|
gelang yang saya bagi tu..kalau nak |
|
|
|
|
|
|
|
wah, unik weh daisy biru tu. Ingatkan diletak warna.. hehe. |
|
|
|
|
|
|
|
Dunia Botani: Bunga Bromeliad tahan lama
Oleh Ismail Saidin
Bunga Bromeliad
BROMELIAD adalah sejenis tumbuhan tropika/sub tropika berasal dari Amerika Selatan dan tergolong dalam keluarga yang sama dengan nanas iaitu keluarga Bromeliaceae. Bromeliad mempunyai lebih 3,000 spesies dalam 50 genera. Antara spesies yang paling popular seperti Aechmea, Crypthantus, Neoregelia dan Tillandsia.
Tanaman ini boleh didapati di seluruh dunia sebagai tanaman hiasan kerana mempunyai bentuk, warna serta bunga yang menarik. Penghasilan pelbagai varieti hibrid menambahkan lagi koleksi tanaman hiasan ini.
Tanaman bromeliad terbahagi kepada dua jenis iaitu epifit dan bukan epifit. Jenis epifit hidup meliar dengan menumpang pada batang dan celah dahan pokok. Akar udara digunakan untuk mendapatkan air, makanan dan udara. Contoh bromeliad jenis epifit adalah daripada spesies Tillandsia.
Jenis bukan epifit pula hidup di atas tanah atau batas. Bromeliad jenis ini terdedah sepenuhnya kepada cahaya matahari dan kebiasaannya mempunyai duri yang tajam pada daun seperti daun nanas.
Pokok ini mudah ditanam dengan penjagaan yang minimum sama ada di dalam pasu, dijadikan hiasan landskap dan boleh ditanam di kawasan yang berpasir atau berbatu. Dengan ketinggian antara 0.25 hingga 10.5 meter (m), pokok ini boleh hidup dalam cuaca panas atau sejuk di antara suhu tujuh hingga 38 darjah Celsius.
Bromeliad mempunyai kumpulan daun berbentuk spiral yang dipanggil ‘rosette’ dengan saiz serta susunan daun mengikut spesies. Bahagian atas daun seperti bentuk cawan dapat menakungi air.
Duri halus yang terdapat di atas daun berfungsi untuk penyerapan air dan makanan. Warna daun akan berbeza mengikut spesies dan kadar cahaya yang diterima.
Bunga akan keluar dari bahagian tengah rosette apabila pokok mencapai kematangan iaitu antara dua hingga tiga tahun. Warna bunga berbeza mengikut spesies dan kadar cahaya yang diterima. Kebanyakan berwarna terang dan apabila kembang ia akan bertahan sehingga beberapa bulan dan akhirnya biji benih akan terhasil.
Sebahagian spesies seperti guzmania mempunyai bunga yang bertangkai panjang manakala spesies lain seperti Neoregelia hanya mempunyai jambakan bunga di bahagian tengah rosette.
Sesuatu yang menarik mengenai tanaman ini ialah kecantikan tanaman ini bukan saja terletak pada bunganya malah juga warna daunnya. Ada spesies yang mempunyai hanya satu warna daun dan ada juga spesies yang mempunyai lebih daripada satu warna seperti Neoregelia carolinae tricolor.
Secara umum, bromeliad adalah sejenis tanaman hiasan yang mudah ditanam dengan penjagaan minimum yang mana serangan musuh dan penyakit adalah sedikit. Pelbagai varieti yang menarik dan sesuai boleh ditempatkan sama ada di dalam atau luar bangunan. Oleh itu, ia menjadi satu tanaman hiasan yang berpotensi untuk dikomersilkan.
Fakta
Bromeliad
# Tergolong dalam keluarga nanas iaitu Bromeliaceae
# Berasal dari Amerika Selatan
# Boleh dibiakkan melalui kaedah melalui bijih benih dan tunas
# Ditanam di kawasan berpasir dan berbatu
# Hidup dalam cuaca panas atau sejuk antara 7 hingga 38 darjah Celsius
# Pokok akan berbunga apabila mencapai kematangan antara dua hingga tiga tahun |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bunga bromaliad ke namanya.. Baru ler saya tau..selalu jumpa kat nursery..tanya kat tokey 2, diapun xtau.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|