|
Kenapa tidak dilock thread ini ? Kan hadis yang digunakan ialah hadis maudhuk ? Makin sesatlah orang islam macam ni |
|
|
|
|
|
|
|
AniSani,
Thread ini tidak di lock kerana perbincangan yg ada selepas itu. Sekiranya anda perasan, saya dah pun beri amaran bahawa hadith ini palsu dalam posting #4
Harap Maklum.
[ Last edited by antiQue at 26-9-2006 06:04 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 cucusaddam's post
kt arab mmg x selawat setiap 2 rakaat, xtau nape
pak arab yg kt tmpt aku nih bg tazkirah setiap 2 rakaat |
|
|
|
|
|
|
hafis This user has been deleted
|
Reply #19 Presa1200's post
Solat Tarawih 8 rakaat tu sunnah Nabi.Biasanya sunnah 8 rakaat +3 rakaat witir.Ada juga yg solat tarawih 2 rakaat sahaja.Tak salah..masing-masing ada cara dan nas yg dipegang. |
|
|
|
|
|
|
hafis This user has been deleted
|
Bagi aku,kalau ada yang nak buat 20 rakaat,itu sesuatu yang baik.Inisiatif dia untuk beribadah bulan Ramadhan ni.
Aku kadang-kadang solat 20 rakaat.Bila mcm nak pancit,aku solat tarawih tu duduk.Bila rasa ok,aku naik berdiri balik.Aku pegang beberapa perkara dalam hal ni.Jadi harap tak ada khilaf hukum pasal hal ni.Aku pun dah tanya beberapa ahli agama dan berbincang pasal hal ni. :lebai: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by antiQue at 25-9-2006 01:34 PM
Solat witir itu adalah sunat yang sangat disukai, bukan wajib.
Solat sunat witir adalah solat penutup yg dilakukan oleh Rasululullah sebagai penutup solat-solat yg dilakukan baginda pada wak ...
klau sy dah buat solat tarawih+witir kat masjid n balik rumah buat solat sunat lain, adakah sah solat sunat tu?:hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pinKy180 at 26-9-2006 04:14 PM
klau sy dah buat solat tarawih+witir kat masjid n balik rumah buat solat sunat lain, adakah sah solat sunat tu?:hmm:
Tak mengapa solat sunat lain sekiranya sudah solat witir. Tidak perlu juga solat witir lagi selepas solat sunat tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
Rujuk majlis agama isu solat Tarawih
KUALA LUMPUR: Orang ramai, termasuk media massa perlu merujuk dengan Majlis Agama Islam negeri jika ada pihak menyebar risalah atau mengumumkan fadilat solat Tarawih bersandarkan hadis palsu mengikut kelebihan setiap malam sepanjang Ramadan.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Abd Aziz Sheikh Wan Mohamed, berkata pihaknya maklum mengenai isu berkenaan yang pernah timbul beberapa tahun lalu yang dipercayai dipelopori golongan Syiah.
揌al berkaitan hadis seumpama ini sememangnya diketahui pihak berkuasa agama dan sesiapa yang berhadapan dengan situasi berkenaan diminta segera merujuk kepada Majlis Agama Islam negeri bagi mengelak sebarang kekeliruan, |
|
|
|
|
|
|
|
Selangor tetap Tarawih 20 rakaat
Oleh Wan Jailani Razak
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor mengarahkan semua masjid dan surau di negeri ini mengerjakan solat Tarawih sebanyak 20 rakaat sepanjang bulan Ramadan kali ini, tidak termasuk solat Witir tiga rakaat.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, berkata kerajaan negeri juga membuat ketetapan tidak membenarkan masjid dan surau mengadakan tazkirah bagi mengelak perpecahan dan kekeliruan di kalangan masyarakat Islam.
Beliau berkata, ketetapan itu juga bertujuan memastikan umat Islam tidak berdebat mengenai jumlah rakaat solat tarawih serta sama ada tazkirah boleh diadakan ketika Tarawih.
