CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ati1402

Karangan Harian Animal Lover

[Copy link]
Post time 1-8-2007 09:28 AM | Show all posts
Maafkan saya kerana saya tidak bijak mengarang. Saya bukan penulis.
Apa yang saya ingin ceritakan pun hanyalah tentang monyet, haiwan
yang sering jadi bahan sendaan kita, bukannya tentang wang, saham,
barang kemas, kekasih yang jelita mahupun banglo besar.
Saya tidak bijak bercerita tentang itu.

Baru-baru ini saya ke Negeri Sembilanuntukmengunjungi rumah seorangsaudara. Sewaktu kereta melalui hutan rekreasi Hulu Bendul di kualaPilah,
nun di depan sana ,saya lihat
ada sekumpulan monyet mundar-mandir di sisi jalan yang sibuk. Ia seperti terburu-buru untuk melintas.

Saya terus memandu dan sewaktu kereta semakin hampir,saya terkejut
kerana ada seekor monyet menggeletik di atas jalan. Ia baru dilanggar salah
sebuah kereta di hadapan saya. Pantas saya menekan brek dan
memperlahankan kereta.

Kereta semakin hampir dan dada ini berdebar apabila melihat monyet itu
terus menggelupur dan menghempas-hempas ke atas jalan. Kakinya
terketar-ketar. Di sisinya ada darah dan cebisan daging.

Tapipaling menyentak perasaan saya ialah apabila melihat perutnya yang
buncit itu terburai, dan dari celah luka besar itu tersembul sesuatu
berwarna
kelabu. Tahukah pembaca, benda apakah yang saya lihat itu?
Benda kelabu itu adalah anak yang masih dalam kandungannya!

Pada ketika itu saya terasa tubuh ini menggeletar. Saya pasti, si ibu
monyet tadi akan mati sebentar lagi.
Begitu juga dengan anaknya, nyawanya melayang sebelum sempat
melihat wajah ibu.

Sebaikmelintasinya,saya pandang cermin sisi dan belakang. Sayanampakkumpulan monyet tadibercempera. Ia berlari-lari mendapatkan siibutadi, tapi kemudian bertempiaran semula ke tepi jalan keranahampirsaja dilanggar kenderaan yang lalu-lalang.

Mungkin kepada pembaca sekalian, apalah ada pada nyawa seekor
monyet. Ia hanya monyet, Haiwan hodoh. Hidupnya di hutan, tidak setaraf dengan manusiawi.

Tapi tidak kepada saya. Pulang bercuti, saya terus catatkan surat ini,
keranaperistiwa yang saya sebutkan tadi sebenarnya telah mengingatkansayakepada sebuah peristiwa yang berlaku pada awal 1990-an.

Ketika itu usia saya masih di awal 20-an. Hari itu, saya diajak oleh
seorangbapa saudara untuk memburu di hutan berhampiran rumah. Sayabukanlahminat memburu, tapi daripada bosan terperap di rumah, sayaterima
ajakan bapa saudara saya tadi.

Masih saya ingat, beberapa jam berburu,matahari pun sudah meninggi,
tapi tiada seekor haiwan pun melintas di hadapan kami.
Pelanduk ,napuh,rusa, ayam hutan dan burung yang selalu berlegar dihutan itu,seolah-olah bersembunyi jauh dari kami. Hutan itu sepi .

Saya bertambah rimas, pak cik pula saya lihat mula kecewa. Hari kian
beranjak petang, pak cik menepuk-nepuk senapang Relanya. Kata pakcik,
" Kita balik ajalah, hari ni tak ada apa-apa.Mungkin esok ada habuan."

Kami berjalan pulang, tapi selang dua tiga puluh langkah, kami terdengar
suara riuh-rendah di sebalik pokok-pokok besar di hadapan kami. Saya
mengamati suara itu, ternyata ia dating dari sekawan monyet yang sedang memakan buah-buah hutan.

Saya perhatikan pak cik begitu berminat memerhatikan haiwan itu.Di
bibirnya ada sebaris senyuman. Senyuman yang saya faham benar maksudnya.

Adakah pak cik hendak menembak monyet-monyet itu?

"Haa. Pak cik nak tembak ibunya, lepas tu pak cik nak ambil anaknya, nanti boleh bela, " begitu jawapan pak cik.

Masih saya ingat juga, saya beberapa kali mendesak pak cik supaya
membatalkan hasratnya itu, tapi gagal. Saya gagal mengendurkan niatnya.

