CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hitamputih

PERTANDINGAN PUISI CINTA '09

[Copy link]
Post time 20-5-2009 07:13 PM | Show all posts

Balas #12 hitamputih\ catat

waduh tam.. sudah silap postt ka?? hahahhah kene copy blik la plakkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2009 10:22 PM | Show all posts
KAIN PUTIH AKAN DI CORAKKAN,
DI CORAKKAN DENGAN HATI YG RELA,
KALAU HATI SENTIASA BERDEGUP KENCANG,
ITULAH TANDA HATI DI LAMUN CINTA.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2009 10:30 AM | Show all posts

Balas #21 anonymous\ catat

thanks anon!
nnti aku kasik kedit


~lala
post kat thread ni leh tak
http://eforum2.cari.com.my/viewt ... &extra=page%3D1
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2009 02:56 PM | Show all posts
my anon is very the jiwang ek?

nnt o2 nak hayati btl2..... rs mcm blh menangis

nukilan untu insan yang hatinya dilanda garuda

tajuk: mainan sebuah perasaan

TAMAN MALAM
KEINDAHAN YANG MENGKHAYALKAN
TERBUAI AKU DENGAN PERASAAN
TENGGELAMA DALAM SURAM DAN KELAM
LAGU RINDU MULA KEDENGARAN
LAGU CINTA BERKUMANDANGAN
BERPUTAR DIDALAM KOTAK FIKIRAN
JIWA JUGA TURUT MERASAKAN
GETARAN RASA YANG KAU BERIKAN
RENTAK GELORA YANG MEMPERSONAKAN
DENGAN SEGALA BAIT KATA YANG TIDAK TERLUAHKAN
INGIN SEKALI AKU UCAPKAN
TAPI TIDAK KESAMPAIAN
AKAN AKU SIMPAN BUAT NUKILAN
DALAM IRAMA MADAH BICARA YANG MENGHARAPKAN
KEHADIRAN KAU DISISI MENJADI PENEMAN
SAAT AKU TERBANG DIBAWA ANGAN
BERSAMA BAYU YANG MENDINGINKAN
HADIRNYA ENGKAU DIHAAP DAPAT MENGANGATKAN
TERUSLAH AKU HANYUT BERSAMA IMPIAN
SEPERTI MIMPI YANG TIDAK BERKESUDAHAN
TERUS AKU DIBURU KERESAHAN
NYATA DALAM KEKELIRUAN
TIDAK KERUAN
LANTARAN MAINAN SEBUAH PERASAAN
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2009 03:03 PM | Show all posts
KERANA KAU
AKU MULA MERASA RESAH
KERANA KAU
AU MULA MERASA GELISAH
KERANA KAU
AKU MULA HILANG ARAH
KERANA KAU JIWAKU MENJADI KACAU DAN GUNDAH
KERANA KAU
TIDAK PULA AKU MERASA LELAH

KERANA KAU
AKU SELESA DENGAN PERILAKU DAN CARA
KERANA KAU
AKU TENANG MENDENGAR SERIBU CERITA
KERANA KAU
MENYEDARKAN AKU DENGAN MADAH BICARA
KERANA KAU
MEMBAHAGIAKAN AKU DENGAN SELOKA JENAKA
KERANA KAU
MENGUATAKAN AKU DENGAN KATA-KATA

DALAM RESAH KAU MENDAMAIKAN
DALAM GELISAH KAU MENENANGKAN
DALAM HILANG KAU MENYEDARKAN
DALAM LELAH KAU MEMBERI KEKUATAN
DALAM GUNDAH KAU MEMBAHAGIAKAN

APAKAH NAMANYA INI PERASAAN?
ATAU AKU YANG TERPERASAN?
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2009 03:05 PM | Show all posts
abang tam...kalau saya letak puis lama saya kat sini boleh?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-5-2009 03:12 PM | Show all posts
kaukah bintang
yang menarik perhatian?
kaukah bulan
yang menerangi dada langit malam?
kaukah mentari
yang menyinari seluruh pelusuk alam?
kaukah insan
yang membuat aku penasaran?
kaukah lelaki
yang mengusik ketenangan?
kaukah adam
yang aku dambakan?
kaukah kekasih
yang menjadi pujaan?
kaukah dia
yang selama ini aku nantikan?

