CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rainbows

Bicara Sang SUFI

[Copy link]
 Author| Post time 16-2-2007 04:47 PM | Show all posts
Originally posted by ummi_nuur at 16-2-2007 01:10 AM
yuup... banyaknya titian...
marilah kita cuba meniti perlahan2 agar tdk jatuh krn yg dibekal itu ilmu... amat sukar utk dtipu...


yer byk banyak titian...kita akan meniti titian demi titian sehinggalah terjumpa TITIAN TERAKHIR di alam yg satu lagi, barulah kita semua berhenti meniti....di sana ler titik sebuah titian...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2007 02:43 PM | Show all posts
CARI DI MANA HAK ENGKAU
18/02/2007

Engkau mencari ilmu dengan akal yang Tuhan berikan
Engkau melihat dengan mata anugerah Tuhan untuk mencari pengalaman
Engkau guna telinga yang Tuhan cipta untuk mendengar maklumat-maklumat sebagai pengetahuan
Kaki yang engkau gunakan, kaki pemberian Tuhan
Lidah yang engkau gunakan menterjemah perasaan, kemahuan, serta ilmu adalah hak Tuhan
Bumi yang engkau pijak juga kepunyaan Tuhan
Kekayaan yang engkau cari milik Tuhan
Makan minum yang engkau perolehi rezeki dari Tuhan
Bahan-bahan yang engkau jadikan kajian adalah kepunyaan Tuhan
Macam-macam ilmu dan rahsia engkau dapat hasil dari kajian
Engkau dapat isteri/suami teman hidup tempat hiburan
Adalah makhluk ciptaan Tuhan
Engkau gunakan seluruh anggota untuk mencari kekayaan
Seluruh anggota ciptaan Tuhan
Cari di mana hak engkau?
Di mana kepunyaan engkau?
Mana milik engkau?
Tidak ada milik engkau!
Tidak ada kepunyaan engkau!
Sepatutnya engkau malu dengan Tuhan!
Patut engkau jatuh hati dengan Tuhan!
Bahkan engkau cintai, takuti, puja dan besarkan
Tapi tidak, engkau lupakan Tuhan
Engkau rasa kepunyaan engkau semuanya
Kerana itu engkau angkuh dan sombong
Bahkan engkau derhaka kepada Tuhan

Menjelang tidur
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2007 10:41 PM | Show all posts
Originally posted by rainbows at 15-2-2007 07:43 AM
Faedah yang Kelima

Sesungguhnya aku melihat ramai orang yang saling memaki dan umapt mengumpat dan aku dapati hal ini berpunca daripada sifat hasad dalam memiliki harta, kedudukan atau ilmu.
...


Faedah yang Keenam

Sesungguhnya aku melihat manusia ini satu sama lain saling bermusuhan kerana ada sesuatu tujuan atau suatu sebab lalu aku memikirkan firman Allah SWT yg berbunyi :

Maksudnya : Sesungguhnya syaitan itu bagi kamu adalah musuh yang nyata. Kerana itu jadikanlah ia sebagai musuh.

Maka aku membuat kesimpulan bahwa tidak perlu kita bermusuhan dengan sesiapa melainkan dengan syaitan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2007 09:17 AM | Show all posts

Sedikit mengenai ILMU TASAWUF

Ilmu tasawuf itu mempunyai 2 unsur :

1. Istiqamah (tetap pendirian)
2. Baik kelakuan dengan makhluk

Maka sesiapa yg tetap pendiiriannya dan baik akhlaknya dgn manusia serta dia bergaul dengan lemah lembut maka seorang itu adalah seorg sufi.

Istiqamah bermakna bahwa dia mengorbankan segala kehendak nafsunya utk mendapatkan keindahan peribadinya.

Manakala baik kelakuannya dengan manusia pula ialah bahawa engkau tdk memaksa manusia memperturutkan kehendakmu, bahkan sebaliknya engkau paksakan dirimu utk melayani kehendak mereka selama tidak ada perkara yg menyalahi syarak.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2007 02:19 PM | Show all posts
Banyak orang tidak mahu pahala percuma iaitu sabar ketika ujian menimpa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-2-2007 02:47 PM | Show all posts
Originally posted by yangkhadijah at 21-2-2007 02:19 PM
Banyak orang tidak mahu pahala percuma iaitu sabar ketika ujian menimpa.



