CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Raksaksa

Aku suka pada saudara perempuanku

[Copy link]
Post time 25-11-2007 04:43 PM | Show all posts
walaupun aku guna avatar otromen, aku rasa best baca storY ko ni resaksa...

aku cadangkan, ko kawan dulu. macam org kat atas cadangkan, gi cari no fon dulu. kalu lambat kang melepas. kalu ko dah kawan kang, org2 tua ni akan nampak dan dari situ ko akan nampak jalan lurus atau jalan bengkang-bengkok atau jalan mati.

apa2 hal, aku harap ko sukses dan update le story ko kat forum ni... hehe...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2007 04:47 PM | Show all posts
Cepatlah abang raksasa tackle dia sblm Moon yg tackle. Kalau Moon dah tackle mesti menyesal tak sudah, padan muka.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2007 06:08 PM | Show all posts
best kan bila family rajin buat gathering bagai!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2007 09:04 PM | Show all posts

Reply #19 nighunter71's & #20 thedoctor46's post

Reply  #19 nighunter71's post

Itu yang aku tak sure. So nak check betul-betul sama ada aku perah santan   atau betul naluri aku.

Reply  #20 thedoctor46's post

kawan dulu la. aku taknak la abes kan cite cepat sangat. takde feel. belum klimaks lagi dah habes. apo la.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2007 09:21 PM | Show all posts

Reply #1 Raksaksa's post

time ni ko rasa hepi lah konon2 nya ko dah jadi perhatian.
tapi bila ko keluar dari kepompong ko tu baru ko rasa apalah sangat sedara ko tu.
bagi aku sedara mara ni macam adik beradik.
anyway ko ni hensem sangat ke tak pon ko ni banyak duit atau pon kau ni study kat kolej2 best mcm oversea ke...??? sebab biasanya, sape yg outstanding sket dlm family musti cpt jadi perhatian!
berapa umor ko eh??

aku yg byk kali dgr pengalaman org tangkap syok kat sedara sendiri nak nasihat kat ko...
jangan la jadi bodoh!
Ko pikir lah betul2. Bercinta ni bukan time manis2 jek. Kalau time pahit2 ko kene pikir jugak.

Cukuplah ko anggap sedara ko tu macam adik sendiri..... Jangan buat kesilapan. Ataupon ko dah cukup gile nak kawen sedara sendiri????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2007 09:25 PM | Show all posts

Reply #21 bzzts's post

ok thnx for advice. aku dah try tanya cousin lain aku pasal no. nih. takde plak dia reply. nak tanya uncle aku segan siut. dgn uncle yg ni aku jarang jumpa, tak berapa close sangat. tapi kira adik ayah aku la. aku try tanya cousin lain plak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-11-2007 09:39 PM | Show all posts

Reply #25 courtney_xo's post

Ini yang aku worried. Tu sbb kadang-kadang baik tak payah layan perasaan nih. Buang jauh-jauh. Tapi kalau uncle aku tak kawen mak dia, mungkin tak jumpa dia langsung. Ni dia dah jadi saudara tiri. Aku pun ada fikir gak dia dah jadi part of the family. Buat ape nak rapatkan lagi. So itu yg aku tak sure whether to pursue or not. Aku boleh aje cari yg lain. Takde hal punya. Tapi nak cari yang serasi dan ada chemistry yg susah.

Nak kata aku hensem, atau banyak duit takla jugak. Aku sederhana je. Nak kata outstanding pun tak jugak. Ramai cousin aku yg lain sume outstanding tapi sume dah kawen atau dah berpunya. Cousin tiri aku ni pun belajar luar negara jgk kat US. Baru balik dari sana 3 bulan. Tapi aku rasa dia belum ada pengalaman bercinta agaknya. Itu sbb dia mudah approach. Ntahlah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2007 09:55 PM | Show all posts
kalau putus tunang mcm mana? (if laa) - kena pikir IF..
kalau gaduh..satu telematch tu tau..
jgn ler ckp.. bila tak kan gaduh..tipu arrr...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2007 09:58 PM | Show all posts
kalau putus tunang mcm mana? (if laa) - kena pikir IF..
kalau gaduh..satu telematch tu tau..
jgn ler ckp.. bila tak kan gaduh..tipu arrr...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2007 10:13 PM | Show all posts

