|
Originally posted by HangPC2 at 20-6-2006 06:11 PM
aku dulu pernah dengar citer laa Kaum Orang Kenit dulu pernah hidup bersama masyarakat manusia, kekuatan diorang lagi kuat dari manusia selalu tugas2 berat seperti bertukang dan buruh diberikan k ...
:setuju: :setuju:
Orang kenit kat Wang Kelian, Kedah...
Sampai akhir tahun 1990-an masih orang tempatan nampak duk memunggah barangan.
Dulu2 orang kenit kat Wang Kelian tak takut bersemuka, bertembung manusia biasa...
lama2 depa pakat duk nak cepat2 mengelak...
manusia suka nak pinjam wang mereka kut... pastu tak bayar utang...
|
|
|
|
|
|
|
|
orang kenit species "LEPRACHAUN"....
...............isyh...susah betui nak eja... betullah tu kut...
...............suka kutip, kumpul duit....coin emas..
...............naperlah yer orang kenit ni rata2 dikaitkan
dgn aktivity pengumpulan logam berharga & melombong mineral, & harta karun...........
??????:hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
.. orang kenit mula terbentuk pada zaman Gangsa....
....betul ker? |
|
|
|
|
|
|
|
http://fazamania.blogdrive.com/comments?id=227
Kedua-dua mereka seterusnya menyusuri hutan dikaki banjaran bukit berhampiran dan sekitar kawasan lapang.Suasana diperkampungan Wang Klian ketika itu masih sunyi dan sepi.Ketika itu tiada sesiapa yang menyedari kehadiran makhluk aneh itu.Ramai suami telah keluar bekerja.Makhluk itu terus mengunjungi dari sebuah rumah ke sebuah rumah untuk menjaja mengkuang.
Sambil mata liar memerhati keadaan sekeliling kedengaran suara berdehem dan diselangi batuk.Apabila bertemu dengan penduduk kampung, orang kenit tersebut akan berdiri dihadapan sambil tangan menyua-nyua mengkuang.Kali pertama melihatnya,ramai penduduk bertempiaran lari kerana merasa takut.Dalam masa singkat,heboh tentang kehadiran orang kenit tersebut dan lama-kelamaan keadaan menjadi biasa kerana mereka tidak mengundang bahaya. |
|
|
|
|
|
|
|
Wajah mereka iras orang melayu dan berkulit sawo matang.Cumanya mereka tidak berpakaian sebaliknya bercawat yang diperbuat daripada daun-daun hutan.Rambut lelaki lurus panjang melepasi bahu manakala pasangannya ikal mayang,mengerbang kebelakang.Apabila mereka menyengih tampak giginya yang kuning berkarat.Seperti pasangannya,orang kenit perempuan tidak berbaju sehingga mendedahkan payudaranya.Tetapi cepat-cepat mereka menutup dada dengan daun mengkuang yang mereka usung apabila penduduk kampung memandang tajam ke tubuh mereka.
Setelah masa lalu,semua penduduk kampung termasuk kanak-kanak memberanikan diri mendekati mereka setiap kali bersua.
"Pendeknya! Budak ke orang tua nih ? " usik seorang penduduk yang agak-agak takut melihat kemunculan kali pertama orang kenit di Wang Klian. |
|
|
|
|
|
|
|
http://gravesdigger.blogdrive.com/comments?id=134
CREDIT TO GRAVEDIGGER...
Orang kenit masih wujud
Oleh Nurul Adlina Kamaludin
KETIKA saintis Barat belum dapat menyelongkar misteri
makhluk aneh |
|
|
|
|
|
|
|
Namun, lebih penting, berita penemuan bersejarah oleh
sekumpulan penyelidik Australia yang dibantu pengkaji
Indonesia itu sekali gus membuktikan, manusia atau
nama saintifiknya homo sapiens ini juga mempunyai
憇epupu |
|
|
|
|
|
|
|
Serpihan tulang rangka orang kerdil atau Hobbit itu
yang ditemui dalam gua batu kapur Liang Bua di
kepulauan Flores itu adalah tulang wanita dewasa,
dipercayai berusia kira-kira 30 tahun.
Ketinggian wanita itu pula cuma satu meter, mempunyai
otak yang lebih kecil daripada beruk.
Penyelidik pada mulanya menyangka mereka menemui
rangka kanak-kanak dalam lubang di gua kapur Liang
Bua, tetapi terkejut apabila mendapati ia adalah
spesies wanita dewasa.
|
|
|
|
|
|
|
|
Serpihan tulang rangka orang kerdil atau Hobbit itu
yang ditemui dalam gua batu kapur Liang Bua di
kepulauan Flores itu adalah tulang wanita dewasa,
dipercayai berusia kira-kira 30 tahun.
Ketinggian wanita itu pula cuma satu meter, mempunyai
otak yang lebih kecil daripada beruk.
Penyelidik pada mulanya menyangka mereka menemui
rangka kanak-kanak dalam lubang di gua kapur Liang
Bua, tetapi terkejut apabila mendapati ia adalah
spesies wanita dewasa.
CREDIT TO GRAVEDIGGER |
|
|
|
|
|
|
|
Lebih unik lagi, bagaimana makhluk yang sekecil itu
atau menyamai saiz budak berusia 4 tahun itu dapat
hidup dikelilingi spesies binatang besar di kepulauan
Flores yang terkenal dengan biawak gergasi |
|
|
|
|
|
|
| |
|