CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Abuyazid

GLOBAL MINDA : Apabila Tuhan Dipisahkan Dari Zaman Kanak-Kanak

[Copy link]
Post time 28-6-2006 04:37 PM | Show all posts
Originally posted by kuman at 28-6-2006 03:38 PM


Sekadar peringatan,
Jangan sampai cinta pada Mujaddid melebihi dari cinta kepada Allah dan Rasul serta berjihad dijalannya.

"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)." (At-Taubah 9:24)



ayat ni mengenangkan diri saya .. adakah saya telah benar-benar meninggalkan harta dunia, meninggalkan segala² untuk bersama berjuang untuk menperkenalkan Tuhan dan RasulNya pada seluruh dunia ini... memperbaiki pandangan masyarakat dunia tentang Tuhan dan RasulNya... apabila ayat yg last meyebut azad dan seksanya berserta tidak akan diberi petunjuk pada orang² yg fasik... adakah saya ini golongan org yg fasik... Ampunkanlah hamba Tuhan  Ampunkanlah saya Rasul ampunkanlah saya Mujadid dikurun ini... ::cry::cry:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2006 05:36 PM | Show all posts
Originally posted by kuman at 28-6-2006 03:38 PM


Sekadar peringatan,
Jangan sampai cinta pada Mujaddid melebihi dari cinta kepada Allah dan Rasul serta berjihad dijalannya.

"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-a ...




Peringatan yang baik....

saudara kuman,

Mencintai mujaddid dengan akal dan ilmu yang tersuluh tidak akan sampai melebihi cinta kepada Allah dan Rasul serta berjihad dijalannya.

[ Last edited by  serihartatie at 28-6-2006 05:40 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2006 01:47 AM | Show all posts
ISLAM GHARIB(1)
21/05/2006

Terima kasih Tuhan:love:,  moga-moga dapat menambahkan ilmu lagi, sebab menambahkan ilmu itu penting, dengan ilmu boleh memimpin diri kita, moga dengan panduan ilmu yang Tuhan beri kita akan jadi orang bertaqwa atau orang yang gharib/pelik di akhir zaman, sepertimana sebuah sabda Rasulullah SAW yg berbunyi : "Bismillah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2006 01:49 AM | Show all posts
Kalau hendak dikiaskan awal-awal Islam, orang yang terima Islam peringkat awal, orang ramai tengok mereka pelik. Mengapa? Kerana perangai tak sama, cita-cita tak sama, budaya tak sama. Orang yang mula-mula masuk Islam, tiba-tiba takutkan Tuhan, cintakan Tuhan sedangkan orang ramai tak begitu. Mereka (orang ramai) takut susah, takut miskin, cintakan harta. Jadilah 2 puak yang berbeza. Orang ramai pelik tengok mereka : ini orang mana? Ada satu puak tiba-tiba cintakan akhirat, ajak orang cinta akhirat, jadi orang pelik. Orang ramai tak fikir mati, fikir dunia sahaja, fikir hidup sahaja. Orang Islam menjadi orang pelik. Mereka sebut Tuhan, orang ramai sebut hal-hal dunia.

Orang Islam peringkat awal bermati-matian perjuangkan Tuhan, orang ramai pelik mengapa buang duit untuk perjuangkan Tuhan, sedangkan orang ramai sampai berperang perjuangkan dunia. Sama-sama pelik. Orang lain berpecah belah, orang yang Islam ini ajak bersatu padu, orang lain fikirkan diri, orang yang gharib ini mau buat baik dengan orang, orang ramai tengok pelik, dianggap bodoh, orang tak boleh terima, akhirnya dipinggirkan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2006 01:49 AM | Show all posts
Begitulah Rasulullah SAW menggambarkan orang Islam itu pelik, terpinggir, seperti gagak sama gagak bergaul tapi diantara gagak hitam, ada seekor yg merah. Kan pelik, gagak, gagaklah tapi mengapa merah tak seperti aku? Kan pelik, jenis sama, spesies sama tapi kenapa dia merah tak hitam? Sebab itu Rasulullah SAW kata gharib.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2006 08:39 PM | Show all posts
ISLAM GHARIB(2)
22/05/2006

Berbahagialah Orang Yang Gharib
Rasulullah SAW berkata, orang yang dagang ini berbahagialah. Untung sangatlah, bertuah sangatlah. apa untungnya/apa bahagianya?Kerana mereka mampu baiki apa yang dirosakkan oleh manusia. Orang ajak dunia semata-mata, dia ajak ke akhirat, ajak cinta dan takut pada Tuhan. Orang ramai fikir kepentingan diri, yang umat Islam memikirkan bagaimana hendak buat baik pada orang.

