|
Haramkan jaring
SAMPAI bila? Sampai bila perkara ini akan berlaku dan kita nak perkara ini terus berlaku? Bukan sekali tapi dah banyak kali. Bulan ini saja dah dua kali berlaku tapi kita seperti biasa terus biarkan saja tanpa ada rasa nak mengubah atau melakukan sesuatu.
Apa yang Bidai halkan di sini ialah mengenai paus-paus yang terdampar di pantai negara ini dan yang pastinya, simptom yang menyebabkan mereka terdampar ialah jaring nelayan.
Bukan nak salahkan nelayan semata-mata kerana kaedah yang mereka gunakan sekarang tidak pernah berubah dan ia sudah ditelan dek zaman.
Lain-lain negara termasuk di Thailand sendiri banyak mencari kaedah baru. Ada yang menggunakan cara baru yang lebih praktikal dan mampu mengelak sebarang kejadian tersangkut paus ataupun penyu, jadi Malaysia bila lagi?
Tapi kita di Malaysia lebih pentingkan apa yang diperoleh berbanding nak selamatkan spesies yang terancam di perairan negara.
Memanglah, tangkapan nelayan itu merupakan mata pencarian mereka dan itulah juga untuk anak bini mereka makan, namun Bidai percaya sesuatu boleh dilakukan.
Jabatan Perikanan perlu bantu nelayan untuk membolehkan kaedah menangkap ikan mereka diubah yang sekali gus mampu mengelakkan jaring atau pukat mereka turut 憁enangkap |
|
|
|
|
|
|
|
Rebus bangkai sebelum pamer
Oleh NORZASRUDIN MOHAMED NOR
ANAK paus yang cuba diselamatkan tetapi gagal selepas ia
dihanyutkan ke Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu baru-baru ini.
KUALA TERENGGANU |
|
|
|
|
|
|
|
Ikan Paus Raksasa
Penghuni terbesar lautan adalah ikan paus. Jenis ikan paus yang dikenal sebagai 搃kan paus biru |
|
|
|
|
|
|
|
10 ikan paus mati terdampar di Bali
BEBERAPA aktivis haiwan menarik bangkai ikan paus yang ditemui mati terdampar
di Pulau Sarangan, Bali semalam.
BALI - Sebanyak 10 ekor ikan paus ditemui mati terdampar di pesisir pantai pulau peranginan Indonesia, Bali sejak beberapa minggu lalu.
Sehubungan itu, pencinta alam sekitar menyalahkan kejadian tersebut berlaku disebabkan cuaca buruk dan ombak kuat yang melanda pulau berkenaan.
Seorang anggota Agensi Pencinta dan Pemelihara Alam Sekitar, Budi Adnyana berkata, dua daripada ikan paus yang mati itu adalah daripada jenis Giant Sperm yang dilindungi.
Adnyana menjelaskan, lapan ekor ikan paus lain yang dijumpai adalah bersaiz lebih kecil.
Sejumlah penduduk kampung melapah ikan itu untuk mendapatkan lemak yang digunakan untuk perubatan tradisonal.
Beberapa penyelidik cuba untuk menarik keluar bangkai ikan itu di kawasan pokok bakau di selatan Bali semalam. - AP
************************************************************************************
few weeks ago - bali kan banjir.. dan rasanya ini adalah antara consequence nye -
sedih bila tengok ikan2 paus ni --
tu la ye.. besar salah.. kecil salah.. ada aje pros and cons tentang size ikan2 ni -
teringat masa saya whale watching kat BC = dulu masa jalan2 kat victoria harbour
nampak killer whale around that area - good lord - memang besar -
killer whale = blue whale
kat bc - ada whale watching cruise - best sangat - dia bawa kita around
tofino area - around botany bay - even out pacific ocean towards port angeles
untuk tengok whales ni -
fascinating - dan bukan senang nak catch 'em.. tapi once nampak depa... depa
sokmo ada aje kat surround area.. at least 3-4 orang - |
|
|
|
|
|
|
|
Misteri paus Batu Burok
Oleh NORZASRUDIN MOHAMED NOR
Kemunculan seekor ikan paus di Batu Burok menggemparkan penduduk sekitar. Tumec kini cuba menyingkap misteri kematian haiwan marin itu.
| "ORANG ramai berusaha membantu seekor anak ikan paus kembali ke laut di pantai Batu Burok, Kuala Terengganu."
|
TIBA-TIBA pantai Batu Burok di Kuala Terengganu riuh rendah dengan kehadiran objek asing di tepi gigi air pantai itu pada malam 20 Januari lalu. Jika sebelum ini, pantai itu pernah menerima ribuan gamat yang terdampar di situ, namun kali ini, kemunculan seekor ikan paus biru menarik perhatian orang ramai.
Apatah lagi, dalam keadaan ikan paus biru masih bernyawa ketika ditemui pada pukul 8.30 malam, orang ramai berusaha untuk menyelamatkannya.
Bagaimanapun, selepas dua jam, ikan paus spesies pigmy sperm itu tidak lagi bergerak selepas beberapa kali orang ramai cuba mengheretnya kembali ke laut.
Pengarah Perikanan Negeri Terengganu, Munir Mohd. Nawi berkata, ikan paus biru yang ditemui di pantai Batu Burok itu adalah ikan paus betina sepanjang 2.9 meter dengan berat melebihi 200 kilogram.
Katanya, ikan yang boleh mencapai ukuran matang sepanjang 3.3 meter itu sering ditemui di perairan negara dan merupakan spesies haiwan marin terancam di Malaysia.
Jelasnya, ada kemungkinan punca ikan itu mati kerana kecederaan yang dialaminya selepas terkena batu atau kipas bot.
| "BUKAAN mulut dan gigi ikan paus daripada spesies pigmy sperm."
|
Untuk menyingkap misteri kematiannya, ikan tersebut diserahkan ke Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (Tumec).
