CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: pasarmalam

Serban Menurut Ustaz Nasruddin Tantawi

[Copy link]
Post time 10-9-2007 02:10 AM | Show all posts

Reply #17 pasarmalam's post

a. Apakah Asaari bermimpi berjumpa Rasulullah terlebih dahulu, kemudian barulah dapat beryaqazah?

b. Mampukah Asaari menceritakan secara terperinci bagaimana sifat dan paras rupa Rasulullah?

c. Apakah Asaari boleh bertutur dalam bahasa Arab? Atau Rasulullah menggunakan bahasa Melayu?

Pegangan dan akidah Asaari tentang yaqazah sangat menyeleweng dari Islam, lebih-lebih lagi apabila tiga orang perantara (Mujahid, Ashaari Kecik dan Azura) telah mengaku bersalah kerana membuat pembohongan terhadap Nabi s.a.w. & menggubah sendiri rekaan-rekaan cerita dlm majlis yaqazah.

Mengapa Asaari masih mahu terus berdusta atas nama Allah dan Rasul?

Imam Nawawi rhm.a. ketika menghuraikan hadith mengenai yaqazah menerusi kitabnya Sahih Muslim bi Sarh al-Nawawi (1972, j. 15, 24-26) mengatakan:

1. Orang yang boleh melihat Rasulullah secara jaga ialah orang yang bermimpi melihat baginda sebelumnya (semasa hidup). Mereka ialah para sahabat Nabi s.a.w. yang hidup sezaman dengan baginda. Ini bermaksud; sesiapa yang melihat baginda, tetapi tidak sempat berhijrah bersama-sama Rasulullah ke Madinah, maka Allah memberi taufik-Nya untuk dia berhijrah sama kemudiannya dan pada masa itulah dia akan dapat menemui Rasulullah s.a.w. secara jaga dan depan mata kepalanya.

2. Maksudnya juga ialah orang yang bermimpi melihat Rasulullah, dia boleh melihat benar-benar apa yang dimimpikannya itu secara jaga semasa hari akhirat nanti.

3. orang yang bermimpi Rasulullah itu dapat melihatnya di akhirat dengan cara yang khusus secara dekat dan juga memperolehi syafaatnya.

Daripada keterangan yang dibuat oleh Imam Nawawi ini sangatlah jelas kepada kita bahawa sesiapa pun di dunia ini tidak boleh melihat Rasulullah s.a.w. 慼idup semula
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2007 02:14 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2007 06:18 AM | Show all posts
[quote]Originally posted by tobby at 10-9-2007 02:10 AM
Menurut Ibn Hajar al-Haitami, yang dimaksudkan harus melihat Nabi secara yaqazah itu, hanyalah melihat gambarannya sahaja, bukan pada zatnya.Seterusnya Ibn Hajar al-Haitami mengemukakan pendapat Imam al-Ghazalidengan mengatakan bahawa maksud melihat di sini, bukan bermaknaseseorang itu dapat melihat jasad dan badannya, tetapi yang dilihat ituhanyalah gambarannya sahaja. Kemudian, gambaran itu bagaikan alat yangmembawa kepada makna yang ada pada dirinya. Ibn Hajar al-Haitamiselanjutnya mengulas bahawa keharusan melihat Nabi secara jaga itubukanlah melihat dengan keadaan nyata, tetapi ia merupakan himpunan diantara keadaan di alam nyata ini dengan keadaan alam barzakh. Ia jugamerupakan perkara yang berkaitan dengan 憄erasaan hati
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2007 06:27 AM | Show all posts
Originally posted by St.Yeepi at 10-9-2007 01:06 AM
Tetapi adakah serban nie benar benar pakaian Nabi? Pengalaman sayasemasa umrah, apa yang saya perhatikan bangsa Arab di Mekkah danMadinah menggunakan kuffiya. Kalau dikatakan pun pakaian itu pakaianbangsawan, keturunan Nabi pun memang keturunan bangsawan, begitu jugadengan majoriti sahabat sahabat besar Nabi. Kalau ada pun yang melilitkepala dengan serban, kebanyakkannya bangsa Arab dari luar. Maybepenglihatan dan ingatan saya yang tersilap pada masa itu.