Rasulullah SAW bersabda, sebaik-baik manusia ialah manusia yang dapat memberi manfaat kepada manusia lain. Jadi berbahagialah, bertuahlah orang yang pelik ini, orang yang dagang ini. Mengapa dianggap bertuah?Dia membetulkan apa yang salah. Yang rosak dibaiki, yang cacat dibetulkan, yang pecah belah disatukan. Dari tak kenal Tuhan kepada kenal Tuhan, tak perjuangkan akhirat kepada perjuangkan akhirat. Berbahagialah orang yang gharib. Bertuahlah mereka membaiki apa yang telah dirosakkan orang, baiki cara orang berfikir. Sebelum ini fikir dunia semata-mata, lalu dia ajak cinta Tuhan, cinta akhirat.

Rasulullah SAW kata dalam hadis tadi Islam akan dagang semula sepertimana mula-mula datang. Ramai orang terkejut. kata Rasulullah SAW di akhir zaman akan berlaku orang yang pelik ini, orang yang terpinggir ini, orang yang dagang ini, akan kembali sepertimana asal. Berbahagialah orang yang kembali dagang seperti awal Islam dulu. Karena mereka akan membaiki apa yang dirosakkan manusia.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-7-2006 08:42 PM | Show all posts
Ada maksud tersirat, bahagia ada 2 makna, orang yang pelik, yang paling bahagia di akhirat dengan rahmat dan nikmat dengan keredhaan Tuhan, keampunan Tuhan. Tapi di akhir zaman kalau panjang umur, di dunia dapat bahagia. Mengapa?Yang rosak sudah jadi baik. Yang rosak sudah dibaiki oleh orang Islam. Umat Islam akan gemilang kali kedua. Setelah rosak dibaiki, setelah cacat di baiki, kalau panjang umur akan dapat saksikan perubahan itu. Kita akan saksikan yang cacat jadi baik, jadi ertinya di dunia lagi kalau panjang umur akan rasa bahagia, rasa terhibur karena Tuhan sudah jadi hiburan sementara waktu. Orang berpecah belah bersatu semula, tak kenal Tuhan boleh kenal, orang tak cinta Tuhan boleh cinta, huru hara jadi aman damai. Itulah yang dimaksudkan hiburan sementara waktu. Hiburan yang sebenar di akhirat nanti. Orang yang dapat baiki benda yang rosak, ini orang yang berjasa. Maka berbahagialah di akhirat.

Tapi yang panjang umur sempat tengok di dunia lagi, aman damai hidup penuh harmoni, tak ada gejala masyarakat. Tapi untuk jadi orang dagang bukan senang, sebuah kereta sudah rosak, rosak sangat, apakah senang untuk dibaiki semula? Tentu susah. Ia memerlukan orang yang benar-benar bertaqwa.

Contoh kita ambil yang kecil sedikit, yang kecil tentulah mudah. Kalau perkara kecil pun tak boleh jadi orang ganjil, Katalah fitrah manusia samada lelaki atau perempuan ialah nak kahwin. Itu fitrah. Fitrah itu yang disukai oleh hati. hati suka. kalau kita kendalikan sesuatu yang kita suka, tak mampu, kita tak boleh jadi orang gharib, maka bukan kitalah orangnya. Sebulan kahwin boleh tahan. Masuk 2 bulan sudah krisis, maka bukan kitalah orangnya. Walaupun kahwin itu fitrah, maka masa yang sama tak terlepas dari salah silap, timbul krisis, untuk selesaikan krisis tak pandai, maka kita tak boleh jadi orang pelik. Gertak, hilang pertimbangan, bukan cara itu untuk baiki krisis rumahtangga tapi bincang apa yang tak kena.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2006 08:43 PM | Show all posts
Kalau contoh yang besar sedikit, lagi gagallah. Katalah poligami, bukan senang untuk satukan 2,3,4 isteri. Kalau tak boleh disatukan tak boleh jadi orang ghariblah, jadi orang biasalah. Yang jadi pelik itu, ialah benda yang tak logik berlaku. Patut dia syukur Tuhan bantu dapat 2,3 isteri. Moga-moga kita pandai apply dalam sikap kita agar kita jadi orang pelik jadi orang bahagia di akhirat dan di dunia kalau panjang umur.

Sekian
:pray::pray:

-rufaqadaily-
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2006 10:37 AM | Show all posts
FITRAH, AKAL DAN WAHYU
01/07/2006


Manusia itu dipimpin oleh tiga perkara. Pertama ialah fitrah. Kedua ialah akal. Ketiga ialah wahyu.

