|
Hukum pelakuan tasybih (menyerupai) hendaklah dilihat dlm 3 faktor:
1. Jika seseorang itu melakukannya dengan pelakuan tasybih dengan orang-orang kafir dalam syiar kekufuran, iaitu menyertai amalan agama mereka, maka menjadi kufur.
2. Jika dilakukan dengan pelakuan tasybih dengan mereka dalam syiar perayaan, iaitu dengan memenuhi jemputan sahaja, tiada menjadi kufur.
3. Jika tiada mempunyai pelakuan tasybih sama sekali maka tiada kufur malah tiada haram.
Juga terdapat suatu kaedah, ulama Islam telah mengambil ketetapan iaitu merelai kekufuran adalah kufur.
dari penjelasan di atas, memakai pakaian yg tidak melambangkan syiar kekufuran (berkaitan agama) dan menghantar kad ucapan tidak termasuk dlm pelakuan tasybih atau merelai kekufuran..
ucapan yg diberi pula tidak membawa maksud merelai kekufuran dan memuji sambutan perayaan sesuatu agama selain Islam. contoh ucapan yg tidak dibolehkan adalah seperti, "semoga berbahagia di hari yg mulia ini" atau "semoga diberkati selalu" atau yg seerti dengannya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Musykil musykil, ngan jiran korang hormat, dengan Allah korang nak berkira hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Saya tidak mengucapkan hari depavali, xmas kpd anyone -- saya tidak akan pakai pakaian yang menyerupai kaum tertentu semata mata nak tunjukkan saya ni ''open'' mcm si Anuwar buat itu.
Apakah hukum memakai pakaian yang menyerupai sesuatu kaum itu? Mungkin orang bijak pandai boleh bagi jawpan. Saya tak ingat dah hukumnya sebab hal ini kami pernah bincangkan di board LP pada tahun 2004. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tobby at 22-11-2007 07:50 AM
ikut logiknya kalau sambut maulud dibolehkan menyambutnya besar-besaran maka apa salahnya umat Islam buat upacara menyambut kelahiran nabi2 lain selain Nabi Muhammad SAW?
bukankah Nabi Isa, Nabi Musa itu juga Nabi utusan Allah. tapi adakah upacara sambutan ini pernah diajar oleh Rasulullah?
Mengapa tidak?? Sewajarnya umat Islam perlu menyambut hari2 kelahiran nabi2 yang lain juga kerana itulah hari istimewa untuk peringatan kepada mereka yang telah berjasa menyampaikan risalah suci yang haq. Masalahnya umat Islam tidak mahu membongkar kitab2 sejarah dan melihat kembali peristiwa2 yang telah berlaku sedangkan itulah yang pernah diajar oleh Rasulullah saaw untuk memperingati hari2 kebesaran dan istimewa sama ada yang khusus atau yang umum.
Sebenarnya dalam dunia sunni sendiri terdapat hadis yang menyatakan tentang kelahiran nabi Isa iaitu pada 10 Muharram. Namun kemudian didapati hadis ini adalah hadis borong palsu yang dicipta semata-mata untuk mengelabui mata umat Islam tentang hari syahidnya cucu kesayangan Rasulullah saaw sendiri.
SELAMAT MENYAMBUT KELAHIRAN NABI IBRAHIM KHALIL ULLAH PADA 25 ZULKAEDAH INI.:handshake:
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by zerozone at 22-11-2007 08:07 AM
Ketika Rasulullah tinggal diMadinah beliau berjiran dengan orang2 Yahudi dan Nasrani ni; tapi tak pernah dengar beliau bersama2 menyambut perayaan mereka. Selama ini tak pernah terjumpa ada hadith tentang hal ini.
Mungkin anda terlupa tentang hadis ni kot........
hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari, "Apabila Rasulullah (s.a.w) tiba di Madinah beliau melihat kaum Yahudi berpuasa pada hari 'Ashura. Baginda pun bertanya kepada mereka mengenai hari tersebut dan mereka pun berkata, pada hari tersebut, Allah telah mnyelamatkan Nabi mereka, Sayyidina Musa dan menenggelamkan musuhnya dan kerana peristiwa itu mereka berpuasa sebagai tanda kesyukuran kepada Allah diatas anugerah tersebut." Rasulullah setelah itu terus bersabda yang mana hadith ini merupakan hadith yang cukup terkenal," Kami lebih berhak keatas Musa daripada kamu," dan baginda berpuasa pada hari tersebut ('Ashura) dan hari sebelumnya.
