|
Kursus Ilmu Ikhwan Ahir Zaman *mesti baca*(darul arqam makam al kazab)
[Copy link]
|
|
Originally posted by snipersnake at 21-11-2006 03:48 PM
inilah masalahnya guys. kamu bercakap macam kamu sudah cukup bagus. ayuh buktikan kebagusan kamu.
1. adakah kita boleh bertawasul kepada org yg PERNAH berdusta?
2. adakah kita BOLEH MENGHILA ...
keh keh...start dahhh...emo terlebih...
Bila aku ckp ko salah masuk rumah...tu sebnrnya ikut logik la beb, guna akai, bukan aku declare aku sdh cukup bagus...
Tak yah jadik org rufaqa pun, kalo seseorg tu waras pikir akan pikir mcm aku gak bila nengok sikap ko yg terjah rumah org dan kendian sibuk tunjuk pandai nak nilai rumah org...
Yg ko pegi terjah rumah org dan tetiba kondem itu ini dlm sehari tanpa tau hujung pangkal ...itu tak dikatakan ko perasan bagusss ka?
Apa kata ko print semua yg ko dah tulih kat atas tu...dan ko pi jaja kat mana2 ustaz/ustazah rufaqa di luar sana tu utk dpt jawaban. Kalo tak dpt gak....lagik senang dan mudah, ko mintak jwban dr mak mertua ko...aku rasa dia mesti ada jwban sbb takkan dia beriya2 sanggup ikut balik kalo semua kemusykilan ko di atas dia tak tau nak jwb.
Kat sini, spt biasa telahan aku, geng2 yg pure rufaqa tak mo buang masa nak layan ko... |
|
|
|
|
|
|
|
ish ish, guys guys, seperti biasa. kamu tiada hujah yg kuat, mula la personal attack. tak mengapalah, saya pon sebenarnya ingin melihat sejauh mana dan sepanjang mana akal anak didik sohibusszaman ini, kununnya tepuk bumi terbelah dua.sudah2 la attack emak mertua saya tuh,kesian dia, seperti kamu attack org kamu juga. sama kes dgn kumpulan robbani, raihan yg tak mahu mengikut kamu, kamu kutuk mereka. itu sahajalah yg ruraqa ada. kutuk, kutuk dan kutuk. dah la tidak berani ke depan, dok menikus di belakang. saya wahai guys, walaupun saya mcm nih, saya sendiri pergi ke rumah asaari itu. asaari JEMPUT saya. tolong sikit yer. saya tak terjah tau. dan saya sendiri ingin melihat ke ZUHUDAN asaari dan shiekh2 dia. saya bukan seperti anda suka dengar cerita. saya suka melihat. daripada dok jauh rumah guru sendiri pon tak pernah tengok. perkara itu itu telah dijelaskan oleh sheikh yg berada di atas kedai bakeri harmonis itu. dia kata kami di sana atas jemputan asaari. so siapa lasalah sekarang? kamu berani menidakkan ini? ok apa lagik, garu la tongkat sakti itu. mana tau boleh jadik ikhwan, lepas siksa kubur :lol
saya dan lulu sudah bertanya, seperti biasa kamu dan rufaqa menikus.jawab la dgn ikhlas. siap ada point form lagik. pada hemat saya, kita mencari ikebenaran. kalau saya salah, awak tunjukkan. begitu juga sebaliknya. takper mungkin awak belom bertawasul lagik kot. line tak clear kot sana?
buat apa saya tanya ustazah2 depa, saya tanya soalan senang mcm pada sapa sebenarnya mereka yakin pon mereka kelu lidah. saya nak tgk anak didik asaari yg cyber bagaimana. masih seperti dulu nampaknya. agaknya asaari tgk AF tak pakai astro dia?tak pon astro tuh amplify conversation dia dgn rasulullah kot? ataupun sebenarnya antena tawasul?maklumla, sibermelayu. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by snipersnake at 21-11-2006 05:59 PM
ish ish, guys guys, seperti biasa. kamu tiada hujah yg kuat, mula la personal attack. tak mengapalah, saya pon sebenarnya ingin melihat sejauh mana dan sepanjang mana akal anak didik sohibusszaman ...
