara yang menggembirakan itu dan kami tidak sabar untuk mendengarnya. Tiba-tiba datanglah sekumpulan anak-anak muda Bani Hasyim yang di antaranya adalah al-Hasan dan al-Husain RA. Apabila terpandangkan mereka, tiba-tiba kedua-dua mata baginda berlinangan lalu kami pun bertanya, "Wahai Rasulullah, kami melihat sesuatu yang kami tidak sukai pada wajahmu." Baginda menjawab, "Kami Ahlulbait, telah Allah pilih akhirat kami lebih dari dunia kami. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehingga datanglah Panji-panji Hitam dari Timur. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan memperoleh kejayaan. Sesiapa di antara kamu atau keturunan kamu yang hidup pada masa itu, datangilah Imam yang dari ahli keluargaku walau terpaksa merangkak di atas salji. Sungguh, mereka adalah pembawa Panji-panji yang mendapat hidayah. Mereka akan menyerahkannya kepada seorang lelaki dari ahli keluargaku yang namanya seperti namaku, dan nama bapanya seperti nama bapaku. Dia akan memenuhkan dunia ini dengqn keadilan dan kesaksamaan." (Abu Daud, At-Tarmizi, Al-Hakim, Ibnu Hibban, Ibnu Majah, Abus Syeikh, Ibnu Adi, Abu Dhabi, Ibnu Asakir & Abu Nuaim)


Rasulullah SAW menyebutkan bahawa golongan Ahlulbait akan menerima dua ujian iaitu pertama, bencana dibunuh dan ditekan oleh pemerintah-pemerintah mereka, dan yang kedua ialah disingkirkan dari tanah air mereka.

Ujian pertama itu sudah berlaku sejak awal Islam lagi, dimulai dengan terbunuhnya Saidina al-Husain RA di Padang Karbala dan seterusnya hinggalah berakhir zaman pemerintahan Bani Abbasiah di Baghdad. Yang kedua iaitu disingkir dari tanah air mereka telah juga berlaku iaitu sejak Bani Saud mengambil alih kekuasaan di seluruh Hijaz dan sebahagian besar Semenanjung Tanah Arab.

Maka berdasarkan hadis tersebut yang akan memperjuangkan ahlulbait kembali adalah dimulakan oleh seorang lelaki yang ditangannya ada panji-panji hitam dan juga merupakan ahlulbait yang akan pula menyerahkan kekuasaan tesebut kepada ahlulbait juga yang disebut RSAW namanya adalah Muhammad bin Abdullah, seperti juga dengan nama RSAW.

Ben Gurion bekas perdana menteri Israel seorang Yahudi sangat mempercayai hadis yang berkaitan dengan akhir zaman dan pernah berkata Sesungguhnya yang paling menakutkan bangsa Yahudi ialah kalau dalam dunia Islam sudah lahir seorang Muhamad baru iaitu berdasarkan hadis tersebut yang menyatakan nama pemimpin tersebut seperti nama Rasulullah SAW.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2006 10:05 AM | Show all posts
Siapakah MEREKA yang dimaksudkan oleh Rasullulah SAW itu yang akan memuliakan kembali ahlulbait di akhir zaman ini, Seri terfikir mengenai persoalan itu. Ermm, jika benar  seseorang itu mencintai rasulullah dan keluarganya bukan sekadar dimulut sahaja tetapi dengan hati, tentu mereka berusaha untuk mengenali dan mencari siapakah MEREKA itu.

Tetapi malangnya ada segolongan umat Islam akhir zaman ini hanya memberi alasan mudah, bila Imam mahdi lahir nanti kita baiahlah atau ada pula yang langsung tidak mempercayai akan lahirnya Imam Mahdi ini, berbagai-bagai pendapat, getus hati Seri. Tak kisahlah hal itu, diri aku sendiri bagaimana?, Seri bertanya kepada dirinya sendiri.

Kasih benar rasulullah SAW kepada golongan ini sehingga mengalir air matanya apabila mengenangkan perjuangan mereka memuliakan kembali golongan ahlulbait di akhir zaman ini. Tentu hebat ujian yang diterima oleh golongan ini sehingga Rasulullah sendiri menangis. Rasulullah SAW juga pernah menyatakan kecintaan dan kerinduan yang sangat mendalam kepada golongan ini dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA dan Anas RA dengan sabdanya :


Aku tersangat rindu kepada para ikhwanku. Maka bertanyalah para sahabat, ya rasulullah bukankah kami ini Ikhwanmu?. Rasulullah SAW menjawab, Bukan, malah kamu adalah sahabatku. Sedangkan ikhwanku adalah orang yang beriman denganku walaupun mereka tidak pernah melihatku.


MEREKA yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW itu dipanggil Ikhwan. Jadi bersalahan sungguhlah kalau kita sebagi umat Islam buat endah tak endah aje perasaan dan sabda rasulullah SAW ini, Seri berbisik kepada dirinya. Ermm..aku perlu mengambil perhatian yang sungguh-sungguh mengenai hal ini dengan menambah ilmu mengenai hal-hal akhir zaman, Seri berikrar pada dirinya.

Seri teringat mengenai lirik sebuah lagu yang dinyanyikan Mawaddah dan dia sangat meminati nasyid tersebut kerana melodinya yang menarik dan menyentuh kalbu, mengusik rasa dan boleh menitiskan air mata sesiapa yang menghayatinya. Perlahan-lahan Seri mengalunkannya dengan nasyid tersebut sehingga menitis airmata dikedua-dua belah pipinya.





Rebutlah gelaran Ikhwan di akhir zaman
Yang disabdakan dari lidah rasul junjungan
Agar kita menjadi orang yang membuktikan
Golongan yang baginda rindukan

Tika para sahabat itu bertanya
Siapakah yg diberi gelaran itu padanya
Membara cemburu dihati mereka
Hingga menitiskan airmata

Lantas baginda menyambung lagi
Ikhwan itu mengamalkan sunnhku
Bagai mengenggam bara api
Dan mereka amat menyintaiku
Sekalipun tak pernah bertemu

Ukhwah mereka bagaikan
Susunan batu bata
Saling menguatkan di antara mereka
Umpama satu ibu dan satu ayah
Fikiran, keyakinan dan keselarasan

Perjuangannya ibarat singa disiangnya
Bagai abid pula dimalam harinya
Rubbanun bil laili wa fursanun finnahar
Gelaran yang baginda berikan

Namun Ikhwan bukan sebarang pilihan
Mereka pilihan di atas pilihan
Bilangannya sedikit
Tetapi besar di sisi Tuhan
Kerana dosa amat dihindarkan

Luarbiasanya taqwa Ikhwan
Kerana takwanya diberi pertolongan
Kerana takwanya diberi rezeki
Dan dunia diselamatkan Tuhan

Wahai pencinta-pencinta kebenaran
Yang menagih janji Tuhan
Rebutlah gelaran Ikhwan di akhir zaman
Ia tawaran yang tiada bandingan


[ Last edited by  serihartatie at 27-6-2006 10:14 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2006 06:22 PM | Show all posts
Pagi itu hari minggu. Kebiasaannya Seri akan ke tasik yang berdekatan untuk berriadah. Selalunya  dia akan bersama Aiman berjoging di tasik itu tetapi pada minggu itu Aiman outstation dan tidak dapat menemaninya seperti selalu.