Inilah hadis(?) yang kononnya rasulullah saaw mendapat maklumat daripada orang Yahudi (bukan wahyu dari Allah) dan turut merayakannya juga. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #25 Gravedigger's post
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya:擱asulullah saw. bersabda, maksudnya: "Berpuasalah kamu pada hari `Asyura' dan buatlah perbezaan padanya (dari) orang Yahudi (dengan) berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya."
Sejarah Puasa Assyura
Hadith :
Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga".
(Muslim) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 28-11-2007 09:08 AM
Mungkin anda terlupa tentang hadis ni kot........
hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari, "Apabila Rasulullah (s.a.w) tiba di Madinah beliau melihat kaum Yahudi berpuasa pada hari 'Ashura. ...
Sudah tentu ahli-ahli syiah tak pakai hadith-hadith riwayat bukhari.
Tiada apa yang di 'konon-kononkan' sebab setiap perkara-perkara berkenaan ibadah yang diajar oleh Rasulullah itu adalah wahyu. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by zerozone at 28-11-2007 07:46 PM
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya:擱asulullah saw. bersabda, maksudnya: "Berpuasalah kamu pada hari `Asyura' dan buatlah perbezaan padanya (dari) orang Yahudi (dengan) berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya."
Sejarah Puasa Assyura
Hadith :
Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga".
(Muslim)
Terima kasih kerana menambah lagi. Lihatlah dua hadis yang bertentangan ini.
Satu menyuruh berpuasa pada hari Asyura manakala satu lagi menyuruh supaya berpuasa sehari atau sebelum Asyura untuk membezakan cara sambutan dengan orang Yahudi. Jika berpuasa pada hari asyura bermakna kita menyambutnya sama seperti orang Yahudi kan?. Stop....kita hentikan dulu bab hadis ni sebab yang nak kita bincang ialah pasal sambut krismas. Neway hadis ini juga sebagai bukti Rasulullah saaw mementingkan hari2 kebesaran yang lain juga.
Krismas ni anda sambut cuti tak seperti orang Kristian juga bercuti? Jika ya maka secara tak langsung juga anda telah merayakan ia juga. Mungkin kita boleh membezakan cara sambutannya dengan membuat cara lain kot. Anyway hanya Krismas lah saja satu perayaan yang orang Kristian sendiri pun tak mahu berkongsi dengan penganut agama yang lain. Mereka lebih suka buat jamuan tertutup kepada ahli keluarga saja daripada membuat rumah terbuka.
Bolehlah ko cadangkan bagaimana nak sambut hari yang diperingati sebagai kelahiran Nabi Isa.
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ibnur at 29-11-2007 02:25 AM
Sudah tentu ahli-ahli syiah tak pakai hadith-hadith riwayat bukhari.
Tiada apa yang di 'konon-kononkan' sebab setiap perkara-perkara berkenaan ibadah yang diajar oleh Rasulullah itu adal ...
Jika ada akai tapi tak mahu menggunakannya....sia-sialah ada kepala hotak tu.
Seperti juga wahabi yang ikut membuta tuli. Kalau disuruh terjun gaung pun mereka akan terjun tanpa sedari yang suruh terjun tu orang buta.
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #28 Gravedigger's post
Saya kerja sendiri. Dalam jadual cuti umum pejabat saya tak termasuk cuti krismas. Kalau ada hadith yg mengatakan Nabi menyambut krismas...saya akan merayakannya. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #29 Gravedigger's post
bukan ahli wahabiyah tapi ahlussyaiah yang ikut marjae-marjae dan ayatollah-ayatollah. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by zerozone at 29-11-2007 08:26 AM
Saya kerja sendiri. Dalam jadual cuti umum pejabat saya tak termasuk cuti krismas. Kalau ada hadith yg mengatakan Nabi menyambut krismas...saya akan merayakannya.
memang takda hadith suruh sambut krismas. so tak usahlah kita sambut. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ibnur at 29-11-2007 01:26 PM
bukan ahli wahabiyah tapi ahlussyaiah yang ikut marjae-marjae dan ayatollah-ayatollah.
Lebih takda akai yang mengikuti ulama-ulama buta hati dan buta perut serta yang sememangnya buta mata spt Benbaz dan dah mati pulak tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tobby at 29-11-2007 01:37 PM
memang takda hadith suruh sambut krismas. so tak usahlah kita sambut.
Begitu juga jangan sambut hari2 jadi termasuk hari jadi Agong, hari kemerdekaan, hari pahlawan dsbnya sebab semua tu takda juga hadis yang suruh. Maka jadilah bidaah yang sesat dan masuk neraka.