Fitrah ialah keinginan semulajadi. Setiap manusia, tidak kira apa bangsa, di mana pun dia berada di dunia ini dan di zaman mana pun dia hidup, dia dibekalkan Tuhan dengan fitrah semulajadi iaitu rasa ingin bertuhan dan cintakan kebaikan dan kebenaran. Berbekalkan fitrah ini, manusia mencari Tuhan dan berusaha mewujudkan kebaikan dan kebenaran dalam kehidupan. Juga dengan fitrah ini mereka benci kejahatan dan mereka rasa bersalah jika terbuat seuatu yang jahat yang bertentangan dengan fitrah semulajadi mereka yang sukakan kebaikan.

Namun, firah sahaja tidak memadai. Fitrah sahja tidak dapat membawa manusia kepada kebaikan, kebenaran dan Tuhan yang sebenar yang hakiki. Banyak bangsa di dunia ini yang hanya dipimpin oleh fitrah semata-mata telah mengangkat bermacam-macam makhluk sebagai Tuhan mereka. Ada yang menyembah matahari. Ada yang menyembah bulan dan bintang. Ada yang menyembah api. Ada yang menyembah gunung-ganang. Ada yang juga yang menyembah haiwan.

Orang yang hanya dipimpin oleh fitrah kerana risalah agama tidak sampai kepada mereka digelar ahlul fitrah. Ini termasuklah bangsa-bangsa yang hidup di zaman di antara dua rasul, bangsa-bangsa yang tidak diutuskan rasul kepada mereka, kanak-kanak yang belum cukup umur dan orang-orang yang cacat hingga tidak dapat menerima atau memahami risalah agama seperti gila, terencat akal atau buta dan pekak sekaligus pada satu masa dan dunia mereka gelap dan sunyi. Orang-orang atau bangsa-bangsa seperti ini tidak diwajibkan beragama kerana beragama itu di luar keupayaan dan kemampuan mereka.

Ada manuisa dipimpin oleh akal semata-mata. Dalam segala hal dan masalah kehidupan, mereka merujuk kepada akal mereka. Inilah kerja para-para filasuf seperti Aristotle, Plato dan lain-lain lagi. Dengan akal, manusia mencipta berbagai-bagai fahaman, ideologi dan sistem hidup. Bila akal sahaja digunakan, manusia berat dan banyak memihak kepada dunia. Soal Akhirat dan ketuhanan tidak diambil kira. Ini kerana hal-hal tersebut terkeluar dari jangkauan akal.

Itu sebab fahaman dan ideologi ciptaan akal manusia seperti komunisma, kapitalisma, sosialisma, sekularisma dan sebagainya tidak menyentuh hal Akhirat atau hal ketuhanan. Fahaman komunis contohnya menolak Tuhan bulat-bulat.

Orang akal dinamakan juga orang dunia atau orang sekular. Segala apa yang mereka usahakan terhenti di dunia dan tidak ada hubungkait langsung dengan Tuhan atau dengan Akhirat.

Dengan akal semata-mata, manusia akan sesat. Merka akan tersimpang jauh dari kebenaran. Akal mungkin boleh menyelsaikan keperluan dan tuntutan lahir atau fizikal manusia tetapi ia tidak dapat memenuhi kehndak dantuntutan rohani manusial oleh itu,s egala kemajuan, ideologi atau sistem yang dicetuskan oleh akal akan membawa kepad akemusnahan dan penderitaan. Nilai insan dan kemanusiaan musnah. Manusia maju tetapi mereka menjadi macam yhaiwan. Rakus, tamak, hasaddengki, tekanmenekan, mnindas, jatuh menjatuh, tiada belas kasihan dan tiada kasih sayang. Hidup hanya berteraskan keuntungan dunia dandorongan seks. Akhlak dan moral jatuh menauypu bumi. Tuhan langsung tidak dikenali.

Hanya pimpinan wahyu dapat membawa kebahagiaan dan kesejahteraan kepada manusia di dunia dan di Akhirat. Kerana wahyu datang dari Tuhan melalui para rasul yang menjadi utusan-Nya. Wahyu mengenalkanTuhan kepada manusia dan membawa berita tentang hari Qiamat dan kehidupan di Akhirat. Wahyu sesuai dengan fitrah semulajadi manusia dan sesuai pula dengan akal yang sihat. Wahyu membawa satu sistem hidup yang lengkap dan bermakna.