Tasik itu di awal pagi kelihatan begitu tenang dan hening. Setelah beberapa kali berjoging di sekeliling tasik itu, Seri berhenti melepaskan lelahnya. Dia duduk di atas satu bangku yang menghadap kehijauan air tasik itu. Dari situ dia dapat melihat masjid yang tersergam indah di tengah-tengah bandar tersebut. Masjid yang berkubah biru itu begitu harmoni sekali kelihatan apabila dipayungi dengan awan biru putih di langit pagi itu.





Sungguh mendamaikan mata yang memandang dan angin sepoi-sepoi bahasa juga bertiup menggugurkan dedaunan pohon-pohon yang subur menghijau memagari sepanjang laluan jalanan di tasik tersebut. Sesekali kelihatan air tasik berkocak oleh gerakan ikan yang sedang memagut makanan dipermukaan tasik tersebut. Dari jauh Seri dapat melihat angsa putih berenang perlahan-lahan dengan pasangannya.

Di tasik itulah pertemuan terakhirnya dengan Yazid. Tasik yang banyak menyimpan kenangan mereka bersama. Tidak disangka, tasik itu masih begitu setia dengannya walaupun kini hanya dia seorang yang melawatinya tanpa jemu. Seri terkenangkan kembali pertemuan terakhirnya dengan Yazid.




Petang itu hatinya menjadi begitu riang sekali kerana dapat berjumpa Yazid setelah begitu lama terpisah kerana Yazid melanjutkan pelajaran ke luar negara. Dua tahun dia tidak berjumpa dengan Yazid dan kerinduan itu akan terubat juga pada petang itu apabila dapat berjumpa dengan Yazid.


[ Last edited by  serihartatie at 30-6-2006 12:35 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2006 12:48 PM | Show all posts
Dia memakai baju berwarna biru kesukaannya dan memakai seluar panjang berwarna krim serta bertudung biru putih pada petang itu. Memang biru adalah warna kesukaan dia dan Yazid. Pasti Yazid akan memakai cap biru kesukaannya dan berjaket hitam pada petang itu, Seri pasti sekali akan hal itu kerana dia tahu Yazid memang seorang yang rutin.

Dari jauh dia melihat Yazid datang menghampirinya. Hatinya berdebar-debar, degupan jantungnya terasa begitu kuat sehingga dia merasa sukar untuk bernafas seperti selalu. Memang benar Yazid berpakaian seperti biasa dengan jaket hitamnya, baju t-shirtnya, cap birunya dan seluar jeansnya yang agak lusuh itu , tepat sekali telahan Seri.

Dia tersenyum kepada Yazid apabila Yazid datang dan tiba ke sisinya yang sedang duduk di atas sebuah bangku di tasik tersebut. Yazid menyapa dan memberi salam kepadanya. Yazid duduk menghadapnya dan mereka dipisahkan di tengah-tengah oleh sebuah meja kayu yang memang diletak sebagai pemisah antara bangku yang didudukinya dan bangku yang diduduki oleh Yazid.

Ah, betapa malunya dia di saat itu kerana pertemuan itu sangat berbeza dengan pertemuan mereka sebelum Yazid melanjutkan pelajaran ke luar negara. Sebelum itu  mereka hanya berkawan tetapi dalam masa dua tahun ini, masing-masing sudah menyimpan perasaan rindu, sayang dan kasih, menyulam dan menyimpul harapan dan impian bersama.




Yazid dan Seri begitu seronok bercerita tentang perkembangan diri masing-masing seakan masa yang berlalu tidak mereka sedari. Mereka berjalan-jalan di sekitar tasik itu dengan riangnya. Seakan dunia hanya milik mereka berdua sahaja ketika itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2006 12:21 PM | Show all posts
Setelah penat berjalan mereka singgah di satu sudut bangku yang kosong di tasik tersebut. Seri melihat di wajah Yazid ada lontaran perasaan yang tidak kesampaian diluahkan. Dia bertanya kepada Yazid apakah persoalan yang menghantui perasaan dia ketika itu. Berat sekali kelihatan Yazid untuk meluahkan perasaannya itu.




Yazid berkata kepadanya, Seri, maafkan Yazid, walaupun berat untuk Yazid sampaikan dan beritahu kepada Seri tetapi Yazid harus berterus terang dengan Seri juga. Seri memandang wajah Yazid dengan penuh kehairanan. Ada apa Yazid, nampak serius sekali Yazid ni, menakutkan Seri ajer, Seri berkata dengan wajah yang penuh kekeliruan.

Seri, kau tahu selama Yazid di luar negara, Yazid melakukan kajian mengenai Syiah di sana, Yazid memberitahunya. Yup, Seri tahu itu kajian tesis Yazid, jawab Seri. Seri, Yazid kini menerima Syiah sebagai fahaman Yazid dan Yazid bukan lagi ASWJ seperti Seri, Yazid meluahkan persoalannya.


Seri benar-benar terkejut dengan pengakuan Yazid itu. Terasa sejuk darah yang mengalir di dalam badannya ketika  menerima berita itu. Seri tahu apa fahaman Syiah ?, tanya Yazid lagi kepadanya.

Seri mengangguk kerana dia memang pernah mengikuti maklumat-maklumat mengenai iktikad-iktikad dalam Islam semasa dia memperdalami fahaman ASWJ. Dia melihat perbandingan dari segi fahaman ASWJ dan fahaman-fahaman yang lain. Dan dia yakin dengan fahaman ASWJ sebagai pegangannya.


