CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mantarey

histeria

[Copy link]
Post time 28-12-2008 09:20 PM | Show all posts
apasal x leh pkai air pnas?
bnda tu akan keluar ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2008 10:12 PM | Show all posts
Salam.  Ni sedikit info yg Nek dpt utk soalan ttg curah air panas dlm lubang jamban.   Sape2 nk tambah info lg bleh gak.:

Sebab2 ganguan jin kpd mnusia

+ jauh drpda mntaati prntah Allah

+ di rumah trdpt alat2 muzik n lgu2 yg mlalaikn

+ berlama2 dlm blik air n tandas

+ menangis n merintih sblum tdo

+ mncurah air pnas kedalm lubang sinki atau lubang blik air

+ melompat dr tmpat tggi tnpa bce Bismillah

+ terlalu takut

+ slalu bertengkar dgn suami

+ cpat panas baran



Sebab-sebab masuknya jin ke dalam diri manusia juga disebabkan kebencian atau pembalasan oleh kerana ia disakiti sebahagian manusia, atau makhluk jin ini menyangka bahawa sebahagian manusia sengaja menyakitinya dengan cara mengencingi mereka, menumpahkan air panas, atau membunuh mereka, padahal manusia tidak mengetahuinya.

Dikalangan makhluk jin juga ada yang bodoh, ada yang zalim, sehingga mereka menjatuhkan hukuman dengan cara yang tidak patut, keadaan ini sebagaimana juga yang kita jumpai dalam kehidupan manusia yang bodoh.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2008 03:23 PM | Show all posts

Reply #22 nenekmerbuk's post

oooooo.....



TQ nenek merbuk....

but then aper solution nyer???
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2008 06:25 PM | Show all posts
Solution?...    Nek kurang ilmu la bab gni..Yg tu kna tye ustaz dan mrk yg sewaktu dgnnye..

If blum kna 'attack' ngan jin ni elok le elakkan wat perkara2 seperti diatas.  If dh kena tu cari ustaz le berubat.  Itu je le pendapat Nek.. .

Bagi Nek le.. ape pn yang kita lakukan sehari-hari paling utama sentiasa ingat pada Allah. Bertawakkal kepadaNya..
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2008 07:00 PM | Show all posts

Balas #22 nenekmerbuk\ catat

curah air panas lam sinki dapur x leh gak ke?kekadang aku ada jugak curah air panas lam sinki lepas rebus mee atau telur..
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2008 07:04 PM | Show all posts
setiap kali baca tajuk thread ni, mesti dengar suara Rihanna nyanyi lagu Disturbia..

sesuatuh sungguh!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2008 12:07 AM | Show all posts

Balas #25 menatang\ catat

Psl curah air panas dalam sinki tu entah le.  Dlm info nek paste tu ade ckp kn?  Nek x pasti sbb amk dri artikel  tu.

Nek pn biaser gak curah air panas dlm sinki.  X nk bg lemak mknan lekat kt sinki.  Mungkin yg lubang tandas tu lebih 'major' kesnye.  Sbb tmpt lepak 'benda'2 tu. Tempat tu kan kotor.  Yg sinki tu 'minor' je kut..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2008 12:22 AM | Show all posts
Nek   x brp sihat 2-3 hri ni. Sakit yg x nmpk mata kasar. Panas satu badan mcm duk dkt bara. Mlm x dpt tdo.  Dlm proses brubt ni. Jangan histeria sudah le...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-12-2008 09:11 AM | Show all posts
jin x suke kena curah air panas sebab  panas tu kan cam neraka...
diorang tau diorang akan disumbat kesana..
tu yg x bole kena air panas..
mau histeria jin-jin tuh..
lepas tu baru die kcau kite...
kite lak histeria...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2008 12:26 PM | Show all posts
tapi ada jugak yg pura2 histeria...
masa aku sekolah2 dulu, bila time matematik aje dia jerit2...sampai cikgu pun malas dah nak layan...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2008 01:12 PM | Show all posts

Balas #30 sejuknya\ catat

haha yeke?cmner cikgu leh tau yg dia hanya pura2 aje?menjadik x acting dia tuh??
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2008 01:17 PM | Show all posts
klu tak curah air panas dlm lubang sinki nak curah kemana lagi? takkan nak curah kat diri sendiri lak
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2008 05:48 PM | Show all posts
Originally posted by menatang at 30-12-2008 01:12 PM
haha yeke?cmner cikgu leh tau yg dia hanya pura2 aje?menjadik x acting dia tuh??


