CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ibnur

Panduan Haji dan Umrah (merged threads)

[Copy link]
 Author| Post time 4-2-2007 11:24 PM | Show all posts
Selepas bermabit di Mina, jemaah haji Malaysia akan dibawa dengan bas ke Mina Muaissim sejauh 6km.  Jumlah jemaah haji bagi satu maktab lebih kurang 2400 orang.  Jadi untk 2400 org memerlukan lebih kurang 50 bas satu maktab.  Tentu mustahil, so, Muasassah telah buat perkhidmatan bas ulang alik.  Jadi untuk menggerakkan jemaah haji dari satu maktab dengan bas bermula dari tengah malam samapai dekat subuh.

Berikut gambar-gambar di Mina Muaissim.


Perkhemahan jemaah haji Malaysia disebelah kiri sementara dikanan tu Indonesia.
Jemaah haji pada hari Nafar Awal (12 Zulhijjah).  Ada sedang bersiap utk pergi melontar dan ada yang baru pulang.


Jemaah haji keluar dari terowong Muaissim setelah melontar pada hari Nafar Awal.


Ni gambar lereng bukit berhampiran terowong Muaissim dengan perkhemahan maktab-maktab Malaysia.  Yang biru-biru tu khemah orang yang tak ikut Muasassah.  Semua sdn bhd.  Main pacak khemah sendiri jer kat mana-mana.  

Kat lereng bukit tu boleh kutip batu kalau tak cukup batu.  Kat Mina Muaissim ni, keseluruhannya dah kena simen, lantai dan jalanraya.  Nak cari batu kena panjat bukit.  Sebelum panjat bukit kena panjat tembok pagar dulu.  Sebaiknya, kutip le batu secukupnya di Muzdalifah.


ni pula, jemaah indonmesia dan malaysia dalam terowong menuju ke jamrah selepas solat maghrib pada hari nafar awal.


Mesjid mina:


Lepas ni gambar di jamrah pula.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2007 11:49 PM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 4-2-2007 11:24 PM
Selepas bermabit di Mina, jemaah haji Malaysia akan dibawa dengan bas ke Mina Muaissim sejauh 6km.  Jumlah jemaah haji bagi satu maktab lebih kurang 2400 orang.  Jadi untk 2400 org memerlukan leb ...


assalamualaikum ibnur...
tu gambar2 terbaru ke ?

adehh...
aku mmg ader pasang niat nak umrah sebelum umur 30 ...
insyaAllah

sesaper lagek ader pengalaman cerita lar lagek..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2007 10:42 PM | Show all posts
Originally posted by karengkang at 4-2-2007 11:49 PM


assalamualaikum ibnur...
tu gambar2 terbaru ke ?

adehh...
aku mmg ader pasang niat nak umrah sebelum umur 30 ...
insyaAllah

sesaper lagek ader pengalaman cerita lar lagek..



waalaikumsalam, gambar haji 1427 hijrah.  baru lagi.

elok le pasang niat, kalau niat haji lagi bagus.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2007 11:00 PM | Show all posts
Ni pula gambar di Jamrah Al-Qubra (Jamrah Al-Aqabah).  



Ni gambar dari arah Muaissim.  Yang putih macam kotak tu post pengawal.  Pengawal dah tiada sebab keadaan terkawal.  Jemaah haji dari Mina Muaissim akan melontar dibahagian atas.  Tahun 1428 hijrah nanti bila siap satu lagi level, yang ni akan jadi tingkat ke 2.   



Ni gambar dari arah Mekah.




Ni gambar di laluan keluar Jamrah berhampiran Jamrah Al-Qubra.  Jalan terus ni akan terus masuk terowong Muaissim.  Keadaan sesak sedikit di hadapan sebab jemaah haji dari Aziziah datang dari sebelah kiri nak masuk ke Jamrah di bahagian laluan bawah.




Jamrah Al-Wusta (bahagian laluan bawah).  Jemaah dari Timur Tengah dan Afrika biasanya akan masuk ke sini.


Sempadan asal Mina pada zaman Rasulullah ialah bukit di hadapan Jamrah Al-Qubra.  Kerana kesesakan teruk, bukit ini diratakan dan digantikan dengan dinding, untuk memudahan jemaah melontar.  Tapi kemudian kesesakan bertambah teruk, lalu dinding tu diruntuhkan terus.  Sekarang dah jadi laluan sehala.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2007 11:02 PM | Show all posts
Gambar dalam khemah di Mina menjelang subuh hari Nafar Thani.



