CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: homer_simpson

Cinta Kasrynna

 Close [Copy link]
 Author| Post time 21-6-2007 07:54 PM | Show all posts
rynna keluar dari wad sambil menyapu matanya dengan hujung lengan bajunya.

muslimah memanggil-mangail rynna namun panggilannya tak bersahut.

di luar, rynna duduk di kerusi. muslimah berdiri di sisinya.

"kenapa dengan kau ni rynna??"
"sedih semacam je"
"dulu kau jugak yang benci kasrelaini?" soal muslimah.

"aku takut muslimah.. aku takut!" rynna menangis teresak-esak.
"aku tak mahu kehilangan seorang lagi insan yang aku kenali. soal aku membenci atau menyukai bukan masalahnya. aku akui, aku ego.. dan aku takut, aku telah terlewat..."

"sabarlah rynna. kita merancang, Allah yang menentukan. mungkin Allah ingin menguji kau. hadapilah dengan sebaiknya." pujuk muslimah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2007 11:27 AM | Show all posts
mnarik cter ni... nant smbng lg ekk homer...

chaiyuukk :pompom:   chaiiyuukkk :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2007 03:28 PM | Show all posts
homer, sambung la lagik citer nie.........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2007 05:03 PM | Show all posts
sorry.. lambat sikit sbb tgh sibuk.. maklumla nk spm.. hehe..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2007 05:04 PM | Show all posts
"siapa di sini waris kasrelaini?" tiba-tiba seorang doktor bertanya seraya menghampiri katil kasrelaini.

"saya doktor". sahut mak cik bibah. orang tua kasrelaini masih di luar negara, jadi makcik bibah lah yang banyak uruskan hidup kasrelaini.

"kasrelaini tidak mempunya penyakit yang kronik. dan dia koma kerana badannya terlalu letih. dia mungkin sedar tak lama lagi. bagi peluang untuk dia berehat".

"alhamdulillah! baik doktor" terukir senyuman di wajah mak cik bibah.

rihays yang turut berada di situ tumpang gembira. tiada yang lebih dia harapkan ketika itu selain kawannya itu sedar.

rihays keluar mendapatkan rynna dan muslimah.

"oit! jauh korang lari. dia tak apa-apa la. doktor cakap dia mungkin sedar tak lama lagi."

"betul ke? alhamdulillah..." rynna bersyukur kepada Tuhan.

"sama-sama la kita berdoa agar Kasrelaini cepat sedar" tambah muslimah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2007 11:33 PM | Show all posts
sedikit lega perasaan ryyna ketika mendengar berita itu...... bibir nye tersenyum......wajah yg muram bertukar menjadi ceria..... dia bersyukur kepada Tuhan....

" kau tahu muslimah..." ryyna memulakan bicaranya....

" aku layan kasrelaini sebegitu selama nie....." bicaranya terhenti....dia tidak yakin utk meneruskannya.......

muslimah memahami perasaan ryyna itu..

" Takpe ryyna..... kalau kau tak bersedia lagi nak bercerita, tak apa....aku faham.... mngkin kau ada sebab- sebab tertentu.."

sedikit lega terpampang pada wajah ryyna.... " terima kasih muslimah.....sekarang, aku dah yakin sket...aku rasa aku nak bagitahu semua ni pada engkau.......aku dah tak nak tnggung sorang- sorang lagi..."

"selama ni aku silap....aku ada kawan sebaik engkau....tapi aku sia-sia kan saja.....aku tanggung semuanya sendirian.....sampailah aku jadi macam ni.." kata ryyna lagi..

" alaa....tak pe.....biasa la tu...kadang- kadang, kita rasa simpan sendiri lagi baik... relax r.....aku tak kesah pon......" balas muslimah.

" thanks a lot muslimah..." kata ryyna..

" sama- sama..."balas muslimah

[ Last edited by  homer_simpson at 23-6-2007 11:50 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-6-2007 11:33 PM | Show all posts
" tadi kata nak cerita? sambung la.. aku nak tau jugak kenapa ko bersikap camtu ngan si kasr tu..." kata muslimah dengan sikap biasanya.. selamba..

" oohhh...lupa pulak....hehe" balas ryyna.

ryyna mnyambung, " sebenarnya...aku memang suka kat dia... aku..."

" haaa! aku dh kata dh! wah.. bagus tul!" muslimah mencelah.

" wei, jgn laa kuat sangat. kan dia dengar kan, naya aku. dengar la dulu. tak habis lagi ni." ryyna berkata dgn sedikit perasaan geram bercampur malu.