Ya benar, serban merupakan benar-benar pakaian Nabi dan dapat dibuktikan dari hadith sahih Bukhari. Pengalaman awak semasa umrah juga benar, kerana zaman sekarang ramai orang Arab Saudi tidak mengutamakan serban, namun Arab dari negara lain ramai juga yang masih mengenakannya

Bagi pendapat yang mengatakan serban itu adat orang Arab zaman Nabi, saya cuba bawakan satu hujjah berikut dari guru saya (seorang Mufti berbangsa Arab)

Semasa perang Badr, Allah menghantar Malaikat dengan berserban turun membantu sahabat semasa perang. Adakah malaikat diperintahkan ikut adat orang Arab atau sunnah Nabi?

[ Last edited by  mnm77 at 10-9-2007 07:14 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2007 08:27 AM | Show all posts
Originally posted by mnm77 at 10-9-2007 06:27 AM


Ya benar, serban merupakan benar-benar pakaian Nabi dan dapat dibuktikan dari hadith sahih Bukhari. Pengalaman awak semasa umrah juga benar, kerana zaman sekarang ramai orang Arab Saudi tidak ...


Serban ni ada berbagai jenis serban. Boleh tolong citerkan sikit tak macam mana agaknya fesyen serban yang di pakai oleh Rasulullah saaw beserta sumbernya sekali.

Dulu masa ikut tabligh saya pun pernah gak pakai serban ni siap dengan kurta pulak tu. Ada karkun kata kurta tu pun fesyen pakaian nabi gak. Betul ker?
La ni dah tak pakai serban dah tapi mula pakai semutar cam oghe kelantan. Lagi praktikal masa buat aktiviti outdoor...boleh gak sebagai pelindung masa berkayak.

Orang Arqam dulu pun fesyen serban mereka lain sikit. Nampak macho jugak... tapi yang pastinya serban yang dipakai oleh Al-Ustaz Al-Abuya Asaari tidak mengikut sunnah nabi sebab nabi tak pernah memakai serban songket.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2007 09:25 AM | Show all posts
kenapa tak ramai orang tabligh memakai serban? adakah mrk tak memahami sunnah sebagaimana yg difahami oleh arqam?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-9-2007 02:35 PM | Show all posts
Tuan Tobby,

Saya sudah meneliti artikel yang tuan tulis (saya harap, bukannya sekadar copy n paste) dan arikel yang tuan katakan sebagai FATWA KERAJAAN BRUNEI. Ada dua artikel sebagai jawapan untuk saya.

Pertamanya, sefaham saya Kerajaan Brunei tidak mengeluarkan fatwa. Yang mengeluarkan fatwa ialah Muftinya. Samalah seperti Malaysia dan negeri-negerinya. Contohnya negeri Perak tidak mengeluarkan fatwa, yang mengeluarkan fatwa ialah Mufti Perak. Fatwa Mufti Perak tidak dikatakan sebagai Fatwa Perak. Malaysia sendiri tidak ada FATWA MALAYSIA.
Begitulah pemahaman saya yang dhaif ini. Sekiranya tersalah, saya mohon maaf.

Baiklah, katakanlah saya tersalah dan tuan betul. Harap tuan:

1.        Tunjukkan bukti bahawa KERAJAAN BRUNEI ada FATWA KERAJAAN BRUNEI.
2.        Tunjukkan bukti yang artikel itu adalah FATWA KERAJAAN BRUNEI

Jawapan 1: 厖厖厖..

