|
Dialog Shaikh & Sheir:Dalil Kepercayaan Kpd Imam 12 Berdasarkan Syiah
[Copy link]
|
|
Salam Selawat keatas Nabi Muhammad dan Ahlul Baitnya....
wahai saudar sheir'ali adakah anda sudah selesai mengemukan dalilnya? berilah petanda kerana kelihatan ayat terakhir seperti ada sambunganya.
Wassalam
sebenarnya ianya sudahpun memadai kalaulah tuan shaikh nak mengulas segala hujahan saya itu
saya baru saja dapat buku dailog sunnah syiah pinjam dr kawan sbb yg saya punya bagi pinjam kat kawan tak hantar2
saya nak melihat semula segala hujjah2 yg dikemukakan dlmnya utk saya membuat penolakan yg lebih detail lg terhadap hujjah tersebut
tapi dipersilakan dulu tuan shaikh supaya menolak balik segala yg tlh saya kemukakan
wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sheir'ali at 13-6-2006 12:26 PM
sebenarnya ianya sudahpun memadai kalaulah tuan shaikh nak mengulas segala hujahan saya itu
saya baru saja dapat buku dailog sunnah syiah pinjam dr kawan sbb yg saya punya bagi pinjam kat kawa ...
Salam selawat keatas Nabi Muhammad dan Ahlul Baitnya....
Pertama sekali saya ingin memberitahu motif berdialog ini kerana saya lihat sesi berdialog ini seperti sudah tersasar dari motif sebenar dan telah disalah anggap sesetengah bahawa ia hanyalah wujud dari sikap fanatik membela penghujahan sendiri. Saya ingin memaklumkan bahawa sesi berdialog diantara saya dan saudara sheir'ali ini bukanlah akhir nanti siapa kalah harus bertukar mazhab dan saling menghentam satu-sama lain, tetapi sesi berdia;og ini adalah untuk memberitahu apa SEBENARNYA PEGANGAN DIANTAR DUA MAZHAB YANG BESAR INI. memberi pendedahan kepada semua untuk menilai dan memahami apa yang dipercayai oleh kedua mazhab. Disampin itu juga untuk melatih diri berdialog dan mencernakan akal agar sihat. Dan tidak lupa juga sesi berdialog ini adalah salah satu usaha kita dalam mencari kebenaran. Mudah-mudahan cara ini dapat diredhai allah dan diminta agar diberi hidayahnya. ILLAHI!!
Saya harap dengan penerangan ini dapat sedikit-sebanyak menjelaskan odjektif sesi berdialog ini.
Wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
Ayat-ayat dan hadits-hadits yang disebutkan itu tidak jelas menunjukkan bahawa Sayyidina Ali r.a. dan keturunannya yang tertentu sahaja layak menjadi khalifah. Untuk menjadikan sesuatu sebagai akidah mestilah berdasarkan ayat-ayat dan hadits-hadits yang jelas dan terang maknanya (qat'iyyuddalaalah) dan mestilah hadits-hadits itu mutawatir (qat'iyyu ats-tsubut).
Salam Selawat keatas Nabi Muhammad dan ahlul Baitnya....
Nampaknya saudara ini seorang yang berilmu dan pandai berhujjah. Saudara juga seorang yang rajin membaca semua buku-buku dari karangan ulama'-ulama' shia. Saudara ini bukanlah sebarangan orang yang mempertahankan hujjah semata-mata dari nafsu tetapi saudara seorang yang berhujjah dari ilmu. Tentu juga saudara ini seorang yang berilmu kerana telah mengarang sebuah buku terhadap penentangan buku "Dialog Sunni Shi'ah", saya berharap agar saudara Sheir'ali dapat memberikan saya salinan dari lembaran buku itu, naluri saya ingin benar membacanya, tentunya ia sangat menarik.
Berbalik kepada pokoknya, setelah saya meneliti satu persatu penghujjahan dan dalil yang saudara kemukan, saya tidak mendapati satu pun dari dali penolakan hujjah saya datang dari hadis-hadis mutawatir (qat'iyyu ats-tsubut), sedang kan saudara mengatakan bahawa setiap penghujjahan atau dalil untuk menjadikan sesuatu akidah itu perlulah hadis yang mutawatir sahaja, tetapi dimana penerapan kata-kata saudara dalam penghujjahan saudara. Apa yang saudara kemukakan semua adalah dari penolakan akal sehaja tiada sokongan hadis. jadi disini kalau dikira dari soalan penghujjahan hadis boleh dikatakan hujjah saudara tidak diterima.
Sebenarnya di dalam berhujjah itu tidak semestinya memerlukan hadis yang mutawatir, hadis mutawatir itu didahului daripada hadis lainnya, jika terdapat perbezaan hadis maka hadis mutawatir akan diutamakan dan diterima daripada hadis lain. Disini lah peranannya hadis mutawatir dalam berhujjah, ia diutamakan dari hadis lainnya.