Tidak akan saya lupa kata-kata pak cik petang itu, "daripada balik tangan
kosong? " lalu dia mengacukan senapangnya ke arah kawasan monyet tadi, dan ? DAMMM!!!

Dengar berdentum saja senapang, bercempera dan lintang-pukangmonyet-monyettadi menyelamatkan diri. Hutan itu riuh dengan bunyiranting patahserta jerit pekik haiwan berkenaan.

BUUUPP! Ada suatu benda yang jatuh ke tanah.

Saya terpandang seekor ibu monyet jatuh berdekatan kami. Saya dan
pakcik terus mendapatkannya. Dari perutnya bercucuran darah pekat. Anaknya
yang tidak mengerti apa-apa terlepas dari pelukan, tercampak tidak jauh
dari ibunya sambil menjerit-jerit.

Si ibu merengus-rengus memanggil anaknya dengan lemah. Ia
cuba bangun dengan besusah payah sambil tangannya mencapai akar-akar pokok untuk mendekati anaknya. Sebelah tangan lagi
menekap perut yang masih berdarah.

Ia berusaha melangkah tapiterjatuh semula. Digagahi lagi sambilberguling-guling ke arah anaknya.Si anak yang baru pandai berjalanjatuh, bangun mendapatkan ibunya.

Si anak itu terus saja memeluk ibunya yang kesakitan.
Masih terbayang jelas di ingatan saya bagaimana si ibu monyet tadi memegang
tubuh dan menatap wajah anaknya puas-puas,
kemudian dicium berkali-kali. Setelah itu dibawa si anak ke dada lalu disuakan susunya.

Saya dan pak cik terdiam melihat si anak mengisap susu
manakala ibunya mengerang-ngerang perlahan seakan memujuk
sambil menahan sakit.

Hati saya tersentuh. Betapa si anak yang baru melihat dunia tidak tahu
bahawa ibu tempat dia bermanja akan pergi buat selama-lamanya.
Saya tidak mampu menyelami fikiran ibu monyet tadi, tapi mungkin
ia ingin memeluk anaknya buat kali terakhir, sepuas-puasnya,
kerana selepas ini ibu akan pergi.

Ibu tidak akan dapat memelukmu lagi apabila kaukesejukan, menyuap
mulutmu bila kau merengek kelaparan, juga melindungimu bila kau
kepanasan.

Mata si ibu monyet itu memandang ke arah kami. Tangannya
memeluk erat si anak seolah-olah enggan melepaskannya,
biarlah ia mati bersama anaknya.

Matanya saya lihat digenangi air, masih tidak lepas
memandang kami dengan pandangan sayu, mungkin ingin
menyatakan betapa kejamnya manusia.

Dosa apakah yang aku lakukan hungga aku ditembak?
Salahkah aku bebas kesana ke mari di bumi indah ciptaan Allah ini?

Tubuh ibu monyet itu berlumuran darah, begitu juga dengan
si anak yang masih di pelukannya. Beberapa detik kemudian, dengan
tenaga yang masih berbaki, kami lihat si ibu mencium anaknya untuk
kesekian kalinya. Perlahan-lahan tubuhnya terkulai ditanah, bisa
penabur dari muncung senapang pak cik tadi tidak dapat
ditanggung lagi.

Si anak menjerit-jerit memanggil ibunya supaya bangun dan
melarikan diri dari situ, tapi si ibu sudah tidak bernyawa lagi. Puas
menjerit, si anak tadi menyusu semula.

Disaatitu perasaan saya terlalu sebak. Saya perhatikan pak cik, dia beberapa
kali menggetap bibir cuba menahan air matanya daripada tumpah ke pipi.

Tapibila melihat si anak monyet tadi menjerit dan menggoncang-goncangtubuh ibunya, akhirnya air mata kami tumpah juga. Saya betul-betulkesal
dengan apa yang berlaku.

Susana sunyai kembali. Si anak monyet itu kami rangkul dan bawa pulang,biarpun ia terus menjerit-jerit danenggan berpisah dengan ibunya yangtelah mati.

Di dalam kereta saya hanya mendiamkan diri. Begitu juga pak cik. Pada
ketika itu saya dapat merasakan betapa kejamnya kami kerana membunuhsatu nyawa yang tidak berdosa. Biarpun monyet itu hanya haiwan yang
hodoh,tapi mereka juga ada perasaan, ada rasa kasih kepada anak,rasa sayang kepada ibu.