Peta Mina:
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2007 01:52 AM | Show all posts

Sambungan UMRAH BERSAMA SAYA PADA APRIL DAN MEI 2007 INSHA` ALLAH

Alhamdulillah saya amat bersyukur kepada ALLAH kerana memberi kesempatan kepada saya untuk mengerjakan haji sebanyak 6 kali dan `umrah entah, tak tahu berapa banyak. Ini berlaku sewaktu saya dihantar ALLAH melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Madinah. Pada akhir tahun 1979, sebelum saya mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke Madinah, ramai orang termasuk rakan-rakan yang meminta saya berfikir banyak kali untuk melanjutkan pelajaran ke sana , kerana pada ketika itu kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf  sijil dari Universiti Islam Madinah dan universiti-universiti di Arab Saudi. Kata mereka :

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-2-2007 01:53 AM | Show all posts

Sambungan UMRAH BERSAMA SAYA PADA APRIL DAN MEI 2007, INSHA` ALLAH

Satu kes lagi yang berlaku dihadapan mata saya sendiri, iaitu berkaitan dengan seorang ustaz yang terkenal juga , dia membawa jemaah yang ramai setiap kali mengerjakan umrah dan dalam setahun dia pergi beberapa kali dengan jemaah yang ramai pula. Dia dan jemaahnya naik satu kapalterbang dengan saya . Jemaahnya 100 orang lebeh, hampir separuh kapalterbang. Di Makkah mereka tinggal berhampiran dengan saya. Sewaktu mengerjakan `umrah saya terkejut bila melihat cara ustaz ini mengerjakan umrah kerana beliau telah melakukan kesalahan dan diikuti oleh jemaahnya pula. Sepatutnya ustaz ini tak bolehlah sama seperti orang lain yang jadi pak turut orang-orang yang jahil. Kenapakah sebelum mengerjakan umrah dia tidak merujuk kepada kitab-kitab yang muktabar. Seseorang yang menjadi ikutan orang ramai wajib membaca kitab-kitab yang muktabar yang dikarang oleh ulama besar zaman silam dan tidaklah memadai dengan hanya  membaca buku-buku berkaitan haji dan `umrah yang banyak dijual dikedai-kedai buku yang melambak dipasaran, kerana seseorang ustaz mestilah boleh mengemukakan dalil-dalil yang meyakinkan. Ada pun buku-buku yang banyak dijual dikedai berkaitan haji dan umrah tidak banyak mengemukakan dalil-dalil sehingga kadang-kadang kita tak tahu dari mana dia mengambil rujukan. Pada pandangan saya sekiranya ustaz ini membaca kitab-kitab yang muktabar sudah tentu dia tidak melakukan kesalahan sewaktu mengerjakan umrah .

Ini hanyalah dua contoh sahaja yang saya sebutkan. Banyak lagi yang berlaku , yang mana kalau saya tuliskan semuanya disini jadi letih pula anda membacanya.  

Oleh itu, berdasarkan kepada apa yang saya kemukakan tadi , wajiblah penganjur-penganjur yang menguruskan jema`ah haji dan `umrah supaya benar-benar mempelajari hal-hal yang berkaitan dengannya secara mendalam dan janganlah hanya mementingkan komersial sahaja. Pembimbing dan penganjur akan disoal ALLAH di hari Akhirat nanti.

Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini , sepanjang mengerjakan  `umrah , saya dapati  penganjur  `umrah lebih suka menyerahkan urusan  `umrah kepada wakil-wakil mereka di Makkah dan Madinah. Mungkin mereka sangka wakil-wakil ini mahir dalam urusan haji dan `umrah kerana sudah lama bermastautin di Makkah. Ini adalah kesilapan yang besar kerana bukan semua yang bermastautin di  Makkah memahami betul-betul masalah ini. Ada diantara mereka yang hanya menjadi
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2007 01:55 AM | Show all posts

