|
Balas #19 mycos79\ catat
so, kelab2 kereta antik, kereta lama, kelab mini, kelab volkwagen, kelab 4x4, kelab toyota levin/ae86 tak nak buat petition kat persatuan insurance ke?
tentunya decision tak offer 3rd party ni adalah hasil persetujuan bersama persatuan2 insurance kat malaysia nih..kalau tidak, takkan mereka serentak tak offer 3rd party after may itu hari? ayuhhhhh....bangkit! |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #21 loona\ catat
....undi ditangan anda |
|
|
|
|
|
|
|
baru ni...
opis mate aku pi renew rt dan insrn keta kancil dia yg lahir pada tahun 1994.
tapi dia kena beli insrn sekali dengan insrn myawa ke hapa ntah... maksud aku, kena beli insrn lain, tambah duit.
yg aku pulak, bulan 1 dan bulan 4 itu ari renew rt, tapi tak de pun kena cam tu... fyi, aku nye keta, keta blum sampai 4 tahun lagi. bulan 8 ni, kena renew keta nombot 3 aku. keta ni tua sikit, lahir tahun 2002. so apa macam? kena beli insrn nyawa jugak kah?
p/s: aku buat lawak kat kawan aku yg pakai kancil tu, isnrn nyawa yg dia kena beli tu, sebab syarikat insrn tak percaya dan rasa keta kancil 15 tahun dia sudah tidak selamat dijalan raya lagi... buleh menyebabkan kematian.... member aku rasa terhina, terus dia ajak aku pi showroom nak buat utang..... kah kah kah |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #23 geng_tx's post
aku rasa ko maksudkan loading kot... kereta yg melebihi umur tertentu dikenakan loading - extra charges.. tapi tak ingat plak aku 10% ke 15% kot... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by loona at 11-6-2009 06:10 PM
pasal 3rd party dan kereta lebih 20thn nih...
Sekarang ni kebanyakan insurance dah tak offer 3rd party dah..
kalau umur keta 20thn pun kebanyakan tak offer 1st party pun..
pusing merata nak cari yg offer 3r party, tapi tak jumpa lagi..gi kurnia, takaful ikhlas, alianz, aminsurance semua dah tak offer dah...katanya sejak bulan 5 tahun 2009...
dengar2 kalau MUI, takaful malaysia, uni.Asia masih offer 3rd party...
ada sapa2 tak yg baru ambik 3rd party dan kenderaan melebihi umur 20tahun?
dan sapa2 tahu insurance mana lagi yg masih offer 3rd party nih?
aku le orangnye. datsun 120Y tahun 1978
dan yg paling best, aku dpt discount NCB, bayar cuma RM110.80 aje.
roadtax rm55 aje.
tokio marine insuran kat anthola insuran, ampwalk, jalan ampang. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by geng_tx at 13-6-2009 07:18 PM
baru ni...
opis mate aku pi renew rt dan insrn keta kancil dia yg lahir pada tahun 1994.
tapi dia kena beli insrn sekali dengan insrn myawa ke hapa ntah... maksud aku, kena beli insrn lain, ...
aku rasa, insuran tu cuma insuran kemalangan aje kot. optional, maknanya tak wajib.
sebab tahun lepas aku amik pun ejen tu offer aje. katanya elok amik, so aku amik le lagipun masa tu pakai duit kompeni. tahun ni takde pun diorg mention apa2 pasal additional insuran coverage...? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by bzzts at 14-6-2009 02:06 AM
aku le orangnye. datsun 120Y tahun 1978
dan yg paling best, aku dpt discount NCB, bayar cuma RM110.80 aje.
roadtax rm55 aje.
tokio marine insuran kat anthola in ...
kereta aku umur 25 tahun..last year, 3rd party insurance aku about RM135.
tapi this year, insurance cakap 3rd party dah naik 100%, bermakna aku kena bayar RM270.
aku dengar dari ejen aku, semua 3rd party memang dah naikkan 100%, dan dah memang sah most big insurance company dah tak offer dah 3rd party nih, dan memang dah tak offer 1st party untuk kereta umur lebih 20thn.
Company insurance yg aku tahu still offer 3rd party adalah uniAsia, Takaful Malaysia dan MUI.
Ejen aku cakap mungkin policy boleh berubah, dan mungkin lama2 3rd party dah tak offer lagi...
so..bzzts, apa kita nak buat dengan kereta kita?
aku dah overhaul enjin, dah tukar almost 90% of the part, dah refurbish seat, paint semua...almost dah restore kereta aku nih...i wont let go that easy! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #28 loona's post
mungkin suh memana property evaluator untuk evaluate semula kete tu.
tengok brapa value baru, kalo value market rm8k, tambah aksesori, modify, enjin tukar, custom sana sini, kita suh jpj endorse kan.
pastu MUNGKIN boleh la kot kita tengok brapa insuran dia mau letak |
|
|
|
|
|
|
|
kat nst today (cbt) ada rencana khas psl ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #31 integra's post
motor mana samaa..... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #32 bzzts\ catat
tu la.. just nok share.. |
|
|
|
|
|
|
|
wa nk renew insuran 3rd party td dah x leh...dorang ckp skg dah x leh wat 3rd party...hangin jek wa dgr kencing dorang..cipet tulll...sape2 agen insuran yg leh bg service 3rd party pm wa cepat..roadtax dah mati nehhh |
|
|
|
|
|
|
|
34# kecimpret
takaful Malaysia, uniAsia, MUI masih lagi offer 3rd party.
