|
salam
bagi sayalah tiada kebocoran
atau apa saja ttg AL QURAN dan HADITH NABI
cam saudara sendiri TELITI hadith yg dikatakan palsu?????
kan senang kalau manusia menggunakan akal fikiran yg telah dijadikan
kenapa saudara perlu susah ttg kebocoran itu???
selagi bernama manusia, selagi itu HAWA NAFSU menguasai diri
tak mampu nak pecahkan diantara kebaikan dan keburukan
melainkan mereka atau kita BERHIJRAH
berhijrah dr sifat dan kelakuan manusia.....
dan ttg HADITH yg saudara tak terima tuuuu
cuba saudara hayati konsep kehidupan dan tatacara mereka dimasa itu
dan begitulah corak kehidupan mereka
mungkin agak janggal dgn kehidupan kita hari ini
ttg malaikatmaut tuuu, ingat ingat
DIA menjenguk kita LIMA kali sehari
atai pun 55 kali?????????????????????????? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
Bee_Doc This user has been deleted
|
dan ttg HADITH yg saudara tak terima tuuuu
cuba saudara hayati konsep kehidupan dan tatacara mereka dimasa itu
dan begitulah corak kehidupan mereka
mungkin agak janggal dgn kehidupan kita hari ini
Seperti yang saya katakan masing-masing mempunyai tanggapan berbeza dalam soal-soal ini. Dan saya menghormatinya. Pendirian saya pula berdasarkan hujah-hujah mantap (termasuklah dari sudut seerah) yang saya yakini dan saya berpegang padanya. Dan saya juga telah mengkaji hujah-hujah opposite dan kurang yakin dengannya. Beginilah pandangan saya.
ttg malaikatmaut tuuu, ingat ingat
DIA menjenguk kita LIMA kali sehari
atai pun 55 kali??????????????????????????
Saya selalu mengingati akan kematian. Dan malaikat maut bukanlah boleh diajak berunding untuk melengahkan atau menambah sesaat saat kematian. Malaikat menjalankan kewajipan menurut perintah dengan taatnya.
Allahualam |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by orangbesi at 14-11-2006 10:18 AM
salam
bagi sayalah tiada kebocoran
atau apa saja ttg AL QURAN dan HADITH NABI
cam saudara sendiri TELITI hadith yg dikatakan palsu?????
kan senang kalau manusia menggunakan akal fikiran yg te ...
Berkenaan malaikatmaut tu saya tak tau berapa kali dia jenguk
Namun solatku, ibadatku, hidup dan matiku hanya untuk Robb sekelian 'Alam
Bukan untuk makhluk........... |
|
|
|
|
|
|
Bee_Doc This user has been deleted
|
Salam
bagi sayalah tiada kebocoran
atau apa saja ttg AL QURAN dan HADITH NABI
cam saudara sendiri TELITI hadith yg dikatakan palsu?????
kan senang kalau manusia menggunakan akal fikiran yg telah dijadikan
dan ttg HADITH yg saudara tak terima tuuuu..
ttg malaikatmaut tuuu, ingat ingat..
Alang-alang berbincang mengenai persoalan sdr kepada saya mengenai hadis yang saya tak terima dan penggunaan akal fikiran, izinkan saya menukilkan hujah-hujah yang menjadi pijakan saya khususnya dalam persoalan hadis tentang dialog malaikat maut dengan Nabi Musa.
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah ;
" Malaikat maut datang menemui Musa ('a.s), dia berkata kepadanya: Sahutlah seruan Tuhanmu. Katanya: Maka Musa menumbuk mata ('ain) malaikat maut sehingga terkeluar biji matanya. Malaikat maut kembali kepada Tuhan dan berkata: Sesungguhnya Engkau (Tuhan) mengutuskanku kepada hamba-Mu yang tidak mahu mati maka dia telah menumbuk sehingga terkeluar mataku. Katanya: Allah lalu memulihkan matanya semula dan berfirman: Pergilah kembali kepada hamba-Ku dan katakanlah: Kalau engkau mahu terus hidup, cekupkanlah tanganmu di belakang badan lembu. Sebanyak mana bulu yang engkau genggam dengan tanganmu itu, sebanyak itulah bilangan tahun umurmu dilanjutkan."