[ Last edited by  serihartatie at 1-7-2006 12:24 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-7-2006 09:45 AM | Show all posts
Jadi apa yang Yazid rungsingkan, tanya Seri lagi. Kita berbeza fahaman, walaupun masih saudara seislam tetapi fahaman yang berbeza akan menyebabkan Yazid dan Seri akan berada dalam konflik yang tidak berpenghujung, jawab Yazid. Yazid sangat sayang pada Seri dan Yazid tidak mahu melukakan hati Seri kerana perbedaan itu. Bagaimana kita dapat hidup bersama, dan meneruskan perhubungan ini jika kita tahu hati masing-masing akan terluka, Yazid menyambung lagi. Yazid mahu mengamalkan Syiah dengan lengkapnya, Yazid mahu menjadi pengamal Syiah yang taat.

Seri terpempan mendengar pengakuan Yazid itu. Dia tahu maksud Yazid, menjadi seorang Syiah yang sempurna bermaksud dia dan Yazid akan berbeza syariat, iktikad dan amalan walaupun masing-masing masih berada dalam golongan Islam. Ia amat berlainan dalam AWSJ walaupun ada pelbagai mazhab, yang membezakan antara satu mazhab dengan mazhab yang lain hanyalah ijtihad ulamaknya dari segi perkara furukiyah. Tetapi berbeza dengan Syiah dan ASWJ. Perbezaannya bukan setakat amalan tetapi juga iktikad mereka bertentangan.

Sudikah Seri menerima Yazid sebagai pasangan hidup Seri dan juga menerima fahaman Yazid dengan penuh rela?, Yazid bertanya kepadanya.

Ya Allah, hati kecil Seri menjerit, mengapakah ujian ini yang Kau berikan kepadaku ini wahai Tuhan? Seri terdiam dan tidak tahu untuk berkata-kata apa. Dia berada di dalam satu persimpangan dan pertarungan hati yang maha hebat ketika itu. Antara kasih dan cintanya kepada Yazid dengan pegangan fahaman yang diyakininya. Dia harus memilih salah satu sahaja kerana itulah yang dipinta oleh Yazid darinya. Menerima Yazid  bermakna menerima juga fahamannya.


Mengapa Yazid buat Seri begini, tidak kasihankah Yazid pada Seri, Seri bertanya kepadanya. Tidakkah kita boleh terus bersama walaupun berlainan fahaman, tanya Seri lagi. Yazid menggeleng-gelengkan kepalanya.

Seri, Yazid tidak sanggup menghadapi risikonya nanti, Yazid tidak mahu hati kita masing-masing terluka dan perhubungan kita terjejas kerana masalah ini, biarlah kita sengsara dan merana sekarang sebelum ia menjadi semakin parah, jawab Yazid. Jika kita tidak dapat menerima perbezaan itu, maka eloklah kita berpisah dari sekarang sebelum segala-galanya menjadi semakin rumit di kemudian hari nanti, Yazid menambah lagi permintaannya


[ Last edited by  serihartatie at 4-7-2006 10:00 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2006 10:02 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-7-2006 01:44 PM | Show all posts
Berpisah ? Seri merasakan perkataan itu adalah satu hukuman mati kepadanya. Alangkah pedihnya permintaan Yazid itu, hatinya seakan direntap dan diragut dengan kejam sekali, sampai hati kau Yazid, Seri menangis dan dia tidak berupaya menahan air matanya dari keluar ketika itu.

Yazid tidak memandang wajah Seri, dia hanya memandang dengan penuh kesayuan pada air tasik di hadapannya. Tetapi kelihatan dikelopak matanya juga ada bening air mata yang terkumpul di dalamnya. Mereka sama-sama sedih, bertarung dengan hati masing-masing, jeritan perasaan masing-masing terperangkap dalam jasad mereka, pedih, sayu dan terhiris, seakan dunia menghempap mereka ketika itu.

Tiba-tiba Yazid  menyentuh dan mengenggam tangan Seri, itulah pertama kali dia berbuat demikian. Selama mereka berhubungan selama ini, belum pernah lagi Yazid menyentuh dirinya walaupun sekadar berpegangan tangan.

Yazid membawa tangan Seri ke dadanya, dan berkata;

Seri, Yazid bukan mahu menyiksa Seri dengan permintaan ini, malah Yazid sebenarnya lebih memikirkan kebaikan diri Seri sendiri dari diri Yazid. Cinta dan kasih sayang Yazid pada Seri tidak pernah berubah, ia tetap di sini, di hati ini, Yazid bawa sampai mati. Tetapi Seri, cinta bukan bererti harus memiliki apa yang dicinta secara lahiriah, cinta itu di hati, kita tidak akan kehilangannya walaupun kita terpisah dalam realiti.

Fahamkanlah wahai Seri, Yazid berjanji Yazid tidak akan melupakan Seri, kerana cinta ini di hati, dan Yazid akan tetap bawa bersama hingga ke sana ketika Yazid sudah tidak ada lagi didunia ini.


Seri tersedu-sedu menangis mendengar pengakuan Yazid itu, apa yang Yazid katakan itu, itulah juga kata-kata hatinya.





[ Last edited by  serihartatie at 21-7-2006 03:11 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2006 12:27 PM | Show all posts
Seri, Yazid tidak memaksa Seri, Yazid tahu sukar untuk Seri membuat keputusan untuk menerima fahaman Yazid. Kita tidak ada jalan lain lagi, kita serahkan pada takdir, buat masa ini biar kita berpisah, kita tidak tahu apa yang akan berlaku di kemudian hari kelak. Jika kita ada jodoh, mungkin kita akan bersama juga akhirnya, jika tidak redhalah dengan ketentuan Tuhan, Yazid mengenggam tangan Seri dengan kuat seakan seperti dia tidak mahu melepaskannya lagi.

Yazid,...., Seri kehilangan kata-kata, dia tidak tahu bagaimana untuk meluahkan lagi perasaan hatinya. Berjanjilah pada Seri, Yazid, berjanjilah. Ini bukan pertemuan kita yang terakhir dan kita bukan berpisah untuk selama-lamanya, Seri masih tetap berharap kita akan berjumpa juga suatu ketika nanti.


Yazid memandangnya dengan wajah sayu, dan berkata,


Baiklah Seri, Yazid berjanji, insyaAllah suatu ketika nanti kita akan berjumpa lagi. Sekarang ini Yazid akan meninggalkan Malaysia dan merantau ke luar negara, Yazid akan hidup bersama-sama dengan golongan Syiah di sana, dan Yazid tidak dapat berjanji kepada Seri bilakah Yazid akan kembali ke sini lagi. Seri, teruskan hidup ini dan jangan tunggu Yazid, terimalah lelaki lain dalam hidupmu kerana Yazid tidak dapat menjanjikan apa-apa pada Seri.


