|
Fathilat Bulan Ramadhan
Hadith 1
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."
[ Last edited by captain_scubby at 29-8-2008 09:34 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Hadith 2
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini." |
|
|
|
|
|
|
|
KELEBIHAN RAMADHAN AL-MUBARAK
Berdasarkan himpunan hadith sahih beserta kalam yang dipetik dari Al-Quran, dapat disimpulkan bahawa di antara kelebihan Ramadhan Al-Mubarak:
1. Di dalamnya terdapat Lailatul Qadar yakni malam yang diturunkan Al-Quran.
2. Lailatul Qadar juga yang lebih baik dari seribu bulan. Inilah yang termaktub di dalam Al-Quran: 揝esungguhnya kami telah menurunkan Al-Quran ini pada Lailatul Qadar. Dan apakah kamu mengetahui apakah kebesaran Lailatul Qadar? Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. |
|
|
|
|
|
|
|
yay!
esok mula dah puasa
ehem..jgn termakan macam biasa esok ya ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUABARAK
Semoga kite semua dpt menghayati erti puasa yg sebenar..
Niat Puasa Ramadhan :
nawaitu souma godhin 慳n adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta抋alaa
(Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala)
Niat Berbuka Puasa :
allahumma laka somtu wa bika aamantu wa 慳laa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin
(Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka
dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang)
![](http://dl2.glitter-graphics.net/pub/909/909932yavi27pc1q.gif) ![](http://dl2.glitter-graphics.net/pub/909/909932yavi27pc1q.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah..........![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikom org sabah!
|
|
|
|
|
|
|
Reply #29 seroja's post
waalaikumsalam oja.............
selamat berpuasa......selamat berbuka.... dan selamat bersahur.......... |
|
|
|
|
|
|
|
selamat bersahur utk semer warga sabah yg beragama Islam ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|