Aku tak niat nak personal attack...dh ko bawak sekali citer mak mertua ko...aku wat cth sbb senang ko refer kemusykilan ko tu...tak yah susah2 nak mintak geng2 rufaqa nak jwb kat sini. Dan depa takkan jwb pon...
Heh heh...aku difahamkan oleh org2 rufaqa....secara lisannya mmg ler sesiapa yg nak ikut abuya tu, dikatakan dijemput oleh abuya. Itukan adab abuya sebagai tuan guru pd setiap org yg nak ikut dia. Jemputan tu sebnrnya bila seseorg tu nak ikut dan nak bai'ah pd abuya dgn rela hati bukannya ada udang sebalik mee dan pegi tu plak dgn berat hati mcm ko. ...
Nampaknya ko tak paham bila aku guna istilah terjah utk org mcm ko...
Anak didik sohibuzaman? Sapa ye aku tak nampak plak depa join thread ko nih...hehehehe
Dan aku rasa thread ko ni...takkan ke mana...balik2 ko berdua ajela yg tanya dan jwb...
Aku plak sj mencelah...sj mengisi masa lapang aku....
Wokehhh....bye..aku nak balik dah nih...selamat berdiskusi sesama ko...hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
erm, tidakberani menjawab nampaknya. beria2 mempertahankan, tapi kosong sahaja. ;)
'mereka' tak jawab kerana apa ya? takut? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Guys at 21-11-2006 06:16 PM
.Dan aku rasa thread ko ni...takkan ke mana...balik2 ko berdua ajela yg tanya dan jwb...
Aku plak sj mencelah...sj mengisi masa lapang aku....
..
Tujuan kami mendedahkan ini semua ialah untuk menilai betul atau salahnya konsep tawassul org rufaqa. Jadi kalau sdr tiada ilmu tentangnya...tak payahlah nak membebel tak tentu hala. Kalau sdr bukan geng rufaqa...tak payahlah jadi jurucakap mereka.....nanti silap2 jadi mcm belalang. Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Last bertelingkah sesama sendiri. Buat malu company aje. :gado: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jingaros at 22-11-2006 10:50 AM
Opps... Dalam perjalanan pulang tu, jika berjumpa, berselilisih dgn si pecinta sejati ideologi2 , pengumpul sajak2, tahap sampah abuya -- si Srihartatie kim salam lah kat dia.
saya rasa kesian gak pada sebahagian mereka.... berdasarkan pengalaman... byk yg ikhlas tapi........apa nak buat kan.... semoga Allah mendorong mereka untuk mempelajari al-Quran dan as-Sunnah....dan memberi kefahaman tentang iman dan islam yg sebenarnya... |
|
|
|
|
|
|
|
satu komentar dari blog yg agak menarik utk dibaca
1. Tentang pendedahan sebenar Sheikh Suhaimi mendapat aurad Muhammadiah tidak perlu kerana webmaster sudahpun menghukum ia satu pendustaan dan karut. Jadi kami rasa tuan-tuan tidak perlu tahu hal sebenarnya.
2. Saya adalah mewakili keluarga Sheikh Suhaimi daripada Klang. Gambarnya tidak ada. Gambar lukisan yang Rufaqa pamerkan adalah bukan gambar Sheikh Suhaimi seperti yang didakwa oleh mereka.
3. Gambar Asaari boleh mendapat barokah? Wallahu alam.... Sedangkan dia sakit pun Allah tak bantu. Rasulullah dan Sheikh Suhaimi yang didakwa Asaari sangat rapat dengannya pun tak ambil peduli. Dari mana pula datangnya barokah? Saya difahamkan tongkat yang dihadiahkan Asaari ialah berupa kayu penggaru belakang badan kita. Siapa yang buat tongkat tu? Dah tentulah apek Cina. Orang Rufaqa tak mampu nak buat tongkat tu walaupun sebatang lidi pencungkil gigi. Tongkat buatan apek pun boleh ada karomah? Memang lucu..........
