CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: 93933

Wanita bercerai pada usia 30 ke atas tidak mendatangkan masalah?

[Copy link]
Post time 2-12-2008 02:20 PM | Show all posts
Originally posted by 93933 at 1-12-2008 23:53
Saya percaya kebanyakan wanita yang bercerai pada usia 30 tahun ke atas tidak mendatangkan apa-apa masalah sekiranya usia tersebut merupakan usia yang sangat sesuai untuk menunaikan ibu tunggal ( ...


...aku plak percaya...penceraian adalah sesuatu yang devastating...which can be very traumatic to all members yang involved...from the couple themselves....to thier kids especially...rite down to their families and close ones...

...why is it so devastating and traumatic???...cos ianya bermakna bukan saja mahligai bahagia ataupon syurga dunia kita yang dah collapsed...ianya jugak bermakna yang cinta kita yang kita anggap paling unggul dan sejati telah musnah...dan ianya jugak bermakna yang kita telah kehilangan seorang yang kita anggap as our other half...seorang teman baik yang pernah berkongsi ketawa dan tangisan bersama2....


...to some...ianya jugak melambangkan sebagai the end of the world for them....the ultimate failure in their lives...afterall...they have lost their other half rite??...heh...terasa yang sebahagian daripada hidup mereka telah turut sama mati...


...soalan2 seperti bley ke aku teruskan hidup setelah dia tiada??...bley ke aku tidur ngan lena tanpa dia disisi aku??...bley ke aku makan dan minum tanpa dia bersama2???....bley ke aku hidup tanpa anak2 tersayang di sisi?? (not all women yang bercerai dapat custody anak2)....dan banyak lagik persoalan2 sebegini akan timbul dan bermain2 di benak kita...dan these questions would probably be on every couple's mind yang melalui penceraian...tidak kira brapa usia merekalah...cos...we are still just human...and our basic needs are still the same regardless how old we are...be it kita masih muda or dah senja...the need to be loved...to feel safe...to be surrounded by pple that we love...and things like this...still valid...


...women esp...are creatures yang mendambakan kasih sayang...belaian mesra...love...yada yada yada...dan walaupon mereka berkerjaya...they are still highly dependent on their spouse dari segi emotional needs...they can be tough at work noe...but bila di sisi suami...dorang akan menjadi cair...


...it is therefore not rite to say that penceraian tidak mendatangkan apa2 masalah to women who are 30 and above...cos even for someone yang EQ nya tinggi...penceraian still...sedikit sebanyak menguris kalbu...


...there are some factors yang kita kena consider yang either bley membuat seseorang itu cope better with the divorce or yang bley mematahkan semangat seseorang itu...factors such as...among others....cause of the divorce...the status of their marriage before the divorce...(happy or bad)...their mental and emotional status...their EQ mesti as strong as their IQ...financial status...and stuff like that...


...for them to survive the divorce...they have to believe that their life doesnt end becos of the divorce...they have to believe and that there is a better future for them after the divorce...and that they can go on with their lives with or without their spouses...things will be a bit different...definitely...pple will see them in a different perspective...they are now divorcee...and if they are in their 30s...they are also considered as a social threat to some...they will be treated with cautioned becos of their  status...cos some married women still think that they are a potential marriage destroyer...sad to say...this stigma still exists...that is why they must have more faith in themselves and in Him...ike ive always like to say...life knocks us down sometimes...but it is ok u noe...cos thats how life is...it can lift us up so high and it can bring us down crashing into pieces...but...what is not ok is when we let life keeps us down...so...dont ever let life takes away our dignity...thats the only thing that we have that can help us to move on...cos once our dignity is taken away....we will end up living in a sad and pathetic state...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2008 03:18 PM | Show all posts
Originally posted by blackmore at 2-12-2008 02:20 PM


...aku plak percaya...penceraian adalah sesuatu yang devastating...which can be very traumatic to all members yang involved...from the couple themselves....to thier kids especially...rite dow ...