BIARLAH ORANG MENGATA

[size=180%]Biarlah orang mengata kita, jangan kita mengata
Biarlah orang memfitnah,jangan kita melakukannya
Biarlah orang menzalimi kita, kita maafkan saja
Biarlah orang mencaci kita,doakan petunjuk buat mereka
Bercakaplah yang memberi faedah atau diam lebih baik

Kenangkanlah budi orang, lupakan jasa kita
Balaslah jasa orang, lupakan jasa kita
Balaslah jasa orang, lupakan kejahatanya
Alangkah baiknya balas kejahatan orang dengan kebaikan

Wahai saudara-wahai saudari itulah panduan kita
Jadikan ia panduan di dalam pergaulan
Krisis tidak akan panjang,permusuhan tidak berlarutan
Itulah panduan jika ingin aman dan harmoni

Tuan atau puan begitulah Islam memberi panduan
Untuk keselamatan hamba-hambaNya di dunia
Tidak ada pada ajaran agama-agama laindan sebarang ideologi
Hanya ada pada Islam yang sejati

Begitulah sebahagian etika didalam pergaulan
Marilah kita bersama-sama mengamalkanbersungguh-sungguh
Walaupun berat sekalipun penat
Untungnya banyak di dunia akhirat
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-2-2007 11:18 PM | Show all posts
Faedah yang Ketujuh

Sesungguhnya aku melihat setiap org yg bersungguh2 dan berusaha dgn sepenuh tenaga utk mencari makan dn sumber kehidupan dan terkdg ia terpaksa mengambil yg syubhat dan yg haram.
Ia terpaksa menjual harga dirinya dan airmukanya.
Lalu aku memikirkan firman Allah SWT yg berbunyi :

Maksudnya : Dan tidak ada daripada sesuatu yg melata di atas mukabumi ini kecuali rezekinya telah dijamin oleh Allah SWT.

Maka akupun mengetahui bahwa rezekiku ditangan Allah dan telah dijamin oleh Allah SWT lalu aku hanya sibuk mengerjakan ibadat kepadaNya dan aku putuskan segala harapanku dengan selain daripadaNya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2007 08:27 AM | Show all posts
Sidi Abu Madyan Al Ghauth

dan jangnlah melihat aib melainkan pada dirimu sendiri
yakinlah memang benar ada aibmu itu cuma ia tersembunyi

sebenarnya org yg celaka dan kecelakaannya itu adalah hasil dari kebinasaan serta kebangkrapan dosa dan nafsu syahwatnya

dan tunduklah kepalamu lalu istighfarlah walau tak bersalah
berdirilah dengan insaf sungguh-sungguh meminta maaf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2007 11:59 AM | Show all posts
Originally posted by f@uzi at 15-2-2007 01:08 PM



Ya... dengan melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh, InsyaAllah kita akan mendapat yang terbaik....



Bersyukurlah selalu dengan segala nikmat yang diberi....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2007 12:55 AM | Show all posts
Kata hikmah Maulay Arabi qds. petikan dari buku "ar-Rasaail ad-Darqaawiyyah" terjemahan dan syarahan Ustaz Muhammad bin 'Ali bin Ahmad al-Ibrahimiy.