Dalam pada itu, Ketua Unit Mamalia Marin Tumec, Mohd. Lazim Mohd. Saif memberitahu, spesies itu adalah yang pertama ditemui di negara ini. Lantaran itu, kajian saintifik perlu dilakukan.
Selain untuk mengetahui punca sebenar kematiannya, tulang rangka ikan paus itu akan dipamerkan di galeri Tumec di Rantau Abang, Dungun, Terengganu.
Sebelum dipamerkan, proses bedah siasat, merebus bangkai ikan untuk memisahkan tulang dan dagingnya perlu melalui satu tempoh yang rumit dan panjang.
Pemprosesan tulang rangka itu dilakukan untuk mempelajari anatomi tulang rangka seekor paus biru spesies pigmy sperm atau dalam bahasa saintifiknya Kogia breviceps.
Untuk tujuan itu, setiap tulang akan diproses secara teliti dan diawet.
Dengan kefahaman sifat-sifat dan pergerakannya, posing tulang rangka tersebut dapat dilakukan.
" Pemprosesan tulang rangka boleh dilakukan melalui banyak kaedah. Kaedah yang dipilih adalah berdasarkan jangkamasa yang terhad untuk menyiapkan projek dan kemudahan yang sedia ada.
"Bagaimanapun, kebanyakan kaedah yang dilakukan adalah berdasarkan eksperimentasi dan kemudahan, dan tidak dapat dinafikan, terdapat banyak kaedah lagi yang boleh dilakukan," kata Mohd. Lazim ketika ditemui baru-baru ini.
Beberapa bahan-bahan dan peralatan perlu digunakan untuk kerja-kerja pemprosesan dan articulation tulang rangka paus itu.
| "INILAH rangka ikan paus yang telah diawet."
|
Antaranya ialah pisau, bilah scalpel, bilah scalpel tumpul, detergen, tong gas memasak, periuk (cukup besar untuk merendam tulang-tulang), berus gigi, berus kasar, forseps, drill, gam suhu rendah, misalnya UHU, gam suhu tinggi, contohnya gam epoksi.
Selain itu, kotak, dawai tebal dan nipis, kamera digital, sarung tangan getah, tali, larutan hidrogen peroksida, playar, pita pelekat dan semburan varnis juga diperlukan.
Menurutnya, pemprosesan dan articulation tulang itu akan dijalankan dalam lima peringkat iaitu rujukan anatomi, ukuran morfometrik, penyediaan tag, pemprosesan tulang rangka dan articulation tulang rangka.
"Selepas bedah siasat dilakukan, bangkai paus itu akan dimasukkan ke dalam periuk yang besar dan direbus selama 12 jam untuk mengasingkan lemak dan daging.
"Kemudian, air itu akan ditukar dan sekali lagi proses merebus selama 12 jam akan dilakukan tetapi kali ini, campuran sabun berenzim dimasukkan bagi tujuan pembersihan.
"Jika masih terdapat daging atau lemak pada tulang, proses rebusan akan dilakukan sekali lagi," katanya.
Katanya, skop kerja untuk membersihkan tulang rangka akan dilakukan secara berperingkat.
Selepas dibersihkan, gambar tulang rangka itu diambil untuk dijadikan rujukan dalam proses penyambungan dan pembentukan semula tulang rangka.
Kemudian, proses mengenal pasti jenis tulang, melabel dan memisahkan tulang-tulang dilakukan dengan penuh cermat sebelum pemutihan tulang rangka menggunakan hidrogen perosikda dilakukan.
Tulang yang rosak dan patah perlu diperbaiki selain membuat replika tulang yang hilang, menutup liang-liang halus pada permukaan tulang bagi menghalang serangga membuat sarang pembiakan.
Membuat lapisan resin pada setiap tulang juga penting sebelum ia disusun dan dibentuk semula tulang rangka dengan penyambungan sementara.
Akhir sekali penyambungan kekal dilakukan dan tulang rangka siap diletakkan di ruang pameran.
| "SEORANG penduduk tempatan masih berusaha untuk menarik ikan paus itu kembali ke laut."
|
Mohd. Lazim berkata, kaedah pemprosesan tulang rangka melibatkan pembuangan kulit, penyingkiran otot dan tisu, pemutihan tulang dan mengilatkan tulang menggunakan varnis.
Ada dua perkara yang harus ditekankan semasa membersihkan tulang iaitu, jangan patahkan tulang dan yang kedua, jangan melukakan diri sendiri.
Sebelum ini, pada Oktober tahun lalu seekor anak paus Bryde's, Balaenoptera edeni sepanjang 10 meter seberat tiga tan ditemui terdampar di beting pasir kuala Sungai Nenasi, Pahang.
Sementara pada April tahun lalu, satu kepala paus spesies yang sama ditemui di pantai Resort Sanctuary, Kampung Sungai Ular, Cherating, Kuantan manakala pada tahun 2006, haiwan marin itu, turut ditemui di Pulau Gaya, Sabah. |
|
|
|
|
|
|
|
200 ikan lumba-lumba terdampar
MANILA: Lebih daripada 200 ikan lumba-lumba terdampar di Manila Bay, kata pegawai rasmi Filipina dan pihaknya sedang mencari punca haiwan marin itu naik ke pesisir pantai.
Ikan lumba-lumba yang terdampar dikesan penduduk di sekitar bandar berhampiran Pilar dan Abucay di semenanjung barat Bataan, Manila.
Gabenor Bataan, Enrique Garcia, berkata sekurang-kurangnya tiga ditemui mati.
揑a adalah fenomena luar biasa, |
|
|
|
|
|
|
|
200 ikan lumba 'kebingungan'
PENDUDUK wilayah Bataan berusaha menghalau ikan lumba-lumba ke laut di utara Manila semalam.
|
ORION: Sekurang-kurangnya 200 ikan lumba-lumba terdampar di air cetek di Teluk Manila semalam, mencetuskan operasi menyelamat besar-besaran oleh beratus sukarelawan dan nelayan yang menggunakan bot dan tangan untuk menghalau haiwan itu ke laut dalam.