Sambungan UMRAH BERSAMA SAYA PADA APRIL DAN MEI 2007 INSHA` ALLAH

Nasihat Untuk Yang Nak Kerjakan `Umrah

Mengerjakan `ibadah dengan ikhlas adalah sangat sulit seperti yang diisyaratkan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم : " Mahukah kamu aku beritahu sesuatu yang menurut aku lebih merbahaya keatasmu daripada Dajjal Al-Masih ? Para sahabat رضي الله عنهم menjawab : " Ya ." Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : " Syirik yang tersembunyi."  Seorang lelaki bersolat, lalu dielokkan solatnya kerana dia melihat orang memandangnya .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2007 02:00 AM | Show all posts

ADAB TAWAF ( 1 )

Masalah Yang Dihadapi Jemaah Yang Bermazhab Shafie`
        
Kita sering mendengar rungutan dari jemaah haji dan `umrah yang bermazhab Shafi`e terutamanya yang datang dari Malaysia dan Indonesia. Mereka sangat berhati-hati takut wudhu` terbatal ketika tawaf. Ada yang menyarankan supaya bertaqlid  mengikut ) mazhab yang lain dan ini dibolehkan kerana dharurat. Caranya ialah mengambil wudhu` mengikut cara mazhab yang ingin diikuti dan inilah yang kita lihat di dalam kebanyakan buku-buku yang dikarang tentang haji dan umrah.
Sebenarnya kita tidak perlu mengikut mazhab yang lain kerana dalam mazhab Shafi`e sendiri terdapat 2 pendapat tentang masalah bersentuh diantara lelaki dan wanita seperti yang telah dikemukakan oleh Al Imam An Nawawi رحمه الله ,seorang ulama besar mazhab Shafi`e. Walau pun hanya segelintir sahaja ulama` Shafie` رحمهم الله yang mengatakan tidak membatalkan wudhu` namun kita boleh menerima pakai pendapat ini kerana dharurat apatah lagi jumlah yang mengunjungi Kaa`bah berganda-ganda ramainya dari zaman Al Imam An Nawawi dan ulama yang sebelumnya رحمهم الله . Dalam pada itu jumhur `ulama ( kebanyakan ulama`) termasuk Imam-imam mazhab kecuali Imam Shafi`e sahaja, berpendapat bahawa tidak batal wudhu` bersentuhan diantara lelaki dengan perempuan.   والله أعلم

ADAB SEWAKTU TAWAF

Kata Al Imam An Nawawi رحمه الله :
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2007 02:02 AM | Show all posts

ADAB TAWAF ( 2 )

SUNAT-SUNAT TAWAF ( 1 )

Ada beberapa perkara  yang disunatkan ketika Tawaf ;

1.  Menghadap Hajarul Aswad Dan Mengucupnya :
Menghadap Hajarul Aswad sewaktu memulai tawaf sambil betakbir, bertahlil dan mengangkat tangan seperti mengangkatnya di dalam solat, mengusap Al Hajarul Aswad dan meletakkan dahi atau pipi di atasnya. Begitulah dilakukan jika keadaan mengizinkan. Kalau tidak, hendaklah diusap sahaja dengan tangan, lalu tangan dicium, atau menyentuh Hajarul Aswad dengan sesuatu seperti tongkat dan dicium tongkat itu. Sekiranya tidak dapat dilakukan maka hendaklah diisyaratkan sahaja kepada Al Hajarul Aswad dengan tanganya tanpa mencium tangannya.

Ibnu Umar رضي الله عنه berkata :
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2007 02:04 AM | Show all posts

ADAB TAWAF ( 3 )

SUNAT-SUNAT TAWAF ( 2 )

