|
[Merged] Wasiat/Faraid/Hak isteri/harta sepencarian. (+ vios880, okiedokie)
[Copy link]
|
|
Originally posted by Remy_3D at 27-5-2004 02:40 AM
BTW, wasiat nie mesti berlandaskan faraid, or faraid nie cuma diguna pakai jika tiada wasiat?
lupa betul aku pasal faraid nie.....
Assalamualaikum,
FYI wasiat hanya boleh dipakaiguna untuk 1/3 dari keseluhuran harta. 2/3 lagi adalah masih tertakluk kepada faraid.
Ingin belajar mengenai wasiat, hibah, faraid? Please feel free to contact me 0192709160. I am not going to teach you how to do about it but I will lead you to a person whom knows more about it. He is the ex-GM for PZS.
He conducts the class for FREE
Sany
[ Last edited by sany48 at 25-12-2005 12:39 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamu'alaykum wbt
Just to share with all of you on real case (Mr X) on pewarisan Islam (Islamic Estate Planning). Penjelasan diberikan oleh sahabat saya di KIK dulu, Syeikh Abdul Ghani Endut, Syari'ah Advisor to CIMB. Before this, he was also the Syari'ah Advisor to Bank Malaysia Bhd.
---------- Forwarded message ----------
From: Fatkurradzi Jamil <[email protected]>
Date: 21-Dec-2005 19:00
Subject: Re: [xKIK84] Fwd: [kolejislam] wasiat Islam
To: GRP EX-KIK SPM 1984 <[email protected]>, GRP EX-KOLEJ ISLAM < [email protected]>
Jzkk Syeikh Ghani
Such a detail & comprehensive explanation on the matter from an authorised source. I'll add the technical aspects later, insya Allah.
BTW, Syeikh X, you forgot to list the Takaful Policy taken from me as one of your assets. As u remember, you heve appointed several "penama" on your Takaful policy. These "penama", as mentioned by Syeikh Ghani, will only act as the administrator to your Takaful assets, not inheriting the asset.
Wassalam.
On 21/12/05, Abdul Ghani Endut <[email protected] > wrote:
My brief response, Sheikh Fatkurradzi please add on practical solutions.
1. Of course, the first move should come from your waris, your wife, your son or your parents. In your case they are the only waris who can inherit your property or wealth through faraidh. Other than that such as brothers, sisters, uncles etc. are "Mahjub"(hidden).
As for money in Tabung Haji and EPF, it depends on whether you have penama or not. If you have, than your penama is considered the legal administrator for the money. The Wasi can help to withdraw the money and divide them according to Faraidh. In your case, the father will get 1/6, your mother will get 1/8, your wife will get 1/8 while the rest (7/12) will go to your children. In faraidh, this is called "asabah" which means the children will take all the balance. They will divide among themselves based on ratio 2:1 for boy and girl respectively. The seven siblings will get nothing because you have children. If you don't have chidren and father, then they will have their rights. As for money in Bank Islam certain types of deposit, you can name your wasi but normal Saving or Current A/Cs don't have. It depends on the amount of money involved, if small amount the bank will allow your waris to withdraw the money and divide among themselves. If the amount is big, then it will go to Amanah Raya. For the land, it will depend on the value of the land as explained in one of the earlier email. The procedures for both Amanah Raya and Pusaka Kecil are as explained by the earlier email by our colleague from Amanah Raya.
2. For your written wasiat if not done through recognised institution such as Amanah Raya, Amanah Hibah or through qualified lawyer, then it will not be recognised by the court. But, based on Shariah, it carries some weight, in term of responsibility of the survivors. They are obligated(wajib) to carry out what is written in the wasiat, if it does not contravene with the provision of Shariah such as 1/3, no wasiat to waris, etc. But the problem is this wasiat cannot be enforced in the court of law therefore it will not help in term of speeding up the process.
3. The best way is to get your wasiat done as soon as possible. By doing so, you will appoint your wasi, declare your estate and declare your waris so that the wasi can administer your estate and will help to get relevant letter from court so that your wealth will be distributed according to Shariah and according to your will. In this wasiat, you can set aside some portion to your seven siblings(if you wish) because according to faraidh, they will get nothing, but of course limited to 1/3 only.
