CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: budgou

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

[Copy link]
Post time 7-9-2007 07:53 AM | Show all posts
and the best part is.....masa nih la bnyk betul invitation buaka puasa di hotel...biasanya masuk minggu ke-3 i trell you, nda tau mana mo pigi...tp klu Hotel Hilton PJ, Marriot Bukit Bintang sma palace of kuda emas, mmg sia pegi.....tabik spring la food dia....
yg penting, masa buka posa slalunya buli catch up dgn kwn2 lama.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2007 10:08 AM | Show all posts
oh ya..KKIP pun biasanya ada bazaar ramadhan... navyna mesti tau ni..

tadi mon dengar sabah fm, tu DJ kestau tempat2 mana yg ada bazaar ramadhan. sempat dengar tanjung aru macam ada 2 tempat tapi entah di mana. pastu di sembulan pun ada juga....
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 12:23 PM | Show all posts


salam ramadhan al mubarak.........:victory:
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 01:57 PM | Show all posts
Originally posted by lemoneko at 7-9-2007 10:08 AM
oh ya..KKIP pun biasanya ada bazaar ramadhan... navyna mesti tau ni..

tadi mon dengar sabah fm, tu DJ kestau tempat2 mana yg ada bazaar ramadhan. sempat dengar tanjung aru macam ada 2 tempa ...

mon, di Indah Permai tu?last year mmg ada..myb kali ni pun ada...
waaaa...jem gilak la sana tu...suda la kwsn kecik jak...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 01:59 PM | Show all posts
Originally posted by pejalanlangit at 7-9-2007 07:50


wah..bagusnya bee. buli jaga makan. klu sky? tatap mencari nasi, ikan goreng ma lada tuh masa sahur.
sib baik sudah abis ganti posa...banyak bah ganti. abis last year preggy kan, nda larat.
...

Klu time nafsu naik mencanak...nasi boleh juga masuk...tp dlm kuantiti yg sedikit laa...
nda sedap aku rasa makan pagi2...perasaan ku mcm dlm mimpi jak aku makan
13 & 18 shah alam pernah juga beli d sana..klu beli semua mau d bedal...last2 sampai rumah berlalat nda dimakan
Nampak mee mau...nampak nasi tomato..pun mau...nampak rojak buah...pun sia mau...nampak roti john sia mau...nampak ABC sia mau...semua d rangkul...last2 terbuang... pembaziran melampau betul diri ku ini
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 02:02 PM | Show all posts
Originally posted by pejalanlangit at 7-9-2007 07:53
and the best part is.....masa nih la bnyk betul invitation buaka puasa di hotel...biasanya masuk minggu ke-3 i trell you, nda tau mana mo pigi...tp klu Hotel Hilton PJ, Marriot Bukit Bintang sma  ...

Sama
Tapi untunglah siapa2 yg invite aku...sbb nda byk makan..
paling2 pun...2 piring kuih lapis
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-9-2007 08:44 PM | Show all posts

Reply #20 pejalanlangit's post

wei... i missed sek18 shah alam.... di kawasan dekat giant tu kah?

uhuk uhuk dulu tu kawasan tmpt tinggal tu... tu nun sana ada beberapa flat tmpt hostel bebudak PPP/ITM hhehehehehe... dulu kedai kedai tu semua blum ada lagi... masa last last months di sana sempat juga lah merasa tu Giant baaaaaru kena buka... skrg bank pun adakan... sedang dulu mo ambik duit terpaksa pi PKNS dulu... naik bas mini yg full melimpah limpah dan laju gilaks.

kenangan zaman muda muda.... eh.. skrg pun masih muda aper...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2007 09:59 AM | Show all posts

Reply #27 mac06's post

skang ko mo ambik duit di mana? ko cakap jak...sek18 pun ada sdh maybank, CIMB..apa ntah lg...
mmg mac....di sek18 nih ada branch rest keningau

sia klu mo carik brg tertentu esp brg2 baking sia pi giants sek18. sebab yg baru di sek13 slalu kehabisan stok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2007 05:10 PM | Show all posts
selamat berpuasa. cni punya buka puasa buffet lagik murah dr sabah ooo...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2007 06:38 AM | Show all posts
:victory: :victory: :victory:  selamat berpuasaa semuaaaa:victory: :victory: :victory: jan posa yuk2 sdh laaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2007 07:58 AM | Show all posts

Reply #29 tomatosauce's post

TS, Sunway lagoon hotel+resort pu sudah bukak iklan awal2 lg..posa pun belum...tahun nih azam puasa: 2makanan atau kurang utk diri sendiri, air buat sendiri, tiamo beli.. save budget.......
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2007 07:58 AM | Show all posts

Reply #30 dragonball's post

bah, sama2 la kita semua.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2007 08:43 AM | Show all posts
Panduan untuk pesakit diabetes jalani ibadah puasa
11-09-2007 02:12:59 AM
Susunan DALILAH IBRAHIM  

DIABETES Mellitus (DM) adalah penyakit kronik di mana terdapat kadar gula berlebihan di dalam darah yang disebabkan oleh gangguan hormon insulin iaitu hormon yang berperanan mengawal paras gula dalam darah, baik secara kuantiti (insulin berkurangan) atau kualiti (insulin tidak berkesan).