4. Kalau benarlah Asaari wali... Kenapa Rasulullah menipu dia dengan mengatakan Tun Ghafar akan jadi PM, daulah akan berlaku pada pilihnraya lepas dan DYMM Agong akan berikan kuasa kepadanya. Ini menunjukkan Asaari bermain dengan angan-angannya dan dibantu oleh syaitan......... Wallahu alam
5. Sistem pemerintahan yang dibawa oleh Rufaqa adalah mirip kepada komunis (pinjam kata arwah Ust Mokhtar Yaakob). Bezanya ialah ahli-ahlinya redha. Sekolahnya tidak mengajar kepada pembangunan material hanya kepada kesufian. Akibatnya para pelajarnya tidak boleh bersaing langsung dengan para pelajar sekolah kerajaan. Tiada calon doktor, jurutera, peguam dan lain-lain lagi. Yang ada sekarang ini adalah doktor, jurutera, peguam dan pensyarah hasil didikan kerajaan. Asaari memepergunakan mereka dengan memberikan mereka kedudukan yang tinggi dalam Rufaqa supaya mereka dapat sumbangkan wang gaji mereka untuk kekayaan dinasti Asaari.
6. Orang-orang Rufaqa akan segera berdamping atau mengendeng orang VIP untuk mendapatkan sumbangan wang dan pengiktirafan kepada perjuangan mereka.
7. Saya dapat maklumat... tentang perjumpaan Asaari yang ditemani Dato Kahar Mo'min (bekas exco kerajaan Selangor) dengan Tun Dr Mahathir di pejabat PM beberapa tahun lalu. Tujuan perjumpaan itu adalah untuk mendapatkan bantuan dari kerajaan kerana Asaari dan para pengikutnya sudah bertaubat dan taat dengan kerajaan. Dalam perjumpaan itu, Tun Dr Mahathir telah menegur Asaari kerana ekonomi dan sekolah yang dibangunkan gagal membantu bangsa Melayu. Sebaliknya setelah selesai perjumpaan itu, Asaari telah mengumumkan melalui Khadijah Aam bahawa dia telah memberi amaran kepada Tun Dr Mahathir tentang kejatuhan Tun Dr Mahathir dan daulah yang bakal menjelma. Lalu para pengikutnya yang bodoh ni pun banggalah dengan pengumuman ini. Semakin taksub kerana menganggap Asaari sangat berani bercakap sedemikian terhadap Tun Dr Mahathir. Ini satu pendustaan yang BESAR.
11:40 AM
http://www.rufaqa-sesat.blogspot.com/ |
|
|
|
|
|
|
|
bro2 semua..sedih laa dengar cerita2 mcm ni kan..bila laa umat Islam nak bersatu dibawah satu akidah yg benar dan tidak berpecah belah.. Taat perintah Allah S.W.T ..ikut Sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Semoga saya dan semua orang mendapat Hidayah dari Allah S.W.T . Wallahualam.. |
|
|
|
|
|
|
|
Thanks sniper diatas link yg amat berguna tu...
Saya nak tambah sikit tentang perjumpaan U.As dgn Tun M,
Originally posted by snipersnake at 23-11-2006 04:49 PM
satu komentar dari blog yg agak menarik utk dibaca
7. Saya dapat maklumat... tentang perjumpaan Asaari yang ditemani Dato Kahar Mo'min (bekas exco kerajaan Selangor) dengan Tun Dr Mahathir di pejabat PM beberapa tahun lalu. Tujuan perjumpaan itu adalah untuk mendapatkan bantuan dari kerajaan kerana Asaari dan para pengikutnya sudah bertaubat dan taat dengan kerajaan. Dalam perjumpaan itu, Tun Dr Mahathir telah menegur Asaari kerana ekonomi dan sekolah yang dibangunkan gagal membantu bangsa Melayu. Sebaliknya setelah selesai perjumpaan itu, Asaari telah mengumumkan melalui Khadijah Aam bahawa dia telah memberi amaran kepada Tun Dr Mahathir tentang kejatuhan Tun Dr Mahathir dan daulah yang bakal menjelma. Lalu para pengikutnya yang bodoh ni pun banggalah dengan pengumuman ini. Semakin taksub kerana menganggap Asaari sangat berani bercakap sedemikian terhadap Tun Dr Mahathir. Ini satu pendustaan yang BESAR.
