CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: robotech

Busana Muslimah & ikon Muslimah Malaysia.

[Copy link]
 Author| Post time 8-10-2008 06:29 PM | Show all posts
Fesyen Pengantin Muslimah







[ Last edited by  robotech at 8-10-2008 06:30 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2008 06:29 PM | Show all posts
alhamdulillah....org skang dah mampu menilai mana yg terbaik...ramai lagi boleh masuk kategori ni...personaliti tv3 set the trend...pastu slowly lain2 ikut...now ni kat tv9 sume bertudung..rtm1 pun dah ada personaliti yg anggun bergaya...astro pun dah ada...cumanya..kenalah differentiate antara yg bertudung dgn menutup aurat...bukan apa...org2 awam suka ikut cara2 celebrity berpakaian...skang ni ramai gak yg bertudung tapi aurat masih terbuka.....wallahua'lam..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2008 06:32 PM | Show all posts
Assalamualaikum

Digalakkan forummer lain turut menyumbang dgn meletakkan ikon Muslimah yg lain yg mampu menjadi ikutan yg positif bg Muslimah hijabi.

Wassalam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2008 06:34 PM | Show all posts
Assalamualaikum

Kenalkah forummer sekalian dgn saudari Nurhafizah atau dikenali sbg ****? Kemunculan beliau sbg pengacara rancangan kebajikan Bersamamu menjadi bualan hangat suatu ketika dulu. Beliau menjadi ikutan para Muslimah profesional, kini beliau adalah usahawan yg agak berjaya. Alhamdulillah, beliau telah pun bergelar sebagai isteri, maka hendaknya Allah akan menjadikannya isteri yg solehah & bakal ibu yg mithali.

Wassalam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2008 06:36 PM | Show all posts
Assalamualaikum

Siapa tak kenal saudari Nurul Izzah, wajah Muslimah reformis yg menuntuk yg hak & menentang yg batil. Menjadi ahli politik sudah menjadi takdir beliau yg mewarisi bakat politik drp bapanya, Saudari Nurul Izzah adalah ikon Muslimah hijabi yg memberi impak kepada politik negara.

Wassalam.

Saudari Nurul Izzah









[ Last edited by  robotech at 8-10-2008 06:46 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2008 06:48 PM | Show all posts
Keanggunan Muslimah dgn hijabi



Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-10-2008 06:50 PM | Show all posts
Buku / Majalah mengenai Hijab / Fesyen Muslimah





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2008 06:52 PM | Show all posts
Buku Fesyen Busana Muslimah





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-10-2008 06:54 PM | Show all posts
Fesyen Busana Muslimah



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2008 06:56 PM | Show all posts
Insya Allah, kalau saya ada masa yg terluang, akan saya titipkan gambar2 busana Muslimah hijabi bukan shj dari Malaysia, malah dari Indonesia juga utk tatapan forummer Muslimah di board M&M ini.

Wassalam.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2008 08:44 AM | Show all posts
alhamdulilah..masih ade insan yang sudi tampilkan fesyen2 hijabi di thread ini,semoga insan2 lain yang melihat terbuka hati untuk menutup aurat yang di wajibkan oleh Allah s.w.t,bukan krn fesyen sahaja..tetapi mesti lah dgn hati yang ikhlas menurut perintah yang maha esa.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2008 11:22 AM | Show all posts
Assalamualaikum...

Sekadar utk dikongsi..

Cara yang betul menutup aurat



Kesalahan Menutup Aurat
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2008 11:25 AM | Show all posts
Pantun - Mari Menutupi Aurat
Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk serkap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun ‘make up’.

Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian modern memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakai pun nampak pusat.

Berseluar ketat bajupun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung.

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak “Make Up” biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Syaitan sangat suka lah hati ,
Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
C u m a saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.

Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Yang baik bolehlah anda ikuti,
Kalau boleh besok mulai.