Mengikut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Kedua pada 1996, lebih 1.5 juta penduduk negara ini menghidap diabetes. Daripada jumlah itu, kira-kira satu juta terdiri daripada mereka yang beragama Islam yang secara amnya bertanggungjawab untuk berpuasa di bulan Ramadan.

Persoalannya, bolehkah pesakit diabetes berpuasa sedangkan mereka terpaksa begantung kepada ubat-ubatan atau suntikan insulin setiap hari untuk mengawal penyakit?

Pesakit diabetes yang beragama Islam bolehlah mengikuti panduan berikut, yang dipetik daripada persidangan yang menggabungkan pemikiran para ulama Islam dan doktor perubatan moden.

Siapa yang boleh dan tidak boleh berpuasa?

Secara umumnya, pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan dan diabetesnya terkawal serta tidak memerlukan insulin memanglah digalakkan berpuasa.

Walau bagaimanapun, pesakit diabetes yang tidak terkawal paras gulanya dan tidak mengambil ubat-ubatan atau suntikan insulin seperti yang disyorkan oleh doktor mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk berdepan dengan komplikasi jika berpuasa.

Antara pesakit diabetes yang tidak digalakkan berpuasa termasuklah;

Penyakit diabetesnya tidak stabil. Dibimbangi ia akan mengakibatkan pelbagai komplikasi seperti dehidrasi (kekurangan air), jangkitan kuman dan koma.

Mengalami komplikasi diabetes yang serius seperti penyakit jantung koronari dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal.

Kerap mengalami komplikasi diabetik ketoasidosis (lebih cenderung bagi pengidap Diabetes Jenis I dan pesakit yang menggunakan suntikan insulin).

Kerap mengalami komplikasi hipoglisemia (kekurangan gula dalam darah).

Sedang mengalami jangkitan kuman.

Warga tua dan tinggal bersendirian.

Hamil yang memerlukan suntikan insulin.

Berusia di bawah 12 tahun.

Pesakit diabetes yang ingin berpuasa mestilah bersahur, menyegerakan berbuka puasa, makan ubat/menyuntik insulin mengikut nasihat doktor, mengawasi penyakit diabetes dan kesihatan mereka secara umumnya dan peka dengan tanda-tanda hipoglesemia, hiperglisemia (gula berlebihan dalam darah) dan dehidrasi.

Mereka harus segera berbuka apabila mengalami samada hipoglisemia, hiperglisemia atau dehidrasi. Adalah haram untuk pesakit meneruskan puasa kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan. Jangan sekali-kali mengubahsuai dos ubat atau insulin dan waktu ia harus dimakan/disuntik tanpa rujukan doktor.

Mengenal pasti keadaan hipoglisemia, hiperglisemia dan dehidrasi

Hipoglisemia

Menggigil
Terlalu lemah
Amat lapar
Berpeluh
Pucat
Berdebar-debar
Gelisah
Koma (tidak sedarkan diri)

Hiperglisemia

Kerap buang air kecil
Terlalu dahaga
Sangat letih


Dehidrasi

Amat dahaga
Kulit dan lidah yang terlalu kering
Fikiran terganggu
   

Panduan kepada pesakit diabetes yang dibenarkan berpuasa

Diet - Elakkan makan berlebihan ketika berbuka puasa dan pada waktu malam. Karbohidrat dan makanan berlemak boleh menambahkan berat badan serta menyukarkan kawalan diabetes.

Sahur  
Sekurang-kurangnya semangkuk oat/bijirin ATAU
3-4 keping roti ATAU
Nasi dan lauk (lebihkan sayur-sayuran)


Berbuka

Hadkan pengambilan air bergula, kuih-muih manis.
Jika memakan kurma, hadkan kepada dua hingga tiga biji sahaja.
Kurangkan pengambilan nasi dan lebihkan sayur-sayuran.


Senaman - Melakukan aktiviti fizikal yang ringan ketika berpuasa tidak akan mendatangkan kemudaratan. Perubahan terhadap diet dan ubat-ubatan ketika bersahur harus dibuat (mengikut nasihat doktor) bagi mengelakkan hipoglisemia.