aku terus keliru dengan segala resah yang tiada bertepian....
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2009 03:13 PM | Show all posts
jika kau bintang
mampukah aku mencapaimu nun dilangit tinggi?

jika kau sang rembulan
mampukah aku seperti pungguk yang merinduimi?

jika kau si matahari
mampukah aku terus menerima lahar baramu?

jika kau insan
mampukah aku berdiri disisimu?

jika kau lelaki
mampukah aku mencuri sedikit perhatianmu?

jika kau adam
mampukah aku menjadi hawa untukmu?

jika kau kekasih
mampukah aku memiliki cintamu?

jika kau dia
mampukah aku bersuara meluahkan segala rasa yang bermukim dijiwa?

tenggelamlah segala persoalan yang terus merunsingkan.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2009 03:31 PM | Show all posts
sifatmu
menjadikan aku lemah tanpa kehadiranmu
nadamu,
menjadikan aku seorang perindu,
usikkanmu,
memberikan gelak dan tawa dalam hari-hariku,
kata-katamu,
menjadikan aku mendambakan kamu disisiku,
dirimu,
menjadikan aku yang sangat mencintaimu,
semua tentang kamu,
yang membuka pintu hatiku
aku yang mencintaimu
namun sedarkah engkau akan hakikat itu?
atau perasaanku?
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2009 03:45 PM | Show all posts
Hilang sudah episode lama
Yang penuh dengan duka nestapa
Dibawa deras mengalir bersama
Oleh sang hujan yang turun menimpa
Membasahi segenap ruang dan muka

Awan mendung ditiup bayu
Hilang bersama angin lalu
Kelam dan suram berubah wajah
Sang mentari menyinar merah
Seisi alam terang dan cerah

Tiada lagi malam yang sepi
Yang suram tiada berlagu sunyi
Semuanya indah kini
Bulan dan bintang terus menemani
Indah berkerdip menari-nari mengikut irama dendangan hati

Daun yang gugur lenyap kini
Dibakar habis tidak bersisa lagi
Dahan yang patah telah tumbuh kembali
Dihiasi dengan deduan dan debunga yang mekar mewangi
Indah mendamaikan phati

Tida lagi lautan yang bergelora
Mahupun ombak yang mengancam nyawa
Tenang biru air lautnya
Jernih jelas ke dasarnya
Semuanya tampak indah dan ceria

Semuanya kerana kamu
Wahai kekasih hatiku
Kerana kamu
Adalah hujan yang membawa rahmat kepadaku
Kerana kamu
Adalah sang mentari yang menerangi hariku
Kerana kamu
Adalah sang bintang yang mengindahkan malamku
Kerana kamu
Adalah deduan yang mekar member nafas kepadaku
Kerana kamu
Adalah lautan yang luas yang menenangkan hatiku
Semuanya
Kerana kamu
Kekasih hatiku
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2009 03:48 PM | Show all posts
Gerangan siapalah itu?
Yang menangis memohan keampunanMu
Sayup terdengar esak dan sendu
Hiba bertamu dihatiku

Gerangan siapakah itu?
Masih setia berteleku
Diatas sejadah itu
Menyeru namaMU

Gerangan siapakah itu?
Yang sentiasa memerhatikan waktu
Menanti waktu untuk berjumpa denganMu
Tanpa sedikit pun rasa jemu

Gerangan siapakah itu?
Dibibirnya dihiasi kalimah suciMu
Air suci sentiasa mewangi ditubuh itu
Nur cahaya terpamer diwajah itu

Gerangan siapakah itu?
Yang membuatkan aku
Merasa ingin tahu
Dan mendekatiMu

Gerangan siapakah itu?
Ingin sekali aku ketemu
Supaya dia dapat memimpinku
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2009 06:23 PM | Show all posts
nti...nak kena pk dlu ayat2 cngini....

brpuitis2 ni dtg mlm2 je...

aku nak balik keje dlu


amboii ot2....ayat...xhengat...bole tahan yer
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2009 07:09 PM | Show all posts
langit o2 habis exam kita brentap dengan mamat jiwang anon tu nak.... jom langit!~ o2 kena tggu my besekut cekelat bg inspirasi......baru leh tulis ayat tahap leleh
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2009 08:41 AM | Show all posts
thankss TAM
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2009 10:48 AM | Show all posts