Akhirnya tumpah juga air mata seorang lelaki bernama Yazid deras menuruni pipinya menitis ke atas genggaman tangan  Seri. Hangatnya air mata itu tidak dapat lagi menghangatkan hati Seri yang seakan pecah berderai di dalam kebekuan melihat kesedihan dan  mendengar  kata-kata Yazid itu.

Begitulah berakhirnya pertemuan tersebut. Pertemuan yang disangka membawa panas hingga ke petang, tetapi rupa-rupanya hujan di tengahari.  Tasik itulah yang menjadi saksi kepada pertemuan tersebut dan mungkinkah tasik ini akan menemukan mereka kembali? Seri bertanya kepada dirinya.

Wahai tasik, kau simpanlah kenangan aku bersama Yazid yang kami pernah lakarkan di sini, segala yang pahit dan manis itu akan menjadi khazanah buatmu. Aku hanyalah perindu kepada kenangan. Seri menyeka air matanya yang tumpah tiba-tiba tanpa dibendung-bendung lagi. Seakan baru semalam peristiwa itu berlaku, bisik  hatinya lagi.


Mengapa Yazid tidak menghubungi aku sekembalinya dia ke Malaysia, Seri bertanya kepada dirinya. Masih ingatkah lagi janji dia padaku untuk berjumpa kembali, apakah dia sudah melupakan aku atau aku sahaja yang masih tidak dapat melupakannya, Seri merasa sayu mengenangkan kemungkinan itu.




Yazid, mungkin tidak tahu di mana aku kini, kami sudah lama terputus hubungan, aku juga tidak tahu bagaimana untuk menghubunginya kerana tidak ada alamat atau e-mel yang diberikannya setelah dia meninggalkan Malaysia dulu. Oh Tuhan, Engkau yang menemukan, Engkau yang memisahkan, tidak ada yang mustahil jika Engkau Berkehendak.

Seri tidak pernah berhenti berharap untuk bertemu Yazid  dan dia masih memegang janji Yazid tersebut. Untuk apakah pertemuan itu, hatinya bertanya. Entah dia sendiripun tidak mengerti perasaannya sendiri.

Terkenang Seri sebuah lagu yang pernah didengarnya, bait-bait liriknya seakan menggambarkan jawapannya kepada persoalan itu.




Kegelisahan didalam kedinginan
Meniti sepi keseorangan
Sebuah kematian yang tiada bernisan
Sendu mengiringi perpisahan

Ruang nan luas diri bergerak bebas
Namun keupayaanku terbatas
Segala mimpi menjadi asing
Perit membakar diri

Sebuah cinta dan harapan
Menjadi mimpi berterbangan
Tersekat nafasku kabur pandangan mataku
Amat tersiksa diriku
Kerana kehilanganmu

Mengapakah terus mengharap menanti
Walau cukup kusedari
Kau tak kan kembali

Pemergianmu mengisi kekosongan
Biarpun dikau masih kuperlukan
Kita dikatakan pasangan bahagia
Kini terasing luka

[ Last edited by  serihartatie at 22-8-2006 11:29 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2006 05:54 PM | Show all posts
Assalamualaikum,

Sebenarnya novel yang ditulis ini adalah rentetan atau sambungan kisah yang diilhamkan dari sebuah novel lain yang ditulis oleh penulis lain yg bertajuk TERHENTI DI SATU PERSIMPANGAN oleh PakMalau. JIka sdra-sdri ingin tahu serbasedikit cerita permulaan Seri dan Yazid adalah seperti di bawah :

NOVEL INTERNET: TERHENTI DI SATU PERSIMPANGAN

Angin malam yang sejuk itu menyegarkan kulit muka dan matanya. Yazid masih di situ, berdiri di balconi melihat gelagat beberapa homeless yang masing-masing cuba mencari tempat untuk berehat dan tidur setelah kedai Seven Eleven ditutup. Terdapat dua buah kereta tolak yang berkemungkinan dicuri dari supermarket berdekatan. Dengan kereta tolak itulah segala barang keperluan mereka disimpan termasuk kain selimut tebal untuk berlindung dari kedinginan malam. Dalam kehidupan yang daif itu mereka masih boleh bergelak ketawa dan bergurau senda walaupun kadang kala terdengar suara jeritan dan makian yang samar-samar kedengaran.

Walaupun mata Yazid memandang homeless itu tetapi fikirannya melayang jauh teringat bagaimana beliau boleh terdampar di negara asing itu. Masih terbayang di dalam fikirannya suasana sedih dan pilu di lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur semasa beliau akan berangkat. Ramai yg hadir pada malam itu. Ayah dan saudaranya semua hadir termasuklah kawan-kawan rapat yang telah sama-sama belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia. Tidak ketinggalan juga teman setianya, Seri yang selalu berbincang dan melakukan tugasan bersama-sama semasa masih bergelar mahasiswa di dalam satu bidang yang sama.

Seri merupakan gadis ayu yang penuh dengan keceriaan. Hidup Yazid sentiasa bahagia bila bersama Seri apalagi melihat senyuman Seri setiap kali mereka bertemu. Memandangkan mereka belajar di dalam satu jurusan yg sama, jadi seringkali Yazid dan Seri dilihat bersama-sama di Perpustakaan Tun Sri Lanang, Restoran Universiti dan Pusanika. Pada hari minggu, kadang-kala mereka bertemu di pasar malam Bandar Baru Bangi atau di Tasik UKM. Mereka keluar bersama dengan rakan-rakan sekampus yang lain.

Memandangkan Seri dan Yazid menetap di kampus Rahim Kajai, jadi peluang berjumpa untuk berdiskusi amat mudah. Mereka bagai merpati dua sejoli di kampus Rahim Kajai. Siapa tidak kenal Seri dan Yazid, dua nama yang sudah sebati. Tapi sebenarnya antara Seri dan Yazid belum pernah terkeluar perkataan sayang atau cinta, masing-masing cuma berkawan dan rindu-rinduan bila tidak bertemu. Masing-masing tidak mahu meluahkan kata-kata kalimat insan berkasih-sayang itu kerana bimbang luahan perasaan itu akan menjarakkan hubungan mereka yang sudah rapat itu. Masa berlalu, semester bertukar ganti dan akhirnya mereka sama-sama meninggalkan UKM dengan segolong Ijazah Sarjanamuda.

