|
[MERGED] Himpunan Amalan2 bida'ah masyarakat Melayu Malaysia
[Copy link]
|
|
ada sesiapa boleh bagi takrifan bidaah.
kenapa perlu kita sempitkan bidaah itu kepada ibadah spiritual sahaja.
kenapa perlu dipisahkan kemajuan dengan ibadah. sedangkan jika kita berkemajuan kerana Allah, bukan kah itu ibadah. |
|
|
|
|
|
|
|
Minta izin tuan mod utk pastekan petikan ni, petikan khutbah Jumaat daripada Jabatan Agama Islam Selangor.
" BIDA'AH MENURUT KACAMATA ISLAM "
Telah menjadi kelaziman, tradisi yang sinonim dalam masyarakat Islam di Malaysia, khususnya apabila mengadakan kenduri aqiqah, perayaan Maulidur Rasul, perkahwinan dan lain-lain. Mereka mengadakan majlis bacaan berzanji, selawat dan rawi.
Sejak akhir-akhir ini, telah timbul desakan yang kuat dari segolongan umat Islam agar amalan ini dimansuhkan kerana di anggap Bid'ah yang tidak pernah di lakukan oleh Rasulullah s.a.w., malah ia menular dalam amalan harian kita seperti wirid selepas solat, tahlil, membaca Yasin pada malam jumaat dan talkin di kubur. Ikhtilaf pendapat ini telah menimbulkan perselisihan dan persengketaan yang bukan sedikit, akhirnya akan menjerumuskan umat Islam ke kancah perpecahan yang tiada penghujung. Oleh itu marilah sama-sama kita bincangkan persoalan ini dengan cara ilmiah, penuh berhikmah dan harmoni.
Bid'ah adalah asal perkataan bahasa Arab yang bermaksud rekaan baru atau nama bagi sesuatu yang baru yang di ada-adakan. Sheikh Izuldin bin Abdul Salam dalam Qawaid Ahkam memberi erti seperti berikut : Bid'ah itu adalah satu pekerjaan keagamaan yang tidak di kenali pada zaman Rasulullah s.a.w. manakala Imam Syaf'ie r.a. mendefinisikan sebagai segala hal yang baru, yang terdapat setelah Rasulullah s.a.w. wafat dan Khalifah yang ke empat (Khalifah Ar-Rasyidin).
Sidang jumaat yang berbahagia,
Ulama' fiqh membahagikan Bid'ah kepada dua pendapat :
Pendapat pertama :
Satu cara perbuatan yang di ada-adakan dalam urusan yang tidak pernah berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. dengan maksud untuk mendampingkan diri kepada Allah s.w.t. kerana ingin mendapat dan menambahkan pahala. Mereka membahagikan hukum ini kepada dua :
1- Bid'ah yang termasuk dalam dosa-dosa kecil, iaitu Bid'ah yang berlaku dalam juzuk-juzuk cabang peribadatan dengan kehendak Al-Quran dan Al-Sunnah.
2- Bid'atun Mazmumah/Sayyiatun/Dzholalah :
Rekaan-rekaan baru yang tidak membawa pada sebarang kebaikan pada manusia, bahkan boleh membawa bahaya samada dalam soal kehidupan seharian atau peribadatan.
Menurut pendapat kedua ini, yang menjadi pegangan masyarakat Islam yang bermazhab Ahli sunnahwaljamaah, mereka membahagikan hukum Bid'ah itu kepada lima bahagian seperti yang dinukilkan oleh Ibnu Hajrr Al-Ashqalani di dalam kitab fatwa baru :
1- Bid'atun wajibah :
Pekerjaan yang masuk dalam perkara wajib dan perintah agama seperti mengumpul dan menyusun mushaf Al-Quran.
2- Bid'atun munduwabah :
iaitu segala yang mendukung perkara sunat seperti mengerjakan solat terawih berjemaah.