Sebenarnya Dato Kahar Mo'min(DKM) suatu ketika dulu amat rapat dgn U.As. Dia sering datang bersembang dirumah U.As di rawang. Pernah suatu ketika mereka bersembang sehingga jam 1.00 pagi sampai tukang terjemah iaitu Khadijah Aam tersengguk-sengguk kerana mengantuk. Begitulah akrabnya mereka berdua. Tidak pernah U.As melayan mana2 tetamu sehingga jauh mlm begitu.
Sebenarnya DKM ini adalah antara pengkagum U.As sejak era arqam lagi. Banyak sumbangannya berbentuk kewangan kepada jemaah arqam dulu. Rumahnya sering dikunjungi oleh org arqam/rufaqa. Malah saya pun pernah kesana.DKM adalah org kuat UMNO. Dia juga amat mengkagumi Tun M. Jadi bila U.As sering merendah-rendahkan Tun M didepan para tetamunya maka timbullah hasrat DKM untuk menjernihkan suasana antara mereka berdua iaitu melalui pertemuan yg dirancang oleh DKM.
Setelah Tun M bersetuju...maka ditetapkan harinya. Diwaktu itu U.As sering memberi kuliah bergerak (naik Bas)kpd ahli2 rufaqa. Suatu hari U.As telah membaca suatu perutusan yg kononnya akan dibaca didepan Tun M dlm pertemuan nanti. Begitulah bongkaknya U.As didepan pengikut2nya. Akan tetapi bila dah nak sampai tarikh pertemuan...U.As mula kecut perut maka disuruhnya DKM batalkan saja pertemuan tsbt.
Maka apalagi mengamuklah DKM. Mana boleh mudah2 nak batalkan pertemuan yg telah dirancang rapi sekian lama. Maka nak tak nak dgn berat hati maka U.As dgn ditemani penterjemahnya Khadijah Aam pergi ke Putra Jaya tempat berlangsungnya pertemuan itu. Dalam pertemuan tsbt U.As langsung tidak bersuara......cuma selepas mendengar nasihat/peringatan dari Tun M maka dia meminta maaf diatas perbuatannya yg menyusahkan Tun M selama ini.
Ternyata DKM teramat kecewa dgn sikap pengecut U.As tsbt. Dia ingatkan U.As akan menggunakan kesempatan pertemuan itu untuk mendakwah Tun M ataupun saling bertukar pendapat demi kepentingan umat Islam di malazia. Sedangkan sebelum ini U.As begitu lantang menuduh Tun M adalah penghalang kebangkitan Islam di malaysia. Tetapi ternyata U.As hanya senyap menikus..berselindung dibelakang bininya.
Saya dpt maklumat ini dari kawan DKM(bekas arqam) dimana DKM menalipon beliau sendiri untuk menyatakan kekecewaannya ttg pertemuan tsbt. Malah DKM ada buat komen bhw dia tak nampak dimana kehebatannya seorang yg mengaku dialah PBT tu.
Akan tetapi....lain ceritanya pula yg dikhabarkan dirawang. Seperti cerita diataslah...... Begitulah sikap penipu pemimpim2 rufaqa. Dari dulu..zaman arqam hinggalah ke zaman rufaqa. Tak habis2 mereka-reka dan membesarkan cerita tentang kehebatan Abuya mereka. Sebab itulah saya kata....cakap2 mereka tak boleh dipercayai terutama dlm hal sedemkian. Kesian saya tengok org2 rufaqa...tak habis2 kena tipu. :geram:
Selepas itu..DKM mula menjauhkan diri dari rufaqa. Seperti biasalah...dia dikatakan antara insan yg TERTAPIS! |
|
|
|
|
|
|
|
sejak thread ini dikuka, banyak betul PM yg saya terima nak bunuh sepak tendang saya :lol
yg peliknya mereka tak berani post reply kat sini. siap kata masa daulah nanti saya insan pertama mereka carik. aduhai :lol
[quote]Kesalahan
1. Boleh berbincang dengan Allah untuk menentukan siapa yang boleh dikenakan penyakit dan setakat mana kesakitannya. Ini salah kerana mencampuri urusan Allah ke atas makhluk-Nya seumpama Allah tidak tahu tentang makhluk-Nya.
