CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Gravedigger

Abdullah bin Saba

[Copy link]
nawazihussin This user has been deleted
Post time 22-2-2006 11:40 AM | Show all posts
Abdullah Bin Saba diarahkan memeluk Islam dan bermulalah taktik-taktik dan strategi dilakukannya. Setelah beliau memeluk Islam maka bolehlah beliau dinaikkan taraf sebagai sahabat nabi sebab istilah sahabat ialah orang yang bertemu nabi walaupun satu saat semasa kehidupannya ataupun dia seorang Tabi'in sebab istilah Tabi'in pula ialah orang yang menjumpai sahabat-sahabat nabi. Wah...memang hebat Abdullah bin Saba' ini. Rasanya kalau ikut Abdullah bin Saba' pun tidak mengapa sebab ada hadis yang mengatakan bahawa "sahabat-sahabat ku umpama bintang-bintang di langit maka jika kalian mengikut salah seorang darinya maka kalian akan dapat petunjuk". Tak salah kan ikut Abdullah ibn Saba' ni sebab dia pun mungkin sahabat nabi juga.


cuba lihat ta'rif sahabat dgn betul!!!!!!!!!!!!!
dan juga ta'rif tabi'en

sahabat orang yg bertemu nabi s.a.w. dlm keadaan islam dan mati dlm keadaan islam
kalaulah anda mengatakan ibnu saba' sempat menemui nabi s.a.w. adakah dia islam pada ketika itu
dan islamnya mestilah islam yg ikhlas bukannya munafik..............
antara islam yg ikhlas ialah mereka yg berjuang dgn bersungguh membela islam spt dlm peperangan bersama nabi s.a.w . dan slps kewafatan baginda s.a.w. berjuang bersungguh2 pula membela islam...
bukannya org yg sentiasa beralasan utk tidak turut serta bersama nabi s.a.w. utk berjuang

contoh munafiq dan bukan termasuk dr kalangan sahabat r.a.
فَرِحَ الْمُخَلَّفُونَ بِمَقْعَدِهِمْ خِلاَفَ رَسُولِ اللّهِ وَكَرِهُواْ أَن يُجَاهِدُواْ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللّهِ وَقَالُواْ لاَ تَنفِرُواْ فِي الْحَرِّ قُلْ نَارُ جَهَنَّمَ أَشَدُّ حَرًّا لَّوْ كَانُوا يَفْقَهُونَ (81)

[81] Orang-orang (munafik) yang ditinggalkan (tidak turut berperang) itu, bersukacita disebabkan mereka tinggal di belakang Rasulullah (di Madinah) dan mereka (sememangnya) tidak suka berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah (dengan sebab kufurnya) dan mereka pula (menghasut dengan) berkata: Janganlah kamu keluar beramai-ramai (untuk berperang) pada musim panas ini. Katakanlah (wahai Muhammad): "Api Neraka Jahanam lebih panas membakar", kalaulah mereka itu orang-orang yang memahami.

ta'rif tabien yg bertemu sahabat nabi s.a.w. dlm keadaan islam dan mati dlm islam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


nawazihussin This user has been deleted
Post time 22-2-2006 11:43 AM | Show all posts
Abdullah Bin Saba diarahkan memeluk Islam dan bermulalah taktik-taktik dan strategi dilakukannya. Setelah beliau memeluk Islam maka bolehlah beliau dinaikkan taraf sebagai sahabat nabi sebab istilah sahabat ialah orang yang bertemu nabi walaupun satu saat semasa kehidupannya ataupun dia seorang Tabi'in sebab istilah Tabi'in pula ialah orang yang menjumpai sahabat-sahabat nabi. Wah...memang hebat Abdullah bin Saba' ini. Rasanya kalau ikut Abdullah bin Saba' pun tidak mengapa sebab ada hadis yang mengatakan bahawa "sahabat-sahabat ku umpama bintang-bintang di langit maka jika kalian mengikut salah seorang darinya maka kalian akan dapat petunjuk". Tak salah kan ikut Abdullah ibn Saba' ni sebab dia pun mungkin sahabat nabi juga.