Suasana luar biasa itu mungkin tercetus akibat gempa di laut yang mungkin merosakkan gegendang telinga ikan itu yang membingungkan mereka atau haiwan itu mungkin mengekori ketua yang sakit atau cedera, kata Pengarah Biro Perikanan dan Sumber Akuatik, Malcolm Sarmiento, dalam temu ramah telefon.
Beliau berkata, ikan lumba-lumba itu, antara 200 hingga 300 ekor, dilihat kira-kira 1.6 kilometer di luar pantai, berenang ulang alik antara bandar Pilar dan Orion di wilayah Bataan.
Nelayan dan penduduk kampung berkumpul di pantai dan mengharung air paras dada, bertepuk tangan dan memukul permukaan air untuk menghalau ikan lumba-lumba ke laut dalam. Lebih 20 bot dengan enjin ditutup membawa haiwan itu ke laut luas.
“Ia sesuatu yang luar biasa. Ini adalah kali pertama segerombolan haiwan itu memasuki Teluk Manila dan bertindak pelik,” kata Sarmiento. - AP
aku bajet... ada something berlaku kat dalam laut sana.... tu kemungkinan tuh...!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #28 amazed's post
memang betul pun....
ada few earthquakes.. kat kawasan tu after few days -
interesting... dolphin dah tahu dulu...
dan dah rasa panas nya -- |
|
|
|
|
|
|
|
54 ikan paus terdampar diselamatkan
SYDNEY 3 Mac - Pihak berkuasa Australia berjaya menyelamatkan kira-kira 54 ekor ikan paus yang terdampar di tepi pantai, di selatan negara ini, hari ini.
Pegawai Perkhidmatan Taman Negara dan Hidupan Liar Tasmania, Chris Arthur berkata, pasukan penyelamat berjaya memindahkan beberapa ekor ikan paus dan lima ekor ikan lumba-lumba yang terperangkap ketika air laut pasang di King Island.
"Ikan paus yang terperangkap di pantai ini berjaya dipindahkan dengan selamat. Usaha-usaha menyelamat ini tidak akan berjaya tanpa bantuan masyarakat setempat.
"Kita telah menerima sebanyak 150 permohonan daripada orang ramai yang menawarkan diri untuk membantu memindahkan haiwan-haiwan berkenaan ke pantai lain, dan merupakan usaha yang harus dipuji," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Kira-kira 140 ikan paus mati selepas terdampar di pantai di selatan Australia pada Ahad lalu.
Empat bulan lalu, kira-kira 400 ekor ikan paus, kebanyakannya betina dan anak ikan paus ditemui terdampar di pantai di selatan Tasmania.
Kejadian ikan paus terdampar merupakan perkara biasa di Tasmania dan pelbagai teori diperkatakan tentang kejadian itu. - AFP |
|
|
|
|
|
|
|
Tuesday April 21, 2009
Whale protection
By MICHAEL CHEANG
Blue whales may not be as threatened as once thought but they still need protection.
ONE of the most memorable moments in Dr Bruce Mate抯 career in studying whales was the first time he touched a whale, and it looked him in the eye.
揟hat was a powerful moment. I feel a kinship with whales ... they抮e mammals, they have hair, they breathe air, they nurse their young with milk. We抮e related to them fundamentally but yet, they do some things that are so bizarre compared to humans.
They live in a place we think of as hostile, but it抯 the only option they have. And all the threats to them are because of us, |
|
|
|
|
|
|
|
Momen paus biru
Oleh SUBASHINI RAJANDRA
Dokumentari 120 minit Big Blue mengambil 180 bulan untuk disiapkan dengan menyabung nyawa petugas di perairan Costa Rica Dome, Amerika Tengah. Semuanya dilakukan demi paus biru.
BAGI semua haiwan yang pernah mendiami permukaan Bumi, ikan paus biru ternyata merupakan haiwan terbesar pernah direkodkan dalam sejarah. Untuk gambaran ringkas, bayangkan saiz seekor paus biru dewasa adalah dua kali ganda ukuran bas Intrakota dengan panjang melebihi 100 kaki.
Ikan paus biru mencatatkan berat hampir 200 tan atau 200,000 kilogram. Ini bermakna, ia jauh lebih berat daripada 25 ekor gajah dewasa Asia. Dengan jantung sebesar kereta Mini Cooper, iaitu kira-kira 450 kilogram, seorang manusia dipercayai boleh merangkak melalui arteri utama jantung ikan paus biru.
"Dalam sehari, haiwan yang bersifat lemah-lembut ini makan purata empat tan kril (seakan-akan udang). Dalam erti kata lain, ia sama seperti 64,000 biji burger," ujar Dr. Bruce Mate dengan penuh keterujaan.
John Calambokidis
Tidak hairanlah bagi Dr. Mate atau mana-mana saintis di dunia, maklumat yang diketahui tentang haiwan itu agak kurang. Antara perkara yang sehingga kini tinggal misteri adalah kawasan paus biru melahir dan menyusu anak, selain pilihan laluan sebaik sahaja tiba musim sejuk untuknya berhijrah ke kawasan lain.
Menurutnya, kesemua itu perlu diketahui bagi usaha mempergiatkan aktiviti perlindungan mamalia tersebut.
Dr. Mate, 63, ialah seorang saintis tersohor yang menyelidik tentang ikan paus sejak tahun 1978 dan juga Pengarah Program Mamalia Marin di Universiti Oregon State, Amerika Syarikat (AS).
DR. BRUCE MATE berkongsi pengalaman dengan
sekumpulan kanak-kanak di Malaysia.
Beliau dikenali kerana menerajui usaha mengesan ikan paus dengan menggunakan pemancar satelit radio ringan. Terbaru, beliau dan kumpulan penyelidiknya membuat kajian terhadap ikan paus sperma di Teluk Mexico (Amerika Utara), paus kelasa - (Alaska, AS dan Gabon, Afrika Tengah), paus biru (Chile, Amerika Selatan), paus bersirip (Mediterranean) dan paus selatan di Afrika Selatan.