bukan setakat matematik aje...mana2 subject yg dia rasa dia tak suka...
in fact after few years kita orang tinggalkan sekolah, aku terserempak dgn sepupu dia
sepupu dia kata, dia tu memang camtu...siap dah plan lagi dari rumah, "hari ni aku nak pengsan la..."
sebab dia ni kira bermasalah dgn family so mak bapak dia hantar ke rumah uncle dia dgn harapan jadi lebih berdisiplin..

anyway, aku pernah tengok budak kena histeria yg teruk jugaklah, masa aku duduk kat asrama masa form 4

nama dia ni biarlah aku sebut M sahaja

dia ni cantik dan putih melepak, sama2 baru pindah ke asrama masa tu
minggu pertama masuk dia asyik menjerit aje
boleh katakan hari2 dia kena rasuk
sampai panggil bomoh...
satu malam tu, panggil bomoh dan warden nak ubatkan M ni...
kita orang pun masa tu nyorok2 la balik langsir tingkat dorm kita orang

M ni diubatkan kat surau student perempuan...
surau ni lak berhadapan dgn bilik dorm aku, bezanya surau tu kat tingkat bawah, dorm aku kat tingkat 1

so sebab dah kena warning dgn warden jgn ngada2 nak datang ke surau, kita orang pun tengok aje dari balik langsir tingkap dorm kita orang tu
kalau tak silap aku 3 orang bomoh yg dok baca2kan ayat jampi, bomoh2 tu duduk dlm circle, tak jauh dari M tadi

pastu baru la bomoh2 tu gi kat M tu dan M pun menggelupur dan menjerit2 cam orang hilang akal...
yg aku ingat masa M dok menggelupur tu, 5 orang lelaki pegang dia, 3 bomoh, 2 lagi kakitangan asrama...

yg paling menakutkan kita orang, mata dia asyik pandang ke atas aje...cam nampak kita orang tgh tgk dia...cepat2 kita orang tak berani nak sambung tenok...

seminggu lepas tu, parents dia datang amik dia balik..kira tak sampai sebulan la dia kat asrama tu...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2009 03:20 PM | Show all posts
HISTERIA Mengganas

Serangan berlaku kerana konflik, tekanan tidak terkawal

KES histeria yang menyerang pelajar sekolah di beberapa negeri sejak awal tahun ini perlukan kajian terperinci kerana jumlah kes yang dicatatkan bertambah dan kerap berlaku berbanding tahun sebelumnya.

Profesor yang juga Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Azhar Md Zain, berkata beliau berpendapat satu kajian khusus mengenai kes histeria di sekolah sejak kebelakangan ini perlu dibuat untuk menilai sama ada ia satu epidemik atau tidak selain melihat bagaimana ia boleh berlaku di sekolah.

Katanya, kajian juga perlu dibuat untuk melihat mengapa masih wujud kes histeria di sekolah walaupun masyarakat Malaysia kini semakin moden dan maju.

Beliau menjelaskan histeria berlaku di semua negara di seluruh dunia, termasuk di Barat. Namun, bilangan kes semakin berkurangan apabila sesebuah negara itu semakin maju.

Katanya, histeria adalah penyakit psikiatri yang dikenali sebagai ‘somatoform disorder’ dan dibahagikan kepada dua jenis iaitu ‘Conversion Disorder dan Dissociative Hysteria.

Conversion Disorder adalah keadaan yang mana mereka yang diserang histeria biasanya akan merasai gangguan fizikal seperti merasai badan lumpuh, buta, pekak dan bisu walaupun pada hakikatnya mereka tidak mengalami masalah berkenaan.

Kebiasaannya, histeria jenis Conversion Disorder ini berlaku kerana konflik dan trauma dengan satu-satu kejadian seperti melihat saudara dirogol, kemalangan dan kematian.

Dissociative Hysteria pula menyebabkan mereka yang terkena histeria akan meronta-ronta, meracau dan menjerit-jerit. Malah, ia kerap berlaku kepada kanak-kanak dan remaja akibat konflik yang tidak dapat dikawal.

Prof Azhar berkata, Dissociative Hysteria kerap berlaku dalam masyarakat di Malaysia dan biasanya membabitkan pelajar sekolah rendah dan menengah, penuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) dan pekerja wanita di kilang manakala di Barat membabitkan histeria jenis Conversion Disorder .

Beliau menjelaskan kira-kira 20 tahun lalu kes histeria dilaporkan banyak berlaku di negara ini dengan kes tertinggi di sekolah berasrama, kilang dan kem motivasi serta minggu orientasi. Namun, ia mulai berkurangan dan menjadi kes terpencil dalam 1990-an.