Natijahnya kini, jika saudara lihat kembali kitab-kitab hadis dari karangan Sunni seperti yang terkenal Sahih Bukhari dan Sahih Muslim, kita akan mendapat terlalu sedikit hadis-hadis dari riwayat ahlulbait. Di dalam sahih Muslim tidak sampai lima hadis yang diriwayat kan Imam ali yang telah dibuku dalam sahih muslim, manakala lebih teruk lagi tiada satu pun hadis diriwayatkan dari keturunannya seperti Imam Jaafar As-Shadiq dan sebagainya. Sedangkan hadis nabi yang MUTAWATIR iaitu hadis T-saqalain yang mengatakan "Aku tinggalkan padamu sesuatu yang jika engkau berpegang teguh kepadanya, engkau tidak akan sesat sepeninggalanku, yaitu Kitab Allah sebagai tali allah yang memanjang dari ke bumi dan ahlulbaitku. Kedua-duanya tidak akan pernah berpisah sehingga mendatangiku di telaga. Maka perhatikanlah bagaimana sikap kalian terhadap keduanya.?. Hadis ini boleh dirujuk Jami?l-Ushul karya ibnu Katsir, Juz 1, halaman 65, terbitan Mesir, Mu?am al-Kabir, karya ath-Thabrani, halaman 137, Misykal al-Mashabih juz 3 halaman 358, terbitan Damaskus. Diriwayatkan oleh Turmudzi dan Nasai dari Jabir, dan telah dikutip dari keduanya oleh al-Muttaqi al-Hindi dalam juz 1, kitab Kanzul Ummual, halaman 44, bab "berpegang teguh pada al-quran dan Sunnah". Diriwayatkan oleh Muslim lihat Riyadhush-shalihin, halaman 157. diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari Zaid Bin Tsabit lewat dua sanad yang shahih, pertama di halaman 182 dan yang kedua di halaman 189 juz V. Ianya disebutkan secara berturutan oleh al-Hakim dari Zayd ibn Arqam pada ms 109, Vol. 3, dari buku Al-Mustadrak. Pengarangnya menambah: "Hadith ini sahih menurut dari kedua Shaykhs yang tidak menyampaikannya sama sekali." Dia menyebutkannya dari punca yang lain dari Zayd ibn Arqam pada ms 533, Vol. 3, dari bukunya Al-Mustadrak, dengan menambah: "Hadith ini disampaikan oleh penyampai yang berkepercayaan, malahan mereka berdua (kedua Shaykhs) tidak menerbitkannya sendiri." Al-Thahbi telah memuatkannya di dalam bukunya Talkhis. Al-Tabrani telah memasukkannya, seperti yang dirujuk di dalam buku Nabhani', Al-Arba`in, dan di dalam buku Sayyti, Ihya'ul Mayyit. Kamu tahu yang sebanarnya khutba dia [sawas], tidak terhad kepada sebanyak ini, kerana tiada siapa yang menyampaikan sebanyak ini boleh mengatakan bahawa dia mendengarnya sendiri. Tetapi politik telah mengikat kebanyakkan lidah ahli tradisionalis [hadith] dan merantai pena kebanyakkan penulis. Walaupun dengan semua ini, setitik yang sedemikian dari lautan telah mencukupi; segala puji bagi Allah. Merujuk kepadanya pada penutup seksen 2, Bab 9, dari Al-Sawa`iq al-Muhriqa oleh Ibn Hajar, selepas 40 ahadith yang dirujuk pada seksen itu di muka surat 57.
Cukup baragkali sudah riwayat hadis ini, jika saudara mahu yang lebih detail silalah rujuk "Dialog Sunni Shia" dialog no.8 muka surat 33. disitu lebih banyak riwayat hadis yang telah dikemukan mengenai kemutawatir hadis ini. sekarang ini jika saudara mengenginkan hadis mengenai penerangan ayat al-quran yang telah saya kemukan sudikan sekiranya saudara menerima riwayat hadis dari ahlul Bait dari buku-buku mazhab lain. sedangkan ahlulBait adalah bersama alquran dan tinggalan harata paling berharga rasulallahS.A.W, jadi hadis riwayat ahlulBait bukanlah terbatas di dalam buku-buku sahih Muslim ataupun Sahih Bukhari tetapi disemua buku hadis lain yang dipercayai.
Wassalam. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pertama sekali saya ingin memberitahu motif berdialog ini kerana saya lihat sesi berdialog ini seperti sudah tersasar dari motif sebenar dan telah disalah anggap sesetengah bahawa ia hanyalah wujud dari sikap fanatik membela penghujahan sendiri. Saya ingin memaklumkan bahawa sesi berdialog diantara saya dan saudara sheir'ali ini bukanlah akhir nanti siapa kalah harus bertukar mazhab dan saling menghentam satu-sama lain, tetapi sesi berdia;og ini adalah untuk memberitahu apa SEBENARNYA PEGANGAN DIANTAR DUA MAZHAB YANG BESAR INI. memberi pendedahan kepada semua untuk menilai dan memahami apa yang dipercayai oleh kedua mazhab. Disampin itu juga untuk melatih diri berdialog dan mencernakan akal agar sihat. Dan tidak lupa juga sesi berdialog ini adalah salah satu usaha kita dalam mencari kebenaran. Mudah-mudahan cara ini dapat diredhai allah dan diminta agar diberi hidayahnya. ILLAHI!!
bagi saya bukan sekadar utk membela pegangan masing2 bahkan utk menegakkan kebenaran dan siapa yg tidak mampu menegakkan dalilnya mestilah mengakui bhw dia bukan berada diatas kebenaran dan membuang sifat fanatik dan ta'assub membabi buta.
dan dia harus menerima kebenaran
krn kita semua sentiasa mencari kebenaran serta tidak mahu terjerumus kelembah kesesatan sebagaimana doa kita kpd allah taalah
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ (8)
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. |
|
|
|
|
|
|
|
Nampaknya saudara ini seorang yang berilmu dan pandai berhujjah. Saudara juga seorang yang rajin membaca semua buku-buku dari karangan ulama'-ulama' shia. Saudara ini bukanlah sebarangan orang yang mempertahankan hujjah semata-mata dari nafsu tetapi saudara seorang yang berhujjah dari ilmu. Tentu juga saudara ini seorang yang berilmu kerana telah mengarang sebuah buku terhadap penentangan buku "Dialog Sunni Shi'ah", saya berharap agar saudara Sheir'ali dapat memberikan saya salinan dari lembaran buku itu, naluri saya ingin benar membacanya, tentunya ia sangat menarik.
