CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Syd

ET

[Copy link]
Post time 26-3-2009 11:48 AM | Show all posts
hehe

pi tanya dia pink
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-3-2009 02:04 PM | Show all posts

Reply #20 pinkish's post

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2009 02:28 PM | Show all posts

Reply #1 Syd's post

makhluk asing mempunyai kepala seperti sebuah pisang ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2009 03:05 PM | Show all posts
Melangkah Ke Alam Misteri





KEHIDUPAN normal Scott Longley dan isterinya, Wendy tiba-tiba berubah selepas kejadian aneh menimpa mereka pada awal 1996. Kejadian itu berlaku dalam tempoh 45 minit tetapi mereka gagal mengingatinya.

Bagaimanapun, mereka amat pasti mengenai satu perkara - sebelum ingatan mereka lenyap, mereka terlihat pancaran cahaya yang aneh.

Kejadian membingungkan itu berlaku ketika suami isteri itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Grafton, New South Wales, Australia. Ketika menghampiri kediaman keluarga itu, mereka terlihat cahaya aneh di dada langit dan selepas itu mereka terus tidak menyedari apa-apa.

Empat puluh lima minit berlalu pasangan berkenaan kembali tersedar dalam kebingungan. Dengan keadaan tubuh badan yang berasa begitu letih dan sengal, mereka meneruskan perjalanan menuju ke rumah.

“Pelik juga, kerana mulanya kami rasa sihat saja,” kata Wendy yang mengadu mengalami sakit perut yang begitu teruk selepas kejadian itu.

Scott, bekas pelari maraton pula berkata kakinya tidak pernah melecet tetapi jari kaki kanannya tiba-tiba bengkak sebesar bola golf dan hidungnya terasa amat gatal.

Bagaimanapun, sesuatu yang lebih misteri bagi mereka adalah - apa yang berlaku sepanjang tempoh 45 minit itu?

Bagi membongkar rahsia berkenaan, mereka menghubungi pakar hipnosis dikenali Barry dengan harapan dapat mencantumkan kembali memori yang mungkin masih tersembunyi di bawah minda separa sedar masing-masing.

Barry yang tertarik mendengar kejadian menimpa pasangan itu segera bertemu mereka. Di hadapan suami isteri terbabit, lelaki itu mula menyedari sesuatu - kedua-dua pasangan terbabit memiliki kesan tompok merah di bahagian belakang leher dan tanda itu serupa dengan laporan kes mangsa penculikan UFO di seluruh negara.

Seterusnya Scott dan Wendy setuju untuk dihipnosis bagi mengetahui di mana mereka menghilang dan apa yang berlaku sepanjang 45 minit itu.

Proses hipnosis itu dijalankan selama beberapa jam dan dirakamkan di pita video.

Ketika proses itu dijalankan, Scott yang dibawa menyelami minda di bawah sedarnya secara tiba-tiba menangis. Layar fikiran lelaki itu segera dibayangi babak demi babak yang berlaku sepanjang kejadian berkenaan:

Perjalanan mereka baru dua kilometer melepasi sebuah kasino di utara New South Wales apabila secara tiba-tiba kenderaan itu berhenti di tepi jalan dan Scott terhumban ke stering.

Kemudian pasangan itu dikelilingi oleh sekumpulan makhluk yang memiliki rupa yang aneh - mereka sangat tinggi tetapi tidak ada warna kulit manakala muka mereka kelihatan seperti semut gergasi.

Dua daripada makhluk itu membawa isteri Scott ke tengah padang manakala satu lagi makhluk asing itu bercakap dengannya.

Bagaimanapun, tiada perkataan yang terkeluar daripada mulut makhluk itu, seolah-olah mereka bercakap menggunakan telepati, apa yang ingin disampaikan makhluk terbabit terus memasuki kotak fikiran Scott dan dia memahaminya.

“Mereka mengarahkan saya supaya jangan takut kerana mereka tidak bermaksud jahat,” katanya sambil menjelaskan yang ketika itu, dia sedang meniarap di atas jalan.