Balas #33 otakotak\ catat

dan2 jer kata anon mamat jiwangg... hahaa.. anon dh lama x tuliss... dulu lain ler citer.. setiap minggu mesti ader... paling koman sehelai dua... tp tu 8 or 10 thn lepass
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2009 10:49 AM | Show all posts
thank tam... hehehe.. klo anon post lg bnyk ni.. mesti bnyk credit.. tp malas lak nk meyalin blik.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2009 12:01 PM | Show all posts
~Si Gadis: Mencari Redha~

Si Gadis hanyalah manusia biasa
Tidak maksum mahupun sempurna
Dia manusia yang penuh dosa
Sering lalai juga alpa

Terkadang Si Gadis terlupa
Terkhilaf menilai sesuatu perkara
Angkuh dan bongkak meraja
Namun semuanya tidak lama

Di Atas sana maha Pencipta
Menyedarkan Si Gadis dari lena
Hinanya dia kerana mencerca
Adakah dia pasti tempatnya di syurga?  

Syukur Si Gadis sedar akhirnya
Dia bukanlah sesiapa
Yang berhak menghukum diri Si Jejaka
Kerana dia jua tidak sempurna

Si Gadis menerima Si Jejaka seadanya
Walau terkurang di sini sana
Ikhlaskan hati mencari redha
Tiada yang indah selain hidayahNya

Pastinya hikmah menanti di sana
Mengapa ditemukan kedua mereka
Walau pelbagai dugaan melanda
Allah jua yang lebih mengetahuinya


P/S: puisi ala2 Islamik camni bleh ke?

sori kalau mcm agak tak masuk tema atau kelakar

tak kreatif sgt
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2009 01:50 PM | Show all posts
Originally posted by itik_magic at 20-5-2009 08:11
SUPERMAN..........dihati sapa?

aku tiada mantel di belakang,
aku tiada spender merah di luar,
aku tiada huruf S di dada,
aku tak boleh lari selaju keretapi peluru,
aku tak boleh terban ...


sukee...slumber yaya...sempoy jer tapi dalam maksudnye...ai loikee~~!!!

buat la lgii
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2009 01:54 PM | Show all posts
Originally posted by anonymous at 22-5-2009 10:48
dan2 jer kata anon mamat jiwangg... hahaa.. anon dh lama x tuliss... dulu lain ler citer.. setiap minggu mesti ader... paling koman sehelai dua... tp tu 8 or 10 thn lepass ...



kan kan

dulu idea datang macam air...

kdg2 xpayah tulis dulu ddk dpn pc tgn yang bergerak mengikut hati

skrg mcm xada inspirasi je

tulis pown macam cekodok basi

xterkesan dihati si buah hati
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2009 01:58 PM | Show all posts

Perit

Belum Cukup Perit...

bila kita rasa kita mampu menahannya

bila kita rasa kita bersedia menghadapinya

bila kita rasa kita benar² yakin kita cukup mengenalinya

bila kita rasa kita percaya kita harus melindunginya

Terlalu Perit...

bila kita sebenar²nya tidak mampu menahan kesedihan itu...

bila kita sebenar²nya tidak bersedia menghadapi situasi mengejut itu...

bila kita sebenar²nya tidak cukup mengenali perwatakan sebenarnya....

bila kita sebenar²nya tidak sedar kita melindungi orang yg salah......

Keperitan menikam..Sangat Perit.. kerana rasa itu buta katanya.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54892 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55320 Replies : 25
Mangkuk kosong pun kena bayar
ultra78Mangkuk kosong pun kena bayar
Views : 16312 Replies : 7
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 36419 Replies : 1323
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 5543 Replies : 178
'Lily' ditemui mati dengan menyayat hati, kaki dipotong. Update 26/12/2024 - Bangkai kucing dan anjing ditemui
ultra78'Lily' ditemui mati dengan menya
Views : 70731 Replies : 164
Aisar Khaled 'kejar'  Fuji ratu fyp Indonesia
sonya21Aisar Khaled 'kejar' Fuji ratu
Views : 30706 Replies : 39
Tanda tanya akhirnya terjawab, mahu berkahwin punca Syasya tinggalkan Dolla
babyorangeTanda tanya akhirnya terjawab, mahu berk
Views : 27719 Replies : 191
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 108431 Replies : 1133
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 43139 Replies : 1209

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 09:16 AM GMT+8 , Processed in 0.062875 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list