3- Bid'atun mubahat :
iaitu segala sesuatu yang menjurus hal-hal yang di bolehkan seperti menaiki kenderaan, makan bermeja dan memakai pakaian berfesyen yang berbagai tetapi menutup aurat.
4- Bid'atun makruh :
Iaitu perkara yang membawa kepada makruh seperti banyak melakukan sembahyang sunat rawatib hingga solat wajib tertunda.
5- Bid'atun muharramah :
Iaitu sesuatu hal yang menjurus perkara yang haram seperti menziarahi kubur orang mati dengan tujuan meminta sesuatu pertolongan atau mengerjakan amalan suluk hingga meninggalkan solat jumaat.
Sidang jumaat yang dihormati,
Mengapa terdapat umat Islam yang menentang amalan Bid'ah ini?. Ini adalah kerana mereka merujuk dan bersandarkan kepada sebuah hadis Rasulullah s.aw. :
(Riwayat Al-Bukhari Muslim)
Bermaksud : " Sesiapa juga mengada-adakan dalam urusan agama kami ini sesuatu pekerjaan ( amalan peribadatan ) yang tiada daripadanya ( yang diadakan ) itu tertolak."
Manakala dalam hadis yang lain, Rasulullah s.aw.bersabda :
(Riwayat Muslim dari Jabir Bin Abdullah).
Bermaksud : " Adapun kemudian daripada itu, maka sesungguhnya sebenar-benar perkataan itu ialah kitab Allah dan sesungguhnya semulia-mulia petunjuk itu ialah petunjuk Muhammad s.a.w. dan sejahat-jahat perkara itu ialah yang di ada-adakan (rekaan baru) dan tiap-tiap yang di adakan itu adalah Bid'ah dan tiap-tiap Bid'ah itu adalah sesat dan tiap-tiap kesesatan itu dalam api neraka."
Walau bagaimanapun, kita sebagai umat Islam yang berpegang kepada aqidah ahli sunah waljamaah dan menganut fahaman mazhab Syafie' yang mendominasi majoriti umat Islam di Malaysia perlu merujuk kepada pendapat beliau mengenai perkara ini. Imam Syafie' seperti yang dinukilkan oleh Imam Al-Baihaqi dalam kitab 'manaqib' Syafie' dalam 'fathulbari' jilid 17 muka surat 10 menjelaskan yang bermaksud : " Pekerjaan yang baru "Bid'ah" itu dua macam : Pekerjaan kegamaan yang bertentangan dengan Al-Quran, Sunah Nabi, athara dan ijma' ini di namakan Bid'ah Dzholalah. Pekerjaan keagamaan yang baik yang tidak bertentangan dengan salah satu dari yang tersebut di atas, adalah Bid'ah juga, tetapi tidak tercela.
Bacaan berzanji adalah tergolong dalam Bid'ah Hasanah. Ini adalah kerana di dalamnya mengandungi peristiwa dan keperibadian Rasulullah s.a.w. Dalam setiap bacaan kita sulami dengan selawat ke atas Nabi. Mudah-mudahan kita tergolong dalam apa yang disabdakan Nabi yang bermaksud :" Barangsiapa yang berselawat ke atasKu sekali, maka aku akan gandakan sebanyak 10 kali" Berapa ramai daripada kita yang mengetahui sejarah kehidupan Nabi, siapa nama ibunya, nama datuknya, bila diputarkan dan dan lain-lain lagi. Generasi hari ini lebih mengenali artis-artis, tetapi tidak untuk menjadikan Rasulullah s.a.w. sebagai ikutan mereka. Maka ketika inilah amalan berzanji ini memainkan peranan untuk menjadikan Baginda Rasulullah s.a.w. sebagai contoh, lebih-lebih lagi amalan itu kini telah dibaca dalam bahasa malaysia dan bukan bahasa Arab yang kurang kita fahami.
