|
mestilah jin..tapi motif tu tak tau..dan satu lagi apa keistimewaan kawan tu sampai dikunjungi oleh bangsa jin... |
|
|
|
|
|
|
|
20 tahun yang laluuu .. ..
citer yang lama giler disimpan peram .. .. |
|
|
|
|
|
|
|
Moyang kawan aku tu sebelah emaknya memang orang hebat-hebat dalam ilmu dunia dan akhirat!....
Sebelah bapanya pun hebat ilmu agama dan segak-segak belaka.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by adik_nazgul at 20-1-2008 01:46 PM
20 tahun yang laluuu .. ..
citer yang lama giler disimpan peram .. ..
Salah satu sebab dia tak nak ceritakan, kerana dia rasa ceritanya itu adalah luar biasa, tak perlu dihebuh2kan.. dia tak nak ceritanya ini dikisah-kisahkan sehingga boleh menimbulkan sesuatu yang menyesatkan.
Dia hanya menceritakan sedikit perkara yang berlaku kepada bapanya.. dan kepada saudara mara terdekat. |
|
|
|
|
|
|
|
yer lah tue..xkena kat kita nak lah rasa..
bila lah dtng..
mau lari tak cukup tanah tue.. |
|
|
|
|
|
|
|
wow...misterinya......ada keturunan wali-wali x member ko tuh........ |
|
|
|
|
|
|
|
waris terpilih nih..hehe..mcm citer anak ponti plak. kwn ko ade simpan batu mulia x? |
|
|
|
|
|
|
|
alamak.. apesal tergantung plak... sambung je laa menarik nie... |
|
|
|
|
|
|
|
lepas ni mesti laju thread ko ni |
|
|
|
|
|
|
|
X de crite dah ke? |
|
|
|
|
|
|
|
kawan ko tak pergi berubat ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Berubat?... entahlah, sebab sekarang tiada lagi gangguan tersebut, dah lama dah... lagi pun dia kata banyak bomoh yang mengarut.. ada yang pakai hantu@jin dan ada yang hentam keromo, akhirnya boleh porak peranda ikatan keluarga dan persahabatan dengan tuduhan yang bukan-bukan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Lagi satu aku nak cerita, kisah kawan aku tu, semasa masih anak teruna, belum kawin, dia pernah menemani rakannya berkunjung ke rumah teman sepejabat rakannya (famili). Setelah hampir 40minit berbual-bual dalam rumah teman sepejabat rakannya itu, tiba2 anak perempuan tuan rumah macam dirasuk makhluk halus, lalu bersimpuh macam pahlawan dulu kala dan mengurut-urut janggut (walaupun budak perempuan itu tak ada janggut sebenarnya). Kejadian itu berlaku di dalam bilik dan kawan aku bersama rakannya diajak oleh bapa (tuan rumah) melihat anak mereka itu.
Di dalam bilik tersebut, budak perempuan yang kena rasuk tu (atau disebut telah diresapi roh wali ) dalam keadaan bersimpuh style pahlawan dan kelihatan mengurut-urut janggut invisiblenya, dia meminta kain kuning... entahlah apa dia nak buat aku tak tanya pun kawan aku.
Yang peliknya, perkara pertama bila kawan aku masuk ke dalam bilik tersebut ialah budak perempuan itu mengacu tangan kepada kawan aku tu dan memberitahu "Inilah orang yang sedang kami cari-cari, kami gulungan wali memang sedang mengikut cucu ke mana sahaja, sayangnya di rumah cucu sekarang (rumah sewa bujang) ada banyak gambar, nenek tidak dapat masuk ke dalam rumah tersebut".
Seterusnya budak perempuan tersebut memberitahu dalam bahasa yang seakan slang indonesia dan terketar-ketar macam orang tua; bahawa mereka gulungan wali (aku tak faham) memang telah lama mengikuti perkembangan kawan aku tu, mereka amat suka sekali pada kawan aku tu dan bercadang untuk mengajak kawan aku tu berinteraksi bersama mereka. Sayangnya kawan aku hidup dalam dunia yang penuh dengan perkara-perkara yang tidak baik katanya, muzik, hiburan dan macam-macam... sehingga bila kawan aku pulang ke rumah, mereka penuh sesak berada di luar rumah sewa kawan aku tu,kadang-kadang bergilir-gilir menunggu di luar (ini satu lagi aku tak faham).