Petikan daripada VCD Kuliah Rufaqa:
|
|
|
|
|
|
|
|
kebenaran ker berdoa pada seorang al kazab? kebenaran hapa?
cuba baca nih:
[quote]Pendustaan Asaari Tentang Keturunannya
Setelah perkembangan Darul Arqam kian 'memuncak' (mengikut tanggapan mereka) pada awal 1990-an, Asaari sudah mula merancang agenda baru iaitu IMAGE PROJECTION bagi dirinya. Dirinya cuba dinaikkan taraf dari satu peringkat ke peringkat yang lebih tinggi iaitu dari bergelar Ustaz sehinggalah bergelar Ayatullah iaitu beberapa bulan sebelum pengharaman jemaah tersebut pada Ogos 1994. Kini gelaran itu semakin meningkat, menjadi Ketua Wali di alam ghaib, dan Sohibuzzaman. Semua gelaran pangkat ini, tidak ada sesiapa pun yang memberikannya (menganugerahkannya), melainkan Asaari yang mengiystiharkan dan menggunakan gelaran itu digunakan untuk dirinya.
Sehubungan itu, pada artikel kali ini, kami ingin menyentuh tentang pendustaan Asaari tentang keturunannya. Umum mengetahui bahawa Asaari telah mensabitkan dirinya sebagai seorang yang berketurunan Bani Tamim dan berbangsa Arab. Kesan daripada pensabitan keturunan itu, namanya disambungkan dengan 'AT-TAMIMI' dan ia wajib diyakini secara qat`ie oleh para pengikutnya.
Gelaran al-Tamimi adalah gelaran yang unik dan bersifat spesifik. Ini kerana ia memberikan kesan signifikan dalam akidah dan perjuangan Jemaah Aurad Muhammadiah.
Apabila ada pihak berhujah dan meminta bukti adakah benar Asaari berketurunan Bani Tamim, maka dia akan mengeluarkan satu teori pelik. Dia mendakwa pendakwah Islam dari Tanah Arab telah sampai ke Tanah Jawa dan berlakulah perkahwinan campur di kalangan nenek moyangnya. Menerusi teori ini, dia mendakwa (malah berkeyakinan) dirinya adalah berbangsa Arab, tetapi Arab yang sudah tipis, dan tidak ada ciri-ciri fizikal yang menggambarkan dirinya orang Arab. Asaari juga tidak dapat membuktikan keturunannya dalam bentuk rekod sebagaimana kebiasaan orang Arab menyimpan rekod keturunan mereka.
Apakah tujuan Asaari mensabitkan nasabnya dengan Bani Tamim?
a. Untuk menjadi pembantu Imam Mahdi dan melibatkan diri secara langsung dalam JADUAL ALLAH. Jadual ini bermaksud kronologi peristiwa Akhir Zaman sebelum Kiamat berlaku. Sebagaimana yang dimaklumi, perjuangan Asaari dan jemaahnya berdasarkan JADUAL ALLAH.
b. Untuk menaik tarafkan keistimewaan dirinya agar dipandang hormat oleh kelompok tarekat yang sealiran dengannya.
Sesiapapun di Malaysia, sangat hairan dan pelik kerana Asaari setelah hidup selama lebih 40 tahun, tiba-tiba baru mengetahui bahawa dirinya adalah PEMUDA BANI TAMIM. Dan dia mengetahuinya bukan secara rekod salasilah, tetapi lebih kepada agakan dan percubaan pada peringkat awalnya. Tetapi, lebih pelik akhirnya kini ia menjadi keyakinan dan sebahagian akidah mereka.
