CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: anGME

Aku mangsa kejadian

[Copy link]
Post time 24-4-2009 06:25 PM | Show all posts

Reply #20 anGME's post

sedih jgk dgr ya cerita angme.....
ada gambar tak lokasi rumah dgn sungai tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2009 11:26 PM | Show all posts
memang sedih cite ko.......

tak sabar nk tahu kesudahnya.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2009 09:58 AM | Show all posts
kesianny kalo lah ako kt tmpt dia x tau lah mcm mn...dugaan kuat yg menipa kt keluar dia nie...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2009 10:25 AM | Show all posts
...tiba - tiba sewaktu Abang aku melompat ketanah...air sudah melimpah di halaman rumah dengas deras....Abg dan mak aku hanyut dibawa harus deras....tetapi dengan nekat untuk menyelamatkan mak aku...Abg aku kuatkan tenaga dan dapat berpaut pada pokok belimbing di halaman rumah....Adik aku yg nampak kejadian tu terus menyambut tangan Abg aku dan mereka terselamat. Kalau kauorang datang ke Gunung Pulai...pokok belimbing tu masih ada di halaman rumah aku.
Badan Abg dan mak aku penuh dengan lumpur..mak aku gak banyak tertelan air dan lumpur yg dibawa oleh air sungai tu. Sementara Abg dan Mak aku menenangkan diri...tiba-tiba Adik aku terdengar suara orang meminta tolong...setelah dicari...rupa-rupanya org yang meminta tolong itu ialah Abang aku yg hanyut bersama anak dan isteri dia tu....dengan keadaan yg gelap..hujan masih renyai...deruan air yg deras dah dalam keadaan samar-samar cahaya petir...adik aku menuju kearah Abg aku dan membawa dia ke rumah besar tu......Adik aku tanya macamana Abg boleh terselamat...Abg aku kata...sewaktu dia sedang menidurkan 4 org anak kesayangannya itu...tiba-tiba elektrik terputus...Abg akupun terus bangun dan keluar menuju ke kereta untuk mengambil lampu suluh. Apabila Abg aku nak masuk semula ke rumah...dengan sekelip mata air melangar rumah Abg aku dan dia melambung hingga terbolos keluar dari atap zing rumahnya....sewaktu dia hanyut dia sempat berpaut pada almari baju dan hayut ketepi. Semasa Abg aku hanyut..dia terdengar jeritan isteri dia memanggil meminta tolong.." Abang.....Abang....tolong saya...." mankin lama suara itu semankin jauh dan lenyap dibawa harus deras sungai...Selepas Abg aku tenang dia terus mencari anak dan isterinya bersama Abg aku sorang lagi dan Adik  aku....
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2009 11:34 AM | Show all posts
sedihnya.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2009 12:43 PM | Show all posts
Dalam keadaan yang terkejut...Abg aku terus mencari anak dan isterinya...dia memanggil-manggil
nama isteri dan anak-anaknya...namun tiada jawapan...hati Abang aku semankin berdebar...dia terus mencari dan mencari hingga tanpa disedari kedua-dua belah kaki Abang aku tu.. cedera dengan teruk sekali...tapi semangat untuk menyelamatkan anak dan isterinya telah mengatasi rasa sakit di kakinya....akhirnya Abang aku rebah juga setelah penduduk kampung menjumpai anak Abang aku yg aku kata tertanam separuh badan tu...lepas dia tengok keadaan anaknya tu...segala tenaga yg ada pada dirinya telah hilang serta-merta dah dia rebah tidak bermaya lagi...masa itulah dia diusung keluar oleh pihak bomba dan pada masa itu juga aku sampai ke kampung.Abang aku rebah kerana dia membayangkan bagaimana nasib anak-anak dia yg lain...yang masih kecil dan kerdil itu...Abang aku hanya dapat berserah pada ketentuan Ilahi...mulai malm itulah penduduk kampung, Polis dan Bomba memulakan operasi mencari mangsa yang masih hilang hingga hari keenam.
Pada malam kedua..ayah aku pula rebah kerana darah tinggi...dia terlalu sedih dan tidak henti menangis kerana anak-anak Abang aku tu semuanya cucu kesayangan dia..terutama anak lelaki Abang aku yg umur 4 tahun tu...dia amat rapat dengan Ayah aku. Enam hari aku berada di Kampung membantu mencari mangsa yang hanyut. Hari ketujuh aku balik semula ke Pahang memulakan kerja seperti biasa...dan pada hari ketujuh tulah Anak perempuan Abg aku yg aku cerita tu dijumpai..aku tak dapat melihat wajah terakhir dia.

