|
036 geng 18 tak nak citer..? hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Yakuza Jepun lg terkenal kat seluruh dunia |
|
|
|
|
|
|
|
Mafia Russia lagi berpengaruh di seluruh dunia.Mafia Russia kira antara yg paling jahat dan paling berkuasa selain gengster Colombia dan Itali.Mafia Russia beroperasi kt 50 negara,gua pernah terbaca kt satu website yg mafia Russia ni tembak org semata2 nk tgk pistol tu ok.
Russian criminals are active in: Fraud, transnational money laundering, extortion, drug trafficking, weapon smuggling, auto theft, white slave trafficking/prostitution, hostage taking, extortion of immigrant celebrities and sport figures, transportation of stolen property for export, insurance (staged auto accidents) and medical fraud (false medical claims), counterfeiting, credit card forgery, and murder. |
|
|
|
|
|
|
|
antara ketua Mafia Russia, Victor Bout peniaga senjata terbesar di dunia, dia ni la yg membekalkan senjata kat Al-Qaeda |
|
|
|
|
|
|
|
Kongsi Gelap Melayu Di Negeri-Negeri Utara Pantai Barat Semenanjung Tanah Malayu 1921-1940-an
Monograph 36
Kongsi Gelap Melayu Di Negeri-Negeri Utara Pantai Barat Semenanjung Tanah Malayu 1921-1940-an
By Mahani Musa
200pp Size: 150x225mm Hardcover
Content:
Penghargaan
Abstracts
Foreword
Kependekan
1. Pengenalan
2. Perang Kedah-Siam dan Pembentukan Masyarakat Pelarian di Pulau Penang dan Province Wellesley
3. Perubahan Sosial di Pulau Pinang dan Kemunculan Kongsi Gelap Bendera Putih dan Bendera Merah, 1830-an Hingga 1860-an
4. Rusuhan Pulau Penang 1867<
5. Bendera Putih dan Bendera Merah Sehingga 1940-an
6. Kongsi Gelap Melayu di Perak, Kedah dan Perlis
7. Kesimpulan
Bibliografi
Lampiran A-C
Indeks
Sources: http://www.mbras.org.my/M036.html
Last edited by HangPC2 on 23-5-2013 10:44 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
actually aku dah jumpa buku kat atas ni kat kedai buku jalan TAR tapi disebabkan reganya RM50, maka tak jadi beli... skang dah tak jumpa dah... rugi tak beli. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada info yang aku dapat menyatakan pada asalnya kongsi gelap Cina ni lebih bermotifkan politik daripada komersial seperti
yang terdapat pada hari ini.
Yang aku maksudkan ialah pada zaman dulu kat China,kongsi-kongsi gelap seperti White Lotus diasaskan sebagai
pertubuhan bawah tanah yang menentang pemerintahan Dinasti Yuan oleh orang Monggol,Dinasti Ching @ Qing (orang
Manchu) dan juga bagi menghalang sebarang penindasan dan penganiayaan oleh kuasa-kuasa asing yang mula berlumba-
lumba untuk bertapak di China ketika itu seperti Jerman,Rusia,Perancis,Amerika Syarikat,British dan juga Jepun ke atas
orang-orang Cina.
Ada juga pendapat yang menyebut pemberontakan boxer pada tahun 1900 yang disokong oleh pemerintah China ketika
itu dijayakan oleh anggota kongsi gelap atau triad ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jkkkj at 2-7-2007 10:43 PM
Ada info yang aku dapat menyatakan pada asalnya kongsi gelap Cina ni lebih bermotifkan politik daripada komersial seperti
yang terdapat pada hari ini.
Yang aku maksudkan ialah pada zaman dul ...
Nama Kongsi Gelap White Lotus cukup Popular dalam Movie Jet Li |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam sejarah negara kita ,dua buah kongsi gelap yang terawal disebutkan ialah kumpulan Ghee Hin dan Hai San.
Ada sesiapa di sini tak yang mempunyai info berhubung latarbelakang kedua-dua kumpulan ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by amir1976 at 5-1-2007 03:24 AM
dekat malaysia ni takde geng2 triad yang famous ke?
kalau leh bukak satu lai thread bincang pasal ni kan best
PEKIDA bukan triad ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Tengok la DVD City of God. Cerita pasal kehidupan gangster di favelas di Rio de Jeneiro. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Kilokahn at 23-7-2007 08:18 PM
Tengok la DVD City of God. Cerita pasal kehidupan gangster di favelas di Rio de Jeneiro.