Namun begitu, manusia yang meneraima ajaran wahyu ini bebagai golongan.


Ada yang berpegang kepad wahyu semata-mata. Inilah golongan yang jumud dan beku. Mereka ada ilmu wahyu tetapi tidak tahu bagaimana hendak bergerak, tidak tahu bagaimana hendak mengamalkannya di dalam kehidupan seharian, jauh sekali untuk memperjuangkannya. Inilah golongan tok-tok guru dan tok-tok alim yang sangat tahu tentang ilmu wahyu tetapi gagal untuk mempraktikkan keseluruhannya pada diri, keluarga dan masyarakat.



Ada golongan yang menerima ajaran wahyu tetapi diakal-akalkannya. Digunakan akal untuk menapis dan menyaring ajaran wahyu. Ajaran wahyu itu hendak dilogikkannya. Pada mereka ini, ajaran wahyu yang munasabah dan ada yang tidak munasabah. Ada ajaran wahyu yang positif dan ada yang negatif. Mereka cuba menyesuaikan ajaran wahyu dengan keadaan semasa dan bukan untuk mengubah keadaan semasa supaya sesuai dengan ajaran wahyu. Inilah golongan yang beriman dengan setengah ajaran wahyu dan kufur kepada setengahnya pula. Mana ajaran yang sesuai dengan akal dan kehendak mereka dilaung-laungkan dan dijadikan hujah. Mana ajaran yang akal mereka tidak dapat menerima dan tidak sesuai dengan kehendak mereka, mereka ketepikan atau mereka anggap sudah lapuk, sudah ketinggalan zaman dan tidak perlu diamalkan.


Ada pula golongan yang menerima ajaran wahyu dan dicampur dengan akal. Mereka ini menerima dan yakin terhadap semua ajaran wahyu. Namun begitu mereka tidak menolak peranan dankemampuan akal untuk mentafsir dan mencari jalan serta kaedah bagaimana untuk melaksana dan mempraktikkan ajaran wahyu dalam kehidupan seharian. Akal mereka digunakan untuk menterjemah tuntutan ajaran wahyu kepada amalan dan tindakan. Berbeza dengan golongan yang mengakal-akalkan ajaran wahyu, mereka ini menggunakan akal mereka sebagai alat untuk mentafsir dan melaksanakan ajaran wahyu itu sendiri. Inilah golongan yang benar. Inilah golongan yang paling banyak mendapat faedah dari ajaran wahyu. Inilah golongan yang mampu menegakkan ajaran wahyu dalam kehidupan mereka sehari-hari dan mampu pula memperjuangkannya ke tengah masyarakat. Inilah golongan yang paling banyak berbakti kepada Allah dan kepada sesama manusia. Inilah golongan yang akan mendapat kejayaan dan kemenangan di dunia dan di Akhirat.



MINDA USTAZ ASHAARI MUHAMMAD
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2006 01:51 AM | Show all posts
APABILA MEMPERTAJAMKAN HATI ATAU JIWA

Apabila seorang mukmin itu mempertajam hati atau jiwanya
Ditajamkan dengan rasa bertuhan dan rasa kehambaan
Kemudian dibawa berfikir dan berfikir
Dia akan jadi orang yang cepat cerdik dan pandai
Lihatlah apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW
Bangsa Arab yang tidak tahu menulis dan membaca dididik olehnya
Berhadapan dengan bangsa Rom dan Parsi yang bertamadun, yang menguasai dunia di waktu itu
Sedangkan bangsa Rom dan Parsi hanya mengasah akalnya semata-mata,
Maka menjadilah mereka orang yang pandai
Tapi Rasulullah mengasah akal dan jiwa bangsa Arab dan bangsa-bangsa yang mengikutnya
Maka dengan masa yang singkat sahaja, iaitu selama 23 tahun
Umat Islam menjadi umat yang cepat pandai dan cerdik
Akhirnya di dalam masa 30 tahun umat Islam menguasai 3/4 dunia
Fakta sejarah ini patut orang Islam mengetahui dan mengambil pengajaran daripadanya
Untuk mengejar tamadun barat dan timur iaitu komunis
Tajamkan jiwanya dan akalnya serentak
Umat Islam akan cepat menjadi cerdik dan pandai
Mengatasi timur dan barat yang hanya semata-mata mempertajam akalnya
Tapi malang umat Islam jiwanya sudah buta
Akalnya pula tidak digunakan seperti apa yang digunakan oleh orang barat dan timur
Sedangkan mereka di waktu itu sudah lebih maju dan bertamadun dari umat Islam
Bagaimanakah umat Islam hendak mengalahkan mereka
Maka oleh itu umat Islam kenalah ubah sikapnya
Jangan hanya mempertajamkan akal seperti yang sedang hendak dilakukan sekarang
Tapi yang lebih utama jadikan tapaknya itu mempertajamkan jiwa lebih dahulu
Di atas ketajaman jiwa itulah bawalah berfikir dan terus berfikir
Natijahnya nanti sangat luarbiasa
Iaitu akan melahirkan ilmu-ilmu yang dalam dan seni yang menakjubkan dunia.

