CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rdzaccess

All About ULAR [merged:Bzzst/amazed/Syd]

[Copy link]
Post time 6-3-2008 11:12 AM | Show all posts
ular sawa tu posing dgn mat salleh tu pun mcm tengah senyum je lepas kenyang makan hanjing...

[ Last edited by  caricari at 6-3-2008 11:14 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2008 12:54 PM | Show all posts
Ular sawa!!! Semua benda dia nak makan...
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2008 08:40 PM | Show all posts
tingat aku gambar ni - berita betul yg berlaku masa 1996 di tangkak johore ; a chinese guy was eaten by a python.. what a horrific scene.. .and the snake cant fully eat him because his shoulders were too wide.




The picture below was taken in Malaysia and printed in a local magazine there.


The reticulated python could not completely eat the person.
An adult human抯 shoulders present a real obstacle to the biggest snake.
Whether the person already was dead or was killed by the snake remains unknown.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2008 10:00 PM | Show all posts

Reply #17 amazed's post

thanks! aku mmg cari gambar ni.
tapi jumpa yg tak clear pun.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2008 02:07 PM | Show all posts
ade cakap...kalau dia tgh nak lahap tu kita kacau... nanti dia muntahkan balik...
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2008 09:21 PM | Show all posts
Originally posted by kurga at 11-3-2008 02:07 PM
ade cakap...kalau dia tgh nak lahap tu kita kacau... nanti dia muntahkan balik...


betul 2.... ulaq ni tak boleh stress/takut bila makan nanti die muntah balik..... kalau makanan die still dlm badan, die tak boleh nak selamatkan diri ... dah berat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2008 12:15 PM | Show all posts
ular sawa kat opis aku ni, seminggu sekor ayam dia makan. tp pandai pilih nak ayam hidup. bagi bangkai, dia tak usik pun. ari tu, letak merpati dlaam reban dlm 10 ekor. skrg dah tinggal 2. bila tgk, asik pengsan aje. jarang benor sedar nyer.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2008 12:18 PM | Show all posts
ular sawa kat opis aku ni, seminggu sekor ayam dia makan. tp pandai pilih nak ayam hidup. bagi bangkai, dia tak usik pun. ari tu, letak merpati dlaam reban dlm 10 ekor. skrg dah tinggal 2. bila tgk, asik pengsan aje. jarang benor sedar nyer.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2008 07:50 PM | Show all posts
i hates snake!!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2008 02:17 AM | Show all posts
Originally posted by MayGirl07 at 12-3-2008 12:15 PM
ular sawa kat opis aku ni, seminggu sekor ayam dia makan. tp pandai pilih nak ayam hidup. bagi bangkai, dia tak usik pun. ari tu, letak merpati dlaam reban dlm 10 ekor. skrg dah tinggal 2. bila t ...


ko keje apo ...tangkap ulor ke?... keek opis ado ulor pelik ni ....
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2008 10:44 AM | Show all posts

Reply #24 FiRe_Fly's post

Pejabat Perhilitan kot?
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2008 11:40 AM | Show all posts

Reply #17 amazed's post


ULAR sawa yang menelan E Heng Chuan berdekatan rumahnya di Pekan Tenang, Segamat pada 1995.


E Heng Chuan dipatuk dan dibelit sebelum ditelan sawa seberat 140 kilogram

KIRA-KIRA jam 8 malam pada 4 September 1995, seorang pemuda, E Heng Chuan, 29, berjalan menuju ke bangsal berhampiran rumahnya di pekan Tenang Stesen, dekat Segamat, Johor untuk menutup suis generator air kolam.

Itulah perjalanan terakhir Heng Chuan, sebelum beliau menemui ajal dengan cara yang cukup tragis, iaitu ditelan ular sawa seberat 140 kilogram. Cukup mengerikan dan kejadian itu menggemparkan seluruh negara bahkan dianggap peristiwa hitam paling mencemaskan sepanjang 1995.

Berdasarkan laporan, ketika ditemui kira-kira jam 10.30 malam, mangsa sudah mati dengan kepala hingga sebahagian badannya ditelan ular sawa berkenaan. Dipercayai ular itu hanya berjaya menelan kepala dan sebahagian badan Heng Chuan kerana tersangkut pada bahu pemuda berkenaan.

Ular sawa itu dipercayai berada berhampiran bangsal berkenaan sebelum menyerang Heng Chuan dengan mematuk dan membelit badannya sebelum bertindak menelannya. Berdasarkan keadaan semak yang bertukar menjadi kawasan lapang, kemungkinan berlaku pergelutan agak lama sebelum mangsa mati.