Kalau takaful, dah dah naik 100%...
dulu aku bayar RM130, sekarang ni kena bayar RM260....aduuuuhhh |
|
|
|
|
|
|
|
34# kecimpret
takaful Malaysia, uniAsia, MUI masih lagi offer 3rd party.
Kalau takaful, dah dah naik 100%...
dulu aku bayar RM130, sekarang ni kena bayar RM260....aduuuuhhh
loona Post at 23-6-2009 23:49
masalahnya agen insuran dorang x mau amik 3rd party lg...dah 2-3 tpt wa gi sume x mau wat 3rd party..wa saspek komisen rendah kot kalo wat 3rd party neh |
|
|
|
|
|
|
|
36# kecimpret
oooo..agen taknak ambik...
why not pegi direct to their office laaa. |
|
|
|
|
|
|
|
Kereta tua tak dapat insurans
Oleh Kamarulzaidi Kamis
[email protected]
Syarikat enggan lindung kenderaan bawah RM10,000
KUALA LUMPUR: Beberapa syarikat insurans kini menolak permohonan untuk memperbaharui perlindungan insurans kenderaan berharga bawah RM10,000, termasuk teksi kerana dianggap merugikan.
Berdasarkan aduan yang diterima Berita Harian, syarikat terbabit memberi alasan kenderaan itu berisiko tinggi untuk diberi perlindungan insurans.
Dianggarkan 4.8 juta kereta berusia 10 tahun dan ke atas yang bernilai bawah RM10,000 berada di jalan raya pada masa ini, termasuk lebih 900,000 Proton dan 300,000 kenderaan keluaran Perodua, iaitu Kancil, Rusa dan Kembara yang didaftar antara 1994 hingga 1999.
Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) ketika dihubungi semalam, mengesahkan pihaknya menerima banyak aduan mengenai perkara itu, terutama daripada pemilik teksi yang berusia 10 tahun ke atas.
Sehubungan itu, Fomca menggesa pihak berkuasa khususnya Bank Negara Malaysia dan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) memberi penjelasan berhubung perkara itu kerana ia akan menimbulkan masalah kepada pemilik kenderaan terbabit.
Ketua Eksekutif Fomca, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata tindakan itu tidak adil kepada pengguna khususnya golongan berpendapatan rendah yang menggunakan kenderaan bernilai di bawah RM10,000.
"Kerajaan masih membenarkan rakyat menggunakan kenderaan berusia lebih 10 tahun. Saya tidak faham mengapa syarikat insurans tertentu enggan menerima permohonan dan pembaharuan insurans bagi kenderaan di bawah RM10,000," katanya.
Mohd Yusof berkata, syarikat insurans tidak mungkin menanggung kerugian selagi kenderaan berkenaan tidak terbabit dalam kemalangan.
"Setahu saya, masih tidak ada statistik rasmi yang menyatakan bahawa kadar kemalangan bagi kenderaan bernilai bawah RM10,000 atau berusia lebih 10 tahun adalah tinggi. Lagi pun, nilai yang dilindungi adalah rendah berbanding kereta baru," katanya.
PIAM ketika dihubungi semalam memberi jaminan akan meneliti aduan itu.
Sementara itu, sebuah syarikat insurans terbabit ketika dihubungi menjelaskan keputusan berkenaan dibuat berdasarkan kajian mendalam mengenai risiko dan keuntungan pada peringkat syarikat yang dibuat dari semasa ke semasa.
Jurucakapnya berkata, pihak syarikat sudah tentu mahu menjana keuntungan dan segmen perlindungan kenderaan di bawah RM10,000 dikenal pasti membawa kerugian kerana banyak tuntutan diterima.
Bagaimanapun, kajian peringkat syarikat akan terus dilaksanakan dan kemungkinan segmen itu diberi perlindungan semula jika ia didapati tidak berisiko tinggi pada masa akan datang. |
|
|
|
|
|
|
|
SAYA sebagai rakyat yang hidup serba sederhana ingin menyuarakan rasa bimbang dan ketidakpuasan hati saya terhadap perkara yang berbangkit.
Sebagai pengguna kenderaan yang mengunakan insurans pihak ketiga (third party) saya amat dukacita terhadap kenaikan mendadak premiumnya sebanyak 200 peratus.
Adalah tidak munasabah kenaikan yang amat membebankan ini dibiarkan begitu sahaja oleh pihak kerajaan.
Disebabkan ketidakmampuan membayar insurans pihak pertama (first party) yang menyebabkan saya menggunakan insurans pihak ketiga ini.
Oleh itu jika kenaikan ini terus dibiarkan ternyata ia amat menekan kepada pihak seperti saya yang serba serbi menanggung kos berlebihan dari segi kehidupan yang amat sederhana.
Saya percaya di luar sana ramai tidak bersetuju dengan kenaikan ini dan saya percaya juga di luar sana ramai yang memperoleh pendapatan tidak seberapa untuk menanggung tambahan kos seperti ini pula.
Saya maklum pihak kerajaan akan mengkaji perkara ini demi kepentingan dan keselesaan rakyat, jangan biarkan perkara ini menjadi isu kepada pihak pembangkang untuk terus memburuk-burukkan kerajaan seolah-olah menindas rakyat.
Yang pasti kepercayaan saya masih lagi terhadap kewibawaan pemerintahan BN.
INSAN TERTEKAN,
Tumpat, Kelantan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|