Tambahan: 9 Kejelikan Fesyen Pemakaian Tudung Era 2000
1.Tudung ikat reben kat bawah dagu , takmelepasi pun dada yg sewajibnya dicover sebagaimana yg tersebut jelasdi dlm al-Quran (sila rujuk an-Nuur :31 & Hadith riwayat Abu Daud). Kadang2 tu main ikat cincai aje , ala-ala nyonya yg jual buah ataucam nak pergi noreh getah!
2.Pakai tudung , tapi ada jambul sikitterkeluar (entah laah “ter “atau sengaja..) ni masa summer season ramaimek2 salleh pose cam ni , artis bollywood pun ada saya nampak kat paperwearing like this e.g., Madhuri Dixit, Manisha Koraila ,.. gaya modeltime fesyen show …
3.Bermini telekung , tutup dada tapi pakaibaju tight , singkat lak tu biasanya digayakan dgn jeans punggungnampak sendat..kalau angkat tangan sikit mesti dapat tengok perutsikit..silap2 pusat sekali kalau ader rezeki…..
4.Bermini telekung (3-segi ),tapi pakait-shirt lengan pendek lengan/tangan kasi orang tengok … kita tutuprambut yg hitam , tapi tangan /lengan yg putih melepak tu kitadedahkan..
5.Pakai tudung elok tapi pakai gaun/ kebayasendat siap dgn kain belah belakang/belah kat sisi..bila jalanlengang-lenggok ditiup angin.., melintas jalan..siapa nak jawab tu…
6.Pakai tudung labuh , tutup dada berfesyenjubah tapi mak datuk lipstik pun..punyalah merah menyala , siap dgneye-shadow , mascara sekali…touch-up sana, touch -up sini dan kasuthighheel lagi..bertudung dan berhias2 (bertabarruj) di khalayak ramai ,yg bukan muhrim ,di tempat kerja ,bus-stop etc….sila rujuk (al-Ahzab:33) boleh gitu ?
7.Pakai tudung sempoi (ikat reben ) dikenakandgn baju gaun aras lutut..(gaun mengandung) kepala tutup , betisnampak…ooo…saya kalau terserempak malas nak toleh sekali lagi.. sebak!!!!
8.Pakai tudung , cantik rambut tak nampak walau sehelai pun tapi kenapalah nak selempangkan ke kanan dan ke kiri bahu …
9.Pakai tudung trend busana muslim , siapkerongsang/ brooce sana-sini, siap touch-up muka kasut , beg , tastangan -mesti ke! na match nak pi kerja , kenduri kahwin , seminar,etc.. siap dgn accessories gelang, rantai labuh , cincin penuhjari…etc yg ni pun lebih kurang yg no.6 bertabarruj/ berhias-hias kpdyg bukan muhrim walau pun dah menutup kepala/rambut.

[ Last edited by  shachihata33 at 9-10-2008 11:49 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2008 05:05 PM | Show all posts
Alhamdulillah

Baru shj dibuka thread ini, ada juga sudi berkongsi.

Yg paling penting, pendidikan hijabi dulu. Biarlah bermula dgn selendang, kemudian skaf, tudung mini sehinggalah purdah & nak tutup wajah hanyakan mata shj yg nampak pun takpe.

Yg penting, niat itu ikhlas.

Wassalam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2008 05:07 PM | Show all posts
Fesyen Busana Muslimah


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2008 05:09 PM | Show all posts
Fesyen Busana Muslimah


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-10-2008 05:11 PM | Show all posts
Fesyen Busana Muslimah



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2008 05:13 PM | Show all posts
Fesyen Busana Muslimah



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2008 05:14 PM | Show all posts
Fesyen Busana Muslimah








[ Last edited by  robotech at 9-10-2008 05:25 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2008 05:26 PM | Show all posts
Manual Hijabi Muslimah



[ Last edited by  robotech at 9-10-2008 05:27 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 09:16 PM GMT+8 , Processed in 0.137676 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list