CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Syd

Tabiat tidur bayi beri kesan kesihatan

[Copy link]
Post time 7-7-2008 12:24 PM | Show all posts
my baby 6 bulan lebih..mmg jenis yg susah nk tidur sejak dr lahir lagi.. sebelum boleh tido die akan menangis merengek2..mcm smlm lps amik die dr pengasuh asik meragam nangis2..pkl 9-9.3 pm tido kejap..pastu pkl 12-12.4 tidor kejap..pastu dio boleh berjaga sampai pagi azan subuh baru keletihan nk tido..me n myhubby punyalaa tekanan perasaan nk layan die yg meragam..asik nk kene dukung sepanjang malam..me kadang x larat bia dio main2 sorang2..lame2 nangis balikkk...waaa tensennnn!!!esok pagi2 dh la keje masuk opisss...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2008 02:10 PM | Show all posts
anak me yg 2nd ni so far ikot tido yg disarankan. siang dia akn bangun 2 3 kali main utk 1 jam sblm samb ngorok. ptg me amik dr rumah pengasuh dlm kol 6 dia dah ready tunggu. main lbh kurang kol 7 dia tido blk sampaila esok pg kol 630. mlm jg 2 3 kali minta susu. kdg dia tido straight 3 4 jam kita plak yg risau. so apa i bt agak2 dah dkt 3 jam me perah susu dlm botol n kasi dia minum. takot lapo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2008 09:16 AM | Show all posts
Strategi tidurkan anak

Rutin waktu tidur yang tetap dan berulang setiap malam amatlah penting untuk mewujudkan satu tabiat tidur yang baik.

LUANGKAN seberapa banyak waktu berkualiti dengan anak apabila dia terjaga dari tidur.

MENYUNTIKKAN sedikit perubahan ringkas pada rutin waktu tidur boleh menyumbangkan kepada malam-malam yang lebih tenang.

Tidur dan mood yang baik saling bergantungan baik untuk ibu bapa mahupun si anak. Namun begitu, tidur berkualiti yang amat diperlukan oleh ibu bapa sering diganggu oleh anak kecil. Situasi inilah yang paling kerap menimbulkan rasa geram dalam kalangan 25 peratus daripada ibu bapa yang ditemubual.

Untuk melakukan perubahan dari segi pola tidur, anda mungkin perlu:

*Tetapkan satu waktu dan rutin tidur

*Perlukan banyak kesabaran

*Dapatkan sokongan daripada orang sekeliling

*Jika boleh, bekerjasama bertukar ganti tugasan menguruskan rutin waktu tidur

Mengapa anak tidak dapat tidur?

Seorang anak mungkin keletihan tetapi masih merajuk untuk terus berjaga. Situasi ini mungkin disebabkan naluri kanak-kanak yang ingin terus terjaga. Ia mungkin disebabkan naluri anak yang sentiasa ingin meneroka dan tidak berhasrat ketinggalan dalam segala hal.

Dalam aspek ini, ibu bapa boleh menentukan masa yang sesuai untuk anak masuk tidur. Malah, keperluan amaun tidur yang diperlukan setiap orang adalah berbeza. Misalnya, seorang anak berusia lima tahun mungkin memerlukan 11 jam untuk tidur setiap malam.

Penyediaan jadual waktu tidur yang praktikal boleh dilaksanakan dengan memastikan anak masuk tidur selepas 11 jam bangun pagi pada setiap hari.

Rutin waktu tidur yang tetap dan berulang setiap malam amatlah penting untuk mewujudkan satu tabiat tidur yang baik.

Ingatan' waktu tidur

Sebagai sebahagian daripada rutin anda, adalah baik jika anda memberi petanda vokal kepada anak bagi mengingatkannya tentang waktu tidur yang sudah tiba. Gunakan kata-kata pujukan seperti 'Nak, sudah tiba masa tidur' atau 'Selamat malam' atau ayat pujukan lain yang boleh membantu.

Tiada sebarang rayuan diperlukan kerana perbincangan yang meleret-leret hanya akan mengurangkan peluang anak untuk tidur.

Selesanya katil

Letakkan anak di tempat yang selesa baginya setiap malam. Tindakan ringkas ini sebenarnya mampu mewujudkan satu hubungan antara anak dan katilnya serta persekitaran dalam bilik tidurnya.