Seri bersama keceriaannya pulang ke bumi Pahang. Masing-masing dengan haluan masing-masing. Setelah itu Seri ditawarkan untuk meneruskan pengajian di dalam bidang Teknologi Maklumat di UKM disamping mula melibatkan diri dengan aktiviti Rufaqa secara sukarela. Manakala Yazid ditawarkan kerja sebagai pembantu penyelidik di Fakulti Sain Sosial dan akhirnya sebagai tutor di Universiti Malaya. Mereka jarang-jarang berjumpa walaupun sering SMS untuk bertanya khabar. Enam bulan kemudian, Yazid mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana di sebuah universiti luar negara dengan bergaji penuh serta biasiswa di dalam bidang yang agak asing baginya iaitu Antropologi. Bidang yg berkaitan dengan budaya sesautu masyarakat

seterusnya ;

http://www.geocities.com/pakmalau2005/
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2006 03:13 AM | Show all posts
kak kemaskini kan ker novel ni ... bagi nampak cantik yeee ... kalau saya nak print ker or tunjuk kat kawan bleh dak ... ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2006 08:55 AM | Show all posts
Originally posted by Abuyazid at 10-7-2006 03:13 AM
kak kemaskini kan ker novel ni ... bagi nampak cantik yeee ... kalau saya nak print ker or tunjuk kat kawan bleh dak ... ?


boleh tak der masalah..hajat hati nak buat blog  dan masuk dalam pdf file bila dah dikemaskini dan dicantikkan nanti...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2006 05:16 PM | Show all posts
Sejuk di luar sana selepas hujan turun dengan lebatnya. Seri masih di pejabatnya sedang menaip dan memperkemaskan penulisan tesis kajiannya. Sejak akhir-akhir ini cuaca menjadi tidak menentu. Di waktu tengahari begitu panas, tetapi di petang hari pula, hujan tiba-tiba akan turun dengan lebatnya. Cuaca yang sebegini boleh menjejaskan tahap kesihatan seseorang itu.




Teringat dia kepada Yazid, yang pernah menceritakan kepadanya mengenai kehidupan beliau di luar negara sewaktu musim salji melanda. Yazid rupanya tidak sesuai dengan cuaca sejuk yang keterlaluan dan selalu beliau akan meghadapi masalah kesukaran untuk bernafas sewaktu cuaca terlalu sejuk terutamanya di awal pagi musim salji. Yazid bercerita kepadanya, "Kadang-kadang tu, Yazid ndak naik tangga 3, 4 langkahpun dah tak larat sebab semput", ceritanya pada Seri. Kasihan Seri mendengar cerita Yazid itu.

Ermm, dah lama aku tak pergi Gim, getus hati Seri. Tentu student yang selalu menjadi Personal Trainer di Gim tersebut tertanya-tanya mengapa aku sudah lama tidak datang melakukan exercise di sana, bisik hati Seri lagi. Apa ndak buat, sibuk sejak akhir-akhir ini menyebabkan aku tak berkesempatan ke situ, kata hati Seri lagi. Ermm, lepas penat dan berpeluh di gim, boleh pula bersauna secara percuma di situ, banyak kemudahan yang disediakan secara percuma kepada staf di universiiti tempat aku bekerja ni, maklumlah di sini ada Fakulti Sukan, tenaga pelatihpun ramai, untung aku jika dibandingkan dengan orang lain yang terpaksa membayar sejumlah wang untuk menjadi ahli di mana-mana pusat riadah dan senaman diluar.

Seri terkenang kehidupan penduduk dikampungnya. Mereka tidak perlu melakukan riadah seperti orang yang tinggal dibandar kerana kehidupan kampung yang aktif sudah cukup menjadi latihan riadah untuk mereka. Bekerja di kebun, menoreh getah, bersawah dan sebagainya menuntut tenaga empat kerat yang memerah peluh dan keringat. Seronok sebenarnya tinggal dikampung, jika di beri pilihan sebenarnya aku lebih suka tinggal di kampung, getus hati Seri. Aku tak betah hidup cara orang bandar, sebab aku ni konservatif sikit, bisik hati Seri lagi.




Ah panas pula bilik ni selepas black out tadi dan tak ada pula yang datang memperbaikinya, rungut Seri. Baiklah aku balik sahaja haripun sudah hampir senja. Setelah berkemas barang-barang, Seripun beredar dari biliknya.

[ Last edited by  serihartatie at 11-7-2006 05:19 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2006 10:27 PM | Show all posts
Semasa melalui bilik kawannya, Seri dipanggil oleh kawannya. Rupa-rupa kawannya bermaksud untuk memberikannya ikan terubuk masin Sarawak kerana baru-baru ini kawannya yang memang berasal dari Sarawak seperti juga kawan sebiliknya baru balik ke kampungnya di seberang sungai Sarawak. Kawannya bercerita rumahnya berdekatan sahaja dengan rumah Camelia penyayi dari Sarawak itu. Ah, malam ini bolehlah makan ikan terubuk goreng, ermm..tentu suaminya Aiman suka, getus hati Seri. Aiman memang suka ikan masin.




Seri teringat pada Sofea. Sofea ni kalau tak ada ayam masak merah, kuranglah dia berselera makan nasi. Oklah, malam ini masak ayam masak merah, goreng ikan masin dan goreng sayur campur, Seri merancang menu masakannya untuk malam itu. Dia memang suka merancang dan berfikir dahulu sebelum membuat apa-apa perkara walaupun cuma sekadar menu masakan.

Sebagai wanita berkerjaya, adalah satu keperluan melakukan perancangan teliti kerana ia melibatkan pengurusan masa yang berkesan. Jika tidak dilakukan sedemikian, tentu menjejaskan pengurusan masa dan menjadi masalah pula, getus hati Seri.Ramai yang hairan dengan sikapnya yang tenang dan ceria selalu itu kerana baginya tidak ada masalah yang besar jika masa diuruskan dengan berkesan.

Itu merupakan kemahiran akal, buat apa belajar tinggi-tinggi kalau kemahiran berfikir itu tidak digunakan dalam semua hal lebih-lebih lagi dalam urusan rumahtangga seperti memasak, berkemas dan sebagainya, kemahiran perancangan dan pengurusan masa itu perlu diamalkan dalam setiap aktiviti yang dilakukan barulah seimbang, getus hati Seri.