Hadis di atas telah menjadi kontroversi sepanjang masa. Saya telah meneliti hujah-hujah ulama yang mempertahankan dan yang menolak hadis ini, hasilnya saya lebih cenderung untuk menolaknya. Akal dan logika yang sehat akan menemui kesulitan untuk memahami hadis ini. Walaubagaimanapun saya akan cuba hanya menggunakan sedikit logika, dan selainnnya saya utarakan hujah dari AL-Quran dan sumber lain untuk menyokong pendirian saya yang sebegitu.
Kita sedia maklum Islam mengajar kita bahawa para malaikat itu senantiasa tunduk dan patuh kepada perintah Allah dan tidak pernah melanggar larangan-Nya.
Sesungguhnya mereka (yaitu para malaikat) yang ada di sisi Tuhanmu tidak ingkar beribadah kepada-Nya dan mereka selalu bertakbir untuk-Nya serta hanya kepada-Nya saja mereka bersujud (7:206)
Dan malaikat-malaikat yang di sisi-Nya, mereka tiada mempunyai rasa angkuh untuk menyembah-Nya dan tiada (pula) merasa letih. Mereka selalu bertasbih malam dan siang tiada henti-hentinya. (21:19-20)
Malaikat berbakti dengan memuji Tuhan mereka Dan memintakan ampunan bagi orang-orang yang ada dibumi (42:5)
Dan mengenai tujuan serta tugas para malaikat, Al-Quran menyatakan ;
Segala puji bagi Allah Pencipta langit dan bumi, Yang menjadikan malaikat sebagai utusan-utusan (untuk mengurus berbagai macam urusan) yang mempunyai sayap, masing-masing (ada yang) dua, tiga dan empat. Allah menambahkan pada ciptaan-Nya apa yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (35:1)
"Katakanlah: ""Malaikat maut yang diserahi untuk (mencabut nyawa) mu akan mematikan kamu; kemudian hanya kepada Tuhanmulah kamu akan dikembalikan." (32:11)
Kita juga sedia maklum bahawa para Nabi itu sentiasa taat, patuh dan takut pada perintah Allah ;
(Allah telah menetapkan yang demikian) sebagai sunnah-Nya pada nabi-nabi yang telah berlalu dahulu. Dan adalah ketetapan Allah itu suatu ketetapan yang pasti berlaku, (iaitu) orang-orang yang menyampaikan risalah-risalah Allah, mereka takut kepada-Nya dan mereka tiada merasa takut kepada seorang (pun) selain kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai Pembuat Perhitungan. (33:38-39)
Pertama sekali kita 揹igest |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
Bee_Doc This user has been deleted
|
Salam,
Bersesuaian dengan tajuk thread ini, saya kemukakan satu lagi hadis yang pada anggapan saya adoptasi dari kitab Yahudi. Akan tetapi anda bebas saja untuk menerima hadis jika yakin ianya dari Nabi saw.
Riwayat Bukhari dari Abu Hurairah ra, dia mendengar Rasulullah bersabda ;
"Ada dua orang perempuan bersama dua orang anak mereka. Lalu datang serigala dan melarikan anak salah seorang di
antara anak mereka. Kata salah seorang, 'Anak engkau yang dilarikan serigala.' Kata seorang lagi, 'Anak engkau yang dilarikan serigala.' "
"Mereka lalu meminta keputusan daripada Nabi Daud. Beliau memberi keputusan bahawa anak yang tinggal itu (yang tidak dilarikan serigala) adalah anak perempuan yang lebih tua."
"Mereka lalu pergi kepada Nabi Sulaiman bin Daud dan diceritakan kepadanya. Kata Sulaiman, 'Bawalah sebilah pisau supaya aku dapat membelah anak ini untuk kedua orang ibunya.' Perempuan yang lebih muda itu berkata 'Jangan tuan lakukan! Semoga tuhan memberi rahmat kepada tuan! Itu adalah anaknya !' Beliau lalu memutuskan bahawa anak itu
untuk perempuan yang muda. "
Bandingkan dengan kisah ini yang terdapat dalam kitab Yahudi The Book of Kings [Melachim 1 3:12] ;
Two women came to King Solomon and stood before him. One woman (#1) said: "My Lord, this woman and I dwell in the same house, and I gave birth to a child while with her in the house. On the third day after I gave birth, she also gave birth. We live together; there is no outsider with us in the house; only the two of us were there. The son of this woman died during the night because she lay upon him. She arose during the night and took my son from my side while I was asleep, and lay him in her bosom, and her dead son she laid in my bosom. when I got up in the morning to nurse my son, behold, he was dead! But when I observed him (later on) in the morning, I realized that he was not my son to whom I had given birth!"
