CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: elizah

Petua Cinta Dari Dato` Fadhilah Khamsah

[Copy link]
 Author| Post time 15-1-2008 11:10 PM | Show all posts
29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda
sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian
adalah tarikan.
30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk
hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.
31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan
daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap
terhadap harta, wang dan hobi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-1-2008 11:14 PM | Show all posts
32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain
jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada
kucing, suka melancong atau suka ramai anak.
33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda.
Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri,
serentak nak ke tandas.
34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap
sesuatu kejadian atau peristiwa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2008 11:15 PM | Show all posts
35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai
hubungan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2008 11:18 PM | Show all posts



39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan.
Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.
40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik
anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan
berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2008 11:20 PM | Show all posts
sori 38 tertinggal

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu
mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2008 11:23 PM | Show all posts
41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan
anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan
kepada anda.
42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak
nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah
tertawan kepada anda.


43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang
original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang
pujian amat dialukan dan dihargai.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-1-2008 11:25 PM | Show all posts
44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan
bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.



45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan
senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai




46. Cari keunikan, kelucuan atau 'kegilaan' bakal pasangan anda. Nyatakan
yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa
istimewa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2008 11:26 PM | Show all posts
47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu
handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-1-2008 11:28 PM | Show all posts
48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah
kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan
keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.


49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2008 11:29 PM | Show all posts
51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan
sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi ,
timbang rasa, dan gunakan gerak batin





52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat
lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho
yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2008 11:34 PM | Show all posts
53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya,
aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang
perkara yang berkaitan dengan emosi





54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari
bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara,
peristiwa atau situasi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2008 11:35 PM | Show all posts
55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau
menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik
memutuskan hubungan




56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah,
meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar
dan lemah lembut terhadap wanita
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2008 11:40 PM | Show all posts
57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta
dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan
unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.





58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa
dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat.
Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif
kepada perasaannya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2008 11:41 PM | Show all posts
59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan
kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk
dia merawat dirinya sendiri.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2008 11:42 PM | Show all posts
60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan
objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2008 11:43 PM | Show all posts
semua petua eliza dah masuk kan'utk tatapan semua org
sori ye kalau ade salah silap n lambat nak post etikal ni
banyak sangat
pe 2 boleh lah berkongsi ye
pe pendapat semua yg sudi membaca
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2008 12:36 AM | Show all posts
wah!terima kasih krn elizah sudi berkongsi serba sedikit ilmu yg ada.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2008 10:36 AM | Show all posts
tq elizah sebab sudi berkongsi info...

info bagus ni....
mana tau..insyaAllah....kalau ade perkara berkaitan, lepas aku apply to myself...kot boleh dpt pasangan ke...insyaAllah...

Amin....mudah2an.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2008 08:33 AM | Show all posts
Originally posted by nazirah_nazri at 13-2-2008 10:36 AM
tq elizah sebab sudi berkongsi info...

info bagus ni....
mana tau..insyaAllah....kalau ade perkara berkaitan, lepas aku apply to myself...kot boleh dpt pasangan ke...insyaAllah...

Amin.... ...

aku amin kn gak ek....
aminnnnnnnnnnnnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2008 02:29 PM | Show all posts
ermmm aku kena rejek sebab no 8 ngan 9 kot....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 11:11 AM GMT+8 , Processed in 0.622788 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list