CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: dexa

Sejarah Kuala Kubu Baru - (berkait dgn Myth Buaya Putih Sakti)

[Copy link]
Post time 30-11-2008 03:52 PM | Show all posts
menarik.. menarik.. cerita aaa lagik... heh heh heh......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2009 10:10 AM | Show all posts

Kuala Kubu Bharu

Sejarah Kuala Kubu Baharu

Jika kita mampu membina sebuah "mesin masa" yang membolehkan kita pulang ke Kuala Kubu Bharu pada sebelum 1883, kita mungkin akan terperanjat kerana pada masa itu, Kuala Kubu Bharu bagaikan sebuah pekan di kawasan perairan, sedangkan kini ia(dinamakan Kuala Kubu Bharu) adalah sebuah pekan kecil yang menghijau dengan pokok-pokok dan permandangan darat yang berbukit-bukit. Kuala Kubu dahulu terletak di sebuah kawasan lembah berhampiran dengan Sungai Selangor, iaitu di pertemuan antara Sungai Rening dan Sungai Kubu. Nama Kuala Kubu berasal dari Sungai Kubu yang merupakan salah satu cabang Sungai Selangor. Menurut sesetengah pendapat, nama "Kubu" dipilih kerana di kawasan tersebut terdapat sebuah kubu pertahanan yang digunakan oleh angkatan perang Raja Mahdi dan Syed Mashyor melawan angkatan perang Tengku Kudin sewaktu perang yang berlaku di antara tahun 1868 hingga tahun 1873. Pada ketika itu, Kuala Kubu dan kawasan sekitarnya dikenali dengan aktiviti perlombongan bijih timah. Pada waktu itulah, Kuala Kubu menempuh zamannya yang gemilang dan merupakan bandar kedua terbesar di negeri Selangor. Kuala Kubu menjadi tumpuan para peniaga dan saudagar bijih yang datang dari merata tempat. Ia juga mempunyai pelbagai kemudahan awam seperti hospital, pejabat-pejabat kerajaan, sekolah, panggung wayang dan stesen keretapi. Selain itu, bandar ini juga menjadi tempat persinggahan para pelancong yang akan pergi ke Bukit Kutu. Bukit Kutu ialah tempat peranginan bagi pegawai-pegawai Inggeris dan pembesar-pembesar Melayu. Mereka perlu diusung di atas tandu untuk sampai ke tempat tersebut oleh beberapa orang kuli dan mereka akan dikenakan bayaran tertentu. Pada mulanya, pentadbiran daerah terletak di Kuala Kubu (lama) yang kini dikenali sebagai Ampang Pecah.

Akan tetapi, pekan yang terletak kira-kira 66 kilometer dari Kuala Lumpur kini lenyap dari muka bumi, sudah musnah dalam banjir besar yang berlaku pada tahun 1883 dan 1926. Menurut Mak Anjang, penduduk lama di sini, banjir tersebut terjadi kononnya berpunca daripada seorang pegawai Inggeris yang bernama Cecil Ranking. Beliau dikatakan telah menembak seekor buaya putih yang kononnya dianggap oleh penduduk kampung sebagai penunggu di situ. Buaya putih yang dipercayai sebagai "binatang suci" oleh penduduk sengaja dipelihara dalam kolam yang dibina dengan mengempang air Sungai Kubu. Tujuan empangan tersebut dibina adalah untuk memelihara ikan sebagai sumber rezeki penduduk tempatan. Ranking tidak menghiraukan nasihat penduduk kampung agar tidak menembak buaya putih tersebut. Setelah buaya putih tersebut dibunuh, hujan pun turun dengan lebatnya dan empangan yang dibina musnah. Akibatnya, banjir yang besar melanda Kuala Kubu dan kawasan-kawasan sekitarnya. Ranking pada masa itu, bertugas sebagai pegawai daerah dan majistret di situ, turut menjadi korban bersama banyak nyawa dan harta-benda lain.

Selepas malapetaka tersebut, sekali lagi berlaku malapetaka yang lebih besar dan banjir besar pada tahun 1926 ini menenggelamkan sama sekali bandar tersebut. Penduduk dipindahkan ke kampung-kampung yang berhampiran seperti Kampung Kelapa, Paya Dalam, dan Rasa. Demikianlah bersemadinya bandar Kuala Kubu di dalam bumi, ditimbusi pasir dan lumpur kira-kira 30 meter dalamnya. Sebagai menggantikannya, sebuah bandar baru dibina dan diberi nama Kuala Kubu Bharu. Ia dibina di sebuah kawasan yang lebih tinggi untuk mengelak ancaman banjir. Kini, Kuala Kubu Bharu menjadi tempat persinggahan bagi sesetengah orang yang akan ke tempat peranginan Bukit Fraser. Ia juga merupakan pusat pentadbiran bagi daerah Hulu Selangor, daerah yang paling luas di Selangor. Di samping itu, Kuala Kubu Bharu juga terkenal sebagai tempat melatih pegawai-pegawai dari pelbagai agensi dengan adanya Maktab Polis Diraja Malaysia, Pusat Latihan Bomba dan Pusat Latihan Belia.  

