CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: puteri-jelmaan

RECORDING

[Copy link]
Post time 28-9-2006 03:14 PM | Show all posts
dlm gambo tu si tompi cam zahid af2 plak aku tengok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2006 03:19 PM | Show all posts
Originally posted by Munc at 28-9-2006 03:14 PM
dlm gambo tu si tompi cam zahid af2 plak aku tengok



dia rendah je. lebih kurang cam zahid gak. tapi x de lah berisi cam zahid. dia kecik lagi. tapi..suara dia memang best.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2006 03:19 PM | Show all posts
Sedap ke dia nyanyi?
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2006 03:25 PM | Show all posts
Originally posted by Munc at 28-9-2006 03:19 PM
Sedap ke dia nyanyi?



sedap gak. bley tahan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2006 10:34 PM | Show all posts
ada mcm rasa stawberi cicah ceklat tk?heehehhe
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2006 11:03 AM | Show all posts
Originally posted by puteri-jelmaan at 1-10-2006 10:34 PM
ada mcm rasa stawberi cicah ceklat tk?heehehhe



sedap lagi ikan masin terubok sarawak. :lol
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-10-2006 10:53 PM | Show all posts
Originally posted by bintang^hati at 2-10-2006 11:03 AM



sedap lagi ikan masin terubok sarawak. :lol


ahahahahahah
:setuju: :setuju:
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2006 04:57 PM | Show all posts
BERITA HARIAN
16/10/06


Nite Of Soulful Stars buai perasaan
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin


PADUAN suara dua penyanyi wanita tempatan dan dua penyanyi lelaki dari seberang menerusi program raya terbitan ntv7, Nite Of Soulful Stars cukup membuai perasaan.





Program raya berkonsepkan urban ini dirakamkan baru-baru ini menggandingkan Dayang Nurfaizah, Adibah Noor, Harvey Malaiholo dan penyanyi baru Indonesia, Teuku Adifitrian atau Tompi.

Sebuah persembahan selama satu setengah jam terbitan Shanon Lee dan diarahkan Kamarul Zamly Ramli akan disiarkan pada hari raya pertama. Mungkin Nite Of Soulful Stars boleh dianggap sebagai program raya era baru kerana tiada lagu raya yang didendangkan. Malah rekaan pentasnya berkonsepkan moden yang tidak menggambarkan suasana raya.

Salah satu sebab menurut Pengarahnya, Kamarul Zamly Ramli, ntv7 mahu memberikan penonton lebih pilihan. Supaya penonton boleh memilih selain daripada program berkaitan hari raya. Untuk program selama satu jam setengah ini perancangan selama tiga bulan dilakukan.

Perancangan selama tiga bulan itu ternyata tidak sia-sia. Suara empat penyanyi yang dipilih untuk menghiburkan program ini memang tidak akan membuatkan penonton berganjak. Apa lagi mendengar suara romantik Harvey yang mendendangkan lagu popularnya Jerat.

Tiga puluh tahun dalam arena seni suara adalah satu perjalanan panjang yang mematangkan penyanyi berusia 44 tahun ini. Harvey yang dikenali sebagai penyanyi Jazz turut berduet dengan Adibah Noor menerusi lagu Begitulah Cinta, lagu duet popularnya dengan penyanyi Sheila Majid.

Bersama Dayang, mereka berduet dengan lagu Bisikan Mesra. Tidak ketinggalan lagu solo daripada penyanyi kepada dua cahaya mata itu iaitu Pelabuhan Cinta dan September Pagi.

Keupayaan Dayang Nurfaizah dan Adibah Noor memang tidak perlu dipertikaikan. Vokal hebat dua penyanyi ini dikagumi Harvey dan Tompi yang pertama kali digandingkan bersama. Mereka pantas jatuh cinta dengan dua penyanyi wanita popular ini sebaik mendengar vokal mereka.

?ni pertama kali saya membuat persembahan di stesen televisyen Malaysia. Ini juga kali pertama saya mendengar suara Dayang iaitu semasa latihan, saya kagum dengan kehebatan Dayang. Ternyata dia seorang penyanyi yang baik,? ujar Tompi.

Dayang yang membuka tirai Nite Of Soulful Stars memulakan persembahan dengan lagu yang mempopularkan namanya dalam arena nyanyian ciptaan Ajai, Seandainya Masih Ada Cinta. Meskipun melodinya sudah ditukar ke rentak yang lebih jazz namun nyanyian Dayang dengan muzik iringan tetap memukau.

Dayang juga turut berkesempatan berduet dengan Tompi dengan lagu The Closer I Get To You. Bersama Adibah pula mereka memilih lagu Inggeris Ain? Nobody. Dayang juga memilih sebuah lagu Inggeris berjudul Need A Break.