Ubat - Dapatkan nasihat doktor tentang pengubahsuaian dos serta waktu pengambilan ubat. Sebagai panduan, dos ubat-ubatan seperti glibenclamide, gliclazide, glipizide, chlorpropamide dan Acarbose yang di ambil sebelah pagi pada kebiasaannya di hari tidak berpuasa, ditukar masa pengambilannya ke waktu berbuka puasa.

Dos yang diambil sebelum makan malam malam sewaktu tidak berpuasa pula perlu diambil sebelum bersahur.  Pengurangan dos yang diambil mungkin perlu untuk mengelakkan hipoglisemia.

Ubat seperti repaglinide perlu dimakan pada waktu bersahur dan berbuka puasa. Metformin dan Rosiglitazone secara amnya kurang mengakibatkan hiploglisemia dan selalunya tidak memerlukan perubahan dos.

Insulin - Dos dan waktu insulin disuntik harus diubahsuai mengikut arahan doktor berdasarkan ujian tahap gula dalam darah yang dilakukan pada permulaan puasa seperti berikut:

Tiga kali suntikan insulin: Dua dos insulin yang bertindak segera (short-acting insulin) ketika berbuka dan sebelum bersahur. Ini diikuti dengan satu dos insulin yang bertindak lama (intermediate acting insulin) sebelum tidur.

Dua kali suntikan insulin: Satu dos insulin yang sudah dicampur (premixed insulin) ketika berbuka puasa. Dos yang diperlukan adalah sama seperti dos yang diberika pada waktu pagi di hari tidak berpuasa. Satu dos insulin yang bertindak segera pula diberi sebelum bersahur .

Pada permulaan bulan puasa, tahap gula dalam darah perlu diuji pada waktu-waktu berikut:

*Sebelum bersahur
*Dua hingga empat jam sebelum bersahur
*Sebelum berbuka puasa
*Dua hingga empat jam kemudian

Perkara lain yang perlu diberi perhatian

Pesakit yang memerlukan insulin perlu menjalani ujian ketone di dalam air kencing atau darah, sekiranya tahap gula di dalam darah mereka terlalu tinggi.  Langkah ini dapat mengelakkan berlakunya koma diabetik ketoasidosis. Pesakit ini juga mesti segera berbuka puasa.

Awasi berat badan di sepanjang bulan puasa. Pertambahan lebih dua kilogram perlu dimaklumkan kepada doktor. Jika dalam satu hari berat badan didapat berkurangan 3%, pesakit mestilah segera berbuka bagi mengelakkan kemungkinan berlakunya dehidrasi yang serius.

Banyakkan minum air tetapi elakkan minuman manis. Gantikan air yang hilang ketika membuang air kecil di tengah malam dengan meminum air.

Dengan pengawasan yang baik, ibadah puasa dapat dilaksanakan dengan selamat oleh pesakit diabetes. Pesakit perlu menjaga diet ketika berbuka, bersahur dan mendapatkan nasihat doktor berhubung pengubahsuaian dos dan waktu ubat/insulin harus dimakan/disuntik. Pesakit perlu peka terhadap tanda-tanda hipoglisemia atau dehidrasi. Sekiranya ia berlaku, pesakit mestilah segera berbuka puasa.


Nota editor: Artikel asal disediakan oleh A/Prof Dr Nor Azmi Kamarudin, Klinik Diabetis dan Endokrinologi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan diterbitkan untuk pendidikan ehsan oleh Novo Nordisk Pharma (M) Sdn Bhd.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2007 09:04 AM | Show all posts

Reply #33 Syd's post

good info..thanks.. (wlupun aku bkn pesakit diabetes)

[ Last edited by  navyna at 14-9-2007 02:59 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2007 12:30 PM | Show all posts
hari ni tengok anak bulan...

salam ramadan utk semua......
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2007 12:34 PM | Show all posts
hari ni tengok anak bulan...

salam ramadan utk semua......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2007 01:45 PM | Show all posts
salam ramadhan untuk semua org2 Sabah....jaga diri hiasai peribadi...& jaga kesihatan....
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2007 05:03 PM | Show all posts

Reply #34 navyna's post

ko diabetes?
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2007 10:16 PM | Show all posts
selamat berpuasaa semuaaaaaa..hari khamis nii mula laa puasaaa....
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2007 10:16 PM | Show all posts
selamat berpuasaa semuaaaaaa..hari khamis nii mula laa puasaaa....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:17 AM GMT+8 , Processed in 0.061150 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list