berikan fakta dlm penulisan anda
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2006 12:07 PM | Show all posts
biarkan mereka nawazi... biarkan mereka tulih apa yg nak tulih. kalau ada org tolong jolok dgn pujian, biarkan jugak... mereka menulis utk memuaskan hati mereka... tak apa lah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2006 12:50 PM | Show all posts
Originally posted by nawazihussin at 22-2-2006 11:40 AM
sahabat orang yg bertemu nabi s.a.w. dlm keadaan islam dan mati dlm keadaan islam
kalaulah anda mengatakan ibnu saba' sempat menemui nabi s.a.w. adakah dia islam pada ketika itu
dan islamnya mestilah islam yg ikhlas bukannya munafik..............
antara islam yg ikhlas ialah mereka yg berjuang dgn bersungguh membela islam spt dlm peperangan bersama nabi s.a.w . dan slps kewafatan baginda s.a.w. berjuang bersungguh2 pula membela islam...
bukannya org yg sentiasa beralasan utk tidak turut serta bersama nabi s.a.w. utk berjuang



Ishk..ishk...ini susah nak buktikan siapa sahabat yang sebenar bang sebab dikatakan sahabat-sahabat itu beribu-ribu ramainya umpama bintang-bintang di langit. Bagaimana kalau kita kelaskan sahabat-sahabat itu seperti kalau sahabat yang paling hampir kita letakkan dia dalam kelas L (Large). Sahabat yang hampir-hampir pula kita letakkan di kelas M (Medium) dan sahabat yang jauh pula kita letakkan sebagai Sahabat S (Small). Wokeii tak cadangan ini??
Nanti dalam penulisan saya jangan pula salahsangka ya kalau saya letak begini...contohnya khalifah Abu Bakar (L). Itu bukanlah Laknatullah tetapi Abu Bakar didalam kelas L saja.
Reply

Use magic Report

nawazihussin This user has been deleted
Post time 22-2-2006 01:01 PM | Show all posts
Ishk..ishk...ini susah nak buktikan siapa sahabat yang sebenar bang sebab dikatakan sahabat-sahabat itu beribu-ribu ramainya umpama bintang-bintang di langit. Bagaimana kalau kita kelaskan sahabat-sahabat itu seperti kalau sahabat yang paling hampir kita letakkan dia dalam kelas L (Large). Sahabat yang hampir-hampir pula kita letakkan di kelas M (Medium) dan sahabat yang jauh pula kita letakkan sebagai Sahabat S (Small). Wokeii tak cadangan ini??
Nanti dalam penulisan saya jangan pula salahsangka ya kalau saya letak begini...contohnya khalifah Abu Bakar (L). Itu bukanlah Laknatullah tetapi Abu Bakar didalam kelas L saja.


wah! wah!!! hebatnya grave!!!
apakah kelayakan grave hinggakan layak utk buat pembahagian sebegini kpd sahabat2 r.a.
bolehkah grave letakkan asas2 utk membuat pembahagian sahabat2 r.a. kpd pembahagian tersebut??
asas atau usul berdasarkan quran dan hadis rasulullah s.a.w.
Reply

Use magic Report

nawazihussin This user has been deleted
Post time 22-2-2006 01:02 PM | Show all posts
grave!!!
pi lah tolong bill jawab thread sblh

http://forum.cari.com.my/viewthr ... page%3D1#pid7621491
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-2-2006 01:41 PM | Show all posts
Hanya Allah s.w.t. yang Maha Mengetahui berkenaan iman atau kufur hamba Nya yang bernama Abdullah bin Saba... Kalau nak berhujah, maka lebih baik berhujah akan kebaikan seseorang dan keburukan jangan terlalu diperlagangkan kot-kot apa yang dikatakan tu tak betul malah jadi fitnah.
Reply

Use magic Report

Backslide This user has been deleted
Post time 22-2-2006 05:28 PM | Show all posts
tapi kalau org tu jahat kita tak nak dedahkan kejahatan dia bahaya jadinya
boleh menyesatkan orang lain pulak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Backslide This user has been deleted
Post time 22-2-2006 05:30 PM | Show all posts
ala grave pegilah tolong jawab bagi pihak syiah tu
kesian syiah tiada pembelaan kat sana
kalau gitu mansukhkan jelah nikah mut'ah tu
takkan asyik berkarya kat sini je
tanggungjawab anda utk membela pegangan anda yg sdg diruntuhkan disana

http://forum.cari.com.my/viewthr ... &extra=page%3D1

[ Last edited by Backslide at 22-2-2006 05:32 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2006 05:45 PM | Show all posts
tolong tafsir bagi pihak bill dan pipi ke....:cak::cak:

fleurzsa: Sorry, edited krn tidak sesuai. Thanks

[ Last edited by fleurzsa at 22-2-2006 08:14 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2006 09:32 AM | Show all posts
Siapa yang jamin semua sahabat adil? Nawazi? Siapa Nawazi?