29.8.2000
Menjelang Zuhur
Koleksi Sajak-Sajak Nukilan Ust. Ashaari bin Muhammad - Pengerusi Eksekutif Rufaqa' Corporation Sdn. Bhd
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2006 01:56 PM | Show all posts
Al Quran Dan Sunnah Tidak Boleh Dipisahkan

Hadis atau Sunnah hakikatnya adalah wahyu juga tapi mengikut bahasa Nabi Akhir zaman
Ia merupakan penjelasan bagi Al Quran atau mentafsirkan Al Furqan
Adakalanya Al Quran menceritakan suruhan, As Sunnah menggambarkan perbuatan
Tidak kurang juga adakalanya Al Quran adalah matan, Hadis adalah huraiannya
Setengah ayat Al Quran tidak boleh difaham, Hadis memahamkan atau As Sunnah mentafsirkan
Ketika Al Quran menceritakan secara singkat dan ringkas ,Al Hadis atau As Sunnah memperpanjangkan hingga jelas
dan terang ceritanya atau hukum hakamnya
Adakalanya Al Quran menyebut hukum hakam As Sunnah memansuhkan
Al Quran juga adakalanya memberitahu secara ringkas, tidak sebut tempat, tidak sebut nama, As Sunnah atau Hadis mendetailkan hingga jelas
Kalau hendak ikut Al Quran sahaja akan tersesat jalan, Al Quran bersifat ilmu bukan perbuatan,
As Sunnah menggambarkan perbuatan hingga mudah diamalkan
Tuhan Maha Suci daripada perbuatan-Nya hingga menyamai makhluk-Nya,
Kerana itulah Rasul melakonkan segala perbuatan yang diperintahkan, hingga mudah diamalkan, itulah peranan As Sunnah
Hamba-hamba Allah yang lain ikut sahaja Rasulullah disegi perbuatan
Arahan dari Tuhan sudah disebutkan melalui Al Quran, tapi ada kesamaran, Rasul menjelaskan
Kalau ada orang mengatakan ikut sahaja Al Quran, As Sunnah diketepikan, dia akan tersesat jalan kebenaran
Al Quran dan As Sunnah adalah gandingan, perlu memerlukan, kuat menguatkan mana boleh dipisahkan
Yang satu matan, yang satu lagi tafsiran,
Yang satu membuat arahan, yang satu lagi menggambarkan arahan
Matan dan tafsir mana boleh dipisahkan,
Ertinya Al Quran dan As Sunnah mana boleh dipisahkan
Al Quran hanya jadi matan, perlukan tafsiran dari Rasul, apakah hikmahnya?
Allah Taala adalah Pemimpin Dia bukan jenis makhluk,
Perlu adanya seorang pemimpin jenis insan melakonkan
Tuhan memimpin hanya memberi ilmu dan arahan,
Rasulullah pemimpin berjenis manusia yang melakonkan untuk ikutan sepanjang zaman
Kalau tidak ada pemimpin jenis insan melakonkan, susahlah Al Quran untuk diamalkan, Tuhan Maha Suci daripada melakonkan
Tuhan memang boleh perjelaskan seterang-terangnya di dalam semua hal di dalam Quran, tanpa tafsiran
Tapi Tuhan perjelaskan melalui Rasul-Nya yang dikatakan As Sunnah tentu ada hikmahnya
Kerana Tuhan hendak memuliakan Rasul-Nya, maka Rasul menjelaskan Al Quran
Kerana Rasul itu kekasihnya, Tuhan mahu disebut nama-Nya,maka disebut juga nama Rasul-Nya
Kalau Allah disuruh sebut selalu, Rasul juga disuruh sebut selalu
Kerana itulah dua kalimah syahadah Tuhan gandingkan nama-Nya dengan nama Rasul-Nya
Sebab itulah Tuhan menceritakan di dalam Al Quran hanya matan,Rasul pula mentafsirkan dan menghuraikan
Matan dan tafsir berhubung rapat tidak boleh dipisahkan
Begitulah peranan As Sunnah bagi mentafsirkan Al Quran
Hakikatnya As Sunnah wahyu juga tapi mengikut bahasa Nabi akhir zaman
Kalaulah Tuhan Allah jadikan segala-galanya telah dijelaskan oleh Al Quran
tanpa perlu As Sunnah lagi sebagai ikutan
Bahayanya, orang hanya akan ikut Allah Taala sahaja, dan meninggalkan Rasul-Nya
Padahal Rasulullah adalah wakil Tuhan membawa risalah kepada umat
untuk menggambarkan secara sikap dan perbuatan
Maka mana boleh Rasul dilupakan tanpa dijadikan ikutan?!!
Ertinya As Sunnah sangat diperlukan!