Oklah...inilah cerita sebenar yang berlaku sewaktu banjir di Gunung Pulai tu....mungkin ada cerita yg aku dah lupa nak sebut...maklumlah dah 8 tahun peristiwa ni  berlaku....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-4-2009 01:06 PM | Show all posts
Selepas 3 tahun dari kejadian itu....satu lagi berita sedih aku terima...dimana Ibu aku yang amat aku sayang telah pergi buat selama-lamanya. Ibu aku mula sakit selepas setahun dari kejadian banjir tu berlaku...mungkin dia terlalu terkejut masa kejadian itu berlaku kerana hampir hanyut dibawa arus deras air sungai tu...Aku bergegas pulang ke kampung pada jam 7.00 pagi..ibu aku meninggal sewaktu dia hendak solat subuh....sementara dia menunggu waktu Subuh dia terlelap dan rupa-rupanya dia terlelap buat selama-lamanya.

Kini..bila aku balik ke Kampung...adakalanya aku menangis bila terkenangkan suasana sebelum berlakunya kejadian tu...terbayang keriangan anak-anak buah aku..terbayang senyuman ibu aku...dan terbayang keadaan asal kawasan rumah aku sebelum kejadian...dimana tempat aku selalu bermain waktu kecil dulu telah hilang dihanyutkan air...yang tinggal hanya batu dan pasir.

Untuk pengetahuan kekawan semua...pada 1, 2 & 3 May ni aku ada kat Kampung( Gunung Pulai ) saja bercuti jengok Adik , Ayah dan Abang aku. Kalau ada kekawan yang kebetulan datang kat Gunung Pulai pada hari tu...call lah  aku kalau nak berborak lebih panjang...ni no HP aku 019-3740009 ( an ) kalau nak tengok gambar...nanti aku tunjuk. Oklah aku rasa setakat ni saja yg dapat aku ceritakan...aku minta maaf jika ada tersalah taip perkataan...( sama-samalah kita sedekahkan Fatiha kepada mereka yang telah pergi...Al - Fatiha...) Assalamualaikum...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2009 05:43 PM | Show all posts

Reply #27 anGME's post

muailikumsalamm...
sungguh tragis cite awk tue.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2009 05:45 PM | Show all posts
boleh tak awk tepek gambar tmpt kejadian tu kat sini....
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2009 02:42 AM | Show all posts
sedih baca kisah ni... aku faham perasaan kehilangan orang yang disayangi...

abah aku meninggal 2 bulan lepas dah aku tak berada di sisinya ketika beliau menghembuskan nafas yang terakhir...

ini kan pula kehilangan ramai ahli anggota keluarga serentak...:cry:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2009 08:25 AM | Show all posts
Terima kasih diatas rasa simpati kauorang....

Yang pergi ..tetep pergi...yang hidup..kena teruskan hidup..

Gambar kejadian ada kat Kampung aku...Adik aku simpan...nanti aku ambik bila aku balik kampung bulan 5 ni...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2009 12:01 PM | Show all posts
sedih aku.....I'm sorry for you..although I can't imagine being in your shoes.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2009 12:25 PM | Show all posts
sedihnya..takziah utk tuan umah n family..

al fatihah,smoga roh mereka d tempatkan dlm kalangan org yg beriman..aminnnn
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2009 01:10 PM | Show all posts
takziah...
sedih aku dgr kisah hidu keluarga ko..

semoga ditmptkan dikalangan org yg beriman..amin
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2009 03:23 PM | Show all posts
Al - fatihah...takziah aku ucapkan...Cerita ni sgt mnyayat hati...Apepun Semua ni dah ketentuan Allah...Kita x mampu nak mengelaknya...Dari Nya kita datang dan dari Nya kita akan pulang..
Kepada yang sudah pergi tu kita tdak mampu untuk hidupkan kembali...Segala kenangan indah akan bermain didalam pikiran...Kita harus redha..Aku tahu sukar utk melupakan kejadian silam nie...Tp anggaplah dia sebagai ketentuan Allah..Mungkin mereka semua sedang berbahagia di Alam lain...Wallahualam..Kepada tuan rumah jgn la di kenangkan sangat kepada orang yang telah pergi buat selamanya..Dari kita duk kenangkan mereka yang dah pergi cuba kita tukarkan kepada membaca Surah Alfatihah...Dengan cara ini saje la kita dapat menhantar pahala kepada mereka..Akhir sekali..Semoga kesemua Allahyarham dan Allahyarhamah berada di tempat orang - orang yang beriman...Amin Ya Robballamin..

