|
Takda apa yang nak malu.
Sejarah Nusantara ini susah untuk difahami kerana terdapat banyak perubahan:
1. Pada zaman dahulu Sumatera adalah bercantum dengan Semenanjung tanah Melayu dan terputus di Segenting Kra.
2. Bagi orang Melayu Champa, semua orang di seberang laut dipanggil orang jawa, termasuk orang Semenanjung, orang Pulau Jawa dan orang Borneo.
3. Pada zaman dahulu, Melaka amat luas, sehinggakan seluruh Semenanjung malaysia kini dirujuk sebagai Melaka. Jika anda pergi ke Jawa, anda akan berkata saya datang dari Melaka. (mungkin dari Pahang, Kelantan atau Terengganu ataupon Kedah)
4. Penjajah Portugis, Belanda dan Inggeris telah mencuri dan mengubah banyak bahan sejarah Melayu. Semua sejarah sebelum zaman Parameswara agak kabur hasil penjajah durjana. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by benign at 11-5-2007 12:34 AM
bangsa melayu tu bukan kat malaysia je bang
...betul cikgu. *Ada ke sy ckp melayu tu milik M'sia je*. Kan ada phrasa *POLITIK Geografi* kat situ...Kita memang akur...Srivijaya,puncak sejarah tamadun empayar Melayu... tp ianya berada di seberang selat (tapak arkeologi)..milik kedaulatan politik negara lain.... tak bleh masuk dlm agenda Tahun Melawat Malaysia 2007 bg kategori 'site' sejarah(pendapat sy yg bangang jugak ni....tolong betulkan cikgu....timekasih).
#Timekasih..enchik WonBin lebih ilmiah. |
|
|
|
|
|
|
|
..stelah brpikir sejenak...nyata sy yg silap...maafkn sy cikgu&rakan2. Patut sy utarakn pndapat dlm aspek akademik,bukan politik. Kalu aspek politik&pelancongan sesebuah negara...tapak2 arkeologi ini adalah produk...yg bleh di jenamakn dgn hakcipta&skill marketing yg baik....boleh mndtgkn keuntungan mcam Piramid Giza Mesir,Borobudur Indonesia,Angkor Wat Cambodia(struktur2 sejarah ni lama trpendam dlm perut bumi&hutan belantara sblum di temui smula....mcam Kota Pompei Itali tuu).
...memang ada 'kes' kenyataa/kemusykilan Encik Dcrook....: 'melayu KITA nih'...'sejarah silam KITA'....(kita di sini mngkin merujuk KITA d Kepulauan Melayu Nusantara....bukan Melayu d negara ini shj. D sini sy silap). Kota Gelanggi &Hindu/Buddha....ada kes juga. Kenyataan dr rakan REMIZATI pun bleh pakai gak..nukleus pemerintahan Srivijaya sebenor2nya katne gamaknye...??? Sekian. Peace |
|
|
|
|
|
|
|
...memang ada 'kes' kenyataa/kemusykilan Encik Dcrook....: 'melayu KITA nih'...'sejarah silam KITA'....(kita di sini mngkin merujuk KITA d Kepulauan Melayu Nusantara....bukan Melayu d negara ini shj. D sini sy silap)
Tetapi dalam hal ni, lebih merujuk kepada melayu malaysia. Tujuan kenapa srivijaya perlu dibanggakan kerana ianya sebuah empayar yang besar, dan terima kasih kat mereka la, kita telah jadi melayu dan basic-basic melayu telah dibina dari situ seperti bahasa dan lain-lain lah.. Kita bangga sebab meraka la pengasas melayu.. Pasal agama pula, Orang Jawa amat berbangga dengan sejarah hindu/buddha mereka, kenapa kita tidak ?
nukleus pemerintahan Srivijaya sebenor2nya katne gamaknye...???