2. Membaca Zikir-Zikir Dan Doa Ketika Tawaf :
Disunatkan memperbanyakkan zikir dan doa yang disukai tanpa terikat dengan dengan zikir dan doa tertentu sebagaimana yang terdapat didalam kebanyakan buku panduan haji dan umrah, malah sekarang ini ada buku-buku yang digantung dibahu untuk memudahkan jemaah membacanya.. Sebagaimana yang telah diterangkan sebelum ini bahawa dalam hal ini tidak ada zikir atau doa yang dikhususkan oleh syara` bagi setiap kali tawaf dan sa`i sebagaimana yang diamalkan oleh jemaah-jemaah haji dan umrah  dengan membacakan bacaan yang berlainan bagi tujuh kali tawaf dan sa`i. Amatlah besar kesalahan sekiranya menganggap bacaan-bacaan ini bersumber dari Nabi صلى الله عليه وسلم . Begitu juga amat besar kesalahan sekiranya menganggap hanya inilah doa yang wajib dibaca. Sekiranya tidak beranggapan demikian maka tidak mengapa membaca doa-doa dan bacaan tersebut. Sepatutnya pengarang buku-buku panduan haji dan umrah hendaklah menjelaskan bahawa bacaan yang di tulis dalam buku yang mereka karang adalah hanya untuk siapa yang suka membacanya dan ianya bukanlah wajib. Memang kita tidak nafikan doa-doa dan zikir yang terdapat dalam buku panduan haji dan umrah itu bagus maknanya dan banyak yang bersumber dari hadith Nabi tetapi doa-doa itu adalah bersifat umum . Yang menjadi masalah ialah ramai jemaah yang menganggap hanya itulah doa yang mesti dibaca manakal doa yang lain tak boleh. Dalam masalah ini penulis selalu mendengar rungutan jemaah bahawa mereka merasa amat bimbang kerana belum melancar lagi bacaan-bacaan yang terdapat dalam buku-buku itu dan ada yang terpaksa menangguhkan pemergian umrah dan haji. Oleh itu amat menyedihkan dan merugikan kerana begitu ramai yang membuang masa dan tenaga untuk mengingati bacaan-bacaan itu,sejak mula ianya  direkakan !

Disamping itu terdapat juga jemaah yang membaca doa pada pusingan pertama terpaksa memutuskan bacaannya kerana sudah sampai ke pusingan berikutnya. Kemudian mereka membaca pula doa dipusingan itu .Ini menyebabkan doa yang dibaca dipusingan yang sebelumnya terputus. Mungkin maknanya boleh berubah kerana doanya dibaca tidak habis ( baca sekerat sahaja ). Ada juga yang tak berapa tahu membaca dalam bahasa arab tetapi masih mahu cuba membacanya dan ini mungkin maknanya boleh berubah. Kepada mereka ini kita nasihatkan supaya membaca dengan bahasa mereka sendiri.

Di dalam melaksanakan ibadat menurut contoh Nabi صلى الله عليه وسلم umat Islam diarah dan diperintah agar mengikuti baginda صلى الله عليه وسلم ,tiadalah banyak ragam bacaan Nabi صلى الله عليه وسلم sewaktu tawaf  dan sa`i selain beberapa bacaan yang mudah dihafal dan senang pula diingat.

Kerana itu contohilah Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan seandainya ada bacaan lain
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2007 02:05 AM | Show all posts

ADAB TAWAF ( 4 )

SUNAT-SUNAT TAWAF ( 3 ) :  MEMBACA DZIKIR DAN DOA YANG MAA`THUR KETIKA TAWAF

Disini ini kita cantumkan beberapa doa` dan yang di terima dari Nabi صلى الله عليه وسلم  dan sebahagian sahabat رضي الله عنهم : . Kata Imam An Nawawi رحمه الله  disunatkan membaca doa-doa dan zikir 杬ikir seperti dibawah :

a. Ketika menghadap Hajarul Aswad atau mengucupnya sewaktu mulai bertawaf dan juga setiap kali melalui Hajarul Aswad disunatkan membaca :

بِسْمِ اللهِ وَاللهُ أكْبَرُ، اللَّهُمَّ إيمَانًا بِكَ وَتَصْدِيقًا بِكِتَابِكَ وَوَفَاءً بِعَهْدِكَ وَاتِّبَاعًا لِسُنَّةِ نَبِيِّكَ محمدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
" Dengan nama الله, dan الله Maha Besar, Ya الله ! Dengan beriman kepada-MU, membenarkan Kitab-MU (Al-Qur'an), setia kepada janji-MU dan dengan mengikuti Sunnah Nabi-MU صلى الله عليه وسلم ( dengan bertawaf di sekeliling Kaa'bah ini )" .
b. Ketika mulai tawaf membaca :

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2007 02:06 AM | Show all posts

ADAB TAWAF ( 5 )

SAMBUNGAN MEMBACA DZIKIR DAN DOA YANG MAA`THUR KETIKA TAWAF

Kata Al Imam Ash Shafi`e رحمه الله lagi :
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2007 02:08 AM | Show all posts

SOLAT SUNAT SELEPAS TAWAF DAN MINUM AIR ZAM-ZAM

Setelah selesai tawaf Nabi Sallallaahu `alaihi wasallam solat sunat 2 rakaat di belakang Maqam Ibrahim. Setelah selesai bersolat dan berdoa ada riwayat yang mengatakan Nabi  Nabi Sallallaahu `alaihi wasallam minum air zamzam .
Disunatkan ketika minum air zamzam berniat sebagai penawar dan memperolihi kebajikan didunia dan akhirat kerana Rasulullah صلى الله عليه وسلم pernah bersabda: Air zamzam itu mengikut apa yang diniatkan sewaktu diminumnya.