Sekianlah pengertian As Sunnah mengikut pengajaran Islam

Nukilan : Ustaz Ashaari Muhammad


[ Last edited by  Abuyazid at 6-7-2006 03:29 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2006 12:53 PM | Show all posts
PROGRAM : SEMBANG-SEMBANG  MINDA

ANJURAN : RUFAQA CORPORATION

TEMPAT : PUSAT MOTIVASI HARMONI BDR COUNTRY HOMES RAWANG

MASUK : PERCUMA

WAKTU : 8.30 PAGI - 12.30 TGHARI

TARIKH : 9 JULAI 2006 - AHAD

SINPOSIS : PROGRAM INI BERBENTUK DUA HALA YG MERANGKUMI DIALOG DAN PERBINCANGAN ISU SEMASA BERKAITAN DENGAN RUFAQA CORPORATION.

sebrg pertanyaan lanjut : 03 67331606
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2006 04:14 PM | Show all posts
aku dah baca buku al-arqam tersungkur di pintu syurga oleh org kuat asaari ni
sejak tu arqam nih mmg outlaa..
yaqazah la ape laa bani tamim laa
Reply

Use magic Report

GIFT This user has been deleted
Post time 7-7-2006 05:20 PM | Show all posts
"Ramai yang mengaku CINTA TUHAN dengan berbagai-bagai KONSEP CANGGIH tetapi bila diminta SEMANGKUK DARAH untuk CINTA TUHAN, ramai yg tak MAMPU melakukannya termasuk PROFESSOR TASAWUF dan GURU TAREKAT. Cinta tanpa PERGORBAN hanyalah ANGAN CINTA...

Ramai yg mengaku CINTA TUHAN tapi duduk SELESA dalam RUMAH BESAR... malah ada GURU TEREKAT yg JUAL VCD CETAK ROMPAK utk kuatkan EKONOMI JEMAAH... supaya hidup mewah... itu namanya CINTA PERUT  ...  hehehe

Tambahlah kalau AJAK BERPERANG... (JIHAD), menikus semacam....  kalau adapun yg berani cuma duduk di barisan BELAKANG...

POKOKnya CINTA PERLUKAN PENGORBANAN dan PERGORBANAN yg TERBESAR adalah JIHAD. Nak tahu GURU itu betul atau tidak lihatlah samada dia RAKUS dengan DUNIA atau TIDAK..   
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2006 05:29 PM | Show all posts
Originally posted by ecam at 7-7-2006 04:14 PM
aku dah baca buku al-arqam tersungkur di pintu syurga oleh org kuat asaari ni
sejak tu arqam nih mmg outlaa..
yaqazah la ape laa bani tamim laa



seorg lagik yg suka berkokok tapi takut pula  bila diberi peluang utk terus berjumpa bertanya kepada yg sedia memberi penerangan...

assalamualaikum sdra,

pihak rufaqa akan jawab soalan sdra tu pasal buku lapuk zabidi tu dalam program kat atas tu...datnglah..jgn buat org ketawa dengan sikap sdra yg ibarat pepatah melayu kata, LEMPAR BATU SEMBUNYI TANGAN tu...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2006 05:33 PM | Show all posts
Originally posted by GIFT at 7-7-2006 05:20 PM
"Ramai yang mengaku CINTA TUHAN dengan berbagai-bagai KONSEP CANGGIH tetapi bila diminta SEMANGKUK DARAH untuk CINTA TUHAN, ramai yg tak MAMPU melakukannya termasuk PROFESSOR TASAWUF dan GURU  ...



rasa cam familiar jer dgn newbie baru ni...ehh...betul ker firasat tatie ni...hehehe...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-7-2006 08:28 PM | Show all posts
CINTAKAN TUHAN RAHSIA KEJAYAAN

Di dunia ini ada dua jenis pemimpin yaitu pemimpin dilantik Tuhan dan pemimpin yang dilantik oleh manusia dengan macam-macam cara. Ada secara demokrasi, ada secara diktator. Diktator adalah orang yang melantik dirinya sendiri dengan kekuatan tentera. Ada pemimpin warisan macam raja-raja.

