CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hitamputih

PERTANDINGAN PUISI CINTA '09

 Close [Copy link]
Post time 23-5-2009 06:06 PM | Show all posts
tajuk: antara kamu dan aku

sifatmu
menjadikan aku lemah tanpa kehadiranmu
nadamu,
menjadikan aku seorang perindu,
usikkanmu,
memberikan gelak dan tawa dalam hari-hariku,
kata-katamu,
menjadikan aku mendambakan kamu disisiku,
dirimu,
menjadikan aku yang sangat mencintaimu,
semua tentang kamu,
yang membuka pintu hatiku
aku yang mencintaimu
namun sedarkah engkau akan hakikat itu?
atau perasaanku?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2009 06:07 PM | Show all posts
tajuk: kehadirannya

Hilang sudah episode lama
Yang penuh dengan duka nestapa
Dibawa deras mengalir bersama
Oleh sang hujan yang turun menimpa
Membasahi segenap ruang dan muka

Awan mendung ditiup bayu
Hilang bersama angin lalu
Kelam dan suram berubah wajah
Sang mentari menyinar merah
Seisi alam terang dan cerah

Tiada lagi malam yang sepi
Yang suram tiada berlagu sunyi
Semuanya indah kini
Bulan dan bintang terus menemani
Indah berkerdip menari-nari mengikut irama dendangan hati

Daun yang gugur lenyap kini
Dibakar habis tidak bersisa lagi
Dahan yang patah telah tumbuh kembali
Dihiasi dengan deduan dan debunga yang mekar mewangi
Indah mendamaikan phati

Tida lagi lautan yang bergelora
Mahupun ombak yang mengancam nyawa
Tenang biru air lautnya
Jernih jelas ke dasarnya
Semuanya tampak indah dan ceria

Semuanya kerana kamu
Wahai kekasih hatiku
Kerana kamu
Adalah hujan yang membawa rahmat kepadaku
Kerana kamu
Adalah sang mentari yang menerangi hariku
Kerana kamu
Adalah sang bintang yang mengindahkan malamku
Kerana kamu
Adalah deduan yang mekar member nafas kepadaku
Kerana kamu
Adalah lautan yang luas yang menenangkan hatiku
Semuanya
Kerana kamu
Kekasih hatiku
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2009 06:08 PM | Show all posts
tajuk:

Gerangan siapalah itu?
Yang menangis memohan keampunanMu
Sayup terdengar esak dan sendu
Hiba bertamu dihatiku

Gerangan siapakah itu?
Masih setia berteleku
Diatas sejadah itu
Menyeru namaMU

Gerangan siapakah itu?
Yang sentiasa memerhatikan waktu
Menanti waktu untuk berjumpa denganMu
Tanpa sedikit pun rasa jemu

Gerangan siapakah itu?
Dibibirnya dihiasi kalimah suciMu
Air suci sentiasa mewangi ditubuh itu
Nur cahaya terpamer diwajah itu

Gerangan siapakah itu?
Yang membuatkan aku
Merasa ingin tahu
Dan mendekatiMu

Gerangan siapakah itu?
Ingin sekali aku ketemu
Supaya dia dapat memimpinku

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2009 06:12 PM | Show all posts
tajuk:

terhempas ia seperti kaca
jatuh berderai diatas lantai
semuanya berlaku sekelip mata
berteraburan tidak berhaluan
terluka dek hirisan yang tajam
sakitnya memeritkan
darah mengalir tidak tertahan
air mata bergenang menahan kepedihan
namun tidak terluah dengan tangisan
kerana lukanya dalam
ditusukan sembilu kaca itu
hingga membuat aku seolah tiada lagi harapan
gelap gelita yang kurasakan
membuat aku dibawa arus lembah kekecewaan
keseorangan
tiada berteman
lantaran hati yang ditinggalkan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2009 03:18 AM | Show all posts
Pertemuan Cinta


Jika aku pernah mendambakan cinta

Hanya satu cinta yang aku mahu

Cinta abadi pada-Nya

Jika aku pernah mendambakan cinta

dari insan sepertiku

biarlah kerana cintanya pada-Mu Tuhanku

Jika aku pernah menginginkan sesuatu

Cukuplah hanya denganMu ya Allah

Kerna cinta manusia membinasakanku

Kerna cinta manusia akan berakhir seperti dunia yang fana

Tetapi aku juga manusia biasa

Yang mendambakan insan pendamping

Seperti Adam dan Hawa.....