Jawapan 2: 厖厖厖


Selain itu, saya lihat artikel tersebut tidak lain hanyalah salah satu KHUTBAH dan tidak tertulis di mana-mana bahagian yang ia adalah FATWA KERAJAAN BRUNEI. Mungkin saya terlepas pandang. Jika ada, saya mengaku tersilap pandang.
Laman web itu juga adalah laman web Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei.
Wallahualam.


Keduanya, saya harap tua faham apa permasalahan yang saling kita tidak persetujui dalam muzakarah kita ini. Saya tidak pertikaikan pandangan tuan tentang yaqazah Ustaz Ashaari. Seandainya tuan mengatakan dia tidak beryaqazah, saya juga punya pandangan yang sama. Jadi dalam soal yaqazah Ustaz Ashaari, kita sekata. Tidak ada apa-apa yang perlu dipertikaikan lagi.
TUTUP BAB USTAZ ASHAARI!


Yang saya minta penjelasan di sini ialah 慺atwa
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2007 08:13 PM | Show all posts
Originally posted by tobby at 10-9-2007 09:25 AM
kenapa tak ramai orang tabligh memakai serban? adakah mrk tak memahami sunnah sebagaimana yg difahami oleh arqam?


Pendapat saya....

Saya pun jarang pakai serban, kadang2 pakai waktu solat Jumaat dan Hari Raya

Setahu saya Nabi ada waktu2 tertentu pakai serban, waktu2 lain pakai kufiyyah (kopiah)

Mereka yang istiqamah selalu pakai serban eloklah yang selalunya dapat menjaga amal agama, kalau tak mampu dikhuatiri membawa fitnah pula dek pakai serban tapi perangai tak elok.. nanti orang kata serban tu nak menunjuk2 dan macam2 lagi...

Wallahu a'lam

[ Last edited by  mnm77 at 10-9-2007 08:15 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2007 09:03 PM | Show all posts
Originally posted by pasarmalam at 10-9-2007 02:35 PM
Tuan Tobby,

Saya sudah meneliti artikel yang tuan tulis (saya harap, bukannya sekadar copy n paste) dan arikel yang tuan katakan sebagai FATWA KERAJAAN BRUNEI. Ada dua artikel sebagai jawapan  ...


ada yg masih tak tahu pihak berkuasa agama di Brunei sudah lama mengharamkan kegiatan Asyaari di Brunei. malah di Brunei, ajaran Asyaari dimasukkan dlm kategori ajaran sesat sama spt fahaman Bahai & ajaran Qadiani.

http://www.religious-affairs.gov ... _khutbah&ac=222
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2007 11:51 PM | Show all posts
Originally posted by tobby at 10-9-2007 09:03 PM


ada yg masih tak tahu pihak berkuasa agama di Brunei sudah lama mengharamkan kegiatan Asyaari di Brunei. malah di Brunei, ajaran Asyaari dimasukkan dlm kategori ajaran sesat sama spt fahaman  ...


Posting ini nampaknya masih belum menjawab persoalan kita, iaitu tuan diminta:

1        Membuktikan 100% (semua) ulama menolak yaqazah
2        Membuktikan nama-nama ulama yang saya sebut itu sebenarnya BUKAN ULAMA kerana tuan kata 100% ulama menolak yaqazah.

Jawapan 1: 厖厖厖厖厖
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2007 01:44 AM | Show all posts
Originally posted by pasarmalam at 10-9-2007 11:51 PM
Posting ini nampaknya masih belum menjawab persoalan kita, iaitu tuan diminta:

1        Membuktikan 100% (semua) ulama menolak yaqazah
2        Membuktikan nama-nama ulama yang saya sebut ...


tak perlulah memanjangkan perbincangan yg dah jelas & consider dah selesai. kesemua majlis agama di negara2 yg ada percubaan Asyaari menyebarkan ajaran sesatnya sudah diwartakan sebagaik sesat lagi menyesatkan. berikut adalah kenyataan RASMI dari pihak berkuasa agama negara2 tersebut:


