|
Perkara Asas Ketika Mengendalikan Kompas
1. Apabila memegang kompas untuk digunakan ia hendaklah dalam kedudukan rata (tidak senget).
2. tentukan kompas berada di hadapan anda dan menghala ke hadapan ketika membacanya.
3. Jangan ambil bearing kompas pada atau berhampiran tempat-tempat yang terdapat besi dan litar elektrik. Anggaran jarak yang sesuai ketika menggunakan kompas di kawasan berikut :
3.1 Talian elektrik berkuasa tinggi = lebih daripada 55 meter
3.2 Kereta = lebih daripada 18 meter
3.3 Talian telegraf atau telepon = lebih daripada 10 meter
3.4 Kawat Besi = lebih daripada 10 meter
3.5 Parang = lebih daripada 0.2 meter
4. Periksa ketepatan kompas sebelum digunakan dengan bandingkan nilai bearing objek yang sama dibandingkan dengan sekurang-kurangnya dua kompas yang lain.
5. Sebelum kompas digunakan, teliti kiraan unitnya samada mil atau darjah serta perhatikan angka-angka dan tanda-tanda yang ada.
6. kompas yang baik ialah mempunyai jarum yang cepat stabil ketika kompas dipegang walaupun kompas telah dipusing-pusingkan beberapa kali. |
|
|
|
|
|
|
|
momod tak bagi tacang ker?
banyak info dari uncle tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #22 innocentti's post
apa benda tacang tu??? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #23 zulupapa's post
|
|
|
|
|
|
|
Reply #20 tenteng's post
Gelung Ibu Jari :
Gelung logam yang dapat memuatkan ibu jari dan ia boleh dilipat.
Kegunaannya ialah supaya kompas dapat disangkutkan kepada ibu jari ketika kompas dikendalikan. |
|
|
|
|
|
|
|
Mencari Bearing
Katalah anda sedang berada di puncak sebuah bukit. Dari puncak itu anda nampak sebatang tiang bendera di kaki bukit. Sebuah rumah dan anak sungai mengalir berhampiran tiang bendera tersebut. Anda bercadang hendak ke sana. Anda memerhatikan semula ke arah tiang bendera tersebut dan mendapati hutan tebal di antara bukit dan tiang bendera itu.
Jika hutan tebal tidak ada, anda pasti dapat melihat tiang bendera itu di sepanjang perjalanan ke arahnya. Namun disebabkan adanya hutan tebal, anda menghadapi masalah ke arah manakah yang harus di tuju ketika bergerak di hutan tebal kerana tiang bendera yang hendak di tuju itu tidak dapat di lihat lagi.
Bagaimanakah untuk mengatasi masalah ini?? Mencari bearing kompas ke arah tiang bendera dan setelah bearing tersebut diketahui, ikutlah arah bearing itu kerana ia menghala ke arah tiang bendera tersebut.
Soalannya, terangkan cara-cara untuk mencari bearing tersebut menggunakan kompas prismatik. Pertama buat apa, kedua buat apa dan seterusnya............
[ Last edited by zulupapa at 13-8-2008 05:32 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
kena bukak prese balik nih... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #27 zulupapa's post
Jawapannya :
1. Pegang kompas dengan memasukkan ibu jari ke dalam gelung kompas.
2. Letakkan jari penunjuk di bawah tapak kompas dalam kedudukan sedikit bengkok tetapi mendatar supaya kompas berada dalam keadaan rata dan jari-jari lain menjadi penyokong kepada jari telunjuk.
3. Buka penutup kompas hingga berada dalam kedudukan tegak.
4. Tolakkan kotak prisma hingga ia berada di atas permukaan dial.
5. Rapatkan kompas ke mata anda dan halakan kompas ke arah tiang bendera itu (objek yang hendak dicari bearingnya).
6. Pandang ke arah objek melalui cermin penutup dan letakkan garisan tenangan betul-betul di tengah-tengah objek. Jika kedudukan objek tidak separas dengan kompas, cari titik pertemuan yang separas samada di bawah atau di atas objek. Tujuannya ialah supaya kompas sentiasa dalam kedudukan rata.
7. Tanpa mengalih kedudukan kompas, lihat kepada cakera melalui prisma.
8. Angka yang berada sebaris dengan garisan tenangan adalah nilai bearing ke arah objek itu.
........ rujuk lampiran berikutnya ...... |
|
|
|
|
|
|
|
jangan lupa lock kan kompas kalau dah jumpa bearing..tol x? |
|
|
|
|
|
|
|
off topic jap..
lambat uncle ZP masuk ari nie...
org dah nak balik br masuk |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #28 tenteng's post
GPS kan ada... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #31 tangopapa's post
|
|
|
|
|
|
|
Reply #37 Periuk_api1209's post
pakai 7200 la lg tepat...cuma orang skg nak senang jadi just guna degree....aku suka yg tentera nyer..yg ada luminious tu....leh nampak dalam gelap... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #38 firdaruddin\ catat
aku pun suka....itu pun klu tak hujan lebat |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #39 tangopapa's post
dgr rega nyer dalam rm500++ dalam pasaran kan? |
|
|
|
|
|
|
| |
|