CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sinar_inspirasi

PERNIAGAAN KAIN ELA /PASANG [MERGE]

[Copy link]
 Author| Post time 28-9-2007 02:17 PM | Show all posts
mmg ratus2 ribu pun nak start mcm nagoya tu...


ada contoh ngan aku baru nih.. byk yg lebih.. sebab tak smpt nak jual.. last2 bini aku amik buat baju semua.. hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2007 04:20 PM | Show all posts
Originally posted by mak_zikri at 28-9-2007 01:27 PM
Agak2 ade sape yang tahu tak dalam berapa agaknye modal nak bisness kain ela ni...especially yg saiz bisnessnya mcm Nagoya tu...ratus2 ribu yek..

Kalau mcm Euro Moda tu mmg confirm la kot coz  ...



mau RM800 K kot...
jekel tu takyah citer la....mamak mmg pandai buat duit..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2007 04:40 PM | Show all posts
tak kuar lagi ke nih..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2007 04:51 PM | Show all posts
mamak je ke yg pandai ?.. melayu tak pandai ke?....
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2007 04:53 PM | Show all posts

Reply #27 sinar_inspirasi's post

betuah bini sinar....
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2007 11:47 PM | Show all posts
Originally posted by barney1412 at 28-9-2007 04:53 PM
betuah bini sinar....


kalau laki haku pemborong kain pun....haku pilih yang lawa2 dulu buat baju....
bakinyer baru haku jual.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-10-2007 08:40 AM | Show all posts
bro sinar...tak der sample2 nak cuci mata, kain ela yang macam mana nak bawak masuk m'sia... ada design baru..teringin gak
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2007 08:50 AM | Show all posts
Alhamdullilah ok gak sekarang ni dah ada untuk kain ela.memang sekarang ni pun tengah meniaga kain ela.Kalau nak ikut sekarang ni yang monopoli adalah orang Pakistan dan China.Saya pun sekarang ni ambik dengan Pakistan untuk kain kosong untuk buat kemeja dan seluar sebab kualiti nya ok tetapi daripada China pun ok juga asalkan mahal ler.Sekarang ni memang saya tengah concentrated ngan kain ela nih.2 minggu lepas saya jumpa ader satu supplier daripada China dia jual kain Jaquard,Chiffon,Silk dan Opel datang ke mari suruh saya jadi agen kat sini.dan minggu lepas saya jumpa satu supplier daripada Vietnam dia pun suruh saya jadi ejen kat sini.Dia jual kain jenis lace,brokad dan .Yang Ejen dari Vietnam tu saya bawa dia jalan-jalan kat Jalan TAR,punyalah dia hangin sebab rupanya Vietnam banyak supply kain Lace ke Indonesia dia ada banyak customer daripada Jakarta kat Pasar Baru tu dan daripada Indonesia kain tu di esport ke Malaysia ler.Dia hari tu banyak bawak kain sample memang cantik-cantik geram nyerrrr.Tapi cam ner nak jadi ejen sebab kalau nak order kena ambik tak kurang satu design 2000 yards. huhuhuhuhu ake tak der modal banyak tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2007 09:55 AM | Show all posts
Tapi kain ela yang dipakai oleh wanita ni saya suka cari yang stocklot jer murah sikit terutama daripada Korea dan Jepun kain dia walaupun stock lot tapi cantik-cantik dan berkualiti.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2007 11:26 AM | Show all posts
aku ada pengalaman bab ni. lama juga aku buat, untung lumayan tu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2007 09:55 AM | Show all posts
cerita la sikit pengalaman tu..modal berape..nak tahu gak ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2007 08:51 PM | Show all posts
Originally posted by mamaeli at 2-10-2007 08:50 AM
Alhamdullilah ok gak sekarang ni dah ada untuk kain ela.memang sekarang ni pun tengah meniaga kain ela.Kalau nak ikut sekarang ni yang monopoli adalah orang Pakistan dan China.Saya pun sekarang n ...



modal berapa semua tu?...
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2007 12:51 PM | Show all posts
Originally posted by sinar_inspirasi at 3-10-2007 08:51 PM



modal berapa semua tu?...


Modal bergantung kepada kita lah,macam saya kecil-kecil jer tak sampai RM 5K sebab ambik sikit2 tak berani lagi nak ambik banyak2 yang penting ambik mesti abiskanlah kalau tak rugi.saya cari yang stocklot jer.Kain Stocklot ni ader kat sini.Stocklot tu maknanyer apabila seorang buyer tu pesan kat kilang kain contohnya 1 kontena tapi tak jadi order dia kensel order tapi payment dah dibuat separuh oleh buyer tu.Jadi kilang tu let go je barang diorang murah murah.Tapi modal banyak je tak cukup kalau tak de pelanggan,kain pasang ni yang penting ader pelanggan lah dan kaki banyak,baru boleh jalan sebab nak carry stock banyak-banyak pening wooo.kalau nak niaga kain pasang pun susah sorang-sorang sebab kalau tak laku camner. kira-kira modal nak buat kedai kain pasang dalam RM1-2 Juta kalau nak betul-betul tokey.kat sini yang penting kaki kena banyak tak cukup 4-5 orang kena seluruh Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2007 03:49 PM | Show all posts
Originally posted by mamaeli at 4-10-2007 12:51 PM

Modal bergantung kepada kita lah,macam saya kecil-kecil jer tak sampai RM 5K sebab ambik sikit2 tak berani lagi nak ambik banyak2 yang penting ambik mesti abiskanlah kalau tak rugi.saya cari  ...