Begitu juga membaca wirid selepas solat, bacaan Yasin beramai-ramai atau membaca talkin di kubur. Berapa ramai di kalangan kita yang memperuntukkan masa 10 minit sehari untuk membaca Al-quran atau memuhasabah diri sebelum tidur mengenai hal ehwal mati?. Berdasarkan nisbah ia mungkin boleh dihitung dengan hari sahaja. Untuk menggambarkan bahawa kita jarang membaca Al-quran, kita kadangkala tidak mempunyai penghujung ayat surah al-qafiruun ketika menghafaz, walaupun ianya adalah ayat lazim, begitu jugalah dengan hal ehwal mati yang mana kita di sunatkan untuk selalu mengingatinya, kerana ia akan datang menjemput kita tanpa di undang. Maka bacaan talkin di kubur yang begitu menyayukan selepas pengkebumian akan menginsafkan kita, yang mana kita tidak dapat lari dari dimasukkan ke liang lahad itu dan membuat persediaan yang secukupnya dari segala amal dan ketakwaan untuk menjadi syafaat kita berhadapan dengan Allah rabbuljalil. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sidang jumaat yang dirahmati,
terdapat beberapa perkara keagamaan yang dilakukan di zaman Khalifah ar rasyidin dan termasuk dalam kategori Bid'ah Hasanah. Antaranya :
1- Membukukan Al-Quran yang di lakukan di zaman Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
2- Melakukan solat terawih berjemaah yang di perintahkan oleh Saidina Umar Al-Qhattab.
3- Mengadakan azan pertama dalam solat jumaat yang di perintahkan oleh Saidina Othman.
Kalau seseorang Khalifah arrasyidin memerintahkan sesuatu amal ibadat, maka sewajarnyalah kita mengikuti dan mengamalkannya, kerana apa yang datang dari mereka pada hakikatnya adalah datang dari Rasulullah sa.w., kerana mereka adalah orang yang hampir, mendengar dan melihat sesuatu pada diri Baginda.
Sebagaimana yang disabdakan Baginda s.a.w. :
(riwayat Abu Daud )
Maksudnya : " Maka wajib atasmu memegang sunnahKu dan sunah Khalifah arrasyidin yang di beri hadiah."
Rasionalnya mengadakan azan pertama dalam solat jumaat sebagai contoh adalah untuk memudahkan umat Islam membuat persediaan yang rapi untuk menunaikan solat jumaat, kerana terdapat umat Islam mutakhir ini yang datang ke masjid hanya memenuhi tanggungjawab solat jumaat tanpa mendengar khutbahnya, hatta ketika Khatib sedang berkhutbah pun, mereka masih berkeliaran di luar masjid kerana berjual beli atau menikmati juadah untuk mengalas perut.
Kita sebagai masyarakat awam hendaklah berpegang dengan fahaman majoriti iaitu bermazhab Syafi'e Tidak salah berfahaman lain, tetapi perlu ada dasar dan dalil yang kukuh untuk berpegang dengannya. Selain itu adalah menjadi satu kesalahan dan melanggar etika, mereka yang berdakwah dalam masyarakat yang berfahaman lain, sebagai contoh, jika seseorang mengatakan amalan berzanji itu Bid'ah Dzhalalah dalam sebuag kampung yang majoritinya bermazhab Syafi'e, kita amat pasti ia akan di pulukan masyarakat setempat malah mungkin di singkirkan dari kampung tersebut.
Sikap tegas dalam mananggani syirik dan khurafat dalam masyarakat adalah masalah yang di sepakati Ulama' dan sesuatu yang wajar, tetapi di dalam permasalahan khilaf di kalangan Ulama', adalah memerlukan penglihatan terperinci dan saling hormat-menghormati, agar ia tidak merosakkan perpaduan dan persaudaraan Islam kerana itulah sikap yang di ambil oleh para Ulama' dari dulu lagi.
Oleh itu, kita perlu mengutamakan etika dan akhlak daripada emosi apabila berselisih pendapat seperti yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w., apabila para sahabat berbeza pendapat, mereka menggunakan pendekatan takwa serta menjauhi daripada emosi dan runtunan hawa nafsu. Di samping itu kita perlu bersikap sederhana dalam apa juga pandangan dan meninggalkan sikap taksub dalam beragama, kerana ia menjadi faktor penting bagi mencapai kesatuan dan perpaduan sesama insan.