Justeru, tawaran untuk bekerjasama dengan Pertubuhan National Geographic diterima dengan sepenuh hati bagi membongkar dan menyelami dunia ikan paus biru yang rata-ratanya dihabiskan di laut dalam.
Menerusi dokumentari khas, Big Blue yang disiarkan baru-baru ini di Astro, saluran 553, Dr. Mate bertindak sebagai ketua penyelidik bersama pasukannya menongkah arus dari California Selatan, AS menuju ke Costa Rica Dome, Amerika Tengah.
Ekspedisi selama beberapa bulan itu turut disertai penerbit rancangan tersebut, Sue Houghton dan rakannya, Ernie dari National Geographic Television, John Calambokidis, seorang penyelidik biologi dan salah seorang pengasas badan bukan berkeuntungan, Penyelidikan Cascadia di AS serta krew kapal R.V. Pacific Storm.
SEEKOR ikan paus biru berenang dengan anak ikan paus.
Dokumentari selama 120 minit itu mengembara ke sebuah tapak yang kurang dijelajahi manusia (Costa Rica Dome) bagi menyiapkan carta migrasi ikan paus biru yang dapat dilakar secara tepat semasa musim sejuk. Setelah meletakkan tag ke atas 15 ekor ikan paus tersebut, kumpulan ekspedisi ini berjaya menjejaki tingkah laku haiwan ini dengan bantuan satelit.
"Costa Rica Dome meliputi daerah seluas 1,000 kilometer di Lautan Pasifik dan sejak dahulu, para saintis percaya bahawa ia merupakan sebuah tapak mengawan dan melahirkan anak ikan paus biru."
"Ini kerana kawasan itu penuh dengan bekalan nutrien kril dan faktor itu menggalakkan ikan paus berhijrah ke sini," jelas Calambokidis yang melahirkan rasa kagum kerana dapat melihat buat pertama kali haiwan itu secara dekat.
DR. BRUCE MATE menyelidik tentang ikan
paus sejak lewat 1970-an lagi.
Tiga daripada 15 ekor ikan paus biru yang ditag melakukan migrasi dari Santra Barbara, Selatan California ke Costa Rica Dome. Sebaik sampai di situ, para saintis cuba mengenal pasti kedudukan sebenar ikan paus ini kerana berlaku sedikit kelewatan transmisi isyarat satelit.
"Mengesan ikan paus biru yang lazimnya menghabiskan hampir seluruh hayatnya di dalam air dan mengembara 160 kilometer ke mana-mana arah dalam tempoh 24 jam, bukanlah satu tugas yang boleh dipandang ringan," ujarnya yang menambah berlaku evolusi fosil ikan paus daripada berkaki kepada tidak berkaki.
Ekspedisi itu juga mencapai kejayaan dalam mendedahkan tapak mengawan, melahirkan anak paus dan mencari makanan pada musim sejuk, di samping merakamkan irama seekor ikan paus menyanyi dalam dialek tersendiri.
SUE HOUGHTON tekad merakamkan imej
ikan paus biru di laut yang tenang.
Tag akustik sementara juga menggunakan pendengaran gema bagi mengesan kril yang keluar pada waktu senja. Ia menarik perhatian ikan paus biru yang menyelam beberapa kali untuk mendapatkan bekalan makanannya.
Sementara itu, Houghton dan Ernie mendepani cabaran merakamkan ikan paus biru yang keluar beberapa saat untuk menghembuskan air dari serombong sebelum menyelam semula. Cuaca dan keadaan air juga memainkan peranan penting supaya imej yang diperoleh adalah jelas dan berkualiti.
Houghton berkata, meskipun beliau telah meranjau onak duri dunia perfileman dokumentari di hutan tebal Amazon, cuaca membeku di Artik dan ribut petir di lautan Pasifik menjadikan tugasan ini cukup menguji kesabarannya.
Bekerja selama 16 jam sehari untuk merakam, mengedit, mencatatkan log masa, membaiki peralatan kamera dan audio serta membaca dan menulis skrip, beliau tetap terpegun dengan momen merakamkan seekor ikan paus biru betina bersama anak paus yang berumur sebulan.
"Sewaktu anak paus ini mendekati kamera, kami berjaya mendapat rakaman yang jelas dengan permukaan air yang jernih. Saya anggap ia sebagai tuah dengan magis sokongan alam," jelasnya yang menggunakan teknologi kamera Crittercam.
Crittercam yang dihasilkan oleh pembikin filem Greg Marshall dari National Geographic memberi akses kepada kehidupan haiwan di atas darat mahupun dalam air dengan kemudahan kamera video, mikrofon, alat pengukur suhu dan tekanan, lampu dan lain-lain yang dipasang pada badan haiwan.
"Pada saat ini pun, saya rasa terharu menonton semula dokumentari ini yang mengambil masa 18 bulan untuk disiapkan. Ia adalah seekor haiwan yang istimewa," ungkapnya.
Big Blue direalisasikan dengan niat untuk menyelamatkan ikan paus biru daripada ancaman kepupusan disebabkan oleh pemburuan, pelanggaran dengan kapal, pencemaran air dan bunyi.
Dijangkakan hanya 10,000 hingga 25,000 ikan paus biru hidup di planet ini. Malah, kurang daripada 2,000 ekor ikan itu tinggal di kawasan yang direkodkan mempunyai populasi tertinggi iaitu benua Antartika.