Reply #29 Hana's post

Tu la pasal. Aku pun rasa baik aku lupakan saje. Tak nak rosakkan the relationship. Biar je la sebagai saudara tiri. Aku cari lain terus. Sbb aku tak nak disbbkan aku nanti, family ties aku jadi renggang. Macam-macam boleh jadi nanti. Baik cari orang luar. Lagi senang. Apa-apa hal pun tak affect family ties. Affect family luar je.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2007 04:03 AM | Show all posts
Originally posted by Raksaksa at 25-11-2007 21:39
Ini yang aku worried. Tu sbb kadang-kadang baik tak payah layan perasaan nih. Buang jauh-jauh. Tapi kalau uncle aku tak kawen mak dia, mungkin tak jumpa dia langsung. Ni dia dah jadi saudara tiri ...



meh aku cerita kat ko satu keadaan yg sampai sekarang aku tak boleh lupa!
cerita ni sume related..
ni kes member aku.. laki.. at the same time satu watak pompuan tu pon jugak member aku!

mamat ni dulu study kat uk. dia ada sorang cousin pompuan 2 years younger yg duk kat mesia.
at the same time dia pon ada member pompuan melalui internet kira cam member2 kutuk mengutuk (coincidence si pompuan internet ni member aku!).
kot2 time study tu biasalah..jantan duk gatai nk bercinta. tgk org berkepit ko nk berkepit.. but at the same time mamat ni duk uk lagi.
so during study, si cousin betina ni duk gatai la msg2 mamat ni konon2 cam bangga la kot nanti bole cerita kat member sekolah (time tu cousin pom tu form 6). duk msg2 suruh beli tu lah sebenier lah..
jantan ni kalau duk pujuk baik2 adalah kot yg sangkut walhal sedara sendiri! org kata apa tanduk naik kapla?!

one day mamat ni duk p cerita kat member internet dia (kwn pompuan aku) yg family nk jodohkan dia ngan cousin pompuan tu. ye lah time dia balik mesia ja dua2 makhluk ni asyik kuar sama2 jek.. member pompuan aku bantai gelak jek sebab masa tu member2 kutuk kt internet so no heart feeling. then dia pon cakap lah kat mamat tu... "baguslah, dah family suka apa lagi?", then mamat tu beria jawab " weh tanak aku kawen ngan sedara sendiri gile apa!! ahh aku tak nak! tapi sekarang ni aku tension sbb family beria tanya. walaupun sedara aku tu cun, member aku pon cakap dia cun tapi gilaa wooo"!

tup-tup mamat ni pon habis study, then keje. keje mamat ni pulak keje kapal so mmg akan kene belayar, tgl mesia lagi sampai berbulan.. selama mamat ni baru habis dan mula kerja dia memang ala2 lost contact ngan minah internet ni... minah ni pulak cerita kat aku tiba2 mamat ni antar msg kat dia tukaq2 ym pulak. rupa-rupanya baru putuih cinta tapi dia tak bg tau ngan sapa. ding dong ding dong yang aku tahu a few months later si mamat ni pulak duk couple ngan minah internet ni... yalah member aku tu cun melecun ibarat langit ngan bumi berganda2 dgn sedara gatal dia tu. tapi minah ni still tak tahu sapa sebenarnya x-gf mamat ni. yg dia tahu version tipu mamat ni X dia study kat ####. dlm duk couple ni, mamat tu selalu jugak duk cerita pasal sedara betina dia tu.. itulah inilah... so member pompuan aku ni pon dgr jelah... alah sedara.....