Tapi kita manusia??

Mana hilangnya akal waras kami?

Selang dua minggu kemudian, anak monyet tadi mengikut jejak ibunya.Pakcik memberitahu saya, anak monyet itu tidak mahu makan danasyikmenjerit-jerit sahaja. Mungkin ia rindukan ibunya. Apabila malam,
keadaannya bertambah teruk, dan akhirnya mati.

Kini saya sudah bekerja dan berumah tangga. Peristiwa tadi sudah saya
ceritakankepada anak dan isteri saya agar mereka mengerti bahawa haiwan jugapunya perasaan. Yang kejam adalah manusia, walaupun
kitalah satu-satunya makhluk yang Tuhan anugerahkan akal fikiran.
Tidak lupa saya memberitahu mereka betapa agung dan sucinya kasih
sayang ibu.




[ Last edited by  kiki-lala at 1-8-2007 10:22 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


sANatAN This user has been deleted
Post time 2-8-2007 09:01 AM | Show all posts
nama kucing saya Gemok.Gemok sangatla GEMOK dan suka bermain wrestling dgn adik2nya yang masih kecil.Pendek cerita selepas gemok kenyang makan ikan 3 ekor+susu kucing yang ibu saya bancuh...gemok akan cari mangsanya iaitu adik2nya yang baru boleh berjalan....sehinggalah suatu hari si ibu (angkat) anak kucing tadi marah sebb gemok suka sangat kacau anak2 kecilnya itu walaupun sedang tidor,gemok dan itam bergaduh bak perang dunia pertama ala2 kucing.

Sekarang kalau gemok nampak itam,pasti gemok akan menjauhi diri.


*gemok nakal
*gemok ske berak dlm bilik masterbed room--gemok sgt jahat:@
*gemok tersangat gemok-sekali makan 3 ekor ikan+1 cawan susu


***************************************************************

p/s::nak tanya....skang musim virus kucing ker?naper byk sangat kucing mati?last week dah 4 ekor mati.pg tdi b4 g kejer my mum jumpa 2 ekor kucing mati tepi rumah kitaorg.Pakcik yg my mum beli nasik lemak plak ckp dia jumpa 2 ekor lg kucing mati pg nie gak??

dah bawak 3 ekor kucing g klinik tp satu jer selamat-si gemok nie...2 lagi x sempat walaupun kitaorg kasi antibiotik n vitamin everyday...sedey woo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2007 09:41 AM | Show all posts

Reply #22 sANatAN's post

maafkan kiki ... tak per sanatan mungkin dah ajal mereka ...kiki-lala nak tanya
sebelum2 nie sanatan ader bawak mereka pegi vaksin tak ...???? kalo tak ader
mereka2 ini mempunyai risiko yang sangat tinggi untuk mengidap penyakit
seperti ini .... kalo kucing2 tu tidak mempunyai antibody yang kuat .. virus
mudah bermahajarajalela ... sebab tu disyorkan vaksin mereka dahulu supaya
meningkatkan antibody dalam badan dan mengurangkan risiko penyakit lain
seperti virus ini ... saya harap sanatan bersabar ... oleh kerana si gemuk selamat
pastikan dia mendapat vaksin ....
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2007 10:16 AM | Show all posts

Reply #21 kiki-lala's post

waaaa......nak nangis gakkk...

aku mmg kalah ngan citer camni...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2007 12:04 PM | Show all posts

Reply #24 coelacanth's post

     mmg sedey ....
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2007 09:55 PM | Show all posts

Reply #21 kiki-lala's post



:@ :@ kat pakcik penulis
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-8-2007 08:36 AM | Show all posts
aku sedih...dahlah kena tembak...pastu jatuh dari pokok plak tuh....si anak menjerit,menangis dan terus menyusu...combination yg mantap....aku tak bleh terima keadaan tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2007 09:27 AM | Show all posts

Reply #26 hatemetoday's post

kiki pun first time baca citer ni mmg air mata jatuh ... sebak bila
si anak menjerit sambil memeluk si ibu ...     
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2007 09:28 AM | Show all posts