As for the land it can be valued with money so that the land will go to one person and others will get money instead as explained by Fatkurradzi or get it sold and divide the money.
3. What we mean by limited to 1/3 here is that you cannot give all your estates to your brothers through wasiat, leaving nothing for your wife, children and parents because the rights of the waris is absolute and given to them by Allah s.w.t. with the exception if all the waris are agreeable to the wasiat as explained earlier in one of the email.
Wallahu a'lam.
MR X wrote:
Asm
Syeikh Abd Ghani and Syeikh Fatkur, thank you your your scholarly explanation.
Saya confused (sebab tak pandai)
Real case senario.
I have one wife and two children, aged 7 and 9 y.o . I have both parents and seven siblings. As a poor man, I have some money in Tabung Haji, Bank Islam, HSBC, KWSP and one piece of land plus personal belongings. I cannot remember whether I have (penama / wasi) to these properties or not because some of them I have acquired before I got married or having children.
Say that suddenly I die ( I will die anyway, just a question of when).
Questions :
1. Who will need to make the first move to sort out pusaka? and how?
2. Will my written wasiat (unwitnessed but signed) carry any weight from syariat point of view
3. What is the best and practical way to make it easy for the survivors to sort this out. I cannot imagine that small piece of land has to be divided among so many people according to Faraid.
4. If the wasiat can only cover 1/3 of the properties, the other 2/3 is left to the law?
Tolong, encik
Mr X |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ezar at 18-11-2005 06:01 PM
Ezar ingin mendapatkan nasihat siapa2 yang arif dalam pembahagian harta secara faraid...dari segi siapa yang lebih berhak mendapat harta...setelah kematian seseorang..in secara general...
kalau ...
Assalamualaikum,
Actually untuk mengira faraid ni tak la susah.. I baru2 ni aku pergi satu taklimat pasal faraid...Dah adepun Database yang dorang dah buat untuk mengira faraid at a finger tip.
Plus I dah terbuka minda untuk belajar sikit2 pasal wasiat, hibah, faraid, etc. Taklimat tu kat Sek 13 Shah Alam base on demand.. and it is FREE.. kalau sape2 forumers berminat.. just gimme a call .. nanti I buat arrangement for FREE jugak..
In fact bila I dengar taklimat tu.. I dah sign up untuk tulis wasiat for myself.. company tu Agen korporat untuk ARB.. but it is not compulsory to sign up..
Sany |
|
|
|
|
|
|
|
p/s: buat renungan dan iktibar
TAMAK HARTA
(seperti yang diceritakan oleh Tuan Haji Muda Ibrahim)
Semenjak memulakan kerja memandikan jenazah sewaktu berusia 18 tahun hingga sekarang, peristiwa yang benar-benar menginsafkan saya ialah memandikan jenazah yang badannya bengkak-bengkak dan lebam seperti kena belasah.
Suatu hari kira-kira 10 tahun lalu, saya dipanggil untuk memandikan jenazah lelaki yang umurnya dalam lingkungan 60-an. Apabila saya bertanya anak-anaknya mengapa dia meninggal dunia, mereka cakap ayah mereka meninggal kerana sakit tua.
Setibanya di rumah Allahyarham, sudah ramai yang menanti saya. Saya merasa lega kerana ada juga orang yang boleh membantu saya pada hari tersebut. Alhamdulillah...semua anak dan adik-beradiknya datang untuk melihat dan membantu menguruskan jenazah Allahyarham.
Anak-anaknya mempersilakan saya masuk dan menunjukkan jenazah ayah mereka pada saya. Namun begitu, saya tersentak sebaik sahaja menatap jenazah Allahyarham.Saya perhatikan dari hujung rambut sampai ke hujung kaki, seluruh jasadnya membengkak dan terdapat kesan lebam seolah-olah ketika menemui ajal dia dihentak dengan sesuatu benda keras. Kesan lebam itu meninggalkan jalur merah kehitaman sebesar ibu jari yang menjalar di dada dan belakang badan Allahyarham.