Kononya mengikut kata budak tu (dengan watak Tok Shekh) hal kawan aku tu memang sering dibincangkan oleh gulungan para wali dan sesama mereka sentiasa membawa khabar perihal kawan aku tu.
Banyak lagi perkara yang disebut oleh makhluk yang merasuk tu melalui perantaraan budak perempuan tersebut. Tapi satupun tak diindahkan oleh kawan aku tu. Dia langsung tidak mau terlibat dan percaya. katanya, "Aku percaya adanya hantu, tapi aku tidak percaya pada hantu".
Akhirnya apa yang disebut oleh budak perempuan itu ialah mempelawa kawan aku menjadi bomoh besar. Kawan aku tetap menolak pelawaan tersebut. Katanya, "Jangan kacau saya, saya tak mau semua itu, biarlah saya melalui hidup sebagai manusia biasa saja, saya tak minat".
"Apa boleh buat, cucu tidak minat, tapi jika cucu menerima tawaran nenek ini, ...... (aku tak nak ceritakan...). "
Dalam perbualan tersebut, banyak hal yang disebut dan soal jawab yang cukup menarik di antara kawan aku dengan Tok Sheikh tersebut. Soal Sheikh Abdul Khadir J; soal tokoh ini dan tokoh itu yang sudah mati, sambil menceritakan kepada aku kawan aku memberitahu jangan percaya semua ini...(maksudnya meminta aku jangan mempercayai semua butiran yang disebut-sebut oleh Tok Shekh tersebut). Dia (kawan aku) terus menceritakan butir-butir perbualan dengan Tok Sheikh tersebut melalui perantaraan budak perempuan tersebut. Termasuklah kisah yang kononya akan terjadi (pertumpahan darah besar-besaran) di beberapa tempat.
Tok Shekh tersebut kemudiannya meminta kawan aku tu bersila membelakanginya, aku bertanyakan kepada kawan aku tu, "Hang turut ka dia?",
Kawan aku menjawab, "Ya.. aku duduk bersila membelakangi budak perempuan tersebut"
"Hang berani no.... nanti dia hantaq saka kat hang!".
"Aku tau apa dia nak buat, aku sekadar nak menjaga hati ibu bapa budak tu, aku ikut sebab aku tak percaya itu semua, sekadar nak tengok apa muslihat yang nak dibuat".
"Hang betoi-netoi berani, habis apa jadi kat hang?".
"Dia membaca serapah dan kemudian menepuk dengan kuat belakang aku dua tiga kali, sebenarnya aku sudah bersedia penagkisnya., minda aku tidak layan langsung perkara macam ni, karut semuanya, menyesatkan... kalau hang yang tak tau apa-apa jangan duk tebiang".
Kemudian budak perempuan itu sedar kembali. Tuan rumah, bapa budak perempuan tesebut, ibunya dan adik beradik terpingat-pinga di atas kejadian tersebut. Kawan aku memberitahu, "Jagalah anak Pak Cik, jangan dilayan sangat perkara begini kerana ialah lebih kepada perkara yang menyesatkan".
Rakan kawan aku yang datang bersama itu tercengang-cengang. Dia amat takut dan kelihatan tak tahu apa-apa dan amat mempercayai perkara yang berlaku, kawan aku berpesan, "Jangan main-main dengan benda merepet ni.. karut, nanti kita jadi sesat, aku tadi sekadar nak tahu apa yang dia nak buat".
[ Last edited by paler kembang at 20-1-2008 04:54 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
mysteri nih...kawan ko ni org beriman ke? |
|
|
|
|
|
|
|
lagi...? |
|
|
|
|
|
|
| |
|