'Lil Z... lawak gila! |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by HangPC2 at 21-10-2009 20:28
Dalam menceritakan mengenai orang-orang China yang datang melombong bijih timah diatas perbelanjaan Long Jaafar di Larut, perkataan khaek ini juga disebut oleh Joginder Singh dalam bukunya, Tawarikh Tanah Melayu (1400-1959), seperti berikut,
Orang yang mula sekali datang ialah suku khaek dan mereka membuat tempat kediaman dikawasan Kelian Pauh iaitu berdekatan dengan rumah penjara Taiping sekarang ini Di Larut ada dua kongsi gelap yang bermusuh kongsi gelap Hai San (puak khaek) dan kongsi gelap Ghee Hin (puak Kongfu). Ahli-ahli kedua kongsi gelap yang bermusuhan itu jarang benar bercampur gaul diantara satu sama lain. Joginder Singh Jessy, Tawarikh Tanah Melayu (1400-1959), Dewan Bahasa dan Pustaka,1975,ms153.
Dalam artikel saya sebelum ini, saya sudah pun menceritakan siapa Long Jaafar sebenarnya. Ngah Ibrahim juga dalam buku ini dikatakan memihak kapada puak Hai San. Apa yang menarik disin iialah kehadiran orang-orang China Manchu yang beragama Islam di Perak.Agak pelik sewaktu kita mempelajari sejarah di sekolah dahulu, kenapa orang-orang china ini bergaduh setelah merantau begitu jauh mencari rezeki ditempat orang. Rupa-rupanya mereka bukan sahaja berlainan puak malah berlainan agama juga.
Credit
http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada tak mana-mana kongsi gelap hari ni yang merupakan serpihan atau kesinambungan daripada kumpulan-kumpulan yang wujud di zaman penjajah? |
|
|
|
|
|
|
|
mat rempit terdiri daripada banyak organisasi dan bukan organisasi yang tidak berdaftar mahupun berdaftar. mat rempit yang terdiri daripada organisasi yang tidak berdaftar umumnya sering melakukan jenayah seperti merogol gadis bawah umur, merompak, bergaduh dengan kumpulan lain, memukul dan membuli orang awam, dan juga membunuh. perkara ini telah menimbulkan ketidaksenangan masyarakat malaysia yang telah mendapati bahawa bilangan mat rempit dan jenayah mereka sudah mula berkembang sejak kemunculan mereka pada akhir 70-an. antara organisasi-organisasi besar mat rempit yang tidak berdaftar ialah seperti geng apache yang boleh dikenali menerusi logo mereka yang menunjukkan pahlawan red indian. |
|
|
|
|
|
|
Sirul_razhar This user has been deleted
|
|
|
|
|
|
|
|
erm, sy jumpe satu artikel menarik tentang penglibatan orang melayu-muslim dalam persatuan sulit (gangs/triads gak kan..)
sedikit excerpt drpd artikel tuh..
"...meletusnya satu rusuhan besar di Pulau Pinang pada 1867 yang melibatkan pergabungan yang diluar jangkaan di antara kongsi gelap Melayu dan kongsi gelap Cina yang aktif di Pulau Pinang waktu itu...."
"...Keterlibatan orang Melayu-Muslim dalam persatuan sulit boleh dilihat dalam 3 corak. Corak yang paling awal ialah penyertaan dalam kongsi gelap Cina. Meskipun cerita penyertaan orang Melayu sebagai ahli kongsi gelap Cina hanya diketahui pada 1850-an namun dipercayai penyertaan itu sudah lama berlangsung. ..."
ader jugak dinyatakan yg boria digunakan sebagai cara untuk cari ahli baru..
who wud have thot..
http://www.penangstory.net.my/docs/C1-Mahani_Musa.doc
[ Last edited by grUdgE-frEak at 27-10-2007 09:47 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by grUdgE-frEak at 27-10-2007 09:45 PM
erm, sy jumpe satu artikel menarik tentang penglibatan orang melayu-muslim dalam persatuan sulit (gangs/triads gak kan..)
sedikit excerpt drpd artikel tuh..
"...meletusnya satu rusuhan besa ...