Saya tertanya-tanya mengapa terdapat kesan-kesan lebam pada badannya sehinggakan sesiapa yang melihatnya pastti merasa hairan. Apa yang benar-benar mengejutkan saya ialah kenapa badannya teruk sangat, macam orang kena pukul. Siapakah yang begitu zalim menganiaya Allahyarham sebegitu. Tetapi siapa pula yang sanggup belasah orang tua yang uzur sepertinya?
Kesian saya melihatnya. Bukan saya seorang sahaja yang rasa hairan dengan keadaan Allahyarham, bahkan anak-anaknya juga mengadu pada saya kenapa jenazah ayah mereka berubah jadi sebegitu.
"Pak Da, tengoklah ayah kami ini, saya tak sanggup melihatnya, sedih hati saya..." kata salah seorang anak lelaki Allahyarham pada saya dengan nada yang sayu. Saya hanya mampu menyuruh dia bersabar kerana mungkin itu adalah ujian yang hendak Allah tunjukkan pada Allahyarham.
Saya menjiruskan air sambil menggosok dan merata air ke seluruh tubuh Allahyarham. Memang saya dapat rasakan kesan bengkak dan lebam yang membonjol pada badan Allahyarham kerana saya tidak mengenakan sarung tangan seperti saya mandikan jenazah di hospital.
Semasa memandikan Allahyarham, hati saya sayu kerana mengenangkan nasibnya sesudah meninggal dunia. Alhamdulillah, saya laksanakan tugas saya dengan sempurna sehinggalah Allahyarham siap saya kapankan. Tugas saya selesai setakat itu dan terlepaslah tanggungjawab fardu kifayah bagi mereka yang masih hidup.mengikut hukum faraid.
Sebaliknya segala harta itu dibolot . Sesudah itu, sebelum pulang ke rumah, saya sempat berbual dengan waris terdekat Allahyarham dan bertanyakan perihal Allahyarham ketika hayatnya. Tujuan saya bertanya bukanlah sengaja mahu mencari keburukan peribadi Allahyarham, tetapi sekadar ingin mendapatkan kepastian kenapa jenazah Allahyarham bengkak-bengkak bagaikan dipukul.
Mengikut cerita warisnya itu, Allahyarham adalah seorang yang terlalu tamak dengan harta pusaka yang diwarisi daripada arwah bapanya. Bapanya dahulu memang orang kaya dan banyak meninggalkan harta pusaka.
Meskipun begitu, Allahyarham tidak menunaikan tanggungjawabnya mengagihkan harta-harta tersebut dibolot oleh Allahyarham seorang sedangkan adik-beradiknya yang lain tidak merasa langsung harta pusaka ayah mereka.
Bukan setakat itu sahaja, anak-anak kandung Allahyarham pun tidak diendahkan dan turut tidak dapat merasa nikmat kesenangan yang dimiliki ayah mereka. Tetapi mujurlah ketika Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya, semua adik-beradik serta anak-anaknya datang dan sanggup menguruskan jenazah Allahyarham walhal semasa hidupnya mereka tidak mendapat layanan sewajarnya.
Hati saya semakin gementar apabila mengetahui balasan bagi orang yang memakan harta yang bukan haknya. Bukan apa, saya takut nanti anak-anak saya jadi begitu. Akibat tamakkan harta, sanggup lupakan adik-beradik. Saya harap, janganlah anak-anak saya melakukan perbuatan seumpama itu.
Kalau saya tinggalkan harta, biarlah anak-anak saya uruskan dengan baik. Ini kerana soal harta pusaka cukup sensitif, silap hari bulan keluarga jadi porak-peranda.