......................tumpang baca....
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2008 04:02 PM | Show all posts
bercerai pon nak kena ikut umor ker...? bagi saya... kalau dah tak ada jodoh tu... umur berapa pon boleh bercerai...
kawin dua hari pon boleh bercerai... kawin kalau dah 20 tahun pon boleh bercerai gak...
selagi hayat di kandung badan... kalau dah mati pon dikira bercerai jugak... bercerai mati...
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2008 04:58 PM | Show all posts

Reply #1 93933's post

Setuju sgt2. Kalau kahwin awal dlm late teens & awal 20-an memang ramai yg dah beranak, jadi cepat dewasa sebab tanggungjawab sbg isteri & ibu. So bila bercerai umur 30 thn ke atas mrk boleh handle & jaga anak2 mrk. Lagi bagus kalau wanita tersebut ada career. Even yg jadi surirumahtangga full-time mampu memikul tanggungjawab sbg single mom.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2008 04:59 PM | Show all posts

Reply #15 mala0n's post

Adoiii..... mcm nak plan bercerai pulak dah.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2008 05:10 PM | Show all posts
tumpang baca jugak...  nothing to say..
all has been said ... and well said...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-12-2008 05:23 PM | Show all posts
ada masalah je, bercerai...marriage ni dah takde apa2 value agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2008 09:32 PM | Show all posts
perceraian mendatangkan masalah atau tidak bergantung kepada keadaan dan kenapa berlaku perceraian.Tak kiralah umur berapa pun.

Ada orang yang dah tak tahan lagi bersuami, suami tak responsible dll, mungkin perceraian tu jalan terbaik, dan menenangkan hidup.

Ada orang yang tak nak bercerai tapi diceraikan bila suami ada pilihan lain, mungkin nak mulakan kehidupan baru tu perit walaupun kerjaya baik sekalipun, ini kena tabahkan hati dan bangun semula, tak kiralah usia 20an atau 30 an atau 40an. Awal-awal mungkin sukar sebab isteri tu dikecewakan tapi boleh hidup lebih kuat dan tabah. Kawan saya, ibunya dah 60 an, diceraikan sebab suami ada perempuan lain, pun trauma, berkat bacaan yassin, solat bagai, baru pulih. Ambil masa juga.

Saya rasa OK atau tidak bergantung kepada kenapa berlaku perceraian, dalaman isteri itu juga-rohani kena kuat dan sokongan orang sekeliling juga penting.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2008 09:08 PM | Show all posts

Umur 30 : Masa Untuk Wawasan Keluarga

Aku cukup tak setuju kalu umo 30 dah pikir pasai cerai....

Sepatutnya masa umur ni la waktu paling sesuai untuk merancang masadepan keluarga...

1) Waktu ni selalunya dah ada anak2 dua tiga orang... Kalu dulu selalu berpoya2,clubbing sana-sini, ini plak masa untuk keluarga.. Dulu mencari keseronokan diluar, sekarang mencari bahagia dirumah... Rumahku Syurgaku gitu...

2) Anak2 tentunya dah masuk tabika, taska , etc... Itula zuriat, pewaris,kesinambungan gene anda.. Masa ni la waktu sesuai utk merancang psl pendidikan anak2. Mula menabung, join PIBG, melawat sana-sini...sampai le bjaya ke graduation. Mak Bapak kalu dok fikir cerai.. anak2 porak peranda... Anakku Sazali la jadinya... :@

3)Masa ni paling sesuai untuk renew ikatan suami isteri tu... 5th/10th anniversary...Arrange la 2nd honeymoon ke..  Kan molek gitu..  

4)Kalu wife 30, hubby mau 35/40an... Sesuai sangatla untuk cari balik tikar sembahyang, menjengok masjid.. Buka balik kitab... Almaklumla, sebelum ni dok asyik cari duit dunia...saham akhirat tak juga bertambah... Orang skrg ni ramai yang mati muda...

5)Byk lagi wawasan keluarga.... Silala tambah2 kat sini.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2008 09:28 PM | Show all posts

Balas #1 93933\ catat

masaalahnya...wanita2 yang bercerai tak kira umur la nie semua jer akan menjadi bingit dan lengit dari segi permikiran dan perangai ! mereka akan meroyan dan menjadi tak keruan bila ada lagi perhubungan . dan wanita2 yang bercerai nie akan cuba bina hidup baru atau perhubungan baru dengan hati2nya tetapi bila datang bingit dan lengit mereka...terjadi la tragedi lama ( sejarah mungkin berulang ) hehe...cerai lagi...they doesn't know what they want...that fact !!
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2008 09:20 PM | Show all posts
Pada aku, umur bukan ukuran samada seseorang itu akan menghadapi masalah bila bercerai. Ianya bergantung banyak kepada keperibadian masing-masing. Ada perempuan boleh hidup berdikari tanpa suami jika keadaan memerlukan, ada yang tak boleh hidup tanpa suami walaupun perkahwinan itu atas nama saja.