petikah : http://toma86.tripod.com/sejarah_kuala_kubu.htm





[ Last edited by  sintalo at 30-3-2009 11:02 ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2009 11:05 AM | Show all posts
Padahari ini 29.10. 1883, banjir besar telah berlaku di Sungai Selangor.Banjir itu telah menyebabkan robohnya Empangan Kuala Kubu lalumenenggelamkan seluruh pekan Kuala Kubu. Peristiwa penting inidicatatkan dalam sejarah kerana bertolak dari peristiwa inilah lahirnyapekan Kuala Kubu Bharu yang ada sekarang. Empangan yang roboh itupanjangnya kira-kira 1.6 kilometer dan lebarnya melebihi 91.4 meter. ladibuat dari batang-batang kayu dan ditambak dengan tanah merentangiSungai Kubu iaitu anak Sungai Selangor. .
DaerahKuala Kubu sering dilanda hujan. Ini menyebabkan kerap berlaku banjirdi Sungai Selangor. Sungai itu pula menjadi cetek oleh takungan tanahdan pasir yang mengalir akibat hujan dan kegiatan melombong di bahagianhulu sungai. Lama-kelamaan Sungai Selangor menjadi sebak dan apabilahujan lebat turun menyebabkan sungai banjir dan empangannya tidak dapatlagi membendung arus air yang deras serta menyebabkan empangan ituroboh.
Kejadianitu telah mengorbankan nyawa dan harta benda.  Seramai 33 orangtermasuk Cecil Ranking, Pegawai Daerah dan Majistret pertama Inggerisdi daerah itu telah terkorban; 38 buah rumah hanyut dan satu-satunyamata pencarian penduduk kawasan itu iaitu mendulang bijih timah jugaturut terjejas. Tragedi pecahnya Empangan Kuala Kubu itu juga dikenalisebagai 'Sejarah Kuala Kubu'.
KualaKubu dibuka pada kurun kelapan belas oleh orang-orang Melayu dan merekamerupakan perintis kepada kegiatan melombong bijih di daerah itu,sehingga dapat membina empangan besar untuk kerja-kerja mendulangbijih. Daerah itu juga pernah menjadi kubu pertahanan Raja Mahadi danSyed Mashor menentang angkatan perang Tengku Kudin dalam Perang Saudaradi Selangor pada tahun 1867-1874.
Usaha-usahauntuk membangunkan semula Kuala Kubu telah dibuat dan pada tahun 1931,maka lahirlah pekan Kuala Kubu Bharu yang kekal hingga ke hari inisebagai pusat pentadbiran daerah Hulu Selangor, menggantikan Kuala KubuLama yang kini tinggal dalam kenangan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2009 11:38 AM | Show all posts
7/10/1951 -----> Pembunhan Henry Gurney



    
(from left: Henry Gurney 11/11/1951; a sign boardindicates the spot where the incident happened; pasukan polis tambahandalam operasi mencari pembunuh Sir Henry Gurney)

Pada tarikh yang tertulis di atas, SirHenry Lovell Goldsworthy Gurney telah mati terbunuh dalam satu seranganhendap pengganas-pengganas komunis di Batu 56 1/2, Jalan Kuala KubuBharu-Bukit Fraser. Henry Gurney berusia 53 tahun, bekas KetuaSetiausaha Pentadbiran Inggeris di Palestine telah dilantik menjadiPesuruhjaya Tinggi Inggeris di Tanah Melayu pada 13 September 1948 bagimenggantikan Sir Edward Gent.

Henry Gurney bersama isterinya danSetiausaha Peribadi D.J. Staples bertolak dari Kuala Lumpur menuju keBukit Fraser kerana urusan rasmi dan untuk berehat. Apabila keretaRolls Royce yang membawa rombongan Gurney itu dengan kibaran bendera"Union Jack" dipandu oleh Konstable Mohd Din sedang mengambil selekoh Sdi batu 56 1/2, kira-kira 8 batu dari Bukit Fraser, tiba-tiba RollsRoyce menjadi sasaran peluru tembakan pengganas-pengganas komunis.
Pembunuhan yang dilakukan tidakmenjejaskan langsung tugas-tugas Gurney yang belum diselesaikannya.Kematiannya tidak bererti berakhir usaha-usaha menghancurkan komunis diTanah Melayu malah kejadian ini telah memberi perangsang dan semangatkepada rakyat Tanah Melayu untuk melawan kekejaman, keganasan dankezaliman komunis. Akhirnya, pasukan keselamatan telah berjaya menuntutbela kematian Gurney dengan membunuh dan melawan anggota dan ketuagerombolan konmunis yang bertanggungjawab ke atas pembunuhan tersebut.
Jasad Henry Gurney disemadikan di Perkuburan Kristian Jalan Cheras pada 8 Oktober 1951 dengan penuh kehormatan negara.