The other woman (#2) replied: "It is not so! My son is the live one and your son is the dead one!"
The first woman (#1) responded: "It is not so! Your son is the dead one and my son is the living one!"
They argued before King Solomon.
King Solomon said: "this woman (#2) claims 'My son is the live one and your son is the dead one, 'and this woman (#1) claims 'Your son is the dead one and my son is the living one!"'
King Solomon said, "Bring me a sword!" So they brought a sword before the King. The King said, "Cut the living child in two, and give half to one and half to the other"
The woman (#2) turned to the King, because her compassion was aroused for her son, and said: "Please my Lord, give her the living child and do not kill it!"
But the other woman (#1) said: "Neither mine nor yours shall he be. Cut!"
The King spoke up and said: "Give her (#2) the living child, and do not kill it, for she is his mother!" All of Israel heard the judgment that the King had judged. They had great awe for the King, for they saw that the wisdom of God was within him to do justice. [I Melachim 3:16 - 27]. The woman was rightfully awarded custody of her son.
Perbezaannya cuma, sebab kematian anak yang berbeza (dalam Bukhari anak dilarikan serigala!) dan kurangnya satu karakter (Dalam bukhari ada Nabi Daud, dan menggambarkan ketidakyakinan terhadap keputusan Nabi Allah ini membawa kepada perempuan2 tersebut menghadap Nabi Sulaiman ).
Saya hanya sekadar berkongsi info dan terpulang kepada anda membuat penilaian samada ini hanya suatu kebetulan, atau Nabi mengulangi kisah ini dari ahlul Kitab kepada Abu Hurairah agar sampai kepada umat Islam ataupun sebaliknya.
Allahualam.
[ Last edited by Bee_Doc at 16-11-2006 11:47 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
belut This user has been deleted
|
Originally posted by Bee_Doc at 16-11-2006 11:45 AM
Salam,
Bersesuaian dengan tajuk thread ini, saya kemukakan satu lagi hadis yang pada anggapan saya adoptasi dari kitab Yahudi. Akan tetapi anda bebas saja untuk menerima hadis jika yakin ianya d ...
Sebahagian besar hadis di dalam sahih Bukhari dan sunan yang lain memang dicedok dari tradisi Yahudi. Abu Hurairah dan periwayat hadis berdamping dengan ahli kitab untuk mendapatkan cerita-cerita 'menarik'. |
|
|
|
|
|
|
belut This user has been deleted
|
Originally posted by Bee_Doc at 10-11-2006 12:55 PM
Salam,
Ada hadis-hadis palsu atau dhoif, kadangkala tidak begitu statusnya. Bayangkan senario ini;
Jika kita berada dikelompok Sunni - kita hanya menerima hadis seperti yang ditentukan o ...
Cuba bayangkan, selepas bertahun-tahun setelah Nabi wafat, ada seorang lelaki alim dan berakhlak mulia datang memberitahu kita yang beliau mendengar Nabi berkata itu dan ini, kemudian saya memilih untuk tidak mempercayai kata-kata lelaki tersebut. Tiba-tiba saya dikatakan tidak mempercayai kata-kata Nabi.
Ulama Syiah menganggap ulama Sunnah kafir kerana tidak mempercayai kata-kata Nabi. Alasan mereka ialah ulama Sunnah menolak sabda Rasulullah di dalam hadis mereka. Ulama Sunah pula menganggap ulama Syiah kafir. Kedua-dua mereka ini bodoh kerana mempercayai laporan pihak ketiga seperti mempercayai Tuhan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
salam
masih meragui TUGAS MALAIKAT MAUT????
dan adakah dlm kisah diatas sewaktu mendatangi MUSA
memang AJALNYA dah tiba, atau
memang nak dijadikan PELAJARAN bagi kaum sesudahnya????
dan adakah salah kalau saya bertanya saudara
apa bezanya SIMALAIKATMAUT dgn MANUSIA?????
sampai susah nak KENAL dia dan tugas rasminya.....
dan mungkin MUSA berkeinginan nak HIDUP lagi barang seketika
memandangkan UMATNYA yg masih berpecah belah
dan ingin meneruskan PERINGATANNYA
dan DIA pun tahu (dr genggaman bulu lembu tersebut)
bahawa umurnya tidak kesampaian sebegitu jauh!!!!!!
dan kalaulah yg datang kepada SAUDARA
mengaku MALAIKAT, adakah betul dia malaikat
ataupun sidurhana tuuuuuuuuuuuu?????????