sahabat ada yang munafik
sahabat ada yang murtad dan selepas Nabi saaw ramai yang murtad dan tersesat

Ahlul Bait disucikan
tapi Nawazi, whale dan mulitnicks sunni semuanya suka ikut orang yang tidak dijamin kescuiannya.

p/s: Fleursza, harap takde apa2 perlu diedit dengan post ini. TQ
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2006 01:41 PM | Show all posts
Era pemerintahan Abu Bakar (L)  bertahan selama 2 tahun saja. Ada yang mengatakan dia dia mati di racun manakala ada juga yang mengatakan dia mati biasa saja. Kalau dia mati biasa tentulah Abu Bakar(L) ini pun dah tua juga kan?. Beliau meninggalkan dunia ini pada 23 Ogos 634 di Madinah al-Munawwarah.

Maka tamatlah riwayat seorang manusia agung yang hebat yang nama asal nya dalam surat beranak ialah Abdul Ka'abah. Cuma Rasulullah yang memberi nama baru iaitu Abdullah. Diberitakan juga dalam ceramah-ceramah tabligh beliau ni dulupun seorang yang kuat minum arak sehinggakan kalau minum air sejuk boleh muntah jadinya. Hebat...hebat !!

Sebelum Abu Bakar(L) menghadapi sakaratul maut maka terbayanglah oleh beliau saat-saat yang mengembirakan dan mendukacitakan di kala beliau masih segar bugar sihat.
Tergambarlah oleh beliau akan waktu-waktu ia bersama Rasulullah ketika Nabi masih hidup. Tersenyum lah abu Bakar apabila mengenangkan detik-detik indah itu. Dialah orang yang pertama masuk Islam setelah kafir begitu lama....ooops ada orang kata Ali. Ooooh Ali tak pernah kafir jadi macammana pula Ali nak masuk Islam. Takpa lah fikir Abu Bakar sebab jika nak dibandingkan dengan Umar yang samseng tu...dia masih lagi menang.

Tiba-tiba Abu Bakar tersedar yang dia diambang maut dan mula mengalirkan airmata bila memikirkan pula perbuatan-perbuatannya selepas kewafatan Rasulullah. Ya....dia akan berhadapan dengan Rasulullah nanti. Bagaimanakah yang hendak dikhabarkan pada Junjungan Mulia itu akan perbuatannya pada ahli-ahli keluarga Baginda sehingga beliau tergamak menyamakan anak kesayangan Rasulullah menyamai pelacur apabila Fatimah menuntut haknya. Satu-satu perbuatannya itu terbayang oleh beliau seperti tayangan gambar ulangan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2006 04:39 PM | Show all posts
Terbayang lagi Abu Bakar bilamana ia bersama Rasulullah saaw dikala mengerjakan Haji dan itulah juga Haji terakhir yang dilakukan oleh Baginda saaw. Selesai mengerjakan Haji Rasulullah telah menghimpunkan semua sahabat Nya dan dikala itulah juga Beliau mengumumkan perlantikan Ali sebagai penggantinya. Namun sebaik saja kewafatan Nabi dan belum selesai lagi pengurusan jenazah manusia suci itu, Ia telah bergegas-gegas ke Saqifah untuk merebut jawatan khalifah.

" Aaaaahh...sesal sungguh aku. Apakah yang akan ku katakan pada Rasulullah nanti atas kekalutan aku merampas hak Ali " Airmata jernih mengalir di celah-celah pipinya.

Terbayang lagi Abu Bakar bagaimana dia melaksanakan hukum ketika pemerintahannya itu. Satu....satu...satu hijab terbuka dan semua perbuatannya didedahkan.....