Allah Maha Berkuasa, di dunia lagi. Dia tunjukkan balasan pada orang yang suka mengambil harta pusaka sebagai teladan bagi orang yang masih hidup. Saya sungguh insaf kerana apa yang saya cerita ini bukan dari orang lain, tetapi saya yang melihatnya dengan mata kepala saya dan menyentuhnya dengan tangan saya sendiri. |
|
|
|
|
|
|
Pusaka This user has been deleted
|
Faraid/HARTA SEPENCARIAN/hak isteri (merged okiedokie)
Harta yang diperolehi oleh suami dan isteri
semasa perkahwinan yang sah berkuatkuasa
di dalam keadaan tertentu boleh dianggap
sebagai "Harta Sepencarian"
Oleh itu, pasangan suami/isteri yang masih hidup
berhak untuk menuntut harta sepencarian
dalam bahagian harta simati sebelum
pembahagian harta mengikut
prinsip Faraid dibuat.
[ Last edited by ibnur at 17-2-2007 03:20 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
Pusaka This user has been deleted
|
Mengikut undang Faraid......hak isteri cuma 1/8
daripada harta suami saja......Kesian huh:stp:
Itu kalau satu isteri......kalau 4 isteri2 maka 1/8 bagi 4 = 1/32
Rasa2 cukup ke......saudari2 semua |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Pusaka at 24-1-2006 09:14 PM
Mengikut undang Faraid......hak isteri cuma 1/8
daripada harta suami saja......Kesian huh:stp:
Itu kalau satu isteri......kalau 4 isteri2 maka 1/8 bagi 4 = 1/32
Rasa2 cuku ...
Assalamjualaikum Pusaka,
DOSER sepencarian tak nak di bahagi samer ker....50-50 ???
Tang duniya jer yg miker nampak n kesian?
Allah swt Maha Mengetahui tentang apa apa yg di berikan kpd makhluk nya.
Setiap sesuatu itu......ADA HIKMAH nya.
Wsalam |
|
|
|
|
|
|
Pusaka This user has been deleted
|
Wassalam
Sebelum pembahagian mengikut hukum Faraid, ada cara2
lain yang boleh kita lakukan sebelum pembahagian faraid:hmm:
Cara2 nya.......
1) Menulis wasiat semasa hidup
2) Menuntut harta Sepencarian
Kalau ada sesiapa yang ada masalah2 diatas atau masalah2
mengenai pembahagian Harta Pusaka.....saya sedia membantu |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
cekpoin This user has been deleted
|
macamana kalu nak bg dosa sepencarian? boleh buatkan tak? ...hehehehhe
ok ni betul punya
boleh ker kita tuntut harta pencarian walaupon tiada perceraian?...mintak dalil |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cekpoin at 26-1-2006 02:37 PM
macamana kalu nak bg dosa sepencarian? boleh buatkan tak? ...hehehehhe
ok ni betul punya
boleh ker kita tuntut harta pencarian walaupon tiada perceraian?...mintak dalil
Assalamualaikum cekpoin,
Teman bukan haper sangat.........
Tapi tengok oghang zaman sekarang.......sebenor nya BUKAN nakkan harta sepencarian tu.
TETAPI lebey kepada hendak memuaskan nafsu serakah mereka sahaja. (sebab geram)
Dapat juta juta pun...........bukan bley bawak ke kubur.
Segala pingat pingat tu......di bawak balik ke ghumah juga.
Lelebey lagi biler IBLIS/SETAN dah naik ataih paler.
Muka pun dah semacam jer......................
Asyik siang malam dok nampak harta peninggalan tu jer.
Mula ler nak kasi pelbagai bagai alasan utk menghalalkan pengambilan harta tersebut.
HUKUM HAKAM semuer di masuk ke dalam tong najis.
Wsalam
p/s pernah mengalami :cak: |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
cekpoin This user has been deleted
|
hehehehe...aku pon pk camtu gak....pastu dgn ada "org2 tertentu" yg melobi lagi...hehehehhee |
|
|
|
|
|
|
|
minta tolong Sdr Pusaka bagikan..masalah simple ni..mengikut kaedah..isteri dapat 1/8 dan kene bagi 4 (1/32)jika 4 isteri..
Simati meninggalkan 4 isteri sorang anak premepuan dan sorng anak laki... |
|
|
|
|
|
|
|
Betulkan saya jika saya salah.
Pada pandangan saya begini cara penyelesaiannya.