saudara tak perlu menunggu dari saya buku penentangan terhadap dailog sunnah syiah
saudara hanya perlu melayari link ini
http://www.al-firdaus.com/al-murajaat/index.htm
atau kalaulah saudara boleh menguasai bahasa arab saudara boleh mencari kitab ini
الحجج الدامغات لنقض كتاب المراجعات
تأليف
أبو مريم بن محمد الأعظمي
دار الصديق للنشر والتوزيع وخدمات مواقع الانترنت
اليمن - صنعاء
الطبعة الثانية
1425هـ-2004م
sebanyak dua jilid |
|
|
|
|
|
|
|
Berbalik kepada pokoknya, setelah saya meneliti satu persatu penghujjahan dan dalil yang saudara kemukan, saya tidak mendapati satu pun dari dali penolakan hujjah saya datang dari hadis-hadis mutawatir (qat'iyyu ats-tsubut), sedang kan saudara mengatakan bahawa setiap penghujjahan atau dalil untuk menjadikan sesuatu akidah itu perlulah hadis yang mutawatir sahaja, tetapi dimana penerapan kata-kata saudara dalam penghujjahan saudara. Apa yang saudara kemukakan semua adalah dari penolakan akal sehaja tiada sokongan hadis. jadi disini kalau dikira dari soalan penghujjahan hadis boleh dikatakan hujjah saudara tidak diterima.
saya harap saudara dapat memahami dgn baik maksud apa yg tlh saya kemukakan sblm ini
saya bukannya mengemukakan hujjah utk dijadikan pegangan saya krn saudara blm pun mengemukakan persoalan kpd saya
saya akan menggunakan hujjah berdasarkan quran serta disokong hadis mutawatir bilamana saya mahu menguatkan pegangan saya..
jadi disini sepatutnya saudaralah yg mengemukakan sesuatu dalil yg qat'ie utk menguatkan hujjah saudara dlm kepercayaan saudara terhadap imam 12
saya hanya mengemukakan penolakan terhadap hujjah saudara dan saya mengemukakan persoalan kpd saudara dimanakah dgn jelas ayat2 yg dikemukakan oleh saudara menunjukkan kewajipan percaya kpd imam 12 krn ayat2 yg dikemukakan saudara semuanya tidak langsung membicarakan berkenaan imam 12
walaupun begitu dikemukakan juga dalil ilmiah utk menolak hujjah saudara dlm pendalilan saudara spt contohnya dlm menolak ayat tath-hir:
Sebelum itu untuk memantapkan fahaman para pembaca, berikut dikemukakan contoh sebuah ayat yang juga menggunakan perkataan (يريد) dan (التطهير). Ia adalah ayat berkenaan perintah wudhu?, firman Allah Subhanahu wa Ta?la:
Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu.
Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi berkehendak untuk membersihkan (طهر) kamu dan hendak menyempurnakan nikmat-Nya kepada kamu, supaya kamu bersyukur. [al-Maidah 5:06]
Perhatikan perenggan kedua ayat di atas. Seandainya Syi?h menafsirkan ayat 33 surah al-Ahzab sebagai menetapkan sifat maksum kepada Ahl al-Bait, maka dengan itu juga setiap orang beriman yang berwudhu? akan memiliki sifat maksum juga. Ini kerana kedua-dua ayat 33 surah al-Ahzab dan ayat kelima surah al-Maidah mengunakan istilah Tahara (طهر) yang bermaksud ?ersih? atau ?uci?.
....oleh itu bacalah dgn teliti wahai saudaraku |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnya di dalam berhujjah itu tidak semestinya memerlukan hadis yang mutawatir, hadis mutawatir itu didahului daripada hadis lainnya, jika terdapat perbezaan hadis maka hadis mutawatir akan diutamakan dan diterima daripada hadis lain. Disini lah peranannya hadis mutawatir dalam berhujjah, ia diutamakan dari hadis lainnya.
apakah maksud saudara disini....
mungkin maksud saudara disini ialah
1- didlm berhujjah (khususnya dlm perbincangan ini) dlm persoalan aqidah tidak memerlukan hadis mutawatir, hadis yg tidak sampai peringkat mutawatir pun tidak mengapa
2- hadis yg tidak sampai peringkat mutawatir pun tidak mengapa utk dijadikan hujjah dlm aqidah
3- bilamana hadis yg tidak sampai peringkat mutawatir itu bercanggah dgn hadis mutawatir barulah digunakan hadis mutawatir dlm berhujjah
kalau beginilah maksudnya....
boleh saudara kemukakan qa'idah atau usul mana yg saudara gunakan???
atau apakah maksud saudara |
|
|
|
|
|
|
|
Sedangkan hadis nabi yang MUTAWATIR iaitu hadis T-saqalain yang mengatakan "Aku tinggalkan padamu sesuatu yang jika engkau berpegang teguh kepadanya, engkau tidak akan sesat sepeninggalanku, yaitu Kitab Allah sebagai tali allah yang memanjang dari ke bumi dan ahlulbaitku. Kedua-duanya tidak akan pernah berpisah sehingga mendatangiku di telaga. Maka perhatikanlah bagaimana sikap kalian terhadap keduanya.?. Hadis ini boleh dirujuk Jami?l-Ushul karya ibnu Katsir, Juz 1, halaman 65, terbitan Mesir, Mu?am al-Kabir, karya ath-Thabrani, halaman 137, Misykal al-Mashabih juz 3 halaman 358, terbitan Damaskus. Diriwayatkan oleh Tur
berkenaan hadis tsaqalain ambillah apa yang dikemukakan ini
Hadits-hadits yang dijadikan oleh mereka sebagai pegangan mereka di dalam hal Imamah para Imam dua belas itu ialah hadits Tsaqalain. Diantaranya yang diriwayatkan oleh Tarmidzi dari Jabir bin Abdillah, katanya; "Aku melihat Rasulullah s.a.w. di dalam hajinya pada hari Arafah ketika Baginda berada di atas untanya Qaswa berucap, rnaka aku mendengar Baginda bersabda, ?ahai manusia, sesungguhnya aku meninggalkan pada kamu sesuatu yang jika kamu berpegang dengannya sekali-kali kamu tidak akan sesat, iaitu kitab Allah dan Itrahku (Ahlul Bait)?.