Kami sangat ingin memberitahu kepada Asaari dan pengikutnya, bahawa tindakan Asaari itu sangat bertepatan dengan sebuah hadith riwayat Abu Zar al-Ghifari. Rasulullah s.a.w. bersabda;
ليس من رجل ادعى لغير أبيه |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by snipersnake at 24-11-2006 05:56 PM
kebenaran ker berdoa pada seorang al kazab? kebenaran hapa?
cuba baca nih:
pada org begitu anda mahu kami berwasilah?
Tak salah nak berwasilah pada Ustaz ashaari. Dia yang mengajar dan mempraktikkan ilmu agama yang telah lama dilupakan orang. Ilmu yang dia perolehi itu adalah dari minda yang Allah berikan kepada ahli sufi dan tarekat. Apatah lagik kalau Ustaz Ashaari sebagai mujadid sebalum kedatangan Imam Mahadi.
Saya tak nampak mengapa nak dipanggil sebagai Al-Kazab atau pembohong. Masakan Ustaz ashaari sanggup berbohong biar pun dia bukan maksum. Macam Mahathir kalau anggota kabinet dia yang buat lidah bercabang, takkan nak dipersalhkan Tun M?
Lagik pun anak-anak buah Ustaz Ashaari sebelum memasuki jemaah Darul Arqam , rata2nya bukan insan yang baik. Ramai yang jahil dalam agama malah setengahnya buta Al-Quran. namun berkat dari didikan dan tarbiah Us. Ashaari, ramai yang kembali kepangkal Islam dalam amalannya.
Takkan kerana anak buahnya yang jahat tu, semuanya nak dipersalahkan pada Ustaz Ashaari?
Tak gitu ?
:tq::tq: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by minahrock at 24-11-2006 07:53 PM
Saya tak nampak mengapa nak dipanggil sebagai Al-Kazab atau pembohong. Masakan Ustaz ashaari sanggup berbohong biar pun dia bukan maksum. Macam Mahathir kalau anggota kabinet dia yang buat lidah bercabang, takkan nak dipersalhkan Tun M?
...
Memang dah sah dia berbohong! Bukan main masakan...masakan lagi.
Asaari cakap: "Rasulullah dah bagi tau ana yg Pak Lah tak akan jadi PM. Yang akan naik jadi PM ialah Arwah Tun Ghafar Baba. Lepas tu ghafar akan serah kerusi PM pada ana". Apa..Ente tak fernah dengar ini cerita kah?
Sekarang apa dah jadi? Pak Lah dah jadi PM. Tun ghaffar dah jadi ARWAH. So...Asaari dah jadi PEMBOHONG LAA! |
|
|
|
|
|
|
|
KAEDAH TAWASSUL MENGGUNAKAN POWER ABUYA
Dibawah ini adalah petikan dari risalah yg bertajuk "Kaedah Rawatan" yg diajarkan kpd org2 rufaqa:
1. RAWATAN KASIH SAYANG
1. Betulkan Niat:
Niat dlm hati: "Abuya yg merawat Abuya (fulan/fulanah) bukan saya dengan izin Allah berkat abuya dan sayidi syeikh"
2. Tawassul
"Assalamualaikum Abuya Ruhul Muqoddasah Sohibuzzaman Fatta Attamimi bantulah saya. Minta power karomah Putra Bani Tamim.
Minta power karomah Aurad Muhammadiah
Yang Tuhan simpankan untuk Putra bani tamim di Luh Mahfuz sebagai karomahnya yg Engkau anugerahkan kepadanya
untuk merawat Abuya (fulan/fulanan) ini dengan izin Mu ya Allah"
3.
4.
5.
6. Minta Ubat
Tawassul dan halakan kedua tangan kearah pesakit sambil baca ayat pencak hingga selesai.
"Uhduru ya sayidi syeikh Muhammad Abdullah Assuhaimi
Saya mintalah diajarkan kpd saya karamah pencak silat sunda dan hadirlah, rawatlah Abuya ini (fulan/fulanah) ,
pagarkanlah Abuya, seluruh BoD(rufaqa), Ibu-ibu, projek-projek Abuya seluruh dunia dgn izinMu ya Allah berkat Abuya
dan sayidi syeikh"
Saya petik sebahagian sahaja sebagai contoh...banyak lagi tetapi ayat2nya hampir sama sahaja.