[ Last edited by  serihartatie at 17-7-2006 10:30 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2006 02:26 PM | Show all posts
Hari itu Seri balik lebih awal dari biasa ke rumah. Sofea pula masih berada dirumah pengasuhnya. Kesempatan yang terluang itu membenarkan Seri untuk berehat. Sedang dia berehat-rehat di atas sofa di ruang tamu rumahnya, dia teringat akan CD yang dipinjam dari kawannya di Fakulti semalam. Sebenarnya Seri bukanlah seorang yang suka melihat filem dari CD dan sebagainya jauh sekali memperuntukkan masa untuk menjejakkan kaki ke panggung wayang. Seingat dia, kali terakhir mungkin 10 tahun yang lalu dia pernah memasuki panggung wayang. Itupun kerana dipaksa oleh kakak dan abang iparnya kerana ketika itu dia mengikut mereka pergi membeli belah di pasaraya di bandar Kuantan.

Entah mengapa dek kerana cerita kawannya yang sungguh menarik mengenai jalan cerita drama itu, teringin pula dia menonton cerita tersebut. Kawannya berkata, drama itu sungguh menarik dan mengisahkan cerita mengenai cinta pertama yang sungguh menyayat hati. Tajuknya adalah Winter Sonata.




Yang membuat Seri tertarik untuk melihatnya kerana dia memang suka mendengar lagu tema drama itu dan  muzik instrumental yang digunakan untuk menyeri jalan ceritanya.Memang lagu dan muzik dalam drama itu membuatkan hatinya tersentuh walaupun pertama kali dia mendengarnya.


Irama dan lirik lagu di dalam drama itu begitu bersesuaian untuk menggambarkan perasaan insan yang pernah melalui cinta pertama, mungkin juga pencipta lagu tersebut sedang bercinta atau terkenang cinta pertamanya sewaktu dia mencipta lagu tersebut, getus hati Seri.

I never know it is so hard to love someone
Everytime I want to smile you let me cry
You make my everything go wrong
Everytime I think of you, all my defences give way
I tried hard to forget you, but I just cant forget
If I cant meet you again
I really hope to forget you,
To forget the entire you in my heart


Seri memasang CD tersebut dan mula menontonnya. Memang menarik drama tersebut dan permulaannya sungguh menceriakan. Kenakalan heroinnya seperti mengingatkan dirinya kembali kepada alam remaja yang pernah ditinggalkan dan kini menjadi kenangan terindah dalam hidupnya. Memang zaman remaja penuh keceriaan. Tertidur di dalam bas hingga terlepas perhentian, selalu lambat sampai ke sekolah, didenda guru, suka mengusik kawan, tetapi disebalik semua itu dia gadis remaja yang naif.

Tersenyum dia bila melihat heroin itu sedang menari-nari sewaktu mendengar lagu Dancing Queen dari kumpulan ABBA yang dipasangnya. Seri tergelak, dalam hatinya berkata, sebijik perangai aku bila dapat dengar lagu rancak tapi cuma berani buat-buat gila begitu bila tak de orang nampak aje .

Kebetulan Seri memang meminati  lagu itu kerana lagu itu memang sesuai untuk menggambarkan keceriaan seorang remaja. Yang lebih kelakar pada tanggapan Seri ialah apabila siheroin tersipu-sipu malu kerana tidak menyedari perbuatannya itu diperhatikan disebalik pintu oleh seorang kawan lelakinya yang merupakan hero di dalam drama itu. Kalau aku kena cam tu, merah padam juga muka aku agaknya, Seri tersenyum simpul.

Sepanjang petang itu Seri terleka menonton CD itu. Mungkin jalan ceritanya sedikit perlahan tetapi bagi Seri drama itu sungguh berseni dan halus pengkaryaannya. Ia berbeza dengan drama yang dihasilkan di Malaysia kerana drama itu bukan sekadar cerita cinta tetapi berupaya mengungkap falsafah melalui bait-bait skrip yang diucapkan oleh pelakon-pelakonnya. Ia bukan sekadar skrip kosong tetapi setiap ungkapan lirik itu diolah dengan begitu terperinci dan berseni. Memang drama ini berbeza dengan drama cinta yang lain kerana tidak ada unsur keterlaluan di dalam ceritanya malah terkawal dan bertapak dibumi nyata. Ia sebuah filem cinta yang jujur dan menceritakan mengenai sebuah cinta yang penuh keikhlasan dan sejati.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-7-2006 05:10 PM | Show all posts
Tengahari itu Seri berada di ofisnya, sewaktu beliau membuka emel yang sampai kepadanya, dia mendapat info mengenai satu seminar yang akan dijalankan di Kuala Terengganu pada bulan Ogos nanti. Seri terkenangkan kertaskerjanya yang sudah siap tetapi masih belum berkesempatan dibentangkan di mana-mana seminar kerana tidak ada seminar yang bersesuaian untuk dibentangkan. Ia merupakan satu kertaskerja yang berkaitan dengan bidang pengurusan sistem maklumat dari perspektif islam. Sebenarnya beliau cuba mengetengahkan minda Ustaz Ashaari Muhammad yang banyak memperkatakan isu mengenai ilmu dan hikmah dari perspektif Islam.




Dari pembacaan Seri semenjak dari kajiannya semasa melakukan penyelidikan di peringkat sarjana lagi, penyelidik-penyelidik barat dan timur seakan putus dan buntu idea bila membincangkan soal definisi WISDOM (hikmah) kerana mereka tidak dapat mengapai dengan akal apakah yang tersirat di sebalik definisi tersebut, dan tidak ada perbezaan yang tepat di dalam membezakan makna hikmah dengan pengetahuan.

Tetapi apabila membaca dan menghayati minda ustaz Ashaari Muhammad melalui buku-buku yang ditulis oleh beliau, sebenarnya Seri mendapati begitu mudah rupanya rahsia itu terurai dan ia disampaikan oleh ustaz Ashaari Muhammad dengan begitu meyakinkan. Cuma masalahnya, adakah ahli akademik yang mengamalkan budaya mendewakan sijil dan pengiktirafan akan menerima konsep yang dibawa dan dicernakan oleh ustaz Ashaari Muhammad itu yang tidak mempunyai susurgalur akademik formal yang meyakinkan itu?. Nampaknya aku mesti menggunakan strategi menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, dan tepung tidak berserak, ermm, apa nak buat hidup mesti pandai mengatur strategi, jika melulu dan semborono masakan mungkin tercapai misi dan matlamat, getus hati Seri. InsyaAllah, aku sudah nampak jalan bagaimana mengatur strategi tersebut, terimakasih Tuhan.