Temukanlah aku dengan cintaku

Yang juga mencintai-Mu..........

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2009 06:46 PM | Show all posts
aku disuruh menitip puisi
sebelum aku pergi mencari sesuap maggi
sudah lama aku menetap di cari
aku tenguk tak dak beza dulu dan kini
masing masing punya cerita sendiri

yang aku tahu manusia itu perlukan teman
cukup sekadar berborak dan bersenda gurauan
kalo nak lebih jauh pun kene tenguk ketentuan
kalo tak jadi pandai pandai lah tunjuk lakunan
buat motto kalo jadi kawin kalo tak jadi kawan

apa lagi aku nak cerita
aku bukan pandai berbicara
baik aku pergi berkerja
kumpul duit dan hidup berjaya
harap harap macam itu ler hendakNYA

tajuk puisi ialah 'Songel Bujang Tua'

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-5-2009 07:20 PM | Show all posts
tajuk: bayang bayang

Dia datang di saat tidak terduga…
Pada saat hatiku penuh luka dan lara
Menyapa ketika aku sedang berduka
Menyendiri dan menyembuyikan diri dari sesiapa

Sedaya upaya dia cuba membuat aku gembira
Tapi aku tetap dingin dan masih berduka
Masih mengingati memori sejarah lama
Tapi dia tidak kenal erti putus asa

Kini aku mula terima kehadirannya
Dia memberikan aku sinar bahagia
Tapi kenangan lama masih menjadi mimipi ngeri didada
Takut peristiwa lama terjadi semula

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2009 07:22 PM | Show all posts
Is it you that I want?
Is it you that I adore?
Is it you that I love?
And is it you the one for me?

Is it you that I sacrifice my life for?
Is it you that I’ll do anything for?
Is it you that telling me such lies?
And is it you that makes my love die?

Is it you gave me such hope yesterday?
Is it you that broke my heart apart today?
It is you that will come tomorrow beg for me again?
Is it you that will just make the same damn thing again?

It’s all for you to answer….
Because the only thing I knew is it is you that I don’t want to meet ever again….
Please release me from you spell…

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2009 07:24 PM | Show all posts
Andai dirimu merasa lemah,
Datanglah kepadaku supaya aku bisa merawat semua lelah.

Andai dirimu ditimpa musibah,
Bawalah diriku kepadaku supaya aku mampu mengurangkan semua resah.

Andai dirimu diapit masalah,
Hampirkanlah dirimu kepadaku supaya aku dapat melegakan semua gundah…

kerana aku ingin berada di situ
bersama kamu
dalam susah dan senang
tanpa mengira waktu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2009 01:20 AM | Show all posts


Jalan Cinta

Jalan cinta...璼esungguhnya kau takkan pernah dapat meneka
Sama ada ia bergaris lurus atau ia membengkok berliku

Meskipun begitu

Janganlah kau terlalu gembira
andainya kau dapati jalan cintamu itu terus bergaris lurus

Kerna sekiranya Tuhan ingin mengujimu
Takkan mustahil bunga cintamu akan terkulai layu disitu

Dan janganlah pula kau berduka nestapa
andainya cintamu itu harus melalui jalan yang membengok berliku

Kerna sekiranya kau berdoa pada Tuhanmu dengan hati yang tulus
Takkan mustahil benih cintamu akan subur di sepanjang jalanan berliku itu.


~ Cinta_Ungu ~


[ Last edited by  cinta_ungu at 25-5-2009 01:54 ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2009 01:23 AM | Show all posts

Warna Cinta


Kelmarin
aku pandang langit malam
tiada keindahan disitu
hitam..pekat
kelam…suram..

entah ke mana hilangnya sinaran bulan
entah ke mana rajuknya kerdipan bintang

Aku melarik warna di kanvas langit
Campurkan semua warna
Kocakkan
Percikkan

Aku tersenyuman puas
melihat warna alam berserakan
betapa indah warna dunia
meski hanya dalam imaginasiku

Tapi mengapa seperti masih ada yang kurang
Ke mana perginya warna unguku?
Warna ungu - warna cintaku..