Sikap bekerjasama, bertolak-ansur dan tidak fanatik kepada sesuatu pendapat perlu menjadi teras agar budaya kafir-mengkafir, fasik-memfasik, gelaran ahli Bid'ah atau ungkapan lain tidak akan berlaku dalam masyarakat.
Mudah-mudahan amalan Bid'ah Hasanah yang kita lakukan selama ini akan mendapat ganjaran sebaiknya dari Allah s.w.t. sebagaimana sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang menjadi hujah Imam Syafi'e apabila membicarakan persoalan Bid'ah ini yang bermaksud :
" Barangsiapa yang mengadakan dalam Islam Sunnatun Hasanah, maka di amalkan orang lain kemudian sunnahnya itu di berikan pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya, kemudian dengan tidak mengurangkan sedikit jua daripada pahala orang yang mengerjakannya kemudian. Dan barangsiapa yang mengadakan dalam Islam Sunatun sai'ah, maka di amalkan orang kemudian sunnah buruknya itu, diberikan kepadanya dosa seperti dosa orang yang mengerjakan kemudiannya dengan tidak mengurangi sedikit pun jua dari dosa orang yang mengerjakan kemudian itu. "
(Hadis riwayat Muslim.)
(Surah Al-A'raaf ayat 178.)
Bermaksud : " Sesiapa yang di beri petunjuk oleh Allah (dengan sebab persediaannya), maka dia lah yang beroleh petunjuk, dan sesiapa yang di sesatkan oleh Allah s.w.t. (dengan sebab keingkarannya), maka dia lah orang-orang yang rugi."
2 Januari 2004 / 9 Zulkaedah 1424H |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum semuer,
Bidaah yg teman pernah lihat dan belajor ialah:
1. membawa anak anak melalui di bawah keranda ayah nya
2. di pakai nya serban ke atas jenazah lelaki
Waallahu'alam |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
gennosukesama This user has been deleted
|
Originally posted by kelat at 7-2-2006 04:19 PM
betul tu. kalau dalam satu negeri tu guna kereta tiba-tiba ada satu orang naik unta ke naik kuda ke pegi kerja, mesti la orang tengok serong. padahal pakai kereta tu bidaah. tak penah di buat oleh ...
eh suka ati nko la nak bidaah ke idak. kalo nak cakap bidaah pun betul kan? tapi bidaah yang boleh. kalo tak boleh atau bertentangan mesti bidaah tak boleh. "bidaah benar nko ni" misalnya orang2 tua cakap maksudnya lebih2 betul le nko ni..PAHAM YA
kalu tok pehe lagi gak bedo'oh bena la mung ni |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by orangbesi at 7-2-2006 05:38 PM
salam
maaf ya kalau ada terkasar
terutama buat pipi
sekali sekala buat GEMPARK kan ok jugak
kita masuk bab SOLAT dulu ok
sebab SOLAT TU TIANG AGAMA
1. NABI tak pernah ajar LAFAZ SOLAT
2. ...
assalamualaikum sdr o.besi.
nak tanya terlebih dahulu, adakah rokok dikira bidaah? |
|
|
|
|
|
|
gennosukesama This user has been deleted
|
Originally posted by pesnipersnake at 8-2-2006 09:39 PM
assalamualaikum sdr o.besi.
nak tanya terlebih dahulu, adakah rokok dikira bidaah?
bidaah le... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pesnipersnake at 8-2-2006 09:39 PM
nak tanya terlebih dahulu, adakah rokok dikira bidaah?
