tristan99 This user has been deleted
|
Dari segi kepercayaan kepada Allah (SWT), memang Syiah takde problem langsung. Kalau nak dibandingkan, Syiah meletakkan kedudukan Rasulullah (SAW) lebih tinggi daripada Sunni. Diorang kata Rasulullah (SAW) ni maksum 100%, tiada pengecualian, samada masa menerima wahi atau sebaliknya. Sesetengah Sunni kata dia (SAW) hanya maksum bila menerima wahi (wahyu).
Yang kata Syiah sembah Sayyidina Ali (RA) tu tak betul. Aku pernah tengok diaorang salat, serupa je dengan orang Sunni. Bezanya sikit je diaorang baca qunoot pada setiap salat, dan kita hanya pada salat subuh, Lagi satu diorang kena baca bismillah sebelum apa2 surah pun selepas surah Al-Fatihah.
Beza besarnya terletak sahabat. Sunni kata Shiah kafirkan Sahabat (Abu Bakr, Umar, Uthman) (RA). Yang betulnya bukan kafirkan, tapi tak setuju langsung dengan ke-khilafah-an mereka bertiga. Syiah memberi keutamaan kepada itrah Rasulullah (Sayyidatina Fatima, Sayyidina Hussein, Hassan, etc) dan Sayyidina Ali (RA). Dan dari segi ashab (sahabat2), diaorang menekankan kepada personality seperti Salman, Abu Dharr, Miqdad, Amr Ibn Yassir. Aku dengar bab ashab ni yang dikatakan oleh sesetengah pihak membahayakan aqidah kita.
Tak tau lah macam mana. Aku tak layan sangat, la aku baca buku sana sini, tanya alim diaorang etc, tengok debat dah berkurun lama dah. Dah malas nak tuduh syiah itu ini, asalkan percaya kat Allah (SWT) dan tak Sembah Ali (RA) ok lah tu. |
|