Terdapat beberapa hadith tentang kelebihan air zamzam, antaranya :
a. " Sesungguhnya air Zamzam itu merupakan makanan yang mengenyangkan dan penawar yang menyembuhkan penyakit ".

b.  Diriwayatkan dari Ad Daaruqutni رحمه الله dari Ibnu Abbas رضي الله عنه katanya : Nabi
صلى الله عليه وسلم telah bersabda : " Air Zamzam merupakan penawar yang menyembuhkan berdasarkan kepada niat orang yang minumnya .Jika engkau minumnya untuk penawar الله akan menyembuhkan engkau, jika engkau minum untuk menghilangkan dahaga الله akan mengenyangkan engkau . Telaga zamzam adalah telaga yang di gali olih Jibril عليه السلام dan minuman yang disediakan الله untuk Ismail عليه السلام .

c.  Diriwayatkan dari Ibnu Abbas رضي الله عنه katanya : Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah bersabda :
" Sebaik-baik air yang keluar dari perut bumi ialah air Zamzam, terdapat padanya makanan yang boleh mengenyangkan dan penawar yang boleh menyembuhkan penyakit " .

Kata Ibnu `Abbas رضي الله عنه : 擜ku memberi air Zamzam kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم lalu Baginda صلى الله عليه وسلم minumnya sambil berdiri
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2007 02:09 AM | Show all posts

Nasihat Untuk Yang Nak Kerjakan `Umrah Bulan March 2007

Bagi sesiapa yang ingin mengerjakan umrah pada cuti sekolah bulan March nanti hendaklah berhati-hati kerana belum tentu pihak kementerian haji , Arab Saudi melalui kedutaannya di sini akan mengeluarkan visa umrah. Pengeluaran visa berubah setiap tahun. Setiap tahun, saya nasihatkan jemaah saya yang nak berumrah pada awal bulan Rabiul Awwal ( tahun lepas bulan March 2006 ) supaya jangan pergi lagi kerana takut tertunda disebabkan visa tak dikeluarkan lagi. Kalau tak mahu menanggung risiko adalah lebeh baik pergi selepas bulan March nanti. Pihak travel agensi selalu tersilap kerana menjangkakan visa dikeluarkan dalam pertengahan bulan Safa atau awal Rabii`ul Awwal. Sebenarnya pengeluaran visa tidak menentu kerana ianya ada kaitan dengan kerajaan Saudi yang hendak membersihkan Makkah dan Madinah dari jemaah-jemaah yang tidak pulang ke tanah air masing-masing setelah habis musim haji ( pendatang tanpa izin kerana tempoh visa dah tamat ). Apabila kementerian dalam Negeri, Arab Saudi berpuas hati barulah visa umrah dibuka. Pernah visa `umrah dikeluarkan dalam bulan Rabiiuth Thani . Walaubagaimana pun sekiranya ada yang nak pergi cuti sekolah March ini nasihat saya ialah naik pesawat Saudia ( Arab Saudi ) kerana dalam beberapa tahun kebelakangan ini pihak kedutaan Arab Saudi mengeluarkan viza ziarah kepada jemaah yang menaiki pesawat Saudia . Walaubagaimana pun kita tak boleh harapkan sangat visa ziarah ini kerana perangai orang `Arab ni sukar diselami, pagi ini mereka keluarkan peraturan dan petang ini juga mereka boleh mengubahnya. Ini bermakna kalau tahun-tahun lepas mereka keluarkan visa ziarah untuk yang menaiki pesawat Saudia tetapi tahun ini belum tentu lagi . Oleh itu kalau nak selamat elok lah pergi pada hujung bulan March atau cuti sekolah bulan Mei. Sekian semoga nasihat saya ini ada manfaatnya untuk mereka yang ingin mengambil iktibar dari kejadian-kejadian yang berlaku pada tahun-tahun lepas. Wallaahul Muwaffiq Wahuwal Haadi Ilas Sawaa issabil. Wallaahu `aa`lam.


