|
peria nie sumbat ngan kerisik pung sodap....  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #20 ayasofiya's post
tuh la.... saya pun tgh tunggu cikgu niceghost dan cikgu-cikgu yang lain jawab nih.... sedih tuh sedih jugak... klau jantan mmg tak der rezeki ler nampaknyaa...  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #22 mass_mirza's post
peria katak klau buat ulam best sangat2!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #25 n3's post
cicah plak sambal tempoyak + ikan bilis.....x terkata.... lemak2 pahit.....seddap...... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #27 cguct1970's post
hahahahah.... melompat2 jugak...tapi sbb pedaih!!  |
|
|
|
|
|
|
|
peria.. oh peria
nak snap anak pokok pun dah tak sempat.. nak balik kg |
|
|
|
|
|
|
|
orang cina suka mkan sayur peria.ada sape2 tau khasiat peria ni?? |
|
|
|
|
|
|
|
leceh nak pi cari kat bod sana.jadi saya kopy paste letak sini.
boleh ke mod??.. kalo takleh sorry.harap mod bleh delete.( masih baru kat CARI .. tak tau yg 'no antry' )
Khasiat peria
Peria memang pahit rasanya apabila dimakan. Walaupun begitu di sebalik rasa pahit tersebut tersimpan khasiat yang mungkin tidak disedari oleh sesetengah daripada kita.
Peria mengandungi pelbagai zat makanan yang diperlukan oleh manusia untuk kesihatan. Setiap 100 gram peria mengandungi 0.8 gram protein untuk membina tisu-tisu badan, 2.9 gram karbohidrat untuk tenaga, 0.9 gram fiber untuk penghadaman dan 56miligram kalsium untuk menguatkan gigi dan tulang.
Peria juga mengandungi 140 gram karatenea beta untuk penglihatan di samping zat besi (6.1 miligram), fosforus (10 miligram),dan kalium (I 16 miligram). Ketiga-tiganya adalah garam galian untuk metabolisme yang mengekalkan fungsi badan. Selain itu buah peria juga mengandungi natrium (17 miligram), serta vitamin B I (0.08 miligram), vitamin B2 (0.07 miligram), dan vitamin C(53 miligram).
Di Filipina contohnya, daun peria yang telah dilumatkan akan diletakkan ke dalam mulut bayi yang baru lahir untuk merangsang sistem imunisasi tubuhnya. Selain itu ia juga boleh dijadikan ubat pupuk untuk merawat gigitan serangga. Dalam perubatan China pula, air daripada perahan buah peria digunakan untuk merawat penyakit diabetes kerana ia boleh menurunkan paras gula di dalam darah. Selain itu dengan memakan peria anda juga akan dapat satu penyelesaian terhadap masalah yang berkaitan dengan bahagian dalaman tubuh anda. Peria selain dapat mengubati cirit-birit, ia juga bertindak sebagai anti radang, menurunkan panas dan juga menyegarkan badan. Jika anda mengalami masalah membuang air besar bolehlah meminum air rebusan daun peria. Bukan itu sahaja kegunaan peria. Peria juga boleh menyuburkan rambut bayi, mematangkan bisul serta menghilangkan bekas luka.
Walaupun peria banyak khasiatnya namun begitu bukan semua orang boleh memakan buah peria ini. Bagi mereka yang alah kepada peria atau sebarang tumbuhan dari keluarga tumbuhan Cucurbitaceae anda dinasihatkan agar tidak memakan peria kerana ia boleh menyebabkan alahan seperti ruam, gatal ataupun sesak nafas. Buah peria juga tidak digalakkan untuk dimakan oleh wanita sewaktu mengandung ataupun menyusukan anak. Ini adalah kerana buah peria boleh memberi risiko kepada kecacatan sewaktu melahirkan anak atau keguguran secara tiba-tiba
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #33 dddddd's post
nampak macam peria...myb peria liar..macam peria katak, buah kecikkk2 tapi rasa power
(kata owg yang dah makan laa.. ) |
|
|
|
|
|
|
|
rasa cam peria saja tuh.. bestnyaaa... |
|
|
|
|
|
|
|
klu pokok peria takper lg...jgn pokok labu sudahlaa  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #36 dddddd's post
dd.... yg hitam2 tuh baja taik ayam ehh?? bestnyaaa.... pokok saya jugak yg tak berbuah... sedangkan saya suka mkn peria  |
|
|
|
|
|
|
|
terliur lak biler baca citer peria ni...:mll: 
baru jer belajar belajar makan peria.....sebelum ni memang tak usik langsung.......baru tahu..sedap gak peria ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #36 dddddd's post
pokok labu daunnyer lain........ pokok labu daun berbulu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #39 mamia's post
ya.. betul kata mamia tu.. labu daunya berbulu dan lebar2.bukan saja daun.. batang pun berbulu gak. |
|
|
|
|
|
|
| |
|