Golongan Syiah mendakwa bahawa hadits Tsaqalain ini sampai ke peringkat mutawatir. Hadits ini diriwayatkan oleh Syiah dan juga oleh tokoh-tokoh Ahli Sunnah. Mereka mengatakan Ahli Sunnah sengaja mengenepikan hadits ini walaupun ianya tersebut di dalam kitab-kitab mereka. Padahal kedudukan hadits ini tidaklah sampai ke peringkat mutawatir walaupun banyak jalan-jalan riwayatnya tetapi kesemuanya adalah tidak sahih kecuali tiga sahaja daripadanya menurut riwayat Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Itupun jika dipandang kepada sudut riwayalnya. Jika dipandang dari sudut dirayahnya pula hadits ini tidaklah jelas menunjukkan bahawa para Imam dua belas itu semestinya menjadi Imam sepeninggalan Rasulullah s.a.w dan Ahlul Bait yang disebutkan didalam riwayat-riwayat hadits Tsaqalain di kalangan Ahli Sunnah ialah keluarga Ali, keluarga Aqil, keluarga Jaafar dan keluarga Abbas. Adakah Syiah rnenganggap kesemua anak cucu mereka ini yang termasuk dalam kata "keluarga" semestinya menjadi Imam atau layak rnenjadi Imam kesemuanya? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Adapun Tsaqalain menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah "Al-Qur?n dan As-Sunnah" bukannya "AI-Qur'an dan Itrah". Kefahaman ini bersesuaian dengan banyak contoh ayat-ayat Al-Qur'an yang memerintahkan supaya mereka patuh kepada Allah dan RasulNya. Perintah ini disebutkan sebanyak dua belas kali dengan lafaz perintah di dalam Al-Qur'an. Banyak pula hadits-hadits Rasulullah s.a.w. yang menyebutkan bahawa apa yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w. ialah kitab Allah dan Sunnah NabiNya. Umpamanya yang diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Abbas bahawa Rasullulah s.a.w. berucap dihadapan orang ramai pada haji wida'nya. Baginda bersabda, "Wahai manusia! Sesungguhnya aku tinggalkan pada kamu sesuatu yang jika kamu berpegang teguh dengannya tidaklah sekali-kali sampai bila-bila pun kamu akan sesat iaitu kitab Allah dan Sunnah NabiNya."
Hadits-hadits yang menunjukkan bahawa dua perkara yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. itu ialah Al-Qurfan dan As-Sunnah sangatlah banyak dan sanadnya adalah kuat.
Di dalani kitab-kitab Ahli Sunnah Wal Jamaah sanad riwayat hadits Tsaqalain yang paling sahih ialah yang dikemukakan oleh Muslirn di dalam Sahihnya, Imam Ahmad didalam Musnadnya dan Imam Darimiy di dalam Sunannya. Tetapi pada hakikatnya ketiga-tiga riwayat ini adalah satu kerana di dalam Musnad Ahmad lafaz riwayat itu tepat seperti apa yang telah tersebut di dalam Sahih Muslim kecuali kalau ada perbezaan pun hanya pada sepatah dua perkataan sahaja. Sementara di dalam Musnad Darimiy pula riwayat itu diringkaskan. Tetapi dari sudut dirayahnya ia tidak menunjukkan bahawa Ahlul Bait itu juga mesti dipegangi dan dijadikan sandaran mutlak sebagaimana Al-Qur'an malah perawinya Zaid bin Arqam telah meninggalkan beberapa banyak ucapan Rasuluilah s.a.w. selepas menyebutkan kitab Allah dan kemudian setelah itu barulah Baginda mengingatkan para hadirin sekelian tentang Ahlil Baitnya. Selain dari itu Zaid bin Arqam sendiri rnengakui bahawa beliau telah banyak lupa apa yang pernah beliau ingat dari Rasulullah s.a.w. dahulu, Beliau hanya mengemukakan mana yang masih tersimpan di dalam ingatannya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Untuk lebih jelas perlulah diperhatikan kepada riwayat Muslim itu sendiri dengan sepenuhnya. Riwayat itu berbunyi; Yazid bin Hayyan berkata, ?ku pergi untuk menemui Zaid bin Arqam bersama Hushain bin Sabrah dan Umar bin Muslim. Setelah kami duduk di hadapanya; Hushain berkata kepada beliau, ?esungguhnya engkau telah mendapat kebaikan yang sangat banyak wahai Zaid. Engkau telah melihat Rasulullah s.a.w. dan mendengar haditsnya. Engkau telah berperang bersamanya dan bersembahyang di belakangnya. Sesungguhnya engkau telah mendapat kebaikan yang banyak, wahai Zaid. (Oleh itu) Ceritakanlah kepada kami wahai Zaid apa yang engkau telah dengar dari Rasullulah s.a.w." Zaid berkata, " Wahai anakku, demi Allah sesungguhnya umurku telah tua dan peristiwaku bersama Rasulullah s.a.w. telahpun lama berlalu. Aku telah lupa sebahagian dari apa yang pernah aku ingat dari Rasulullah s.a.w.. Apa yang aku ceritakan kepada kamu, terimalah dia. Apa yang tidak kuceritakan janganlah pula kamu menekan aku supaya aku menceritakannya."