~ Cinta_Ungu ~



[ Last edited by  cinta_ungu at 25-5-2009 01:55 ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2009 01:35 AM | Show all posts





Naif

hmm...perihal cinta memang sulit untuk ditebak
aku sendiri tidak memahami c
inta itu
terkadang terasa ingin dicintai...
terkadang terasa lebih elok bersendiri...


aku tak ingin ditanyakan tentang cinta
kerana aku tak punya maksud
untuk mengartikannya


aku takut untuk mencintai
kerana aku tak ingin hadapi saat perih
kalau cinta itu harus pergi meninggalkanku

aku juga takut untuk dicintai
kerana aku tak sanggup melihatnya kecewa
saat aku tak mampu membalas cinta tulusnya padaku


sungguh aku naif tentang cinta
tapi bagiku perasaan itu satu rahmat dari yang Maha Esa

cinta itu memang diperlukan setiap insan
walau mungkin kala ini tidak kita rasa perlunya cinta itu...


~ Cinta_Ungu ~

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2009 02:24 AM | Show all posts



Hanya.....

Kalau aku tahu namamu
Sudah aku jerit sekuat hatiku
Biar kau sedar aku ada disisimu


Kalau aku punya kekuatan
Sudah aku bertemu denganmu
Menghulur salam persahabatan


Hanya dengan memandangmu
Buat jantungku berdetak laju
Senyuman yang kau lemparkan
Sering buat aku tak keruan


Serasa ingin ku bertemumu
Namun aku malu

Semoga satu hari nanti
Kau dan aku akan bersatu
Walau hanya dalam mimpi yang berdebu

~ Cinta_Ungu ~


[ Last edited by  cinta_ungu at 4-6-2009 23:41 ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2009 09:19 AM | Show all posts
NI PANTUN DARI PENAJA. (momot, tak qualified pun takpe, saje suke2)

RESTORAN IMPIAN BONDA TEMPAT KITA BERTEMU
KAU ORDER PERFUME DENGAN AKU KETIKA ITU
AKU INGAT ENGKAU LA JEJAKA TERAKHIRKU
TAPI RUPANYA CINTAKU RETAK SERIBU
WALAU KADANG KALA MASIH TERINGATKAN MU
NAMUN KINI SEMAKIN PUDAR DITELAN WAKTU

  kisah benar ni tau

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2009 01:38 PM | Show all posts
Tajuk: Kita kawan kan,awak?!

Mase mula perkenalan kita..
saya tak tau la dari mana awak dapat email saya
saya ingat awk mamat yang slalu ganggu saya dlu
puas la saya selidik tak sorang pun yang ngaku
saya nak larik awak nak kejar..
adehh ...
Saya jadi polis
awak kata awak jadi pencuri
Sebab nak curi hati saya...
Ishh...awk ni.. degil.. suke mengusik saya
Padan muke kene marah ngan saya....
tapi awak sabar aje
Memang saya saje je nak uji kesabaran awk hehe

lagipun awak memang sukerrrrrrrrrrr sangat test2 saya kan???
suruh saya kejut subuh la...
takkan awak takde jam loceng...?
macam2 alasan awak bagi ek..

eiiiii tak sukenyerrrrrr....ape saya ni bahan ujian ke!!!
kalo failed reject ?
ooo tak pe... ingat awak sorang ajek leh test?
saya pun leh.. kalo awak tak ikut spec..
awak akan direject...hahahaha
tak salah nak memilih
tapi awak memang sengajakan jawab dengan menyakitkan
sebab nak tengok saya melenting ke tak...
haaa ambik ..padan muke kene marah!

biarlah Tuhan sahaja yang memberi ujian
siapalah kita yang banyak kelemahan untuk menguji insan

Tak sangka selepas kita bercakap di telepon
Awk dah mule sukekan saya
Gadis 'kerek' dan kasar yang awk pernah fikir
masa kali pertama kita chatting
awak pun ape kurangnye
alien  dari planet mana ntah
tetibe tercampak kat sini
nak culik saya nampaknyer...

Dah lama saya tak bergayut....
kenal ngan awak buat saya tak kering gusi...
poyo betul la awak ni
jadi customer servis la..hehe
saya pun dah terikut2 aksi poyo awak tu..