FATWA MAJLIS ULAMA INDONESIA (MUI)
Fatwa MUI dari laman web rasmi MUI  http://www.mui.or.id/mui_in/fatwa.php?id=35

FATWA PIHAK BERKUASA AGAMA MALAYSIA (Majlis Fatwa Kebangsaan) DAN NEGERI2
http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=110
http://www.muftiselangor.gov.my/ ... r14%201991-1997.htm

FATWA PIHAK BERKUASA AGAMA BRUNEI
http://www.religious-affairs.gov ... _khutbah&ac=222

Dgn ini sempena bulan Ramadhan yg bakal menjelma, saya mengajak pengikut ajaran sesat Ashaari King of Yaqazah tolonglah kembali ke pangkal jalan. Ashaari itu hanyalah manusia biasa keturunan melayu yg sudah terlalu jauh terlanjur. Beliau pernah muncul dikaca TV yg disaksikan oleh seluruh rakyat Msia & telah mengakui ajarannya selama ini mengarut dgn mengungkapkan kata2nya yg paling masyhur 'mengarut jer semua itu'.

Bertaubatlah.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2007 10:46 AM | Show all posts
Originally posted by pasarmalam at 10-9-2007 11:51 PM


Posting ini nampaknya masih belum menjawab persoalan kita, iaitu tuan diminta:

1        Membuktikan 100% (semua) ulama menolak yaqazah
2        Membuktikan nama-nama ulama yang saya sebut ...


tuan pasarmalam akan menunggu buah yg tak kan gugur sbb si tobby nih bknnya reti dan faham pun apa persoalan yg cuba diperbincangkan oleh tuan....

Clear kan lah soalan tuan walau mcm mana pun, dia tetap akan berpusing pada Abuya....tanya lah pasal yaqazah secara ilmiah...dia hanya nampak yaqazah abuya dan meleret2 kpd isu arqam dan rufaqa hingga merosakkan thread yg tuan buka. Tanyalah pasal bukti secara ilmiah ulama2 yg dh tuan sebut...dia tak kan nampak punya...yg dia akan nampak ialah abuya..... ini dek disebabkan hanya  semata2 artikel yg tuan post ada sebut hanya sepatah...hanya sepatah nama abuya...

Dia dh tepu dan fobia dgn abuya...segala minda, hati dan matanya hanya nampak abuyaaa jerk kat mana2 di forum cari nih...

Adehhhh...siannya akak...

p/s Semakin baca jwban2 si tobby dlm menjwb soalan ilmiah tuan pasar malam nih...makin sakit perut ketawa melihat kefobiaannya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2007 11:23 AM | Show all posts
Ohh
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2007 12:04 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by pasarmalam at 11-9-2007 11:23 AM
Ohh
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2007 03:13 PM | Show all posts
HAFIZ
ni bang ...sambunglah tadi perbincangan kita tu....cup..cup..sebelum ietu...apahal abang sembang pasal serban Arqam tadi...?

ISKANDAR
la...abang nak buat contoh  serban aje..kan banyak cara di dunia ni...tapi pi mai pi main, serban juga dipanggilnya....

HAFIZ
dah...contoh lain..contoh lain~~ saya tak suka.(sambil buat muka garang)

ISKANDAR
abang buat contoh aje dik...! Takperlah abang ambil contoh satu lagi...hmmm (sambil berfikir pendek..) Hassan Nasrallah...boleh..?

HAFIZ
Ok..saya dengar...teruskan ...Kenapa?

ISKANDAR
walaupun tak sealiran dgn kita... tapi serban juga kita panggil dikepalanya tu~~ tak kirale- nampak sikit rambut kat depan tu...ye kann?

HAFIZ
betul tu...tu saya suka... ada lagi ke abang nak tambah (memandang abangnya..yang menunjukkan reaksi ingin menyambung bicara).