Satu daripada kumpulan makhluk asing itu membawa senjata dan mengacukan ke leher Scott tetapi dirinya tidak berasa takut kerana tahu mereka hanya mahukan contoh tubuhnya sebagai uji kaji.

Scott berkata, makhluk asing terbabit memberitahu bahawa dia dan isterinya adalah orang baik-baik. Ketika itulah dia memandang ke atas dan ternampak kapal angkasa sebesar dua garaj kereta berlegar-legar di udara.

“Saya menjerit dan tiba-tiba saja sudah berada di atas meja bedah di dalam kapal angkasa itu. Puaslah saya terpekik-terlolong merayu mereka melepaskan saya tetapi mereka terus membalut plastik besar di sekeliling pinggang saya.

“Saya memandang ke luar dan ternampak sebuah bangunan tinggi. Ketika itu mereka meletakkan sekeping getah di atas muka saya dan ada makhluk dengan leher besar yang berkedut memberitahu saya akan rasa sakit sedikit dalam proses itu,” katanya.

Satu silinder keluli kemudian dicucuk di mata Scott tetapi dia tidak berasa sakit sebaliknya cuma suatu perasaan aneh.

Tubuh lelaki itu kemudian diangkat daripada meja dan terawang-awang di udara. Satu wayar panjang dimasukkan ke tubuhnya sehingga dia boleh rasa yang wayar itu menyentuh tulang belakangnya.

Scott berkata, sepanjang ditahan, contoh kulit dan darah mereka diambil ketika mereka terbaring di atas sebuah meja bedah.

Dalam keadaan itu, dia menyedari terdapat empat jenis makhluk asing, antaranya makhluk yang menyerupai ET sehinggalah makhluk seperti cicak dengan kulit berkedut.

Seterusnya, giliran Wendy pula untuk dihipnosis. Melalui proses sama, wanita itu dibawa menyingkap kejadian yang masih tersimpan di minda bawah sedarnya.

Wanita itu teringat satu corak ganjil di dalam kapal angkasa itu. Dirinya terbaring di meja dan ada banyak wajah ganjil memandang ke arahnya. Mereka kelihatan seperti memakai topeng. Diperhatikan yang ada siling tinggi dan banyak tingkap di sekeliling mereka.

“Ada satu alat yang dikawal komputer dekat meja itu. Saya rasa sejuk dan keadaan amat sunyi. Saya juga tidak dapat bau atau melihat apa-apa warna. Perkara terakhir yang saya ingat ialah dibawa masuk ke dalam kereta yang tersadai di tepi jalan.” katanya.

Selepas mengetahui kejadian yang berlaku sepanjang 45 minit yang hilang itu, pasangan terbabit mula menyedari yang mereka adalah antara ribuan mangsa penculikan makhluk asing di seluruh dunia.

Anehnya pasangan terbabit berasa seolah-olah ingin ‘bersatu’ dengan makhluk asing terbabit. Bagi mereka, masih banyak perkara yang belum terjawab - dari mana makhluk itu datang, apa misi mereka dan apa yang boleh manusia pelajari daripada makhluk asing itu.

Kisah penculikan Scott dan Wendy didedahkan secara hipnosis itu segera mendapat perhatian ramai pengkaji dan peminat UFO serta makhluk asing lebih-lebih lagi jarang kejadian seperti itu yang berlaku di Australia.

“Saya rasa seperti baru menonton wayang. Saya tahu ia benar-benar berlaku dan mereka akan kembali menculik saya. Ketua makhluk asing itu memberi amaran tugas mereka belum selesai dan mereka akan kembali.

“Ramai orang tidak percayakan cerita saya tetapi saya tak kisah, saya tak bohong. Lagipun, buat apa saya mereka-reka cerita dan biar semua orang persendakan keluarga saya?” kata Scott mengakhiri kisah mengenai pengalamannya menjadi antara ribuan yang mengaku diculik makhluk asing, di seluruh dunia.