********************************************************************************
.. dulu masa pegi whale watching kat victoria - nampak orca (killer whale) - tak pernah terjumpa lagi
dengan blue whale - not easy actually unless kena pergi tengah2 lautan sikit -- (pacific) -
kalau stuy pasal antarctic you'd gonna find out most blue whales' habitat is close to the
continent -
.. best whale watching ni -- saya tengok blue whale kat national geog program aje - tapi
kalau ikan paus yang lain - pernah la tengok - they are not as big as blue whale but still
very big - blue whale ni anggaran lebih besar dari rumah bungalow - |
|
|
|
|
|
|
|
Ambil masa enam bulan
Pada ukuran sembilan meter, replika sebenar anak ikan paus biru berusia dua bulan, berjaya menambat hati si kecil dalam mendidik isu pemuliharaan hidupan marin.
KARAKTER putih pada bahagian atas badan ikan paus itu
dilukis dengan berus dan berus sembur bagi memperoleh efek realiti.
MALAYSIA adalah satu-satunya negara yang dilawati oleh Dr. Bruce Mate di rantau Asia Tenggara bagi berkongsi pengalamannya bersemuka dengan ikan paus biru dengan orang awam terutamanya generasi muda.
Selepas mengembara lebih 25 jam dalam kapal terbang, Dr. Mate, seorang pakar ikan paus dari Amerika Syarikat, meluangkan masa bagi menjayakan dua sesi perbincangan khas yang dianjurkan oleh saluran televisyen satelit, Astro.
Sambil melawat replika anak ikan paus biru bersaiz sebenar yang dipamerkan di Atrium Timur, pusat beli-belah Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur sehingga 13 April lalu, beliau mengajar kanak-kanak supaya mencintai hidupan marin terutamanya ikan paus biru sebelum mamalia itu lenyap selama-lamanya.
Adik-beradik Esther Lee, 10, dan Emylyn Lee, 8, mereka melahirkan rasa kecewa kerana haiwan terbesar itu dibunuh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Saya sedih mendengar ikan paus biru dibunuh sewenang-wenangnya," ujar Esther yang turut menyertai pertandingan mewarna ikan paus biru.
Ishan Gupta, 6, dari India yang datang bersama ibu bapanya menunjukkan sokongan dengan membeli koleksi terhad cenderahati ikan paus biru. Sebahagian daripada sumbangan itu akan disalurkan kepada Pertubuhan National Geographic bagi membantu ekspedisi saintifik lain.
Dalam pada itu, replika anak ikan paus betina berusia dua bulan itu dibina di Australia oleh sekumpulan pembuat model profesional. Ia mengambil masa selama enam bulan untuk disiapkan sepenuhnya. Replika itu berukuran sembilan meter panjang dan dua meter lebar.
Kerja-kerja membuat replika itu menghadapi masa yang genting memandangkan kebarangkalian melihat anak ikan paus di laut adalah sangat tipis. Oleh itu, pakar animasi dan pereka hanya bergantung kepada imej digital dari National Geographic.
Secara amnya, seekor anak ikan paus biru mencecah purata panjang 7.6 meter (sebesar badak sumbu dewasa) dan seberat tiga tan pada waktu lahir.
SEORANG kanak-kanak tekun mewarnakan gambar
ikan paus biru di pusat beli-belah Mid Valley Megamall.
Ia hanya berpaut pada ibunya untuk menyusu dan menambah berat badannya sehingga 4.5 kilogram dalam masa sejam. Dengan kata lain, sebanyak 190 liter susu diperlukan untuk tumbesaran dalam sehari.
Penyusuan berhenti pada bulan ke tujuh hingga kesembilan apabila panjangnya mencapai 15 meter. Bagaimanapun, kadar survival anak ikan paus dianggarkan dalam lingkungan 50 peratus menjelang usia setahun.
Seorang pakar ikan paus biru di Australia, Dr. Peter Gill turut menyalurkan informasi kritikal mengenai pembentukan anatomi, tekstur kulit dan warna paus biru.
Menurutnya, pada langkah pertama, sebuah model anak ikan paus direka dalam gambaran komputer tiga dimensi untuk mengawal proses pengukiran. Pasukan juruteknik juga merujuk kepada ratusan imej lain untuk membentuknya.
Langkah seterusnya adalah membina replika anak ikan paus dengan kaca gentian dengan menggunakan bahan styrene agar ia tahan lama dan tidak terlalu berat. Replika ini menampung berat 500 kilogram.
Langkah ketiga diserahkan kepada golongan artisan dan pereka yang memberi sentuhan terakhir pada kelembutan permukaan kulit. Langkah ketiga dan keempat pula yang jatuh pada fasa tiga minggu terakhir, masing-masing menghidupkan replika ini dengan cat pewarna. Karakter putih pada bahagian atas badan ikan paus itu dilukis dengan berus dan berus sembur bagi memperoleh efek realiti.
"Pameran Multimedia Big Blue menjemput orang awam supaya menikmati keindahan haiwan ini yang jarang dilihat. Pengalaman yang ditimba pasti sukar dilupakan, tambahan pula dengan barangan pamer interaktif yang memberi nafas baru," jelas Naib Presiden Kanan, Saluran National Geographic Asia, Sonia Jackson.
Skulptur ini akan menjelajah ke Singapura dan Hong Kong di bawah pengawasan agensi Michele Arts bagi tujuan yang sama iaitu pameran. - SUBASHINI RAJANDRA |
|
|
|
|
|
|
|
Ikan paus kelasa dikeluarkan dari senarai terancam
| GAMBAR fail ikan paus kelasa melakukan aksi 'lompatan akrobatik' berdekatan Pulau Maui di Hawaii. - AP
|
HONOLULU 28 Sept. - Kerajaan Amerika Syarikat sedang menimbang untuk mengeluarkan ikan paus kelasa (humpback) daripada senarai spesies terancam sebagai respons kepada satu data yang menunjukkan bilangan mamalia gergasi itu berkembang dengan baik beberapa dekad kebelakangan ini.
Dikenali dengan lompatan akrobatik dan corak nyanyian kompleks, ikan paus kelasa sering diburu hingga hampir pupus kerana minyak dan dagingnya oleh kapal-kapal pemburu paus bersaiz industri di pertengahan kurun ke-20.