Kemudian beliau berkata, ?ada suatu hari Rasulullah s.a.w. bangun berucap di hadapan kami di suatu danau yang dipanggil Khum yang terletak di antara Mekah dan Madinah. Baginda memuji dan menyanjung Allah, Baginda memberi nasihat dan mengingatkan dan kemudian Baginda bersabda, " Adapun kemudian daripada itu ketahuilah wahai manusia; Scsungguhnya aku adalah manusia. Tidak lama lagi akan datang kcpadaku Utusan (Malakul Maut) dari Tuhanku dan aku akan menerima kedatangannya. Aku akan meninggalkan pada karnu dua perkara yang sangat berat (sangat bernilai). Pertama, Kitab Allah yang di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya. Ambillah Kitab Allah itu dan berpegang teguhlah dengannya. (Kemudian Zaid b. Arqam berkata) Maka Baginda menggalakkan dan menggemarkan para hadirin supaya berpegang teguh dengan Kitab Allah. Kemudian Baginda bersabda, " Dan Ahli Baitku. Aku mengingatkan kamu kepada Allah tentang Ahli Baitku. Aku mengingatkin kamu kepada Allah tentang Ahli Baitku. Aku mengingatkan kamu kepada Allah tentang Ahli Baitku. " Setelah itu Hushain pun berkata kepadanya, " Siapakah Ahli Bait Baginda wahai Zaid? Bukankah isteri-isteri Baginda dari Ahli Baitnya? Zaid bin Aqram menjawab ?steri-isteri baginda memanglah dari ahli bait baginda tetapi ahli bait Baginda (yang dimaksudkan disini) ialah orang yang haram menerima sedekah selepas baginda? Hushain bertanya lagi ?iapakah mereka?? Zaid bin Arqam menjawab ? Mereka ialah keluarga Ali, keluarga Aqil, kcluarga Ja'far dan keluarga Abbas". Hushain bertanya, " semua mereka yang tersebut haram menerima sedekah?" Zaid menjawab, "Ya". (Shahih Muslim-j.15, hal. 179, 180; Bab Fadhaail Ali)
Apa yang dapat difaham dari riwayat ini ialah Baginda berpesan supaya Ahli Baitnya dilayani dengan baik, dihormati dan dikasihi sepeninggalan Baginda. Di dalam riwayat ini juga terdapat beberapa bukti yang menunjukkan bahawa tsaqal yang kedua bukannya Ahlul Bait tetapi sesuatu yang lain. :
Bukti pertama; Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. menyebutkan Tsaqalain, Baginda menyebutkan "Yang pertama" ialah kitab Allah. Perkataan yang pertama menunjukkan ada pula "Yang kedua" tetapi tidak tersebutnya perkataan "Yang kedua" sebelum perkataan Ahlul Bait, menunjukkan yang kedua itu bukannya Ahlul Bait tetapi sesuatu yang lain.
Bukti kedua; Selepas menyebut Tsaqalain Baginda menyebut "Kitab Allah11 dan untuk menyatakan kepentingan dan kcdudukannya yang tinggi Baginda menycbutkan beberapa sifatnya. Di antaranya;
i) Di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya
ii) Perintah Baginda supaya berpegang kepada Al-
Quraan.
iii) Perintah baginda supaya bcrpegang teguh dcngannya
iv) Galakan Baginda supaya beramal mengikut ajarannya
v) Baginda menggemarkan supaya manusia berpegang dengannya
Tetapi selcpas mcnyebut Ahlul bait tidak langsung
disebutkan kepentingan dan keperluan berpcgang tcguh
dengannya sebagaimana yang telah di sebutkan selepas kitab
Allah. la menunjukkan bahawa tsaqal yang kedua bukannya
Ahlul Bait, tctapi sesuatu yang lain.
Bukti ketiga; Penggunaan perkataan (thumma) selepas disebut kitab Allah dan perintah supaya berpegang teguh dengannya. Perkataan (thumma) memberi erti "tarakhi" yakni lama selepas disebutkan kandungan pertama baru disebutkan kandungan kedua. Ertinya kandungan kedua tidak langsung atau terus disebutkan selepas kandungan pertama. Kalau yang dimaksudkan tsaqal yang kedua itu Ahlul Bait tentu tidak sesuai digunakan perkataan (thumma) sebelumnya.
Bukti ini menunjukkan bahawa tsaqal yang kedua bukannya Ahlul Bait, bahkan sebagaimana yang dipegang oleh ulama Ahli Sunnah dan juga Syiah ialah Sunnah Nabi s.a.w. yang tidak disebutkan di dalam riwayat ini dengan tujuan untuk meringkaskan riwayat.
Sekali lagi kita tegaskan bahawa tujuan Rasulullah s.a.w mengingatkan para hadirin kepada Allah tentang Ahli Baitnya sepeninggalan baginda bukanlah kerana Ahlul Bait itu menjadi tempat rujukan dan pegangan yang dimestikan mcreka merujuk dan berpegang seperti Al-Qur'an, malah tujuan Baginda ialah untuk mengingatkan umat kemudian tentang fitnah yang banyak akan berlaku berhubung dengan Ahli Baitnya. Ini jelas terbukti melalui kata-kata Sayyidina Ali r,a. sendiri bahawa," Dua golongan binasa keranaku, pertama yang terlampau sayang kepadaku dan kedua yang terlampau benci?. (Kanzu Al-Ummal j. 11, hal 324)
Dan perkara ini dapat dilihat pada golongan syiah dan khawarij.