Sebenarnya, ahli-ahli sejarah sendiri tak berapa nak pasti, ada kata dekat selatan siam sbb binaan candi kat sana ikut style srivijaya, dan ada pula yang kata dekat kota gelanggi. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 dCrook's post
Kenapa lak ko kata orang melayu ni malu dengan asal usul sejarah bangsa sendiri? Apa fakta yang menyebabkan ko kata orang melayu ini malu?
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by SangSaka at 15-5-2007 06:12 PM
Kenapa lak ko kata orang melayu ni malu dengan asal usul sejarah bangsa sendiri? Apa fakta yang menyebabkan ko kata orang melayu ini malu?
Senang jek : Kita lebih mengagung-agungkan melaka daripada Langkasuka,Pan-pan,Chih-tu dan sebagainye sbb Melaka = Islam , Langkasuka = Hindu. Kalo btol2 diorang tak malu dengan sejarah silam, dah lama diorang cari kota gelanggi dengan bersungguh2. Tak salah aku ade video yang dipost kat dalam forum HML ni pasal sejarah kedah di mana orang2 di dalam video tersebut kata Chandi tu sebenarnya tempat kubur orang islam tapi "orang british" kate chandi hindu. Tak semua orang malu dengan sejarah silam, tapi ade segelintir yang sedemikian mcm politician, ahli agama dan sbgnya.. sekian terima kasih |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #26 dCrook's post
Kalau itu sahaja alasannya, aku rasa pendapat kau salah. Sebab pencarian tempat bersejarah bukanlah satu keutamaan di Malaysia ini, sekurang-kurangnya. Bukan setakat candi atau atau kota gelanggi sahaja, banyak tempat bersejarah lain bahkan tempat penaklukan tentera Jepun terbiar begitu sahaja. Dan pencarian tempat bersejarah, sekurang-kurangnya di Malaysia bukan satu kemestian.
Di Melaka, bangunan yang wujud masih kukuh berdiri. Jadi, ia bukan satu kesukaran untuk mengekalkannya. Itu sahaja. Bukan semata-mata mengagung-agungkan bangsa melayu, tetapi juga mengekalkan benda yang sedia wujud. Banyak kerajaan lain yang kita tahu pernah wujud, tetapi malangnya tidak banyak fakta yang kita ketahui kerana kekuranagn dokumen. Bahkan banyak dokumen sejarah kesultanan Melaka berada di England dan Belanda.
Tidak ada sebab untuk malu atas apa yang berlaku satu ketika dulu. Dan jangan salahkan ahli politik atau ahli agama atas alasan anda itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by SangSaka at 16-5-2007 07:56 AM
Kalau itu sahaja alasannya, aku rasa pendapat kau salah. Sebab pencarian tempat bersejarah bukanlah satu keutamaan di Malaysia ini, sekurang-kurangnya. Bukan setakat candi atau atau kota gelanggi ...
Fokus sekarang pada Sejarah Silam Zaman Melayu iaitu Langkasuka dll Vs Melaka. Melayu Hindu vs Melayu Islam. Itu saja, tak perlu nak dikaitkan dengan jepun dan lain-lain kerana itu sudah masuk kurun ke 20, zaman yang agak moden. Saya nak tambah sikit, kalau en. baca post2 saya yang awal2, saya ada katakan yang peninggalan sejarah kat melaka terutama sekali bangunan2 adalah bekas bangunan penjajah, dan bukan bangunan kerajaan melayu melaka sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #28 dCrook's post
Itu sebabnya sejarah itu baharu sahaja berlaku. Kalau nak diikutkan malu, lebih malu sejarah bangsa dan negara ini terjajah lebih 446 tahun. Lebih malu bilamana Melaka dijatuhkan oleh bangsa Portugis akibat pengkhianatan. Lebih malu bilamana bangunan dan istana melayu Melaka dibakar.
Jauh lebih malu apabila seorang perempuan mewakili Sultan Perak menandatangani Perjanjian Pangkor di atas kapal bernama Pluto. Ini lebih memalukan dari mengetahui susur galur bangsa melayu beragama Hindu/Buddha satu ketika dulu.
