|
Surah An Nisaa' Ayat 34
kaum lelaki adalah pemimpin bagi wanita, kerana Allah telah melebihkan orang lelaki atas wanita, dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan dari harta mereka. Maka wanita yang salih itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara dirinya ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah. Dan wanita-wanita yang kamu bimbang melakukan nusyuz hendaklah kamu menasihati mereka, dan pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka taatkanmu, maka janganlah kamu mencari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.
Surah An Nisaa' Ayat 35
Dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua (suami isteri) maka lantiklah seorang pendamai dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan. Jika kedua-dua pendamai itu menghendaki perdamaian, nescaya Allah berikan taufik kepada suami isteri itu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui, lagi Amat mendalam pengetahuan-Nya.
Surah An Nisaa' Ayat 128
Dan jika seorang perempuan bimbang akan timbul dari suaminya nusyuz, atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka membuat perdamaian di antara mereka berdua, kerana perdamaian itu lebih baik; sedang sifat bakhil itu memang tabiat semula jadi manusia. Dan jika kamu berlaku baik dan mencegah diri (daripada kezaliman), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya akan apa yang kamu lakukan.
Surah An Nisaa' Ayat 129
Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isterimu sekalipun kamu bersungguh-sungguh; oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau-lampau sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung; dan jika kamu memperbaiki dan memelihara diri, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Surah An Nisaa' Ayat 130
Dan jika keduanya bercerai, maka Allah akan cukupkan masing-masing dari limpah kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas kurnia-Nya, lagi Maha Bijaksana.
Surah An Nisaa' Ayat 131
Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; dan sesungguhnya, Kami telah perintahkan orang yang diberi Kitab sebelum kamu, dan juga kamu, supaya bertakwa kepada Allah; dan jika kamu kufur, maka sesungguhnya Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.
Moral of story for this thread is refer back to Al-quran & Sunnah. Sesungguhnya setiap ujian Tuhan itu bukan sahaja untuk memberi peringatan, bahkan untuk memuliakan dan meninggikan darjat hambanya di sisi-Nya. |
|
|
|
|
|
|
belatokrimba This user has been deleted
|
masalahnya isteri2 yang derhaka sekarang tahu belaka tentang hukum hakam dan halal haram, bab hadis2 nie kat bibir mereka aje. berhujah dengan kawan-kawan tentang ayat itu dan ini, nasihati kawan pun begitu juga...tapi minta izin kat suami nak buat maksiat...yang si suami nie sebab kerna percaya bagilah buat apa pun. sampai mati pun si suami tak tahu kalo tak ade orang yang buat laporan. Ini isteri durhaka kelas berapa nihhh!!!:hmm: :hmm:
tak kah dunia sudah terbalik, suami yang kena bagi nasihat kat isteri...sian belatok dengar lahhh... |
|
|
|
|
|
|
|
bosannya lelaki mcm ni
demi anak2 kunun...
anak dah beso panjang pun..
ko still tak mau ceraikan jugak isteri kau..
pastu canang kat magazine pasal kecurangannya dia
cerai je ler..
kalau dr awal kau cerai pun apa salahnya
tunjukkan bukti DNA sume kat mahkamah
adoi.... |
|
|
|
|
|
|
|
inilah asam garam berumah tangga.. |
|
|
|
|
|
|
|
hamizaaaaan .... naper ko buat macam tu :nerd: |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi sayalah , saya tidak berani komen apa-apa. Kerana manusia mempunyai berbagai-bagai cerita yang berbeza , jadi bagi kita yang tak mengalami sesuatu perkara itu , kita tak tahu apa sebenarnya yang berlaku |
|
|
|
|
|
|
|
Salam semua... semoga cerita yg disampaikan dijadikan pengajaran dan iktibar... yg baik jadikan teladan yg buruk buang jauh2...
Pd pandangan sy, dari segi agama talak diletakan ditangan suami, dan dia berhak menggunakannya dengan sewajarnye.