Catatannya mungkin seperti ini......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2006 04:41 PM | Show all posts
Hukum-hukum dan perbuatan khalifah Abu Bakar yang bertentangan dengan nas tetapi dianggap sebagai ijtihad melebihi 32
perkara sebagaimana dicatat oleh para ulama kita Ahlul Sunnah wal-Jamaah di dalam buku-buku mereka. Di antaranya:

1. Khalifah Abu Bakar cuba membakar rumah Fatimah al-Zahra' sekalipun Fatimah, Ali, Hasan dan Husayn AS berada di dalamnya. Ini disebabkan mereka tidak melakukan bai'ah kepadanya. Fatimah AH memarahinya hingga akhir hayatnya danberpesan kepada suaminya supaya merahsiakan pengkebumian dan makamnya daripada Abu Bakar dan Umar. Nabi SAWA bersabda:" Sesungguhnya Allah marah kepada kemarahanmu (Fatimah) dan redha dengan keredhaanmu." [Al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm.153; al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, VII, hlm.219]

Khalifah Abu Bakar adalah di antara orang yang dimarahi Fatimah AH. Beliau bersumpah tidak akan bercakap dengan mereka sehingga beliau berjumpa bapanya dan merayu kepadanya. Al-Bukhari di dalam Sahihnya, IV, hlm.196 meriwayatkan daripada Aisyah bahawa Fatimah AH tidak bercakap dengan Abu Bakar sehingga beliau meninggal dunia. Beliau hidup selepas Nabi sawa wafat selama 6 bulan. Manakala beliau wafat, suaminya Ali AS mengkebumikannya di waktu malam dan tidak mengizinkan Abu Bakar dan Umar mengerjakan solat jenazah ke atasnya [Al-Bukhari,Sahih ,VI,hlm.196; Ibn Qutaibah, al-Imamah Wa al-Siyasah ,I,hlm.14; Abu l-Fida, Tarikh,I,hlm.159; al-Tabari,Tarikh,III,hlm.159]

2. Khalifah Abu Bakar telah mengundurkan diri dari menyertai tentera di bawah pimpinan Usamah bin Zaid, sedangkan Nabi SAWA bersabda:"Perlengkapkan tentera Usamah, Allah melaknati orang yang mengundur diri dari tentera Usamah."[Al-Syarastani, al-Milal, hlm.21; Ibn Sa'd, Tabaqat,II,hlm.249 dan lain-lain lagi]

3. Khalifah Abu Bakar telah mencaci Ali AS dan Fatimah AH sebagai musang dan ekornya. Bahkan beliau mengatakan Ali AS seperti Umm al-Tihal (seorang perempuan pelacur) kerana menimbulkan soal tanah Fadak. Kata-kata ini telah diucapkan oleh Abu Bakar di dalam Masjid Nabi SAWA selepas berlakunya dialog dengan Fatimah AH mengenai tanah Fadak. bn Abi al-Hadid telah bertanya gurunya, Yahya Naqib Ja'far bin Yahya bin Abi Zaid al-Hasri, mengenai kata-kata tersebut:"Kepada siapakah ianya ditujukan?"Gurunya menjawab:"Ianya ditujukan kepada Ali AS." Kemudian ia bertanya lagi:"Adakah ia ditujukan kepada Ali? Gurunya menjawab:"Wahai anakku inilah ertinya pemerintahan dan pangkat duniawi tidak mengira kata-kata tersebut."[Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah ,IV,hlm.80]

Kata-kata Abu Bakar adalah bertentangan dengan firman-Nya:"Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai Ahlul Bayt dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya."[Surah al-Ahzab (33):33] Fatimah dan Ali AS adalah Ahlul Bayt Rasulullah SAWA yang telah disucikan oleh Allah SWT dari segala dosa. Rasulullah SAWA bersabda:"Kami Ahlul Bayt tidak boleh seorangpun dibandingkan dengan kami."[Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi' al-Mawaddah,hlm.243]

4. Khalifah Abu Bakar telah menghentikan pemberian khums kepada keluarga Rasulullah SAWA. Ijttihadnya itu adalah bertentangan dengan Surah al-Anfal (8):41
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2006 04:43 PM | Show all posts
5. Khalifah Abu Bakar juga mengambil kembali Fadak daripada Fatimah AH selepas wafatnya Rasulullah SAWA. Khalifah Abu Bakar memberi alasan "Kami para nabi tidak meninggalkan pusaka, tetapi apa yang kami tinggalkan ialah sedekah." Hujah yang diberikan oleh Abu Bakar tidak diterima oleh Fatimah dan Ali AS kerana ianya bertentangan dengan beberapa ayat al-Qur'an seperti berikut:

a) Firman-Nya yang bermaksud 'Allah mensyariatkan bagimu tentang (pembahagian pusaka) untuk anak-anakmu."[Surah an-Nisa (4):11] Apa yang dimaksudkan dengan 'anak-anak' ialah termasuk anak-anak Nabi SAWA.