(cuba kaitkannya) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
nurul_yusra This user has been deleted
|
Hadith Maudu (Palsu)
Iaitu hadith atau perkataan seorang yang dikatakan hadith nabi saw pada hal itu bukanlah hadith nabi, yang demikian teranglah palsunya.
Mula timbul hadith maudu (palsu)
Selepas tahun 40 hijrah timbullah hadith2 maudu (palsu) iaitu sebaik sahaja terjadinya fitnah di akhir masa khalifah Uthman di mana ummat Islam di kala itu pecah menjadi beberapa golongan:
Pertama: Golongan Saidina Ali, yang kemudian dinamakan golongan Syiah
Kedua: Golongan Khawarij yang menentang Ali dan Muawiyyah
Ketiga: Golongan yang memegang tampuk kerajaan pada masa itu
Sebab2 timbul hadith palsu
1) Perselisihan siasah dalam soal khalifah.
2)Zanadaqah - golongan yang benci kepada perkembangan dan kebesaran Islam dan untuk memusnahkan syariat Islam.
3) Asabiyah - golongan yang terlampau taksub pada bangsa dan kebudayaan.
4) Golongan yang taksub pada Imam abu Hanifah & benci kepada Imam Shafii
5) Golongan yang ahli2 hikayat
6) Pertikaian faham dalam masalah fiqh menurut mazhab (pengikut2 mazhab Abu Hanifah mebuat hadith ini untuk
menegak mazhabnya).
7) Kejahilan pada agama tapi ingin kebaikan untuk agama kebanyakannya ahli2 ibadat, orang2 tasawwuf dan orang
saleh. Mereka berpendapat untuk menarik ummat kepada ibadat diharuskan dan tidak salah.
8)Orang yang ingin mendekatkan diri kepada pembesar2 dan ketua2 negara untuk mendapat penghargaan dan
kehormatan.
berhati-hatilah.. |
|
|
|
|
|
|
|
salam
terima kasih kerana memberi peringatan
tapi boloehkah saudara membacakan hadith palsu tersebut????
dan betulkah ianya palsu
atau MATA HATI kita yg MEMALSUKANNYA
manalah tahu, kita yg sukar utk mengamalkannya....
HANYA MEREKA YANG TAKUT MENDAPAT PELAJARAN |
|
|
|
|
|
|
nurul_yusra This user has been deleted
|
Adalah tidak wajar apa saja yang dikatakan hadis terus disebarkan kepada masyarakat tanpa meneliti takhrij dan tahqiq
(keputusan) ulama hadis terhadap kedudukannya.
Bukan saja membuat hadis palsu itu hukumnya haram, bahkan meriwayatkannya tanpa menjelaskan kepada pendengar
bahawa ia adalah hadis palsu juga adalah haram dan berdosa.
Oleh itu, semua umat Islam wajib memandang berat perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasulullah yang
menjadi sumber kedua perundangan Islam selepas al-Quran. |
|
|
|
|
|
|
|
salam
takkan kot cam tu saudara
kena tapis tapis pulak PESAN NABI tuuuuu
contohnya PESAN NABI kepada ABU DZAR:
JANGANLAH KAMU BERMALAM DGN ADA SATU DINAR PUN PADA KAMU
MELAINKAN UTK BAYAR HUTANG DAN FISABILILLAH
jadi camna tuuuuuuu
walaupun BERAT nak diamalkan TAPI kena BACAKAN jugak kpd MANUSIA
walaupun nanti ada yg akan MEMBERONTAK
mengatakan ini HADITH PALSU!!!!!!!
cuba saudara teliti kembali PESAN NABI tersebut!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Hadis ciptaan untuk membersihkan kekejaman dan penyelewengan para penguasa oleh para pendusta.: |
|
|
|
|
|
|
nurul_yusra This user has been deleted
|
Originally posted by orangbesi at 3-1-2007 11:20 AM
salam
takkan kot cam tu saudara
kena tapis tapis pulak PESAN NABI tuuuuu
contohnya PESAN NABI kepada ABU DZAR:
JANGANLAH KAMU BERMALAM DGN ADA SATU DINAR PUN PADA KAMU
MELAINKAN UTK BAYAR HU ...
http://www.darulkautsar.com/penghadis/artikel/Hadispalsu.htm
saudara bleh baca dlm tu...