Kilang yang ada jual stoklot tu kat mana ? selain stoklot, ada lagi tak cara lain?
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2007 05:03 PM | Show all posts

Reply #36 iqbalriad's post

boleh bagi contact no, saya nak cuba jual kain atau  call saya 013 3944202
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2007 01:00 PM | Show all posts
dah lepas2 raya ni agak2 jual kain laku lg ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2007 04:24 PM | Show all posts
Originally posted by mrs_teratai at 5-10-2007 01:00 PM
dah lepas2 raya ni agak2 jual kain laku lg ke?


laku..sebab org nak buat baju pakai gi rumah kawin plak..
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2007 09:22 AM | Show all posts
kak teratai jangan risau..saya sendiri jual kain..tapi kecil-kecilan je lah..sekarang ni stok dah abis..tapi orang masih tanya ada kain lagi ke idak..lepas raya diorang pun tak kesah...maybe market saya org keje gomen kot  dulu saya suka-suka je jual kain sebab nak carik duit lebih..target saya sampai raya je sbb permintaan mesti banyak..tapi bila dah jual ni rasa syok pulak and susah nak berenti. setakat ni saya amik stok saya ngan org kemboja je. modal pun kecik. yg lagi best kalau tak laku boleh tukar ngan yang lain. diorang biasanya jual kain kat pasar-pasar.

Untung memang besar dalam 70 - 100%. Kadang-kadang lebih tengok jenis kain. tu yang saya suka. saya penah jugak jual tudung..tapi lambat nak balik modal..modal dah lah besar..terus surender...tak pel ah..kosentrate jual kain je..Kalau ada org melayu tulen yang jadik tokey kedai kain ni..saya memang respect..selain org cina, india and pakistan..jangan lupa org kemboja..kalau jalan kat pasar-pasar tempat saya ni diorang saja yg meniaga..kadang-kadang saya terfikir jugak tau ,camne diorang ada  modal banyak tu..heran betul lah..he..he
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2007 10:43 AM | Show all posts
Originally posted by rinadini at 7-10-2007 09:22 AM
kak teratai jangan risau..saya sendiri jual kain..tapi kecil-kecilan je lah..sekarang ni stok dah abis..tapi orang masih tanya ada kain lagi ke idak..lepas raya diorang pun tak kesah...maybe mark ...

ha ah saya setuju pendapat awak ti saya pun kecik-kecik ciput jer takut lagi nak besau-besau hehehe takut tak leh laku fening aku nanti nak fusing modal.Betul saya luper lak orang Kemboja,diorang pun menjual kain jugak....ha ni ader lagi orang Minang dari Indon tuh bersepah kat Chow Kit.Saya kenal sorang kakak yang ader bukak kedai Kain kat Aked Malindo Kat Chokit tu dia Melayu lah owner kedai kain tu.Saya tenya dia camner dia start bukak kedai kain.sengeh-sengeh ajer dia bagitau semuanyer yang keluar modal Indon-Indon tu diorang nak guna nama Melayu jer dalam business diorang tapi akak tu ader lah syer.

Bila saya wat survey,kalau setakat nak bukak kedai cam kat Jalan TAR ala yang macam kedai-kedai Aked tu dalam RM300K lebih kurang maksima lah tu.Sewa kedai dalam RM2500(kedai kecik) deposit 2 bulan pastu baki boleh beli kain .tapi kalau ader modal RM300K baik ambik supplier kat kedai-kedai Jalan TAR tu jer senang. Daripada kalau ambik direct kat Luar Negeri Camner kalau Kain tu tak Habis? kat Chokit tu depa kain tak abis,diorang tukar-tukar sesama depa jer so korang kena jadi geng depalah kalau nak bukak kain kat area Jalan TAR ker atau Chokit.Biasanya kat satu-satu Aked tu ader ketua lah.ketua dia yang ambik barang kat Luar negeri dan diagih-agihkan kat kedai-kedai kat situ.Yang jadi Tokeh tu memanglah kena invest tak kurang RM1 juta untuk beli kain drp Luar Negeri duit tu atau dia collect daripada penjual-penjual kain yang nak invest dan beli kain atau duit dia sendiri dan dijual kepada peniaga-peniaga kat situ.Kiranyer jaringan perniagaan mereka ni cukup kuat. Hmmm camtu lebih kuranglah.so macam aku yang bekerja nih hik...hik...hik jadi sambilan jer.Insyaallah tengah belajar-belajar selok belok dalam dunia Kain Ela nih.Kalu ader duit nanti boley ler bukak.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2007 10:55 AM | Show all posts

Reply #40 ijo's post

Saya ni pun bergantung ngan Cina gak nak tau Stocklot yang sampai biasanya diorang bagi tau saya tak tentu masa kengkadang mase saya tak de duit nak beli stocklot stock lot nih banyak tempat jual kain ader.Tapi bukan senang nak minta stocklot sebab kalau dapat harga stocklot memang untung berlipat ganda.Biasanya payah diorang nak bagitau.Stocklot tak terhad pada barangan China jer tapi daripada Bangladesh,dan Pakistan pun ader.Katakanlah kain 4 Meter dijual RM50,bila kita ambik dengan direct supplier pun harga dia separuh RM20 tapi bila saya dapat stocklot harga dia tak lebih RM5 jer.macam T-Shirt pun best dapat stocklot harga dia dalam RM2 - 3 ringgit jer kalau kain Lacose.Polo T-Shirt tu.Tapi tak de pilihan sebab kengkadang datang 1 kaler jer atau 2 kaler jer. hik..hik ape-aper saya PM awak jika ader stocklot yang awak berminat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 03:36 AM GMT+8 , Processed in 0.060999 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list