Lagu Putih menjadi pilihan Adibah Noor untuk dihidangkan kepada penonton. Tidak ketinggalan lagu hitnya Kelabu yang berentak ceria sesuai untuk suasana di hari raya. Penyanyi yang memiliki vokal yang mantap ini juga turut berduet dengan Tompi menerusi lagu I Knew You Were Waiting For Me.

Sementara Tompi pula memilih lagu daripada albumnya yang bakal menemui pendengar negara ini tidak lama lagi. Siapa saja yang mendengar suara penyanyi yang juga bertugas sebagai seorang doktor di sebuah hospital di Jakarta pasti akan terpesona dengan kehebatan suaranya.
::
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2006 05:05 PM | Show all posts
Originally posted by orang_kampong at 16-10-2006 04:57 PM
BERITA HARIAN
16/10/06


Nite Of Soulful Stars buai perasaan
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin


PADUAN suara dua penyanyi wanita tempatan dan dua penyanyi lelaki dari seberang menerusi progra ...



paper hari ni ek?? ada gambar x??
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2006 05:36 PM | Show all posts
Sebuah persembahan selama satu setengah jam terbitan Shanon Lee dan diarahkan Kamarul Zamly Ramli akan disiarkan pada hari raya pertama

adoiiiiiiiiiiiiiii la...apsal pi tayang raya pertama...??? sah2 la aku kena berebut TV dgn parents aku & adik2 aku yga lain...:gado::geram::cry:
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2006 05:52 PM | Show all posts
Originally posted by burung_pungguk at 16-10-2006 05:36 PM
Sebuah persembahan selama satu setengah jam terbitan Shanon Lee dan diarahkan Kamarul Zamly Ramli akan disiarkan pada hari raya pertama

adoiiiiiiiiiiiiiii la...apsal pi tayang raya pertama...??? ...



pukul berapa ek?? ptg ke malam??
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2006 06:02 PM | Show all posts
Originally posted by bintang^hati at 16-10-2006 05:52 PM



pukul berapa ek?? ptg ke malam??


aku rasa malam kot...kalau tayang siang kemungkinan besar aku boleh skip pi raya umah org...so bleh la layan tv sekali layan org dtg umah...tp kalau mlm harapan hanya impian jer la...:cry::geram::geram:
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2006 06:09 PM | Show all posts
Originally posted by burung_pungguk at 16-10-2006 06:02 PM


aku rasa malam kot...kalau tayang siang kemungkinan besar aku boleh skip pi raya umah org...so bleh la layan tv sekali layan org dtg umah...tp kalau mlm harapan hanya impian jer la...:cry::ge ...



iye ke. aku pun risau jugak ni. aku kat kg. susah nak ramal. yang fenomena tu, aku dah cakap ngan mak aku dah suh balik ke sini, siang ahad. sbb malam ahad ada temujanji dengan dayang kat tv. tapi...kalau raya pertama, aku pun rasa mcm susah je. :geram:
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2006 10:44 PM | Show all posts
Originally posted by bintang^hati at 2-10-2006 11:03 AM



sedap lagi ikan masin terubok sarawak. :lol


bila lagi nak order dari budak tuh he he :-)..nak order kek lapis tak?
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2006 10:45 PM | Show all posts
Originally posted by bintang^hati at 16-10-2006 06:09 PM



iye ke. aku pun risau jugak ni. aku kat kg. susah nak ramal. yang fenomena tu, aku dah cakap ngan mak aku dah suh balik ke sini, siang ahad. sbb malam ahad ada temujanji dengan dayang kat tv. ...


kau balik mana BH?
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2006 10:47 PM | Show all posts
Originally posted by bintang^hati at 16-10-2006 05:05 PM



paper hari ni ek?? ada gambar x??


tu kat atas ada tulis Berita Harian :-)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-10-2006 10:51 PM | Show all posts
Originally posted by burung_pungguk at 16-10-2006 05:36 PM
Sebuah persembahan selama satu setengah jam terbitan Shanon Lee dan diarahkan Kamarul Zamly Ramli akan disiarkan pada hari raya pertama

adoiiiiiiiiiiiiiii la...apsal pi tayang raya pertama...??? ...


aahahahahha
sian ko
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2006 12:25 PM | Show all posts
Originally posted by shirah at 16-10-2006 10:47 PM


tu kat atas ada tulis Berita Harian :-)



aku dah beli dah. pukul 10 malam baru nak carik paper. hahhahaha... :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2006 10:50 PM | Show all posts
aku plak kalo malam ok..kalo siang susah sket,ramai orang...tp boleh kot aku tgk..mintak2 la aku ingat...

BH..ada gambar x?aku amik online jek smalam....
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2006 08:44 AM | Show all posts
Originally posted by orang_kampong at 17-10-2006 10:50 PM
aku plak kalo malam ok..kalo siang susah sket,ramai orang...tp boleh kot aku tgk..mintak2 la aku ingat...

BH..ada gambar x?aku amik online jek smalam....



ada. tapi..gmbr reramai. kecik je.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:31 PM GMT+8 , Processed in 0.760308 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list