Beliau menjelaskan berdasarkan kajian terdahulu, kebanyakan kes histeria berlaku ketika musim peperiksaan di sekolah berasrama dan minggu orientasi di IPT. Dalam kes di asrama sekolah, didapati berlaku dalam minggu orientasi yang mana pelajar baru didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang meletihkan hingga mengganggu masa tidur dan rehat pelajar.

Selain itu, kes histeria berkait rapat dengan kepercayaan seseorang individu terhadap perkara mistik dan karut marut seperti pelajar baru sering dimomokkan dengan cerita karut seperti ada hantu dan perkara mistik lain.

“Pelajar asrama juga mudah terkena histeria kerana mereka tidak dapat mengawal konflik seperti terpaksa mengikut disiplin yang ketat di asrama selain kerinduan kepada keluarga. Dalam 1980-an, kebanyakan kes histeria berlaku di sekolah agama yang mana disiplinnya lebih tinggi berbanding sekolah biasa,” katanya.

Kes membabitkan pekerja kilang, biasanya berlaku pada waktu malam. Ia dipercayai berlaku kerana pekerja keletihan tidak cukup tidur selain faktor ketakutan kerana sering mendengar cerita mengenai hantu. Kebanyakan kes membabitkan wanita kerana tahap ketakutan mereka lebih tinggi berbanding pekerja lelaki.

Prof Azhar berkata, histeria sebenarnya berlaku kerana konflik dan tekanan yang tidak dapat dibendung dan dikawal oleh individu itu dan cara mengawalnya adalah dengan memberikan bantuan bukan tekanan kepada mereka yang ada masalah atau lemah.

“Mereka yang terkena histeria adalah individu yang memerlukan bantuan. Oleh itu, cara merawatnya adalah dengan memberikan bantuan kepada mereka. Cara terbaik adalah sesi kaunseling. Bagi mengelakkan ia berjangkit dan menjadi epidemik, mereka yang diserang terkena histeria diasingkan dengan orang lain,” katanya.

Beliau berkata, bagi orang Islam, biasanya pengawal perubatan Islam akan memberi rawatan untuk menenangkan pesakit dengan bacaan ayat al-Quran. Begitu juga dengan agama lain, yang mana mungkin orang yang arif dalam agama mereka akan memberikan rawatan mengikut kepercayaan masing-masing.

Namun, seeloknya selepas rawatan berkenaan pesakit diberikan keyakinan untuk mengawal diri dan selepas pulih pesakit diberikan sokongan seperti bertanyakan masalah dihadapi mereka.

Sementara itu, pengamal perubatan Islam, Fauzi Mustaffa, berkata histeria mengikut perspektif Islam adalah merujuk kepada keadaan yang mana manusia tidak sedar, dirasuk dan hilang ingatan akibat gangguan emosi yang tidak terkawal dan tekanan perasaan akibat masalah peribadi, rumah tangga dan kepincangan masyarakat.

Katanya. ia boleh berlaku apabila seseorang itu tidak sedar diri dan syaitan mula menguasai akal fikiran mereka sehingga menyebabkan ada yang meracau, menjerit dan melakukan perkara di luar batasan manusia normal serta hilang ingatan.

“Ia juga berpunca daripada gangguan emosi yang tidak terkawal yang berpunca daripada tekanan hidup, masalah rumah tangga, kepincangan masyarakat dipendam melampaui fikiran yang mana ketika itu syaitan mengambil tempat dan menyerang otak manusia. Ketika itu otak lemah dan jadi histeria,” katanya ditemui baru-baru ini.

Beliau yang kerap dipanggil membantu sekolah yang menghadapi histeria, berkata, mengikut pengalamannya kebanyakan histeria berlaku menjelang musim peperiksaan.

Ia berlaku kerana pelajar tertekan kerana mengulang kaji pelajaran selain tiada sokongan sebaliknya tekanan ibu bapa yang meletakkan harapan tinggi kepada mereka.

“Kerisauan dan kebimbangan ibu bapa menjadi tekanan yang akhirnya menyebabkan otak menjadi lemah dan syaitan mula menguasai sehingga berlaku gangguan. Selain tekanan ibu bapa, pada minggu peperiksaan biasanya pelajar tidur lewat kerana mengulang kaji pelajaran. Apabila kurang tidur mata mengantuk dan badan keletihan dan ada yang kurang makan menjadikan badan lemah yang membuka ruang untuk syaitan dan makhluk halus menguasai fikiran,” katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan, histeria berlaku kerana manusia mengganggu tempat tinggal atau kawasan makhluk halus yang menyebabkan makhluk berkenaan ‘bertindak balas’ termasuk merasuk manusia.