b) Firman-Nya yang bermaksud:"Dan Sulaiman telah mewarisi Daud."(Surah al-Naml:16). Maksudnya Nabi Sulaiman AS mewarisi kerajaan Nabi Daud AS dan menggantikan kenabiannya.

c) Firman-Nya yang bermaksud:"Maka anugerahilah aku dari sisi
Ketiga-tiga ayat tadi bertentangan dengan dakwaan Abu Bakar yang berpegang dengan hadith tersebut. Dan apabila hadith bertentangan dengan al-Qur'an, maka ianya (hadith) mestilah diketepikan.

d) Kalau hadith tersebut benar, ia bererti Nabi SAWA sendiri telah cuai untuk memberitahu keluarganya mengenai Fadak dan ianya bercanggah dengan firman-Nya yang bermaksud:"Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat."(Surah al-Syua'ra:214)

e) Hadith tersebut hanya diriwayatkan oleh Abu Bakar sahaja dan ianya tidak boleh menjadi hujah kerana Fatimah dan Ali AS menentangnya. Fatimah AH berkata:"Adakah kamu sekarang menyangka bahawa aku tidak boleh menerima pusaka, dan adakah kamu menuntut hukum Jahiliyyah?
Tidakkah hukum Allah lebih baik bagi orang yang yakin. Adakah kamu wahai anak Abi Qahafah mewarisi bapa kamu sedangkan aku tidak mewarisi bapaku? Sesungguhnya kamu telah melakukan perkara keji." (Lihat Ahmad bin Tahir al-Baghdadi, Balaghah al-Nisa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2006 04:44 PM | Show all posts
Sebenarnya Fatimah AH menuntut tiga perkara:

1. Jawatan khalifah untuk suaminya Ali AS kerana dia adalah dari ahlul Bayt yang disucikan dan perlantikannya di Ghadir Khum disaksikan oleh 120,000 orang dan ianya diriwayatkan oleh 110 sahabat.
2. Fadak.
3. Al-khums, saham kerabat Rasulullah SAWA tetapi kesemuanya ditolak oleh khalifah Abu Bakar [Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah,V,hlm.86]

6. Khalifah Abu Bakar telah lari di dalam peperangan Uhud dan Hunain. Sepatutnya dia mempunyai sifat keberanian melawan musuh. Tindakannya itu menyalahi ayat-ayat jihad di dalam al-Qur'an dan Sunnah Nabi SAWA [al-Hakim, al-Mustadrak ,III,hlm.37;al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal,VI,hlm.394;al-Dhahabi,al-Talkhis,III,hlm.37]

7. Khalifah Abu Bakar telah membakar Fuja'ah al-Silmi hidup-hidup, kemudian dia menyesali perbuatannya.[al-Tabari,Tarikh,IV,hlm.52] Dan ianya bertentangan dengan Sunnah Nabi SAWA"Tidak boleh disiksa dengan api melainkan dari Tuannya."(Al-Bukhari, Sahih ,X,hlm.83]

8. Khalifah Abu Bakar tidak mengenakan hukum had ke atas Khalid bin al-Walid yang telah membunuh Malik bin Nuwairah dan kabilahnya. Umar dan Ali AS mahu supaya Khalid dihukum rejam.[Ibn Hajr, al-Isabah , III, hlm.336]

Umar berkata kepada Khalid:"Kamu telah membunuh seorang Muslim kemudian kamu terus bersetubuh dengan isterinya. Demi Allah aku akan merejam kamu dengan batu."[Al-Tabari,Tarikh ,IV, hlm.1928] Kata-kata Umar ini cukup membuktikan bahawa Malik bin Nuwairah adalah seorang Muslim dan Khalid telah berzina dengan isteri Malik sebaik sahaja ia dibunuh. Jika tidak kenapa Umar berkata:"Demi Allah aku akan merejam kamu dengan batu."