" ok ok. sory. sila sambung, hehe.." balas muslimah

" sejak minggu inovasi lagi, aku dah suka kat dia. aku suke kat diae sebab perangai dia tu. gila-gila skit.." kata ryyna.

" tapi, lepas jer minggu tu berlalu, aku baru tersedar sesuatu... aku baru tersedar yang perangai kasr sama dengan perangai orang yang aku sangat sayang suatu masa dulu.." sambung ryyna.

" oohhh..." celah muslimah tanda respon.

" tapi, orang yang aku sayang tu, dah lama PERGI.. meninggalkan kita semua.... kerana kemalangan..." kata ryyna dalam nada sedikit sedih.

"lepas daripada tu, bila aku tengok kasr, aku ingat dia.. walaupun aku ingin skali berckp & berbaik-baik ngan kasr, tapi hati aku berkata jangan...." sambung ryyna lagi.

" sebab..."

" aku takut kehilangan kasr.. aku tak nak dia juga PERGI macam orang yang aku sayang dulu.. aku takut... sebab tu aku tak nak berbaik ngan dia.. aku takut... aku takut hatiku terluka buat kali kedua..." kata ryyna smbil menangis..

[ Last edited by  homer_simpson at 23-6-2007 11:58 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2007 10:46 AM | Show all posts
nice story.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2007 10:48 AM | Show all posts
tapi rasa mcm baca sms kat nset jerk...bole x kalo ayat tu kasik tulis cam biasa...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2007 11:50 AM | Show all posts
hehe.. sorry.. ni gabungan bebrapa orang penulis, jd mgkin style lain2. sy akan cuba edit skit2 bahase tu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2007 12:07 PM | Show all posts
citer baru ar..
sambung panjang2 g kay nanti..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2007 12:24 PM | Show all posts
inshaAllah.. kalu lambat, sorry ye. sbb sibuk skit skrg ni. tgh ready utk spm
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2007 02:24 PM | Show all posts

Reply #25 homer_simpson's post

TAHNIAHHHHH........homer telah berjaya menarik minat saya untuk terus membaca hasil karya awak..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2007 01:24 PM | Show all posts
Originally posted by homer_simpson at 23-6-2007 12:24 PM
inshaAllah.. kalu lambat, sorry ye. sbb sibuk skit skrg ni. tgh ready utk spm


x pe..juliet pham.. tp x de la lmbat sngt kn ...

ok homer... study hard for your spm... n good luck !!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2007 06:35 PM | Show all posts
sementara itu, kasrelaini terus bermuram durja. kejadian ini benar-benar meresahkannya.

dia sudah buat keputusan, dia tidak akan menghambakan diri kepada cinta lagi!

kasrelaini akan berusaha bersungguh-sungguh bagi melupakan urusan cinta. bagi nya, biarlah rynna datang melutut sekalipun, dia sudah nekad. sudah cukup baginya dipermainkan.

jika cinta rynna itu miliknya, sudah lama rynna membalas cintanya. akal kasrelaini yang cetek pantas benar membuat kesimpulan.

kasrelaini tidak akan mengejar cinta rynna lagi. biarlah masa yang menentukan...

selesai segala urusan, kasrelaini pulang semula ke rumah. selepas 2 hari berehat, dia kembali ke sekolah.

di sekolah, perubahan besar melanda kasrelaini. jika dulu dia seorang yang gila-gila, sekarang orang mengenalinya sebagai kasrelaini yang serius.

dan orang yang paling merasai perubahan kasrelaini tentulah rynna..

hasratnya untuk melupakan kisah lama terbantut apabila dia menerima sepucuk surat..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2007 06:39 PM | Show all posts
kepada rynna...

tujuan warkah ini ditulis bukanlah untuk meminta simpati. apatah lagi merayu-rayu. janganlah disamakan surat ini dengan warkah pertama..

jika dulu, aku mengharapkan kashmu, namun, kau terlalu ego, menolak diriku.

bagiku, cukup lah sampai di sini sahaja, janganlah kau risau. aku tak akan mengganggu kau lagi..

yang benar,
kasrelaini


END OF CHAPTER 1


[ Last edited by  homer_simpson at 2-7-2007 06:09 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2007 11:50 AM | Show all posts
mest lps ni rynna akn trasa satu khilangan...

x sbarnye juliet nk tngu smbngan sterusnye ni...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2007 04:45 PM | Show all posts
smbung lagik homer.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2007 03:30 PM | Show all posts
homer, jgn lupa sambung ekk....
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2007 01:22 PM | Show all posts
homer... smbung lg yerkk..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 12:42 AM GMT+8 , Processed in 0.198637 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list