Bagaimanapun bilangan spesies itu pulih dengan cepat sejak larangan antarabangsa yang menghalang pemburuan paus secara komersial pada 1966.
" Paus kelasa pada dasarnya adalah satu contoh spesies yang di kebanyakan lokasi dapat hidup dengan baik, walaupun tatkala manusia menghapuskannya,'' kata Phillip Clapham, seorang pakar biologi kanan paus dengan Pengurusan Atmosfera Lautan Kebangsaan (NOAA).
Berdasarkan undang-undang, kerajaan perlu mengkaji semula status terancam spesies haiwan atau tumbuhan jika mereka menerima 'maklumat baru yang signifikan'. Perkhidmatan Perikanan Marin Kebangsaan, sebuah agensi NOAA, tahun lalu menerima keputusan daripada satu kajian terperinci yang menunjukkan bilangan paus kelasa di Pasifik Utara meningkat empat hingga tujuh peratus setahun sejak beberapa dekad kebelakangan ini.
Ulasan daripada orang ramai masih diterima hingga 13 Oktober depan bagi kajian semula akan datang, yang dijangka mengambil masa kurang setahun. Ini merupakan kajian semula paus kelasa yang pertama sejak 1999.
Satu panel saintis akan turut mengkaji data dan menerbitkan satu laporan saintifik berhubung analisis mereka pada akhir musim bunga atau awal musim panas. Masih belum jelas apakah keputusan berhubung mengeluarkan paus kelasa daripada senarai haiwan terancam.
"Saya tidak tahu dari mana mereka yang menjalankan kajian mengenai paus kelasa akan datang. Terlalu awal untuk bercakap tentang hal ini,'' kata David Cottingham, yang mengetuai bahagian pemuliharaan mamalia marin dan penyu laut di Perkhidmatan Perikanan.
Bagaimanapun, beberapa kumpulan alam sekitar menentang kemungkinan mengeluarkan paus kelasa daripada senarai spesies terancam.
Miyoko Sakashita, Pengarah Program Lautan di Pusat Kepelbagaian Biologi berkata, perubahan cuaca yang sedang berlaku dan proses pengosidan laut merupakan ancaman yang mungkin menjejaskan spesies tersebut.
Ralph Reeves yang mempengerusikan kumpulan khas cetacean di Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi berkata, AS perlu mengeluarkan paus kelasa daripada senarai jika bilangannya sudah pulih. - AP |
|
|
|
|
|
|
|
ikan paus kelasa ni yg jenis kulit menggurutu sket tu ek..tak lawa ikan ni....
kang lepas tarik balik status haiwan terancam, laju je nelayan jepun pg tangkap ikan ni,, |
|
|
|
|
|
|
|
sape2 ada record x dokumentari Big Blue tu? trlepas la nk tgk hr tu. rumah plak xde astro |
|
|
|
|
|
|
|
oo pasal blue whales tu yg dia pegi wat research kat costa rica dome tu..
aku tgk tp tak record la..menarik gak tgk camne ikan ni berhijrah kat kawasan tu utk mkn, mengawan n melahirkan anak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Gergasi laut yang dizalimi
Susunan JULIA ISMAIL
Nasib paus tiada penyudahnya. Keengganan Jepun menghentikan tradisi makanan berasaskan daging mamalia laut terbesar itu seumpama mementingkan diri sendiri.
KEDENGARAN jeritan dan sorakan di tengah lautan. Keterujaan itu seiring dengan kegigihan kumpulan anak kapal yang sedang berusaha menarik seekor paus sepanjang hampir 20 meter naik ke atas kapal.
Darah merah lantas mencemarkan kebiruan air laut di situ. Semakin banyak ia mencurah saat paus itu meronta-ronta minta dilepaskan. Namun, kuasa tombak yang dibedil dari atas kapal gergasi itu jauh tertusuk lalu menembusi tulang-temulangnya.
Setelah berjaya dinaikkan, paus itu menghadap seksaan paling kejam. Ia ditembak berkali-kali untuk memastikan hayatnya benar-benar sudah berakhir. Hanya selepas itu, proses melapah pun bermula.
Kalau membayangkan siri perbuatan itu, ia seolah-olah meletakkan manusia sebagai makhluk yang paling kejam.
Walaupun menerima persepsi sedemikian, bagi pemburu-pemburu paus dari Jepun itu, ia bukanlah satu kekejaman.
Sebaliknya, ia suatu proses yang biasa dilakukan para pelaut tersebut untuk mencari sumber makanan bagi mengisi perut yang kosong.
PAUS kelabu seperti ini sentiasa terancam saat ia muncul di permukaan
laut untuk mengambil nafas atau bermain dalam kelompoknya.
"Paus ditangkap kerana kami menghargainya. Secara fitrah, ikan paus yang dilahirkan di laut adalah untuk kami memburunya. Kami rasa paus berasa 'gembira' untuk dimakan.
"Saya tidak pernah mendengar sesiapa pun yang mengeluh kesal. Kanak-kanak di sini pun tidak bersedih kerana paus yang mati. Paling nyata, mereka mungkin berkata tangkapan hari ini nampak sedap," kata salah seorang bekas pemburu Yuichi Kimura yang berasal dari Ayukawa, Jepun.
Di restoran-restoran Negara Matahari Terbit itu, hidangan daging paus bukanlah sesuatu yang asing. Makanan eksotik itu menjadi kegemaran malah merupakan sebahagian daripada makanan wajib penduduknya.
KEHADIRAN kapal besar yang dilengkapi tempuling seperti Yushin Maru
ini adalah ancaman menakutkan buat paus dan kumpulan pergerakan antipemburuan.
Walaupun menyedari haiwan tersebut sudah semakin pupus, Jepun masih enggan membuang tabiat itu kerana ia telah menjadi tradisi mereka sejak ratusan tahun dahulu.