Umar memahami bahawa isteri Malik bin Nuwairah tidak boleh dijadikan hamba. Oleh itu pembunuhan ke atas Malik bin Nuwairah dan kaumnya tidak patut dilakukan kerana mereka adalah Muslim. Keengganan mereka membayar zakat kepada Abu Bakar tidak boleh menjadi hujah kepada kemurtadan mereka. Pembunuhan ke atas mereka disebabkan salah faham mengenai perkataan 'idfi'u, iaitu mengikut suku Kinanah ia bererti "bunuh" dan dalam bahasa Arab biasa ia bererti "panaskan mereka dengan pakaian" dan tidak menghalalkan darah mereka. Sepatutnya mereka merujuk perkara itu kepada Khalid bagi mengetahui maksudnya yang sebenar.
Tetapi mereka terus membunuh kaumnya dan Malik sendiri telah dibunuh oleh Dhirar yang bukan dari suku Kinanah. Oleh itu Dhirar pasti memahami bahawa perkataaan idfi'u bukanlah perkataan untuk mengharuskan pembunuhan, namun ia tetap membunuh Malik. Lantaran itu alasan kekeliruan berlaku di dalam pembunuhan tersebut tidak boleh menjadi hujah dalam jenayah Khalid, apatah lagi perzinaannya dengan isteri Malik bin Nuwairah selepas dia dibunuh. Dengan itu tidak hairanlah jika Ali AS dan Umar meminta Khalifah Abu Bakar supaya merejam Khalid, tetapi Abu Bakar enggan melakukannya.

Jika tidak membayar zakat djadikan alasan serangan dan pembunuhan, maka Nabi SAWA sendiri tidak memerangi sahabatnya Tha'labah yang enggan membayar zakat kepada beliau SAWA. Allah SWT menurunkan peristiwa ini di dalam Surah al-Taubah(9):75-77. Semua ahli tafsir Ahlul Sunnah menyatakan bahawa ayat itu diturunkan mengenai Tha'labah yang enggan membayar zakat kerana beranggapan bahawa ianya jizyah. Maka Allah SWT mendedahkan hakikatnya.
Dan Nabi SAWA tidak memeranginya dan tidak pula merampas hartanya sedangkan beliau SAWA mampu melakukannya. Adapun Malik bin Nuwairah dan kaumnya bukanlah mengingkari zakat sebagai satu fardhu agama. Tetapi apa yang mereka ingkar ialah penguasaan Abu Bakar ke atas jawatan khalifah selepas Rasulullah SAWA dengan menggunakan kekuatan dan paksaan. Dan mereka pula benar-benar mengetahui tentang hadith al-Ghadir. Oleh itu tidak hairanlah jika Abu Bakar terus mempertahankan Khalid tanpa mengira jenayah yang dilakukannya terhadap Muslimin kerana Khalid telah melakukan sesuatu untuk kepentingan politik dan dirinya. Malah itulah perintahnya di bawah operasi "enggan membayar zakat dan murtad" sekalipun ianya bertentangan dengan Sunah Nabi SAWA.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-2-2006 04:47 PM | Show all posts
9. Khalifah Abu Bakar telah melarang orang ramai dari menulis dan meriwayatkan Sunnah Nabi SAWA. Dia berucap kepada orang ramai selepas kewafatan Nabi SAWA,"Kalian meriwayatkan daripada Rasulullah SAWA hadith-hadith di mana kalian berselisih faham mengenainya. Orang ramai selepas kalian akan berselisih faham lebih kuat lagi. Justeru itu janganlah kalian meriwayatkan sesuatupun (syaian) daripada Rasulullah SAWA. Dan sesiapa yang bertanya kepada kalian, maka katakanlah:Bainana wa bainakum kitabullah (Kitab Allah di hadapan kita). Maka hukumlah menurut hala dan
haramnya."[Al-Dhahabi, Tadhkirah al-Huffaz,I,hlm.3]

Kata-kata Abu Bakar ini telah diucapkan beberapa hari selepas peristiwa Hari Khamis iaitu bertepatan dengan kata-kata Umar
ketika dia berkata:"Rasulullah SAWA sedang meracau dan cukuplah bagi kita Kitab Allah (Hasbuna Kitabullah)."
        Lantaran itu kata-kata Abu Bakar tadi adalah bertentangan dengan Sunnah Nabi yang dicatatkan oleh Ahlul Sunnah:"Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara sekiranya kalian berpegang kepada kedua-duanya;Kitab Allah dan 揝unnahku.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2006 04:48 PM | Show all posts
10. Khalifah Abu Bakar telah melantik Umar menjadi khalifah selepasnya secara wasiat, walhal dia sendiri menolak wasiat Nabi SAWA. Beliau bersabda:"Ali adalah saudaraku, wasiku, wazirku dan khalifah selepasku" dan sabdanya:"Siapa yang menjadikan aku maulanya maka Ali adalah maulanya."Dan penyerahan jawatan khalifah kepada Umar adalah menyalahi prinsip syura yang diagung-agungkan oleh Ahlul Sunnah. Justeru itu Abu Bakar  adalah orang yang pertama merosakkan sistem syura dan memansuhkannya. Pertama, dia menggunakan "syura terhad" bagi mencapai cita-citanya untuk menjadi khalifah tanpa menjemput Bani Hasyim untuk menyertainya. Kedua, apabila kedudukannya menjadi kuat, dia melantik Umar untuk menjadi khalifah selepasnya tanpa syura dengan alasan bahawa Umar adalah orang yang paling baik baginya untuk memegang jawatan khalifah selepasnya.