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 29-11-2007 02:43 PM
Begitu juga jangan sambut hari2 jadi termasuk hari jadi Agong, hari kemerdekaan, hari pahlawan dsbnya sebab semua tu takda juga hadis yang suruh. Maka jadilah bidaah yang sesat dan masuk neraka.
anologi yg bombastik. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #34 Gravedigger's post
grave, ko silap phm...ak rs ap yg goldraja postkan tu dh cukup jelas yg xmas x boleh disambut
mmg la ko nk sambut hr jd nabi isa tp nape perlu hari dimana org2 xtian mengucapkan kesyirikan thadap Allah?
hari di mana lagu2 memuji ketuhanan isa tu plak ko nk jadikan hari peringatan kelahiran isa
xperlu la susah2...kalo ko nk sambut, sambut la hari lain
ak takut ko wish kat org2 xtian n sama2 hormat menghormati utk merayakan hari xmas mengikut upacara tsendiri
mana ad kompromi dlm aqidah islam...
analogi ko x match bile ko ckp, kalo xsambut hr jd nabi isa so xperlu la nk sambut hr jd org lain...
it's a matter of religious belief
org2 xtian menggunakan tarikh 25 disember atau 6 januari utk menyambut kelahiran anak tuhan, so nape kite kene gune rujukan dorg utk sambut tarikh lahir nabi isa?
kesimpulannya, tarikh lahir nabi isa sendiri x dpt diketahui dan kalo ko still nk sambut gk, naper ko x sambut tarikh lahir nabi adam, idris, nuh, hud, salleh etc etc etc tu sbb dorg nyer tarikh lahir pun x diketahui? |
|
|
|
|
|
|
|
ak rs, ak paham...ko juz nk gune kan tarikh 25 dec tu utk cuti bersama keluarga...
cuti2 mlaysia bsama keluarga pd hari tu x kesah pun...
tp x perlu la nk kaitkn dgn sebab lahirnya isa pd hari tu...
perbuatan dh baik tp i'tiqad tu xberapa betul...
juz anggap 25 dec sbg hari cuti bsama keluarga cukupla, |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tobby at 29-11-2007 03:00 PM
anologi yg bombastik.
Laa...silap response ko nie. Sepatutnya ko jawablah bahawa menyambut hari jadi agong ataupun hari kemerdekaan itu bersifat keduniaan dan takder kena mengena dengan ibadat keugamaan so tak salah lah. Nanti aku jawab lain lah. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by migdal_bavel at 30-11-2007 08:47 PM
grave, ko silap phm...ak rs ap yg goldraja postkan tu dh cukup jelas yg xmas x boleh disambut
mmg la ko nk sambut hr jd nabi isa tp nape perlu hari dimana org2 xtian mengucapkan kesyirikan tha ...
Aku rasa tak silap paham kerana di sana ada perbezaan cara sambutannya. Merayakan hari kelahiran nabi Isa tak semestinya ikut cara sebagaimana yang dilakukan oleh orang Kristian dalam upacara perayaan mereka. Tak semestinya kita juga perlu memakai pakaian khas mereka ataupun ikut serta ke gereja mereka untuk menyambutnya. Kita boleh mengadakannya dengan cara yang berbeza. Bukankah rasulullah saaw sendiri menyuruh agar kita membezakan cara sambutan kita dengan umat2 kitabi yang lain?
Beranikah kita mengharamkan sesuatu yang dihalalkan oleh ugama?
Persoalannya dalam ugama kita tidak seharusnya menghalalkan sesuatu yang haram dan begitu juga mengharamkan sesuatu yang halal melainkan jelas hukum-hukumnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 29-11-2007 07:34 AM
Terima kasih kerana menambah lagi. Lihatlah dua hadis yang bertentangan ini.
Satu menyuruh berpuasa pada hari Asyura manakala satu lagi menyuruh supaya berpuasa sehari atau sebelum Asyura u ...
ello mana ada contradict dua hadis tadi.
Hadis pertama.: Nabi suruh puasa pd hari asyura. Kerana Yahudi pun puasa pd hari asyura, jadi Nabi suruh kita berpuasa hari sebelum dan selepas hari asyura jugak. Jadi kita puasa 3 hari, yahudi sehari utk membezakan antara keduanya.
Hadis kedua : Nabi suruh berpuasa pada hari asyura.
Jelas??? |
|
|
|
|
|
|
| |
|