Hakikat itu memang logik kerana kejadian berkenaan hanya disedari abang mangsa, E Seng Guan, 32, yang keluar mencarinya adiknya apabila tidak pulang ke rumah, kira-kira 30 minit selepas keluar untuk menutup suis generator terbabit. Seng Guan mencari adiknya di kawasan itu pada jam 8.30 malam tetapi gagal menemuinya.

PEGAWAI Perhilitan memeriksa bangkai ular sawa yang membunuh E Heng Chuan.


Ketika sampai ke situ pada kali kedua, Seng Guan menemui seekor ular sawa sedang membelit dan cuba menelan adiknya dari bahagian kepala tetapi tidak mampu berbuat apa-apa kerana terlalu terkejut. Dia kemudian bergegas pulang ke rumah untuk memberitahu ibunya, Lim See Mek, 51.

Mereka kemudian melaporkan kejadian itu ke pondok polis pekan Tenang Stesen untuk meminta bantuan.

Polis menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 11 malam, tetapi pada masa itu tidak mempunyai sebarang gambaran mengenai kemungkinan yang bakal dihadapi. Polis pada mulanya beranggapan ia hanya kejadian ular sawa membelit mangsa dan tidak begitu yakin sebahagian badannya ditelan walaupun sudah dimaklumkan abang mangsa.

Dalam kegelapan malam itu, pasukan lima anggota polis bersama Seng Guan dan seorang penduduk kampung pergi ke tempat kejadian. Mereka menggunakan lampu picit dan bersenjatakan M16.

Seorang anggota polis melepaskan empat das tembakan untuk membunuh ular itu bagi menyelamatkan mangsa, bagaimanapun Heng Chuan didapati meninggal dunia di tempat kejadian akibat terlalu lama dijerut dengan kuat.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Segamat untuk dibedah siasat manakala ular sawa itu dibawa ke pondok polis Tenang Stesen.

Seorang anggota polis yang menyertai operasi ketika itu, Lans Koperal Razib Ujang, 30, menggambarkan bunyi ular sawa itu ketika hendak menelan mangsa amat menggerunkan.

Ular itu berbunyi seperti menyedut, kemudian kedengaran bunyi seolah-olah ia menghembuskan nafasnya. Pada masa yang sama, ular itu menggeleng-geleng kepalanya seperti mahu memastikan kepala dan badan lelaki itu masuk ke dalam mulutnya.

Kejadian itu turut menakutkan penduduk di sekitar Tenang Stesen dan Redong terutama penoreh getah, yang risaukan keselamatan mereka kerana beranggapan pasangan ular yang mati dibunuh itu akan keluar mencari temannya, terutama di dalam paya dan semak berhampiran kebun getah tempat mereka menoreh.

Timbalan Pengarah Penguat kuasa, Jabatan Perhilitan dan Taman Negara (Perhilitan) Ibu Pejabat, Celescoriano Razond ketika mengulas tindakan agresif ular sawa menyerang manusia menegaskan, ada beberapa faktor ular sawa akan bertindak terhadap manusia, terutama kerana lapar atau diganggu,

"Mangsa yang ternampak ular yang terlalu besar akan terkejut dan mungkin boleh pengsan. Jika pengsan atau terjatuh, ia akan memudahkan ular menyerang.

"Ular sawa biasanya mengambil masa untuk membelit mangsanya, ini bermakna seseorang itu masih mempunyai masa untuk melepaskan diri tetapi bergantung kepada kekuatan dan semangatnya," katanya.

Beliau berkata, kejadian ular sawa membelit manusia amat jarang dilaporkan tetapi pernah berlaku di Kuala Krai, Kelantan pada 1985 apabila mangsa ditemui mati dengan keadaan tulangnya patah dicerut reptilia itu tetapi ular berkenaan melarikan diri.

Info:
Ular sawa telan manusia


Saiz ular sawa - ukur lilit 53.34 sentimeter, seberat 140 kilogram dan panjang tujuh meter.

Kejadian berlaku kira-kira 200 meter dari rumah mangsa.