揔ita kena ingat siapa kita dan adakah dengan melakukan solat Tarawih lapan rakaat ia sudah dikira sempurna. Namun, jika dilakukan 20 rakaat jangan pula imam baca ayat laju sangat, sehingga sebutannya tak jelas dan akhirnya tak beri manfaat kepada kita.
揔ita tidak benarkan tazkirah ketika Tarawih sebab kita digalak kurangkan bercakap, banyakkan berzikir, membaca al-Quran dan bersedekah, selain berpuasa sepanjang Ramadan," katanya ketika merasmikan majlis penyampaian moreh kepada masjid dan surau seluruh negeri di sini, semalam.
Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat negeri, Datuk Abdul Rahman Palil; Mufti negeri, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohammed Khusrin Munawi.
Tahun ini, kerajaan negeri memperuntukkan RM1.2 juta untuk moreh dengan setiap masjid menerima RM1,000 dan surau, RM400. Ada 359 masjid dan lebih 1,800 surau di seluruh Selangor.
Dr Mohamad Khir berharap tiada lagi penyalahgunaan fungsi surau dan masjid dan semua pihak menjadikan isu solat dua imam di Surau Ar-Rahman di Seksyen 8 di sini baru-baru ini, sebagai pengajaran.
Sultan Selangor baru-baru ini mengarahkan surau itu ditutup sementara apabila penduduk mengadakan solat dua imam kerana tidak puas hati dengan pelantikan ahli jawatankuasa baru surau. Bagaimanapun, ia diselesaikan selepas kumpulan bertelingkah itu, berkompromi.
Dr Mohamad Khir juga menegur khatib yang tidak membuat persediaan sebelum menyampaikan khutbah Jumaat sehingga menyebabkan mereka selalu tersasul. |
|
|
|
|
|
|
|
tumpang tanya;
yang pasal hadis palsu tuh, merujuk pada yang mana eh?
kalau yang mcm nih?
1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir'aun dan Hamman.
8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul 'Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar. |
|
|
|
|
|
|
|
CARA2 SEMBAHYANG TERAWIH
Salam..
Saya dah search pasal sembahyang terawih tp tak jumpe thread yg menerangkan cara2 sembahyang terawih dari awal hingga akhir. Boleh tak sesiapa bagitau cara2 utk sembahyang terawih. dari niat hinggalah penghabisannye. saya tak pernah sembahyang terawih selama ni.. taktau cara2nye dan tak pernah berterawih kat masjid pun. saya igt nak terawih sendiri jek kat umah, coz nak ke masjid, status saya sebagai seorang isteri yg sedang mengandung tak mengizinkan.
lagi satu nak tanye, since esok dah start puase, sembahyang terawih yg pertama start malam ni kan? berapa rakaat minimum utk sembahyang terawih ni?
mintak jasa baik forumer sume utk bantu saya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah puan!
Ya betul, malam ni dah start solat terawih.
Tentang cara, boleh lihat di wikipedia ini.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Solat_Sunat_Tarawih
Saya cadang puan singgah kedai buku agama beli risalah solat tarawih, lagi detail penerangannya. Pada masa yang sama tengok2lah kot-kot ada buku/vcd/kaset ugama yang bekenan, bolehlah beli buat halwa mata dan telinga bulan puasa ni..
Semoga Ramadhan tahun ini membawa rahmat. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 always_typo's post
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 always_typo's post
thanks for the link always_typo..
saya dah baca link tu. tolong betulkan klau saya salah..
1) minimum 2 rakaat, takbiratul ikhram di setiap kumpulan rakaat.
2) selepas baca niat sembahyang terawih, adakah kite perlu membaca doa iftitah, diikuti dgn al-fatihah dan surah seperti solat2 wajib? atau utk sembahyang terawih ada surah2 yg tertentu harus dibaca?
3) bagaimana dgn rakaat kedua? adakah masih sama bacaan seperti solat wajib? tahiyat akhir dan sebagainye?