Pemimpin yang dilantik oleh manusia, apa yang dibanggakan oleh pemimpin tu? Dapat bagi orang gaji, dapat naikkan pangkat orang, dapat menjadikan orang selesa hidup, dapat meningkatkan ekonomi manusia, dapat membuat jalan raya high way, dapat melakukan perubahan hidup pada manusia termasuk pemimpin yang mengaku islam. Kalau dia berjaya membuat apa yang disebut tadi, sibuklah mereka mengatakan, saya sudah berjasa.

Tapi pemimpin yang dilantik oleh Allah seperti rasul, lain sekali. Untuk mewujudkan benda-benda yang disebut tadi tidak perlu pemimpin. Tanpa pemimpin orang tetap cari makan. Ingin kawin apa fikir pemimpin? Ingin kawin lebih dari satu isteri, tak ada pemimpin lagi senang. Ada pemimpin susah, nak kawin banyak.

Pemimpin yang dilantik oleh Tuhan apa jasanya? Berbeza dengan pemimpin yang dilantik manusia, tapi orang tidak anggap ia berjasa. Orang islam yang sudah beratus tahun rusak, masih sembahyang, wirid, zikir, tetapi cara dia berfikir dan menilai jasa pemimpin yang yang Tuhan lantik untuk mendidik dia tidak tepat. Dia tak anggap sebagai jasa. Walhal pemimpin dari Tuhan membuat dua jasa besar, yang kalau dibanding dengan jasa pemimpin lantikan manusia, bagai langit dengan bumi

1. memberi Tuhan
2. memberi syariat Islam


[ Last edited by  Abuyazid at 7-7-2006 08:33 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2006 02:02 AM | Show all posts
menyambung...

Kita sudah tahu Tuhan, sudah bersembahyang, berpuasa. Siapa yang rasa besar mendapat orang yang sudah membagi Tuhan dan syariat Tuhan pada dia? Begitulah umat Islam, mereka tidak rasa besar jasa pemimpin yang datang dari Tuhan, sebab walhal dia sembahyang, berzikir, wirid. Kalau tidak dapat Tuhan, dia akan masuk neraka sekalipun banyak sembahyang? Sedangkan tidak dapat makan, tidak dapat nasi, tidak dapat roti, jalan raya, adakah Qur`an cakap akan masuk neraka? Tapi mengapa manusia tidak pandang besar jasa pemimpin yang kenalkan Tuhan dan syariat Tuhan?

Dari dua aspek ini, Tuhan lebih utama dari syariat, sebab itu Rasulullah SAW diutus untuk memperjuangkan dua hal ini dengan mengenalkan Tuhan terlebih dahulu. Kalau kita tengok ayat-ayat makkiah & madaniah, Tuhan bagi waktu ayat-ayat makkiyah selama 13 tahun untuk mempromosikan Tuhan. Padahal Tuhan satu subjek saja. Lojiknya setahun cukup. Sedangkan syariat, yang beribu ribu subjeknya, Rasulullah SAW promosikan hanya 10 tahun. Bahkan sembahyang yang merupakan ibadah asas, ibadah besar dari pada keseluruhan ibadah, hanya diperintahkan setelah 11tahun kerasulan. Perintah-perintah lain seperti haji, zakat datang berikutnya. Ambil perhatian, kerja memperkenalkan Tuhan. Rasulullah SAW ambil 13 tahun, sedang untuk syariat yang beribu selama 10 tahun. Tapi jangan anggap, Rasulullah SAW bagi Tuhan setakat akidah cukup makan, setakat kenal Tuhan cukup makan, akidah sifat 20, seperti Tuhan wujud, wujudNya tak ada pemulaan, tak ada yang menjadikan, dia tak perlukan makhluk. Kalau manusia kenal Tuhan macam itu saja, ini hanya untuk sahkan akidah atau tauhid. Itu akidah atau tauhid asas, sekadar manusia tidak jadi kafir. Kalau setakat itu, manusia belum rasa bahagia dengan Tuhan. Manusia belum rasa takut dan cinta dengan Tuhan. Belum rasa hebat, rasa besar, rasa Tuhan segala-galanya. Manusia belum rasa lagi kalau ia tak dapat Tuhan, ia tak boleh hidup, tak selamat dunia akhirat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2006 02:05 AM | Show all posts
Sudah beratus tahun umat islam dididik melalui sistem pendidikan yang mengajarkan tauhid yang paling rendah termasuk ulama dan orang-orang agama.Dengan tauhid paras itu manalah bahagia, tak merasa besarnya Tuhan, tidak merasa dapat Tuhan dapat segala-galanyanya, tidak sampai jatuh cinta dan takut dengan Tuhan. Umat Islam malangnya sejak ratus tahun mengambil tauhid sekadar cukup makan, setakat tak jadi kafir. Padahal kalau kita baca ayat-ayat makiyah, cara Tuhan mengenalkan diriNya supaya manusia sampai jatuh cinta dan takut dengan Tuhan, rasa bertuhan yang dalam, rasa dapat Tuhan dapat segala-galanya Mari tengok dalam Qur`an. Mula-mula saja Tuhan kata bumi ini Aku yang punya, hidup mati Aku punya, langit bumi Aku punya, dunia akhirat Aku punya. Aku yang menghidupkan, Aku yang mematikan. Aku yang membagi rahmat dan berkat, makhluk di langit dan bumi semua membesarkan Aku. Tuhan yang menaikkan dan menurunkan, Tuhan yang memuliakan dan yang menghinakan manusia, Tuhan yang menentukan seseorang ke neraka atau ke syurga, Tuhan yang menyusahkan dan menyenangkan dan macam-macam lagi Tuhan kenalkan dirinya. Begitulah Tuhan kenalkan dirinya.

