CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hyeza23

member aku histeria...eeee

[Copy link]
Post time 12-3-2008 12:56 PM | Show all posts

Reply #20 miftahuljamilah's post

CITER ARR WEIII..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2008 02:21 PM | Show all posts

Reply #21 atreyu05's post

nak baca ke? cite saya ni berlaku masa saya tingkatan 2,di sek agama rakyat,taiping.Boleh katakan majoriti sek agama asrama memang byk gangguan.Tapi yg geramnya cikgu2 atau warden cakap semua tu sebab student stress,diorg tak caya sebab setengah tu mmg trick tak nak pi prep atau study lps tu bole balik kg!

satu hari ada juniour saya nak pi prep mlm,lalu tepi bngunan sek,sampai je tepi blok dia nampak ada lembaga seperti kelawar terbang dn bawa salib yg besar dan keras terus memukul kepalanya,lepas tu dia pengsan.

kawan2 yg jln sebelah dia papahlah bawa pi surau dkt situ,start sampai je mula lah dia meracau2! km yg tgh prep terkejut semua nak cari suara dr mana!lama juga dia menjerit2 kami tak dpt nak tgk jelas sebab warden srh masuk kelas. oleh kerana tak terkawal lagi kena panggil ustaz dan student lelaki..he he. time ni la peluang diorg nk tengok benda yg tak patut tgk! tudung dah tentu la tertanggal! apa lagi bdk cun pulak ramai la yg volunteer!

saya dah kecut dah, dengar ustaz azan je suara dia pun naik sekali menjerit sayup2 dia kata panas! panas! nanti lah aku nak hancurkan sekolah ni!! takutnya sampai 2 3 x jugak azan baru dia lemah...kesian budak tu letih gile ! malam tu lepas prep kami pi la tgk keadaan dia..dia cerita la apa yg berlaku...dalam pada tu ada lagi bebudak yg dia nak masuk,rasanya dia jangkit kan sorg kawan yg jalan sama2 dgn dia tu..katanya jaga2 malam ni ada org nak tanam sesuatu belakang sekolah!

Apa lagi,kami malam tu semua pakat baca yaasin ramai2,nak pi tandas pun ramai2, katil pun sambung dekat2 !apa yg kami takut sebab spesies hantu ni bukan hantu biasa sebab budak tu kata dia tak takut ayat Quran ,rupanya macam paderi kristian,ada ramai disekeliling sekolah kami!Bila azan je hantu2 tu masuk dlm "kubur" dia sekeliling sekolah yg penuh salib!kalau baca ayat Quran dia akan menjadi marah dan memandang tajam pada budak tu!

mujurlah selepas tghmalam dia ok .ingatkan esok dah clear lepas ustaz tawar2 skt rupa2nya menjadi2 lagi! kali ni dia histeria di dalam kelas,kemudian seorg demi seorg terasuk sama!sampai lain2 kelas pun jangkit ada la 7 org kot!! dia asyik menjerit2 sakit2!! sakit!! katanya ada mata warna merah sedang merenung dia!langsung kelas tergendala. ye la sek kami bkn besar mana pun,pimai2 tang tu semua..nasib kawan sekelas saya takde yg kena..sebabkan kejadian tu maka kami pun susah lah nak belajar .lebih membingungkan wpun dah buat ubat macam2 histeria terus berlaku.

waktu prep petang budak tu ok la dia nampak la ceria sikit.kesian dia menjerit2 je warden lelaki bawa dia pi selam kepala dalam air,kemudian tampar budak tu! tapi sikit pun tak  sakit lagi ganas dia.cuma dia takut diselam dalam air sebab katanya terlalu byk 'salib' dalam kolah tu!kami pun naik nyampah dgn cikgu2 ada ke katanya sebab tension,jadi tak byk tindakan dilakukan nak pulihkan keadaan..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2008 03:00 PM | Show all posts
saya ni sebenarnya nak kata takut tu ,memang takut,tapi suka benda2 adventure ni, bila budak tu ok sikit,saya suka tanya2 dia apa yg dia nampak,dia nak cari sapa nak buat apa kat sekolah kami! jadi kesimpulanya yg saya tau mereka diganggu oleh roh paderi kristian yg marah pada semua sekolah agama i Malaysia! dia ada ckp nak hancurkan sekolah kami dgn semua sekolah2 agama lain..katanya lagi apa yg dia nampak semua kawasan perkuburan kristian,paling kesian katanya ada 5 org duduk" masuk" dalam bdn dia! sekali masuk dia teramat sakit! setiap kali org ngaji paderi tu pukul dia dgn salib yg besar!itulah ketua paderi yg paling kuat!