4) adakah sembahyang terawih wajib diikuti dengan solat sunat witir?
terima kasih in advance atas jawapan yg bakal diberikan. igt nak start terawih malam ni tp by the time balik keje, mesti dah tak sempat nak pegi beli buku cara2 solat ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
1) maksimum 2 rakaat each, minimum 8 rakaat in total bermaksud 4 kali takbiratulihram dan salam. Kalau buat total 2 rakaat sahaja pun boleh tapi rugilah sebab terlepas pahala sunat terawih yang memerlukan sekurang2nya 8. Kalau 20 rakaat, ada 10 takbiratulihram semuanya.
2) doa iftitah sunat haiah dibaca pada mana-mana solat samada solat sunat atau wajib. Kalau solat jamaah terawih, kerap orang buat pada slps takbiratul ihram pertama sahaja. Ini tak ada sunah sesiapa (buat rakaat pertama sahaja), cuma mungkin nak save time, bergantung kepada imam. Ada juga imam yang baca ifititah setiap kali selepas takbiratulihram.
3) Rakaat kedua macam solat biasa juga (fatihah dan surah) , berakhir dengan tahiyat akhir. Selalu first 15 nights, surah yang dibaca adalah surah qulhuwallah.
4) Tidak wajib. Sunat sahaja. Sunat witir boleh dibuat kemudian. (untuk pengetahuan puan, sunat witr ni lebih muakkadah atau tinggi tuntutannya dari sunat terawih bukan shj di bulan puasa tetapi juga di bulan biasa)
Adapun bacaan surah yang orang selalu buat untuk 15 malam pertama.
Rakaat 1, 3, 5, 7, 9,11,13,15,17,19 : Bermula Al Takathur (Al Haa kumuttaka thuruhhatta).. menurun sehingga Al Lahab (Tabbat ya da..)
Rakaat 2, 4, 6, 8, 10, 12, 14, 16, 18, 20 : Qulhuwallah...
untuk malam 16 ke atas.
Rakaat 1, 3, 5, 7, 9,11,13,15,17,19 : Al Qadr (Inna an zalnaa hufii lailatil qadr)
Rakaat 2, 4, 6, 8, 10, 12, 14, 16, 18, 20 : Bermula Al Takathur (Al Haa kumuttaka thuruhhatta).. menurun sehingga Al Lahab (Tabbat ya da..)
Itupun kalau boleh hafal. Kalau tak boleh, baca surah apa pun boleh. Kalau saya salah pasal surah ni mungkin forumer lain boleh betulkan. Dah lama imam tmpt saya tak buat ni, kerana dok ikut imam hafiz.
Ikut pengalaman sekali-sekala saya, solat terawih sorang-sorang ni amat mencabar, sbb tu saya lebih gemar buat berjemaah ... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 always_typo's post
terima kasih lagi skali ye.. dah makin clear dah cane nak semayang terawih ni..
jahil btul saya psl sembahyang terawih ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dirumah buat 8 rakaat dengan 4 salam, baca apa-apa surah lepas fatihah tiap2 rakaat.
Lepas tu sudahkan dengan witir 3 rakaat 2 salam. Dalam witir sangat baik kalau baca surah AlA'la rakaat pertama (lepas fatihah), alKafirun rakaat ke 2. Rakaat yang last baca alIkhlas (lepas fatihah) dan baca doa qunut bangun dari ruku' yang terakhir ditambah dengan doa2 keperluan yang lain, lepas doa terus sujud salam dan habis... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mm dapat jugak buat kat umah..dulu masa belum kawin, boleh gi surau..ni dah ada anak, nak buat kat rumah lah pulak |
|
|
|
|
|
|
|
mer asih kengkawan...btul tu..sbgai isteri nie tanggungjawab kt anak2 tk mengizinkan kita nk g surau/masjid....alhamdulillah along dpt gak sikit knowledge.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 kupia's post
sembahyang terawih pun kene baca doa qunut? |
|
|
|
|
|
|
| |
|