Pada mukasurat 22 Maulay 'Arabiy berkata:-
  • Asy-Syaikh al-Jalil Qaasim al-Khashaashiy r.a. berkata:-
  • "Jangan pedulikan orang yang membuat fitnah terhadapmu, tetapi tumpukanlah perhatian kepada ALLAH. ALLAH akan menghilangkan tukang fitnah ini daripadamu, kerana bahawasanya ALLAHlah yang menggerakkan dia membuat fitnah terhadapmu untuk menguji keikhlasanmu, tetapi ramai yang tersilap dalam masalah ini." Sekiranya engkau memberi perhatian kepada orang yang berbuat fitnah terhadapmu, fitnah itu akan berterusan, dengan dosamu (akibat terlalai daripada dzikrUllah).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2007 12:56 AM | Show all posts
Jangan sibuk dengan orang yang menyakitimu, sibuklah dengan Allah, nescaya akan dihilangkanNya tukang fitnah itu daripadamu. Sesungguhnya ramai orang yang tersilap dalam perkara ini, lalu mereka menyibukkan diri dengan orang yang menyakiti mereka. Maka berlanjutanlah kesakitan (yakni fitnah itu) beserta dosa (lalai daripada dzikrUllah). Jikalau mereka rujuk kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupi bagi mereka itu untuk menyelesaikan urusan mereka dan akan dihilangkanNya tukang-tukang fitnah itu daripada mereka.


Ayat 44 surah al-Ghafir/al-Mu'min yang menyatakan:-


".... Dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku); sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hambaNya."

Agar kita sentiasa menjadikan Allah sebagai sandaran dalam kehidupan seharian. Inilah munajat penyerahan Nabi Musa a.s. setelah menjalankan usaha dakwahnya kepada kaumnya.

Dan pada ayat ke-45, Allah berfirman:- "(Dengan keikhlasannya dan penyerahan dirinya kepada Allah) maka Allah ia diselamatkan oleh Allah dari angkara tipu daya mereka; dan Fir`aun bersama-sama kaumnya ditimpa azab seksa yang seburuk-buruknya".

Mudah-mudahan Allah jadikan kita orang yang ikhlas dan menjadikan kita alatNya untuk mempertahankan maruah para kekasihNya.

[ Last edited by  rainbows at 1-3-2007 12:58 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2007 10:17 PM | Show all posts
Originally posted by rainbows at 22-2-2007 11:18 PM
Faedah yang Ketujuh

Sesungguhnya aku melihat setiap org yg bersungguh2 dan berusaha dgn sepenuh tenaga utk mencari makan dn sumber kehidupan dan terkdg ia terpaksa mengambil yg syubhat dan yg ...


Faedah yang Kelapan

Sesungguhnya aku melihat setiap orang memiliki suatu yg menjadi pegangannya. Sebahagian mereka menjadikan duit sebagai pegangan dan yang lain pula menjadikan harta dan kekayaan sebagai pegangan dan ada pula yang menjadikan kemahiran atau pekerjaan sebagai pegangannya, bahkan ada orang yang menjadikan hamba Allah sebagai pegangannya, lalu aku memikirkan firman Allah SWT yang berbunyi :

Maksudnya : Dan sesiapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah pasti akan mencukupkannya, sesungguhnya Allah Taala itu mencukupkan segala urusan-Nya. Dan sesungguhnya Allah Taala telah menjadikan bagi setiap suatu itu kadar yang telah ditentukanNya.

maka akupun terus bertawakal kepada Allah, maka Allah mencukupkan aku dan Allah itu ialah sebaik-baik tempat berserah diri.

Lalu Imam Syaqiq Al Bakhi berkata kepada Imam Hatim Al Asam :

Semuga Allah sentiasa memberi taufik kepadamu. Sesungguhnya aku telah membaca taurat, injil, zabur dan Al Quran. Maka aku dapati isi keempat-empat kitab ini adalah berkisar kepada membahas lapan masalah yang engkau sebutkan tadi dan siapa yang beramal dengannya maka sebenarnya dia telah beramal dengan keempat-empat kitab yang aku sebutkan itu.

Sekian.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2007 10:03 AM | Show all posts

Madah ASZ



Kalaulah akal dapat menentukan
mana yang baik dan mana yang buruk,
mana yang halal dan mana yang haram,
mana yang benar dan mana yang salah,
sudah tentu  tidak perlu lagi Allah  mengutuskan para Rasul,
justeru filosuf ribuan banyaknya telah lahir ke dunia ini.