Sebelum ini kita telah menyebutkan bahawa banyak terdapat didalam riwayat-riwayat Syiah tentang dua perkara yang mesti dirujuk dan di pegangi, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah seperti yang difaham oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah. Diantaranya:
1: Ucapan Sayyidina Ali r.a. yang tersebut didalam nahju Al-Balaghah berhubung dengan firman Allah s.w.t. di dalam surah An-Nisa? ayat 59 yang bermaksud ?emudian jika kamu berselisih pendapat dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya (merujuk) kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya? Kata beliau: maksud ?engembalikan kepada Rasulnya? ialah kita beramal mengikut sunnahnya?. (Nahjul Balaghah j. 1 hal 240)
2: Diriwayatkan dari Hisyam bin Al-Hakam bahawa beliau mendengar Abu Abdillah (Jaa?ar As-Sadiq) berkata ?angan kamu terima sesuatu hadis yang dihubungkan kepada kami kecuali mana yang bersesuaian dengan Al-Quran dan As-Sunnah?. (Tanqihu Al-Maqal ? Maqaani j. 1 hal. 174, j.3 hal. 236)
3: Abu Abdillah (Jaa?ar As-Sadiq) berkata ?esiapa yang menyalahi kitab Allah dan Sunnah Muhammad s.a.w. bererti ia telah kafir?. (Usul Kafi j. 1 hal 70)
6 وبهذا الاسناد، عن ابن أبي عمير، عن بعض أصحابه قال: سمعت أبا عبدالله عليه السلام يقول: من خالف كتاب الله وسنة محمد صلى الله عليه وآله فقد كفر.
http://al-shia.com/html/ara/books/al-kafi-1/24.html
dan utk hadis2 berdasarkan kitab syiah al-kafi yg menekankan supaya berpegang kpd sunnah rasulullah s.a.w. boleh merujuk link ini
http://al-shia.com/html/ara/books/al-kafi-1/24.html
http://al-shia.com/html/ara/books/al-kafi-1/23.html
http://al-shia.com/html/ara/books/al-kafi-1/22.html
lihatlah betapa byknya hadis2 dr imam2 ahlil bait berdasarkan kitab2 syiah sendiri yg menyeru supaya berpegang kpd quran dan sunnah |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Natijahnya kini, jika saudara lihat kembali kitab-kitab hadis dari karangan Sunni seperti yang terkenal Sahih Bukhari dan Sahih Muslim, kita akan mendapat terlalu sedikit hadis-hadis dari riwayat ahlulbait. Di dalam sahih Muslim tidak sampai lima hadis yang diriwayat kan Imam ali yang telah dibuku dalam sahih muslim, manakala lebih teruk lagi tiada satu pun hadis diriwayatkan dari keturunannya seperti Imam Jaafar As-Shadiq dan sebagainya.
saudara sebenarnya (minta maaf) jahil ttg kitab2 aswj...
satu contoh sahaja saya ingin kemukakan kpd saudara
IMAM MUHAMMAD BIN MUHAMMAD AL-BAQIRI AL-BARI
telah menghimpunkan sebanyak lebih seribu enam ratus hadis riwayat ahlul bait terutamanya sayyidina ali r.a.
beliau menghimpunkan hadis2 tersebut drpd lebih 80 kitab2 hadis aswj termasuk sunan sittah
kitab beliau bernama
من رشحات الأحاديث المسمى نور مبين عن روايات الطيبين
yang dikenali dengan مسند اهل البيت
(hadis2 berdasarkan sanad ahlil bait)
berkenaan dengan riwayat sayyidina ali r.a. dlm sahih muslim.....
saya sempat meneliti tidak sampai separuh sahih muslim pg ini dan saya temui lebih dr sepuluh riwayat sayyidina ali r.a. yg dikemukakan oleh imam muslim serta lebih dr lima riwayat hadis yg dlm sanadnya melalui jalan jaa'far as-sadiq serta muhammad al-baqir..
oleh itu saya berpesan kpd saudara shaikh berhati2 serta jangan terburu dlm melemparkan tuduhan terhadap aswj terutamanya imam2 aswj
ini belum dilihat lagi riwayat dr sayyidina ali r.a. dlm bab manaqib abu bakar dan umar r.a. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
antara riwayat2 tersebut....riwayat sayyidina ali r.a.
باب تغليظ الكذب على رسول الله صلى الله عليه وسلم
- (1) وحدثنا أبو بكر بن أبي شيبة. حدثنا غندر، عن شعبة. ح وحدثنا محمد بن المثنى وابن بشار. قالا: حدثنا محمد بن جعفر. حدثنا شعبة، عن منصور، عن ربعي بن حراش؛ أنه سمع عليا رضي الله عنه يخطب. قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "لا تكذبوا علي فإنه من يكذب علي يلج النار".
) باب الدليل على أن حب الأنصار وعلى رضي الله عنهم من الإيمان وعلاماته. وبغضهم من علامات النفاق
131) حدثنا أبو بكر بن أبي شيبة. حدثنا وكيع وأبو معاوية، عن الأعمش. ح وحدثنا يحيى بن يحيى (واللفظ له) أخبرنا أبو معاوية، عن الأعمش، عن عدي بن ثابت، عن زر، قال: قال علي: والذي فلق الحبة وبرأ النسمة! إنه لعهد النبي الأمي صلى الله عليه وسلم إلى "أن لا يحبني إلا مؤمن، ولا يبغضني إلا منافق".