Imbas kembali

Kronologi kes histeria di seluruh negara tahun ini

28 Ogos 2008

KUANTAN: Kejadian histeria berulang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur membabitkan lapan pelajar perempuan selepas tiga hari sesi persekolahan bermula.

8 Ogos 2008

KUCHING: Seramai 15 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bekenu, termasuk dua lelaki, diserang histeria ketika belajar di dalam kelas bermula jam 8 pagi.

KUANTAN: Kejadian histeria berulang semula di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Lumpur, membabitkan 11 pelajar sehingga menyebabkan sesi pembelajaran terganggu.

7 Ogos 2008

SUBANG JAYA: Pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 23, diserang histeria selepas dua hari kejadian yang sama berlaku di sekolah itu.

4 Ogos 2008

TELUK INTAN: Seramai 12 pelajar, termasuk empat lelaki, Sekolah Menengah Seri Kandi, histeria ketika mengikuti perkhemahan motivasi dan ceramah.

24 Julai 2008

KUANTAN: Sebilangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Lumpur, diserang histeria dan sakit sendi hampir setiap hari, terutama menjelang tengah hari.

Setiap hari hampir empat hingga lima pelajar diserang kejadian misteri itu dan mengikut laporan akhbar seramai 35 pelajar terbabit.

17 Julai 2008

NIBONG TEBAL: Seramai 10 pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kawan (SMKBK) diserang histeria di dalam kelas apabila mahu memulakan pembelajaran selepas tamat waktu rehat.

19 Jun 2008

CHERAS: Hampir 30 pelajar lelaki dan perempuan tingkatan lima di Sekolah Menengah Sains Selangor diserang histeria apabila tiba-tiba meracau, menjerit serta melukakan diri sendiri, dipercayai dirasuk makhluk halus.

24 April 2008

TAIPING: Pelajar dan guru sebuah sekolah menengah di Bukit Gantang, gempar apabila 13 pelajar diserang histeria sekembali daripada menziarahi jenazah seorang guru wanita.

Pelajar tingkatan tiga dan lima itu menjerit-jerit seperti orang gila ketika mengikuti pembelajaran di kelas pada jam 11.30 pagi.

14 April 2008

SEREMBAN: Kira-kira 15 pelajar dan seorang guru perempuan sebuah sekolah menengah, dekat Sikamat, diserang histeria.

31 Januari 2008

DUNGUN: Hampir 200 pelajar perempuan dan lelaki Sekolah Menengah Sains Dungun, alami histeria menyebabkan sesi persekolahan di sekolah berasrama penuh itu terpaksa ditutup empat hari. Kejadian dipercayai bermula jam 9.30 pagi selepas seorang pelajar tingkatan dua mula menjerit sebaik tamat perhimpunan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2009 03:49 PM | Show all posts
lor....curah air panas lam sinki x leh yek???
selalu gak buat sbb x mo lemak makanan lekat kt sinki...
klu lam tandas tu pernah sekali sbb ada ank biawak masuk lam tu...
suruh kuar x nak kuar...geram sgt curah la dgn air panas...eeeeeee
geli la...time kita nk membuang dia jengul kepala...eeeeee...gelinya...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2009 03:51 PM | Show all posts
lor....curah air panas lam sinki x leh yek???
selalu gak buat sbb x mo lemak makanan lekat kt sinki...
klu lam tandas tu pernah sekali sbb ada ank biawak masuk lam tu...
suruh kuar x nak kua ...
zameyla Post at 23-11-2009 15:49
adeh.. x bek la curah binantang ngan air panas...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2009 03:53 PM | Show all posts
kesian kat bebudak tuhhh... heboh jugak masa tuhh banyak sekolah yang jadi kejadian macam tuhh
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2009 04:05 PM | Show all posts
36# selimutpurple x


x bek ka???
mana ku tahu....huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2009 08:20 PM | Show all posts
Sape kata tak boleh curah air panas dalam lubang jamban? Bolehhhh.....but sebelum tu mintak ler dia orang keluar dulu gi mandi ke hape......simple pe{:3_81:}
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2009 10:49 PM | Show all posts
36# selimutpurple  x


x bek ka???
mana ku tahu....huhuhu
zameyla Post at 23-11-2009 16:05
betul la... ader dengar ustad cakap jangan bunuh binatang dengan api atau air panas... tersiksa dia....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 09:43 PM GMT+8 , Processed in 0.089133 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list