saya nak tengok awak ni kawan ngan saya sebab rupe ke ape..
jadi memang awak takkan dapat tengok gambar saya..
walaupun puas awak memujuk rayu...
kuang...kuang..kuang..kesian awk...kan...:-P

rupenye awak ni peminat rita rudaini...
boleh tahan gak taste awak kan...
saje saya tanya tang mana yang cantik tu...
takkan awak nak ngaku kot..
awak cakap sebab dia lemah lembut..
ha? ye ke? dalam drama je tu...
saya tau saya takde la cantik macam dia
atau gedik macam dia
kalo dari segi tu memang kalah la saya..
terpulang la pada awak

awak  mesti ingat kan detik2 manis tu
mase tu saya tanye awak kat ne?
awak kata awk tgh 'shooting'
saya tanya shooting ape?
awak kata shooting nyang rapik 2
iyolah tuu.... takpe... layaannnnnz...
awak jadi ustaz amirul
saya pun join skali ape lagik, jadi heroin la..
tentula wirna a.k.a saya hihihi...
rase cam serasi ajek
tak tau la awak perasaan ke tidak
mase tu saya luahkan kehendak hati secara tak langsung
semuanya kerana perwatakan ustaz amirul
dan malam tu kalo awak nak tau
saya tido sambil tersenyum
bermula dari itu la sy menaruh harapan pada awak

suatu hari saya kantoi masa chating
tak putus asa awak mendesak saya
beria2 awak nak tau apa makna di sebalik  status tu
hampir terpecah ape yang saya simpan
mujurlah saya hanya cakap saya dah mula suka pada ustaz amirul...
hehe
berlapik tapi ade makna tersirat
sebenarnya kebaikan seseorang tu yang membuat saya tertarik

suatu hari awk cakap nak mencontohi  ustaz amirul
kerana sifat tenangnya
dan dalam hati rase lega sangat
dan semakin berbunga harapan saya
meskipun kita ni berbeza
saya pendiam awak peramah
saya nerd awak poyo giler
saya serius awak main2
saya nak org yg leh membimbing dan lebih matang dari saya
kalo nak nilai, awak memang tak memenuhi speksifikasi saya
dan leh masuk senarai reject hehe..
but yes,opposite attract !!!
dan adil ke saya menolak tanpa memberi awak peluang?
ok lah saya cube beri ruang  untuk diri saya mengenali awk
dan menerima kekurangan awak...
sebab saya pun tak de la perfect..

mungkin ini yang dinamakan takdir
walaupun mula2 awak yang nak pikat saya
awak tanya ada tak peluang?
saya ckp 50-50
tapi awak gelojoh betul
baru kenal beberapa hari dah tanya bile leh couple?
aisehh..nak kene piat tinge nih! hehe

saya tau kita masih dalam proses kenal lagik
selain sifat awak,
saya nk tengok kesungguhan awak
kalo saya tak penting dalam hidup awak
biarlah saya  berlalu pergi..
buat pe saya nak terhegeh2 kan..

segalanya telah terjawab sudah
rupenye awak hanya layan saya macam pelajar awak..
hampanya tatkala menerima jawapan awak
patutlah selama ni bila saya bergurau
mesti awak puji pandainya...
macam cikgu puji pelajar nya...
malam tu sedih je hati saya
sampai saya susah nak tido malam tu...
hilang harapan saya ntah ke mana
tak sangka menitis juga air mata saya
huwaaaa...uwaaaaa...
apesal saya sensitif sangat nih?


tak pe la kalo awak rasa macam tu
time kacih  kerana ceriakan hidup saya
mungkin saya terperasan sendiri
bila ade yang mengambil berat
atau pun melayan saya dengan baik
sebab saya sunyi dan perlukan teman untuk bercakap..


mujurlah  saya tak  berterus terang kat awak tentang perasaan saya
  meskipun awak sering bertanya
saya takut awak hanya pengisi kesepian saya
saya masih keliru dengan perasaan ini
suka atau cinta?

lagipun kite tak penah jumpe  lagi kan..
cume hati saya ni...
lembut macam kapas
sejuk macam aiskrim ..hehe
lama kelamaan cair gak
dek kmesraan dan sikap awak yang suke mengusik
perlu ke saya mengeraskan hati saya lepas ni?
tak pun pagari dengan kawat besi?
atau pun jangan ikut kata hati
kene pakai perisai nih..
kalau tak ini la jadinya...
sedangkan saya tak kenal lagi hati budi dan peribadinya..

ni pesan untuk awak
kalau lah awak tau hati saya

jangan layan saya baik SANGAT,
kerana kebaikan tu bisa buat hati saya terpaut
jangan TERLALU amik berat pada saya
nanti saya terpikat
jangan TERLALU mesra dan memanjakan saya
nanti saya mengada2 dan lemah
jangan beri saya harapan
jika awak tak mampu nak laksanakan
dan jangan ucapkan kata cinta
jika awak TAK maksudkannya...

kalo tak suatu perasaan akan menyerang hati saya..
kuatkan hati ku ini...Ya ALLAH...

saya dalam proses menguatkan hati saya ni...
bangkit dari  dari angan2 fairytale
tak pelah saya akan buang perasaan tu jauh2
lagipun perkenalan kite masih baru 2 bulan
saya akan berhenti berharap
berhenti menagih kasih

Sebab kita kawan biase je kan ..awak..?