ISKANDAR
ye... kalau kita liliit serban buat ekor dua...macam Ustaz Zakaria Tabligh kat hujung kampung tu,yg hari tu anta cantas tu.... kan kita pangg...

HAFIZ
woi.. abang ...apa tabligh pulak ni....lain..contoh lain.....

ISKANDAR
la..tak boleh juga ke...dah la..tak larat la abang nak kasik contoh...oh ye...bab kain lilit kepala ni...teringat abang, kalau kita letak kain pastu letak apa ke namanya tu..igal..? apa ntah abang pun tak ingat.....macam keluarga sa'ud kat ara..

HAFIZ
woi....apa ni bang ... tu bukan serban..aku tak suka la....sa'ud apa pulak ni...wahabi tu..

ISKANDAR
kau ni semua tak suka..ni suka? (sambil mengambil joran dan melibas belakang adiknya ...narrator: piap-piap bunyinya)Ada abang suruh anta suka ke..? orang kasi contoh la... nah ambil ni..!

HAFIZ
eh..apa ni bang..contoh ....contoh juga brader...tapi jangan le promot....tak suka le..wweeii...! orang gurau je la...apa ni...heii....!wai..ha! (sambil ketawa dan mengelak libasan abangnya...)



note:moral ... semak wei...kalau cakap [email=4@5]4@5[/email] isu dalam satu topik... boleh menyebabkan perkelahian seperti dalam cerita di atas..

note#2:waii... jangan marah aa...wa gurau sesama kita sajerer..key .... nah bunge..:flower:

[ Last edited by  si_wawa at 11-9-2007 03:18 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2007 12:00 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum tuan pasarmalam alias alexanderwathern..

gembira bertemu tuan di sini. Mungkin tuan tidak mengenal aku ni, tetapi aku sentiasa mengikuti tulisan tuan di mana2 forum yang tuan hadir.. Ianya bermula disuatu forum Indonesia yang mana tuan 'berentap' dengan forumner kristian... Dan tuan sentiasa menang debat.. Itu terjadi beberapa tahun yang lalu...

Moga2 tuan akan menyumbangkan sesuatu yang sangat berguna di forum ini..




Sekian. Wassalam.


p/s: selamat berpuasa kpd saudara2 sekelian di sini. Maaf krn tak dpt join kalian di sini, kehadiran post ini pun krn teruja dgn tulisan tuan alexanderwathern ni ar...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2007 08:21 AM | Show all posts
Originally posted by tobby at 11-9-2007 12:04 PM


memang benar, aku cukup fobia dgn si pendusta Nabi itu. akal yg mereng shj boleh percaya tok guru dia masuk Kaabah jumpa Nabi, siap diijazahkan dgn Aurad Muhammadiyah lagik. confirm tok guru  ...


assalamualaikum,

dari semalam saya ikuti thread ni dan tertunggu2 dalil yg akan dibawak olh saudra tobby, tapi nampak mcm dah melencong ke lain.

saya rasa saudara perlu menjawab apa yg sebenarnya ditanya oleh pembuka thread ni. isu Asaari sudah selesai. saudra pasarmalam sendiri mengatakan dia tak setuju dgn asaari. mengapa perlu diungkit perkara yg tak sepatutnya.

pada pendapat sya, apa yg saudra pasarmalam minta adalah supya saudra bawak dalil2 utk sokong hujah saudra yg 100% ijmak ulama telah sepakat menolak yaqazah. saudra perlu mnunjukkan dalilnya. krn perkara yg saudra sebut ini melibatkan hukum, bukan soal kecil yg bleh diambil sambil lewa. ingatlah dosa menolak perkara yg ada dlm agama sama sahaja beratnya dgn dosa mengada-adakan perkara yg tiada dlm agama!!