Kalau kita malu, kita sendiri tidak mungkin mengetahui bahawa mungkin datuk nenek moyang dulu beragama Hindu/Buddha. Kita mungkin tidak mengetahui Gunung Jerai menjadi pedoman pedagang dari India datang ke Semenanjung. Kita tidak mungkin mengetahui bahawa semenanjung tanah melayu ini digelar Suvrabumi (bumi emas).
Pertama, saya tetap berpendapat bahawa bahawa jika kononya kita malu, anda salah. Lebih memalukan perkara yang berlaku di atas yang saya nyatakan.
Bab bangunan yang dibina oleh penjajah ialah disebabkan bangunan berkenaan dibina dalam keadaan utuh dan kuat. Itu peninggalan penjajah terhadap sejarah negara ini.
Bangunan Sultan Abdul Samad pun dibina oleh penjajah. Soal malu bukan isu. |
|
|
|
|
|
|
|
kan bagus kalau ader sumber2 penulisan yang bleh dijadikan rujukan berkaintan dgn kerajaan melayu tua...
aku rasa kalau cari gali arkoelogi dilakukan..
mungkin kita akan bertemu dgn jawapan apa yg sebenarnyer berlaku... |
|
|
|
|
|
|
|
Aneh .... mengapa orang melayu harus malu bahwa mereka dahulu beragama Hindu/Budha...?
Apakah jika seandainya Candi Borobudur dan/atau Prambanan ada di semenanjung, maka akan dihancurkan karena tidak mencerminkan islam !!!!.. Apakah islam di Malaysia sama kolotnya dengan Taliban di Afghanistan ?
Apakah betul "Melayu haruslah islam, jika bukan Islam maka ia bukanlah Melayu" ? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #31 jf_pratama's post
Ini satu lagi konklusi yang dibuat sendiri. Tidak satu monumen sejarah pun, samada yang menggambarkan yang Islam dan bukan Islam dimusnahkan di Malaysia ini. Jika kita kata Islam itu kolot di Afghanistan yang memusnahkan patung Buddha yang besar di situ, US pun jauh lebih kolot apabila memusnah dan merampas khazanah sejarah Babyblon apabila menakluk Iraq. Itu, perlakuan paling kolot yang dilakukan oleh US dalam sejarah ketamaddun manusia - Oh ya, US memang bukanlah jenis manusia yang bertamaddun kerana mereka sendiri adalah kolot.
Saya kira perbahasan malu atau tidak malu ini sudah meleret kepada isu lain termasuk soal agama dan bangsa melayu di sini hari ini.
So, kita tanya diri sendiri, siapakah yang lebih kolot samada Afghanistan atau US yang terkenal dengan kekolotannya? |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau Nak Tahu Candi Di Lembah Bujang dibiarkan tidak terjaga bukan dimusnahkan atas arahan Sultan Kedah pertama memeluk Islam sama seperti Candi Borobudur agar Orang Melayu ketika itu digalakkan fokus dan Menghayati Agama Islam
p/s: Bukan Sebab Malu
[ Last edited by HangPC2 at 19-5-2007 11:52 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #33 HangPC2's post
Memang tak terjaga. Dan banyak lagi monumen sejarah, makam milik orang Islam pun sendiri, tidak terjaga. Kesedaran tentang bukti sejarah silam bukan menjadi keutamaan di Malaysia ketika ini. Aneh, kenapa pula ada yang menuduh bahawa kita malu untuk mengaku bahawa satu ketika dulu orang melayu beragama Hindu/Buddha?