[ Last edited by  naasiha at 30-3-2007 07:37 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2007 02:10 AM | Show all posts

Sa`i

RUKUN UMRAH YANG KETIGA : SA'I DIANTARA SAFA DAN MARWAH

Sa`i berasal dari kata sa`
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2007 03:34 AM | Show all posts

Reply #81 oshinmoshin's post

Assalaamu`alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh

Nabi Ibrahim `alaihis salam pernah berdoa sebagimana yang tersebut dalam al-Quran : " Ya TUHAN kami ! Sesungguhnya aku menempatkan sebahagian keturunanku di   lembah yang tidak ada tumbuhan ( dalam al-Quran disebut Wadn ghairidzi dzar`in -lembah yang gersang ) , berhampiran rumah ENGKAU ( Kaa`bah ) yang dihormati. Ya TUHAN kami ! agar mereka mendirikan solat, maka jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan berikanlah rezki kepada mereka dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur " ( Surah Ibrahim : 37 ).

Oleh kerana Nabi Ibrahim `alaihis salam berdoa supaya hati sebahgian manusia cenderung kepada mereka ( zuriatnya ) , kata sebahagian mufassirin ( `ulama tafsir ) cenderung disini bermaksud cenderung kepada bumi Makkah dan keturunan Ibrahim `alaihis salaam. Secara logiknya kalau kita tengok perangai tok2  `Arab yang kasar maka rasanya ita pergi ke Makkah sekali pun dah cukup tetapi selalunya tak cukup sekali pergi kerana terbayang-bayang di mata kita Kaa`bah. Inilah keberkatan doa` Nabi Ibrahim `alaihis salaam. Wallaahu `aa`lam
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2007 07:40 PM | Show all posts

Memilih Hotel di Makkah

Assalaamu`aalaikum warahmatullaahi wabarakaatuh

Semoga kita semua diberkati ALLAH.

Untuk pengetahuan semua, 2 minggu lepas wakil saya ( kawan ) di Makkah menalipon saya , berbincang dengan saya hotel penginapan di Makkah. Menurut katanya tempat sa`e sekarang diperbesarkan. Oleh itu semua pintu yang bersebelahan dengan Babus Salam ditutup untuk kerja-kerja pembesaaran.

Dengan penjelasan ini adalah diharapkan kepada semua yang nak mengerjakan umrah agar meminta syarikat travel agensi masing-masing supaya tidak mengambil hotel-hotel yang mengarahkan ke pintu masuk Babus Salam kerana jemaah akan terpaksa berjalan jauh melalui Babul fath untuk memasuki Al Masjidil Haram. Diantara hotel-hotel tersebut ialah Hotel Reem, Hera` Palace, Sheraton, Najd Ar Rashid, Al `Attar dan lain-lain, saya tak ingat dah kerana terlampau banyak hotel.

Saya juga berharap supaya sesiapa yang berkenaan menghubungi wakil di Makkah agar dapat penjelasan yang selanjutnya dan berurusan untuk memilih hotel dari sekarang, supaya tisak kelam kabut nanti..

Sekian mudah-mudahan mesej ini memberi manfaat.. Semoga kita semua sentiasa dibimbing, diberkati, dirahmat dan di lindungi ALLAH dari segala musibah. Aamin Yaa Rabbal `aa lamin.
Wassalaamu `alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2007 07:48 PM | Show all posts

Nasihat Kepada Yang Nak Berumrah Dalam Bulan Syawwal

untuk pengetahuan semua biasanya visa umrah ditutup untuk permohonan pada 15 Ramadhan . Ada orang pergi dalam bulan Syawwal . Mereka ni ambil visa umrah dalam bulan Ramadhan lagi. Mereka yang pergi dalam bulan Syawwal mesti keluar dari `Arab Saudi sebelum 15 Syawwal(27.10.2007 )kerana jemaah haji mula sampai .

Walau bagaimana pun sesiapa yang nak berhariraya di makkah hendaklah memohon visa awal Ramadhan lagi kerana sebagaimana yang saya terangkan sikap tok `Arab ni tak tentu. Biasanya visa umrah ditutup untuk permohonan pada 15 Ramadhan tetapi mungkin juga awal dari itu.