Sedang beliau membuka satu persatu emel yang sampai kepadanya, dia terperasan ada satu emel yang tidak dikenali pengirimnya. Lantas beliau membuka emel tersebut.

Ya Allah, maha besar Engkau Tuhan, rupa-rupanya emel dari Yazid.

Setelah sekian lama tidak mendapat apa-apa berita dari Yazid, akhirnya Tuhan membuka peluang beliau untuk mengetahui berita mengenai Yazid. Tuhan telah memakbulkan doanya yang tidak pernah putus mendoakan kesejahteraan Yazid walau dimana sekalipun dia berada.

Tidak dapat digambarkan bagaimana perasaannya apabila membaca satu persatu perkataan yang ditulis oleh Yazid kepadanya. Rupa-rupanya Yazid hanya kembali sebentar ke Malaysia sahaja, menyandang jawatan sebagai tutor dan kini kembali ke perantauan kerana menyambung pelajarannya di peringkat doktor falsafah. Yazid mengetahui emelnya sewaktu melayari maklumat staf di universiti tempat Seri bekerja. Sungguh Seri tidak menyangka, rupa-rupanya Yazid juga sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD seperti dirinya juga. Suatu kebetulan yang sungguh tidak terjangka.

Seri tidak tahu sama ada untuk rasa gembira atau rasa sedih dengan pertemuan di siber yang tidak terjangka itu.

Apakah implikasinya jika perhubungan disambung semula, adakah tega hatinya membendung rasa yang telah terbina sekian lama di dalam kenangan lama yang tersimpan kukuh dihatinya itu atau bolehkah dia dan Yazid melupakan semua itu dan menjadi kawan biasa sahaja?. Mampukah aku, tanya Seri kepada dirinya.


[ Last edited by  serihartatie at 26-7-2006 05:13 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2006 06:05 PM | Show all posts
Seri melihat ke luar jendela, panas mentari di waktu pagi semakin memijar dan menyebabkan dia terpaksa membuka kipas dengan lebih kuat lagi. Hari ini dia tidak ke pejabat kerana merasakan kesihatannya tidak begitu  baik mungkin kerana semalam sibuk membersihkan rumah baru yang akan didudukinya tidak lama lagi. Banyak debu dan kotoran yang terpaksa dibuang dan dibersihkan kerana rumah itu merupakan rumah baru.

Tercapai juga hasrat Seri untuk mempunyai sebuah rumah di persekitaran kampung yang berdekatan dengan pantai. Hanya kira-kira setengah jam perjalanan kereta sahaja dia dapat merasai suasana pantai yang selalu dirinduinya itu.  Walaupun pantainya tidak seindah pantai di negerinya tetapi itu sudah mencukupi buatnya kerana dia memang pernah berangan-angan untuk mempunyai sebuah rumah yang berhampiran dengan pantai.

Ya, aku ini selalu berangan, dan selalu berkongsi angan-angan dengan kawan-kawan, kadang-kadang aku juga terperasan, Tuhan memakbulkan angan-angan aku itu. Mungkin kerana aku berangan-angan dengan harapan yang optimistik agaknya, jadi Tuhan makbulkan doa aku itu, getus hati Seri.




Teringat Seri mengenai perbualannya dengan kawan rapatnya semasa di sekolah dulu yang sudah lama tidak dihubunginya, Nik yang kini sudah berumah tangga dan mempunyai anak. Kenakalan dia dan Nik di asrama memang sentiasa diingati dalam kenangan, sama-sama ponteng dan bersembunyi di asrama kerana malas untuk ke kelas menjadi satu memori yang tidak dapat dilupakan.





Itu semua gara-gara akulah yang mengajak Nik untuk ponteng kelas sebab tidak bersedia untuk menghadapi ujian bulanan Kimia, kesian Nik sebab akulah, bulan itu dia dapat nombor terakhir dalam kelas kerana purata markah tetap dibahagi dengan lapan walaupun cuma tujuh subjek yang mempunyai markah, aku pula sebab dapat cover dengan markah subjek yang lain tidaklah pula dapat nombor akhir, Seri terkenang muka moyok si Nik sewaktu itu.



Apa pun semua itu telah berlalu, dia dan Nik sama-sama mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM dan berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti cuma ditakdirkan Tuhan mereka melanjutkan pelajaran di universiti yang berlainan. Nik kini sudah menjawat jawatan sebagai pegawai pengurusan atasan di sebuah jabatan kerajaan yang bersesuaian dengan bidang pengajiannya  iaitu  remote sensing. Nik  hanya mengambil masa setahun sahaja untuk menghabiskan pengajian di peringkat sarjana di dalam bidang tersebut di Australia. Itu tidak menghairankan Seri kerana dia tahu Nik memang bijak cuma seperti dirinya kadang-kadang tidak serius dan lebih suka mengambil mudah banyak perkara.



[ Last edited by  serihartatie at 11-8-2006 09:12 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2006 10:19 PM | Show all posts
Seri terkenangkan Yazid. Sifatnya yang tidak fokus dan selalu bersikap ambil mudah itu berlainan dengan Yazid. Yazid seorang yang fokus dan teliti. Bila dia membuat sesuatu dia akan tumpukan sepenuh perhatian kepada perkara tersebut. Seri selalu dimarahi oleh Yazid kerana selalu tidak serius di dalam melakukan sesuatu perkara. Tetapi dia akan menjawab dengan menyatakan, Seri tak mahu jadi macam Yazid, yang  hanya mampu buat satu perkara sahaja dalam satu masa dan cepat keliru bila berada dalam situasi yang memerlukan penumpuan yang tidak sehala dan pelbagai.

Kerana itu dia tidak hairan dengan keputusan Yazid untuk berpisah dengannya kerana itulah sikap Yazid. Sebenarnya Yazid tidak sedar sikap yang seperti itu akan menyebabkan dia menjadi seseorang yang tidak kuat menerima tekanan dan akan menyebabkan dia akan menjadi seorang yang cepat buntu di dalam menyelesaikan sebarang permasalahan.

Lain dengan diri aku, kerana aku ini degil dan keras hati walaupun kadang-kadang aku berada dalam situasi yang orang lain akan menyerah kalah dan buntu untuk meneruskannya tetapi aku tetap akan memandang perkara itu sebagai satu cabaran yang perlu ditempuh walau sesukar manapun ia, kerana sebagai seorang Islam, aku perlu bersikap optimistik dan sentiasa berbaik sangka dengan Tuhan.