Contohnya :
Suami meninggal dengan simpanan wang tunai RM100,000.00. Penama / Pentadbir / Wasi ialah isteri. Setelah selesai segala urusan kematian, isteri wajib menjalankan
tugasnya membahagikan pusaka tersebut mengikut Faraidh, kerana hak waris telah pun ditetapkan oleh Tuhan.
Ahli waris ialah 4 orang isteri, seorang anak perempuan, seorang anak lelaki.
Saya tambahkan lagi ahli waris iaitu Bapa dan Ibu kepada si mati, bagi mendapatkan
gambaran lengkap tentang cara pengiraan Faraidh.
Isteri 1/8 9/72 x 100,000
= 12,500.00
Bapa 1/6 12/72 x 100,000
= 16,666.67
Ibu 1/6 12/72 x 100,000
= 16,666.67
Jumlah 33/72 = 45,833.34
Baki 39/72 = 54,166.66
Jumlah = 100,000.00
Baki 39/72 atau 54.166.66 dalam kes ini, dihabisi oleh ahli waris Asobah iaitu
anak lelaki dan anak perempuan (Asobah bersama anak lelaki):
Anak Lelaki
2 Bahagian = 26/72
Anak Perempuan
1 Bahagian = 13/72
Anak Lelaki 2 Bahagian 26/72 x 100,000
= 36,111.11
Anak Perempuan 1 Bahagian 13/72 x 100,000
= 18,055.55
Jumlah = 54,166.66
Seorang Isteri hanya mendapat : RM 12500 daripada RM 100,000.00 yang
ditinggalkan oleh suaminya.
Jika si Mati meninggalkan;
2 orang isteri : 12500/2 = RM 6250
3 orang isteri : 12500/3 = RM 4166
4 orang isteri : 12500/4 = RM 3125 untuk tiap seorang isteri.
Bahagian isteri adalah 1/8, dan dibahagikan sama rata tanpa mengambil kira isteri
yang mana dikahwini terlebih dahulu dan tempoh perkahwinan mereka.
Tuhan Lebih Mengetahui. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
cekpoin This user has been deleted
|
saja aku nak bgtau...kalau bini aku tuntut harta pencarian time aku masih idup...mungkin jam2 tu jugak aku ceraikan dia...nampak sgt mata duitan |
|
|
|
|
|
|
|
Untuk renungan bersama:
Terjemahan Surah Al- Baqarah
(2:180) Diwajibkan atas kamu, apabila seorang di antara kamu kedatangan (tanda-tanda) maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, berwasiat untuk ibu-bapak dan karib kerabatnya secara ma`ruf , (ini adalah) kewajiban atas orang-orang yang bertakwa.
(2:240) Dan orang-orang yang akan meninggal dunia di antara kamu dan meninggalkan isteri-isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isterinya, (iaitu) diberi nafkah hingga setahun lamanya dan tidak disuruh pindah (dari rumahnya). Akan tetapi jika mereka pindah (sendiri), maka tidak ada dosa bagimu (wali atau waris dari yang meninggal) membiarkan mereka berbuat yang ma'ruf terhadap diri mereka. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by niceghost2005 at 25-1-2006 07:51 PM
Assalamjualaikum Pusaka,
DOSER sepencarian tak nak di bahagi samer ker....50-50 ???
Tang duniya jer yg miker nampak n kesian?
Allah swt Maha Mengetahui tentang apa apa yg di berikan k ...
betul tu
dah lah dosa isteri ditanggung suami gak
lgpun 1/8 tu kan utk isteri je...anak2 kan ade bhg lainok lah tu
nak lebih cari la sendiri.tul tak |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cekpoin at 27-1-2006 03:04 PM
saja aku nak bgtau...kalau bini aku tuntut harta pencarian time aku masih idup...mungkin jam2 tu jugak aku ceraikan dia...nampak sgt mata duitan
ade eh yg tuntut hata sepencarian masa masih bersama:hmm:
nak buat apa,pdhal dok umah sekali kan..nak angkut katil,kete,tv(cth2 harta sepencarian) tu gi kat mana:stp: |
|
|
|
|
|
|
|
elok permasalhan mcm nie di rujuk kpd yg pakar...kekdang complikated kes2 harta sepencarian...betul dakk |
|
|
|
|
|
|
|
Betul tu. Cuma awareness org kite ni kurang skit. Dah berlaku kematian baru kelam-kabut nak pergi rujuk. Kalau dah tak puas hati ...adik beradik pun boleh gaduh ...masuk keluar mahkamah. Bukak file je dah kena RM5000..tu belum prosiding lagi tu..