Sekiranya telah terang2an bhw isteri telah ingkar dr mendengar arahan suaminya dan berlaku curang... maka si suami boleh menceraikannya
dan menjadi satu dosa sekiranye si suami tidak menceraikannye setelah th si isteri berlaku curang. Kerana dikira bersubahat.
kite tak perlulah fikirkan pengorbanan walaupun pergorbanan sesuatu yg baik.. tapi dari segi agamanye kite x leh ketepikan...
sebagai org islam, agama adalah yg utama....Memang berdosa seorg isteri berlaku curang.. tetapi suami jg berdosa sekira membiarkan isterinya
berlaku curang dan membiarkan isterinya dalam keadaan memerlukan nafkah zahir dan batin.... sekiranya x akan memaafkan isteri sampai bile2
adalah lebih baik diceraikan isterio tersbt....x perlu pikir pasal pengorbanan lagi... Mcm kes tersbt... si suami seperti melepaskn geram... bukan shj isteri yg berdosa malah suaminya pun same turut berdosa.... wassalam.... |
|
|
|
|
|
|
|
Maksud Hadis Rasulullah, "Iman yg paling utama a/h sabar n blapang dada"
Tolaklah kejahatan yg dilakukan kpdmu dgn cara yg sebaik2nya-Al-Mukminun:96 dgn mninggalkan membalas dendam, ucapan lemah lembut, pergaulan yg baik & melupakan kesalahan.
Jgn kamu merasa lemah & jgn pula bsedih hati, krn kamulah org tertinggi sekiranya kamu sgh2 beriman. Kalaupun kamu mendapat luka , org lain pun tlh mdpt luka spt itu. Itulah hari2 yg Kami gilirkan di ant manusia agar Allah mengetahui siapa yg betul2 beriman & dijadikan sebhgian di ant kamu gugur sbg syuhada. Ketahuilah Allah x suka org2 yg zalim.... Apakah kamu mengira kamu masuk syurga, sdgkan Allah belum mengetahui siapa di ant kamu yg betul2 berjihad di jln Allah & belum diketahui org2 yg sabar. S ali Imran 139-142 |
|
|
|
|
|
|
belatokrimba This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Ryna_s at 25-1-2007 05:07 PM
Maksud Hadis Rasulullah, "Iman yg paling utama a/h sabar n blapang dada"
Tolaklah kejahatan yg dilakukan kpdmu dgn cara yg sebaik2nya-Al-Mukminun:96 dgn mninggalkan membalas dend ...
setuju....
kadang2 kita perlu berdiam diri walaupun tahu dianiaya atau difitnah kerana kita tahu Allah SWT itu maha mengetahui apa yg tersirat...
membela diri itu harus, tetapi bersabar dan berlapag dada itu adalah lebih harus kerana ikut sunnah RSAW....itulah pesanan RSAW yg suci dan mulia...jln para2 solihin.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #31 rainbows's post
Kadang-kadang situasi orang lain tak same denga kita...kita boleh laa cakap skrg sebab tak kena batang hidung sendiri..dikhuatiri bila terkena diri sendiri, kita pula yang susah nak laksanakan tanggungjawab sebab kononnya sayang lah...pengorbanan laa...etc etc... |
|
|
|
|
|
|
belatokrimba This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
belatokrimba This user has been deleted
|
abih kalo hati mreka 2 baik dan sentiasa ingat Allah, mengapa sanggup menderhaka di belakang suami. Apa!! kalo hati selalu ingat tuhan...tapi perbuatan dah lupa tuhan, itu kira baik kaaa...:@ tak kan dalam bertelanjang nak berzina pun masih sempat berzikir lagi... |
|
|
|
|
|
|
belatokrimba This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #35 belatokrimba's post
Mak aiiihhh....marah bebenar km Belatok...knp? Ada exprnce tetipu dek pompuan gini??? Ingat le bbyk kat Allah sblum bkata2...
Aku jg pompuan...btudung...aku jg dicurangi...tp aku x kata sume laki tu jahat...hanya suamiku..buruk baiknya dialah suamiku...x perlu salahkan org lain |
|
|
|
|
|
|
belatokrimba This user has been deleted
|
Nampaknya pn. Ryna_s nie tak bacalah post belatok yang awal2 tu yer??? sebab kawan belatok dah terkenalah yang hangat sangat hati belatok nie...kawan baik kita macam sedara dunia dan akhirat. sikit punya baik punya orang diperdaya oleh sorang pompuan yang intelek konon...!!! berhujah dengan hadis2...nasihat menasihati...tetapi dalam hati asyik terfikir nak terkam laki orang. OOOhhh pn. Ryna_s.. belatok bukan main2 dengan criter nie...pompuan nie dah banyak merosakkan rumahtangga orang kalu pn nak tahuuu... belatok pun selalu gak nampak kelibat dia bila melintas kat opis belatok, tapi tak sangka nak perangkap kawan belatok sampai cam tu sekali...sebab tu belatok kata lebih baik telanjang saja...tak perlu pakai baju.