Baru Aku Faham Asal Usul PEKIDA |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by HangPC2 at 1-2-2012 21:47
Keterlibatan Orang Melayu-Muslim dalam Persatuan Sulit di Pulau Pinang Sejak Abad Ke-19
Mahani Musa
Universiti Sains Malaysia
Pengenalan
Kajian ke atas keterlibatan orang Melayu-Muslim di Pulau Pinang di dalam kegiatan berbentuk bawah tanah sejak abad ke-19 membawa kita kepada senario sebenar permasalahan yang dihadapi, dan diwujudkan oleh sebuah kerajaan asing yang baru bertapak dan juga masalah yang bersifat dalaman dalam komuniti itu sendiri. Sifat sebenar kerajaan awal yang dibentuk pada 1786 yang melihat orang Melayu hanya layak melakukan kerja-kerja Pembersih hutan untuk kesenangan warga lain meneroka peluang ekonomi yang bakal menguntungkan orang Barat sebenarnya terbawa-bawa dalam pentabdiran berikutnya dalam menangani isu-isu yang berkait dengan masyarakat beragama Islam di negeri itu. Akhirnya perkara-perkara yang sangat jelas memerlukan campurtangan dan pemerhatian kerajaan diserahkan sepenuhnya kepada ketua-ketua orang Melayu yang dilantik.
Dengan meneliti senario ini kita akan lebih memahami mengapa kerajaan tidak begitu memberi perhatian terhadap kewujudan Persatuan-persatuan Kling yang sering bergaduh yang disebut dengan tanpa nama di dalam dokumen kerajaan dan akhbar tempatan. Mereka dianggap sebagai kelompok pinggiran bagi kepentingan British. Orang Melayu, misalnya, seringkali dilihat sebagai bangsa pemalas 3 orang buruh Cina disamakan denggan 5 orang buruh Melayu atau India. Dengan tanggapan sebegini orang Melayu-Islam dibiarkan diuruskan oleh ketua masing-masing dan kurang mendapat perhatian kerajaan kecuali yang kaya raya seperti Tengku Syed Hussain, keturunan diraja Arab daripada Acheh yang sangat dialu-alukan kedatangannya bersama-sama kaum kerabatnya ke Pulau Pinang pada 1792. Tengku Hussain diterima baik kerana beliau merupakan peniaga rempah yang utama di antara Acheh dan Pulau Pinang.
Namun begitu cabaran terbesar kerajaan asing ini muncul berikutan meletusnya satu rusuhan besar di Pulau Pinang pada 1867 yang melibatkan pergabungan yang diluar jangkaan di antara kongsi gelap Melayu dan kongsi gelap Cina yang aktif di Pulau Pinang waktu itu. Peristiwa Rusuhan ini merupakan satu tamparan hebat kepada kerajaan yang akhirnya mendedahkan beberapa kelemahan di pihak kerajaan sendiri. Antara lain, ia menonjolkan kesan buruk dasar pecah perintah Sharikat India Timur Inggeris (EIC). Meskipun penempatan awal kelihatan sebagaimana kehendak EIC, misalnya, orang Cina menghuni kawasan bandar dan bergiat dalam ekonomi perniagaan dan sebagai buruh mahir sementara orang Melayu asli samada yang sudah lama tinggal di Pulau Pinang sebelum kedatangan Francis Light atau yang datang dari Sumatera, menetap di luar bandar dan hidup sebagai petani dan bekerja kampung namun perhubungan di antara kelompok yang kelihatan terpisah dari segi penempatan ini tetap berlaku. Selain daripada orang Cina, orang India-Muslim, Jawi Pekan dan keturunan Arab turut mendiami kawasan bandar. Mereka juga merupakan golongan peniaga yang kaya dan berpengaruh. Golongan Islam yang tinggal di bandar ini akhirnya menjadi penghubung di antara orang Melayu-Muslim di luar bandar dengan aktiviti di bandar.
Selain daripada itu agama Islam turut menjadi ejen penyatuan yang penting. Walaupun dari segi penempatan orang-orang Islam kelihatan terpecah tetapi hakikat bahawa mereka seagama menjadi penyatu yang penting. Tambahan pula keperluan di tempat baru mewujudkan pergantungan antara satu sama lain malah melampaui batasan kaum. Justeru itu yang terbentuk di Pulau Pinang sebenarnya adalah satu masayarakat yang bersifat anjal dalam segenap aspek termasuk soal perkahwinan. Perkahwinan campur yang akhirnya membentuk masyarakat baru seperti Baba, Jawi Pekan dan keturunan Arab merupakan bukti penting perkara ini.