  

(Kubur Henry Gurney; upacara pengebumian Henry Gurney)
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2009 11:37 AM | Show all posts
Kalau singgah Kuala KubuKenapa Kuala Kubu Bharu disebut Allahyarham Sudirman dalam lagunya, Joget Kenangan Manis?

BAS lama ini kekal memberi perkhidmatan kepada penduduk setempat.

KEPADA mereka yang pernah menonton filem arahan Afdlin Shauki, BaikPunya Cilok, anda mungkin masih dapat mengingati kedai pajak Tauke Wongyang menjadi lokasi penggambaran utama filem itu.
Memaparkan suasana sebuah pekan lama yang tenang dan tidak sibuksama ada dengan orang ramai mahupun kenderaan yang lalu lalang padalatarnya, pasti ada yang memikirkan penggambaran berlangsung di bandarTaiping, Perak, yang dikenali dengan identiti sebegitu.
Sedangkan hakikatnya ia dirakam di sebuah bandar di daerah HuluSelangor, iaitu Kuala Kubu Bharu, yang terletak kira-kira 65 kilometerke utara Kuala Lumpur.
Bandar ini mungkin tidak menjadi sebutan ramai, namun jangan pandang enteng kekuatannya sebagai destinasi pelancongan.
Melayari Internet menggunakan kata kunci 'Kuala Kubu Bharu',beberapa laman web menyebutnya sebagai destinasi sukan ekstrem yangideal kerana bentuk muka bumi serta landskapnya yang dilatari sungaidan air terjun.
Air Terjun Chilling dan Air Terjun Serendah antara siri air terjun yang terpeta di sekitar bandar lama ini.

AKTIVITI lasak adalah tarikan utama di sini.

Sebagai bandar yang paling hampir dengan Bukit Fraser ia turutmenjadikannya sebagai transit yang popular sebelum dan selepasberkunjung ke pusat percutian tanah tinggi itu.
Bagaimanapun, itu bukanlah titik noktah kepada tarikan yang ada di sini.
Menempatkan sejarah sebuah empangan yang pecah dan mengakibatkanbanjir yang teruk sehingga melibatkan perpindahan penempatan, tragediKuala Kubu Bharu itu dikatakan bermula dengan kisah seekor buaya putihyang dibunuh Pegawai Daerah dan Majistret pertama Inggeris di daerahitu, Cecil Ranking.
Rentetan daripada kejadian itu, penduduk setempat merasakan KualaKubu Bharu dihantui sumpahan si buaya yang menurunkan hujan setiap kalipekan itu menganjurkan acara besar-besaran, termasuklah pasar malampada setiap 9 dan 29 haribulan.
"Ia mungkin hanya kepercayaan orang dahulu yang diperturunkan darigenerasi ke generasi. Tetapi sebagai seorang penduduk di sini, sayasecara peribadi dapat memerhatikan relevan kenyataan itu," ujarPenolong Pegawai Penerangan Jabatan Perhubungan Awam, Majlis DaerahHulu Selangor, Junainah Abdullah.
Hari ini, Empangan Sungai Selangor terbina tegap lima kilometer daripusat bandar. Dikendalikan sebagai Projek Skim Bekalan Air SungaiSelangor Fasa 3 (SSP3), kedudukannya di kawasan tanah tinggi memberikansatu pemandangan yang memukau.
Menyaksikan takungan air yang menyerupai sebuah tasik buatan itudari kawasan lapang di sisi lebuh raya atau dari bukit bersebelahan,anda akan dapat merasakan ketenangan terutamanya tatkala anginberhembus lembut dan dingin.
Meneroka pekan kecil yang dibina berpaksikan tapak perlombonganbijih timah ini, orang ramai akan dapat melihat bangunan-bangunan lamayang masih berdiri kukuh dan rancak beroperasi.
"Berbanding 10 tahun lalu, salah sebuah pintu masuk ke negeri Pahangini tidak banyak berubah. Yang berubah hanyalah pertumbuhan kawasanperumahan yang semakin banyak," tambah Junainah.
Dan 'kelesuan' pekan ini dapat dilihat umpama pilihan penduduk setempat yang selesa dengan cara hidup sebegitu.
"Memang ramai yang tidak mahu suasana ini berubah. Sebenarnya,kerana suasananyalah Kuala Kubu Bharu menjadi pilihan orang filem danpembuat iklan untuk membuat rakaman, termasuk cerita Susuk.
"Selain itu, ia pernah menjadi laluan kepada acara cabaran eko," katanya.
Turut memetakan kedudukan ialah beberapa institusi pendidikanseperti Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak, Maktab RendahSains MARA (MRSM) Kuala Kubu Bharu, sekolah tahfiz Darul Quran JabatanKemajuan Islam Malaysia (JAKIM), dan Akademi Bomba, sekali gusmenggambarkan bandar itu sebagai lokasi yang strategik untukpembelajaran.
Malah kalau diikutkan, selain Kuala Lumpur, Kuala Kubu Bharu adalahsatu lagi nama tempat yang disisipkan dalam salah sebuah lagu dendanganAllahyarham Sudirman yang berbunyi: "Kalau singgah Kuala Kubu, tulisnama atas batu..."
Nah, siapa kata Kuala Kubu Bharu tidak menjadi sebutan?