) باب المذي
(303) حدثنا أبو بكر بن أبي شيبة. حدثنا وكيع وأبو معاوية وهشيم عن الأعمش، عن منذر بن يعلى (ويكنى أبا يعلى) عن ابن الحنفية، عن علي؛ قال:
كنت رجلا مذاء وكنت أستحيي أن أسأل النبي صلى الله عليه وسلم. لمكان ابنته. فأمرت المقداد بن الأسود. فسأله فقال "يغسل ذكره. ويتوضأ".
باب النهي عن قراءة القرآن في الركوع والسجود
- (480) حدثني أبو الطاهر وحرملة قالا: أخبرنا ابن وهب عن يونس، عن ابن شهاب؛ قال: حدثني إبراهيم بن عبدالله بن حنين؛ أن أباه حدثه؛ أنه سمع علي بن أبي طالب قال:
نهاني رسول الله صلى الله عليه وسلم أن اقرأ راكعا أو ساجدا.
باب التغليظ في تفويت صلاة العصر
(627) وحدثنا أبو بكر بن أبي شيبة. حدثنا أبو أسامة عن هشام، عن محمد، عن عبيدة، عن علي؛ قال: لما كان يوم الأحزاب قال رسول الله صلى الله عليه وسلم "ملأ الله قبورهم وبيوتهم نارا. كما حبسونا وشغلونا عن الصلاة الوسطى. حتى غابت الشمس". |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
باب الدعاء في صلاة الليل وقيامه
(771) حدثنا محمد بن أبي بكر المقدمي. حدثنا يوسف الماجشون. حدثني أبي عن عبدالرحمن الأعرج، عن عبيدالله ابن أبي رافع، عن علي بن أبي طالب، عن رسول الله صلى الله عليه وسلم؛ أنه كان إذا قام إلى الصلاة قال:
"وجهت وجهي للذي فطر السماوات والأرض حنيفا وما أنا من المشركين. إن صلاتي ونسكي ومحياي ومماتي لله رب العالمين لا شريك له وبذلك أمرت وأنا من المسلمين. اللهم! أنت الملك لا إله إلا أنت. واهدني لأحسن الأخلاق. لا يهدي لأحسنها إلا أنت. واصرف عني سيئها. لا يصرف عني سيئها إلا أنت. لبيك! وسعديك! والخير كله في يديك.
) باب ما روي فيمن نام الليل أجمع حتى أصبح
(775) وحدثنا قتيبة بن سعيد. حدثنا ليث عن عقيل، عن الزهري، عن علي بن حسين؛ أن الحسين بن علي حدثه عن علي بن أبي طالب؛ أن النبي صلى الله عليه وسلم طرقه وفاطمة. فقال:
"ألا تصلون؟" فقلت: يا رسول الله! إنما أنفسنا بيد الله. فإذا شاء أن يبعثنا بعثنا. فانصرف رسول الله صلى الله عليه وسلم حين قلت له ذلك. ثم سمعته وهو مدبر. يضرب فخذه ويقول "وكان الإنسان أكثر شيء جدلا". |
|
|
|
|
|
|
|
باب نسخ القيام للجنازة
(962) وحدثنا قتيبة بن سعيد. حدثنا ليث. ح وحدثنا محمد بن رمح بن المهاجر (واللفظ له) حدثنا الليث عن يحيى بن سعيد، عن واقد بن عمرو بن سعد بن معاذ ؛ أنه قال:
رآني نافع بن جبير، ونحن في جنازة، قائما. وقد جلس ينتظر أن توضع الجنازة. فقال لي: ما يقيمك ؟ فقلت: أنتظر أن توضع الجنازة. لما يحدث أبو سعيد الخدري. فقال نافع: فإن مسعود بن الحكم حدثني عن علي بن أبي طالب ؛ أنه قال: قام رسول الله صلى الله عليه وسلم. ثم قعد.
باب في الصدقة بلحوم الهدي وجلودهم وجلالها
(1317) حدثنا يحيى بن يحيى. أخبرنا أبو خيثمة عن عبدالكريم، عن مجاهد، عن عبدالرحمن بن أبي ليلى، عن علي. قال:
أمرني رسول الله صلى الله عليه وسلم أن أقوم على بدنه. وأن أتصدق بلحمها وجلودها وأجلتها. وأن لا أعطي الجزار منها. قال "نحن نعطيه من عندنا".
نكاح المتعة وبيان أنه أبيح ثم نسخ، ثم أبيح ثم نسخ، واستقر تحريمه إلى يوم القيامة
(1407) حدثنا يحيى بن يحيى. قال: قرأت على مالك عن ابن شهاب، عن عبدالله والحسن ابني محمد بن علي، عن أبيهما عن علي بن أبي طالب ؛ أن رسول الله صلى الله عليه وسلم نهى، عن متعة النساء، يوم خيبر. وعن أكل لحوم الحمر الإنسية. |
|
|
|
|
|
|
|
riwayat jaa'far as-sadiq dan muhammad al-baqir dlm muslim....saya bawakan sebahagiannya
باب صلاة الجمعة حين تزول الشمس.
(858) وحدثنا أبو بكر بن أبي شيبة وإسحاق بن إبراهيم. قال أبو بكر: حدثنا يحيى بن آدم. حدثنا حسن بن عياش عن جعفر بن محمد، عن أبيه، عن جابر بن عبدالله ؛ قال: كنا نصلي مع رسول الله صلى الله عليه وسلم. ثم نرجع فنريح نواضحنا. قال حسن فقلت لجعفر: في أي ساعة تلك ؟ قال: زوال الشمس.