Saya selalu menasihati orang yang nak pergi dengan saya tahun-tahun lepas agar kita tidak pergi awal bulan Rabi `ul Awwal kerana belum tentu permohonan visa umrah dibuka. Kita tak boleh lihat senario tahun lepas kerana undang-undang arab ini tak selalu sama, tahun ini lain, tahun depan pula lain. Undang-undang yang mereka buat boleh berubah bila-bila masa sahaja.

Banyak travel agensi yang telah menempah seat pesawat Saudia kerana mengikut perkiraan mereka di tahun-tahun lepas walau pun mereka tak dapat visa umrah tetapi kedutaan Arab Saudi mengeluarkan visa ziarah untuk mereka yang menaiki pesawat Saudi Arabia sahaja. Manakala mereka yang nak menaiki pesawat yang lain terkandas.

Sebenarnya pemberian visa ziarah ini hanya diberikan semenjak beberapa tahun kebelakangan ini sahaja.  Sebagaimana yang saya jelaskan bahawa undang-undang Arab ini tak menentu dan boleh berubah bila-bila masa sahaja.WALLAAHU `AA`LAM

Kebanyakan travel agensi salah perhitungan, tiga tahun lepas, kalau tak silap saya , visa mula dibuka untuk permohonan pada 15 Safar. Kemudian selepas itu pada tahun berikutnya travel agensi fikir visa dibuka seperti tahun sebelumnya, oleh itu mereka berlumba-lumba booking tiket awal ( siapa cepat dia dapat ) tetapi malangnya sangkaan mereka tak betul akibatnya ramai jemaah terkandas dan penerbangan mereka ditunda. Begitulah setiap tahun ada yang terkandas kerana nak pergi awal sedangkan belum tentu visa di buka awal.

Untuk pengetahuan semua ,berdasarkan pengalaman saya yang pernah tinggal lebih kurang 6 tahun di Madinah , bahawa setiap tahun tarikh visa umrah mula dibuka berubah-ubah. Ini bergantung kepada kementerian Dalam Negeri Arab Saudi. Apabila menterinya berpuas hati dengan gerakan pembersihan pendatang asing , barulah visa umrah dibuka.

Walau bagaimana pun marilah kita sama-sama berdoa supaya semua jemaah yang nak pergi bulan March ini dihantar ALLAH ke tanah suci . Hanya kepada ALLAH tempat kita bermohon. ALLAH berkuasa diatas segala-galanya.

Sekian semoga bermanfaat
Wassalaamu` alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2007 08:47 AM | Show all posts
Semua jemaah haji Tabung Haji telah disediakan  doa-doa yg akan dibacakan pada tempat-tempat tertentu. Tapi yang menjadi kemusykilan saya ialah doa ketika setiap pusingan tawaf. Kebetulan semasa saya mengerjakan haji dulu, bersama rombongan kami ialah seorg warga Mesir (doktor yg kerja dgn Kem Kesihatan - tapi buat haji secara peribadi bukan bertugas  sebagai pegawai perubatan). Saya betul-betul berada di belakang muatif utk tawaf tersebut (org Arab). Dari perbualan di antara Muatif dan warga Mesir tersebut... muatif mengutuk Tabung Haji kerana guna doa-doa tertentu dalam setiap pusingan tawaf tu.. ini bidaah sbb Rasulullah SAW tak buat katanya... takde doa tertentu... yg ada hanya Rasulullah suruh berdoa ikut suka hati kita... doalah apa saja... Bukan saya nak sokong mazhab dia org... tapi melihat senario kat Mekah ni bila buat haji.. banyak benar amalan bidaah dan khurafat yg dilakukan oleh jemaah haji terutama sekali dari Asia Selatan dan Indon... mungkin sbb tu dia org tak suka....

Pada tahun ini... saya ada terdengar kat TV @ terbaca kat risalah Tabung Haji (terlupa yg mana satu) tentang Tabung Haji nak nak hapuskan penggunaan doa tertentu ketika setiap kali tawaf sbb kerajaan Arab Saudi minta dihapuskan. Betul ke ? siapa ada maklumat sila beri respon...

TQ
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 01:20 AM GMT+8 , Processed in 0.443910 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list