[ Last edited by  eddie_worlds at 27-4-2009 15:24 ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2009 10:26 PM | Show all posts
Air terjun Gunung Pulai sekarang sudah ditutup sepenuhya...tidak dibenarkan sesiapa naik keatas tu kecuali pihak TELIKOM dan TENTERA sahaja kerana kat puncak Gunung tu ada pencawang RTM, NTV7 dan TV3. Pos kawalan pintu masuk dikawal oleh tentera. Pihak IKRAM kaji bumi mengatakan sturtur tanah gunung tu dah tak kukuh....bila bila masa je boleh runtuh.
Tapi kekadang ada pengunjung yg degil..dia naik juga...ada dah yg cedera kena hempab batu kat atas tu...waktu diaorang tengah mandi.....pintu pagar kat bawah tu buka sebab pihak Telikon dan tentera keluar masuk. Sekarang ni kalau nak mandi...mandi kat sungai belakang rumah aku je...dijamin selamat...adik akupun ada jual makanan sikit sikit kat tepi rumah tu...tapi kalu kereta parking Ayah aku kutip duit parking RM 2.00...sebab parking atas tanah ayah aku....hinggakan adakalanya bila anak-anak balik nak parkingpun tak ada tempat. Tapi kereta dijamin selamat....ayah aku jaga.
Nak jadikan kesah..ada pada satu hari tu...sorang hamba Allah ni berkira sangat pasal Parking kena bayar RM 2.00 tu...dia tak puas hati..diapun bawak kereta dia naik ke air terjun..parking kat atas sana....petang tu dia singah kat rumah aku..ayah aku tengok cermin tingkap kereta dia pecah...habis radio dan esesori keteta dia kena curi. Sebelum tu Ayah aku dah kata..tak leh naik atas.. bahaya kalau tinggal kenderaan kat atas tu..nanti kena curi. Memang banyak dah motor kena curi dan kereta kena pecah tingkap bila parking kat atas tu....tak taulah kerja budak-budak mana..boleh kalau nak naik atas tu..tapi jangan bawa kenderaan....dan risiko kena tanggung sendiri kalu jatuh ke..kena hempab batu ke...aku dah tengok keseluruh kawasan kat atas tu....memang tak selamat dah sekarang ni...tapi terpulanglah pada individu tu sendiri...kalau rasa nak naik gak itu pilihan mereka. Aku sendiripun kalau balik kampung...seram aku nak naik atas tu...rasa semacam je....macam-macam pernah berlaku kat atas tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2009 01:57 PM | Show all posts
Innalillah....

Aku baca berita ni dulu memang terkedu jugak.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2009 10:59 AM | Show all posts
Takziah...
emm mesti ko ni tabah kan...huhu
emm aku dulu selalu gak gi mandi gng pulai tu waktu aku dok kg..kg aku kat Parit Sikom..aku rasa mesti ko tau kan anGME..
sejak runtuh tu aku pon tak prnah pergi da..diorg kata tempat yg mandi skrg tu cetek kan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2009 04:15 PM | Show all posts
Kakak aku ada duk kat parit sikom sekarangni.... nenek aku duk kat Kg. Jawa...tapi dia dah meninggal lama. Kakak Abg ipar aku ada gak kat parit sikom...oku panggil dia Wak Saridah...dia pandai ubat orang....kau kenal ke roquezz....

Air terjun Gunung Pulai dah tak secantik dulu...boleh dikatakan 200 % dah berubah dari bentuk asal.

Kau kenal tak orang ni....dulu dia ni buat parang kat Parit Sikom..kalau ada kerja kawin dia ada kumpulan kugiran..dia tukang main Drum...orang panggil dia man ataupun Konteng...mata dia juling sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2009 12:25 PM | Show all posts
emm aku rasa diorg tu parit sikom luar kot..aku xkenal pon..kalo kenal orgnyer pon aku panggil nama len kot..emm aku ni kg kat parit sikom yg selekoh maut tu..dekat2 ngan masjid n balairaya tu..tau tak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 08:38 AM GMT+8 , Processed in 1.150234 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list