Rasanya tiada yang berkahwin dengan niat untuk bercerai berai. Walau bagaimanapun, keadaan dan perasaan manusia boleh berubah. Kalau dulu suami sayang, mungkin sekarang kasihnya berubah kepada yang lain. Kalau layanannya baik sekalipun mungkin kerana rasa timbang rasa dan belas kesihan sahaja. Jika sanggup menerima keadaan yang berubah itu, teruskan perkahwinan itu. Jika tidak, carilah jalan keluar dengan baik.

Dalam perkahwinan, kita mencari ketenangan, kebahagian dan masa hadapan yang cerah. Jika tidak memperolehi perkara tersebut daripada perkahwinan, mungkin lebih baik memulakan hidup baru. Tetapi mestilah positif, berani dan ada harga diri. Orang yang begini biasanya tidak suka dijadikan sebagai kain pengesat kaki suami.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2008 08:04 AM | Show all posts

Balas #29 allnighter\ catat

Bagus kalau semua orang berfikiran macam tu.
Keadaan hanya akan menjadi jika kedua belah pihak memikirkan perkara dan impian yang sama atau sekurang-kurangnya hampir sama.

Banyak masalah timbul kebelakangan ni bila suami dah agak senang dan selesa sedikit mula buat onar dan membelakangkan keluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2008 10:58 AM | Show all posts
kalo nak fikirkan masalah...cerai diusia mana pun masalah tetap ada...cuma mungkin bila kita bercerai diusia yang matang...kita lebih dewasa dalam menangani segala masalah....

bila kita nie berkahwin...tiada sesiapa yang ingin kan penceraian berlaku...tapi tulah kehendak takdir tak boleh dilawan...cuma kita perlu bersedia dalam menghadapi segala bentuk perpisahan samaada cerai mati atau hidup..yang penting pegangan agama tu!!! supaya kita dapat didik anak2 agar tidak menjadi mangsa keadaan....
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2008 11:09 AM | Show all posts

Balas #29 allnighter\ catat

Kalo diikutkan memang tiada siapa yang ingin perceraian berlaku...tapi bila kita terlalu lama memendam perasaan contohnya bila kita berkahwin diusia 20an...dalam masa tersebut berbagai dugaan yang memang tak tertanggung sehingga bertahun lamanya...sedangkan suami juga tidak berubah bila dah sampai keusia begini banyak yang perlu kita fikirkan...bukan sahaja untuk anak, orang sekeliling..diri sendiri kita perlu utamakan...takkan kita nak terus memendam rasa sampai umur dah masuk 50 tahun....kalo nak bersabar pun biarlah kena pada keadaan dan situasi nya..

sekurang2nya kalo kita berpisah pada usia ini kita masih ada masa untuk mencari kebahagiaan kita...dalam usia ini juga kita masih ada kudrat untuk berkerja bagi menangung diri dan anak2...

tapi itu semua bergantung kepada diri kita sendiri...samaada kita bersedia dari segi fizikal dan mental bagi menghadapi kehidupan selepas penceraian....
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2008 06:10 PM | Show all posts
Originally posted by citra3131 at 13-12-2008 11:09 AM
.....diri sendiri kita perlu utamakan...takkan kita nak terus memendam rasa sampai umur dah masuk 50 tahun....kalo nak bersabar pun biarlah kena pada keadaan dan situasi nya..


Betui gak tu...
Kalau pompuan umo dah masuk 50 , susahla nak cerai.... Saham dah makin kurang....  
Kena la cari datuk2 yang ori.... bercucu cicit...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2008 06:20 PM | Show all posts
i think bercerai ni adalah jalan terakhir untuk di ambil...

kalau sikit2 hal tu cuba la tolerate...especially pompuan...

kalau dah tak boleh elak sgt baru la mintak cerai...

cth: laki dok pukul hari2 macam sandbags

fikirkan anak2 ...fikirkan U sbg wanita yg ingin jaga semua dalam diri...

take your time  to think bfore making action.

di harapkan langit sentiasa cerah rupanya hujan di tengah hari

there is nothing that promising out there.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2008 01:45 PM | Show all posts
Originally posted by matgentle at 22/12/2008 06:20 PM
i think bercerai ni adalah jalan terakhir untuk di ambil...

kalau sikit2 hal tu cuba la tolerate...especially pompuan...

kalau dah tak boleh elak sgt baru la mintak cerai...

cth: laki do ...