11. Khalifah Abu Bakar telah meragui jawatan khalifahnya. Dia berkata:"Sepatutnya aku bertanya Rasulullah SAWA, adalah orang-orang Ansar mempunyai hak yang sama di dalam jawatan khalifah?" Ini adalah keraguan tentang kesahihan atau kebatilannya. Dialah orang yang menentang orang-orang Ansar manakala mereka mengatakan bahawa Amir mestilah dari golongan Quraisy." Sekiranya apa yang diriwayatkan olehnya itu benar, bagaimana dia meragui"nya" pula. Dan jikalau tidak, dia telah menentang orang-orang Ansar dengan "hujah palsu."[Al-Ya'qubi, Tarikh al-Ya'qubi,II,hlm.127; Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah,I,hlm.18,19;al-Masudi, Muruj al-Dhahab,II,hlm.302]

12. Khalifah Abu Bakar berkata:"Pecatlah aku kerana aku bukanlah orang yang baik di kalangan kalian."Di dalam riwayat lain,"Ali di kalangan kalian."[Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah,I,hlm.14;al-Muttaqi al-Hindi,Kanz al-Ummal,III,hlm.132] Jikalau kata-katanya benar, bererti dia tidak layak untuk menjadi khalifah Rasulullah SAWA, berdasarkan pengakuannya sendiri.

13. Khalifah Abu Bakar menamakan dirinya "Khalifah Rasulullah".[Ibn Qutaibah,al-Imamah wa al-Siyasah ,I,hlm.13];al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa',hlm.78] Penamaannya adalah bertentangan dengan Sunnah Rasulullah SAWA kerana beliau tidak menamakannya dan melantiknya, malah beliau menamakan Ali dan melantiknya. Beliau bersabda:"Siapa yang aku menjadimaulanya maka Ali adalah maulanya."Dan hadith-hadith yang lain tentang perlantikan Ali AS sebagai khalifah selepas Rasulullah SAWA.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2006 04:49 PM | Show all posts
14. Khalifah Abu Bakar tidak pernah dilantik oleh Nabi SAWA untuk menjalankan mana-mana pekerjaan, malah beliau melantik orang lain. Hanya pada satu masa beliau melantiknya untuk membawa Surah Bara'ah, tetapi beliau mengambil kembali tugas itu dan kemudian meminta Ali AS untuk melaksanakannya.[Al-Tabari, Dhakha'ir al-Uqba,hlm.61;al-Turmudhi, Sahih,II,hlm.461;Ibn Hajr, al-Isabah,II,hlm.509]

15. Khalifah Abu Bakar tidak mengetahui pengertian al-Abb iaitu firman-Nya di dalam Surah 'Abasa (80):31:"Dan buah-buahan (Fakihatun) serta rumput-rumputan (abban)."Dia berkata:"Langit mana aku akan junjung dan bumi mana aku akan pijak, jika aku berkata sesuatu di dalam Kitab Allah apa yang aku tidak mengetahui?"[al-Muttaqi al-Hindi,Kanz al-Ummal,I,hlm.274]

16. Khalifah Abu Bakar telah mengetahui dia akan melakukan bid'ah-bid'ah selepas Rasulullah SAWA. Malik bin Anas di dalam a-Muwatta bab "jihad syuhada
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2006 04:52 PM | Show all posts
17. Khalifah Abu Bakar digodai syaitan. Dia berkata:"Syaitan menggodaku, sekiranya aku betul maka bantulah aku dan sekiranya aku menyeleweng, maka betulkan aku."[Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah,I, hlm. 6; al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal,III, hlm. 126; Ibn Hajr, al-Sawa'iq al-Muhriqah, hlm. 7; al-Syablanci,Nur al-Absar, hlm. 53]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 03:33 PM GMT+8 , Processed in 0.228687 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list