Rasanya, macam ada motif lain la kot.... |
|
|
|
|
|
|
|
sebab peribadi mungkin atau sentimen politik..??? |
|
|
|
|
|
|
|
....terus terang ijad katakan... ijad dh bosan dgn isi kandungan bukuteks sejarah di skolah (versi terbaru) yg terlalu mengagungkankesultanan melaka lebih dari kerajaan2 melayu sebelum melaka.... ia mcmmenunjukkan seolah2 bangsa Melayu sebelum kesultanan Melaka tak maju& tak bertamadun... malahan membuatkan pengetahuan rakyat M'siaterhadap sejarah negara kita sebelum Kesultanan Melaka agakkabur....kalau ijad jd penerbit buku teks sejarah tu, ijad akanubah/rombak balik isi kandungan buku teks skolah skrg yg terlalu'memuliakan' Kesultanan Melaka..
Ada manipulasi sejarah dari pihak kerajaan ? Untuk kepentingan nasionalisme ?
Can I know the definition of "Malay" in Malaysia ? Apakah ini juga dipolitisir/dimanipulasi oleh pihak kerajaan ?
[ Last edited by jf_pratama at 19-5-2007 09:38 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Hmm..nak kena ubah tajuk thread ni kepada Jangan lupa dengan sejarah silam sebelum melaka..
Ini bermula dengan rasa kurang puas hati hamba tentang Sejarah negara kita nih sendiri kerana sering dimulakan dengan Melaka.. sikit-sikit melaka, sikit-sikit melaka. Bukannya untuk menidakkan kepentingan melaka ni tetapi disebabkan kita sering mengagung-agungkan melaka ni , byk kerajaan lain yang wujud sebelum melaka semacam tidak diambil kisah. Seolah-olah sejarah ketamadunan negara nih hanya bermula 600 tahun dahulu.Adakah ini disebabkan kerana kerajaan lama dulu hindu dan melaka pula islam ? Kalau nak cakap pasal pra-islamik pon,mesti pasal melaka sebelum Raja Kecil-Besar Bermimpi Rasulullah ( Kalau ikut sejarah melayu). Ini hanyalah pandangan saya sahaja.
Disebabkan penekanan terhadap melaka ni lah ramai orang bukan melayu menganggap orang melayu hanya wujud di malaysia selama 600 tahun jek. Cthnya masa artikel tentang kota gelanggi ada di dalam the star. Artikel tersebut menyatakan bahawa kota gelanggi akan re-write sejarah dengan 'melaka bukan lagi pemula sejarah malaysia'. Korok mu, abih tuh kerajaan kedah tua,langkasuka,pan-pan,cihtu, beruas semua tu ko campak kat mana? Apa? Kerajaan2 ni semua tak wujud? Kalau kita buka buku teks sejarah untuk budak2 sekolah pon, yang banyak ditekankan ialah melaka. . Kaji kembali sejarah pra-islamik kita supaya tidak kabur seperti sekarang supaya kita dapat lihat sejauh mana kita telah sampai.
[ Last edited by dCrook at 20-5-2007 12:26 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Ermmm...sebab malu ker maka sejarah yg tue tidak diperhatikan? rasenya mungkin tue anggapan u sorang kot. atau segolongan kecil yg ade di sekitar u. kalau dilupakan kenapa semua kerajaan2 lama tue dimasukkan dalam silibus sejarah di tingkatan 4 sehingga sekarang? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #25 SangSaka's post
Aku sokong hujah2 ko......sependapat! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 dCrook's post
Orang-orang Melayu kita nih malu dengan sejarah silam kita di mana dahulunye kita nih Hindu/Buddha
The keyword is 'malu'. Dari mana anda dapat fakta ni? Adakan pedapat umum? Sila beri penjelasan lanjut kemudian baru kita bahas. Kalau sweeping statement I beg you don't waste my time.
Kalau tapak sejarah itu terbiar begitu saja bukanlah kerana pemerintah hendak menutup sejarah. Kerja-kerja archeology ni memerlukan banyak sumbar wang dan kepakaran. Munkin peruntukan tak ada. |
|
|
|
|
|
|
| |
|