CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: rainbows

[Merged]Kecintaan kepada Rasulullah s.a.w. & tauladan Baginda (+ acura)

[Copy link]
Post time 31-3-2007 10:42 PM | Show all posts
Nabi Muhammad Rasul Junjungan..
Insan terpuji sepanjang zaman..
Insan yang akhlaknya menggambarkan Islam..
Hidupnya berdakwah menyampaikan kebenaran..
Kebenaran yang datang dari Tuhan yang berdiri sendiri..
Yang menguasai seluruh alam..
yang bakal menjadi hakim di padang mahsyar..
Selawat dan salam bagi Nabi Muhammad SAW penyelamat umat..
Semoga dapat kita syafaat Rasulullah di akhirat kelak..

p/s- Selamat menyambut maulidur rasul.. semoga Allah memberkati rasulullah SAW, Sahabat2 nya dan kaum keluarganya dan para mukminin dan muslimat samada yang telah hidup ataupun yang telah meninggal dunia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2007 09:30 AM | Show all posts

Muhammad s.a.w.: Insan teladan terunggul yang dipuja sepanjang zaman

Maka jadikanlah Baginda sebagai contoh tauladan dalam menjalani penghidupan kita seharian... InsyaAllah akan mendapat keberkatan Illahi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2007 11:58 AM | Show all posts
  • Mari kita bercerita tentang Nabi kita. Iaitu Rasulullah SAW, penyelamat manusia dunia Akhirat.
  • Walaupun sebelum ini kita telah menceritakan banyak kali tentangnya.
  • Mungkin kita ceritakan di sudut -sudut lain yang belum diceritakan lagi.
  • Kalau pun diceritakan lagi banyak kali tidak mengapa.
  • Supaya yang lupa diingat kembali.
  • Bertambah ingat lagi.
  • Nabi Muhammad SAW orang luar biasa yang tidak ada taranya.
  • Sebelum dan sesudahnya di kalangan manusia.
  • Sekalipun di kalangan para rasul dan para nabi yang telah diberita.
  • Dia adalah rohnya malaikat dan tubuhnya manusia.
                           
  • Orang paling cerdik dan paling bersih rohnya.
  • Di kalangan manusia sebelum dan sesudahnya.
  • Maka dia diberi julukan oleh Tuhan 慺athonah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2007 11:58 AM | Show all posts
  • Bila wafat, boleh dikatakan tidak meninggalkan harta.
  • Dia tidak meninggalkan sembahyang jemaah.
  • Kecuali sekali saja di dalam hidupnya.
  • Iaitu waktu sakit hingga membawa wafatnya.
  • Makan minumnya bukan diusahakannya.
  • Tetapi setiap kali hendak makan, ada rezekinya.
  • Tapi pengikutnya disuruh berusaha.
  • Terutama yang ada keluarga.
  • Dia tidak menerima upah
  • Lebih-Iebih Iagi meminta upah.
  • Kerana usaha perjuangannya.
  • Tetapi ulama di hari ini, memakan upah.
  • Dari usaha dakwahnya .
  • Seperti yang dibuat oleh kebanyakan ulama-ulama yang cinta dunia.
  • Bahkan ada ulama yang meminta upah dari dakwah dan pengajiannya.
{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }
  • Takut dengan Tuhan ketara di mukanya .
  • Dia beristerikan janda kaya, Khadijah namanya .
    Hartanya diserahkan habis kepadanya .
  • Tetapi Nabi korbankan harta itu semuanya .
  • Dan Nabi, kalau dia berkawan, sebaik-baik kawan.
  • Kalau dia di rumah, sebaik-baik bapa
  • Kalau dia bersama isteri, sebaik-baik suami.
  • Kalau dia memimpin, sebaik-baik pemimpin
{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }
  • Kalau dia bercakap lantang suaranya .
  • Tegang urat merihnya.
  • Kalau dia bercakap bak mutiara.
  • Sangat berkesan pada jiwa orang yang mendengarnya.
  • Kalau dia berucap atau berpidato tidak ada gelak ketawa manusia yang mendengarnya .
  • Kerana manusia yang mendengar insaf dibuatnya.
  • Tidak seperti ulama-ulama hari ini.
  • Kalau mereka bercakap gelak ketawa orang yang mendengarnya.
  • Kerana yang dicakapkan itu dari lidahnya.
  • Bukan dari hatinya.
  • Nabi kalau bercakap singkat-singkat sahaja, tidak meleret, tidak seperti kebanyakan manusia.
  • Dia bercakap pendek sahaja.
  • Tapi terhimpun berbagai-bagai ilmu di dalamnya .
{ Ya Allah harumkanlah kuburnya yang mulia dengan wangian yang segar daripada selawat dan salam. Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya }
  • Dikatakan oleh hadis 慾awa  miul kalim
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 12:26 PM GMT+8 , Processed in 0.070908 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list