[ Last edited by  limauais at 25-5-2009 13:41 ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2009 02:32 PM | Show all posts
Serenada untuk Kau, Cinta...

Cinta,
tika aku menemui mu...
aku membuka pintu hatiku seluasnya
meraih kedatanganmu..

lalu pintu kukatup rapat
dan bergetarlah seluruh tubuh
kerana cinta yang datang...

senyum kuukir tanpa sedar..
kulihat mentari memancar lagi..
memancar sinar kebahagiaan kearahku...

Cinta,
janganlah pergi...
berat rasanya hati...
sendu rasanya dijiwa....

Cinta,
hatiku merasa sakit....
hatiku merasa pedih....
hatiku merasa sedih....

hanya kerana aku menemukanmu
dan harus membiarkan kau pergi....
sedang engkau kutemui disetiap keikhlasanku
dalam mencari erti cinta yang sebenar...

apalah ertinya pertemuan cintaku?
Jika hanya untuk melepas mu pergi?
Mestikah kau pergi?
apakah hatiku tak sepertinya?

Apakah kau kira aku tidak ikhlas terhadapmu?
Apa kau kira pertemuan kita adalah suatu kebetulan?
Tanyalah Tuhanmu, Tuhan Kau dan Aku...
Kerana aku tidak akan pernah mendustakanNya....

Aku khabarkan semua padaNya
apa yang tidak bisa aku ucapkan kepadamu...
Aku merasa cukup denganNya
Meski kau tidak mengetahui....

Buat kesekian kalinya aku mohon,
Janganlah berlalu....
Aku membutu*kan kamu....
diamlah didalam hatiku buat selamanya..
wahai Cintaku....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2009 03:55 PM | Show all posts
bila berbicara soal cinta...
manusia sering alpa...
indah cinta tanpa kenal erti duka laranye...
terkandung balik bait2 indah sang pujangga.

jgn mengharap yg indah senantiasa...
kerana tanpa sedar yg tak indah tuh berguna...
dlm meniti dan menilai inci idup di dunia...
demi mengejar erti kasih dan cinta.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2009 09:05 PM | Show all posts
"Pencarian Tiada Penghujung"

Mengapa masih sendiri
Di kala usia berlalu pergi
Meniti hari demi hari
Menanti jawapan tiada pasti
Hanya bergantung pada intuisi
Dan yang terpenting...panduan Ilahi

Di kala umur menjengah senja
Ku asyik terleka
Mengejar nikmat dunia
Ternyata sementara
Kerana apa yang dicita
Hanya di alam fana
Yang seindah fatamorgana
Penipuan indah yang hanya
Ilusi semata

Tak sekalipun kusalahkan takdir
Kerana jalan hidupku telahpun terukir
Meski tiada mahir
Mendepani hari yang bila kan berakhir
Kan kugagahi tanpa mungkir

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2009 04:23 PM | Show all posts
Post Last Edit by farlina_cute at 4-8-2009 11:06

*edited

Thank you

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2009 04:37 PM | Show all posts
Post Last Edit by farlina_cute at 4-8-2009 11:05

*edited

Thank you

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54892 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55320 Replies : 25
Mangkuk kosong pun kena bayar
ultra78Mangkuk kosong pun kena bayar
Views : 16312 Replies : 7
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 36419 Replies : 1323
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 5543 Replies : 178
'Lily' ditemui mati dengan menyayat hati, kaki dipotong. Update 26/12/2024 - Bangkai kucing dan anjing ditemui
ultra78'Lily' ditemui mati dengan menya
Views : 70731 Replies : 164
Aisar Khaled 'kejar'  Fuji ratu fyp Indonesia
sonya21Aisar Khaled 'kejar' Fuji ratu
Views : 30706 Replies : 39
Tanda tanya akhirnya terjawab, mahu berkahwin punca Syasya tinggalkan Dolla
babyorangeTanda tanya akhirnya terjawab, mahu berk
Views : 27719 Replies : 191
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 108431 Replies : 1133
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 43139 Replies : 1209

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 09:10 AM GMT+8 , Processed in 0.126094 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list