Polis melepaskan empat das tembakan untuk membunuh ular.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2008 11:42 AM | Show all posts
Originally posted by amazed at 8-3-2008 08:40 PM
tingat aku gambar ni - berita betul yg berlaku masa 1996 di tangkak johore ; a chinese guy was eaten by a python.. what a horrific scene.. .and the snake cant fully eat him because his shoulders  ...


ampon.... tak tau pesal boleh terlebih antou

[ Last edited by  FiRe_Fly at 16-3-2008 11:48 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2008 11:44 AM | Show all posts
maaf ....terbanyak lah pulok

[ Last edited by  FiRe_Fly at 16-3-2008 11:45 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2008 12:19 PM | Show all posts
hehehehehee
cuba kalo kita2 semua yg kena makan..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2008 12:21 PM | Show all posts
owh nie kn dah lama...yg terbaru kan ada kt pahang bdk camping kena makan dgn ular sawa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2008 09:35 PM | Show all posts
Originally posted by amazed at 8-3-2008 08:40 PM
tingat aku gambar ni - berita betul yg berlaku masa 1996 di tangkak johore ; a chinese guy was eaten by a python.. what a horrific scene.. .and the snake cant fully eat him because his shoulders  ...


aku ade tengok dulu gambar budak kene makan ular sawa. ular tu mati kekenyangan sbb besar sgt. bile pihak berkuasa belah perut ular tu, tengok2 budak tu dah berlipat2 dah...
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2008 10:00 AM | Show all posts
eeeyyy ngerii btol
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2008 10:55 AM | Show all posts

Anaconda - di Malaysia

Anaconda lahir 13 anak di Ulu Bendul

JADI TARIKAN: Ahmad Zainal menunjukkan seekor daripada 13 ekor anak ular sawa Green Anaconda (gambar bawah) yang dilahirkan Ahad lalu.

KUALA PILAH: Taman Ular Sawa di Hutan Rekreasi Ulu Bendul, dekat sini menerima ahli baru apabila seekor ular sawa Green Anaconda yang dipelihara sejak dua bulan lalu melahirkan 13 anak pada Ahad lalu.

Kejadian itu mengejutkan kakitangan taman berkenaan kerana mereka tidak menyedari seekor daripada sepasang reptilia yang dibeli pada harga RM30,000 dari Brazil itu bunting ketika di bawa ke sini.

"Kami tidak tahu reptilia itu bunting. Ini adalah kejutan dan anugerah. Saya percaya ini kali pertama Anaconda melahirkan anak dalam kurungan di negara ini," kata Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan/Melaka, Ahmad Zainal Mat Isa ketika ditemui di taman berkenaan, semalam.

Ahmad Zainal berkata, pihaknya terpaksa mengasingkan semua 13 anak reptilia yang mempunyai ukuran 30 sentimeter dan berat antara 200 hingga 300 gram daripada ibunya berikutan keadaannya yang lemah.

"Kita mengasingkannya dalam tempoh 10 hari sehingga semuanya bersalin kulit. Selepas itu, kita akan memberi makan tikus atau arnab bagi tumbesarannya," katanya.

Beliau berkata, pihaknya tidak akan menjual anak Anaconda itu kerana yakin mampu memelihara dan membesarkannya kerana suasana taman itu lebih kurang sama dengan habitat semula jadi reptilia berkenaan di Amerika Selatan.

"Dalam fasa kedua kita merancang menjadikan taman ini sebagai pusat penyelidikan ular sawa terunggul di rantau ini. Kita juga yakin kehadiran anak reptilia ini mampu menambah daya tarikan ke taman ini," katanya.

Taman seluas empat hektar itu adalah ilham Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan bagi memberi nilai tambah kepada pengunjung yang mengunjungi hutan rekreasi berkenaan dan mula dibuka kepada orang ramai Februari lalu.

Ketika ini ada 70 ekor daripada 30 spesis sawa di seluruh dunia dipelihara di taman berkenaan dengan anggaran kos hampir RM1 juta. Antara spesies yang menarik perhatian pengunjung ialah enam Red-Tailde Boa yang dibawa khas dari Brazil serta seekor daripada spesies Burmese Python dari Burma.

Selain itu, spesies Blood Python, Borneo Short Tailed Python, Amazon Tree Boa, Colombia Boa, Brazilian Rainbow Boa, Albino Burmese Python, Indian Python dan Bolivian Anaconda turut dipamerkan.
"Kita merancang untuk mengadakan majlis perasmian taman ini bulan depan. Setakat ini, taman ini sudah dikunjungi ribuan pengunjung dari dalam dan luar negara. Mereka amat tertarik dengan reptilia yang dipelihara dan dipamerkan," kata Ahmad Zainal.

Menteri Besar turut teruja dengan kelahiran anak Anaconda apabila beliau sendiri mengumumkannya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di pejabatnya di Wisma Negeri, dekat Seremban.

"Ular kita dah beranak... 13 ekor," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2008 11:14 AM | Show all posts
jangan terlepas ke alam liar dan mengancam native species sudah la.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 03:02 PM GMT+8 , Processed in 0.890229 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list