Menurut kajian, tradisi memakan daging paus dan pemburuannya telah wujud sejak abad ke-12 di Jepun. Tetapi selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, permintaan terhadapnya semakin tinggi lantaran selera terhadap mamalia laut itu semakin meningkat.
Tradisi dan kontroversi
Di negara yang mengalami kekurangan sumber makanan yang serius itu, paus bukan sahaja diambil dagingnya untuk memenuhi selera di meja makan. Bahagian-bahagian paus yang lain turut dijadikan sumber minyak bagi lampu, sabun, baja dan sebagainya.
Kata Yuichi, tradisi atas kapal Jepun tidak seperti amalan anak kapal pemburu paus di Amerika Syarikat. Kalau kapal Amerika membuang daging mamalia tersebut setelah mengambil bahagian tertentu yang boleh dijadikan minyak, pelaut Jepun pula memanfaatkan setiap inci paus yang ditangkap.
DEMONSTRASI yang mengecam kegiatan memburu paus sering dijalankan
namun sejauh manakah gesaan itu diberi perhatian?
Isu pemburuan paus dan kerisauan terhadap kepupusannya telah mula dibangkitkan sejak 1925 dan telah dibawa ke Persidangan Geneva. Undang-Undang Pemburuan Paus telah digubal pada 1931 dan mula dikuatkuasakan pada 1934, namun Jepun dan Jerman tidak menghiraukannya.
Begitupun pada 1947, daging paus telah menguasai pasaran Jepun sebanyak 50 peratus berbanding daging-daging lain. Malah pada sekitar 1954 pula, satu Akta Pemakanan Sekolah telah menyenaraikan daging paus dalam program pemakanan di sekolah kerana mereka percaya ia dapat meningkatkan nutrisi kanak-kanak Jepun.
Tanpa terkesan terhadap tekanan gerakan kumpulan pencinta haiwan dan pelbagai pertubuhan global lain yang mewakili survival haiwan itu, daging paus terus menjadi sebahagian daripada makanan mereka kerana ia dipercayai berkhasiat dan rendah lemak.
KAPAL ini sedang menarik masuk seekor paus minke bersama anaknya
di Lautan Antartik. Jepun mendakwa penangkapan paus adalah untuk tujuan ‘penyelidikan’.
Bagaimanapun, selepas ekonomi negara tersebut pulih, permintaan terhadap daging ikan paus sedikit menurun selepas daging-daging lain menjadi popular di pasaran menjelang 1970.
Kerajaan negara tersebut walau bagaimanapun terus berusaha meningkatkan semula permintaan dan minat terhadap daging paus.
Sebuah syarikat telah ditubuhkan dan bertanggungjawab menghantar daging paus ke sekolah, hospital dan restoran. Walaupun pengedarannya percuma, penjualannya tetap dikawal bagi memastikan harganya berada di tahap yang memuaskan.
Pengharaman
Selaras dengan larangan oleh Suruhanjaya Pemburuan Paus Antarabangsa (IWC), misi pemburuan paus di Lautan Antartik bagaimanapun telah dihentikan oleh Jepun pada 1986-1987. Ini berikutan langkah negara-negara Barat yang melobi pengharaman tersebut atas hujah bahawa haiwan itu diburu secara melampau sehingga membawa kepada kepupusan.
Walaupun berat menerima penguatkuasaan itu, Jepun terpaksa akur menghentikan aktiviti memburu paus minke di kawasan pesisiran pantai sejak tahun 1988.
DAGING paus menjadi kegilaan diet rakyat Jepun kerana mempercayai
nilai khasiatnya yang tinggi.
Namun, kontroversi itu tidak tamat begitu sahaja. Jepun sebenarnya masih meneruskan aktiviti yang membunuh beratus-ratus ekor paus setahun. Cuma mereka memberi alasan pemburuan dan pembunuhan itu atas nama 'penyelidikan'.
Alasan tersebut telah menerima kritikan daripada negara-negara antipemburuan paus seperti Amerika Syarikat dan Australia yang melihatnya sebagai pemburuan komersial. Umum tahu, paus akan tetap berakhir di atas pinggan sebagai hidangan di restoran dan dapur rumah mereka.
Sepanjang tahun 2009 yang mempunyai 10 musim memburu paus, Jepun yang memiliki sebuah kapal industri, empat kapal tempuling dan dua kapal patrol telah membunuh 935 ekor paus minke, 50 ekor paus fin dan 50 spesies humpback setiap musim.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Suruhanjaya Paus Antarabangsa (IWC), tangkapan paus dengan permit oleh Jepun dari 1988 hingga 2008 di Pasifik Utara dan Hemisfera Selatan adalah sebanyak 11,368 ekor.
Ekoran ia berhampiran perairan Australia, kerajaan negara kanggaru tersebut lantang memberi komen mengenai kegiatan tersebut.
Pada tahun 1994, Australia mengumumkan bahawa kawasan sejauh 200 batu nautika (370 km) yang mengelilingi Wilayah Antartik Australia sebagai Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ). Zon itu termasuk dalam bahagian selatan kawasan Tempat Perlindungan Paus Laut Selatan yang telah diisytihar IWC.
Pada Disember 2007, kerajaan Australia mengumumkan rancangan untuk mengawasi pemburu paus Jepun yang memasuki perairan mereka. Perdana Menteri, Kevin Rudd, turut membuat bantahan rasmi terhadap aktiviti pemburuan paus oleh Jepun dan mengancam untuk mengambil tindakan melalui mahkamah antarabangsa.
"Jika kita tidak boleh menyelesaikan masalah ini secara diplomatik kami tidak akan menunggu lama untuk mengambil tindakan undang-undang.
"Kami serius dalam hal ini. Saya lebih suka menyelesaikannya secara diplomatik tetapi jika gagal, pasti ada jalan alternatif untuk menyelesaikannya," kata Kevin.