[ Last edited by  rainbows at 8-3-2007 09:51 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2007 09:44 AM | Show all posts


Baik sangka dan tawakkal kepada Allah menenangkan jiwa,
berakhlak luhur disenangi oleh Allah dan manusia,
mengikut nafsu menjadikan fikiran tidak menentu,jiwa menderita selalu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2007 01:50 PM | Show all posts
Oleh itu ikhwah sekalian
Baik lelaki maupun perempuan
Setiap waktu dan ketika berilah perhatian
Dengan tulus ikhlas dan penuh kerinduan
Lidah kalian basahkan dengan sholawat Junjungan
Dengarlah madah ulama budiman


[size=130%]إذا كنت في ضيق و هم و فاقة
و أمسيت مكروبا و اصبحت في حرج
فصل على المختار من آل هاشم
كثيرا فإن الله يأتيك بالفرج


idza kunta fi dhiiqin wa hammin wa faaqati
wa amsaita makruuban wa ashbahta fi haraji
fa sholli 'alal Mukhtaari min aali Haasyimi
katsiran fa innAllaha ya`tiika bil faraji


Jika engkau dalam kesempitan, kedukaan dan kesusahan
Petang menderita kesedihan
Pagi menanggung kesengsaraan
Bersholawatlah atas nabi keturunan Hasyim rasul pilihan
Dengan sebanyak-banyak bilangan
Nescaya Allah kan mendatangkan bagimu segala kelapangan

[size=130%]اللهم صل على النبي الهاشمي
سيدنا محمد و على آله و صحبه و سلم تسليما

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2007 02:54 PM | Show all posts


Banyakkan mengingat dosa-dosa kita daripada
mengingat amal kebajikan kita,
cara ini lebih menyelamatkan kita di Akhirat kelak.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-3-2007 11:25 PM | Show all posts



Ilmu adalah penting: dia penyuluh hidup kita,
panduan untuk hidup kita di dunia ini
dan ilmu dapat memberi tahu pada kita
mana yang haq dan mana yang batil
supaya kita dapat berjalan lurus
dan tak tersasar ke kanan atau ke kiri.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2007 02:52 AM | Show all posts
Originally posted by rainbows at 7-3-2007 10:03 AM

Madah ASZ


ASZ tu bermaksud Asaari Sohibus Zaman ker?
Bijak...bijak!
Reply

Use magic Report

ummi_nuur This user has been deleted
Post time 12-3-2007 03:40 AM | Show all posts
Originally posted by rainbows at 1-3-2007 12:55 AM
"Jangan pedulikan orang yang membuat fitnah terhadapmu, tetapitumpukanlah perhatian kepada ALLAH. ALLAH akan menghilangkan tukangfitnah ini daripadamu, kerana bahawasanya ALLAHlah yang menggerakkan dia membuat fitnah terhadapmu untuk menguji keikhlasanmu,tetapi ramai yang tersilap dalam masalah ini." Sekiranya engkau memberiperhatian kepada orang yang berbuat fitnah terhadapmu, fitnah itu akanberterusan, dengan dosamu (akibat terlalai daripada dzikrUllah).


Wali mana pn yg berkata ini saya ttp menafikan apa yg kamu gariskan ini....

ALLAH TIDAK PERNAH MENGGERAKKAN HATI HAMBANYA UTK BERBUAT JAHAT... BERLAWANAN SAMASEKALI SIFAT PENGASIH DAN PENYANYANG ALLAH....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2007 11:28 PM | Show all posts
Originally posted by ummi_nuur at 12-3-2007 03:40 AM


Wali mana pn yg berkata ini saya ttp menafikan apa yg kamu gariskan ini....

ALLAH TIDAK PERNAH MENGGERAKKAN HATI HAMBANYA UTK BERBUAT JAHAT... BERLAWANAN SAMASEKALI SIFAT PENGASIH DAN PEN ...


suka hati kamu ler.....eloklah belajar detail2 lagi ttg sifat2 Allah, baru faham maksud yg dinyatakan itu..... insyaAllah...

[ Last edited by  rainbows at 12-3-2007 11:49 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 06:18 AM GMT+8 , Processed in 0.377878 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list