[ Last edited by belatokrimba at 31-1-2007 09:09 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan bandingkan cerita A dan cerita B , ia tidak sama
Bila kita bukan pemegang watak dalam sesuatu cerita tu , kita macam seorang pembaca buku yang sedang membaca buku cerita
Sebok kita komen kenapa watak A tak buat macam ni macam tu dan kita bayangkan kalau kita ialah watak A , kita boleh buat dengan betul
Hakikatnya bukan macam tu , kita ada cerita kita , orang lain pun ada cerita masing-masing , so masing-masing tempuh cerita yang berbeza-beza |
|
|
|
|
|
|
Aki This user has been deleted
|
Salams sumer...
Pada pendapat aki, fenomena ini amat menakutkan, apatah lagi kalau melibatkan keluarga sendiri. Aki rasa musykil dengan posting belatok di atas tu. Aki tak faham, kenapa posting belatok penuh dengan emosi , sehingga mengeluarkan kata nista keterlaluan kepada wanita tu. Tak kan lah kerana simpati dengan sahabat baik, hingga belatok sendiri begitu beremosi. Pada hemat aki, mungkin belatok sendiri adalah mangsa kepada keadaan ini, menyebabkan emosi ini tercetus.
Belatok tidak boleh memaki seseorang dengan sewenang2 nya tanpa usul periksa. Macam mana pula jika cerita belatok ini adalah fitnah, kalau pun perempuan itu bersalah, tidak salah suaminya memaafkan kesalahannya, biarpun kesalahan nya agak besar , tetapi masih belum sampai berbuat zina. Apa-apa pun dia masih kena mintak ampun pada Allah dan bertaubat Nasuha.
Memang lah pada dasarnya wanita itu tak boleh menjadikan orang lain sebagai mangsa keadaan. Dia memang bersalah pada keluarga dia dan keluarga lelaki tu. Kalau mereka dah bertaubat apa salahnya, tetapi janganlah diulangi perbuatan itu....ituah taubat Nasuha namanya.
Pada hemat aki, seseorang itu tidak akan berbuat maksiat sekiranya fikirannya waras pada masa itu, keran dia mesti fikir, biarpun orang tak tahu, tetapi Allah Maha Mengetahui dan Allah Maha Melihat. Nasihat aki pada belatok, janganlah sebarkan fitnah kepada oranglain, jika perkara itu betul, itu adalah mengumpat dan sekiranya hal itu salah, itu namaya fitnah. Dalam dua hal ini, kedua-duanya berdosa, jadi belatok kena minta ampun pada Allah. Kepada wanita dan lelaki itu,jika sekiranya cerita belatok itu ada kebenarannya, bertaubatlah kepada Allah dengan sebenar2 taubat selagi nyawa dibadan, kata orang tua2, tepuk tangan sebelah tidak akan berbunyi, jadi dalam hal ini anda berdua adalah pesalah, jadi bertaubatlah, pintu taubat masih terbuka. Takutilah akan Allah.
Kepada belatok, banyakkan bersabar, Allah masih sayangkan anda. Jangan terlalu beremosi. Mintalah pertolongan dengan sabar dan sembahyang. Kita semua akan kembali kepada Allah, setiap perbuatan kita akan dipersoalkan dihadapan Allah. Takutilah akan Allah.
Kisah hanizam di posting pertama tu, begitu menyentuh perasaan aki. Begitu besar pengorbanan suaminya semata-mata keran sayangkan anak-anak. Tentang anak keduanya tu, ujian jenis darah tidak bermakna dia bukan anak lelaki tu. Dia sepatutnya melalui ujian DNA bagi mengesahkan zuriat anaknya . Sekiranya keputusan DNA negatif, dia perlu melakukan sesuatu pad isterinya, dengan membawa kes ini kepada pejabat agama/ kadi, itu yg sebaiknya, jangan membuat tindakan sendiri yang akhirnya akan merugikan semua pihak.
Wassalam. Ampun Maaf.:pray: :pray::pray: |
|
|
|
|
|
|
belatokrimba This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
| |
|