Kalau kita baca ayat-ayat Makkiyah, dalam setiap ayat Tuhan memperkenalkan dirinya hinggakan sahabat cinta, takut dan mabuk dengan Tuhan. Akhirnya apa yang terjadi pada para sahabat? Mereka hanya takut dengan Tuhan, tidak takut miskin, tidak takut raja, tidak takut pada orang, tidak takut musuh, tidak takut dihina, tidak takut orang keji, tidak takut dibunuh orang. Mereka takut Tuhan saja.

Begitulah Tuhan saja yang mereka takuti dan cintai. Mereka tak cinta harta, isteri, pangkat dan jawatan. Walaupun mereka ada harta, ada pangkat, ada isteri, tapi tak masuk dalam hati. Yang ada dalam hati Tuhan saja. Selepas itu barulah Rasulullah SAW kenalkan syariat, sebagai cara hidup. Melalui syariat itulah mereka wujudkan rasa cinta dan takut mereka pada Tuhan. Kalau tidak ada syariat, maka tak ada cara untuk mewujudkan cinta mereka pada Tuhan. Melalui syariat yang berbagai-bagai bentuk itu, Tuhan tunjukkan cara bagaimana manusia hendak melahirkan cinta dan takut pada Tuhan. Itulah peranan tauhid dan syariat.


[ Last edited by  Abuyazid at 8-7-2006 09:23 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2006 09:25 PM | Show all posts
Selepas 13 tahun Rasulullah SAW mempromosikan Tuhan, datang takut dan cinta pada Tuhan yang tak berbelah bagi lagi. Selain Tuhan tidak lagi ditakuti dan dicintai. Maka berhabis-habisanlah para sahabat untuk memperjuangkan Tuhan. Tidak ada lagi kepentingan diri. Sebab itu, bila Tuhan isytihar melalui Rasulullah SAW, para sahabat sangat memberi perhatian, dan berlumba-lumba untuk membuat dan melaksanakannya. Waktu Rasulullah SAW masih hidup, belia sempat memberitahu bahwa Rom dan Parsi akan jatuh ke tangan umat Islam. Selepas wafat saja Rasulullah SAW, sahabat meninggalkan rumah, meninggalkan anak isteri untuk membuktikan ucapan Rasulullah SAW itu. Mereka pergi berjuang untuk memprmosikan Tuhan ke Rom, Parsi dan negeri-negeri di bawah jajahan mereka.

Rasulullah SAW juga pernah berkata, lidah orang arab akan jadi lidah orang mesir. Mesir bukan lidah arab, lidah qibti. Ini seolah Rasulullah SAW memberi isyarat pergilah dakwah ke sana, promosi Tuhan di Mesir. Maka berebut-rebut sahabat pergi kesana. Bila mendengar dari Rasulullah SAW tuntutlah ilmu ke negeri cina. Sahabat faham ini isyarat dari Rasulullah SAW untuk membuka negeri cina, mempromosi Tuhan ke sana. Mereka pergi sampai ke negeri Cina.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:21 PM GMT+8 , Processed in 0.372294 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list