Bagaimanapun Yazid banyak membantu dirinya di dalam pelajaran kerana Yazid mengajarnya lebih serius dan fokus dan bila dia menjadi serius dan fokus, dengan itu dia mampu mendapat keputusan yang lebih cemerlang. Rupanya dalam hidup manusia itu dia mendapat kesempurnaan jika berurusan dengan sesuatu yang berbeza dengannya itulah hikmahnya Allah jadikan sesuatu makhluk itu berpasangan, lengkap melengkapi antara satu sama lain.

Yazid kini sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD seperti dirinya juga. Seri mengharapkan Yazid tabah menghadapi suasana pembelajaran PhD yang memerlukan ketahanan fizikal, mental dan spiritual itu. Dia sedikit runsing kerana mengetahui Yazid tidak begitu sesuai dengan suasana musim sejuk kerana dia menghidap penyakit asma dan tidak tahan dengan kedinginan yang keterlaluan.





Yazid pula keseorangan di sana kerana isterinya tidak mengikut dia bersama. Dia cuma dapat mendoakan kesejahteraan Yazid dari kejauhan ini. Doa dari seorang kawan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2006 11:28 AM | Show all posts
Seri membelek-belek majalah Anjung Seri yang menjadi bahan bacaannya di waktu lapang. Dia melihat dekorasi yang dipaparkan di dalam majalah tersebut sambil melakar dan mencari idea untuk menghiaskan rumah barunya. Dia sebenarnya cukup berminat dengan bidang hiasan dalaman dan mempunyai cita rasa sendiri sewaktu melakukan hiasan dalaman.

Aku tidak suka meniru bulat-bulat apa yang orang lain buat sebab bagi aku hiasan dalaman sesebuah rumah itu mesti mengikut keperibadian penghuninya, kesesuaian dan keselesaan itu yang penting.

Dia hairan dengan perangai sesetengah orang yang suka bermegah-megah dan suka bertanding antara satu sama lain untuk menunjukkan kemampuan masing-masing dari segi kemampuan mempunyai dan menghias kediaman. Tidak salah mempunyai rumah yang besar dan selesa tetapi konsep pemilikan kediaman itu perlulah dimantapkan secara spiritualnya, bukan untuk tujuan bermegah-megah tetapi untuk tujuan supaya orang Islam tidak dipandang merempat tetapi berwibawa dan menjadi tempat yang dapat membina dan menyuburkan suasana kekeluargaan dan masyarakat Islam yang harmoni.




Abuya Ashaari Muhammad sangat mengajar pengikutnya mengenai kebersihan dan kesucian itu bukan sahaja diperlukan dalam bentuk fizikal tetapi juga yang lebih penting adalah dari segi kerohaniannya. Bagaimanapun beliau menyatakan, aspek fizikal itu juga tetap penting kerana usaha menjaga kebersihan, keselesaan, keindahan dan kesucian secara fizikal itulah yang akan membawa ke arah kebersihan dan kesucian maknawi atau spiritualnya.  

Seri mengetahui bahawa orang rufaqa dilatih dan dididik untuk sangat menjaga kebersihan premis dan kediaman mereka dan mereka akan ditegur jika mengabaikan soal ini sehingga kebersihan tandaspun turut dipantau dan dijaga, begitu sekali Abuya Ashaari Muhammad menekankan soal kebersihan dan kesucian dalam tarbiahnya. Sebenarnya beliau secara peribadinya telah menunjukkan contoh pemimpin yang bukan hanya pandai bercakap dan mengarah tetapi terlebih dahulu melaksanakan dalam diri dan keluarganya sendiri seperti slogan yang selalu dilaung-laungkan sedikit waktu dahulu dalam kepimpinan kerajaan, kepimpinan melalui teladan.

Seri pernah mendengar komentar seorang tetamu yang menyatakan kekagumannya kepada kepimpinan Abuya Ashaari Muhammad kerana keindahan yang beliau dapat rasakan bukan sahaja dari tarbiah yang didengarnya dari Abuya Ashaari Muhammad tetapi ia lahir dan dapat dinikmati secara rohani dan fizikalnya sehingga terasa walaupun berada di dalam bilik mandi.

Teringat Seri mengenai pengalaman suaminya Aiman sewaktu berkunjung ke sebuah negara yang diiktiraf sebagai negara Islam iaitu Pakistan. Suaminya menyatakan betapalah pengotornya suasana di negara tersebut dan sungguh memalukan orang Islam sendiri di mata masyarakat bukan Islam. Seri juga pernah terbaca di dalam buku yang ditulis oleh Maryam Jameelah seorang perempuan Yahudi yang telah memeluk Islam dan tinggal di Pakistan bersama suaminya. Beliau menegur akan sikap orang Pakistan yang tidak mengikut kehendak dan tuntutan Islam yang sebenar yang sangat menekankan soal kebersihan dan kesucian contohnya kebiasaan orang Pakistan yang suka menyemburkan sireh di setiap permukaan dinding batu bata yang ada di persekitaran bandar atau habit mereka yang lebih memualkan iaitu kencing merata-rata.


Dia terlupa tajuk buku tersebut kerana buku tersebut dibelinya sewaktu dia masih bersekolah menengah rendah lagi. Mungkin masih tersimpan di rumah ibu bapanya di kampung buku tersebut.




Memang semenjak kecil lagi dia membiasakan diri untuk membaca buku-buku yang agak berat kandungannya dan tidak membiasakan diri dengan membaca majalah-majalah hiburan dan novel picisan kerana dia merasakan ia satu pembaziran masa, wang dan akal. Tidaklah pula sampai tidak mengambil tahu tetapi dia lebih meletakkan prioriti ke atas buku dan majalah yang lebih berinfo. Sekali sekala dia juga membaca majalah hiburan yang dibeli oleh kawan-kawannya.

Sekarang ini pun kalau ada orang yang bertanya kepadanya apa gosip terhangat di dalam dunia hiburan di Malaysia ketika ini, dengan senang sahaja dia dapat menjawabnya.

Apa susahnya, semua gosip sepanjang minggu boleh diakses dalam surat khabar perdana mingguan di Malaysia ini. Hebat sungguh surat khabar masa kini penuh dengan gosip, Seri tersenyum sendirian.


[ Last edited by  serihartatie at 21-8-2006 06:12 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 12:26 AM GMT+8 , Processed in 0.061766 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list