Sila nyatakan bidaah ke tak benda2 berikut :
1. Kereta
2. Rokok Dunhill
3. Arak secara umum
4. Tuak org Iban
5. Forum MM yg membicarakan pasal bidaah dgn niat meningkatkan ilmu
nyatakan skali kalau bidaah kenapa, kalau bukan kenapa... :hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa baik kita jelas apa bidaah yg nak dibincangkan... bidaah ialah amalan ibadah yg direka2, takda dalil yg menyokong amalan tu, tak dibuat oleh Rasulullah SAW...
kalau rokok, arak, tuak ni semua bukan bidaah, ni mmg dah jelas maksiat.. |
|
|
|
|
|
|
|
bid'ah tak baik:bersanding masa kahwin
(kalau berinai cam org india kawin tu bid'ah gak tak?)sbb kita selalu kuku je.tp skang nih sampai lengan,betis...corak bunga2 tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by palong at 9-2-2006 05:35 PM
kalau rokok, arak, tuak ni semua bukan bidaah, ni mmg dah jelas maksiat..
khalwat tu bukan ke rasulullah saw bersendiri di gua dan beribadat kdp Allah:bgrin:
fleurzsa: I perbetulkan ayat anda. Thanks.
oookhalwat ye..tertukarrr sori:malu:
[ Last edited by mrs_livingstone at 14-2-2006 10:17 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mrs_livingstone at 10-2-2006 11:15 PM
khalwat tu bukan ke rasulullah saw bersendiri di gua dan beribadat kdp Allah:bgrin:
apa yang u cakap ni? maksudnya u cakap Rasullulah buat maksiat ke? ish! maksiat tu bukan ke kemungkaran? tak tahulah kalau u memang ada maksud tersendiri cakap macam tu. atau mungkin i yang tak tahu ke, ada maksud lain ke "maksiat" tu?:stp:
i rasa bersendiri di gua dan beribadat tu ialah seclusion, solitude i.e khalwat (bukan khalwat dok romen-romen tu ye!)
[ Last edited by fleurzsa at 11-2-2006 08:53 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mrs_livingstone at 10-2-2006 11:15 PM
khalwat tu bukan ke rasulullah saw bersendiri di gua dan beribadat kdp Allah:bgrin:
Hapelah kau ni , nabi BERKHALWAT iaitu bersendirian dalam gua tu , tu maksud khalwat , psl tu laki dan pompuan , bila bersendirian , ditangkap khalwat , iaitu ditangkap bersendirian , maksudnya kita x tau apa yg dorang buat
Bkn nabi buat maksiat , main belasah je kau ni:gila:
[ Last edited by fleurzsa at 11-2-2006 08:54 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by palong at 9-2-2006 05:35 PM
bidaah ialah amalan ibadah yg direka2, takda dalil yg menyokong amalan tu, tak dibuat oleh Rasulullah SAW...
kalau rokok, arak, tuak ni semua bukan bidaah, ni mmg dah jelas maksiat..
so betullah yg Mala kata, bidaah terhad pada 'amalan ibadah' shj ? nanti ada org tanya naik keter dlm keadaan tertentu boleh jadi ibadat, boleh jadi maksiat... so bidaah ke tak ?
:stp: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mrs_livingstone at 10-2-2006 11:15 PM
khalwat tu bukan ke rasulullah saw bersendiri di gua dan beribadat kdp Allah:bgrin:
nak buat lawak ke?!!!.. kalau nak berlawak pong, janganlah sampai Rasulullah pong ko tibai sekali!
[ Last edited by fleurzsa at 11-2-2006 08:56 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
salam
pasal rokok ni saya kena jawab jugak
walaupun saya MEROKOK
sapa tak percaya dizaman NABI dah ada golongan yang menghisap.....
(yg panjang tu, sambil bersantai boleh sedut)
jadi ada tak HADITH NABI ttg ini???
sebab saya tak pernah jumpa
tapi keburukan lebih banyak dr kebaikan
dan termasuk membazir
dan berdosa (bagi saya sahaja)
buat saudara kelat
apa yg saudara bacakan tu, kalau SALAH
sudikah saudara menanggung dosa orang lain???
saya menunggu jawapan saudara |
|
|
|
|
|
|
|
Ini pengertian bidaah yang saya lihat dari perspektif mazhab. Post ini saya buat di ruangan mazhab.