Jgn senang2 sebut perkataan ijmak 100% kerana menurut Syeikh Yusuf al Qardawi sendiri tidak pernah ada ijmak 100% ulamak, melainkan dlm perkara2 yg qat'i, yg jelas hukumnya dlm Islam, seperti solat 5 kali bukan 6 kali, puasa bulan ramadhan dan sebagainya. mengapa saudra begitu berani menyebut 100% ijmak dlm perkara ini, tapi apabila diminta dalilnya saudra berdalih?

klau saudra merasakan saudra tlah tersilap, wajib hukumnya saudra menarik blik hujah saudra krn dikhuatiri berdosa berbohong atas nama ijmak ulamak. Apakah saudra tidak merasa apa2 mengatakan Asaari Muhammad pendusta Nabi sedangkan saudra sewenang-wenangnya berdusta atas nama ijmak ulama'? sehinggalah saudra membawakan dalil yg menyokong hujah saudra maka saudra tlah menjadi pendusta para pewaris Nabi!! contohilah sikap ulamak2 besar yg tinggi ilmunya, sanggup mengakui kesalahn mereka dlm memberi pendapat dan bertaubat, contoh terbaik ialah imam besar ASWJ kita sendiri, Imam Abu Hassan al Asyaari.

saya ingin katakan disini yg saya BUKAN penyokong, apatah lagi pengikut Asaari Muhammad, malah saya tidak bersetuju dlm banyak hal dgn beliau dan jemaahnya, arqam mahupun rufaqa'. saya mohon maaf jika apa yg saya sebut ni menyinggung mana2 pihak, tapi saya merasakan perlu saya menyebutnya agar tak berlaku salah faham di pihak saudra tobby. sekali lagi saya mohon maaf.

[ Last edited by  FaiQ_FeuhRer at 12-9-2007 09:01 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2007 02:12 PM | Show all posts
Wlksm WBT Tuan Saiful.
Terpandang salam tuan di sini, kenalah saya jawab. : )

Benar, saya kurang ingat nama tuan, ataupun mungkin ketika itu tuan menggunakan nama lain. Tak sangka jumpa rakan seperjuangan zaman 憁uda-muda
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2007 02:27 PM | Show all posts
Ya, nampaknya Tuan Faiq pun punya pertimbangan yang sama dengan saya.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2007 03:37 PM | Show all posts
Originally posted by FaiQ_FeuhRer at 12-9-2007 08:21 AM
pada pendapat sya, apa yg saudra pasarmalam minta adalah supya saudra bawak dalil2 utk sokong hujah saudra yg 100% ijmak ulama telah sepakat menolak yaqazah. saudra perlu mnunjukkan dalilnya. krn perkara yg saudra sebut ini melibatkan hukum, bukan soal kecil yg bleh diambil sambil lewa. ingatlah dosa menolak perkara yg ada dlm agama sama sahaja beratnya dgn dosa mengada-adakan perkara yg tiada dlm agama!!



Saya setuju dengan pendapat sahabat saya Tobby bahawa 100% ulamak telah sepakat menolak amalan yaqazah yang di ajar oleh Asaari Mohd. Di Malaysia ini golongan ulamak tersebut dipengerusikan oleh Mufti Perlis Asri Zainal Abidin.
Walaubagaima pun isu yaqazah ini hanya bersifat local dan di peringkat antarabangsa ia sudah lama di tolak oleh ulamak-ulamak hebat seperti Ben Baz, Albani, Sheikh Fauzan dsbnya manakala di Indo-Pakistan lagi hebat ditolak oleh ulamak-ulamak dimana ada wakilnya di sini iaitu Maularna Asri Yusuf.
Di Indonesia pun tidak kurang ramai ulamak yang menolak yaqazah ini. Kalau tak caya cuba tanya Pak Indon yang diundang khas di forum ini.

Nah sekarang membuktikan 100% ulamak telah menolak yaqazah....errr I meant ulamak wahabi!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 07:10 AM GMT+8 , Processed in 0.135766 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list