Diantara ciri-ciri hadis maudhu` (rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah
1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad S. A. W. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi-nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.
2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan dimana ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis shohih.
3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s. a. w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi sepertimana yang terdapat dalam hadis-hadis shohih.
4. Didalam setengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama-ulama hadis telah mengatakan bahawa hadis-hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang shohih. Yang lainnya adalah palsu.
Oleh itu umat Islam sekalian terutamanya pihak-pihak berkenaan seperti institusi-institusi agama diperingkat negeri dan pusat sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan kedua Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan diayah-diayah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s. a. w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.
maklumat kat atas ada dlm lmn web kat bwh...
http://www.mymasjid.com.my/article/show.asp?id=1223 |
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikum...
Hebat perbincanagan ini.... teruskan sehinggga kebenaran terserlah...
Itu baru hadith.... ada lagi yang perlu kita tahu...
ISRAILIAT ..... Apa itu ?
Israiliat ialah cerita-cerita yang dimuatkan oleh Yahudi yang beragamaIslam ketika mereka menafsirkan ayat al-Quran. Kisah@ cerita mereka adalakalanya dikaitkan dgn Allah,Rasulullah @ alam Ghaib spt Syurga,neraka dsb sdgkan tiada nas @ dalilyang nyata drp Allah dan RasulNya...
TQ..
Siapa yang ada idea sila teruskan.... |
|
|
|
|
|
|
|
salam
BENAR tu ttg kisah kisah ISRAILIAT
yelah kisah kisah org org terdahulu
yg pelik pelik dan tak masuk akal kata org sekarang
tapi TAK MUSTAHIL dijadikan sebegitu oleh penciptanya
dan berbalik kpd HADITH NABI
saya rasa saya perlu bertanya
DIMANAKAH LEBIH KEBAIKAN
ANTARA KAJI SAMADA HADITH ITU PALSU ATAU BETUL,
ATAU MENGAMALKANNYA TERUS
sebab dlm beribu ribu HADITH yg saya tahu,
TAK ADA SATU PUN YG BERCANGGAH DGN AL QURAN DAN KITAB TERDAHULU????
saya rasa kalau dok kaji betul ka salah ka, makan masa
baik cuba amalkannya dan RASAILAH KENIKMATANNYA!!!!!!
betulkahNIKMAT atau SENGSARA???????????????????????????????????????????????????????? |
|
|
|
|
|
|
nurul_yusra This user has been deleted
|
Reply #36 orangbesi's post
Alhamdulillah kalau hadith yg dibaca xbercggah ngan Quran n Sunnah..
permasalahan skang ni...msh ada yg memalsukan hadith..tp Alhamdulillah tlh bgkit
tokoh2 islam yg menyelamatkan keadaan ni dgn mengumpul hadith2 sahih n
xkurang gak yg kumpul hadith2 dhaif..ni dpt elak pemalsuan thdp hadith..
hadith2 spt dlm sunan atTarmizi tlh mjlskan martabat sesuatu hadith...sbb tu lah
kalau kita mbacakan sesuatu hadith dhaif yg kita tau..kita perlu trgkan mrtbtnye.. |
|
|
|
|
|
|
zabdulsh This user has been deleted
|
kelebihan nama muhammad
aslm..
nak tanye pada yg expert nih.. ade beberapa hadis yg menyatakan kelebihan menamakan anak dgn nama muhammad.. sila rujuk:-
http://forum.cari.com.my/viewthr ... page%3D1&page=1
adakah hadis2 ini sahih atau tidak..? saya dah try seach kat google rase mcm susah betul nak jumpe..
tengkiu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Setakat ni saya belum lah jumpa lagi hadith kelebihan beri nama Muhammad dari Sahih Sittah (Sahih yang 6).
Yang saya jumpa dalam Sahih Muslim ada saya paste dalam thread tersebut di page 2, tapi hadith tu tak nyatakan pun kelebihan beri nama Muhammad, ianya cuma mengatakan Rasulullah membenarkan kita menamakan anak mengikut namanya. |
|
|
|
|
|
|
zabdulsh This user has been deleted
|
Reply #39 antiQue's post
time kasih antique.. kalo ade ape2 info terbaru nanti mintak diupdatedkan kat sini ek.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|