sambil layan dia sembang saya bg dia makan..nak tau dia minum air 1 jug habis! kuih donat sampai 5 ketul! pastu dia terlena..sedar2 je dia minta lagi nak makan! saya kata kan tadi dah makan?dia kata mana ada!(alamak! sapa yg makan tadi??? seramnya saya... pastu saya ambil makanan lain..padahal dlm hati kecut gile!

malam tu time kuliah maghrib dia menjerit lagi dengan yg lain,elok je nak solat pengsan! lepas sedar jadi histeria kemudian diikuti kawan2 yg lain..kali ni lagi kesian,dia jerit2 kata sakit,matanya tepat pandang hujung kaki,paderi tu picit kaki dia katanya.oleh krn kat dia ni ketua yg lain tu tak la kuat sgt..so saya sibukkan dia je la.saya pun rasa seram dan lenguh2 kata org itu tanda2 kita nak kena tp Alhamdulilla tak de apa kat saya.(.saya lagi tunggu kt hujung kaki dn tengok mata dia dgn hrpn dpt tgk apa2! tapi saya still takde apa!!)

ramaila cikgu yg dtg tapi saya nyampah asik kata budak ni stress.!bayangkan dia kata kali ini dia sakit sebab sedang dibawa ke sebuah tasik yg berapi dan sedang disalib disitu! semua rahib sedang cucuh dia dgn api! kesian dia.. yg lain2 pun jerit sama..tapi tak pasti nampak apa..oleh kerana cikgu pun habis ikhtiar panggil mak ayah dia ambik bw blik mlm tu. yg lain masih disekolah..

pada malam tu kami baca yaasin lagi 2 3 hari tu kami semua takut,kawan saya tu ada pesan jam 12 malam jgn pegi keluar atau terjaga sebab paderi tu check semua  katil dan kawasan sekolah.saya pun kongsi katil dgn kawan.kami ramai2 tido dkt.ntah kenapa malam tu saya terjaga saya tak nampak apa2 tapi dgr bunyi air dlm kolah asrama berkocak kuat..ya Allah takutnya .!!pejam mata tak berani pandg hala bilik air tu!

mujur esok pagi takde apa,tapi ada jg yg cerita nampak pempuan tua dgn gigi emas tersengih pandang kat dia!matanya..merah je..pakai jubah hitam! hish seram saya!
time tu pun kbtulan nak cuti sekolah so sebelum asrama dikosongkan kami baca yaasin dan ada pggl sorg bmoh dia letak bijan goreng dgn garam kot.katanya jgn dtg lagi selagi bijan tu tak tumbuh![memangla tak tumbuh dah goreng!]

lepas tu kami semua blk kg,kbtulan ada sorg kwn yg ayahnya pandai menengok ni dia minta izin pihak sekolah nak tengok,lepas dia tengok tu apa yg mengejutkan kami dia bgtau ada satu gerakan kristian dr gereja sepanyol sedang cuba menganggu sekolah2 agama di msia,mereka cuba melemahkan smgt nak belajar dgn memuja roh paderi dan menghantar ke sek2 ni dgn cara sihir.!bygkan kuatnya sihir mereka..memang ada sesuatu ditanam di sekolah tapi telah di ambil dn buang .sejak tu Alhamdulillah takde lagi histeria hantu kristian! tapi hantu2 lain dari tempatan masih ada berkeliaran..
untuk ganggu org nak tuntut ilmu..