INFO:

Dakwaan Scott Longley dan isterinya, Wendy

    * Diculik makhluk asing berhampiran rumah mereka di New South Wales, Australia.
    * Diculik selama 45 minit
    * Dia ternampak cahaya serta kapal angkasa sebesar dua garaj kereta berlegar-legar di udara.
    * Terdapat empat jenis makhluk asing, antaranya makhluk yang menyerupai ET sehinggalah makhluk seperti cicak dengan kulit berkedut.
    * Makhluk asing memiliki rupa aneh, sangat tinggi tetapi tidak ada warna kulit manakala muka mereka kelihatan seperti semut gergasi.
    * Makhluk asing bercakap dengan Scott secara telepati.
    * Satu silinder keluli dicucuk di mata Scott dan satu wayar panjang dimasukkan ke tubuhnya sehingga dia boleh rasa yang wayar itu menyentuh tulang belakangnya. Contoh kulit dan darah mereka diambil ketika mereka terbaring dan tidak mampu bergerak di atas sebuah meja bedah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2009 03:13 PM | Show all posts
Originally posted by pinky46 at 24-3-2009 14:59
ape kehal nya et tu mcm pisang,pelik sgguh
comey nye pic yg pkai ala2 tdung mek iti tu



Mungkin yg dia jumpa tu "Banana In Pajamas" kot

Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2009 04:54 PM | Show all posts
comeyyy pisang...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2009 05:18 PM | Show all posts
selalu baca pasal mat saleh je yg kena kidnap. org melayu dia tak nak ke? Tp masih ingat lagi penah baca dlm mastika sai alien ni. ada budak tu bg tau nampak alien secara berdepan. alien tu mcm toyol je kenit2 dan kaler hijau kalau tak silap. dah tu masing2 pgg mcm senapang ka pistol ka.. sbijik mcm dlm citer2 kartun alien tuh.. tp yg ni mungkin version ganas kot... tp apa yg pasti, semua gambaran tentang bentuk kapal dan bercahaya terang mmg sama dgn semua versi citer2 org tentang ufo.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2009 09:33 AM | Show all posts
Originally posted by CosmoCrimson at 26-3-2009 17:18
selalu baca pasal mat saleh je yg kena kidnap. org melayu dia tak nak ke? Tp masih ingat lagi penah baca dlm mastika sai alien ni. ada budak tu bg tau nampak alien secara berdepan. alien tu mcm t ...

org melayu kena kidnap dgn hantu kopek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2009 12:31 AM | Show all posts
aku pernah melalui satu kejadian yg aku sendiri masih tatau apa benda yg aku nampak tu. sukati korg nk caya cite ni atau tak.

thn lepas aku blk dr kg waktu mlm. sampai kt kt area batang berjuntai/ijok, aku pandang keluar tgk langit. bulan terang samar2. bila pandang ke langit, aku nampak ada 2 cahaya bergerak kt langit. satu cahaya mengekor cahaya yg satu lg. mcm main kejar2. tp pelik sbb kedua2nya ni mcm seiring jln dgn pergerakan keta aku. aku ingatkan ada mana2 spotligt ke/persembahan laser ke. tp bila fikir blk, sapa plak nk buat persembahan laser kt tgh2 kawasan ladang sawit tu. aku pandang kiri kanan kawasan ladang yg gelap.

cahaya yg aku nampak ni mcm cahaya lampu suluh yg korang gerak2kan kt dinding, tp warna putih. cahaya tu gerak laju kt balik2 awam. nk kata kapal terbang, bukan. sbb lampu kapal terbang berkelip2 n kapal terbang gerak lambat. cahaya ni gerak laju mcm korang gerak2kan lampu suluh kt dinding tu.

klu ada org yg suluh dr bawah, mustahil pantulan cahaya tu blh nampak kt langit. langit tu kan jauh infiniti. dh tu cahaya tu bergerak2 kt blk awan. besar plak tu.

aku perati lama benda tu sampailah akhirnya driver berenti singgah isi minyak. lepas tu bila kereta jalan, aku tgk kt langit, benda tu x de dh.

sampai skrang aku masih musykil benda apa yg aku tgk tu? aku tanya kt driver, sah2 le dia x blh tgk sbb dia drive. aku ckp kt adik aku, muka dia plak dh pucat, x berani nk tgk. maklum le kiri kanan ladang sawit. tp pd aku benda tu bukan menyeramkan pun.