Orang Melayu rugi RM38b tidak manfaatkan tanah rezab
KUALA LUMPUR 6 April - Pewaris tanah rezab Melayu di seluruh negara gagal mengambil kesempatan menghasilkan sejumlah RM38 bilion dalam bentuk kecairan modal apabila dicagarkan kepada institusi kewangan.
Sikap alpa dan tiada kesepakatan di kalangan pewaris dikenal pasti sebagai punca utama `jongkong emas' tersebut tidak dicair alih menjadi modal, menurut Persatuan Pedagang dan pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama).
Pembaziran peluang mewujudkan kecairan modal ini malangnya berlaku dalam situasi usahawan Melayu berdepan dengan masalah mendapatkan modal pusingan dalam menjalankan aktiviti perniagaan. Anggota Jawatankuasa Pusat Perdasama mengenai tanah rezab, Anjaniman Abu Kassim berkata, nilai pasaran semasa tanah rezab Melayu di seluruh negara dianggarkan RM165 bilion memandangkan kebanyakannya berada dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
``Tetapi malangnya kebanyakan tanah rezab Melayu tidak dapat dicagarkan bagi memperolehi kecairan modal ekoran masalah pemilikan tanah itu yang tidak diselesaikan oleh para pewaris,'' katanya kepada Bernama.
Beliau yang juga jururunding hartanah berkata sebahagian besar pemilikan hartanah rezab Melayu adalah melalui pewarisan atau pusaka dan kegagalan mengemas kini pemilikan, mengakibatkan pewaris tidak dapat menggunakannya sebagai modal asas untuk perniagaan.
Bagaimanapun masalah itu boleh diatasi dengan mewujudkan undang-undang yang mewajibkan pewaris menyelesaikan masalah pemilikan tanah dalam jangka waktu tertentu.
Selain itu, katanya Jabatan Pendafaran Negara dan Pejabat Tanah perlu mewujudkan talian on-line agar dapat mengenal pasti pemilik tanah rezab Melayu yang telah meninggal dunia dan menghantar surat peringatan kepada pewaris agar segera menyelesaikan soal pemilikan tanah berkenaan. Anjaniman berkata pada masa sekarang terdapat 3.7 juta ekar tanah rezab Melayu di Semenanjung, tidak termasuk 248 ekar yang ditadbir di bawah Undang-undang Penempatan Pertanian Melayu (Kuala Lumpur) 1950.
Beliau menolak tanggapan bahawa jika tanah rezab Melayu digadaikan kepada bank, ia akan jatuh ke tangan orang bukan Melayu sekiranya peminjam itu gagal membayar hutangnya.
Katanya, ini tidak akan berlaku kerana Enakmen Rezab Melayu yang diperkenalkan pada 1907 mempunyai peruntukan yang menghalang tanah Rezab Melayu daripada dijual kepada orang bukan Melayu.
Malahan, katanya hanya beberapa institusi kewangan tempatan yang status penubuhannya selari dengan definisi Melayu sahaja yang dibenarkan menerima tanah rezab Melayu sebagai cagaran.
Katanya, tanah rezab Melayu yang paling tinggi nilainya ialah di Kampung Baru Kuala Lumpur yang bernilai pasaran sekitar RM400 sekaki persegi. Dengan keluasan keseluruhan 248 ekar nilainya boleh mencecah RM4.321 bilion dengan kecairan modal sebanyak 70 peratus atau RM3 bilion.
Beliau berkata perkembangan serta kepesatan pembangunan di sekitar kawasan tanah juga membolehkan pemilik menukar status guna tanah daripada kegunaan asal iaitu pertanian kepada kegunaan lain yang lebih menguntungkan. - Bernama |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|