habih cite! sekian tamat!
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2008 09:17 PM | Show all posts
penah tak korg pegang susu org kene histeria..ekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2008 09:56 PM | Show all posts
Originally posted by demonagirl6 at 12-3-2008 09:17 PM
penah tak korg pegang susu org kene histeria..ekekeke


amboi ! soalan..cepumas!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2008 09:57 PM | Show all posts
waaa..jahatnye

sian budak tue...cgu2 memang gitu...slalu kalu budak histeria kate budak tu penatlaa..stress la...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2008 09:59 PM | Show all posts

Reply #26 hyeza23's post

tu la ..kesian diorang..entah2 cikgu pun takut tapi nak cover depan student!
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2008 11:45 AM | Show all posts

Reply #26 hyeza23's post

cikgu tu pun tatot tu..
saje dia nk coverline
tp aku pelik arr..pasepa cikgu2 xpenah kene histeria ar???
biar diorg rasa apa yg studen rasa...kekeke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2008 01:19 PM | Show all posts

Reply #28 atreyu05's post

actually..guru2 sekolah saya ada yg ngaku jumpa hantu bungkus terbaring dlm bilik air warden,tapi ustazah saya ni berani dia kata "dia bukan boleh buat apa pada kita,"setakat tunjukkan diri je...

kemudian seorang warden lelaki pun mengaku tengah malam dia nampak kat asrama pompuan ada student rambut panjang panjat dinding!dia punya marah sebab student tu tak tutup aurat! kemudian baru dia terpikir "sapa pulak yg memanjat tengah2 malam buta lepas tu sorang2 pulak tu!?" so dia diamkan aje..takut menakutkan kami.

student lelaki pun ramai bagitau malam2 diorang nampak atas bumbung asrama pempuan ada burung hantu sebesar anjing dok bertenggek atas tu!

pendekata macam2 berlaku tapi cikgu byk coverline takut kami tak mau dok asrama kot!
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2008 08:16 PM | Show all posts
..... takutnyer duk skola asrama neh...

bdk2 selalu kene kaco sbb br nak nek kut... time tuh semangat x kuat lg...
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2008 08:31 PM | Show all posts
Originally posted by bubpallo at 10-3-2008 02:31 PM

......................:victory: :victory: :victory: :victory: ....................


.....................
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2008 08:44 PM | Show all posts

Reply #29 miftahuljamilah's post

besar nye burung hantu tu..

spisis kacukan burung hantu dengan hantu kot..
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2008 10:05 PM | Show all posts

Reply #32 nauze's post

ntah la..saya pun tak tau..pasti bukan burung hantu biasa!
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2008 10:22 AM | Show all posts
next story plssss
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2008 08:01 PM | Show all posts
member aku pnah citer...
pocong kat skolah die suke kaco org yg malas trun prep..hakhakhak..
pocong "baek" kot..
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2008 08:08 PM | Show all posts
miftahuljamilah,

first time gitu dengar citer hantu kristian kaco budak2 sekolah agama..
eerr.. sekolah agama rakyat taiping ni dekat area mana ekk??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2008 08:51 PM | Show all posts

Reply #36 MinahKarat's post

kat changkat jering,jkg jelutong.kenapa awak dok kat taiping ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2008 02:53 AM | Show all posts

Reply #37 miftahuljamilah's post

aku org tepeng!..aku org tepeng!..hhahahha...aku tau sekolah tu kat ne...tapi dier dah tambah bangunan baru kann..dekat area kampung jalan nak g kuala....betul ke ek? sbb aku kekadang konpius sket..hhahaha
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2008 10:58 AM | Show all posts

Reply #37 miftahuljamilah's post

kt batu 8 trong tu ka?
aku bkn org tepeng, tpi aku dok brjiran dgn tepeng
kekeke
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2008 01:08 PM | Show all posts

Reply #37 miftahuljamilah's post

saya org tepeng..
hmm.. .. cite yang hantu kristian tu tahun bila ekk?/

[ Last edited by  pessona at 16-3-2008 01:09 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 04:25 PM GMT+8 , Processed in 0.054921 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list