) باب تخفيف الصلاة والخطبة.
- (867) وحدثني محمد بن المثنى. حدثنا عبدالوهاب بن عبدالمجيد عن جعفر بن محمد، عن أبيه عن جابر بن عبدالله ؛ قال: كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا خطب احمرت عيناه، وعلا صوته واشتد غضبه. حتى كأنه منذر جيش، يقول: صبحكم ومساكم. ويقول. "بعثت أنا والساعة كهاتين". ويقرن بين أصبعيها لسبابة والوسطى. ويقول: "
باب التعوذ عند رؤية الريح والغيم، والفرح بالمطر.
(899) حدثنا عبدالله بن مسلمة بن قعنب. حدثنا سليمان (يعني ابن بلال) عن جعفر (وهو ابن محمد) عن عطاء بن أبي رباح أنه سمع عائشة زوج النبي صلى الله عليه وسلم تقول:كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا كان يوم الريح والغيم، عرف ذلك في".
باب جواز الصوم والفطر في شهر رمضان للمسافر في غير معصية
(1114) حدثني محمد بن المثنى. حدثنا عبدالوهاب (يعني ابن عبدالمجيد) حدثنا جعفر عن أبيه، عن جابر بن عبدالله رضي الله عنهما ؛ أن رسول الله صلى الله عليه وسلم خرج عام الفتح إلى مكة في رمضان. فصام حتى بلغ كراع الغميم. فصام الناس. |
|
|
|
|
|
|
|
sambungan sebahagian riwayat jaa'far as-sadiq dan muhammad al-baqir dlm muslim
باب إحرام النفساء، واستجاب اغتسالها للإحرام، وكذا الحائض
(1210) حدثنا أبو غسان محمد بن عمرو. حدثنا جرير بن عبدالحميد عن يحيى بن سعيد، عن جعفر بن محمد ، عن أبيه، عن جابر بن عبدالله رضي الله عنهما. في حديث أسماء بنت عميس، حين نفست بذى الحليفة ؛ أن رسول الله صلى الله عليه وسلم أمر أبا بكر رضي الله عنه، فأمرها أن تغتسل وتهل.
باب حجة النبي صلى الله عليه وسلم
(1218) حدثنا أبو بكر بن أبي شيبة وإسحاق بن إبراهيم. جميعا عن حاتم. قال أبو بكر: حدثنا حاتم بن إسماعيل المدني عن جعفر بن محمد، عن أبيه. قال: دخلنا على جابر بن عبدالله. فسأل عن القوم حتى انتهى إلي. فقلت: أنا محمد بن علي بن حسين. فأهوى بيده إلى رأسي فنزع زري الأعلى. ثم نزع
باب ما جاء أن عرفة كلها موقف
(1218) حدثنا عمر بن حفص بن غياث. حدثنا أبي عن جعفر. حدثني أبي عن جابر في حديثه ذلك: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال "نحرت ههنا. ومنى كلها منحر. فانحروا في رحالكم. ووقفت ههنا. وعرفة كلها موقف ووقفت ههنا. وجمع كلها موقف ".
باب استحباب الرمل في الطواف العمرة، وفي الطواف الأول من الحج
(1263) وحدثنا عبدالله بن مسلمة بن قعنب. حدثنا مالك. ح وحدثنا يحيى بن يحيى (واللفظ له) قال: قرأت على مالك عن جعفر بن محمد، عن أبيه، عن جابر بن عبدالله رضي الله عنهما ؛ أنه قال: رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم رمل من الحجر الأسود حتى انتهى إليه. ثلاثة أطواف. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
maaf andaikata terlalu panjang post saya....
contoh2 hadis yg dikemukakan bukannya utk dibaca semuanya cuma sebagai bukti apa yg terdapat dlm muslim dan stgh hadis saya bawakan sepotong sj dan saudara boleh mencarinya dlm muslim krn saya kemukakan bersama bab dan no hadis
cuba perhatikan riwayat2 yg dlm sanadnya melalui jalan jaa'far as-sadiq dan muhammad al-baqir
kalau nak cari riwayat jaafar dan ayahnya muhammad langsung dr rasulullah s.a.w memanglah tak ada krn mereka berdua tak sempat dgn zaman rasulullah s.a.w.
aswj tidak menerima riwayat yg bersanad berdasarkan mimpi atau yaqazah semata
kalau nak tahu berkenaan isnad bacalah kitab mustalah hadis
dan sekali lagi saya berpesan kpd saudara shaikh:
BERHATI2 DAN JANGAN TERBURU2 DLM MENUDUH ASWJ TERUTAMANYA ULAMAK2 ASWJ |
|
|
|
|
|
|
|
soalan saya terhadap shaikh telahpun dikemukakan berkenaan pegangan syiah
dan jawapan ttgnya belum mencukupi lagi
diharap shaikh dapat memberikan jawapan yg lebih kemas supaya tidak dapat dipertikaikan lagi
dan satu perkara lagi apakah shaikh tidak mahu mengemukakan persoalan berkenaan aqidah aswj utk sama kita menyelesaikan kecelaruan dikalangan kitai |
|
|
|
|
|
|
|
Salam Selawat keatas nabi Muhammad dan Ahlul Baitnya.....
Wahai saudara sheir'Ali, disini saya ingin meminta maaf kerana saya akan ke KL selama 1 minggu, saya harap saudara dapat sabar. Saya memberitahu ini, takut barangkali disalah fahami ketidak balasan saya terhadap dialog ini. Saya harap saudara sheir'Ali dapat memahami kondisi saya. Saya akan kembali.
Wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
insyaallah kita akan bertemu kembali |
|
|
|
|
|
|
| |
|