ada tak sesapa yg pernah nampak benda mcm aku nampak? sampai skrang inilah pertama kali aku ceta kt umum.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2009 02:32 AM | Show all posts
PELAJAR DAKWA LIHAT OBJEK BERLEGAR-LEGAR
UTUSAN MALAYSIA
25-5-1999




Photo Utusan Malaysia
Photo menunjukkan "kesan tapak kaki" makhluk asing

    SEREMBAN 24 Mei 1999 - Seorang pelajar mendakwa melihat satu objek terbang yang tidak dikenali (UFO) di ruang udara Kampung Bemban Hilir di Mambau dekat sini sebelum objek itu turun berlegar-legar berhampiran rumahnya.

    Mohd. Fahmi Abu Hassan, 17, berkata, objek itu mengeluarkan cahaya biru terang-benderang sehingga menyebabkan dia sukar melihat dengan jelas objek tersebut.

    Dia kemudian ternampak satu lembaga setinggi kira-kira 0.5 meter turun dari ruang udara.

    Ketika itu cahaya yang dikeluarkan objek terbang itu bertambah terang dan sukar untuk saya melihat lembaga itu, katanya di sini hari ini.

    Tinjauan Utusan di kawasan rumah Mohd. Fahmi mendapati terdapat tujuh bekas tapak kaki sedalam 0.5 sentimeter.

    Tapak yang mempunyai empat jari itu dipercayai mempunyai kuku tajam berdasarkan pada bekas cengkaman yang jelas kelihatan pada tanah.

    Pelajar itu mendakwa, UFO itu dikesan pada kira kira pukul 4.30 pagi ini ketika dia tersedar daripada tidur.

    Mohd. Fahmi memberitahu, dia terjaga selepas mendapati bumbung zink rumahnya berbunyi kuat seolah-olah ditiup angin.

    Saya tersedar dan kemudian,mendapati angin bertiup kencang seolah-olah cuaca hendak hujan, katanya.

    Sebelum ini, dua kejadian yang membabitkan UFO telah menggemparkan penduduk daerah Baling, Kedah dan di kawasan Ipoh, Perak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2009 09:42 AM | Show all posts
Objek pelik di JB

Oleh AFIFI HAFIZ M. NOR
[email protected]



DUA cahaya misteri (dalam bulatan) yang dirakam oleh Zamri di Larkin, Johor Bahru malam kelmarin.

JOHOR BAHRU - Objek terbang tidak dikenali (UFO) muncul di Johor Bahru?

Seorang pereka grafik, Mohd. Zamri Zain, 30, mendakwa melihat objek bercahaya seakan-akan UFO berlegar-legar di ruang udara di Taman Dato' Onn, Larkin di sini bermula pukul 10 malam kelmarin.

Menurut Zamri, objek tersebut dikatakan boleh dilihat di ruang udara beberapa jam sebelum ia hilang diliputi awan.

Katanya, objek bercahaya tersebut sebelum ini didakwa pernah muncul beberapa kali sejak awal bulan Mac lalu dan ia disedari oleh abangnya, Zaid Zain, 43.

"Selama ini saya hanya mendengar cerita daripada abang saya, tetapi bila saya lihat sendiri malam tadi (semalam) saya terpegun.

"Terdapat dua objek bercahaya dan salah satunya bergerak-gerak ke kanan dan ke kiri," katanya yang datang ke pejabat Kosmo! di sini semalam.

Zamri memberitahu, beliau telah merakam beberapa 'aksi' pergerakan objek bercahaya tersebut melalui kamera digital miliknya.

"Saya yakin objek bercahaya itu bukan disebabkan oleh laser lampu atau pantulan cahaya dari kapal terbang mahupun pesawat.

"Ini kerana jika objek bercahaya itu adalah cahaya laser lampu ia tidak mungkin boleh dilihat ketika awan meliputi langit," katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2009 09:43 AM | Show all posts
orang pisang nak turun johor
nak ucap tahniah...

muhiydin yassin jadik TPM

Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 01:01 PM GMT+8 , Processed in 0.066159 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list