Tapi member pompuan aku ni instict dia kuat.. after a year she've been together with the guy....she found out one old hard disk in his bf's bag. dia cerita time tu saja dia geledah bag bf dia tu sebab she feels got 'something' there.. pastu dia bukak then jumpa lagi gambar2 betina konon2 X bf dia... apa lagi berasap lah member aku tu.. mula2 tu mamat tu tak perasan tup2 dia tgk minah ni duk smoke tak berenti pastu diam lain macam dia pon p lah jenguk apa kejadah nya awek dia duk view... RUPA-RUPANYA gambar2 dia dgn sedara betina tu!! member aku cerita gaduh besar la...at first minah ni tak perasan sapa betina pundek tu. pastu dia da start menjerit then bf dia mengaku tu sedara betina dia yg selalu duk email2 dan selalu si bf dia duk cerita sebelum ni!:@ :@

lepaih tu, member pompuan aku ni pon da lain macam.. dia jadi macam kurang sabar, mudah marah kat bf dia. at the same time dia jadi ala2 kaki pukul pulak! minah ni cerita, sedara betina dia tu still duk menggatal kat bf dia tu. dia kata bf dia mintak maaf sgt2.. katanya tu KESILAPAN bila dia ada affair ngan sedara sendiri...katanya "try2 jek, tapi tak boleh go on"! Sampai la ni member pompuan aku tu still tak boleh terima! Aku sendiri da tgk sedara betina yg di war2 kan tu! nmpak sopan tapi merenyammm!!

aku dgr member aku kedua2 ni da plan nk kawen... tapi member pompuan aku still tak puas hati lagi, kalau boleh dia nk lempang2 cekik2 betina durjana tu!

So aku nasihatkan... kalau sayangkan masa depan jgn ada affair ngan sedara sendiri! Tak berkembang la minda tu... Mana tahu nanti ko pun dpt gf/bakal isteri yg cun melecun mcm 2eko member aku ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2007 05:25 AM | Show all posts
Originally posted by Raksaksa at 25-11-2007 11:34 AM
Sebelum komen apa-apa, tolong baca sampai habis dulu.

Minggu lepas, family aku buat family gathering besar-besaran kat sg petani. So semua sanak saudara sebelah ayah aku datang berkumpul dalam ...



suka???

what is so big deal ngan suka nih?

marriage tu berlaku hanya kerna ada suka?

kalo cam tu..lama dah aku nikah dengan artis2 malaya kelabu asap seme tu..sebab aku suka depa

nak aku list downnn ke?

bila suka, kendian di layan perasaan tu apa jadi? perasaan tu bertambah ke berkureng? lama2 prahsan lah kan?

kalo oang tu pun suka..sama2 suka (ni paling salu aku baca..kawin atas dasar suka sama suka tapi besok luse cerai)

so kenapa? dia pun manusia, dia leh suka tenguk muke King Kong..apa lagi nak tenguk muke raksasa..sukaaaaaa..so whattt?

apa yang buat manusia tejun untuk kawin setelah depa suka or suka sama suka?

ada kata nak halalkan hubungan so nanti lepaskan hajat keinginan tu bertubi2 seme tu halal laa..dan bleh dapat anak plak tu

apa jadi setelah bertaun..bertahun taun..berrrpoloh taun? bila depa cerai..kita tak dengor satu pasangan tu duk bertanya diri masing2 tu..kami nikah suka sama suka, kami halal dalam perhubungan tapi dah jodohhhhhh takat ni jek bang ajiiiii :@

sonang jek bicara kan? apa jadik anak2 tuu..? apa jadik pada persepsi pada yang masih bujang belum nikah2 seme tu?

ada depa pikio? abukkkkkkkkkkkkk....kaputzzz , tak punn..duk pikir sukaa..sama2 sukaa..halal..sedapzz sonokkk beshhh
tu ler depa pikir sokmo kan?

saya bukan nak halang but my point is fikir lah KESELURUHAN nya berkenaan hidup bersama tu..susah DAN senang nya.

ws
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2007 12:51 PM | Show all posts
lupakan..
lupakan..
lupakan..

cukupla sekadar crush..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2007 04:48 PM | Show all posts
interesting.....family dah kat SP....

Aku yg asal SP ni mati kutu gak kalau balik kg...