Minta komen terutama dari uztaz2 sekalian.
Kalau geng rufaqa nak terang lebih lanjut....elok juga. |
|
|
|
|
|
|
|
jawabla soalan yg forumer 2 tu timbulkan.. jgn tahu nak menyalahkan org je.
semua org nak tahu gak betulke amalan2 yg dikata tu wujud dalam rufaqa.bila ditanya, entah hapa2 jawabnya |
|
|
|
|
|
|
|
saya tak rasa mereka akan jawab, sebab mereka TAKKAN BOLEH JAWAB.
boleh dikatakan setiap dusta dari mulut asaari berpunca dari dirinya yg mendakwa boleh berbicara secara terus dgn nabi. dari memerlukan medium, sehingga dia sendiri boleh berbicara dgn rasulullah. mari kita lihat hasil kajian Webmaster rufaqa-sesat.
[quote]Friday, August 18, 2006
PENDEDAHAN EKSKLUSIF: Evolusi Yaqazah Asaari dan 慠asulullah |
|
|
|
|
|
|
|
sambungan pada di atas:
[quote]ERA MUJAHID:
Teknologi yaqazah ini mula diperkenalkan oleh timbalan Asaari iaitu Abdul Halim Abbas. Dia berpendapat bahawa kalaulah Sheikh Suhaimi boleh berjumpa dengan Nabi secara jaga, maka kita juga boleh bertemu Nabi secara jaga. Sehubungan itu, pada peringkat awal, Halim Abbas telah beryaqazah terlebih dahulu dengan Sheikh Suhaimi. Pada peringkat ini, nama Rasulullah belum muncul lagi dalam drama tipu daya syaitan ini. Halim Abbas akan menulis soalan di atas kertas, dan kemudian menunggu jawapan dari Sheikh Suhaimi. Bagaimanapun, Sheikh Suhaimi memang tidak wujud secara jaga di hadapannya, tetapi membisikkan jawapan tersebut ke dalam hati Halim Abbas. Kemudian, Halim Abbas akan menulis jawapannya dan berkata inilah hasil yaqazah dengan Sheikh Suhaimi. Hakikatnya, Halim Abbaslah yang menulis soalan, dan dialah yang menulis sendiri jawapannya. Semua usaha Halim Abbas beryaqazah dengan Sheikh Suhaimi ini sangat direstui oleh Asaari sendiri. Era ini berlaku pada hujung 1980-an.
Kemudian, bermulalah era yaqazah dengan Rasulullah dengan menggunakan individu perantara. Ketika itu, al-Arqam sedang giat mencari individu 慿asyaf |
|
|
|
|
|
|
|
sambungan evolusi yaqazah asaari
[quote]ERA SHAARI KECIK.
Setelah Mujahid tiada, Halim Abbas telah menemui seorang lagi yang bernama 慡haari Kecik |
|
|
|
|
|
|
|
pada saya era ini paling menarik
[quote]ERA AZURA YUSOF
Era Azura bermula setelah ISA pertama iaitu ketika Asaari dalam tahanan kediaman terhad. Yaqazah Asaari dan 慠asulullah |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]ERA YAQAZAH SECARA PERSONAL
Memandangkan semua perantara bermasalah, akhirnya Asaari pun mendakwa dirinya boleh bertemu Rasulullah secara jaga dengan dirinya sendiri tanpa perlu perantaraan. Inilah keyakinan Asaari dan pengikutnya pada masa kini. Era ini bermula setelah penubuhan Rufaqa Corp. Asaari bukan sekadar boleh berkomunikasi direct dengan Rasulullah, tetapi juga boleh berbincang dengan Allah S.W.T dan Malaikat sebagaimana yang dinyatakan dalam beberapa artikel sebelum ini.
Ini menunjukkan makam Asaari sudah semakin meningkat. Pelbagai mesej dari 慠asulullah |
|
|
|
|
|
|
| |
|