Reply #27 coelacanth's post

bagi mereka yang mempunyai sifat kemanusiaan ... pasti tidak akan
boleh terima dengan keadaan itu ....
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2007 09:29 AM | Show all posts
10 kali baca cerita tu ... kiki tetap akan sebak ... kerana ini menggambarkan
sifat tidak berperikemanusiaan langsung ....
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2007 11:12 AM | Show all posts

Reply #30 kiki-lala's post

satu lagik..sifat manusia yang pendek akal..tak pikir dulu sablom buat...walhal die tau mcm mane bonding nye mak ngan anak monyet tuh..nguaaa tamo le aku sedeyy
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2007 11:33 AM | Show all posts
iskiskisk...kita citer lain bleh takkk...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2007 11:48 AM | Show all posts

Reply #31 hatemetoday's post

begitu lah sis ... Allah swt memberi kelebihan akal pada manusia
tapi malangnye manusia kadang kala tidak menggunakan akal
dengan sebaik2 nya .... :@
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2007 11:49 AM | Show all posts

Reply #32 coelacanth's post

kiki faham perasaan coelacanth ...  
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2007 03:15 AM | Show all posts

Layakah aku di jadikan Idola

Semalam datang satu keluarga pelancong dari holland. mahu bergambar dengan jamil. mereka juga memberi sumbangan. menurut ibunya mereka hampir telah seminggu di kuala lumpur dan setiap hari melihat jamil. mereka juga bertanya dekat staff hotel mereka tinggal apa yang jamil buat. bila mereka tahu .kedua dua anaknya satu lelaki dan satu perempun berkata kepada ibu dan bapa mereka mereka mahu menjadi seperti jamil. alhamdullilah walaupun daku bukan seorang pemimpin atau artis ada juga orang yang menjadikan daku idola nya, ibu mereka meminta jamil memberi sedikit nasihat bagaimana mahu menjadi jamil. nasihat jamil kepada mereka satu sahaja ( buat kerana hati bukan kerana wang ) mereka begitu gembira. yang memeranjatkan jamil sebelum pulang kedua dua anak mereka bersalam dan mencium tangan jamil. tak tahu siapa yang ajar.

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2007 11:47 PM | Show all posts

Reply #35 jamilkucing's post

respect kat bro...keje klau ikhlas org nampak...kan..kan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2007 10:28 PM | Show all posts
Originally posted by coelacanth at 5-8-2007 11:47 PM
respect kat bro...keje klau ikhlas org nampak...kan..kan..


Terimakasih . betul kalau kite ikhlas tak perlu menunggu orang mengatakan kita ikhlas, syarat kite tahu kita benar sudah, biar allah sahaja yang tentukan kita ikhlas atau tidak.


Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2007 11:16 AM | Show all posts

Reply #37 jamilkucing's post

selalu nampak bro kat BB...sebab slalu gi quicksilver tu...takut nak tegor..cam garang je...hehehehe....jgn marah ekk...

tapi tetap respect ngan bro dalam hal kucing...penah bace dalam mastika kalau tak silap...Tahniah bro...

[ Last edited by  coelacanth at 8-8-2007 11:17 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2007 02:44 AM | Show all posts

Reply #38 coelacanth's post

Ya allah tegur je, selagi orang tegur kite cara baik tak kan nak marah,wajah nampak garang,hati insyaallah. sekali orang hormat saya.10 kali saya hormat orang
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2007 02:45 AM | Show all posts

10 AMALAN YANG TERBALIK"

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang
amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah
terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut
oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau
terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang
dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga
simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh
dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah
di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan
untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.
Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia
makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah
mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka
termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta
peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut
Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap
salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada
duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri.
Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi.
Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi
sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah
panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik
kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di
masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah
ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa
segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan
malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang
dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah,
sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di
rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa
riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang
berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta
perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di
bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya
perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan
kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri
sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri
pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari
bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka
dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan
lain.



8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam
periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya.
Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan
tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam.
Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali
hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir
belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita
sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau
bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi
petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana
hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan,
tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu
manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan
malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau
tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah.
Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan
berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan
rumahtangga kurang bahagia.


11. Kita cukup teruja untuk meng'forward'kan sms atau emel dalam bentuk
gossip2 artis kepada kawan2.  Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak
benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain.  Tapi kenapa susah sangat
nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??.....


Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada
menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar
hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang
digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah
Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW:
"Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 10:51 AM GMT+8 , Processed in 0.553443 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list