Nko wat kat mana? Cinta Sayang ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2007 05:09 PM | Show all posts
la... aku igtkan ko syok kat adik beradik pompuan ko.... suspen gak aku baca... setakat sedara cam tu why not.... bukan tak leh kawin.... tp  ada drawback nya, kalau ditakdirkan korang bercinta or kawin, then clash... dikuathiri perhubungan sedara mara pun terjejas....
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2007 05:21 PM | Show all posts
Apa lah sibuk fikir pasal kahwin..
Dating dulu..test the water tengok berapa lama leh tahan..
baru decide..nak kahwin ke tak?
Nanti plan bagai nak rak..tup2 blah je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2007 01:27 AM | Show all posts

betul

Originally posted by WKQ9388 at 26-11-2007 05:21 PM
Apa lah sibuk fikir pasal kahwin..
Dating dulu..test the water tengok berapa lama leh tahan..
baru decide..nak kahwin ke tak?
Nanti plan bagai nak rak..tup2 blah je..


Aaaaaaaaaaaaaaa...betul tu..tau tak perrrrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2007 07:23 AM | Show all posts
aku rasa ko kenal2 la dulu kalau ko dh suka kt dia.ko nk ikut ckp org lain sampai bila?

[ Last edited by  jebat_ensem at 30-11-2007 07:26 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2007 08:29 AM | Show all posts
sakse sakse...

cerita ko buat aku teringat cerita aku sendiri.
aku pun dulu ada jugak sedara yg mcm ko cita la ni, bila duduk pandang2, curik time utk berbual2 berdua. bagi aku, benda ni berlanjutan bertahun2.. close tu 5 yrs, aku ni pompuan jadik takkan la aku nak make the move. tapi kalau family gathering or raya, mesti jumpa, duduk sebelah atau bertentangan mata, tapi mcm biasa la, soal hati siapa yg tau kan? aku ngan dia konsep mcm kawan/sedara biasa tapi aku tau dia tau sudah.

nak pendekkan cerita aku yg panjang dan supaya pagi2 takde la aku dok teringat2 sangat kat dia... dia mmg 1st love aku.

one day, aku dapat phone call dari sedara aku lain, dia meninggal- accident. aku terjatuh masa dengar, lemah kaki aku dua2. ayah aku sambut aku, aku menangis semahu2nya di bahu ayah aku. agaknya dia tahu perasaan aku kot. aku pergi ke hospital tgk jenazah dia... 1st love aku terbaring kaku. takyah cerita la keadaan aku selepas tu, dan berbulan2 seterusnya. cousin2 aku sedara mara aku semua tau yg aku ngan dia mcm ada sesuatu tapi this unspoken feeling.
seminggu sebelum dia meninggal, dia datang ke rumah aku nak lunch, benda yg tak penah2 dibuatnya esp ari tu ari isnin, ari keje, aku kat uni time tu. aku selalu balik lunch tapi ari tu aku tak jadik balik pulak.

pendekkan cerita lagi, setahun selepas arwah meninggal, aku gi kenduri kahwin abang arwah, dan kawan2 arwah ramai yg datang. aku penah jumpa best fren arwah sorang ni masa dia bawak datang ke rumah aku dulu. masa arwah meninggal dia takde pasal dia kat luar negeri. best fren dia jumpa aku dan bagitau, arwah mmg sayangkan aku dan aku la orang yg paling lawa bagi dia tapi dia tak tau mcm mana nak bagitau aku

aku rasa ni antara regret terbesar aku dalam hidup, 5 tahun aku pendam perasaan aku.
sekarang semua tinggal dalam kenangan... kenangan beraya bersama2 dgn dia, bbq, etc.. Al-Fatihah...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2007 09:15 AM | Show all posts
hati dan perasaan ni memang tak boleh kita nak tegah walaupun dengan sedara sendiri.....
cuma skrg ni ko pikir la baik n buruknya jika ko teruskan persahabatan seterusnya perkahwinan dgn cousin tiri ko tu...

tp pendapat seposen aku...better ko kwn jelah ngan cousin ko tu...susah la sakse...nti dah dlm rumahtangga mesti jugak ada gadohnya...sedangkan lidah lagi tergigit apatah lagi rumahtangga...elok isu kecik jadi besar yalah mak mertua ko makcik ko ...besan mak bapak ko..adk bradik sendiri kan ??? x yah la sakse ..ko pendamkan la perasaan cinta ko tu pada dia....n cari la awex lain

tu hana pun solo lagi tuuuu..ko x nak ker

p/s : cik hana jgn mare noo...den gurau jer
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.077197 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list