Kalau PM dan TPM pakai v6 tak kan negeri nak pakai mercedes, bukan soal servis tinggi ker tak, keadaan ekonomi skang tak menggalakkan pakai MERCEDES. Bila GANU pakai dah tentu negeri lain nak ikut, maka makin jatuhlah image proton. Kalau pakai ikut hentam sahaja, memanglah MERCEDES pun lingkup, tak logik mentenen sampai rm175k, Apa ker jadahnya nie, meeting pun kat KL, buat aja meeting exco kat GANU, semua nak tunjuk mercedes. Sebenarnya tak sehebat mana keter mercedes nie, mudah sgt kena lauk dgn impreza gua...)
Nielah bila nak tunjuk2...baru tak sampai 4 bulan jadi MB, kalau 4 tahun habis duit MINYAK di balunnya...
aku rs dia sj ja buat kes cos nk pakai krta baru dan sebab ke dua nk membongkart penyelewengan ex mb yg letak service krta berjuta2 rm..dia ingat rakyat bodoh kot:@
Originally posted by crossfire at 24-7-2008 11:25 AM
Kalau PM dan TPM pakai v6 tak kan negeri nak pakai mercedes, bukan soal servis tinggi ker tak, keadaan ekonomi skang tak menggalakkan pakai MERCEDES. Bila GANU pakai dah tentu negeri lain nak iku ...
Pak Bodo-lah memang pakai Perdana, tapi tu bukan satu2nya keter rasmi dier... dia ada keter BMW 740Li latest sebagai keter rasmi dier, enjin 4.0 L V8 tuu... tak caya, tengok video kat bawah ni...
[ Last edited by Squall-Leonhart at 24-7-2008 07:07 PM ]
Musykil dengan data penyelenggaraan Perdana V6
24-07-2008 03:30:06 PM
SAYA amat tertarik dengan maklumat yang disiarkan oleh akhbar berbahasa Inggeris tempatan hari ini 23/7/2008 yang menunjukkan data penyelenggaraan Proton Perdana V6 adalah sebanyak RM200 setiap 5000 KM.
Angka ini juga dibandingkan dengan penyelenggaraan kereta lain iaitu Mercedez. Data ini menimbulkan tandatanya dan mengelirukan . Adakah yang dimaksudkan penyelenggaraan (service) itu hanya menukar minyak injin sahaja?
Saya telah membeli Proton Perdana V6 baru dan telah menggunakannya selama 5 tahun genap pada tahun ini. Saya memang mengikut spesifikasi yang dicadangkan Proton untuk penyelenggaraan bagi setiap 5000 kilometer. Lebih-lebih lagi saya sentiasa membuat penyelenggaraan di tempat yang diiktiraf oleh Proton iaitu di EON Service.
Setiap kali saya menyelenggara kereta saya, maka saya akan catatkan bacaan kilometer, tarikh dan kos penyelenggaraan yg saya bayar.
Berikut adalah sebahagian penyelenggaraan biasa yang saya catatkan:
Saya memberikan data ini untuk berkongsi pengalaman pengguna-pengguna Proton Perdana V6. Saya tak menafikan kerata Nasional kita memang anggun dan prestasinya bagus tapi data yang saya baca di akhbar tadi nyata mengelirukan saya.
Sepanjang pengetahuan saya, saya hanya membuat penyelenggaraan di luar daripada EON dua kali sahaja.
Di sini timbul tandatanya juga adakah EON mengenakan bayaran yang begitu tinggi berbanding tempat lain kerana data di atas tidak pernah menunjukkan angka RM200.
Oleh yang demikian apa yang didakwa oleh Kepimpinan Menteri Besar Terengganu ada kebenarannya jika merujuk kepada data yang saya berikan.
Saya berharap juga Pengguna-pengguna Mercedez yang mempunyai kapasiti dengan Proton Perdana V6 untuk tampil memberikan data seperti saya untuk dijadikan perbandingan.
Kelantan pun dakwa Proton Perdana sering rosak
24-07-2008 05:06:29 PM
KOTA BAHARU: Menyusul tindakan Terengganu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini melahirkan pendapat yang sama dengan Menteri Besar Datuk Ahmad Said - penggunaan kereta Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi negeri banyak menimbulkan masalah.
Nik Aziz berkata, kerajaan negeri Kelantan sendiri mendapati kos penyenggaraan kereta nasional itu lebih tinggi berbanding kenderaan yang diimport selain sering mengalami kerosakan.
Walaupun tidak bercadang untuk menukar kenderaan rasmi kepada kereta lain termasuk kereta import, Nik Aziz berkata, apa yang dikatakan oleh Menteri Besar Terengganu mengenai kereta Proton Perdana memang berasas.
"(Kerajaan negeri) Kelantan kami pun pakai Perdana selain Mercedes lama, ada sedikit kelonggaran kita bagi. Ini kerana sama dengan yang Menteri Besar Terengganu sebut, kereta Perdana ni masalah penyenggaraan dialah.
"Rosak sokmo (sering rosak). Kadangkadang cermin tak boleh naik, kadangkadang nak tutup tak boleh sedangkan baru keluar dari kilang," kata beliau dipetik Bernama.
Menteri Besar Kelantan menyatakan demikian ketika mengulas isu kerajaan negeri Terengganu membeli 14 buah kereta Mercedes E200 Kompressor sebagai kenderaan rasmi baru Menteri Besar, anggota exco dan pegawai kanan kerajaan negeri.