Rusuhan Pulau Pinang juga semakin mengesahkan kritikan orangramai terhadap kelemahan sistem pertahanan kerajaan. Perkhidmatan polis, misalnya, seringkali dikritik bukan sahaja kerana kegagalan membendung kegiatan jenayah di negeri itu tetapi juga kerana diisi oleh orang-orang yang tidak berdisiplin malah turut terlibat dalam kegiatan jenayah termasuk kongsi gelap. Masalah paling besar ialah bilangan polis yang tidak mencukupi untuk mengawal keadaan sehingga barisan pertahanan terpaksa dibawa daripada kawasan berdekatan. Kerajaan juga membentuk barisan pertahanan yang terdiri daripada orang Eropah dan Eurasian untuk mengawal jalan dan lorong di kawasan bandar. Gabungan kongsi-kongsi gelap yang terlibat kelihatan cukup lengkap sebagaimana barisan pertahanan kerajaan. Ia sebenarnya lebih berupaya daripada barisan pertahanan kerajaan kerana kongsi-kongsi Cina mempunyai bekalan senjata, bantuan kewangan dan tenaga pertahanan kecemasan yang adakalanya dibawa masuk dari luar Pulau Pinang. Bantuan-bantuan ini ditaja oleh taukeh-taukeh kaya yang kebanyakannya merupakan ketua kongsi gelap.
Kemunculan dan keterlibatan orang Melayu dalam persatuan-persatuan sulit juga berkait dengan masalah dalaman dalam komuniti itu sendiri. Bilangan penghuni asal berbangsa Melayu di negeri itu sangat kecil. Dengan pertambahan pesat penduduk pelbagai bangsa dari negara luar maka ia memberi satu tekanan dan mengujudkan kecelaruan dalam soal membina identiti bangsa dan budaya. Identiti budaya apa yang harus mereka ikut apatah lagi dengan kemunculan masyarakat campur seperti Jawi Pekan, Baba dan Arab Peranakan. Kecelaruan memilih identiti mana yang harus diikut sebelah bapa atau ibu, akhirnya memberi ruang kepada unsur dan budaya luar masuk dan bertapak kukuh di kalangan orang Melayu-Muslim di negeri itu. Boria yang dianggap identiti budaya negeri tersebut, misalnya, bukanlah milik orang Melayu asal. Ia terbentuk daripada percampuran budaya luar yang diterima baik oleh semua kelompok Melayu-Muslim. Permainan ini tidak dapat dibenteras dengan mudah oleh pihak berkuasa setelah mengetahui ia digunakan untuk tujuan kegiatan jenayah kerana kerajaan sendiri beranggapan ianya sebagai persembahan budaya yang harus dibenarkan.
Selain itu budaya ikut-ikutan jelas terlihat dalam aspek kehidupan berbudaya dan beragama. Orang-orang Melayu-Islam tidak keberatan mengikut cara orang Cina menubuhkan persatuan sulit dan juga tidak keberatan menyertai persatuan sulit Cina. Dari segi beragama pula, mereka tidak keberatan menyambut perayaan Hindu seperti Duserrah seperti yang diamalkan di India sebagaimana lekanya orang yang beragama Hindu menyambut Muharram. Mereka tidak peka memilih ketua agama dan akhirnya menjadi pengikut guru agama yang terlibat dalam kegiatan kongsi gelap. Tuan Chee, pemimpin Bendera Putih dan Che Long, ketua Bendera Merah semasa Rusuhan Pulau Pinang, misalnya, mengetuai jumaah masing-masing. Che Long misalnya, mengetuai jumaahnya di Acheen Street yang seringkali dirujuk sebagai Kampong Che Long sebagai menandakan pengaruhnya di kawasan tersebut. Beliau bukan sahaja kaya malah juga disifatkan oleh seorang saksi dalam satu siasatan yang diadakan selepas Rusuhan Pulau Pinang sebagai merbahaya dan boleh mencederakan orang lain atau mengarahkan pengikutnya untuk berbuat demikian.
Kedudukan Pulau Pinang sebagai negeri yang tidak beraja dan ketiadaan satu badan yang menguruskan hal ehwal umat Isam menyebabkan tidak ada unsur penyatuan di kalangan umat Islam. Orang-orang seperti Tengku Syed Hussain, kerana pengaruhnya yang kuat terhadap ekonomi dan hubungan baik dengan Francis Light, telah diberikan kebenaran bertulis untuk membentuk dan menguruskan hal ehwal kaum keluarganya berdasarkan undang-undang dan peraturan mereka sendiri. Kesemua kesalahan diadili mengikut undang-undang Islam dan kaum keluarganya dikecualikan daripada tindakan undang-undang British. Ajaran-ajaran dari luar seperti sufi, tarikat Naqsyabandiah dan ajaran baru seperti Taslim yang diasaskan oleh Haji Muhammad Matahari pada 1870 di Kampong Seronok, Bayan Lepas bergerak tanpa kawalan pihak berkuasa. Keanjalan ini, beserta pergaulan dan persaingan ekoran kepesatan Pulau Pinang sebagai bandar kosmopolitan menjadikan apa sahaja kegiatan orang Melayu-Muslim terdedah kepada perubahan.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|