Jepun telah mengundang masalah yang lebih besar apabila kapal milik mereka, Shonan Maru 2, telah melanggar bot canggih milik kumpulan antipenangkapan paus Persatuan Pemuliharaan Sea Shepherd 6 Januari lalu.
BOT canggih Ady Gil ini musnah di bahagian hadapannya kerana
mendakwa kapal Jepun, Shonan Maru 2, melanggarnya ketika
melakukan aktiviti pemburuan paus.
Muncung bot bernama Ady Gil itu telah patah akibat dirempuh Shonan Maru 2, dan akibatnya kedua-dua belah pihak saling menyalahkan kedudukan dan peranan masing-masing.
Sea Shepherd dalam satu kenyataan memberitahu, kapal The Shonan Maru 2 tiba-tiba menghidupkan enjin dan melanggar Ady Gil sehingga bahagian depan bot itu putus.
Institut Penyelidikan Cetacean (ICR) Jepun pula mendakwa lima warga New Zealand dan seorang rakyat Belanda dalam bot canggih itu cuba merosakkan kemudi dan kipas dengan menggunakan tali selain menembak 'cahaya laser' kepada anak kapalnya dan melontarkan bom busuk.
"Mereka telah membuktikan bahawa mereka tidak mengendahkan undang-undang dan nyawa manusia, sama seperti nyawa paus. Enam anggota kami boleh terbunuh dalam kejadian itu," kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Sea Shepherd, Chuck Swift.
Jurucakap bagi ICR, Glenn Inwood, pula membalas dengan menyifatkan tindakan Sea Shepherd itu sebagai usaha meraih publisiti semata-mata.
Hakikatnya, selagi ada permintaan dalam pasaran daging paus di Jepun, selagi itulah pemburuan terhadapnya tidak akan berakhir.
Walaupun kesedaran masyarakat Jepun terhadap isu kepupusan paus sudah menampakkan sedikit peningkatan, ia masih belum cukup untuk menghalang kegilaan aktiviti pemburuannya. Tradisi tersebut terlalu kuat untuk dikatakan salah, apatah lagi untuk dihentikan. |
|
|
|
|
|
|
|
28 paus ditemui mati di New Zealand
WELLINGTON: 28 ikan paus mati selepas terdampar di kawasan pedalaman pantai di selatan New Zealand, menurut pegawai pemuliharaan hari ini.
Pengurus Jabatan Pemuliharaan, Mark Townsend, berkata ikan paus terbabit terdampar di kawasan Pantai Ruggedy West, timur laut di Kepulauan Stewart.
Ikan paus berkenaan ditemui seorang pendaki pada sebelah pagi Ahad (waktu New Zealand) dan kakitangan Jabatan Pemuliharaan tiba ke lokasi kira-kira sejam selepas itu; Bagaimanapun, ia gagal diselamatkan.
Townsend berkata, pihaknya menemui sembilan paus yang sudah mati, dan tidak ada alternatif lain, iaitu 19 baki paus itu dijangka mendapat nasib sama. - AFP |
|
|
|
|
|
|
|
Bilangan paus kelabu menyusut
| PAUS Kelabu muncul di permukaan air di lagun San Ignacio di Baja, Mexico. – AP
|
LOS ANGELES 12 April - Menatap ombak di tengah laut San Diego ketika musim melihat paus, kapten bot, Bill Reese terkejut dengan apa yang tidak dilihatnya. "Mana ikan paus?" soal Reese.
Setelah sekian lama berusaha, pasukan pencinta alam berjaya mengeluarkan paus daripada senarai spesies terancam pada 1994 dan paus kelabu California ini menarik ramai peminat untuk melihatnya dari atas bot atau tebing bagi menyaksikan mamalia gergasi ini berenang untuk bertelur di Baja.
Kapten melihat paus itu bagaimanapun terkejut apabila hanya lima paus sehari sahaja yang dapat disaksikan pada musim kali ini berbanding 25 ekor sehari sebelum ini.
Bukti anekdot itu menyebabkan penyokong pemuliharaan dan pegawai negeri bimbang tentang masa depan paus, terutamanya sekarang.
Pemantau kerajaan Persekutuan ke atas mamalia ini mendapati ia mengalami pengurangan sejak tahun-tahun kebelakangan ini.
Suruhanjaya Paus Antarabangsa pada Jun ini akan menimbangkan untuk membenarkan sebanyak 1,400 paus kelabu ini diburu sepanjang sedekad akan datang.
Keputusan itu bergantung laporan yang menyatakan bilangan spesies ini berkembang tetapi kajian itu dikritik sebagai ketinggalan zaman.
"Jika anda mengira 2,500 haiwan, anda akan pasti tidak akan ada lebih 2,500 binatang. Sebaliknya anda menggunakan model dan andaian," kata profesor biologi marin Universiti Stanford, Steve Palumbi.
"Masalah akan timbul jika anda katakan, kami tidak tahu berapa banyak paus yang ada dan kami akan mula membuat keputusan yang tidak boleh diubah berdasarkan asas tersebut," katanya.
Kajian andaian bilangan paus dilakukan setiap tahun sejak 1967 tetapi dalam beberapa dekad lalu, hanya tiga bancian yang dikeluarkan dan yang paling terbaru ialah pada 2006.
Sejak itu, anggaran jumlah anak paus telah jatuh daripada 1,000 pada 2006 kepada 312 pada 2009 dan pada 2000, spesies ini juga mengalami kematian beribu-ribu ekor.
"Anda tidak boleh membuat pengiraan spesifik untuk tempoh 10 tahun berdasarkan data 2006," kata Sara Wan, anggota Gabungan Paus Kelabu California yang juga pesuruhjaya perairan negeri.
"Ini tidak bertanggungjawab," katanya.
Pada Januari lalu, Suruhanjaya Perairan California mengesa Pentadbiran Atmosfera dan Lautan Kebangsaan untuk mengemas kini kajian paus kelabu. Kajian telah dilakukan tetapi analisis tidak disiapkan. - AP |
|
|
|
|
|
|
| |
|