-KOSMO-
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2009 02:36 PM | Show all posts
dulu selalu g kkb..
pekan die klasik woo...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-4-2009 02:46 PM | Show all posts
Originally posted by sintalo at 1-4-2009 11:37 ...
Rentetan daripada kejadian itu,penduduk setempat merasakan KualaKubu Bharu dihantui sumpahan si buayayang menurunkan hujan setiap kalipekan itu menganjurkan acarabesar-besaran, termasuklah pasar malampada setiap 9 dan 29 haribulan.

....



rasanya mcm betul pasal hujan tu... sbb eyla n geng pernah join konsert ajuran astro kat sana... mlm tu mmg hujan n lecak padang kat stadium tu... huhuhu

wallahhua'lam :handshake:
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2009 04:38 PM | Show all posts
tp kat situ mmg tak leh ckp besar laa.....
ade je mistik yg tibe2 muncul..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2010 03:56 PM | Show all posts
lagi satu saya nk tambah, yang super mistik about kuala kubu baru ni
biar ler smpai ke tahun 3030 ke nanti, tmpt ni takkan jadi lama atau uzur
pasal nama dia sentiasa kuala kubu  yang BARU
kalu bini baru lain citer yer he he he
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2010 04:30 PM | Show all posts
Reply 13# naen

kemudi emas tu kemudi kapal ke?

tak tau plak tok selehor ade bela buaya,tak pernah dgr lagik nih
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2012 02:14 PM | Show all posts
Aku now ddk kuala kubu bharu.dh 6 thn kt sini.best sgt.sjuk dan mendamaikn.dulu rajin pe empangan pertak mancing.

Ptg ni nak blik ke kkb smula utk smbg kj.bercuti weekend di kpg.

Oh,mondays blues:-(
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2012 10:16 AM | Show all posts
tetiba teringin nak gi kat KKB pas baca artikel ni. very good info
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2012 01:43 PM | Show all posts
shop_girl posted on 10-9-2012 10:16 AM
tetiba teringin nak gi kat KKB pas baca artikel ni. very good info

sy tahun ni shj dah 2 kali gi KKB...errmm tiba2 wa jatuh hati dgn KKB...aweks2 nye dn pekannnye..ha.ha..

Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2012 02:32 PM | Show all posts
salimrock posted on 10-9-2012 01:43 PM
sy tahun ni shj dah 2 kali gi KKB...errmm tiba2 wa jatuh hati dgn KKB...aweks2 nye dn pekannnye..h ...

oh awek cun bole jd salah 1 tourist attraction tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2012 03:53 PM | Show all posts
shop_girl posted on 10-9-2012 02:32 PM
oh awek cun bole jd salah 1 tourist attraction tu

boleh juga, kalo nak gi jupe awek tu, kena la gi KKB..ha.ha.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2012 07:38 AM | Show all posts
LordMuramasa posted on 21-5-2010 03:56 PM
lagi satu saya nk tambah, yang super mistik about kuala kubu baru ni
biar ler smpai ke tahun 3030 k ...

Ooo okeh...sama mistiknya macam Kota Bahru, Johor Bahru....hehehehe

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2012 08:15 AM | Show all posts
dekat KKB ni selalu nampak ramai ustazah2 yang comel  ..heheh
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2016 06:14 PM | Show all posts
Siapa pernah visit kubur Cecil Ranking di KKB? Dekat mana eh?
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 08:37 AM GMT+8 , Processed in 0.155591 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list