Jika anak enggan tidur di katilnya sendiri, ini mungkin satu cabaran besar bagi anda dan pasangan. Penolakan itu mungkin kerana takut dengan perubahan pada rutin yang sudah biasa diamalkannya. Namun, anda usah berputus asa kerana anda akan melihat hasilnya nanti.

SEORANG anak berusia lima tahun mungkin memerlukan 11 jam untuk tidur setiap malam.

Elakkan membiarkan anak tertidur ketika menonton televisyen atau DVD di atas katil. Jika perlu, pindahkan pemain DVD dan TV dari bilik tidur.

Tip-tip penting

*Sebaik sahaja anda berada di atas katil, jangan sesekali memberinya peluang menggunakan sebarang alasan untuk turun dari katilnya. Pastikan juga bilik tidurnya dilengkapi air minuman dan kemudahan tandas.

*Jika anak bertekad untuk mendapatkan anda dan pasangan agar terus bermanja dengannya, gunakan semula kata-kata pujukan tadi. Elakkan meninggikan suara anda. Sebaliknya, bercakap dengan baik dan cuba yakinkan anak bahawa sekarang adalah masanya untuk tidur.

*Jika anda belum ada peluang berjumpa dengan anak sehari suntuk, mungkin ada baiknya anda meluangkan sedikit masa bermanja dengannya. Antara aktiviti menarik yang boleh dikongsi bersama ialah membaca buku cerita, permainan jigsaw atau 'menidurkan' anak-anak patung di katil.

*Wujudkan larangan anak daripada bermain permainan komputer atau video pada sebelah petang kerana ini akan menyukarkan mereka untuk terlelap.

*Luangkan seberapa banyak waktu berkualiti dengan anak apabila dia terjaga dari tidur. Kebanyakan kanak-kanak terjaga untuk menghabiskan waktu bermain yang telah 'ditinggalkan' apabila terjaga sebelum ini.

Dengan berbekalkan tip ini, penyelarasan waktu tidur untuk si kecil yang baik mungkin mengambil sedikit masa tetapi yang penting, ia memuaskan hati setiap orang.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2008 10:52 AM | Show all posts
good info...

thanks kpd pembuka thread nie
so far... diana takder masalah ngan masa tido anak2 nie
masa tido.. dia tido
masa makan.. dia makan
masa main.. dia main
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2009 01:53 PM | Show all posts
menarik info ni.nampaknye pola tidur anak merak xbtl.

ms dlm hari pernah 2hr 2mlm bb xtido..bayang le tensen ms tu.umo 3bln-8bln dia suka bgn 2am-6am padahal masuk tido lambat gak dlm 11pm.kepala pening je kt opis x cukup tido.skrg umo dia 1thn 2bln..pg tido 11am-12noon..ptg 3pm-4pm...kdg2 siang tido 1jam je,mlm masuk tido 11pm, 6am dia da bgn. klu dia tido 10pm, 4am dia da bgn smp pg.dia nk main je.

klu merak tersedar dlm 4am tgk dia mata bulat je,merak buat2 xnmpak.nnt mata dia akn tgk je merak, klu merak senyum dia trs duduk&ketawa ajak main.klu merak buat2 tido dia akn tepuk2 srh kita bgn,klu xlayan lama2 dia tido semula la.

mmg tensen klu anak xmau tido nih.dia srh layan main la..baca buku dia la...selalu klu dia bgn 4am hubby yg layan, buka tv etc..x larat la merak nk layan.klu hr cuti tu xder nyer nk rehat siang, lg kita x keje lg meriah dia  xmau tido siang.smp pernah merak request member merak doc ubat bius nk bius anak merak hehehehe..tp xder le buat pn...tu da mmg tahap tensen kronik
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2009 12:00 PM | Show all posts
bagus jugak share info bab tido bebudak nih.
cuma sy nk tanye,mcm mane nk tenangkan anak 'mengigau' time tido. sy rase sbb dia byk gelak time siang,
tu sebab dia mengigau.kalo dibiarkan baby akan menangis sekuat hati
mcm kene pukul.. tapi mata dia masih lelap. risau sgt kalo jadi cenggini time sy sorang jer ngan baby.
baby sy baru berusia 5bulan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:20 AM GMT+8 , Processed in 0.039395 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list