Kalau dah jadi sandbag, memang patut bercerai dengan segera. Highly Recommended. Tak kisah umur berapa.

Lelaki yang suka memukul ni sukar berubah. Memanglah setiap kali lepas pukul dia akan menangis menyembah-nyembah minta ampun. Tapi bila sesuatu berlaku, dia akan resort to hitting again. Kalau perempuan yang low self esteem, lagilah teruk. Dia memang merasakan yang dirinya memang patut dipukul-dipukul. Dia akan memperkuatkan lagi perangai memukul sang suaminya.

Perempuan seperti ini tak boleh bertindak menyelamatkan dirinya sendiri. Dia memerlukan campur tangan orang luar seperti ibu bapa atau saudara maranya menyelamatkan dirinya. Kalau ada rakan-rakan yang selalu dipukul oleh suami, bantulah ia supaya bercerai walaupun ia tetap tidak menyalahkan suaminya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2008 01:52 PM | Show all posts
topic yang agak muram..hmm... siapa suka nak bercerai, jalan penyelesain yang terakir kot.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2008 01:54 PM | Show all posts
Hanya selepas bercerai barulah si isteri sedar betapa beruntungnya dia diceraikan. Dia akan heran bila dia dapati hidupnya lebih gembira dan lebih selamat selepas bercerai. Lama selepas bercerai baru dia sedar kebodohannya membiarkan dirinya didera suami.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2008 03:53 PM | Show all posts
Aku berkahwin di usia pertengahan 20-an. Ketika itu, aku tidak pernah mengimpikan utk melalui sebuah episod kehidupan yg penuh penderitaan sepanjang bergelar seorg isteri. Tapi, telah tertulis begitu agaknya perjalanan yg harus aku lalui. perlukah aku terus mempertahankan sebuah bahtera yg hampir tenggelam sdgkan nakhodanya sendiri tidak pernah cuba untuk berbuat apa2 ke arah menyelamatkannya? dan, stlh hampir satu dekad ini..aku terpaksa akur dgn qada' dan qadar yg telah tertulis di loh mahfuz..bahawa jodohku dgn si polan bin si polan berakhir di sini...

Sesungguhnya aku bersedih atas apa yg terjdi, tapi hidup tetap perlu diteruskan. Dan, demi menyambung kesinambungan kehidupanku bersama 4 zuriat yg ada..aku perlu kuat dan tabah meskipun hatiku menangis. Aku bukan boneka, yg tidak punya perasaan utk disayangi dan menyayangi seorang lelaki yg bergelar suami. Tapi, dlm keadaan aku skrg ini..itu semua bagaikan sudah tidak penting lagi. Aku bukan terlalu muda lagi, usiaku hampir mencecah 35 thn depan. Aku hanya melihat masa depan dan kehidupan anak2 aku sahaja..sebab masa depan mereka bererti masa depanku juga. Bukan mengharap balasan dari apa yg aku korbankan sekarang, sekadar menumpang gembira melihat kejayaan anak2 di masa hadapan. Aku tidak pernah merasakan kehidupanku sudah berakhir dgn perceraian ini, tapi bagaikan memulakan suatu langkah di perjalanan yg amat panjang. Besar sungguh tanggungjawab dan harapan yg ku junjung.
Perpisahan itu memang menyakitkan tapi mahu atau tidak mahu terpaksa ditelan jua. Sekurang2nya di usia ini..aku masih gigih mencari rezeki dan jiwaku masih kental mengharung kehidupan ini dgn anak2 yg masih kecil...dan aku tidak terlalu terbawa2 dgn perasaan kecewa yg berlarutan hingga menjejaskan kehidupanku dan anak2. Aku tidak peduli apa yg org hendak kata ttg diri aku, yg penting aku sentiasa menjaga diri dan maruahku dan aku tidak kacau kehidupan org lain.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 06:02 AM GMT+8 , Processed in 0.072267 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list