Bidaah menurut Wahabi adalah mengada-adakan amalan dalam agama yang tidak dilakukan semasa hayat Rasulullah saaw. Mereka bersandarkan dari hadis yang bermaksud..." Tiap-tiap bidaah itu adalah sesat dan tiap-tiap kesesatan itu tempatnya di neraka". Justeru semua amalan-amalan yang dilakukan seperti berdoa beramai-ramai selepas sembahyang, bertahlil, baca qunut, bertalqin dsbnya adalah bidaah sesat belaka sebab bagi mereka tidak terjumpa perbuatan-perbuatan tersebut dilakukan semasa hayat Rasulullah saaw. Ini tidak termasuk lagi amalan-amalan maulud nabi dan ziarah yang bagi mereka adalah perbuatan orang-orang musyrik yang perlu diperangi dan dibunuh jika gagal berhujjah.
Bidaah menurut ASWJ pula adalah terbahagi kepada 2 iatu bidaah Hasanah dan Bidaah Dhalalah. Mana-mana amalan baik yang tidak bertentangan dengan syara' maka ia diperbolehkan. Berdoa secara berjemaah selepas solat diperbolehkan bagi orang-orang Sunni kerana mereka bersandarkan dari qias Nabi pernah berdoa memohon hujan secara berjemaah. Orang-orang Wahabi menolak pendapat ini sebab bagi mereka urusan agama tidak ada qias sebab telah disempurnakan sepenuhnya oleh nabi. Begitu juga sambutan memperingati kelahiran Nabi adalah bidaah sesat dan menyesatkan yang perlu diperangi oleh wahabi.
Bidaah bagi Syiah pula adalah membuang sunnah-sunnah nabi dan digantikan dengan amalan-amalan baru sesuai dengan kepentingan golongan-golongan tertentu. Kepimpinan yang ditentukan oleh nabi misalnya telah diubah dengan melantik individu-individu tertentu menjadi pemimpin. Cara perlantikan Abu Bakar, Umar dan Usman misalnya adalah bidaah yang dibuat mengikut selera masing-masing. Ini diteruskan oleh Muawiyah yang memulakan bidaah sistem monarki dengan melantik Yazid laknat sebagai penggantinya. Contoh bidaah lain pula seperti Umar yang telah membuat azan dengan membuang ayat 'Haiya 'alal khairil amal (marilah menuju kebaikan) dalam azan dan digantikan dengan 'Assolah tu khairun minnannaum (sembahyang itu lebih baik dari tidur).
Bidaah menurut Al-Abuya pula seperti menentukan Imam Mahadi Nusantara.....ooooops! Ini kena tanya pakar rujuk dan pencinta abuaya sendiri iaitu Seri Hartatie yang menjadi jurucakap Imamnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Normala17 at 11-2-2006 02:28 PM
so betullah yg Mala kata, bidaah terhad pada 'amalan ibadah' shj ? nanti ada org tanya naik keter dlm keadaan tertentu boleh jadi ibadat, boleh jadi maksiat... so bidaah ke tak ?
:stp:
Yang dimaksudkan ibadah di sini ialah ibadah khusus sahaja seperti solat, puasa, naik haji dsbnya so bagi mazhab wahabi ia telah sempurna ditunjukkan di masa zaman nabi lagi. Mana-mana tambahan adalah satu kesesatan yang berdosa dilakukan. Mereka berkata bahawa nabi tidak pernah berdoa beramai-ramai selepas solat tapi hanya berdoa secara individu saja justeru jika anda berdoa dan bertahlil selepas solat maka itulah yang dikatakan bidaah yang sesat lagi menyesatkan. Jangan lupa tempat bagi orang-orang yang sesat ini hanya di neraka. Begitu juga mereka yang melakukan qunut subuh, bertalkin, kenduri arwah, sambut maulid atau maal hijrah dll. semuanya itu bidaah yang sesat. |
|
|
|
|
|
|
| |
|